The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KERTAS PENERANGAN 4 OPT CU 1
SEDIA LUBANG TANAMAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rorosaiwah, 2021-10-22 00:56:14

KP 4 CU 1 SEDIA LUBANG TANAMAN

KERTAS PENERANGAN 4 OPT CU 1
SEDIA LUBANG TANAMAN

Keywords: OPT

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUDAT II
PETI SURAT 505, 89058 KUDAT, SABAH
TEL : 088-621381 FAKS : 088622382

KERTAS PENERANGAN

KOD DAN NAMA A016-001-3:2016 OPERASI PENGELUARAN TANAMAN
PROGRAM
TAHAP 3
KOD DAN TAJUK UNIT
KOMPETENSI A016-001-3:2016-C01PENYEDIAAN KAWASAN TANAMAN
1. BERSIHKAN KAWASAN TANAMAN
NO. DAN PENYATAAN 2. BAJAK TAPAK TANAMAN
AKTIVITI KERJA 3. BUAT BATAS DAN SUNGKUPAN TANAMAN
4. SEDIA LUBANG TANAMAN
NO. KOD 5. BUAT PARIT SALIRAN

A016-001-3:2016-C01/P(4/7) MUKA SURAT:1/14

TAJUK:SISTEM DAN TEKNIKMENANDA JARAK TANAMAN

TUJUAN

Kertas penerangan inibertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada
pelatih tentang definisi dan kepentingansistem dan teknikmenandajaraktanaman,
peralatan dan bahanmengukur dan menandajaraktanaman dan kaedahdan
sistemmengukurjaraktanaman.

NO. KOD A016-001-3:2016-C01/P(4/7) MUKA SURAT:2/14
PENERANGAN

1. DEFINISI DAN KEPENTINGAN SISTEM DAN TEKNIK MENANDA JARAK
TANAMAN
1.1 Definisi jarak tanaman
i. Jarak tanaman ialah berapa jauh pokok di tanam antara satu sama lain.

ii. Jarak tanaman bergantung kepada;
a. Jenis tanaman
b. Tujuan penanaman
c. Jenis tanah
d. Topografi/ rupa bentuk bumi

iii. Setiap tanaman mempunyai jarak tanaman tersendiri yang disyorkan.

1.2 Sistem jarak tanaman
i. Sistem jarak tanaman ialah corak hubungan jarak tanaman antara satu
sama lain.

ii. Ada beberapa sistem jarak tanaman yang boleh digunakan untuk
menanda lubang tanaman. Rujuk rajah 1 hingga rajah 3.
a. Sistem 3-segi
b. Sistem 4-segi
c. Sistem siku keluang
d. Sistem kontor
e. Sistem pepagar
f. Sistem rawak/ landskap

X XXXXXXX
X XXXXXX

X XXXXXXX
X XXXXXX

X XXXXXXX
X XXXXXX

Rajah 1: Jarak tanaman sistem 3-segi

NO. KOD A016-001-3:2016-C01/P(4/7) MUKA SURAT:3/14

X XXXXXXX
X XXXXXXX
X XXXXXXX
X XXXXXXX
X XXXXXXX
X XXXXXXX

Rajah 2: Jarak tanaman sistem 4-segi

XXXXXXXX
XXXXXXXX
XXXXXXXX

X XXXXXXX
X XXXXXXX

X XXXXXXX
X XXXXXXX

X XXXXXXX
X XXXXXXX

X XXXXXXX
X XXXXXXX

X XXXXXXX
XXXXXXXX

Rajah 3: Jarak tanaman siku keluang

iv. Sistem yang biasa digunakan ialah sistem 3-segi dan sistem 4-segi

1.3 Teknik menanda jarak tanaman
i. Teknik ialah cara/kaedah menanda jarak tanaman mengikut turutan
yang betul.

ii. Teknik menanda jarak tanaman bergantung kepada:
a. Jenis tanaman.
b. Sistem jarak tanaman.
c. Kemudahan alat dan bahan mengukur yang ada.
d. Kecukupan tenaga kerja.
e. Keadaan kawasan yang hendak diukur.

NO. KOD A016-001-3:2016-C01/P(4/7) MUKA SURAT:4/14

1.4 Tujuan mengukur dan menanda jarak tanaman.

i. Mendapatkan kepadatan/ bilangan pokok yang betul dan maksima.

ii. Tanaman tidak bersaing sesama sendiri untuk mendapatkan ruang,
cahaya, udara dan airserta baja/ unsur pemakanan.

iii. Mengurangkan jangkitan penyakit dan serangan serangga perosak.

iv. Memperolehi penanaman yang teratur, cantik dan memudahkan kerja
penyelenggaraan.

v. Mendapatkan tanaman yang subur dan berhasil tinggi

2. PERALATAN MENGUKUR DAN MENANDA JARAK TANAMAN

2.1 Peralatan yang perlu disediakan untuk mengukur dan menanda jarak
tanaman ialah:
i. Pita ukur
a. Pita ukur terdapat dalam pelbagai saiz, bentuk dan bahan buatan.
Rujuk rajah 4.
b. Gunakan saiz pita ukur yang sesuai mengikut keluasan kawasan.

Rajah 4: Pita ukur

ii. Kayu pancang
a. Terdapat pelbagai jenis dan saiz kayu pancang yang boleh
digunakan untuk mengukur jarak tanaman bergantung kepada
jenis tanaman dan kemudahan mendapatkannya.

NO. KOD A016-001-3:2016-C01/P(4/7) MUKA SURAT:5/14
b. Kayu pancang yang sesuai digunakan untuk mengukur jarak

tanaman buah-buahan ialah berukur lilit 7 cm – 10 cm @ bergaris
pusat 3 cm – 5 cm dan panjang 1.90 m.

c. Bagi tanaman sayur-sayuran, memadai menggunakan kayu
pancang yang kecil berukuran 5 cm – 7 cm ukur lilit @ 1 cm – 3 cm
garis pusat dan 25 cm – 50 cm panjang.

iii. Parang
a. Parang terdapat dalam pelbagai jenis, bentuk dan saiz.
b. Gunakan parang yang sesuai dengan tujuan seperti parang
panjang untuk menebas dan parang pendek untuk menyedia kayu
pancang.

3. KAEDAH DAN SISTEMMENGUKUR JARAK TANAMAN

3.1 Kaedah mengukur jarak tanaman.
i. Menggunakan pita ukur.

ii. Menggunakan Alat Aras Ukur/ Leveling.

iii. Menggunakan Kekuda.

3.2 Cara mengukur dan menanda jarak tanaman sistem 3 segi.
i. Tentukan jarak tanaman yang hendak diukur seperti 3m, 5m, 9m, 10m
dan sebagainya.

ii. Dapatkan alatan dan bahan untuk kerja mengukur iaitu:
a. Pita ukur 30 m / 50 m / 100 m.
b. Kayu pancang 3-5 cm garispusat
c. Parang

iii. Tentukan kawasan tepi yang terpanjang untuk memulakan kerja
mengukur jarak tanaman. Ia seelok-eloknya mempunyai sesuatu yang
boleh dijadikan panduan mengukur seperti pagar sempadan, jalan, parit
dan sebagainya. Rujuk rajah 5.

NO. KOD A016-001-3:2016-C01/P(4/7) MUKA SURAT:6/14

Rajah 5: Memancang Kayu Di Hujung Kawasan
iv. Pacakkan tegak kayu pancang sedalam 25-30 cm di kedua-dua hujung

kawasan sejauh separuh jarak tanaman dari tepi.
v. Tarik tali pita ukur lurus dan tegang menghubungi kedua-dua pancang.

Rujuk rajah 6.

XX
Tali Pita UkurKayu Pancang

Rajah 6: Merentang Tali Pita Ukur
vi. Pacakkan kayu pancang sedalam 30cm, tegak dan lurus mengikut jarak

tanaman di sepanjang tepi tali pita ukur. Rujuk rajah 7.

XXXXXXXX
ArahmelihatPancanghujung yang dipinda

Rajah 7: PancanganKayu Mengikut Jarak Tanaman
vii. Pinda kayu pancang yang hujung sekali supaya dicacak tegak dan lurus

mengikut jarak tanaman.Dengan melihat di salah satu hujung barisan,

NO. KOD A016-001-3:2016-C01/P(4/7) MUKA SURAT:7/14
pastikan semua pancang yang telah dicacak lurus seolah-olah nampak

satu tiang sahaja.

viii. Di kedua-dua hujung barisan menghala ke dalam kawasan, buatkan
segi tiga jarak tanaman yang sama panjang bersudut 60odan pacakkan
pancang pada bucu segi tiga tersebut. Rujuk rajah 8.

XXXXXXXX

X Pembentukan 3-segi X

Rajah 8: Membuat 3-segi Di Kedua Hujung Kawasan

ix. Tarik tali pita ukur lurus dan tegang menghubungi kedua-dua pancang
yang baru dipacakkan sebagai barisan kedua. Rujuk rajah 9.

XXXXXXXX
XX

Tali pita ukur ditarik lebih

Rajah 9: Merentang Tali Pita Ukur Pada Barisan Kedua

x. Jika pada barisan kedua ini tepi kawasan melebihi jarak tanaman, tarik
tali pita ukur melebihi kayu pancang sejauh jarak tanaman tersebut dan
pacakkan kayu pancang sedalam 30 cm, tegak dan lurus mengikut jarak
tanaman di sepanjang tepi tali pita ukur. Rujuk rajah 10.

XXXXXXXX
XXXXXXXX

Arah melihat

NO. KOD A016-001-3:2016-C01/P(4/7) MUKA SURAT:8/14

Rajah 10: Memancang Kayu Ikut Jarak Tanaman Pada Barisan Kedua

xi. Pastikan semua pancang yang telah dipacakkan lurus dengan melihat
dari hujung barisan dan barisan seterusnya juga menggunakan langkah
iv hingga viii sehingga selesai.

xii. Ukur dan tanda jarak tanaman sehingga selesai. Kira dan catatkan
bilangan kayu pancang yang telah dipacakkan. Rujuk rajah 11.

XXXXXXXX
XXXXXXXX

X X X X X X XX
X X X X X X XX

X X X X X XXX

Rajah 11: Kawasan Siap Diukur Tanda

3.3 Cara mengukur dan menanda jarak tanaman sistem 4 segi
i. Tentukan jarak tanaman yang hendak diukur seperti 3 m, 5 m, 9 m, 10
m dan sebagainya.

ii. Dapatkan alatan dan bahan untuk kerja mengukur iaitu:
a. Pita ukur 30 m / 50 m / 100 m.
b. Kayu pancang 3-5 cm garispusat.
c. Parang.

iii. Tentukan kawasan tepi yang terpanjang untuk memulakan kerja
mengukur jarak tanaman. Ia seelok-eloknya mempunyai sesuatu yang
boleh dijadikan panduan mengukur seperti pagar sempadan, jalan, parit
dan sebagainya. Rujuk rajah 12.

NO. KOD A016-001-3:2016-C01/P(4/7) MUKA SURAT:9/14

Separuh dari jarak tanaman
X
X
Kayu pancang

Rajah 12: Memancang Kayu Di Hujung Kawasan

iv. Pacakkan tegak kayu pancang sedalam 25-30 cm di kedua-dua hujung
kawasan sejauh separuh jarak tanaman dari tepi dan tarik tali pita ukur
lurus dan tegang menghubungi kedua-dua pancang. Rujuk rajah 13.

XX
Tali Pita UkurKayu Pancang

Rajah 13: Merentang Tali Pita Ukur

v. Pacakkan kayu pancang sedalam 30 cm, tegak dan lurus mengikut
jarak tanaman di sepanjang tepi tali pita ukur dan pinda kayu pancang
yang hujung sekali supaya dipacak tegak dan lurus mengikut jarak
tanaman. Rujuk rajah 14.

X XXXXXXX
ArahmelihatPancanghujung yang dipinda

Rajah 14: Memancang Kayu Ikut Jarak Tanaman

vi. Dengan melihat di salah satu hujung barisan, pastikan semua pancang
yang telah dipacak lurus seolah-olah nampak satu tiang sahaja. Dari
kedua-dua hujung barisan, tarik tali pita ukur 90 darjah, tegang dan
lurus menghala ke hujung kawasan. Rujuk rajah 15.

NO. KOD A016-001-3:2016-C01/P(4/7) MUKA SURAT:10/14

4 4’
X XXXXXXX
3’ 90* 90 3’
5’ X
X 5'

X-----------------------------------------------------------------X

Rajah 15: Membuat Barisan Bersudut Tepat

vii. Pastikan dikedua-dua hujung barisan bersudut tepat tersebut pada jarak
yang sama apabila dihubungkan, jaraknya sama dengan jarak barisan
pertama.

viii. Pada kedua-dua barisan bersudut tepat, pacakkan kayu pancang
sedalam 30 cm, tegak dan lurus mengikut jarak tanaman.

ix. Untuk mengukur barisan kedua, tarik tali pita ukur lurus serta tegang
menghubungi pancang kedua pada kedua-dua barisan bersudut tepat
tersebut. Rujuk rajah 16.

X XXXXXXX
XX

XX
X Tali pita ukurX

XX

XX

Rajah 16: Mengukur Barisan Kedua

NO. KOD A016-001-3:2016-C01/P(4/7) MUKA SURAT:11/14

x. Pacakkan kayu pancang sedalam 30 cm, tegak serta lurus mengikut

jarak tanaman. Rujuk rajah 17.

X XXXXXXX

X X X X X X XX

X Tali pita ukur X

XX

XX

XX

Rajah 17: Menanda barisan kedua

xi. Begitulah seterusnya untuk mengukur dan menanda barisan-barisan
yang berikutnya. Rujuk rajah 18.

X XXXXXXX X
XXXXXXXX X
X XXXXXXX
X
X

XX

Rajah 18: Menanda Barisan Ketiga

xii. Ukur dan tanda jarak tanaman sehingga selesai. Kira dan catatkan
bilangan kayu pancang yang telah dipacakkan. Rujuk rajah 19.

X XXXXXXX
XXXXXXXX
X XXXXXXX
X XXXXXXX
X XXXXXXX

XXXXXXXX

Rajah 19: Siap Mengukur Tanda Sistem 4-Segi

NO. KOD A016-001-3:2016-C01/P(4/7) MUKA SURAT:12/14

3.4 Cara mengukur dan menanda jarak tanaman sistem siku keluang
i. Tentukan jarak tanaman yang hendak diukur seperti 3 m, 5 m, 9 m, 10
m dan sebagainya

ii. Dapatkan tenaga kerja, alatan dan bahan untuk kerja mengukur iaitu:
a. Pita ukur 30 m / 50 m / 100 m
b. Kayu pancang 3-5 cm garispusat
c. Parang

iii. Ukur dan tanda jarak tanaman sistem 4 segi dahulu. Rujuk rajah 20.

X XXXXXXX
XXXXXXXX
X XXXXXXX
X XXXXXXX
X XXXXXXX

XXXXXXXX

Rajah 20: Siap Mengukur Tanda Sistem 4 Segi

iv. Antara 2 bucu 4 segi yang bertentangan, tarik tali pita ukur dan tanda
tengahnya dengan memacakkan kayu pancang tegak dan lurus. Rujuk
rajah 21 hingga rajah 24.

X XXXXXXX
O

XXXXXXXX
X XXXXXXX
X XXXXXXX
X XXXXXXX

XXXXXXXX

Rajah 21: Mengukur Tanda Siku Keluang

X XXXXXXX
OO

XXXXXXXX
O

X XXXXXXX

X XXXXXXX

X XXXXXXX

XXXXXXXX

Rajah 22: Mengukur Tanda Siku Keluang

NO. KOD A016-001-3:2016-C01/P(4/7) MUKA SURAT:13/14

X XXXXXXX
OO

XXXXXXXX
O

X XXXXXXX
X XXXXXXX
X XXXXXXX
XXXXXXXX

Rajah 23: Mengukur Tanda Siku Keluang

X XXXXXXX
O OOOOOO

XXXXXXXX
O OOOOO

X XXXXXXX
O OOOO

X XXXXXXX
O OOO

X XXXXXXX

XXXXXXXX

Rajah 24: Mengukur Tanda Siku Keluang

v. Ukur dan tanda jarak tanaman sehingga selesai. Kira dan catatkan

bilangan kayu pancang yang telah dipacakkan. Rujuk rajah 25.

X XXXXXXX
O OOOOOO

XXXXXXXX
O OOOOOO

X XXXXXXX
O OOOOOO

X XXXXXXX
O OOOOOO

X XXXXXXX

XXXXXXXX

Rajah 25: Siap Mengukur Tanda Siku Keluang

NO. KOD A016-001-3:2016-C01/P(4/7) MUKA SURAT:14/14
SOALAN

1. Senaraikan 3 sistemjaraktanaman.
i. _____________________________________________________________
ii. _____________________________________________________________
iii. _____________________________________________________________

2. Nyatakan 3 tujuanmengukur dan menandajaraktanaman.
i. _____________________________________________________________
ii. _____________________________________________________________
iii. _____________________________________________________________

3. Senaraikan 3 alatan dan 1 bahanuntukkerjamengukur.
i. _____________________________________________________________
ii. _____________________________________________________________
iii. _____________________________________________________________
iv. _____________________________________________________________

RUJUKAN

1. Bahagian Sayur-sayuran, (1997), Pakej Teknologi Tanaman Sayur-sayuran
(Bayam, Kangkong, Sawi, Cili, Bendi, Timun, Petola, Peria, Kacang Panjang,
Kacang Buncis dan lain-lain), Terbitan Jabatan Pertanian. ISBN 983-047-035-0

2. Lee Chew Kang, Menanam Sayur Untuk Keperluan Sendiri, TerbitanDewan
Bahasa dan Pustaka. ISBN KK.763-2776-0101

3. Mustafa Kamal Mohd Shariff, (2002), Hortikultur Hiasan, terbitan Dewan Bahasa
dan Pustaka. ISBN 983-62-1075-X

4. Redaksi Agromedia Group, (2006), Synergy Media Books, Penanaman Buah-
buahan (Durian, Mangga, Jambu Batu), Terbitan ISBN 983197472-7

5. Rukayah Aman, Buah-buahan Malaysia, Terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka
ISBN 863-62-6483-3


Click to View FlipBook Version