The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MUHAMMAD AIZAT BIN NAZIR, F2E,
BMMB 1104

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 761-3-aizat, 2022-03-26 09:48:55

TUGASAN 1 (PENGHASILAN PRODUK)

MUHAMMAD AIZAT BIN NAZIR, F2E,
BMMB 1104

PENGHASILAN PRODUK

TUGASAN 1

Dr. Arfah Binti Ahmad

Muhammad Aizat Bin Nazir
(F2E Bahasa Melayu)
2021252310105



PENGENALAN KESUSASTERAAN
DAN KEBUDAYAAN MELAYU

(BMMB 1104)

ISI KANDUNGAN

Takrifan Kesusasteraan Melayu
Jenis, Ciri Dan Bentuk Kesusasteraan Melayu
Manifestasi Akal Budi Masyarakat Melayu
Rumusan
Rujukan

TAKRIFAN KESUSASTERAAN MELAYU

Kesusasteraan Melayu disebut sebagai hasil karya serta ciptaan seni yang terdapat dalam kelompok masyarakat
Melayu dan disampaikan menerusi bahasa.
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), menjelaskan perkataan kesusasteraan tercipta daripada perkataan Sanskrit
yakni susastera yang bermakna huruf ataupun buku indah.
Menurut Abdul Halim Ali (2011), perkataan sastera ini bermaksud alat yang membawa pengajaran dan membentuk
perkataan susastera yang bermaksud alat yang membawa pengajaran dengan cara yang indah apabila diimbuhkan
dengan awalan se- yang bermaksud indah.
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat (2010), kesusasteraan boleh juga didefinisikan sebagai
hasil seni dalam bentuk karya tulisan yang mempunyai ciri-ciri eksklusif tertentu sama ada dalam bentuk prosa
ataupun puisi.
Perkataan "sas" bermaksud ajarkan, memberikan petunjuk atau arahkan manakala perkataan "tera" bermakna
karya, media, bahan atau pemikiran pengarang yang tercipta daripada pembacaan, pengamatan serta
pengalaman yang pernah dialaminya.
Perkataan "susastera" bermaksud karya bahasa yang terdiri daripada tulisan atau lisan dan memiliki ciri-ciri
istimewaa serta bernilai seni.
Hashim Awang, et. al. (1985) menjelaskan perkataan "kesusasteraan" terhasil daripada akar kata "susastera" yang
berasal daripada perkataan "sanskrit" serta setiap suku kata memiliki maksud yang khusus seperti "su" bermaksud
indah dan baik, seterusnya "sastera" bermaksud buku atau huruf manakala kesusasteraan bermakna kelompok
buku-buku yang indah isi kandungan serta bahasanya.
Epics of Gilgamesh merupakan salah satu hasil kesusasteraan terawal dari Sumeria iaitu sebuah puisi epik yang
dihasilkan sekitar 2700 S.M.

JENIS, CIRI DAN BENTUK
KESUSASTERAAN MELAYU

Karya kesusasteraan Melayu mempunyai pelbagai jenis dan juga bentuk kerana digunakan
mengikut tujuan-tujuan yang tertentu. Setiap penghasilan karya sastera Melayu perlulah
disesuaikan dengan tujuan penghasilan karya tersebut misalnya untuk memberikan pengajaran,
peringatan ataupun teguran kepada masyarakat. Hal ini yang menjadikan karya sastera Melayu
lebih unik berbanding karya-karya sastera bangsa yang lain kerana mempunyai karya yang
bervariasi. Kesusasteraan Melayu boleh dibahagikan kepada dua bentuk iaitu prosa dan juga puisi
(Harun Mat Piah et al., 2000). Prosa boleh didefinisikan sebagai sebuah karya yang bertulis seperti
karangan dengan menggunakan bahasa biasa manakala puisi pula ialah karangan berangkap yang
terikat dengan ciri-ciri atau bentuk- bentuknya yang tertentu seperti mempunyai irama, berbait
dan sebagainya. Prosa dan juga puisi mempunyai jenis-jenisnya yang tersendiri iaitu prosa
tradisional, prosa moden, puisi tradisional dan juga puisi moden

1.Prosa Tradisional JENIS, CIRI dan
Terdiri daripada naratif serta bukan naratif bentuk
Naratif terdiri daripada naratif tulisan dan naratif lisan seperti mitos, lagenda KESUSASTERAAN
dan cerita rakyat.
Cerita rakyat terdiri daripada cerita jenaka, binatang dan dongeng. Contoh cerita
dongeng seperti lipur lara dan cerita teladan

2. Prosa Moden
Novel
Cerpen
Drama

3. Puisi Tradisional
Pantun
Syair
Gurindam
Seloka

4. Puisi Moden
Sajak

PUISI TRADISIONAL

PANTUN

Sejenis puisi melayu lama yang paling terkenal serta hak milik asli orang Melayu yang menggambarkan kaedah
berfikir dan nilai-nilai masyarakat Melayu. Selain itu, pantun juga menjadi medium untuk menyampaikan rasa hati,
kasih sayang, keluhan jiwa, cinta, suka dan duka serta disampaikan dengan menggunakan bahasa-bahasa yang
indah. Tambahan lagi pantun juga dituturkan secara halus berdasarkan tempat tertentu yang bertujuan untuk
menyampaikan hajat, sindiran, nasihat serta ajaran agama.

Ciri Pantun

Pantun memiliki bahagian pembayang serta Pantun kanak-kanak berfungsi untuk
maksud menyampaikan hiburan kepada kanak-kanak
Mempunyai empat patah perkataan dalam serta menggambarkan keriangan dan
setiap baris kegembiraan untuk mereka. Bahkan,
Jumlah suku kata antara lapan hingga dua kandungan dalam pantun generasi ini tidak
belas suku kata memerlukan pemikiran yang kritis serta mudah
Pantun memiliki skima rima hujungan yang difahami
sejajar, yakni a,a untuk pantun dua kerat Pantun generasi muda lebih kepada rindu,
manakala a,b,a,b untuk pantun empat kerat perasaan cinta, sedih, kecewa serta hiba.
serta a,b,c,a,b,c untuk pantun enam kerat. Pantun ini memerlukan pemikiran serta
Pantun dikelaskan kepada beberapa jenis penggunaan bahasa yang indah sehingga
berpandukan maksud serta isinya misalnya berupaya menyebabkan seseorang itu
pantun untuk kanak-kanak, pantun untuk terpikat.
orang muda, serta pantun untuk orang tua. Pantun untuk golongan dewasa ataupun tua
lebih menekankan sopan santun, budi bahasa,
keagamaan serta sindiran

CONTOH PANTUN

GURINDAM

Gurindam adalah sejenis puisi yang pada awalnya disampaikan oleh Raja Ali Haji menerusi karyanya iaitu Gurindam Dua Belas
(1846). Tambahan lagi, gurindam merupakan satu bentuk puisi Melayu yang terbahagi kepada dua baris yang berpasangan,
berima ataupun bersajak serta mencurahkan buah fikiran yang lengkap atau padat pada pasangannya. Selain itu, Menurut
Za'ba menerusi bukunya iaitu, Ilmu Mengarang Melayu (1934) menjelaskan perkataan gurindam berasal daripada bahasa
Sanskrit yakni melalui bahasa Tamil. Hal ini bermakna "rangkap yang telah menjadi bidalan". Secara ringkasnya, gurindam
dikatakan sebagai sejenis syair melarat yang tidak menentu jumlahnya dan rangkapnya. Tambahan lagi, isinya mempunyai
pemikiran yang relevan serta melibatkan penggunaan bahasa yang riang.

Ciri Gurindam

Merupkan puisi bebas serta tidak terikat Sekiranya bentuk yang dipilih merupakan Gurindam berbentuk tidak terikat juga dikenali sebagai
dengan rangkap. Hal ini kerana sekiranya bentuk tidak bebas maka ikatan yang dituruti bentuk bebas Gurindam ini turut tidak berpasangan
berangkap, jumlah baris serangkap ataupun hanya berdasarkan pasangan yang berirama. mahupun berangkap. Jumlah baris dalam serangkap
jumlah perkataan sebaris akan menjadi Dalam pada itu, jumlah baris serangkap, juga tidak menentu, jumlah patah perkataan dalam
tidak tetap gabungan beberapa bentuk rima adalah tidak sebaris tidak menentu serta tidak menggunakan rima
Isi kandungan gurindam memaparkan terikat yang sama pada bunyi hujungan.
situasi yang serius serta benar. Bahkan Gurindam terdiri daripada dua bentuk yakni Gurindam lebih menjurus ke arah bimbingan kepada
memiliki perasaan yang berat serta bukan terikat serta tidak terikat. manusia untuk menjadi insan al-kamil, yakni insan yang
bermaksud lelucon Gurindam berbentuk terikat mempunyai dua berbudi, merendah diri, menghormati ibu bapa,
Dalam satu rangkai gurindam mungkin baris berpasangan serta berirama. Baris memelihara agama serta berbuat jasa kepada
dimulai, diselangi dan diakhiri dengan pertama syarat (protasis) manakala baris masyarakat.
bentuk seperti pantun kedua akibat (apodosis). Gurindam Dua Belas Skop penggunaan gurindam adalah sangat terhad. Hal
Gurindam masih memaparkan ciri-ciri puisi karya Raja Ali Haji ialah contoh gurindam ini kerana gurindam tidak diaplikasikan dalam kegiatan
tradisional seperti memiliki rima antara berbentuk terikat seni serta kebudayaan misalnya syair, pantun, mentera,
baris-baris yang sejajar teromba serta zikir.
Gurindam secara ringkasnya tidak digunakan secara
praktis dalam aktiviti kesenian serta kehidupan
masyarakat seharian.

CONTOH GURINDAM

SYAIR

Syair berasal daripada perkataan Arab, syi'r. Dalam kesusasteraan Arab, syi'r bermakna puisi yang telah wujud sejak
zaman pra-Islam lagi. Kedatangan agama Islam bukan sahaja membawa agama Islam malahan turut membawa bentuk
syair ini bersama-sama ke rantau Melayu. Meskipun Syair dibawa dar tanah Arab, tetapi terdapat perbezaan antara
syair Arab dengan syair di Tanah Melayu. Tambahan lai, syair juga memiliki bentuk yang sama dengan pantun, yakni
terdiri daripada empat baris dalam satu rangkap. Walau bagaimanapun, rima akhir bagi syair tidak sama dengan
pantun. Sebagai contoh, rima akhir bagi syair ialah a,a,a,a.

Dengarlah anak ibu berpesan, (a)
Lengkapkan diri dengan pelajaran, (a)
Hanyalah itu jadi bekalan, (a)
Untuk hidup di masa depan, (a)

Ilmu itu pelindung diri, (a)
Seperti kebun berpagar duri, (a)
Seperti sinar intan baiduri, (a)
itulah tanda orang jauhari. (a)

Terdapat perbezaan yang ketara antara pantun dengan syair iaitu dari aspek pemikiran yang mahu disampaikan dalam pantun
yang boleh dijumpai pada baris maksud (baris ketiga dan keempat). Sebaliknya bagi syair pula, keempat-empat barisnya
merupakan satu rangkuman cerita atau idea. Untuk memperoleh keseluruhan idea dalam syair, seseorang itu harus menelaah
syair sehingga tamat. Secara ringkasnya, bagi mengetahui ceria dalam sesebuah syair, pembaca mestilah mencarinya sehingga
rangkap terakhir. Tambahan lagi, sekiranya pantun menyatakan luahan emosi atau perasaan seseorang terhadap sesuatu
perkara, syair pula berfungsi menekankan pemikiran , falsafah, cerita, sejarah, kisah, pujian serta nasihat. Oleh itu, akibat
daripada kepelbagaian matlamat yang dihasilkan oleh syair, maka terciptalah pelbagai aneka ataupun jenis syair, seperti:




1) Syair Sejarah
Mengambil bahan sejarah sebagai tema serta tidak menonjolkan unsur-unsur mitos dan lagenda. Syair ini memperlihatkan
peristiwa-peristiwa sejarah sahaja tetapi masih lagi berkisarkan kelompaok feudal, tokoh-tokoh, kehebatan serta peristiwa-peristiwa
alam yang menjadi sejarah. Antara syair yang tergolong dalam syair sejarah seperti Syair Sultan Maulana, Syair Perang Makasar, Syair
Raja Haji, Syair Singapura Terbakar serta Syair Sultan Abu Bakar Johor

2) Syair Nasihat
Dicipta dengan matlamat untuk menyampaikan pengajaran yang berunsur nasihat kepada pendengar. Namun begitu, tidak banyak
syair nasihat dalam kesusasteraan Melayu. Hal ini kerana, kebanyakan syair nasihat yang dijumpai adalah karya Raja Ali Haji yang
bertajuk Syair Nasihat kepada Anak.

3) Syair Roman
Merupakan syair yang berbentuk cerita dengan lukisan watak-watak yang melibatkan kelompok atasan terutama putera serta puteri
raja dengan episod-episod pertemuan, pengembaraan, peperangan, percintaan, perpisahan akibat sumpahan, dengki dan fitnah.
Bahkan syair ini menamatkan kisahnya dengan penyelesaian yang menggembirakan. Selain itu, latar belakang cerita dalam syair ini
berkisarkan istana, imaginatif dan khayalan. Antara contoh syair roman ialah Syair Haris Fadilah, Syair Juragan Budiman serta Syair
Jaubar Manikam.

4) Syair teka-teki
Syair yang diwujudakn bersama-sama dengan ungkapan tertentu serta kebiasaannya berunsur soalan yang
memerlukan jawapan. Bukan itu sahaja, syair ini dinyatakan sedemikian rupa dengan tujuan untuk menduga
kebijaksanaa seseorang dalam menyampaikan jawapan yang betul.

5) Syair puji-pujian
Merupakan syair yang bertujuan untuk memuji tokoh-tokoh tertentu terutamanya kumpulan bangsawan. Tambahan
lagi, pujian tersebut berkaitan kebesaran seseorang pemerintah, keperkasaan seseorang, kecantikan seorang puteri
serta pujian untuk keamanan sesebuah kerajaan. Contoh syair puji-pujian seperti syair Sultan Iskandar Bermain-main
ke Laut.

6) Syair agama
Syair yang menggunakan tema serta persoalan-persoalan keagamaan. Kebiasaannya isi kandungan syair
menitikberatkan pengajaran serta moral dalam kehidupan. Di samping itu, syair agama mengemukan perkara tentang
metafizik misalnya tasawuf. Antara contoh syair agama ialah seperti syair Nabi Isa, Syair Nabi Bercukur, Syair Perahu,
Syair burung Pungguk serta Syair Burung Pingat.

7) Syair Simbolik atau perlambangan
Syair yang dihasilkan dalam bentuk kias ibarat dengan memperkenalkan wata-watak tertentu khususnya watak, bunga-
bungaan, watak binatang serta buah-buahan. Syair ini sarat dengan sindiran terhadap sesuatu peristiwa serta
golongan tertentu dan memberikan nasihant dan pengajaran. Anatara contoh, syair jenis ini ialah seperti Syair Kupu-
Kupu dengan Kumbang serta Belalang.

CONTOH SYAIR

SELOKA

Perkataan seloka berasal daripada bahasa Sanskrit.yakni shloka yang membawa maksud suatu bentuk puisi yang terdiri daripada
dua baris (dua kerat) serta setiap baris seloka memiliki 16 suku kata serta tersusun dalam empat unit. Tambahan lagi Za'ba turut
menjelaskan bahawa seloka adalah sejenis karangan yang seolah-olah sama denagn gurindam. Hal ini kerana kebanyakan sifat-sifat
gurindam terdapat pada seloka. Bukan itu sahaja, terdapat unsur-unsur yang menggelikan hati, ejekan, gurau senda, asyik berahi,
nyanyian, khayal serta mimpi dalam seloka. Seloka juga dianggap sebagai puisi bebas disebabkan tidak memiliki rangkap yang tetap.
Selain itu, untuk seloka yang berangkap, jumlah baris dalam serangkap serta jumlah perkataan dalam sebaris adalah tidak menentu
dan tidak memiliki rima yang sama. Aspek perasaan yang terdapat dalam sesuatu seloka lebih difokuskan. Sekiranya, diperhati dari
aspek bentuk, seloka serupa seperti gurindam, teromba, talibun serta mantera. Kebiasaannya, fungsi serta sifat seloka lebih terhad jika
dibandingkan dengan pantun, peribahasa dan teromba. Temanya berkisarkan sindiran, ejekan serta cetusan perasaan yakni perasaan
kagum atau benci terhadap seseorang atau perilakunya. Walau bagaimanapun, ejekan serta jelekan dalam seloka bukan untuk hiburan
sahaja malahan turut menjadi alat untuk menyatakan pengajaran serta panduan kepada masyarakat dalam mendepani sesuatu
keadaan yang mungkin mengancam kesejahteraan diri. Misalnya, Seloka Mak Si Randang serta Seloka Pak Kaduk. Di samping itu, seloka
turut menjadi sempadan ikutan kepada anggota masyarakat dalam mengahadapi kehidupan seharian. Dalam melakukan sesuatu
kebaikan, seseorang tidak boleh menjadi terlalu baik hati atau pemurah sehingga terpaksa berhutang. Misalnya, seperti dalam seloka
Mak Si Randang,iaitu sifat pemurah yang berlebihan mengakibatkan seseorang kehilangan hak mereka. Seloka turut boleh dijadikan
sebagai teguran kepada kelompok masyarakat yang berkuasa.Hal ini supaya kuasa yang ada tidak disalahguna oleh mereka. Peristiwa
sebegini boleh dilihat menerusi Seloka Pak Kaduk yang terpaksa menukarkan ayamnya dengan ayam raja yang pada akhirnya
membuatkan Pak Kaduk Kehilangan segalagalanya seperti isi seloka tersebut, iaitu "ayamnya menang kampungnya tergadai" dek kerana
perbuatan raja yang menggunakan kuasanya terhadap rakyat biasa yang tidak cerdik. Seloka memainkan peranan dalam konteks
sesebuah cerita. Kebiasannya, seloka selalu dijumpai pada bahagian permulaan cerita serta bahagian penutup cerita yang berfungsi
agar sesuatu cerita lebih efektif dan menarik sekiranya diperbualkan.

CONTOH SELOKA

PROSA MODEN

PROSA MODEN

Prosa moden merupakan sastera Melayu yang wujud selepas tahun 1800 Masihi yakni sewaktu zaman
penjajahan yang termasuk juga zaman selepas merdeka. Prosa moden terdiri daripada tiga karya yang utama iaitu
cerpen, novel dan juga drama. Bagi prosa yang pertama iaitu cerpen, perkataan cerpen merupakan sebuah akronim
yang terbentuk daripada perkataan 'cerita' dan 'pendek'. Hal ini menunjukkan bahawa, cerpen merupakan sebuah
cereka yang dihasilkan dengan menggunakan bilangan perkataan, latar, watak yang sedikit berbanding prosa moden
lain. Cerpen yang dihasilkan kebanyakannya berkisarkan pengalaman peribadi, realiti hidup dan imaginasi
pengarang. Di samping itu, cerpen-cerpen yang dihasilkan itu mencerminkan sikap, perasaan dan fikiran pengarang
Melayu pada masa tersebut terhadap persekitarannya. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (2017), cerpen
mempunyai 5000 hingga 20,000 bilangan patah perkataan sahaja. Hal ini dikatakan demikian kerana, cerpen hanya
membawa satu tema, beberapa persoalan penting dan satu plot penceritaan sahaja. Watak-watak yang hadir juga
sedikit dan sekadar untuk membantu watak utama bagi mewujudkan suasana yang sesuai dengan tema cerpen.

Seterusnya, bagi prosa moden yang kedua pula iaitu novel, novel merupakan satu karya sastera panjang yang
digunakan oleh pengarang untuk menggambarkan pelbagai persoalan sosial untuk menjadi tatapan dan pedoman
kepada pembaca. Perkataan novel merupakan perkataan yang dipinjam daripada bahasa Itali iaitu novella yang
bermaksud satu bentuk cerita prosa yang panjang (Nursham Abdul Aziz, 2015). Hal ini bermakna, novel mempunyai
bilangan patah perkataan yang lebih banyak berbanding cerpen dan mempunyai lebih banyak plot penceritaan
bermula daripada permulaan sehingga peleraian. Watak-watak yang hadir juga lebih banyak supaya pembaca dapat
mengaitkan kisah tersebut dengan kehidupan seharian mereka. Novel-novel Melayu mempunyai beberapa tema
atau genre dan mempunyai gaya bahasa yang berbeza mengikut tema yang dibawakan. Antara tema yang sering
diketengahkan oleh pengarang ialah tema kemasyarakatan, patriotisme, percintaan dan sebagainya

Novel Melayu yang mempunyai tema kemasyarakatan adalah seperti novel Cucu Tuk Wali (1993) karya Abu Hassan
Morad. Novel ini menceritakan kisah seorang remaja perempuan bernama Liza yang sering dikatakan sebagai agen
pembangunan masyarakat desa yang memiliki sifat dedikasi, cekal dan gigih dalam mengharungi kehidupan. Novel ini
bertepatan dengan tema kemasyarakatan kerana menceritakan masyarakat yang bersedia untuk proses urbanisasi iaitu
remaja Kampung Sentosa. Bagi novel yang bertemakan patriotisme pula, terdapat novel Putera Gunung Tahan karya Pak
Sako. Novel ini mengkritik penjajah British yang menduduki Tanah Melayu serta pemimpin yang bersekongkol dengan
penjajah. Bagi novel yang bertemakan percintaan, terdapat banyak novel yang menggunakan tema ini sebagai tema
utama novel tersebut terutamanya novel-novel popular kini. Antara novel popular yang menggunakan tema percintaan
ialah novel 7 Hari Mencintaiku karya Siti Rosmizah Semail. Novel ini menceritakan kisah percintaan antara Khuzairi
dengan seorang perempuan sombong iaitu Mia dan cinta Khuzairi terhadap Mia telah hilang disebabkan
keangkuhannya itu.

Bagi prosa moden yang ketiga iaitu drama, drama merupakan sebuah karya sastera Melayu yang dihasilkan melalui
lakonan serta dialog-dialog antara manusia. Mesej yang ingin disampaikan dalam sesuatu drama hanya akan hadir jika
terdapat komunikasi antara pelakon. Dalam penghasilan sesebuah drama, terdapat beberapa unsur yang perlu hadir
untuk menjadikan sesebuah drama itu mantap. Unsur yang pertama ialah skrip drama. Skrip drama sangat penting
kerana menentukan gerak geri pelakon bermula daripada permulaan sehingga pengakhiran drama tersebut (Ummi Hani
Abu Hassan, 2011). Hal ini bermakna, tugas yang sangat penting adalah tugas penulis skrip kerana merekalah yang
menentukan segala perjalanan drama dan mereka perlu memerah otak untuk menghasilkan drama yang berkualiti.
Selain itu, terdapat juga unsur pengarah selepas skrip. Kehadiran pengarah dalam sesebuah drama sangat penting
kerana mereka bertanggungjawab untuk menyelaras sesebuah drama yang dihasilkan supaya berjalan lancar. Unsur
yang ketiga dalam drama ialah pelakon iaitu watak yang menggerakkan sesebuah cerita dalam drama. Pelakon
merupakan individu yang bertanggungjawab untuk menyampaikan mesej drama kepada penonton. Unsur yang terakhir
ialah pentas atau latar tempat. Latar tempat berfungsi untuk menjadikan sesebuah drama kelihatan lebih nyata dan
seolah-olah drama tersebut benar-benar terjadi dalam masyarakat.

CONTOH KARYA

PUISI MODEN

SAJAK

Sajak didefinisikan sebagai puisi Melayu Moden yang berbentuk karangan berangkap bebas, serta tidak terikat pada
jumlah baris, perkataan sebaris, suku kata sebaris, rima dan rangkap Sajak dimaksudkan sebagai sebuah karangan
berangkap cara baharu dalam bahasa Melayu Za'ba (1965). Sifat sajak tidak memerlukan sukatan bunyi yang tetap serta
timbangan dan tiada ukuran rentak yang sama. Tambahan lagi, kebiasaannya sajak tidak memerlukan pertentangan bunyi
waima tetap atau bertambah di hujung kerat. Isi kandungan sajak pula akan menentukan perasaan yang mendalam dengan
penggunaan bahasa yang berkias ibarat. Sebaliknya, Muhammad Haji Salleh (1984) menyatakan sajak merupakan satu
bentuk moden yang lebih bebas daripada ikatan bentuk-bentuk tradisi manakala Hashim Awang (1985) mendefinisikan
sajak sebagai puisi baharu yang terkenal serta wujud sebagai kemudahan kepada puisi tradisional. Hal ini kerana bentuk
sajak tidak terikat dengan sebarang kontroversi serta lebih bebas. Di samping itu, menurut (Atmazaki , 1993) sajak
merupakan sebuah karya sastera yang dipenuhkan dengan segala-galanya dan kesantunan bahasa dalam sajak tidak
terlihat oleh logik sintaktik.

Kamus Dewan (1993) mentakrifkan sajak sebagai bunyi pada suku kata dalam syair serta pantun. Bukan itu sahaja, sajak
adalah puisi moden yang berbeza daripada pantun atau syair serta digubah menerusi bahasa yang indah untuk
menjelaskan perasaan, fikiran dan pengalaman. Sajak juga dikatakan sebagai genre puisi Melayu moden serta merupakan
binaan kesenian yang diwujudkan secara bebas serta tidak terikat pada pola-pola tertentu dalam menyatakan sesuatu
maklumat. Ringkasnya, sajak adalah sebuah karangan berangkap dengan bentuk bebas yang sudah terpesong daripada
bentuk puisi lama serta sajak juga tidak diperhati dari segi jumlah baris, kata dan skema rima. Walau bagaimanapun, sajak
tetap menekankan bahasa sehingga mewujudkan kesan serta nilai estetika yang tinggi, Sajak turut dianggap sebagai kata-
kata yang terbaik dalam susunan yang sistematik.

JENIS-JENIS SAJAK

Sajak terdiri daripada beberapa jenis berpandukan cara penyampaian kepada pembaca. Misalnya, terdapat sajak yang menerangkan
perasaan dan buah fikiran peribadi penyajak dan sajak yang menerangkan tentang watak atau tokoh semasa berhadapan dengan
persoalan hidup. Oleh itu, ciri-ciri ini melahirkan tiga jenis sajak iaitu sajak epik, sajak lirik, dan sajak dramatik. Sajak epik dikatakan sebagai
sajak yang paling awal serta telah berkembang mengikut sejarah bangsa itu sendiri serta menonjolkan kemahuan penyajak untuk bercerita
berkenaan zaman lampau. Sajak epik terdiri kepada tiga jenis pertama sajak epos yang merupakan sajak panjang serta sarat dengan
pelbagai cerita. Misalnya dalam bangsa India wujudnya epos terkenal yakni Mahabharata serta Ramayana. Kebiasaanya, sajak-sajak jenis ini
menceritakan tentang pengambaraan, peperangan serta kepahlawan. Kedua, terdapat juga sajak jenis balada yang menerangkan tentang
kisah-kisah kecewa serta memilukan yang berlaku pada zaman penyajak atau peristiwa yang berpusat kepada rakyat biasa. Bahkan ciri-ciri
dalam balada mementingkan pemberian jiwa dan perasaan penyajak serta sifat-sifat objektifnya. Aspek bahasa dalam sajak balada sangat
menekankan pengulangan kalimat sebagai satu penekanan. Ketiga, sajak fable iaitu berkenaan cerita haiwan yang menerangkan tentang
kehidupan haiwan yang dilambangkan kepada kehidupan manusia. Tambahan lagi, ungkapannya lebih kepada humor, mengejek watak dan
perlakuan manusia khususnya yang hodoh serta tidak menyenangkan. Sajak jenis ini amat kurang diciptakn. Antara contoh sajak fable ialah
seperti Gajah dan Semut karya Suhaimi Haji Muhammad

Selain itu terdapat juga sajak lirik yang diwujudkan menerusi ungkapan perasaan serta buah fikiran peribadi penyajak. Untuk memahami
sajak lirik ini, pembaca perlulah memerhatikan perubahan serta perkembangan penyajak itu sendiri. Tambahan lagi, sajak lirik ini agak
susah untuk difahami serta penuh dengan gaya penyampaian khas misalnya menggunakan gaya bahasa sendiri. Sebagai contoh,
penggunaan imej, simbol, metafora serta personifikasi. Bahkan, pembaca haruslah memerhati pengalaman hidup, sikap dan peristiwa pahit
serta manis yang telah dilalui. Oleh itu, terdapat beberapa jenis sajak lirik yakni pertama, elegi iaitu sejenis sajak yang berupa ratapan
kesedihan terhadap kematian seseorang tokoh, kekasih yang dicintai dan janji-janji manusia yang telah meninggal dunia. Kedua, ode iaitu
sajak yang lebih kepada pemujaan tuhan serta tanah air. Nada yang dibawa adalah berkenaan tentang kemuliaan dan kesetiaan kepada
negara. Ketiga, epigram iaitu sajak yang menekankan tentang ajaran hidup dengan sifat mengajar sehingga kadangkala jelas memaparkan
unsur didaktiknya. Tambahan lgi sajak ini diluahkan dengan penggunaan kata-kata yang sarat dan ekonomikal. Di samping itu, terdapat juga
sajak dramatik yang bersifat analisis terhadap watak seseorang individu dan watak ini terhasil waima dalam kenyataan sejarah, mitos atau
rekaan semata-mata. Kebanyakannya pendeklamasi sajak memilih bentuk monolog bagi mewakili tokoh yang dpilih

BENTUK-BENTUK SAJAK

Bentuk sajak merangkumi tiga perkara dasar seperti skema sukatan baris dan bunyi, makna bahasa dan pemilihan
diksi serta makna skema susunan pengucapan, maksud, serta pemikiran di dalamnya. Bukan itu sahaja, bentuk sajak
turut dapat dilihat dalam dua bahagian yakni pertama menerusi bentuk luaran yang merupakan struktur binaan mampu dilihat
dengan lebih luas oleh pembaca. Selain itu, sifat-sifat binaan ini merangkumi susunan baris dalam rangkap, jumlah perkataan
dalam baris, serta susunan rima dalam baris. Tambahan lagi, dalam puisi tradisional misalnya pantun serta syair, perkara-perkara
tersebut sangat penting. Dalam pantun empat kerat, kuantiti perkataan dalam sebaris adalah dalam empat hingga lima patah
perkataan,sebaliknya skema rima akhir ialah abab. Sebagai contoh situasi ini boleh dijumpai dalam beberapa buah sajak yang
dicipta oleh Usman Awang misalnya Anak Jiran Tionghua dan Guru O Guru. Tetapi, sajak adalah puisi yang lebih menekankan
kebebasan daripada ikatan yang tetap serta susunan baris yang dihasilkan pula adalah tidak sama pada setiap baris malahan
susunan rima akhir pada setiap rangkap juga adalah berbeza serta terdapat juga sajak yang dicipta mampu mewujudkan efek
visual. Misalnya, sajak yang bersifat objek, ukiran serta garisan seperti dalam lukisan yang boleh dijumpai dalam sajak-sajak yang
dihasilkan oleh A. Latif Mohidin. Oleh itu, sajak yang memiliki unsur visual ini memerlukan penelitian dan ketajaman penglihatan
pembaca dalam menerokai makna serta maksud sajak.

Selain itu, terdapat juga bentuk dalaman yang merupakan sifat yang sepatutnya dkuasai oleh pembaca dalam melaksanakan
penyelidikan terhadap sajak. Tambahan lagi, bentuk dalaman ini bersifat abstrak dek kerana merangkumi fikiran serta emosi serta
penyusunan baris-baris yang diwujudkan oleh penyajak turut memberikan efek pernyataan fikiran serta perasaan. Hal yang
demikian kerana, penyusunan serta penentuan kata-kata dalam sesebuah sajak melambangkan curahan fikiran, gelisah, takut,
marah, rindu, hampa dan perasaan bimbang. Oleh itu, pembaca akan menghasilkan nada atau intonasi yang rendah, tinggi serta
pantas apabila membaca sajak-sajak ini.

CONTOH SAJAK

PROSA TRADISIONAL

Cerita Mitos PROSA TRADISIONAL

Cerita Lipur Lara

Cerita Lagenda Cerita Rakyat

Cerita Mitos

Menurut Mohd Taib Osman menjelaskan mitos sebagai satu genre yang tidak lagi wujud dalam sastera rakyat
Melayu (Ismail Hamid, 1987: 8). Kesannya, segelintir pihak menganggap bahawa cerita ini terhasil sebagai cerita
dongeng. Antara contoh cerita mitos yang terkenal ialah seperti cerita asal usul Melaka serta Singapura, asal kejadian
Gunung Jerai dan cerita Puteri Buluh Betung. . Cerita mitos merupakan cerita yang pelik dan tidak masuk akal jika
difikirkan oleh masyarakat moden kini, tetapi merupakan kepercayaan keramat kepada masyarakat terdahulu. Dalam
sastera Melayu, terdapat tiga jenis mitos iaitu mitos asal usul yang mengisahkan asal usul sesuatu benda seperti alam,
binatang dan tempat, mitos institusi sosial yang menceritakan asal usul sesebuah komuniti masyarakat dan mitos
politik yang menceritakan pemerintahan raja-raja terdahulu.

Kebanyakan sarjana berpandangan bahawa cerita mitos merupakan cerita yang tertua dalam perkembangan
kesusasteraan rakyat. Menurut Mohd Taib osman dalam Pengkajian Sastera Rakyat Bercorak Cerita (1991), masih
belum terdapat kata pemutus dalam menjelaskan maksud mitos. Oleh itu, terdapat beberapa penjelasan berkaitan
dengan perkara tersebut misalnya mitos telah digunakan secara menyeluruh waima sebagai istilah khusus atau
memaparkan fenomena yang berpandukan kepada sesuatu yang tidak mampu dihadam oleh akal atau tidak berjejak
di alam nyata. Selain itu, perkataan myth pula telah digunakan secara menyeluruh yakni daripada cerita dewa-dewa
orang Yunani tua yang menjadi asas kepada kajian klasik sehingga ceita berkenaan asal usul benda-benda, kajian alam
serta cakerawala berkaitan culture hero atau dewa-dewa dalam pelbagai budaya.

FUNGSI CERITA MITOS

Antara fungsi cerita mitos ialah pertama untuk menaikkan imej bangsa serta budaya sesebuah
masyarakat. Tambahan lagi mitos bukan sahaja mengakui tentang darjat serta keturunan tetapi
memaparkan kudusnya sesuatu kejadian di sisi kepercayaan masyarakat pada waktu itu. Kedua,
cerita mitos turut digunakan bagi tujuan menyindir perlakuan raja yang kejam. Hal ini dapat
diperhati melalui cerita mitos, Todak Melanggar Singapura yang digunakan oleh pengarang untuk
menyindir raja serta para pembesar yang tidak menggunakan kuasa dan kebijaksanaannya dalam
melakukan tugas. Ketiga, cerita mitos berperanan untuk memaparkan keistimewaan sesebuah
negeri. Sesebuah tempat yang dibuka memiliki keistimewaan tersendiri misalnya Melaka menjadi
sebuah negeri yang aman dek kerana pada awal pembukaan Melaka telah ditinjukkan dengan
kehebatan pelanduk putih yang berjaya mengalahkan anjing perburuan raja.

CERITA LEGENDA

Menurut Fatimah Hassan dan Hamid Mohd Isa (2014), legenda merupakan perkataan yang diserap
daripada bahasa Latin yang bermaksud cerita yang akan diceritakan. Alexandre Krappe membahagikan
legenda kepada dua jenis, yakni legenda setempat atau tempatan (local legend) serta legenda yang
menjelajah (migratory legend). Legenda setempat lebih kepada menekankan tentang individu tertentu
berlatarbelakangkan sejarah yang diyakini sebagai benar. Tambahan lagi, legenda jenis ini ada yang
berkembang menjadi legenda kebangsaan misalnya legenda Hang Tuah, Datuk Bahaman serta Tok Janggut.
Unsur luar biasa merupakan perkara yang menarik yang kekal dalam fikiran masyarakat. Sebaliknya,
legenda yang meneroka didefinisikan sebagai legenda yang menjelajah dari satu tempat ke tempat yang lain
menyeberangi batas-batas geografi sesebuah negeri. Kebiasaanya, legenda disesuaikan berdasarkan ciri-ciri
setempat misalnya Sri Rama serta Si Tanggang atau Malim Kundang. Kisah legenda merupakan kisah yang
tidak diyakini kebenarannya tetapi dipercayai oleh pendengar dan juga si pencerita. Kisah legenda juga
berkaitan dengan kisah- kisah sejarah yang terdahulu tetapi mempunyai unsur-unsur rekaan ataupun
fiksyen. Watak-watak yang sering digunakan dalam legenda ialah tokoh-tokoh terdahulu ataupun pahlawan-
pahlawan Melayu. Dalam kesusasteraan Melayu, terdapat beberapa jenis kisah legenda yang pernah
diceritakan iaitu legenda keagamaan, legenda alam ghaib, legenda perseorangan, legenda tempat, legenda
unsur-unsur alam dan juga legenda tokoh.

FUNGSI CERITA LEGENDA

Antara fungsi cerita legenda ialah menjadi alat untuk menonjolkan kepintaran serta
ketangkasan tokoh dan fikiran bangsa Melayu. Hal ini mampu diketahui menerusi pada
watak Hang Tuah yang berjaya menumpaskan Taming Sari dengan kepintarannya.
Selain itu, cerita legenda juga berperanan sebagaii teladan serta panduan kepada
kelompok masyarakat berkenaan kegagahan, kesetian, kepahlawanan serta kejujuran
pada watak-watak tersebut. Di samping itu, cerita legenda mampu menyampaikan
pendidikan kepada masyarakat Melayu tradisional. Kebiasaannya, cerita-cerita ini
berunsur didaktik serta menjadi teladan kepada anak-anak agar tidak mendehakai ibu
bapa seperti kisah Si Tanggang. Bahkan, cerita legenda turut menguatkan keyakinan
masyarakat Melayu terhadap agama Islam terutamanya cerita-cerita legenda
berpengaruh Islam.

CERITA RAKYAT

Cerita rakyat adalah cerita yang disampaikan melalui lisan dalam satu kumpulan masyarakat pada zaman dahulu sebagai
hiburan, menyampaikan ilmu, nasihat dan sebagainya. Sastera rakyat merupakan proses tradisional yang disebarkan melalui
lisan. Cerita ini disampaikan daripada generasi kepada generasi sehingga menjadi warisan dalam masyarakat. Hal ini
bermaksud, karya sastera ini merupakan karya yang disebarkan melalui percakapan dan juga penceritaan masyarakat Melayu
sendiri menyebabkan sastera ini diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain. Menurut Muhd Norizam Jamian & Shaiful
Bahri Md Radzil (2015), sastera yang disampaikan secara lisan lebih mudah diamati oleh masyarakat kerana menggunakan
nada dan intonasi yang sesuai. Hal ini menunjukkan bahawa, sastera rakyat ini lebih mudah untuk difahami oleh masyarakat
menyebabkan sastera tersebut dapat diwarisi dengan mudah.

Selain itu, karya sastera rakyat ini juga bersifat lama ataupun menggunakan laras-laras bahasa yang klasik dan sukar untuk
difahami oleh masyarakat Melayu moden. Sastera rakyat juga mempunyai variasi yang berbeza kerana sastera rakyat dimiliki
oleh semua masyarakat yang hidup pada masa tersebut serta sastera ini tidak mempunyai nama pengarang. Sebagai contoh,
sastera Melayu lama mempunyai kisah legenda Si Tanggang manakala sastera Indonesia mempunyai kisah Malin Kundang
yang mempunyai latar cerita yang sama.

Akhir sekali, sastera rakyat ini berfungsi untuk memberikan pengajaran kepada pembaca dengan menggunakan gaya
penulisan yang sederhana, spontan dan juga kasar. Terdapat dua jenis karya sastera rakyat iaitu jenis naratif dan juga bukan
naratif. Sastera naratif merupakan cerita atau kisah yang mempunyai peristiwa atau situasi dan juga latar yang banyak
berbanding sastera bukan naratif. Hal ini bermakna, sastera naratif ini mempunyai kisah dan latar cerita yang lebih panjang
berbanding sastera bukan naratif. Sastera naratif juga mempamerkan beberapa watak dalam cerita tersebut untuk
mewujudkan satu latar cerita yang menarik. Sastera rakyat yang tergolong dalam jenis naratif adalah seperti cerita mitos,
legenda dan cerita rakyat manakala sastera bukan naratif pula terdiri daripada puisi rakyat

FUNGSI CERITA RAKYAT

Antara fungsi cerita rakyat ialah pertama untuk hiburan. Hal yang demikian kerana cerita
rakyat adalah cerita yang tertua yang pernah diketahui oleh masyarakat. Apabila mendengar
cerita rakyat yang mempunyai dongengan, masyarakat seakan-akan dididik bersama-sama
untuk meneroka ke alam lain. Kedua, cerita rakyat juga berfungsi sebagai pendidikan iaitu
untuk menyampaikan pesanan yang mampu dijadikan pengajaran. Pesanan akan mudah
diterima oleh pendengar jika disampaikan menerusi cerita yang mengasyikkan. Tambahan lagi,
hal ini akan membuatkan pendengar tidak terasa hati sekiranya ditujukan kepada dirinya serta
mampu mengambil segala ajaran yang terdapat dalam cerita berkenaan. Di samping itu, ceirita
rakyat berfungsi untuk mengukuh nilai-nilai sosial budaya dalam kalangan masyarakat. Dalam
cerita rakyat, kadangkala pengajaranetika serta moral selalu digunakan sebagai pedoman
kepada masyarakat. Cerita rakyat dalam kalangan masyarakat juga menjadi tuntutan tingkah
laku dalam pergaulan sosial.

CERITA LIPUR LARA

R.J Wilkinson menganggap bahawa cerita lipur lara sebagai roman rakyat (folk romance) . Kebiasaannya
keseluruhan jalan penceritaan mengenai lingkungan istana yang pada waktu itu disifatkan sebagai superhuman
serta bertaraf dewa dan dewi. Tambahan lagi, terdapat watak-watak manusia yang nyata serta watak-watak bukan
manusia. Cerita lipur lara ini memiliki bentuk pola penceritaan yang sama yakni bentuk pola yang terdiri daripada
tiga bahagian iaitu bahagian pertama ialah pengenalan. Pada bahagian ini akan menceritakan berkenaan
kemakmuran negeri, kepintaran pemerintah dan kelahiran putera serta puteri raja yang disertai dengan
fenomena-fenomena luar biasa. Selain itu, bahaian kedua pula ialah bahagian pengembaraan watak utama yang
terpaksa keluar dari istana dek kerana perkara-perkara tertentu misalnya anggapan akan membawa sial kepada
istana, membalas dendam serta mencari isteri. Pada bahagian ini, watak utama akan mendepani cabaran dengan
watak yang jahat sehingga berlakunya peperangan. Tambahan lagi, watak utama akan memaparkan keistimewaan
misalnya kesaktian, penguasaan ilmu firasat serta ketangkasan ketika berperang. Selepas menghadapi kepayahan
dalam peperangan, watak utama akan berjaya menemukan perkara yang dicari serta berjaya mengalahkan watak-
watak jahat. Bahkan, watak utama dalam cerita ini berjuang untuk menegakkan kebenaran dan menewaskan
kejahatan. Di samping itu, pada bahagian ketiga, watak utama akan kembali ke negeri selepas mendapatkan
perkara yang diingini. Pada bahagian ini, watak utama akan hidup bahagia serta menghukum watak-watak jahat.
Kebiasaannya, cerita ini akan berakhir dengan kegembiraan. Antara contoh cerita Lipur Lara ialah seperti Hikayat
Raja Muda, Hikayat Malim Dewa dan Hikayat Malim Deman.

FUNGSI CERITA LIPUR LARA

Antara fungsi cerita Lipur Lara ialah pertama sebagai alat hiburan bagi masyarakat Melayu khususnya
dalam kalangan rakyat jelata. Misalnya, cerita ini menjadi alat "pelarian" atau axcapism kepada rakyat jelata
yang penat berkerja pada waktu siang. Rakyat yang mendengar cerita ini seperti berada di alam fantasi.
Cerita ini sarat dengan peristiwa-peristiwa fantasi, kesaktian, gambaran kemewahan, kecantikan putera raja
serta puteri raja dan kehidupan yang indah di istana. Kedua, berfungsi sebagai alat mengkritik golongan
atasan yang alpa akan tanggungjawab mereka. Sebagai contoh, dalam Hikayat Malim Deman, Malim Deman
telah mengabaikan Puteri Bongsu setelah menjadi raja di Bandar Muar serta baginda lebih menyukai berjudi
dan bersama wanita. Ketiga, sebagai sistem sosial rakyat. Sistem sosial masyarakat Melayu lama mampu
dilihat melalui cerita lipur lara. Terdapat dua lapisan masyarakat Melayu, iaitu golongan pemerintah serta
golongan yang diperintah. Golongan pemerintah kebiasaannya terdiri daripada golongan diraja serta
golongan pentadbir. Sebaliknya, golongan yang diperintah terdiri daripada rakyat biasa dan hamba.
Masyarakat juga dapat melihat kepelbagaian sistem yang menjadi amalan misalnya sistem politik. ekonomi,
agama, kepercayaan dan hubungan luar.

CIRI-CIRI KESUSASTERAAN

Keindahan Pengalaman

Seni

Mencerminkan Karya Seni
Pengalaman

Keindahan Pengalaman Seni
Menerusi gaya serta lenggok bahasa Mampu memberikan pengalaman
yang digunakan dalam karya sastera. seni kepada pembacanya
Bergantung kepada kesatuan unsur menerusi ciptaan karya sastera
yang mencipta suatu susunan atau Pembaca berupaya memahami
struktur. serta merasai fikiran dan
Hasil penciptaan karya dikatakan perasaan penulis
indah sekiranya merangkumi empat Nilai sesuatu karya sastera bukan
syarat iaitu keutuhan, keselarasan, terletak pada isi yang
keseimbangan serta fokus . disampaikan tetapi pada kaedah
bentuk penyampaiannya.
Mencerminkan Pengalaman
Pengalaman dalam karya sastera Karya Seni
diungkapkan menerusi bahasa. Terdapat 3 perkara yang
Pengalaman dimaksudkan sebagai membezakan karya sastera
tiindak balas yang utuh dari hati dengan bukan sastera iaitu
manusia yang digambarkan secara nilai estetik, gaya bahasa dan
sebenar. sifat fiksyen
Karya sastera memiliki ciri
seperti keseimbangan,
keutuhan, keselarasan serta
penekanan.

FUNGSI KESUSASTERAAN
MELAYU

Umum perlu mengetahui bahawa kesusasteraan Melayu memiliki pelbagai fungsi mengikut tema karya tersebut. Antara fungsi sastera
Melayu yang pertama adalah sebagai alat pendidikan kepada masyarakat. Karya sastera yang dihasilkan oleh pengarang menceritakan
pengalaman-pengalaman mereka dan dapat disesuaikan dengan pelbagai cabang ilmu. Pengalaman-pengalaman mereka ini telah dijadikan
karya sastera yang mengandungi pengajaran, nilai-nilai moral dan ilmu pengetahuan. Oleh itu, apabila pembaca membaca karya tersebut,
maka mereka akan mendapat ilmu tersebut secara tidak langsung. Selain itu, karya sastera Melayu juga berfungsi untuk menjadi medium
perpaduan antara kaum. Hal ini dapat dibuktikan dengan kewujudan karya-karya sastera yang menceritakan perpecahan kaum semasa
peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Apabila pembaca membaca karya tersebut, pembaca akan sedar akan kepentingan perpaduan antara
kaum bagi mengelakkan sebarang pertumpahan darah berlaku.

Selain itu, karya sastera Melayu juga berfungsi untuk menjadi pengawal kehidupan seharian masyarakat. Hal ini dikatakan demikian
kerana, terdapat sastera yang menceritakan keburukan atau padah melakukan sesuatu perkara yang tidak elok. Sebagai contoh, terdapat
cerita Mat Jenin yang mengisahkan seorang budak lelaki yang hanya berangan-angan tinggi tanpa berusaha untuk mengecapinya. Cerita ini
mengajar pembaca supaya berusaha untuk mencapai sesuatu impian dan bukannya berangan-angan sahaja. Di samping itu, karya sastera
juga dapat menyampaikan dakwah kepada para pembaca. Tambahan lagi, karya sastera yang dapat menyampaikan dakwah kebanyakannya
yang bertemakan agama seperti Syair Perahu karya Hamzah Fansuri yang banyak menyeru pembaca untuk kembali ke jalan Allah SWT dan
perbanyakkan amalan sebelum meninggal dunia. Dakwah-dakwah yang disampaikan oleh pengarang bertujuan untuk memperbetul
kesalahan dan membimbing masyarakat ke arah yang benar menuju Ilahi.

Di samping itu fungsi sastera Melayu yang seterusnya adalah untuk mengkritik sistem sosial masyarakat Melayu pada zaman tersebut.
Kebanyakan sastera Melayu terdahulu mengkritik masyarakat sendiri kerana berlaku banyak kelompongan dan kerosakan dalam sistem
masyarakat Melayu. Sebagai contoh, Abdullah Munsyi dalam karyanya iaitu Hikayat Abdullah mengkritik masyarakat Melayu yang suka
mengamalkan adat menjual hamba sesama mereka. Beliau tidak sanggup melihat hamba-hamba dijual dan diperlakukan seperti binatang
oleh tuan mereka. Akhir sekali, sastera Melayu juga berfungsi sebagai hiburan kepada masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana,
masyarakat Melayu terdahulu masih belum ada hiburan seperti zaman sekarang seperti filem, permainan video dan lain-lain. Oleh itu,
mereka menggunakan karya sastera ini untuk dijadikan hiburan. Hiburan akan terhasil daripada irama, rentak dan kelucuan sesebuah karya
sastera tersebut. Sebagai contoh, terdapat cerita Pak Kadung yang malang kerana kalah dalam perlagaan ayam sedangkan ayamnya itu
dikalahkan oleh ayamnya sendiri

MANIFESTASI AKAL BUDI
MASYARAKAT MELAYU

Umum perlu mengetahui bahawa akal budi dalam sesebuah karya sastera
menonjolkan perlakuan, idealogi, sikap seseorang yang menyanjungi
kebijaksanaan, kehalusan jiwa dan keindahan bahasa, Menurut Norazimah
Zakaria (2017). Hal ini kerana, identiti pengarang dapat dipaparkan menerusi
karya-karya yang dihasilkan dan maklumat yang ingin disampaikan. Tambahan
lagi, para pembaca juga dapat mengetahui latar masyarakat, latar tempat serta
latar masa yang terdapat dalam karya sastera tersebut. Manifestasi akal budi
boleh dilihat melalui empat aspek utama iaitu pemikiran, pertuturan, perlakuan
dan gaya hidup

AKAL BUDI DALAM PANTUN

Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga

Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.

Berdasarkan pantun tersebut aspek pemikiran pantun ini dapat diamati di bahagian pembayang iaitu baris pertama
dan baris kedua pantun tersebut. Hal ini dikatakan bahawa pengarang memilih diksi buah kundi dan juga buah saga.
Pengarang menggunakan kedua-dua buah ini kerana masyarakat Melayu terdahulu memiliki kekangan untuk
membezakan buah kundi dan juga buah saga dek kerana mempunyai bentuk dan warna yang sama. Selain itu, dalam
pantun ini, pengarang membuat satu perbezaan antara kedua-dua buah ini untuk memudahkan masyarakat Melayu.
Menurut pemikiran pengarang, buah kundi itu mempunyai kurik pada bahagian kulitnya serta perkataan kurik juga
dikenali sebagai bintik-bintik. Jadi, perbezaan buah kundi hanyalah pada luarannya sahaja iaitu buah kundi mempunyai
bintik manakala buah saga tidak mempunyai bintik. Bukan itu sahaja, pengarang menyesuaikan perbezaan yang terdapat
pada kedua-dua buah ini dan mengaitkannya dengan perbezaan budi dan bahasa. Tambahan lagi budi dikatakan baik
kerana budi adalah satu perlakuan untuk berbuat baik manakala bahasa pula dikatakan indah kerana bahasa mempunyai
nilai-nilai estetikanya yang tersendiri. Misalnya, dalam bahasa Melayu terdapat banyak perkataan yang berbeza tetapi
mampu untuk menyampaikan maksud yang sama. Oleh itu, perkataan-perkataan tersebut digunakan mengikut
kesesuaian situasi yang terjadi.

Di samping itu, sudah terang lagi bersuluh bahawa pengarang jelas memaparkan gaya hidup masyarakat Melayu
pada zaman dahulu yang menitikberatkan amalan budi bahasa. Hal ini dapat dilihat pada bahagian maksud pantun
tersebut yakni;

Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.

Pada bahagian maksud ini, pengarang menyatakan bahawa perlakuan budi baik seseorang individu itu dapat
dibayangkan dengan keindahan bahasa yang diamalkan olehnya. Ringkasnya, setiap percakapan kita sentiasa
melambangkan identiti kita sendiri kerana setiap yang dilontar oleh mulut kita itu datang daripada hati kita sendiri.
Kesimpulannya, pengarang mengarang pantun ini untuk dijadikan teladan kepada orang ramai agar sentiasa menonjolkan
budi bahasa yang baik.

AKAL BUDI DALAM PANTUN

Puas sudah menanam ubi, Aspek pemikiran pantun ini dapat dilihat melalui pemilihan
Nanas juga dipandang orang, diksi bagi pembayang yang berkaitan dengan alam , iaitu buah
nanas dan ubi. Buah nanas dipilih kerana berbau harum dan
Puas sudah menanam ubi, berwarna kuning keemasan apabila masak. Buah nanas dalam
Emas juga dipandang orang pantun ini cuba dibandingkan dengan emas yang menyebabkan

orang akan tertarik dan ingin mempunyainya. Situasi ini sangat
berbeza dengan ubi yang dikaitkan dengan orang yang tidak
menonjolkan sifat berbudi sama seperti ubi yang berisi tetapi
tetap berada di dalam tanah. Jadi jelaslah bahawa akal budi
dalam pantun ini jelas memberi nasihat kepada masyarakat
memandang tinggi nilai budi kerana jika dibandingkan nilai budi
itu lebih tinggi daripada nilai emas. Kesimpulannya, jangan
mengejar sesuatu yang nampak istimewa dari luarannya tetapi
pentingkanlah sifat orang yangberbudi bahasa dan merendah
diri

AKAL BUDI DALAM SYAIR

Berdasarkan syair Perahu ini, aspek akal budi yang ditemui ialah
penulis mencipta syair untuk membetulkan perjalanan hidup manusia
di dunia ini demi kesejahteraan dan keharmonian hidup di akhirat. Di
samping itu, penyair juga mengajak agar kita sentiasa berfikir untuk
membetulkan iman. Hal ini demikian kerana, dengan iman yang
mantap sahaja menyebabkan kita berjaya dunia dan akhirat. Dalam
rangkap kedua, penyair meminta untuk kita mengenali diri kita sendiri
kerana apabila kita sudah mengenali diri kita sendiri, barulah kita boleh
mengenal Allah Sang Pencipta. Tambahan pula, penyair mengibaratkan
kehidupan kita ini sebuah perahu. Kita terpaksa melayari kehidupan di
dunia ini dengan pelbagai ujian dan rintangan seperti perahu dipukul
ombak. Kesimpulannya, kita hendaklah bersedia menghadapi ujian
dunia yang bersifat sementara. Jika kita berjaya menghadapi ujian
dengan tabah , kita akan dapat mencapai surga Allah

AKAL BUDI DALAM SYAIR

Syair Bidasari ini menceritakan kisah kepayahan atau perjuangan seorang raja untuk mempertahankan
kerajaannya. Akal budi dalam syair ini dapat dilihat pada pemikiran pengarang apabila pengarang mengarang
syair ini. Syair ini dapat memperlihatkan sistem masyarakat Melayu terdahulu yang setia dan menyanjungi
rajanya. Oleh itu, jika masyarakat Mempunyai masalah, mereka pasti akan mencari raja mereka yang disanjungi
itu. Buktinya dapat dilihat pada rangkap terakhir iaitu,




Baginda pun sedang dihadap orang,
Mendengar gempar seperti perang,
Bertitah baginda raja yang garang,
"Gempar ini apakah kurang"

Selain itu, bukti masyarakat Melayu menyanjungi rajanya juga dapat dilihat pada rangkap yang kedua dan ketiga
iaitu,

Ada raja suatu negeri,
Sultan Halifah akas bestari,
Asalnya baginda raja yang bahari,
Melimpah ngadil dagang senteri.

Hairan orang empunya temasya,
Baginda itulah raja perkasa,
Sangat tiada merasai susah,
Entah pada esok dan lusa.

Penulis amat menyanjungi rajanya dengan mengatakan bahawa rajanya itu bijak dan juga adil ketika memerintah. Kebaikan raja
ini telah menyebabkan banyak pedagang datang berdagang di situ. Selain itu juga, pada rangkap yang ketiga juga, pengarang
mengagumi kekuatan dan juga kegagahan pemerintah yang tidak pernah merasai kesusahan. Hal ini juga dapat membuktikan
amalan atau sistem sosial masyarakat melayu terdahulu yang menyanjungi raja atau pemerintahnya sehinggakan mereka percaya
bahawa raja tersebut tidak akan mengalami kesusahan. Terdapat analisis yang dapat dibuat disini. Pada pendapat saya,
pengarang merupakan pengarang yang dilantik oleh raja untuk menulis tentang kehebatan dirinya sendiri. Seperti yang kita tahu,
zaman dahulu terdapat dua kategori pengarang sastera iaitu pengarang dalam istana dan juga luar istana. Pengarang dalam
istana ni berfungsi untuk menulis biografi raja dan disebarkan kepada msayarakat supaya masyarakat menjanjung tinggi raja
tersebut

Di samping itu, akal budi yang dapat dilihat dalam syair ini juga ialah agama atau kepercayaan masyarakat Melayu pada masa
tersebut. Dalam syair ini, pengarang telah menggunakan beberapa ejaan Melayu lama dan ejaan ini merupakan ejaan yang
dipengaruhi oleh kehadiran agama Hindu. Buktinya dapat dilihat pada rangkap keenam syair tersebut.

Datanglah kepada suatu masa,
Melayanglah unggas dari angkasa,
Unggas gurda sangat perkasa,
Menjadi negeri rosak sebelaga.

Ejaan Melayu lama yang dapat dikesan ialah ejaan gurda yang sepatutnya dieja sebagai garuda. Ejaan gurda ini
dikatakan ejaan yang diambil daripada epik Hindu, Vishnu. Menurut kepercayaan Hindu, gurda ini merupakan salah
satu tuhan yang berbentuk seperti helang dan telah berjaya mengalahkan tuhan Buddha iaitu Devas. Jadi kita dapat
dilihat disini, pengarang dapat menunjukkan sistem kepercayaan orang Melayu pada masa tersebut dengan ejaan yang
digunakan

Kepercayaan masyarakat Melayu lama juga dapat diperlihatkan melalui penggunaan watak gurda dalam syair
ini. Hal ini dikatakan demikian kerana, masyarakat Melayu dahulu yang menganut agama Hindu mempercayai
kewujudan gurda ini. Menurut kepercayaan mereka, gurda ini sangat kuat dan mampu untuk bergerak dengan
pantas ke mana-mana sahaja. Buktinya dapat dilihat pada rangkap ketujuh syair ini.


Datanglah menyambar suaranya bahana,

Gemparlah sekalian mulia dan hina,
Seisi negeri gundah-gulana,
Membawa diri kemana-mana.

Selain itu, dalam rangkap ketujuh syair ini juga telah memaparkan sikap masyarakat Melayu terdahulu apabila
mereka ditimpa musibah. Bukan sahaja masyarakat Melayu bawahan yang menerima bahananya, malah
pembesar juga turut menerima tempiasnya

Di samping itu, akal budi yang dapat dilihat dalam syair ini ialah masyarakat Melayu dahulu sangat menyayangi
raja mereka dan sedih jika raja mereka yang hebat itu meninggal dunia. Raja yang adil sememangnya akan
disayangi oleh rakyat dan pemergiannya akan ditangisi oleh rakyat. Buktinya dapat dilihat pada rangkap kelima
syair,

Beberapa lamanya dalam kerajaan,
Baginda duduk bersuka-sukaan,
Datanglah beroleh kedukaan,
Baginda meninggalkan takhta kerajaan.

Hal ini menunjukkan bahawa, pemimpin yang baik dan juga hebat akan sentiasa dikenang dan juga disayangi
oleh orang ramai. Jasa-jasa mereka itulah yang menyebabkan rakyat merindui pemimpin tersebut dan berharap
bahawa akan ada lagi pemimpin sepertinya.


Click to View FlipBook Version