INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
Semester 2 Tahun 1
PALS1012
ASAS KELESTARIAN DAN TEKNOLOGI HIJAU
TUGASAN INDIVIDU
NAMA PELAJAR
YUMNI BINTI MOHAMAD NOOR
ANGKA GILIRAN
2021232310320
NO. KAD PENGENALAN
020422101302
KUMPULAN/ UNIT
RBT A
Pengakuan Pelajar :
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan : _______________ Tarikh : 27/04/2022
Nama Pensyarah DR YEAP TEIK WEI
Tarikh Serahan
27/04/2022 Tarikh Terima
(Diisi oleh Pensyarah)
Pengesahan Pelajar :
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami.
Tandatangan :__________________________ Tarikh : 27/04/2022
ISI KANDUNGAN
PENGHARGAAN............................................................................................................................... 3
1.0 PENGENALAN ....................................................................................................................... 4
2.0 ISU-ISU SEMASA GLOBAL MENGENAI ALAM SEKITAR .................................................. 5-6
3.0 PRODUK TEKNOLOGI HIJAU................................................................................................ 7
4.0 PERBANDINGAN PRODUK TEKNOLOGI HIJAU.............................................................. 8-11
5.0 KESIMPULAN....................................................................................................................... 12
6.0 REFLEKSI............................................................................................................................. 13
7.0 RUJUKAN ............................................................................................................................. 14
2
PENGHARGAAN
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan rasa kesyukuran untuk menyiapkan tugasan
pentaksiran berterusan penulisan esei mengenai analisis berkaitan pelbagai produk teknologi hijau
yang berdasarkan isu-isu semasa global mengenai alam sekitar. Saya juga berasa sangat bertuah
ketika menyiapkan tugasan ini kerana banyak ilmu yang saya perolehi mengenai kursus PALS1012
Asas Kelestarian dan Teknologi Hijau.
Selain itu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan memberikan setinggi-tinggi
penghargaan kepada Dr Yeap Teik Wei selaku pensyarah PALS1012 Asas Kelestarian dan
Teknologi Hijau kerana telah membimbing dan memberi tunjuk kepada saya dan rakan-rakan untuk
membuat tugasan penulisan ini. Kami telah diberikan pededahan untuk menyiapkan tugasan ini
dengan teratur dan kemas.
Di samping itu, saya juga ingin berterima kasih kepada ibu bapa saya yang tercinta kerana tidak
jemu dalam memberikan dorongan, kata-kata semangat serta sokongan kepada saya ketika
menyiapkan tugasan ini. Hal ini menjadikan saya berasa bersemangat ketika menghasilkan tugasan
ini.
Seterusnya, saya turut ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya kerana telah
banyak membantu dan memberi kerjasama kepada saya dalam menjayakan hasil tugasan saya.
Mereka juga turut menjawab pertanyaan saya mengenai tugasan ini dengan ikhlas dan jujur. Tanpa
mereka, saya tidak dapat menyiapkan tugasan ini dengan baik dan sempurna.
Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak yang terlibat kerana turut
sudi menghulurkan bantuan dalam menjayakan tugasan ini. Saya berasa sangat bertuah dan
menghargai segala kerjasama yang telah diberikan kepada saya. Terima kasih semua.
3
1.0 PENGENALAN
Dalam meniti arus kemodenan ini, alam sekitar merupakan sesuatu yang amat penting dalam
kehidupan manusia, tidak mengira bangsa, agama dan negara. Alam sekitar ini termasuklah udara,
tumbuhan-tumbuhan hijau dan air seperti laut dan sungai. Menurut Mohd Yusof Othman (2020), alam
sekitar adalah segala benda bukan hidup dan benda hidup yang wujud di dunia ini secara semula jadi.
Selain itu, menurut Hafizah Abu Bakar, Nazalina Abd Aziz, Nur Afiqah Mohd Narwawi, Najihah Abd
Latif, Norfaryana Mohd Ijas & Amir Hamzah Sharaai (2013), alam sekitar boleh didefinisikan sebagai
fenomena fizikal sama ada abiotik atau biotik yang melingkungi sesuatu organisma. Fenomena fizikal
ini turut berkait rapat dengan cuaca dan iklim. Alam sekitar juga boleh digelar sebagai flora dan fauna.
Selain itu, alam sekitar meliputi beberapa komponen penting. Antaranya adalah unit landskap yang
berfungsi sebagai sistem semula jadi tanpa melibatkan manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, batu-
bata dan juga fenomena semula jadi. Selain itu, komponen yang seterusnya adalah sumber sejagat
semula jadi dan fenomena fizikal yang tidak mempunyai batasan seperti tenaga, air, udara , iklim, cas
elektrik, kemagnetan serta sinaran. Alam sekitar hendaklah dijaga dengan baik kerana alam sekitar
ini bukan sahaja digunakan pada zaman ini sahaja tetapi akan digunakan sehingga ke generasi-
genarasi yang akan datang (Satinah Awang, Ria Arianti Zamri, Noor Hidayah Ibrahim, Noor Sairah
Syarifuddin, Mazni Bali, Tearuselvia Rengasamy & Zanaton Iksan, 2015). Alam sekitar yang tidak
tercemar dan bersih akan memberikan kehidupan yang nyaman, selesa dan sejahtera kepada
masyarakat. Namun demikian, masyarakat sering mengambil ringan atau tidak mengambil berat
mengenai kepentingan alam sekitar ini. Hal ini telah menyebabkan timbulnya isu-isu semasa global
mengenai alam sekitar. Antaranya adalah seperti isu pemanasan global dan pencemaran alam sekitar
seperti pencemaran air. Bagi menyelesaikan isu-isu ini pihak kerajaan telah menggalakkan
penggunaan teknologi hijau. Hal ini bagi melestarikan kesedaran hijau kepada masyarakat dunia.
Teknologi hijau berperanan dalam memulihara alam sekitar untuk generasi akan datang dan
pembangunan mapan. Teknologi hijau juga turut membantu dalam mengurangkan kadar penggunaan
sumber tenaga serta membantu dalam meningkatkan pembangunan ekonomi.
4
2.0 ISU-ISU SEMASA GLOBAL MENGENAI ALAM SEKITAR
Isu-isu semasa global mengenai alam sekitar ini telah timbul akibat daripada sikap sambil
lewa masyarakat dunia terhadap kepentingan alam sekitar ini. Antaranya adalah isu pemanasan
global. Menurut Bayu Sapta Hari (2019), isu pemanasan global dapat didefinisikan sebagai satu
fenomena peningkatan suhu bumi yang telah melebihi paras normal. Fenomena ini telah mewujudkan
satu bentuk ketidakseimbangan ekosistem bumi apabila suhu bumi lebih panas dari biasa. Pada abad
ke-21 ini, isu pemanasan global ini merupakan topik permasalahan yang hangat diperkatakan di
peringkat dunia. Menurut kepada laporan World Meteorological Organization (WMO), suhu global
terkini telah mengalami perubahan melebihi 1.2°C berbanding dengan zaman pra-industri pada tahun
1850-an. Antara tahun yang telah direkodkan sebagai tahun yang terpanas adalah pada tahun 2020.
Hal ini telah berlaku akibat daripada aktiviti manusia yang tidak terkawal seperti pelepasan gas rumah
hijau yang melibatkan pertambahan klorofluorokarbon (CFC), gas karbon dioksida serta bahan
pencemar lain (Nazura Ngah, 2017). Antara contoh aktiviti manusia yang menyebabkan berlakunya
kesan rumah hijau adalah memasang penghawa dingin yang telah menyebabkan pelepasan gas
kloroflorokarbon (CFC). Selain itu, aktiviti manusia tanpa kawalan dalam pengangkutan, perindustrian,
pembakaran terbuka, penyahhutanan serta pertanian turut menjadi faktor utama pelepasan gas
rumah hijau yang meningkat pada setiap tahun. Hal ini telah menyebabkan peningkatan suhu dunia.
Antara kesan pemanasan global ini adalah berlaku pencairan ais kutub serta kenaikan paras laut.
Suhu bumi yang sentiasa meningkat tahun demi tahun telah menyebabkan bongkah-bongkah ais
mencair di kutub utara dan kutub selatan. Hal ini telah menyebabkan paras air laut meningkat. Selain
itu, Inter-governmental Panel on Climate Change (IPCC) telah meramalkan permukaan laut akan
berlaku peningkatan antara 30 hingga 60 sentimeter serta dianggarkan 10 juta populasi dunia yang
berada berdekatan dengan pulau tanah rendah dan pantai dikhuatiri akan kehilangan tempat tinggal
mereka akibat daripada kenaikan paras air laut ini. Selain itu, cuaca akan kering yang berpanjangan.
Pemanasan global ini juga akan menyebabkan berlakunya taburan hujan yang tidak menentu serta
kemarau yang teruk. Dalam situasi persekitaran yang panas serta kadar hujan yang tidak menentu
akan mengakibatkan berlakunya gelombang haba serta jerebu. Hal ini akan menyebabkan kesihatan
manusa terjejas dan mereka akan mendapat penyakit. Sebagai contoh, asma dan radang paru-paru.
Selain itu, akan berlakunya perubahan iklim. Perubahan iklim ini dapat didefinisikan sebagai
perubahan dalam jangka masa panjang dalam iklim bumi atau di sesuatu kawasan. Pemanasan yang
berterusan ini akan menyebabkan berlakunya perubahan iklim. Sebagai contoh, fenomena yang
berlaku di negara-negara Eropah seperti gelombang haba. Fenomena ini bukan sahaja berlaku di
negara-negara tersebut sahaja tetapi akan turut berlaku di negara-negara yang tidak menangani
masalah pemanasan global ini. Selain itu, impak daripada perubahan iklim ini adalah akan berlakunya
imigrasi haiwan secara besar-besaran bagi mencari habitat yang sesuai. Perubahan iklim juga turut
menjejaskan kesuburan tanah, Hal ini akan menyebabkan hasil tanaman negara berkurang sekaligus
menjejaskan bekalan makanan negara.
5
Isu yang seterusnya adalah isu pencemaran alam sekitar seperti pencemaran air. Isu
pencemaran air ini juga merupakan salah satu masalah alam sekitar yang terbesar. Hal ini kerana
lebih dari 70% permukaan bumi ini diliputi air. Menurut Ryadi, A.L.S (2016), isu pencemaran air adalah
pencemaran sungai, aliran sungai, tasik dan lautan yang telah merosot kualiti airnya serta beracun
untuk manusia dan hidupan lain. Selain itu, menurut pencemaran air merupakan perubahan yang
berlaku kepada air dari warna, kandungan atau sifat-sifat kimia yang berpunca daripada pelbagai
bahan pencemar dalam bentuk gas, pepejal dan cecair.Isu pencemaran ini merupakan isu yang
semakin berleluasa di seluruh dunia terutamanya pencemaran sungai air minum sehingga
menyebabkan berlakunya gangguan air bersih. Hal ini berlakunya akibat daripada kurangnya
kesedaran dan pendidikan oleh masyarakat mengenai kesedaran orang ramai tentang kelestarian
sungai serta bagaimana untuk menguruskan sungai agar kualiti air sungai sentiasa terjamin. Selain
itu, pencemaran air ini akan mempengaruhi organisma, biosfera tumbuhan dan tumbuhan yang
terdedah dengan air pencemaran tersebut. Hal ini akan merosakkan komuniti biologi semula jadi.
Kebanyakan punca kes-kes pencemaran air berlaku akibat daripada pembuangan sisa kumbahan.
Selain itu, aktiviti pengairan juga akan turut terganggu. Selain itu, antara faktor-faktor lain berlakunya
pencemaran air adalah pembuangan sisa toksik serta sisa industri yang tidak dirawat. Seterusnya,
daripada penggunaan racun serangga atau baja kimia yang berlebihan dalam aktiviti pertanian. Hal
ini telah menjejaskan kualiti dan kebersihan air kerana air tersebut telah dicemari dengan bahan kimia
yang berlebihan. Hal ini juga menjadikan air tersebut tidak selamat untuk digunakan atau diminum
oleh manusia dan hidupan akuatik. Di samping itu, akibat daripada sisa minyak dari bengkel motosikal
dan kenderaan. Selain itu, berpunca daripada pembuangan sampah sarap ke dalam sungai. Hal ini
telah menyebabkan sungai berbau busuk dan kotor. Antara kesan pencemaran air adalah akan
menyebabkan berlakunya masalah kesihatan kepada masyarakat yang berada di kawasan hilir yang
menggunakan air sungai yang telah tercemar untuk minum dan mandi. Sebagai contoh, penyakit taun
dan penyakit kulit. Selain itu, menjejaskan kehidupan akuatik. Sebagai contoh, pembuangan sisa
domestik ke dalam laut telah menyebabkan penyu mati kerana telah termakan plastik di perairan
Terengganu. Seterusnya, akan menyebabkan spesies hidupan laut akan terpupus akibat daripada
pencemaran air ini.
6
3.0 PRODUK TEKNOLOGI HIJAU
Populasi manusia pada kini semakin meningkat hari demi hari. Hal ini telah menyebabkan
berlakunya peningkatan permintaan manusia terhadap sesuatu keperluan. Gaya hidup manusia yang
sentiasa inginkan kehidupan yang lebih baik seperti bekalan elektrik, air dan rumah menyebabkan
permintaan sumber semula jadi semakin tinggi. Pengurusan sumber yang tidak terancang seperti
pembuangan sisa pepejal, pelepasan gas rumah hijau dan penggunaan bahan api fosil secara
berleluasa akan menyebabkan berlakunya pencemaran alam sekitar. Hal ini akan menyebabkan
munculnya isu-isu semasa global mengenai alam sekitar. Sebagai contoh, isu pemanasan global dan
pencemaran alam sekitar seperti pencemaran air. Oleh hal demikian, produk teknologi hijau telah
memainkan peranan penting untuk mengatasi isu-isu semasa global mengenai alam sekitar ini.
Produk yang berkonsepkan teknologi hijau ini amatlah penting untuk digunakan dalam kehidupan
seharian bagi pengekalan sumber yang berterusan serta menjamin kualiti hidup. Menurut Mohd.
Nazaruddin Yussof & Kamarudin Mohd Nor (2014), definisi teknologi hijau merujuk kepada
pembangunan, peralatan, aplikasi produk serta sistem yang berfungsi untuk memelihara alam sekitar
dan semula jadi serta meminimumkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Selain itu, teknologi
hijau merupakan produk atau sistem yang mempunyai kriteria-kriteria seperti menjimatkan sumber
asli dan tenaga, menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui, mempunyai pembebasan
gas rumah hijau (GHG) yang sifar atau rendah, menyediakan persekitaran yang baik dan sihat serta
selamat untuk digunakan. Teknologi hijau merupakan teknologi yang mesra alam dan rendah karbon
berbanding teknologi lain. Selain itu, teknologi hijau telah menyumbang kepada pengurangan
pelepasan gas rumah hijau dan pengurangan pencemaran alam sekitar. Selain itu, antara empat
tunggak dasar teknologi hijau negara kita adalah tenaga. Negara kita tidak mencari kebergantungan
tenaga namun mempromosikan kecekapan tenaga. Seterusnya, alam sekitar. Dengan teknologi hijau
kita mampu memulihara dan meminimumkan kesan terhadap alam sekitar. Selain itu, ekonomi.
Teknologi hijau banyak membantu dalam meningkatkan pembangunan ekonomi negara. Selain itu,
sosial. Teknologi hijau telah meningkatkan kualiti hidup untuk semua masyarakat negara. Seterusnya,
produk teknologi hijau ini mempunyai kriteria-kriteria tertentu. Antaranya adalah menggalakkan
sumber bahan yang boleh diperbaharui, menjimatkan penggunaan sumber bahan api dan tenaga,
dapat meminimumkan kemerosotan alam sekitar, mudah digunakan, menyediakan persekitaran yang
sihat dan selamat digunakan serta penghasilan produk teknologi hijau ini telah melalui proses inovasi
teknologi untuk menjaga keharmonian manusia serta persekitaran.
Produk teknologi hijau ini sudah tentu mampu untuk mengatasi isu-isu semasa global
mengenai alam sekitar seperti isu pemanasan global serta isu pencemaran alam sekitar. Antara
produk-produk yang sesuai untuk mengatasi isu-isu semasa global mengenai alam sekitar ini adalah
kipas solar penyimpanan alat tulis.
7
4.0 PERBANDINGAN PRODUK TEKNOLOGI HIJAU
Terdapat banyak produk teknologi hijau yang dapat mengatasi masalah isu-isu semasa global
mengenai alam sekitar seperti isu pemanasan global serta isu pencemaran alam sekitar. Produk
teknologi hijau yang dapat mengatasi masalah isu pemanasan global adalah kipas solar penyimpanan
alat tulis manakala produk teknologi hijau yang dapat mengatasi masalah isu pencemaran alam
sekitar seperti pencemaran air adalah mesin air solar.
Produk teknologi hijau seperti kipas solar penyimpanan alat tulis sangat sesuai dan membantu
dalam menyelesaikan isu pemanasan global. Hal ini kerana kipas solar penyimpanan alat tulis ini
berperanan dalam menyejukkan badan dan kawasan persekitaran ketika cuaca panas. Harga bagi
produk ini adalah RM20.46. Harga produk ini mampu untuk dibayar oleh pembeli bersesuaian dengan
fungsi produk ini. Produk ini merupakan produk yang berkonsepkan teknologi hijau. Hal ini kerana
produk ini telah mengamalkan sumber tenaga yang boleh diperbaharui seperti tenaga solar melalui
panel solar. Produk ini telah menggunakan tenaga solar fotovoltaik. Tenaga solar fotovoltaik ini
menggunakan panel semikonduktor dan merupakan antara tenaga yang paling maju pada masa ini.
Tenaga solar fotovoltaik merupakan tenaga yang menukarkan tenaga sinaran suria kepada tenaga
elektrik. Hal ini telah mengelakkan pengguna daripada bergantung dengan bahan api fosil yang
merupakan sumber yang tidak boleh diperbaharui. Produk ini telah mengamalkan amalan 5R dalam
penghasilannya. Pertama, reduce. Produk ini telah mengurangkan penggunaan barang-barang
terpakai. Hal ini bagi mengurangkan aktiviti pembalakan serta mengelakkan peningkatan sampah
dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, plastik dan kotak. Selain itu, reuse. Produk ini telah
8
menggunakan barang-barang lama seperti cermin dan kotak. Di samping itu, recycle. Produk ini telah
menggunakan bahan-bahan kitar semula seperti botol plastik bagi menghasilkan tempat untuk
meletakkan kipas solar. Hal ini dapat membantu dalam memanjangkan tempoh hayat sesuatu
barangan terpakai. Seterusnya, repair. Produk ini telah menggunakan tenaga solar bagi menjana
elektrik untuk menggerakkan kipas. Penggunaan tenaga solar ini adalah mesra alam serta tidak
menyebabkan pencemaran alam sekitar. Seterusnya, amalan terakhir sekali yang digunakan adalah
rethink. Sebelum melakukan produk tersebut, pencipta produk ini telah memikirkan untuk
menggunakan tenaga solar. Hal ini kerana tenaga ini boleh diperbaharui. Terdapat banyak kebaikan
yang terdapat pada produk ini. Selain itu, produk ini turut mempunyai nilai komersial yang dapat
menggalakkan orang ramai membelinya. Antaranya adalah reka bentuk produk ini yang berbentuk
rumah. Reka bentuk rumah ini melambangkan bahawa sesebuah rumah hendaklah mempunyai panel
solar. Hal ini bagi menjimatkan penggunaan elektrik. Selain itu, warna produk ini yang bewarna ungu
ini sangat menarik dan ceria. Hal ini dapat menarik minat masyarakat untuk membeli produk ini.
Seterusnya, produk ini adalah produk multifungsi. Hal ini kerana produk ini mempunyai kipas solar
untuk menyejukkan dan menyaman badan, mempunyai tempat meletakkan alat tulis bagi meletakkan
alat-alat tulis seperti pen, pensel dan pemadam. Hal ini boleh memudahkan masyarakat untuk
menggunakan alat tulis tersebut apabila memerlukannya. Selain itu, produk ini telah dibina dengan
aplikasi 5R. Hal ini dapat menjadikan produk teknologi hijau ini dapat membantu dalam melestarikan
alam sekitar. Antara kelebihan kipas solar penyimpanan alat tulis ini adalah mengurangkan bil elektrik.
Hal ini kerana kipas solar penyimpanan alat tulis menggunakan menggunakan sumber tenaga solar.
Hal ini akan mengurangkan perbelanjaan masyarakat untuk membayar elektrik. Selain itu, kipas solar
penyimpanan alat tulis ini membantu masyarakat dalam mengelakkan daripada kehilangan alat tulis
dan memudahkan masyarakat untuk mencari alat tulis dengan mudah apabila hendak
menggunakannya. Hal ini kerana produk Teknologi Hijau ini telah menyediakan tempat untuk
menyimpan alat-alat tulis. Selain itu, memudahkan pengguna untuk bersolek, merapikan pakaian atau
rambut. Hal ini kerana terdapat cermin pada produk teknologi Hijau ini. Oleh hal yang demikian,
pengguna tidak perlu untuk membeli cermin yang baru kerana kipas solar penyimpanan alat tulis ini
telah dilengkapi dengan cermin. Kipas solar penyimpanan alat tulis ini juga turut dikenali sebagai
produk serba guna kerana dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan seperti kipas, cermin dan
tempat penyimpanan alat tulis. Antara kelemahan kipas solar penyimpanan alat tulis ini adalah kipas
solarnya bersaiz kecil. Hal ini menyebabkan sedikit kawasan sahaja yang berasa nyaman, sejuk dan
selesa. Bagi mengatatasi ini, pencipta produk ini haruslah memperbesarkan kipas solar ini dengan
menggantikan saiz kipas solar yang kecil ini dengan kipas solar yang bersaiz besar.
9
Seterusnya, produk teknologi yang kedua adalah mesin air solar. Produk teknologi hijau ini
mampu dalam membantu menyelesaikan masalah isu pencemaran alam sekitar seperti air. Hal ini
kerana produk teknologi hijau ini berperanan untuk menapis air bagi menghasilkan air yang bersih.
Hal ini membolehkan pengguna untuk memperoleh sumber air yang bersih bagi kegunaan harian. Kos
untuk produk ini hanyalah RM19 sahaja. Kos ini mampu untuk dibayar oleh semua orang. Produk
teknologi hijau ini merupakan produk yang mengaplikasikan konsep kelestarian alam sekitar. Produk
teknologi hijau ini telah menggunakan tenaga solar dalam penghasilannya. Menurut Zulkurnain
Hassan, Mohd Suffian Misaran, Siambun. N. J & Mohd Adzrie Radzali (2021),tenaga solar ini sangat
membantu dalam menjimatkan tenaga elektrik serta mengurangkan kos perbelanjaan untuk elektrik.
Selain itu, tenaga solar ini merupakan tenaga yang boleh diperbaharui dan tidak akan habis sampai
bila-bila. Produk teknologi hijau ini telah mengamalkan beberapa amalan 5R dalam proses
pembuatannya. Pertama, refuse. Produk teknologi hijau ini telah menolak penggunaan barangan yang
tidak dapat dikitar semula. Sebagai contoh, bekas polisterina dan tisu. Seterusnya, reduce. Produk
teknologi hijau ini telah membantu dalam mengurangkan jumlah sampah yang terbuang. Selain itu,
reuse. Produk teknologi hijau ini telah menggunakan semula barang terpakai seperti botol-botol
terpakai bagi tujuan memanjangkan tempoh hayat sesuatu barangan. Seterusnya, recycle. Produk
teknologi hijau ini telah menggunakan bahan-bahan kitar semula bagi mengurangkan penggunaan
sumber alam sekitar. Sebagai contoh, kotak. Selain itu, produk teknologi hijau ini turut mempunyai
nilai komersial yang mampu untuk menarik pelanggan membelinya. Antaranya adalah reka bentuk
produk teknologi hijau ini adalah unik dan mampu untuk dipasarkan di pasaran. Selain itu, produk
teknologi hijau ini berfungsi dengan fungsi yang sama dengan mesin air, namun kelebihannya adalah
dapat menjimatkan tenaga elektrik. Selain itu, produk teknologi hijau ini turut menepati cita rasa
pengguna kerana mesra alam. Antara kelebihan yang boleh diperoleh daripada produk teknologi hijau
ini adalah dapat memperoleh sumber air bersih untuk kegunaan harian. Sebagai contoh untuk minum,
mandi atau menyiram pokok-pokok bunga. Selain itu, tidak mencemarkan alam sekitar. Hal ini kerana
10
produk ini menggunakan sumber tenaga yang boleh diperbaharui seperti tenaga solar dan tenaga ini
tidak mencemarkan alam sekitar . Manakala kelemahan mesin solar air ini adalah tidak mengamalkan
kelima-lima amalan 5R . Hal ini menyebabkan produk teknologi hijau ini tidak menepati ciri-ciri produk
Teknologi Hijau yang berkesan. Oleh hal demikian, cara yang sesuai untuk mengatasi kelemahan
tersebut, pencipta produk teknologi hijau ini hendaklah memasukkan satu lagi amalan 5R seperti
rethink. Hal ini bagi melengkapkan kelima-lima amalan 5R bagi menjadikan ciri-ciri produk ini
berkesan.
Antara kedua-dua produk teknologi hijau tersebut, produk teknologi hijau yang terbaik
mengikut pandangan saya adalah produk kipas solar penyimpanan alat tulis. Hal ini kerana produk
teknologi hijau ini dapat mengatasi masalah isu pemanasan global yang menjadi isu terbesar dunia.
Dengan adanya kipas solar penyimpanan alat tulis ini, masyarakat akan berasa sejuk dan nyaman.
Selain itu, kesan rumah hijau juga akan dapat dikurangkan. Hal ini kerana masyarakat dunia seringkali
memasang pendingin hawa atau air cond dalam kehidupan harian mereka. Mereka memasang air
cond untuk mendapatkan rasa sejuk dan nyaman ketika cuaca panas. Namun mereka tidak menyedari
punca kepanasan melampau ini adalah daripada sikap mereka sendiri. Hal ini kerana air cond
membebaskan gas kloroflorokarbon (CFC). Oleh hal demikian produk kipas solar penyimpanan alat
tulis ini memainkan peranan penting dalam mencegah pembebasan gas kloroflorokarbon (CFC)
secara berleluasa. Produk teknologi hijau ini hanya menggunakan tenaga solar yang merupakan
tenaga yang boleh diperbaharui dan mesra alam. Seterusnya, produk teknologi hijau ini tidak
mencemarkan alam sekitar kerana tiada sebarang gas berbahaya yang dilepaskan bagi
menggunakan produk ini. Selain itu, dengan adanya penggunaan tenaga solar ini dalam produk ini,
perbelanjaan bagi membayar bil elektrik dapat dikurangkan. Disamping itu, corak yang unik dan
warnanya yang bewarna unggu dapat menghadirkan perasaan ceria dan tenang apabila memandang
produk tersebut. Hal ini menyebabkan masyarakat tertarik untuk membelinya. Selain itu, produk
teknologi hijau ini telah diterapkan dengan amalan 5R. Amalan 5R yang diterapkan adalah repair,
reuse, recycle, reduce dan rethink. Hal ini telah menyebabkan produk ini menepati ciri-ciri produk
teknologi hijau yang terbaik. Selain itu, harga bagi produk ini adalah RM20.46. Harga tersebut adalah
murah dan mampu untuk dimiliki oleh sesiapa sahaja. Tambahan lagi, produk teknologi hijau ini sudah
tentu dapat membantu dalam menyelesaikan isu pemanasan global sekaligus dapat menyelesaikan
isu semasa global mengenai alam sekitar ini. Oleh sebab-sebab demikian, saya yakin produk kipas
solar penyimpanan alat tulis merupakan produk teknologu hijau yang paling terbaik.
11
5.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, produk teknologi hijau memainkan peranan penting dalam menyelesaikan
isu-isu semasa global mengenai alam sekitar. Produk Teknologi Hijau yang mesra alam dan tidak
mengakibatkan berlakunya pencemaran alam sekitar hendaklah dimiliki oleh setiap masyarakat dunia.
Hal ini dapat memberikan banyak faedah dalam kehidupan seharian mereka seperti dapat
menjimatkan kos perbelanjaan bil elektrik apabila sesuatu produk teknologi hijau tersebut
menggunakan tenaga solar. Sebagai contoh, kipas solar penyimpanan alat tulis ini. Selain itu produk
Teknologi Hijau juga memainkan peranan yang penting bagi mengurangkan pengeluaran karbon,
meningkatkan tahap kehidupan dan kesihatan manusia, menjimatkan penggunaan sumber tenaga
asli dengan menukarkan penggunaan sumber tenaga tersebut kepada sumber tenaga yang boleh
diperbaharui serta membantu dalam mengatasi kemusnahan alam sekitar ini. Oleh hal demikian,
masyarakat dunia hendaklah mempunyai kesedaran yang tinggi mengenai produk Teknologi Hijau ini
dalam kehidupan seharian mereka.
12
6.0 REFLEKSI
Selamat sejahtera saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan pentaksiran berterusan
penulisan esei kursus Asas Kelestarian dan Teknologi Hijau (PALS1012). Saya, Yumni Binti
Mohamad Noor sangat berbesar hati kerana tugasan yang diberikan telah berjaya saya sempurnakan
pada masa yang ditetapkan. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah
pembimbing subjek Asas Kelestarian dan Teknologi Hijau (PALS1012) iaitu Dr Yeap Teik Wei
kerana telah memberi panduan dan tunjuk ajar untuk menyiapkan penulisan esei ini. Saya juga turut
mengucapkan terima kasih kepada rakan saya kerana telah memberi tunjuk ajar dan kerjasama ketika
menghasilkan tugasan ini. Tidak dilupakan juga buat ibu bapa yang sentiasa memberikan dorongan
dan semangat kepada saya. Seterusnya, saya akan melangkah ke intipati refleksi.
Sebelum saya menghasilkan tugasan ini, saya dan rakan-rakan diberikan taklimat dan
pendedahan awal mengenai tugasan pentaksiran berterusan ini. Kami diberikan maklumat mengenai
kriteria-kriteria yang perlu kami penuhi dalam tugasan pentaksiran berterusan ini . Melalui maklumat-
maklumat yang telah diberikan dalam sesi taklimat, saya dan rakan-rakan saya telah telah mendapat
cetusan-cetusan idea bagi menjayakan tugasan pentaksiran berterusan ini dengan baik. Tugasan
yang diberikan kepada saya adalah menyiapkan penulisan esei mengenai analisis berkaitan pelbagai
produk teknologi hijau yang berdasarkan isu-isu semasa global mengenai alam sekitar. Pada awalnya,
saya dan rakan saya mengalami kesukaran untuk menyiapkan tugasan ini. Hal ini kerana saya dan
rakan saya tidak pernah membuat penulisan esei mengenai analisis berkaitan pelbagai produk
teknologi hijau yang berdasarkan isu-isu semasa global mengenai alam sekitar. Atas bantuan
pensyarah dan rakan-rakan yang lain, kami mampu mengatasi kesukaran ini.
Tugasan pentaksiran berterusan ini amat bermakna bagi saya. Saya telah mempelajari
mengenai sumber tenaga yang boleh diperbaharui. Sebagai contoh, saya telah mempelajari
mengenai tenaga solar. Tenaga solar ini merupakan tenaga yang terhasil daripada sumber matahari.
Di samping itu, tenaga solar ini telah membantu dalam menjimatkan penggunaan tenaga elektrik serta
mampu dalam mengurangkan kos perbelanjaan untuk bil elektrik.
Kesimpulannya, tugasan pentaksiran berterusan ini memberikan banyak kebaikan kepada
setiap pelajar. Tugasan ini telah menyebabkan saya dan rakan-rakan saya dapat belajar mengenai
pelbagai produk teknologi hijau dengan baik. Secara tidak langsung, kami telah mendapat sedikit
sebanyak ilmu mengenai teknologi hijau dengan lebih terperinci. Saya berharap, tugasan pentaksiran
berterusan penulisan esei mengenai analisis berkaitan pelbagai produk teknologi hijau yang
berdasarkan isu-isu semasa global mengenai alam sekitar seperti ini dapat dilaksanakan lebih banyak
lagi kerana banyak kebaikan yang saya dan rakan akan perolehi.
13
7.0 RUJUKAN
Mohd Yusof Othman (2020). Media dan isu alam sekitar. Jurnal Hadhari 2, 2, 1-17.
Hafizah Abu Bakar, Nazalina Abd Aziz, Nur Afiqah Mohd Narwawi, Najihah Abd Latif, Norfaryana
Mohd Ijas & Amir Hamzah Sharaai (2013). Kajian perhubungan antara kesedaran alam sekitar dengan
tingkah laku mesra alam sekitar dalam kalangan pelajar universiti; Kajian kes: pelajar tahun satu
Universiti Putra Malaysia (UPM). Journal of Chemical Information and Modeling, 53(9), 1689-1699.
Satinah Awang, Ria Arianti Zamri, Noor Hidayah Ibrahim, Noor Sairah Syarifuddin, Mazni Bali,
Tearuselvia Rengasamy & Zanaton Iksan (2015). Kesedaran Kitar Semula Sisa Minyak Masak dalam
Kalangan Pelajar Sarjana Pendidikan Sains Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Personalia
Pelajar 18, 2, 45-52.
Bayu Sapta Hari (2019). Pemanasan global dan perubahan iklim (1st ed.) Penerbit Duta.
Nazura Ngah (2017, Januari 24). Pemanasan global kini tahan kritikal. BH Online.
https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2017/01/238852/pemanasan-global-kini-tahap-kritikal
Ryadi, A.L.S (2016). Ilmu kesehatan masyarakat. CV. Andi Offset.
Mohd. Nazaruddin Yussof & Kamarudin Mohd Nor (2014). Pemanasan global dan pembangunan
lestari alam bina. UUM Press.
Zulkurnain Hassan, Mohd Suffian Misaran, Siambun. N. J & Mohd Adzrie Radzali (2021).
Merekabentuk Dan Menganalisa Sistem Penyejukan Permukaan Bagi Meningkatkan Kecekapan
Fotovoltaik. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(1), 192-202.
14