The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by anwarhusnismkrs, 2020-05-12 04:19:20

Buletin Ramadhan 2020 SMK Rapat Setia

SMKRS MARA BERILMU | SEKOLAHKU MARUAHKU

SMKRS MARA BERILMU | SEKOLAHKU MARUAHKU













Ramadan, Taqwa , al- Quran dan Transformadi

Salam ukhuwwah dan mahabbah fillah…ni

Alhamdulillah kita berada di bulan Ramadhan El- Mubarak. Tetamu agung yang datang bertandang setiap
tahun. Membawa pelbagai hikmah dan barakah, buat insan yang tidak pernah kenal jemu dan lelah, bagi

mencari spirit ruhiyah dan didikan rabbaniyah. Itulan bulan tarbiyah, bulan tazkiyyah, bulan untuk

meningkatkan kualiti taqwa sebagai bekal mengharungi bulan-bulan selanjutnya.

Ramadhan seharusnya dekat di hati kita, padanya kita mengambil bekalan dan kekuatan untuk menggilap
iman dan taqwa, membugar niat, mentajdid tekad dan mentranformasikan diri dari segala kekangan nafsu

kepada kemerdekaan fitrah, membebaskan diri kita dari bertuhankan hawa nafsu kepada membulatkan

perhambaan kepada Allah.

Inilah matlamat dan visi agung (maqasid) pensyariatan puasa di bulan Ramadhan. Visi yang meletakkan
taqwa sebagai neraca kualiti seorang manusia bahkan kualiti sebagai seorang pendakwah di jalan allah.

Kalimah “la ‘allakum tattaqun’ menunjukkan bahawa semangat dari kewajipan puasa ialah melahirkan

graduan yang beroleh segulung ijazah taqwa hasil kursus, latihan, dan kem selama 30 hari di universiti
Ramadhan ini.

Taqwa dan tazkiyah an-nafs inilah yang menjadi pra-syarat kejayaan dan kemenangan Islam. Banyak ayat-

ayat yang memberikan penekanan dan keutamaan taqwa sebagai asas penentu segala kejayaan dan

kemenangan. Antaranya :

‘in tattaqullah hayaj ‘allakum furqanaa”
[ jika kamu bertaqwa kepada Allah, allah akan memberikan kamu pembeza antara haq dan batil]


‘ wa maiyattaqillaha yaj’allahu makroja wa yarzukuhu min haisula yahtasib..’
[ barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, allah pasti akan memberikan jalan keluar dan memberikan

rezeki dari jalan yang tidak ketahui ]


‘ wattaqullah wa yu’allimukumullah..’

[ bertaqwalah kepada allah,pasti allah akan memberikan ilmu dan pengetahuan..]


Al-Quran mengulang-ulang perkataan taqwa dalam setiap perintah dan suruhannya kepada orang-orang

mukmin bagi mengingatkan mereka bahawa persoalan taqwa, persoalan iman, persoalan hati adalah

persoalan induk di dalam tarbiyah., persoalan survival dakwah dan kewujudan ummah Islamiah tersebut.
Tarbiyyah Imaniyah inilah menjadi pokok dan inti kekuatan Harakah Islamiah dan rahsia keagungan umat

dalam membina empayar iman dan keutuhan peradabannya.



Sementara itu, proses berlapar dan menahan diri dari makan minum serta melakukan perkara-perkara












Ustazah Norazizah Bt Hassan

Panitia Pendidikan Islam SMK Rapat Setia






Click to View FlipBook Version