The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NOTA OPT MODUL ASAS PEMASANGAN SISTEM FERTIGASI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rorosaiwah, 2021-10-28 12:27:01

MODEL ASAS PEMASANGAN FERTIGASI

NOTA OPT MODUL ASAS PEMASANGAN SISTEM FERTIGASI

Keywords: OPT

ROJIAH SAIWAH@KARIM
SIRI PANDUAN MBK PPKIM SMK KUDAT II

1

Modul Asas Memulakan Projek Tanaman Fertigasi.
A.Panduan Asas Fertigasi

Fertigasi berasal dari dua perkataan Inggeris iaitu fertilization dan irrigation. Definisi Fertigasi adalah
satu kaedah penanaman yang mana pemberian baja yang lengkap kepada tanaman diberikan dalam
bentuk larutan dan disalurkan ke zon akar melalui sistem pengairan titis.
Fertigasi adalah salah satu daripada cabang hidroponik yang antara lainnya ialah seperti:

i. Sistem Titis Mikro
ii. Hidroponik Aliran Dalam
iii. Hidroponik Aliran Cetek
iv. Hidroponik static
v. Aeroponik
vi. Pemercik Mikro
Dua asas utama fertigasi iaitu baja (dalam bentuk larutan) dan sistem pengairan. Kebanyakan sistem
pengairan yang digunakan untuk pengagihan baja ialah jenis titisan. Sistem pengairan renjis atau
Iain-lain cenderung digunakan untuk pengagihan kimia-kimia lain seperti racun serangga, kulat,
semburan hormon dan Iain-lain dalam teknik chemigation.
Pokok ditanam di dalam bekas atau polibeg yang mengandungi media bukan tanah yang sesuai.
Media yang biasa digunakan adalah sekam bakar dan sabut proses (ratio 50:50) yang mempunyai pH
6.5 - 6.8. Pembajaan yang diberikan mengikut formulasi baja yang tertentu bergantung kepada jenis
tanaman.
Sumber : http://fertigasilimaha.blogspot.com

2

B. Peralatan Fertigasi

Bagi yang tiada pengalaman dalan bidang ini ada baiknya cuba dapatkan set mini untuk 10 atau 20
polibeg. Set mini ini boleh didapati dipasaran maya dari serendah RM150.00 hingga RM250.00.
Biasanya penjual menyediakan buku panduan bagaimana memasang set fertigasi. Sebahagian
pembekal menyediakan sekali tangki baja dan pam akuarium.

Peralatan yang diperlukan ialah:

1. Polypipe 16 mm
2. Dripper
3. Nipple
4. Baja Fertigasi AB
5. Baja Fertigasi (Botol)
6. End Cap 16 mm
7. Coupler 16 mm
8. lbow 16 mm
9. Tee 16 mm
10. Off Take Valve 16 mm
11. Off Take Valve Male 16/25mm
12. Micro Tube 4 mm
13. Cocopeat
14. Poly Bag Putih UV
15. Silver Shine
16. Tray 104
17. Digital Timer
18. Pump 14.8 w
19. Peat Moss
20. Biji Benih F1 568
21. Anak Pokok
22. Penebuk Lubang

Info :
1. 2 jenis polibeg - saiz 16" x 16" warna putih serangga duduk dan mesra alam selepas 2 musim
tanaman ia akan mereput, yang hitam tidak mesra alam dan tahan lama.
2. Polipaip 16mm - dipotong dengan gunting pencantas
3. Gunakan minyak masak untuk memasang set penitis

3

2. Pemilihan Tapak
Pastikan kita mempunyai kawasan yang mampu memuatkan jumlah bilangan anak pokok yang kita
hendak usahakan. Untuk tanaman cili, jarak 2kaki x 3kaki adalah bersesuaian Pastikan tapak tersebut
tidak ditenggelami air ketika hujann lebat atau berlaku banjir
3. Proses kerja
1.Bersihkan tapak dari rumput, ratakan tapak
2.Pasang Silver shine dengan bahagian silver diatas - bahagian silver untuk memaksimakan proses
fotosintesis
3. Tetapkan silver shine dengan menggunakan dawai bentukkan seperti huruf U agar plastik tegang
dan rata
4. Letakkan batu bata dalam jarak 2 kaki antara pokok dan 3 kaki antara batas.
5. Boleh dipagar untuk elakkan ayam / kucing dari merosakkan pelapik plastik (silver shine)

4

5

6

7

RUJUKAN

( http://pkmaf6313.blogspot.com/2013/03/fertigasi-mini.html )

8

B. 12 Langkah pemasangan sistem fertigasi

9


Click to View FlipBook Version