The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sofiasuut80, 2023-06-16 02:37:50

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-30

17 JUN 2023
SEKOLAH KEBANGSAAN GITA

Isi Kandungan 1 Kata alu-aluan Guru Besar, SK Gita 2 Kata alu-aluan YDP PIBG, SK Gita 3 Aturcara Majlis 4 Agenda Mesyuarat 5 Jawatankuasa Induk 6 Jawatankuasa Pelaksana 7 Senarai Nama Penuh AJK PIBG 2020/2022 8 Minit Mesyuarat 9 Laporan Aktiviti PIBG 2021 10 Laporan Penyata Kewangan Yang Berakhir 31 Disember 2022 11 Laporan Biro Kebajikan 2022 12 Senarai Usul dan Cadangan 2022/2023 13 Penghargaan


Kata alu-aluan Guru Besar, SK Gita Yang Berbahagia Encik Othman Bin Sajili, Yang Berusaha PK Pentadbiran Pn.Dayang Aliza bt Awang Putra merangkap Pengerusi Tetap, YBrs PK Ko Korikulum Pn. Sharifah Zaharah bt Wan Bujang, Ybrs PK Hal Ehwal Murid En. Sajidin bin Jais, Yang Berusaha NYDP Pn.Hazelina bt.Mokti, Yang Dihormati Setiausaha Kehormat Pn.Wan Norasiah bt. Wan Ismail, Yang Dihormati Bendahari Kehormat Pn. Salmiah bt. Rajani, Barisan AJK-AJK PIBG, Guru-guru kanan Para Guru dan Ibu Bapa Tuan-tuan dan puan-puan. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih diatas Kerjasama yang telah diberikan oleh semua ahli dalam PIBG SK Gita. Tanpa Kerjasama yang erat, kita tidak akan dapat menjalankan pelbagai aktiviti sepanjang tahun. Saya selaku Guru Besar dan juga Penasihat amat menitikberatkan kemenjadian pelajar khasnya. Bagi memastikan kemenjadian murid ini, saya tidak dapat berseorangan. Sudah tentu nya Kerjasama yang padu dari semua pihak amat diperlukan. Disamping itu juga, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua ibubapa yang telah memberi kepercayaan dengan memilih SK Gita untuk menempatkan anak-anak bersekolah. Amat besar harapan saya agar kita semua dapat terus bekerjasama dan bersama-sama mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa untuk anak-anak khususnya. Kerjasama diantara para guru dan ibubapa boleh dipertingkatkan lagi agar anak-anak mendapat manfaat dari kerjasama yang baik ini. Harapan saya semoga anak-anak murid SK Gita akan Berjaya dalam bidang Kurikulum & Ko-kurikulum serta mempunyai sahsiah dan akhlak yang baik. Sekian dan Assalamualaikum.


Kata alu-aluan YDP PIBG, SK Gita Yang Berbahagia Tuan Guru Besar SK Gita, En. Jamain bin Hj.Sarapa, Yang Berusaha PK Pentadbiran Pn.Dayang Aliza bt Awang Putra merangkap Pengerusi Tetap, YBrs PK Ko Korikulum Pn. Sharifah Zahara bt Wan Bujang,Ybrs PK Hal Ehwal Murid En. Sajidin bin Jais Yang Berusaha NYDP Pn.Hazelina bt.Mokti Yang Dihormati Setiausaha Kehormat Pn.Wan Norasiah bt. Wan Ismail Yang Dihormati Bendahari Kehormat Pn. Salmiah bt. Rajani AJK-AJK PIBG; Pn.Nurazalia,En. Apan, Pn.Effa Rinny Octavia,Pn.Jaiton bt Jalani,Pn. Royhaila bt Drahman, Pn.Nazatul Najwa, Pn.Rokiah bt Ali, Ustaz Zaid Maher bin Khirel Azman, En. Ruzaman bin Rusdi, En.Hapni bin Ojeng serta seluruh AJK PIBG, guru-guru kanan Para Guru dan Ibu Bapa- tuan-tuan dan puan-puan, Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak iaitu Tuan Guru Besar, guru-guru dan ibu bapa yang telah memberi kepercayaan kepada saya untuk menyandang jawatan sebagai YDP SK Gita bagi sesi 2022/2024. Saya juga melahirkan penghargaan yang tidak terhingga kepada segala sokongan dan kerjasama kepada PIBG SK Gita sama ada dari segi wang ringgit dan tenaga yang diberikan. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada mana-mana pihak yang telah mencari dana, menyumbang bantuan wang ringgit, tenaga dan keringat bagi melaksanakan aktivitiaktiviti PIBG . Saya tidak berhajat menyebut satu persatu aktiviti PIBG kerana akan dibentangkan oleh Ketua Biro masing-masing. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa bagi sumbangan yuran tahunan yang telah juga digunakan bagi maksud tersebut. Selain itu, saya juga ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga bagi ikon aktiviti kebajikan iaitu Program Nur Ramadhan yang natijahnya menguatkan rasa ukhuwah sesama kita. Jazakallahu Khairan. Tahniah kepada Ketua Biro Kebajikan,Pn.Nurazalia serta semua pihak yang membantu program tersebut saban tahun.


Konsep sejahtera merupakan matlamat utama yang ditekankan di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi tonggak kepada pelaksanaan sistem pengajaran dan pembelajaran di semua peringkat sekolah di negara ini. Konsep ini dipercayai mampu menginsankan individu dan mendokong usaha pembinaan kekuatan jatidiri ummah. Dalam buku The Malay Concept of Sejahtera, nukilan tokoh cendekiawan negara, Allahyarham Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Mohd. Kamal Hassan menyatakan bahawa konsep ini mampu membina minda masyarakat Madani - wawasan negara kita hari ini. Masyarakat Madani adalah berlandaskan 6 perkara iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta ,hormat ,keyakinan dan ihsan. Konsep sejahtera ini bukanlah sesuatu yang baharu kerana ia telah lama diperkenalkan iaitu pada tahun 1989 apabila Perdana Menteri kita ,Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Pendidikan pada ketika itu. Akhirnya saya dengan rasa rendah diri mengucapkan Salam Malaysia Madani. Sekian, terima kasih.


Aturcara Majlis 8.30 pagi : Pendaftaran ibu bapa, guru dan AJK PIBG di Dewan Sri Semarak SK Gita 9.00 pagi : Kata-kata aluan Pengerusi Majlis : Nyanyian Lagu Negaraku : Bacaan doa : Mesyuarat Agong PIBG kali ke 30 bermula. : Ucapan Alu-aluan Pengerusi Tetap : Perutusan YDP PIBG : Perutusan Penasihat PIBG : Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lalu : Membentang dan Menerima Laporan Aktiviti Tahunan 2022 : Membentang dan Menerima Penyata Kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2022 : Laporan aktiviti Biro PIBG : Laporan Pentadbir Sekolah : Membahaskan Usul-Usul : Hal-hal lain : Penyerahan bantuan dari pihak Bank Rakyat kepada 3 orang wakil murid-murid dari SK Gita yang terpilih untuk menerima bantuan : Ucapan Penangguhan


Agenda Mesyuarat 1. Kata alu-aluan Pengerusi Tetap Mesyuarat 2. Kata alu-aluan Yang Dipertua PIBG SK Gita Sesi 2022/20223 3. Perutusan Guru Besar SK Gita / Penasihat PIBG 4. Membentang, menerima dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung ke 29. 5. Membentang, menerima dan mengesahkan Laporan Aktiviti Tahunan PIBG 2022. 6. Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember 2022. 7. Laporan dan perancangan Biro - Biro Akademik - Biro Kebajikan - Biro Tugas-tugas Khas - Biro Pembangunan dan Penyelenggaraan 8. Perbahasan Usul. 9. Pemililhan Jawatankuasa PIBG 2022/2023 Hal-hal lain. 10. Penyerahan Bantuan kepada wakil murid dari pihak Bank Rakyat 11.Penangguhan Mesyuarat.


Jawatan Kuasa Induk PIBG Kali Ke-30 Penasihat En Jamain bin Hj Sarapa Guru Besar Pengerusi En Othman bin Sajili YDP PIBG Naib Pengerusi En Sajidin bin Jais PK HEM Pn Dayang Aliza binti Awang Putra PK Pentadbiran Pn Sharifah Zaharah binti Wan Bujang PK Kokurikulum Pn Hazelina bt Mokti NYDP PIBG Setiausaha Pn Wan Norasiah binti Wan Ismail Bendahari Pn Salmiah Binti Rajani


Protokol Pn Rabaah bt Julie (K) Pn Nilam bt Salleh Pn Anizah bt Abdul Wahab Pengacara Majlis En Azli bin Ramli Teks Ucapan En Jamain bin Hj Sarapa En Othman bin Sajili Bacaan Doa Ustaz Wan Azhar bin Wan Ali Jawatankuasa Pelaksana


Pendaftaran Guru dan AJK PIBG Pn Dayang Dharmila Salma binti Awg Salleh Pn Fatimah binti Abdullah Pn Nursilawati binti mohd Zain Pn Farah Wahida binti Wahid Pencatat Minit Pn Rokiah bt Ali (K) Pn Anuya bt Atot Pn Surina bt Omar Buku Program Pn Sofia binti Suut (K) Pn Nor Ain binti Taha Pn Hazelina binti Mokti Usul Ibu bapa Ustazah Wan Norasiah bt Wan Ismail


Dokumentasi & Fotografi (Bersemuka) Juliana Suria (K) Ernie ak Konor Cik Siti Baizura bt Muhamad Sarip Jamuan Guru & AJK PIBG Pn Norhayati bt Ahmad Osman (K) Pn Hanisa Stella binti Ainnie Pn Shirley Lim Pn Raffidah binti Wasli Pn Jaiton bt Jalani Pn Lulong anak Lindong Pn Saftuyah bt Lakiden Pn Salbiah bt Amat Teknikal & Siaraya Ustaz Zaid Maher bin Khirel Azman (K) En Abang Muhammad Fathur Rahman bin Abang Madehi En Ruzaman bin Rusdi


Persiapan Tempat / Dewan ( sebelum) Encik Ishak bin Warni (K) Pn Samsiah binti Yusuf Cik Siti Aminah binti Warno Pn Hanim binti Buang Ustaz Ahmad Badri Bin Sulaiman Hapni bin Ojen Pn Nazatul Najwa Abdullah Encik Awang Fadzil bin Awang Ahmad


Senarai Nama Penuh AJK PIBG 2020/2022 JAWATAN NAMA POSISI YDP OTHMAN BIN SAJILI IBU BAPA NYDP HAZELINA BINTI MOKTI IBU BAPA PENGERUSI TETAP BERSAMA ENCIK SAJIDIN BIN JAIS GURU DYG ALIZA BINTI AWG PUTRA GURU SETIAUSAHA WAN NORASIAH BINTI WAN ISMAIL GURU NAIB SETIAUSAHA NAZATUL NAJWA ABDULLAH GURU BENDAHARI SALMIAH BINTI RAJANI GURU NAIB BENDAHARI SITI BAIZURA BINTI MUHAMAD SARIP GURU AJK PIBG RUZAMAN BIN RUSDI GURU AJK PIBG ZAID MAHER BIN KHIREL AZMAN GURU AJK PIBG ROKIAH BINTI ALLI GURU AJK PIBG DAYANG NUR SALMA DHARMILA BINTI AWANG SALLEH GURU AJK PIBG ANIZAH BINTI WAHAB GURU AJK PIBG NORWATI BINTI UNI GURU AJK PIBG SURAYA BINTI AMIN GURU AJK PIBG HAPNI BIN OJEN GURU AJK PIBG ABG YUSOP BIN ABG ABD RAHMAN IBU BAPA AJK PIBG NURAZALIA MOHAMAD ALI IBU BAPA AJK PIBG SAINI BIN MERIKAN IBU BAPA AJK PIBG EFFA RINNY OCTAVIA BINTI PAIDIN IBU BAPA AJK PIBG SA’IDAH BINTI JUNAIDI IBU BAPA AJK PIBG APAN BIN BABAI IBU BAPA AJK PIBG FARAH WAHIDA BINTI WAHID IBU BAPA AJK PIBG JAITON BINTI JALANI IBU BAPA JURU AUDIT DALAMAN ( AKP) ESTUTY BINTI MATZEN JURU AUDIT LUAR (IBU BAPA) ABG ISWANDI BIN ABG WAHAB


• Minit Mesyuarat • Laporan Aktiviti PIBG 2022 • Laporan Biro Kebajikan 2022 https://anyflip.com/zjwhn/rsie/ • Laporan Penyata Kewangan Yang Berakhir 31 Disember 2022 https://anyflip.com/zjwhn/zoxe/


Senarai Usul dan Cadangan 2022/2023 1. NAMA PENCADANG : Nazri Bin Bollhassan NAMA ANAK : Fahmi Bin Nazri KELAS : 3 Cemerlang Usul: 1. Budayakan semakan sifir matematik (Sifir 2 -12) kepada murid Tahun 3 - 6. 2. Budayakan semakan dan memperkasakan Bahasa Inggeris mengenai tubuh badan dan persekitaran. 2. NAMA PENCADANG : Khairul Bariah Binti Shaifulbahri NAMA ANAK : Azura Binti Abdul Sail KELAS : 5 Cemerlang Usul: 1. Memastikan tandas pelajar sentiasa bersih dan berfungsi. Pelajar boleh bergilir-gilir mencuci tandas. 2. Mempelbagaikan menu untuk murid di kantin. 3. NAMA PENCADANG : Awang Suif Bin Awang Jaba NAMA ANAK : Awang Nureman KELAS : 5 Arif Usul: 1. Letak CCTV di pintu masuk sekolah untuk memantau dan memastikan keselamatan anakanak semasa balik dari sekolah. 4. NAMA PENCADANG : Isfarizan Bin Baki NAMA ANAK : Syatilla Nufa Bt Isfarizan KELAS : 1 ARIF Usul: 1. Menjaga keselamatan pelajar bila turun dan balik sekolah di hadapan pintu pagar luar sekolah. 2. Memberi baju hujan kepada Pak Guard yang sedang bertugas di tengah jalan. 5. NAMA PENCADANG : Khalid Bin Kiprawi NAMA ANAK : Muhammad Ammar Muzaffar Bin Khalid KELAS : 1 ARIF Usul: 1. Saya mengusulkan apabila ada perayaan diadakan, pihak sekolah menjemput ibubapa@penjaga untuk turut hadir bagi memeriahkan lagi sambutan. Ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan antara pihak sekolah dan ibubapa. Bagi menampung perbelanjaan sambutan ini, saya mengesyorkan agar kutipan dilakukan sekali setahun antara RM10-20 untuk satu keluarga. Disamping itu, ibubapa digalakkan untuk membawa potluck masing-masing seperti biasa.


6. NAMA PENCADANG : Susilawati NAMA ANAK : Siti Khadijah Binti Drahman, Jayatri Ilyani Binti Drahman KELAS : 2 Arif/4 Arif Usul: 1. Makanan RMT sebolehnya-bolehnya tidak pedas untuk pelajar-pelajar. 2. Masa perantaraan keluar sesi persekolahan Tahap 1 dan Tahap 2 dengan masa untuk masuk kelas KAFA dipanjangkan supaya pelajar dapat pulang ke rumah dahulu untuk berkemas/bersedia. 7. NAMA PENCADANG : Mardhatijah Binti Mejeri NAMA ANAK : Mahdiyatul Shauqiya KELAS : 2 Cemerlang Usul: 1. Menambahbaik RMT (Program susu yang belum lagi diagihkan pada tahun 2023). 8. NAMA PENCADANG : Aloi Haji Ali NAMA ANAK : Puteri Nurul Mimieliana Qirana KELAS : 2 ARIF Usul: 1. Masa pembelajaran KAFA dipendekkan dan hari untuk KAFA diselang selikan. 2. Pengawal keselamatan harus diambil perhatian oleh pihak sekolah. 9. NAMA PENCADANG : Isfarizan Bin Baki NAMA ANAK : Syatilla Nufa Bt Isfarizan KELAS : 1 ARIF Usul: 1. Menjaga keselamatan pelajar bila turun dan balik sekolah di hadapan pintu pagar luar sekolah. 2. Memberi baju hujan kepada Pak Guard yang sedang bertugas di tengah jalan. 10. NAMA PENCADANG : Norashikin Binti Sapuan NAMA ANAK : Nur Ariana Arissa Binti Mohd. Nazri KELAS : 3 Bestari Usul: 1. Lebihkan lagi bantuan kepada anak-anak. 2. Bawa anak-anak pergi ber”camping” hujung tahun. 11. NAMA PENCADANG : Muhd. Razif Fernandez Bin Roslan NAMA ANAK : Nur Farwizah Aqilah KELAS : 2 Bestari Usul: 1. Sediakan water purrifier untuk kegunaan murid Kelas Fardhu Ain atau kokurikulum.


Penghargaan PIBG SK GITA merakamkan setinggi penghargaan dan Ucapan terima kasih Kepada semua Yang terlibat dalam Menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke 30 ini. Moga segala usaha kita mendapat keberkatan daripada Allah Taala.


Click to View FlipBook Version