The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KP 2 OPT CO 3 TANAM ANAK POKOK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rorosaiwah, 2021-10-28 12:41:22

TANAM ANAK POKOK

KP 2 OPT CO 3 TANAM ANAK POKOK

Keywords: OPT

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUDAT II
PETI SURAT 505, 89058 KUDAT, SABAH
TEL : 088-621381 FAKS : 088622382

KERTAS PENERANGAN

KOD DAN NAMA A016-001-3:2016 OPERASI PENGELUARAN TANAMAN
PROGRAM
3
TAHAP A016-001-3:2016-C03 OPERASI PENANAMAN BAHAN
TANAMAN
NO DAN TAJUK UNIT
KOMPETENSI

NO DAN PERNYATAAN 1. SEMAI BIJI BENIH SACARA TERUS
AKTIVITI KERJA 2. TANAM ANAK POKOK
3. SULAM ANAK POKOK TANAMAN
4. BUAT PENJARANGAN ANAK TANAMAN

NO. KOD A016-001-3:2016-C03/P(2/4) MUKA SURAT : 1/13

TAJUK : PENANAMAN ANAK POKOK TANAMAN

TUJUAN :
Kertas penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman kepada pelatih
mengenai kaedah penanaman anak pokok tanaman secara cekap dan kondusif
mengikut prosedur yang betul.

NO. KOD A016-001-3:2016-C03/P(2/4) MUKA SURAT : 2/13

PENERANGAN :

1. FAKTOR PEMILIHAN ANAK POKOK

1.1 Tujuan pemilihan anak pokok
i. Untuk memudahkan anak benih menyesuaikan diri dengan keadaan
lapangan ( ladang ) yang lebih mencabar
ii. Anak benih yang mempunyai gejala kekurangan zat pemakanan yang
timbul mudah diberi perhatian
iii. Anak benih yang bersaiz kecil dan tidak tahan kepada cahaya
matahari yang terik dapat dikenal di peringkat awal.
iv. Untuk mendapatkan anak benih buah-buahan yang sihat dan subur
v. Bagi memastikan peratus kejayaan pertumbuhan di ladang adalah
tinggi.
vi. Untuk mendapatkan pertumbuhan di ladang yang sekata

vii. Untuk mendapatkan anak benih buah-buahan yang tegap.

1.2 Ciri-ciri anak pokok yang baik
i. Anak benih yang sihat dan segar
ii. Anak benih yang bebas dari serangga perosak dan penyakit
iii. Normal
iv. Saiz yang seragam

1.3 Tahap kesuburan anak pokok
Tanaman memerlukan 17 unsur nutrient untuk tumbesaran dan pengeluaran
hasil yang baik. Sebanyak 3 unsru nutrient terdiri daripada unsur bukan
mineral (karbon) C, (hydrogen) H, dan (oksigen) O2 manakala 14 unsur lagi
ialah unsur mineral. Kesan kekurangan nutrient boleh menjejaskan
tumbesaran tanaman seperti:
i. Tanaman dan daun berwarna hijau tua, daun bahagian bawah
berwarna kuning tangkai menjadi pendek dan kecik.
ii. Tumbesaran tanaman terbantut
iii. Daun berbintik atau berklorosis
iv. Daun menjadi lembut dan terkulai
v. Hujung daun berwarna putih, bergulung dan berpintal

NO. KOD A016-001-3:2016-C03/P(2/4) MUKA SURAT : 3/13

1.4 Keseragaman anak pokok
Pemilihan anak pokok yang seragam dan sihat akan menghasilkan
keseragaman pertumbuhan di ladang dan kesuburan tanah serta
mengurangkan kos penjagaan. Pokok yang cepat membesar mudah dijaga
berbanding dengan pokok kecil. Pokok yang sihat mempunyai pertumbuhan
akar yang cepat untuk menyerap nutrient dan air dari tanah.

2. SISTEM PENANAMAN ANAK POKOK

2.1 Empat Segi Sama
Dalam sistem ini anak benih ditanam pada jarak yang sama di antara satu
dengan yang lain dalam susunan segiempat sama

Rajah 1: Empat Segi Sama

2.2 Segi Tiga Sama
Anak benih ditanam disetiap penjuru segitiga sama. Sistem ini dapat
menjimatkan penggunaan ruang tanah yang membolehkan 15 % pokok
tambahan ditanam.Hitungan bilangan pokok sehektar ialah :

Rajah 2: Segi Tiga Sama

2.3 Siku Kluang
Sistem ini sama dengan sistem segiempat sama atau segiempat tepat
cuma ditambahkan satu lagi titik tanaman di tengah-tengah segiempat.
Pokok tambahan lebih bersifat pokok sementara sahaja dan dibuang
apabila mula menyentuh pokok utama. Sistem ini boleh memuatan hampir
dua kali ganda kepadatan asal sistem segiempat.

NO. KOD A016-001-3:2016-C03/P(2/4) MUKA SURAT : 4/13

Rajah 3: Siku Kluang

2.4 Empat Segi Tepat
Anak-anak benih ditanam dalam susunan segiempat tepat. Jarak tanaman di
antara pokok dalam baris lebih dekat daripada jarak di antara baris

Rajah 4: Empat Segi Tepat

Bagi kawasan tanah yang rata dan landai, sistem segiempat, segi tiga
sama dan siku keluang boleh digunakan. Manakala di kawasan yang
curam pokok ditanam mengikut kontur bagi mengurangkan masalah
hakisan tanah.

JENIS BUAH-BUAHAN SISTEM JARAK BIL. POKOK/HA

1. Rambutan , Mangga, Segi tiga sama 9mx9m 138
Nangka 9m x9m
Segi empat 123
sama
2057
4. Betik Segi empat 1.8 m x 2.7 m 1851
sama 2.0 m x 2.7 m 1470
2.0 m x 3.4 m 1333
2.5 m x 3.0 m 1234
2.7 m x 3.0 m

Rajah 5 : Contoh Jarak Tanaman Buah-Buahan

NO. KOD A016-001-3:2016-C03/P(2/4) MUKA SURAT : 5/13

3 KAEDAH PENANAMAN ANAK POKOK
Penanaman anak benih tanaman buah-buahan ,sebaik-baiknya dilakukan pada
awal musim hujan supaya anak-anak benih yang baharu ditanam tidak akan
menghadapi masalah kekurangan air. Hanya anak-anak benih yang sihat , segar
dan seragam pertumbuhannya digunakan.

3.1 Saiz lubang anak pokok
Semasa menanam, lubang digali semula besar sedikit dari beg plastik anak
benih yang hendak ditanam. Beg plastik dibuangkan dan akar anak pokok
yang terlipat atau terbegkok dikerat sebelum anak pokok ditanam ke dalam
lubang tanaman. Selepas anak benih dimasukkan ke dalam lubang
tanaman, lubang ditimbus dan dipadatkan sehingga menjadi seperti busut
kecil

Rajah 6: Saiz Lubang Anak Pokok Tanaman

3.2 Baja asas penanaman
Pembajaan tanaman merupakan aktiviti penting dalam amalan agronomi
tanaman. Kesuburan tanah bergantung kepada 3 perkara asas iaitu:
i. Jenis Baja
ii. Cara Membaja
iii. Masa Membaja

Pokok yang dibaja akan terbantut dan bermasalah jika jenis baca yang
digunakan tidak sesuai dengan keperluan atau masa pembajaan tidak betul
serta berlaku pembaziran. Pembajaan bertujuan untuk memulihkan
kandungan nutrient dalam tanah yang diserap oleh tanaman melalui proses
fisiologinya.

NO. KOD A016-001-3:2016-C03/P(2/4) MUKA SURAT : 6/13

3.3 Masa penanaman anak benih
Menanam tumbuhan daripada biji benih adalah satu kepuasan dalam aktiviti
berkebun. Tiada peraturan tetap untuk memindahkan anak benih. Jumlah
penerimaan cahaya oleh anak benih mempengaruhi kadar pertumbuhan
tanaman. Jika kekurangan cahaya, tumbuhan akan menjadi tinggi dengan
cepat.

3.4 Alatan perlindungan anak benih KEGUNAAN
PERALATAN DAN BAHAN
1. Cangkul • Untuk menggali lubang / meratakan
tapak/batas tanaman

2. Pisau • Untuk mengoyak sebahagian sisi
3. Tong penyiram atau memotong bahagian bawah
polibeg

• Memotong tali

• Digunakan untuk menyiram anak
benih tanaman

NO. KOD A016-001-3:2016-C03/P(2/4) MUKA SURAT : 7/13

PERALATAN DAN BAHAN KEGUNAAN

4. Sarung tangan • Dipakai semasa kerja-kerja
memindahkan anak benih .

5. Kereta sorong • Untuk mengangkut anak benih
6. Bahan sungkupan tanaman
7. Tali
8. Bahan lindungan • Untuk mengangkut alat dan bahan
untuk kerja memindah anak benih

• Untuk menyungkup anak benih
selepas ditanam.

• Untuk mengikat anak benih pada
kayu pancang

• Untuk melindungi anak benih
selepas dialih dari tapak semaian
ke polibeg

• Untuk melindungi anak benih
selepas ditanam

NO. KOD A016-001-3:2016-C03/P(2/4) MUKA SURAT : 8/13

PERALATAN DAN BAHAN KEGUNAAN

9. Kayu sokongan • Untuk menyokong anak benih
tanaman

10. Anak benih

• Anak benih tanaman buah-buahan
yang sihat dan terpilih untuk dialih

11. Sudip tangan • Untuk membuat lubang tanaman
12. Air bagi menyulam anak benih yang
bersaiz kecil .

• Untuk disiram kepada anak benih
selepas dialih

13. Manual tanaman • Rujukan kaedah dan spesifikasi
penanaman
Tarikh Aktiviti Catitan
/ Tempat kerja - input,
kaedah,
waktu standard
/ indikator.

masa

NO. KOD A016-001-3:2016-C03/P(2/4) MUKA SURAT : 9/13

PERALATAN DAN BAHAN KEGUNAAN

14. Pongkes • Untuk membawa anak benih ke
tempat menanam

3.5 Penyokong anak pokok
Biasanya penyokong anak pokok diperbuat daripada pancang kayu atau
buluh. Penyokong dibuat menggunakan 2 batang kayu yang akan dipacak
pada hujung setiap batas.Biasanya tinggi penyokong ialah 50-70 cm.

3.6 Penyiraman anak pokok
Anak-anak benih yang baharu dialih dari tapak semaian ke polibeg dan
ditanam di ladang hendaklah disiram jika tiada hujan.Penyiraman ialah satu
proses pembekalan air / aplikasi atau pengaliran kepada tanah untuk
keperluan tumbesaran tanaman dan seterusnya dapat meninggikan kualiti
dan hasil tanaman. Tujuan menyiram ialah:
i. Menambahkan peratus air dalam tanah bagi memberikan kelembapan
tanah yang cukup untuk pertumbuhan tanaman yang optima
ii. Air adalah media pembawa baja / nutrien untuk diserap oleh akar-akar
tanaman dan dihantar kepada batang, dahan dan daun..

iii. Air diperlukan oleh anak pokok untuk berbagai tugas seperti
pertumbuhan sel, proses photosentisis dan membekal udara ke dalam
tanah.

iv. Air yang dibekalkan secara betul dan mencukupi akan membantu
pertumbuhan anak pokok

v. Menyejukkan keadaan tanah dan kawasan persekitarannya.

NO. KOD A016-001-3:2016-C03/P(2/4) MUKA SURAT : 10/13

Terdapat beberapa jenis siraman dalam tanaman iaitu:
i. Secara Renjis Putar

Pengairan percikan boleh digunakan untuk mengairi hampir semua jenis
tanaman di atas hampir semua jenis tanah dan cerun. Jumlah air yang
sedikit dapat digunakan dengan berkesan.

Rajah 7: : Penyiraman Secara Renjis Putar

ii. Secara Titis
Pengairan titisan ialah pembekalan air ke tanah dengan cara perlahan-
lahan tetapi kerap. Tujuannya untuk membekalkan air ke setiap tanaman
dengan lembapan yang berterusan dan secukupnya untuk memenuhi
keperluan penyejatpeluhan yang dikehendaki. Sesuai digunakan pada
tanah beris, mineral dan gambut cetek. Peralatan yang diperlukan ialah pam,
alur paip dan kepala pengairan titis. Sumber air boleh didapati dari parit,
kolam atau sungai.

Rajah 8 : Penyiraman Secara Titis

NO. KOD A016-001-3:2016-C03/P(2/4) MUKA SURAT : 11/13

iii. Secara Alur
Sesuai untuk tanah yang rata dan boleh menakung air seperti tanah mineral
dan gambut cetek tetapi idak sesuai untuk tanah berpasir seperti beris.
Pengairan cara alur dilakukan dengan menyalir air melalui alur kecil ke
bawah atau merintangi cerun ladang. Air meresap ke bawah dan di tebing
alur untuk memberi lembapan yang dikehendaki.

iv. Secara Manual
Air selalu diambil dari telaga atau parit dengan baldi. Pengairan dibuat
dengan menyiram anak pokok tanaman yang disulam dengan tong penyiram.

Rajah 9 : Anak Benih Tanaman Sedang Disiram Secara
Manual.

NO. KOD A016-001-3:2016-C03/P(2/4) MUKA SURAT : 12/13

SOALAN:
Jawab semua soalan dibawah.

1. Apakah ciri-ciri anak pokok yang baik?
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________

2. Senaraikan jenis-jenis siraman.
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________

NO. KOD A016-001-3:2016-C03/P(2/4) MUKA SURAT : 13/13

RUJUKAN:

1. Bahagian Buah-buahan (2009 ) Pakej Teknologi Tanaman Mangga. Terbitan
Jabatan Pertanian. ISBN 973-983-047-135-8

2. Bahagian Buah-buahan (2007) Pakej Teknologi Tanaman Rambutan . Terbitan
Jabatan Pertanian. ISBN 978-783-047-130-3

3. Bahagian Buah-buahan (2000 ) Pakej Teknologi Tanaman Nangka. Terbitan
Jabatan Pertanian. ISBN 983-047-076-8

4. Bahagian Penyelidikan Buah-buahan (1992), Panduan Pengeluaran Belimbing,
Terbitan MARDI ,ISBN 967 – 936 – 112 - 8


Click to View FlipBook Version