SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUDAT II
PETI SURAT 505, 89058 KUDAT, SABAH
TEL : 088-621381 FAKS : 088622382
KERTAS PENERANGAN
KOD DAN NAMA A016-001-3:2016 OPERASI PENGELUARAN TANAMAN
PROGRAM 3
A016-001-3:2016-C03 OPERASI PENANAMAN BAHAN TANAMAN
TAHAP
NO DAN TAJUK UNIT
KOMPETENSI
NO DAN PERNYATAAN 1. SEMAI BIJI BENIH SACARA TERUS
AKTIVITI KERJA 2. TANAM ANAK POKOK
3. SULAM ANAK POKOK TANAMAN
4. BUAT PENJARANGAN ANAK TANAMAN
NO. KOD A016-001-3:2016-C03/P(2/4) MUKA SURAT : 1/6
TAJUK /TITLE : PENYULAMAN ANAK POKOK TANAMAN
TUJUAN :
Kertas penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman kepada pelatih mengenai
prosedur penyulaman anak pokok tanaman. Pelatih akan berkebolehan dalam
mengenal pasti ciri-ciri tanaman yang tidak sihat dan mati, merawat lubang tanaman,
menanam tanaman pengganti, menyiram tanaman, menyediakan sokongan,
menyediakan sungkupan tanam serta memasang lindungan tanaman.
NO. KOD A016-001-3:2016-C03/P(3/4) MUKA SURAT : 2/6
1. AKTIVITI PENYULAMAN ANAK POKOK TANAMAN
Penyulaman anak pokok bermaksud mengganti anak pokok tanaman yang mati /
berpenyakit / tidak produktif dengan anak pokok tanaman yang terpilih.
1.1 Tujuan Penyulaman Anak Pokok
Kerja-kerja penyulaman anak pokok yang telah mati adalah aktiviti kerja yang
biasa dilakukan dalam projek pertanian. Penyulaman dilakukan pada anak
pokok tanaman yang muda atau yang baharu ditanam tetapi mati atau
pertumbuhannya adalah kurang bagus ( tidak normal) atau kerdil
1.2 Kepentingan Penyulaman Anak Pokok
i. Untuk membuang anak pokok tanaman yang berpenyakit supaya ianya
tidak merebak kepada anak-anak pokok yang lain.
ii. Memaksimakan penggunaan tanah
iii. Meningkatkan hasil ladang.
1.3 Ciri-Ciri Pokok Yang Rosak
Anak pokok tanaman yang bermasalah kelihatan tidak sihat dan terbantut
pertumbuhannya atau mati biasanya disebabkan oleh beberapa faktor seperti
kekurangan atau kelebihan air, kekurangan nutrien dan disebabkan oleh
serangan perosak. Tanda-tanda yang menunjukkan anak pokok tanaman tidak
sihat dan mati adalah seperti berikut :
i. Anak pokok tanaman menjadi kekeringan
ii. Daun gugur
iii. Warna daun kekuningan atau keperangan
iv. Batang/ranting menjadi reput dan rapuh
NO. KOD A016-001-3:2016-C03/P(3/4) MUKA SURAT : 3/6
Rajah 1 : Pokok Kekeringan Rajah 2 : Pokok Keguguran Daun
Rajah 3 : Daun Kekuningan Rajah 4 : Daun Keperangan
-
Rajah 5 : Ranting Yang Kekeringan, Reput Dan Rapuh
NO. KOD A016-001-3:2016-C03/P(3/4) MUKA SURAT : 4/6
1.2 Kaedah Penyulaman Anak Pokok
i. Gali
a. Akar anak pokok tanaman digali dengan menggunakan cangkul atau
penggali
b. Keluarkan anak pokok tanaman beserta dengan akar dari tanah
c. Bekas lubang tanaman kemudian dirawat dengan bahan rawatan yang
sesuai.
d. Kemudian anak pokok tanaman yang telah dicabut di lupuskan.
ii. Cabut
a. Permukaan batas/ tanah disiram dengan air sehingga basah dengan
menggunakan tong penyiram.
b. Kemudian anak pokok tanaman yang tidak sihat / mati dicabut .
c. Akhirnya anak pokok tanaman yang telah dicabut dilupuskan .
2. PENGREKODAN KERJA PENYULAMAN ANAK POKOK TANAMAN
Bil Anak pokok Kaedah Tarikh semaian Tarikh sulam Catatan
tanaman
NO. KOD A016-001-3:2016-C03/P(3/4) MUKA SURAT : 5/6
SOALAN:
Jawab semua soalan dibawah.
1. Berikan definasi “ penyulaman ”.
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
2. Senaraikan 3 kepentingan penyulaman :
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
NO. KOD A016-001-3:2016-C03/P(3/4) MUKA SURAT : 6/6
RUJUKAN:
1. Bahagian Sayur-sayuran, (1997), Pakej Teknologi Tanaman Petola, Terbitan
Jabatan Pertanian. ISBN 983-047-035-0
2. Pakej teknologi tanaman durian ,Keluaran jabatan pertanian Semenanjung
Malaysia (2004) , ISBN 983 – 047 -086-5
3. Lee Chew Kang, Menanam Sayur Untuk Keperluan Sendiri Terbitan Dewan
Bahasa dan Pustaka. ISBN KK.763-2776-0101
4. Redaksi Agromedia Group (2005), Menanam Sayur-sayuran Di Halaman Rumah,
Terbitan Synergy Media Books.
5. Redaksi Agromedia Group, (2006), Synergy Media Books Penanaman
Durian,Terbitan ISBN 983197472-7
6. Mustafa Kamal Mohd Shariff, (2002), Hortikultur Hiasan terbitan Dewan Bahasa
dan Pustaka. ISBN 983-62-1075-X
7. Bahagian kawalan perosak tanaman ( 1986 ) .Doktor pokok siri 1, Terbitan Jabatan
Pertanian. ISBN 983 -047 -016-4