SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUDAT II
PETI SURAT 505, 89058 KUDAT, SABAH
TEL : 088-621381 FAKS : 088622382
KERTAS PENERANGAN
KOD DAN NAMA A016-001-3:2016 OPERASI PENGELUARAN TANAMAN
PROGRAM
TAHAP 3
KOD DAN TAJUK UNIT
KOMPETENSI A016-001-3:2016-C01 PENYEDIAAN KAWASAN
TANAMAN
NO. DAN PENYATAAN
AKTIVITI KERJA 1. BERSIHKAN KAWASAN TANAMAN
2. BAJAK TAPAK TANAMAN
NO. KOD 3. BUAT BATAS DAN SUNGKUPAN TANAMAN
4. SEDIA LUBANG TANAMAN
5. BUAT PARIT SALIRAN
A016-001-3:2016-C01/P(2/7) MUKA SURAT:1/11
TAJUK: PEMBAJAKAN TAPAK TANAMAN
TUJUAN
Kertas penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada
pelatih tentang pengenalan membajak dan menggembur tanah, tujuan, jenis dan fungsi
dan fungsi jentera membajak, jenis-jenis implemen,kaedah dan teknik membajak.
NO. KOD A016-001-3:2016-C01/P(2/7) MUKA SURAT:2/11
PENERANGAN
1. PENGENALAN MEMBAJAK DAN MENGEMBUR TANAH
1.1 Tujuan membajak dan menggembur
i. Menghasilkan struktur tanah yang baik dan sesuai untuk tumbesaran
pokok di mana air dan udara akan menembusi tanah yang longgar dan
akar dapat membesar dengan mudah.
ii. Mengawal pertumbuhan rumpai dengan cara membajak; iaitu
memotong, mendedah dan menimbus rumpai terus ke dalam tanah,
dengan tujuan bahan hijau ini boleh dijadikan baja organan bagi
menggalakkan pertumbuhan tanaman.
iii. Mengawal musuh dan serangga perosak tanaman dengan cara
mengeluarkannya dari tanah dan mendedahkan kepada cahaya
matahari dan musuh-musuh mereka seperti burung.
iv. Mencampur dan menggaulkan bahan-bahan seperti kompos dan kapur
ke dalam tanah.
v. Mengawal kelembapan tanah.
vi. Mengurangkan hakisan tanah dengan cara membajak mengikut kontur.
vii. Mengawal suhu tanah.
viii. Menghancurkan tanah kasar kepada butiran yang lebih halus untuk
pengakaran tanaman dan mudah untuk menyerap air.
1.2 Bahan dan peralatan untuk mengukur kawasan membajak dan menggembur
ialah:
NO. KOD A016-001-3:2016-C01/P(2/7) MUKA SURAT:3/11
Jadual 1: Bahan Dan Peralatan Untuk Mengukur Kawasan
PERALATAN/ PERKAKASAN/ BAHAN KEGUNAAN
Tali – penandaan kawasan kerja
Kayu pancang – untuk menanda
kawasan diukur
Pita ukur – untuk mengukur kawasan
kerja
1.3 Langkah-langkah keselamatan ketika membajak menggunakan traktor 2
roda:
i. Jangan menggunakan cekam stereng untuk tujuan membelokkan
traktor dua roda .
NO. KOD A016-001-3:2016-C01/P(2/7) MUKA SURAT:4/11
ii. Jangan memandu dengan laju.
iii. Jangan menukar gear kelajuan jika traktor dua roda tidak diberhentikan
dahulu.
iv. Jangan mengundurkan traktor ke belakang serta merta.
v. Utamakan keselamatan - elakkan bergurau dengan rakan-rakan
sewaktu mengendalikan traktor dua roda.
1.4 Kaedah menggembur tanah menggunakan garden tiller dan traktor 2 roda:
i. Memutar dan menggemburkan tanah di atas batas tanaman sayur-
sayuran.
ii. Membuat alur antara batas dan pada masa sama membentuk batas.
iii. Membaiki alur antara batas tanaman dan pada masa sama membaiki
dinding batas.
1.5 Langkah-langkah keselamatan semasa menggembur tanah:
i. Pastikan traktor berada dalam keadaan yang baik sebelum kerja
dijalankan.
ii. Memakai pakaian bersesuaian dengan gerak kerja :
a. Baju lengan panjang.
b. Seluar panjang.
c. Safety boot lengkap berstokin.
d. Goggle.
iii. Gunakan kelajuan gear yang sesuai dengan gerak kerja.
iv. Tumpukan perhatian sepenuhnya semasa menggembur.
2. TUJUAN, JENIS DAN FUNGSI JENTERA MEMBAJAK
2.1 Tujuan jentera membajak
NO. KOD A016-001-3:2016-C01/P(2/7) MUKA SURAT:5/11
Tujuan jentera membajak adalah meningakatkan produktiviti pekerja serta
menjadikan kerja di ladang lebih menarik dan senang dilakukan. Penggunaan
jentera pertanian secara efisien juga dapat menjimatkan masa, tenaga pekerja
dan kerja dapat dilakukan dengan berkesan, menepati masa serta dapat
melakukan pelbagai jenis kerja lain.
2.2 Jenis jentera membajak
i. Traktor 4 roda
Digunakan untuk menjalankan berbagai kerja di ladang seperti membajak
tanah, membaja, menyembur racun, merumput, pengangkutan dan
sebagainya apabila disambungkan dengan implemen berkaitan. Berkuasa
sederhana yang berjulat antara 55 hingga 100 kuasa kuda.
ii. Traktor 2 roda
Traktor 2 roda untuk kegunaan di ladang bersaiz kecil dengan jenis
kendalian tangan. Kebanyakan traktor ini digunakan untuk mengendalikan
kerja pembajakan ringan seperti pembajakan akhir dan penggemburan
batas tanaman. Traktor ini menggunakan enjin satu silinder dan berkuasa
antara 5 hingga 15 kuasa kuda. Rujuk rajah 1 hingga 3.
Rajah 1: Traktor 2 Roda (Power Tiller)
NO. KOD A016-001-3:2016-C01/P(2/7) MUKA SURAT:6/11
Rajah 2: Traktor 2 Roda (Kerbau Besi)
Rajah 3: Traktor 2 Roda (Mini Garden Tiller)
2.3 Fungsi jentera membajak
i. Memecahkan ketulan tanah
ii. Menghancurkan tanah
iii. Meratakan permukaan tanah
iv. Menyikat ketulan tanah dan sisa tanaman
v. Memadatkan tanah
3. JENIS-JENIS IMPLEMEN
3.1 Bajak piring (disc plough)
3.2 Bajak sub-tanah lazim (sub-soiler)
3.3 Rotary tillers
3.4 Bajak pahat
NO. KOD A016-001-3:2016-C01/P(2/7) MUKA SURAT:7/11
Rajah 4: Jenis-Jenis Implemen
4. KAEDAH DAN TEKNIK MEMBAJAK
4.1 Pembajakan sehala
Membajak satu hala bermula dari luar hujung membajak sempadan tanah dan
bergerak ke arah sempadan sebelah hujung tana yang berlawanan. Tanah
dibajak selari memanjang dari hujung ke hujung tanah yang berlawanan.
Sistem ini biasanya digunakan pada tanah yang luas dengan menggunakan
implemen reversible plough atau harrow
4.2 Pembajakan kaedah casting
Pembajakan keadah casting bermula dari hujung tanah dan membalikkan
tanah ke kanan. Pembajakan bergerak mengikut arah lawan pusingan jam dan
berakhir membentuk parit di tengah ladang.
4.3 Pembajakan terkumpul
Pembajakan dimulakan dari bahagian tengah dan berakhir di tepi
menghasilkan balikan tanah yang bertentangan arah serta dapat meratakan
parit yang terbentuk di tengah ladang.
4.4 Pembajakan cara pusing
NO. KOD A016-001-3:2016-C01/P(2/7) MUKA SURAT:8/11
Pembajakan cara pusing dimulakan dari tepi atau tengah ladang mengikut
arah lawan pusing jam dan dilakukan secara berterusan. Menghasilkan balikan
tanah yang bertentangan dengan parit terbentuk di tengah. Pembajakan
secara mengundur kemudiannya dilakukan di bahagian tengah ladang.
Rajah 5: Kaedah Dan Teknik Membajak
SOALAN
1. Berikan tiga langkah keselamatan semasa menggembur tanah
i. _____________________________________________________________
ii. _____________________________________________________________
iii. _____________________________________________________________
2. Terangkan kaedah menggembur tanah menggunakan garden tiller.
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
3. Terangkan maksud bajak dan gembur.
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
4. Berikan 4 objektif pembajakan tanah?
i. _____________________________________________________________
ii. _____________________________________________________________
iii. _____________________________________________________________
iv. _____________________________________________________________
5. Berikan tiga langkah keselamatan ketika membajak menggunakan traktor 2 roda.
i. _____________________________________________________________
ii. _____________________________________________________________
iii. _____________________________________________________________
6. Berikan tiga jenis traktor 2 roda.
i. _____________________________________________________________
ii. _____________________________________________________________
NO. KOD A016-001-3:2016-C01/P(2/7) MUKA SURAT:10/11
iii. _____________________________________________________________
7. Berikan dua langkah keselamatan yang perlu ada semasa mengendalikan traktor
2 roda.
i. _____________________________________________________________
ii. _____________________________________________________________
8. Apakah kegunaan utama traktor 2 roda?
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
9. Terangkan secara ringkas cara-cara menghidupkan enjin traktor 2 roda.
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
10. Berikan tiga jenis implemen traktor 2 roda.
i. _____________________________________________________________
ii. _____________________________________________________________
iii. _____________________________________________________________
NO. KOD A016-001-3:2016-C01/P(2/7) MUKA SURAT:11/11
RUJUKAN
1. Bahagian Buah-buahan (1997) Pakej Teknologi Tanaman Buah-buahan (Nenas,
Tembikai, Pisang, Durian, Rambutan, Nangka, Cempedak Ciku, Jambu, Jambu
Batu, Manggis), Terbitan Jabatan Pertanian. ISBN 983-047-080-6
2. Bahagian Sayur-sayuran, (1997), Pakej Teknologi Tanaman Sayur-sayuran
(Bayam, Kangkong, Sawi, Cili, Bendi, Timun, Petola, Peria, Kacang Panjang,
Kacang Buncis dan lain-lain), Terbitan Jabatan Pertanian. ISBN 983-047-035-0
3. Bahagian Tanaman Industri dan Bunga (2000), Pakej Teknologi Tanaman Hiasan
(Orkid, Bunga Keratan),Terbitan Jabatan Pertanian.
4. Lee Chew Kang, Menanam Sayur Untuk Keperluan Sendiri, TerbitanDewan
Bahasa dan Pustaka. ISBN KK.763-2776-0101
5. Mustafa Kamal Mohd Shariff, (2002), Hortikultur Hiasan, terbitan Dewan Bahasa
dan Pustaka. ISBN 983-62-1075-X
6. Redaksi Agromedia Group, (2006), Synergy Media Books, Penanaman Buah-
buahan (Durian, Mangga, Jambu Batu), Terbitan ISBN 983197472-7