The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MUHAMMAD AIZAT BIN NAZIR, F2E,
BMMB 1104

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 761-3-aizat, 2022-03-26 09:48:55

TUGASAN 1 (PENGHASILAN PRODUK)

MUHAMMAD AIZAT BIN NAZIR, F2E,
BMMB 1104

Seterusnya, pengarang juga telah memaparkan perlakuan baik masyarakat Melayu dalam berkeluarga atau
beristeri. Pengarang menunjukkan bahawa lelaki Melayu pada zaman tersebut sangat menyayangi isteri mereka
dan menjaga isteri mereka ketika sedang hamil sehingga melahirkan. Buktinya dapat dilihat pada rangkap
keempat syair iaitu,

Seri sultan raja bestari,
Setelah ia sudah beristeri,
Beberapa bulan beberapa hari,
Hamillah puteri permaisuri.

Raja yang bestari menjaga isterinya dengan baik setelah berkahwin sehingga isterinya itu hamil. Hal ini dapat
menunjukkan bahawa, lelaki Melayu dahulu sangat menghargai isteri yang mengandungkan zuriat mereka itu.

Akhir sekali, akal budi yang dapat dilihat daripada syair ini ialah pertuturan pengarang yang sopan dan
rendah diri ketika mengarang membaca syair ini. Sifat kerendahan hati ini dapat dilihat pada rangkap pertama
syair iaitu,

Dengarkan tuan suatu riwayat,
Raja di desa Negeri Kembayat,
Dikarang fakir dijadikan hikayat,
Supaya menjadi tamsil ibarat.

Pengarang memanggil dirinya sendiri sebagai seorang fakir yang mana fakir itu bermaksud miskin, malah
jauh lebih teruk daripada miskin. Walaupun pengarang dilantik oleh raja untuk mengarang kehebatan raja,
pengarang masih lagi merendah diri dengan orang ramai. Hal ini menunjukkan baahwa, masyarakat Melayu
dahulu sangat merendah hati sesama mereka sama ada yang kaya mahupun miskin.

AKAL BUDI DALAM SELOKA

Berdasarkan seloka tersebut, Pak Pandir mewakili sikap negatif
masyarakat Melayu. Jadi sikap negatif itu dijadikan senda gurau dan sindiran.
Akal budi masyarakat Melayu yang terdapat dalam seloka ini ialah sikap
mengutamakan orang lain. Sikap yang sepatutnya ialah mendahulukan
keluarga terdekat bukannya orang luar yang hanya mementingkan diri
sendiri disebabkan tiada talian darah. Sebagai buktinya, Pak Pandir
mengabaikan dan menyakiti anaknya seperti dalam frasa ‘anak dipijak’.
Manakala memberi layanan yang baik kepada orang lain seperti dalam frasa ‘
dagang dijinjing’. Dalam baris ‘ harta habis, badan tergadai’ menunjukkan
sikap Pak Pandir yang tidak pandai menguruskan harta. Besar kemungkinan
juga Pak Pandir ini suka berjudi. Pertaruhan seseorang yang berjudi
selalunya mempertaruhkan harta. Jika kalah berjudi secara sendirinya harta
diserahkan kepada pihak yang menang. Kita haruslah pandai menguruskan
harta jika tidak, harta akan habis tergadai seperti dalam baris ,’ hartanya
habis tergadai’. Keseluruhan seloka ini menyindir sikap sebahagian
masyarakat Melayu yang bersikap negatif. Watak Pak Pandir hanyalah
seseorang yang mewakili sebahagian Orang Melayu yang wajar diberi
teguran untuk mengubah sikapnya itu.

AKAL BUDI DALAM SELOKA

Akal budi atau pemikiran pengarang dapat dilihat pada kedua-dua rangkap seloka Emak Si Randang.



Baik budi Emak Si Randang,
Dagang lalu ditanakkan,
Tiada kayu rumah diruntuhkan,
Anak pulang kelaparan,


Dalam rangkap pertama, pengarang menunjukkan bahawa masyarakat Melayu terdahulu sangat baik hati kepda setiap orang

sama ada orang tempatan atau luar negara. Masyarakat Melayu diwakilkan oleh Emak Si Randang dan buktinya dapat dilihat pada
baris pertama seloka, "Baik budi Emak Si Randang". Kebaikan masyarakat Melayu yang tidak bertempat ini telah melebih batas
kerana setiap kali orang luar mengunjungi mereka, pasti mereka akan mendapat layanan istimewa.

Buktinya dapat dilihat pada baris kedua dan ketiga seloka iaitu, "Dagang lalu ditanakkan, Tiada kayu rumah diruntuhkan". Hal ini
menunjukkan bahawa, terdapat masyarakat Melayu terdahulu yang sanggup berkorban untuk menjaga hati ataupun melayani
orang luar iaitu pedagang yang datang. Ayat "Dagang lalu ditanakkan" bermaksud setiap kali orang luar datang yakni pedagang,
pasti masyarakat Melayu mempelawa mereka untuk menikmati makanan yang dimasak. Baris yang kedua iaitu, "Tiada kayu rumah
diruntuhkan" menunjukkan bahawa terdapat masyarakat Melayu dahulu yang suka untuk memberikan segala keperluan kepada
pedagang walaupun memerlukan pengorbanan. Sikap suka mengagungkan orang luar ini telah menyebabkan masyarakat Melayu
sendiri tidak menjaga sesama sendiri. Hal ini dibuktikan dengan ayat pada baris keempat iaitu, "Anak pulang kelaparan". Baris
keempat ini berkait dengan baris yang kedua. Kebaikan Emak Si Randang yang tidak bertempat ini telah menyebabkan anaknya
kelaparan kerana semua makanan telah dijamu kepada pedagang luar.

Akal budi atau pemikiran pengarang juga dapat dilihat pada rangkap kedua seloka
tersebut iaitu,

Anak di pangku diletakkan,
Kera di hutan disusui,
Dagang pergi awak terhutang,
Beras habis padi tak jadi.

Dalam rangkap pertama, pengarang masih lagi menunjukkan sikap masyarakat Melayu yang mementingkan orang luar. Hal
ini dapat dilihat pada baris kelima dan keenam seloka iaitu, "Anak di pangku diletakkan, Kera di hutan disusui" Emak Si Randang
sanggup meninggalkan ahli keluarganya untuk seekor kera yang bukan manusia yang tinggal di dalam hutan. Emak Si Randang
ini rela pergi jauh ke dalam hutan bagi mencari kera untuk disusui berbanding menyusui anaknya yang hanya berada di rumah.




Disebabkan kebaikan yang melampau emak Si Randang ini, dia telah dilanda kesusahan iaitu bebanan hutang. Hal ini telah
menunjukkan bahawa, kebaikan melampau masyarakat Melayu pada masa tersebut kepada orang luar telah memakan diri
sendiri. Hal ini dapat dilihat pada baris ketujuh dan kelapan seloka iaitu, "Dagang pergi awak terhutang, Beras habis padi tak jadi."
Pedagang tersebut berlalu pergi tanpa membalas budi atau meninggalkan sebarang wang kepada emak Si Randang,
menyebabkan dia terpaksa menanggung segala hutang. Emak Si Randang ini terpaksa berhutang untuk membeli beras kerana
dia kehabisan beras. Beras yang ada juga tidak banyak kerana padi yang diusahakan oleh masyarakat Melayu atau dia sendiri
tidak menjadi atau semuanya habis ditanak. Secara keseluruhannya, pengarang ingin mengkritik dan menyindir sikap masyarakat
Melayu terdahulu yang terlalu mengagungkan orang luar sehingga mengabaikan masyarakat atau keluarga sendiri. Hal ini dapat
dikaitkan dengan seorang pemerintah Negeri Sembilan yang meminta bantuan orang luar untuk menyelesaikan masalah
pemerintahan dan akhirnya memakan diri sendiri.

AKAL BUDI DALAM GURINDAM

Dalam Gurindam Dua Belas Fasal Lima ini, pengarang lebih menitikberatkan etika dalam sesebuah masyarakat majmuk. Falsafah penulis
dalam gurindamnya banyak menasihati pembaca atau pendengarnya supaya mementingkan nilai etika dalam kehidupan. Hal ini dapat
dilihat pada keseluruhan baris gurindam tersebut. Akal budi pertama dalam gurindam ini dapat dilihat pada rangkap yang pertama iaitu,
"Jika hendak mengenal orang berbangsa, Lihat kepada budi dan bahasa." Pengarang menunjukkan bahawa budi bahasa seseorang individu
dapat mencerminkan bangsa individu tersebut. Setiap bangsa di dunia mempunyai cara yang tersendiri dalam berbudi bahasa contohnya,
bangsa Eropah lebih gemar memanggil orang yang lebih tua dengan menggunakan nama sahaja tetapi bangsa Melayu lebih gemar
memanggil orang yang lebih tua dengan panggilan tertentu seperti puan, tuan, nenek, datu, mak cik dan sebagainya. Kedua-dua bangsa ini
masih lagi mengekalkan nilai kesopanan tetapi dengan tradisi yang berbeza. Oleh hal yang demikian, terbuktilah idea pengarang yang
mengatakan bahawa budi bahasa mencerminkan sesuatu bangsa.

Akal budi dalam gurindam ini juga dapat dilihat pada rangkap kedua gurindam iaitu, "Jika hendak mengenal orang yang berbahagia,
Sangat memeliharakan yang sia-sia". Dalam rangkap yang kedua ini, pengarang memberikan satu kaedah kepada kita untuk mengenali dan
menjadi orang yang bahagia. Jika hendak bahagia dalam kehidupan ini, setiap manusia janganlah mensia-siakan setiap peluang yang ada.
Orang yang bahagia pasti akan menggunakan setiap peluang dengan sebaiknya kerana setiap peluang itu pasti ada kebaikannya. Sebagai
contoh, jika seseorang itu hendak cemerlang dalam pelajarannya, pasti dia akan menggunakan setiap peluang yang ada seperti masa untuk
mengulang kaji pelajaran sebelum menduduki peperiksaan. Hal ini dikatakan demikian kerana, dia tidak mahu mensia-siakan masa
terluangnya dengan perkara-perkara yang tidak memberi manfaat dan memberikan kesan negatif kepada dirinya sendiri. Oleh itu,
terbuktilah bahawa pengarang ingin menyeru kita untuk menggunakan setiap peluang yang ada supaya hidup menjadi lebih bahagia.

Seterusnya, akal budi dalam gurindam ini dapat dilihat pada rangkap ketiga gurindam tersebut iaitu, "Jika hendak mengenal orang yang
mulia, Lihatlah kepada kelakuan dia." Dalam rangkap ketiga gurindam ini, pengarang menunjukkan kepada kita bahawa orang yang mulia
dapat dikesan melalui perlakuannya. Perlakuan orang yang baik kepada makhluk bukan hidup dan juga makhluk hidup menjadikan dia
seorang yang mulia. Selain itu, orang yang mulia ini juga dapat dilihat pada perlakuannya semasa beribadah kepada Ilahi. Hal inilah yang
dapat membezakan kemuliaan antara manusia dengan lebih ketara. Semakin bertambah ibadah seseorang, maka semakin mulialah dia di
sisi Ilahi. Di samping itu, kemuliaan juga dapat dilihat dari perspektif manusia dengan manusia yang lain. Perlakuan yang baik sesama
manusia dapat menjadikan seseorang itu mulia di mata orang lain sehingga menyebabkan dia disanjung tinggi. Oleh itu dapat disimpulkan
bahawa pengarang menyeru kita untuk menunjukkan perilaku yang baik untuk menjadi mulia di mata manusia dan di sisi juga Allah SWT.

Tambahan lagi, akal budi penulis juga dapat dikaji pada rangkap keempat gurindam tersebut iaitu, "Jika hendak mengenal orang
yang berilmu, Bertanya dan belajar tiadalah jemu." Dalam rangkap keempat gurindam ini, pengarang menceritakan ciri-ciri orang yang
berilmu kepada kita. Orang yang berilmu merupakan orang yang sentiasa bertanya dan belajar tanpa mengenal erti jemu dan penat.
Hal ini menunjukkan bahawa, orang yang berilmu ini sangat menyanjungi ilmu dan tidak mahu terlepas sebarang ilmu yang berguna.
Orang yang berilmu ini gemar bertanya untuk menambahkan atau memperkukuh ilmu yang sedia ada manakala orang yang tidak
berilmu pula hanya duduk diam dan tidak bertanya jika tidak faham sesuatu. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa pengarang menyeru
kita untuk sentiasa menambahkan ilmu pengetahuan dengan pelbagai cara agar tidak menjadi sampah atau orang yang tidak berguna
kepada masyarakat.

Selain itu, akal budi penulis yang seterusnya ditunjukkan dalam rangkap yang kelima gurindam tersebut iaitu, "Jika hendak
mengenal orang yang berakal, Di dalam dunia mengambil bekal." Dalam rangkap kelima gurindam ini, pengarang menunjukkan
kepada kita ciri-ciri orang berakal iaitu seseorang yang mengambil bekalan di dunia. Bekalan ini merupakan amal ibadah yang
dilakukan oleh individu tersebut sebelum kembali berjumpa kepada pencipta. Orang ini dikatakan berakal kerana dunia ini merupakan
tempat yang sementara atau persinggahan sahaja kepada manusia manakala akhirat merupakan tempat yang kekal. Jadi, orang yang
berakal ini akan memperbanyak amal ibadah untuk kesenangan hidupnya di akhirat manakala orang yang tidak berakal akan berhibur
dan mengumpul kekayaan di dunia yang sementara ini. Segala kekayaan yang dikumpul akan ditinggalkan setelah orang tersebut
meninggal tetapi amal ibadah akan tetap bersama kita sehingga mati. Hal ini menunjukkan bahawa, pengarang menyeru kita untuk
menjadi seseorang yang lebih bijak dengan cara bersiap sedia untuk hidup di alam yang kekal yakni akhirat.

Di samping itu, akal budi penulis dapat ditunjukkan dalam rangkap terakhir gurindam tersebut iaitu, "Jika hendak mengenal orang
yang baik perangai, Lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai." Dalam rangkap keenam gurindam ini, pengarang
menunjukkan kepada kita cara untuk mengenal pasti baik budi seseorang itu dengan melihatnya ketika dia berada dalam masyarakat
atau bergaul dengan orang ramai. Setiap manusia di dalam dunia ini mempunyai keperibadian masing-masing yang kadang-kadang
berbeza dalam situasi yang berbeza. Sebagai contoh, seseorang murid itu akan bersopan santun jika bertemu dengan gurunya secara
peribadi tetapi dia juga mungkin akan menjadi seseorang yang sombong atau tidak bersopan jika berada bersama-sama rakan-
rakannya. Perangai murid tersebut berubah dalam sekelip mata ataupun boleh dipanggil sebagai hipokrit. Selain itu, orang yang
berperangai baik ini juga dapat dikesan jika dia bergaul dengan orang yang mempunyai perangai yang sama. Oleh hal yang demikian,
benarlah kata pengarang bahawa baik budi seseorang individu itu dapat dilihat semasa dia bercampur dengan orang ramai.

Tuntasnya, kesusasteraan Melayu sarat dengan pelbagai jenis dan bentuk yang berbeza. Selain itu, kesusasteraan
Melayu ini terdiri daripada empat kumpulan besar iaitu prosa tradisional, prosa moden, puisi tradisional dan juga puisi
moden. Setiap kumpulan ini mempunyai bentuk-bentuk sastera dan ciri-ciri yang berbeza serta kesusasteraan Melayu
yang dilahirkan ini bukan sahaja dicipta untuk suka-suka sahaja sebaliknya berfungsi juga sebagai hiburan, dakwah,
kritikan dan juga pengajaran kepada orang ramai. Hal ini membuktikan bahawa sastera Melayu yang dihasilkan
mempunyai nilai-nilai estetikanya yang tersendiri baik dari segi laras bahasa yang digunakan dan juga maksud tersirat
karya sastera tersebut. Bahkan, kesusasteraan Melayu yang dihasilkan juga dapat menunjukkan akal budi pengarang
tersebut dari segi pemikirannya dan juga gaya hidupnya. Dalam pada masa yang sama, para pembaca dapat
membayangkan suasana masyarakat Melayu pada masa tersebut sekali gus mengambil pengajaran daripada peristiwa-
peristiwa yang berlaku. Oleh itu, kebanyakan pengajaran karya sastera Melayu yang ditonjolkan pengarang boleh
diaplikasikan dalam hidup masyarakat kita pada zaman moden kini.

RUMUSAN

Berdasarkan kajian keseluruhannya, sesuatu karya sastera itu meninggikan budaya sesebuah
masyarakat serta membawa aura positif terhadap para pembacanya. Selain itu, karya yang
berunsurkan sastera juga mempunyai unsur pengajaran yang positif dan mampu membuka mata
kepada setiap pembacanya segali gus mampu mematangkan fikiran seseorang dan terutamanya
untuk para remaja. Tambahan lagi, sesuatu kara sastera juga berfungsi sebagai hiburan, dakwah,
kritikan sosial dan pendidikan kepada kita dan pembacanya. Bukan sahaja itu, kita juga dapat
mengetahui akal budi sesebuah puisi yang mencerminkan perbuatan, pemikiran, dan sikap
seseorang manusia yang mendukung kebijaksanaan dan keindahan sesebuah karya. Itulah
Kesusasteraan Melayu. Oleh hal yang demikian, kita sebagai masyarakat Melayu sewajarnya
menghargai nilai sastera ini serta tidak membiarkan sesuatu karya sastera itu dianaktirikan.

RUJUKAN

Abdul Halim Ali. (2011). Konsep keindahan dalam kesusasteraan Melayu tradisional. PENDETA- Jurnal Bahasa dan Sastera Melayu, 99-117.
https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/1109/794
Azman Rahmat, Mohd Nazri Zainuddin, Shamsudin Abu Bakar, Abdul Rani Hassan, & Hasnah Awang. (2022). Pengenalan kesusasteraan dan kebudayaan
Melayu. Pustaka Al-Ehsan.
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2017, Januari 9). Cerpen. http://lamanweb.dbp.gov.my/index.php/pages/view/111
Dunita Nabila A Rahimin. (2019). Mitos dan legenda: Di sebalik percanggahan fakta dalam sejarah Asia Tenggara. Jurnal Kemanusiaan, 17(1), 29–30.
https://jurnalkemanusiaan.utm.my/index.php/kemanusiaan/article/view/294/273
Ezzah Afifah Nasrudin , & Che Ibrahim Salleh. (2015). Pemikiran Melayu dalam cerita lipur lara. Journal of Business and Social Development, 3(2), 63-79.
https://jbsd.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/53/2015/09/5.-PEMIKIRAN-DALAM-CERITA- PENGLIPUR-LARA-web.pdf
Fatimah Hassan, & Hamid Mohd. Isa. (2014). Mitos dan legenda sebagai produk pelancongan di Malaysia: Kajian kes Lembah Lenggong. Geografia :
Malaysian Journal of Society and Space, 10(5), 168-179. http://journalarticle.ukm.my/7872/1/15x.geografia-okt2014-fatimah2-edkatam.pdf
Harun Mat Piah. (1989). Puisi Melayu tradisional. Dewan Bahasa dan Pustaka. https://p-library2.s3.filebase.com/singapore-
malaysia/Harun%20Mat%20Piah/Puisi%20Melayu%20Tradisional%20%28776%29/Puisi%20Melayu%20Tradisional%20- %20Harun%20Mat%20Piah.pdf
Harun Mat Piah, Ismail Hamid, Siti Hawa Salleh, Abu Hassan Sham, Abdul Rahman Kaeh , & Jamilah Haji Ahmad. (2000). Kesusasteraan Melayu tradisional
(ed. 2). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2010). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Rosli Saludin. (2013). Puisi Melayu tradisional. Jurnal Peradaban Melayu, 8, 1-13. https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/3227/2212
Muhd Norizam Jamian, & Shaiful Bahri Md Radzi. (2015). Kesusasteraan Melayu tradisional sebagai wadah komunikasi massa: Suatu analisis. Jurnal
Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 31(2), 183-194. http://journalarticle.ukm.my/10011/1/V31_2_12.pdf
Norazimah Zakaria. (2017). Akal budi dan cerminan jati diri Melayu dalam pantun. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah, 4(2), 89- 97.
https://www.researchgate.net/publication/324866095_Akal_Budi_dan_Cerminan_Jati_Diri_Melayu_dalam_Pantun
Nursham Abdul Aziz. (2015). Novel-novel terpilih Azizi Hj. Abdullah: Kajian intertekstualiti. [Tesis Doktor Falsafah, Universiti Malaya, Malaysia]. Malaya,
Malaysia]. University of Malaya Student Repository. http://studentsrepo.um.edu.my/6173/1/NURSHAM_ABDUL_AZIZ.pdf
Ummi Hani Abu Hassan. (2011). Drama dakwah di Malaysia: Kajian tentang proses penulisan skrip. [Disertasi Ijazah Sarjana, Universiti Malaya, Malaysia].
University Malaya Students' Repository. http://studentsrepo.um.edu.my/5358/3/tesis_final.pdf
Zahir Ahmad, Indirawati Zahid, & Mohd Nasir Hashim. (2006). Syair naratif: Keindahan bahasa dan melodi. Prosiding Persidangan Antarabangsa Pengajian
Melayu, (hlm. 264-271). https://eprints.um.edu.my/8715/1/All.pdf

TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version