SK SERI PERLING 2
JALAN CAMAR 9,TAMAN PERLING, JOHOR BAHRU.
MODEL PENGOPERASIAN
PEMBUKAAN SEKOLAH
SK SERI PERLING 2
PRASEKOLAH
1 JULAI 2020
TAHUN 5 & TAHUN 6
15 JULAI 2020
TAHUN 1, TAHUN 2,
TAHUN 3 & TAHUN 4
22 JULAI 2020
TATACARA SEBELUM KE SEKOLAH
• Memastikan anak-anak berada dalam keadaan sihat,
menjaga kebersihan diri dan tidak menunjukkan gejala
awal Covid-19.
• Memberi motivasi kepada anak/ anak jagaan untuk
terus belajar dan mematuhi SOP norma baharu sekolah.
• Galakkan anak/ anak jagaan membawa bekalan atau
sarapan/makan tengahari terlebih dahulu.
• Digalakkan memakai pelitup muka, pensanitasi tangan
(hand sanitizer), tisu basah, sudu dan garpu sendiri.
TATACARA PERJALANAN KE
SEKOLAH
• Ibu bapa/ penjaga digalakkan menghantar anak sendiri
ke sekolah.
• Sekiranya menaiki kenderaan awam, bas sekolah atau
lain-lain kenderaan sila pastiklan anak/anak jagaan
memakai pelitup muka sepanjang berada dalam
kenderaan.
TATACARA SEMASA DI SEKOLAH
• Ibu bapa/penjaga menurunkan anak secara pandu lalu.
• Digalakkan memakai pelitup muka serta diwajibkan
pemakaian jika bergejala atau berimuniti rendah.
• Murid disaring suhu badan dan dikehendaki mencuci
tangan / memakai pensanitasi tangan (hand sanitizer)
yang disediakan.
• Murid akan terus ke kelas atau bilik transit (sesi petang)
• Peka dan patuhi SOP seperti :
• Tidak sembang rapat
• Amal etika batuk dan bersin yang betul.
• Menjaga kebersihan dan keselamatan diri.
• Tidak berkongsi makanan dan alatan peribadi
dengan rakan.
• Kekal duduk di tempat duduk masing-masing kecuali
dengan kebenaran guru seperti ke tandas.
TATACARA PULANG KE RUMAH
• Ibu bapa/ penjaga digalakkan mengambil anak/ anak
jagaan tepat pada masanya.
• Terus pulang tanpa menyinggah ke tempat lain.
Norma baharu pembukaan semula sekolah
Barisan pentadbiran
SK Seri Perling 2 telah
membuat beberapa ketetapan
mengenai Norma Baharu
Pembukaan Semula Sekolah
mengikut SOP yang ditetapkan
oleh pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia
seperti berikut :-
1. WAKTU PENGOPERASIAN SEKOLAH
Sesi pagi
TAHUN 4
• 7.30 PAGI - 12.40 TENGAH HARI
TAHUN 5
• 7.30 PAGI - 12.50 TENGAH HARI
TAHUN 6
• 7.30 PAGI 1.00 TENGAH HARI
Sesi petang
TAHUN 1
• 1.15 TENGAH HARI - 5.45 PETANG
TAHUN 2
• 1.15 TENGAH HARI - 5.55 PETANG
TAHUN 3
• 1.15 TENGAH HARI - 6.05 PETANG
2. KEHADIRAN MURID
I. Pada 15 Julai, pintu pagar B akan dibuka
mulai 6.30 pagi manakala pintu pagar C
dibuka mulai jam 6.50 pagi oleh Pengawal
Keselamatan. Murid akan diimbas suhu badan
bermula jam 6.45 pagi oleh guru bertugas.
II. Murid yang menggunakan pintu pagar C, jika
hadir sebelum jam 6.50 pagi sila gunakan pintu
pagar B.
III. Pintu pagar B dan C akan ditutup pada pukul
7.20 pagi. Kehadiran selepas waktu tersebut
akan menggunakan pintu pagar A.
IV. Hanya kenderaan guru, staf sokongan, pekerja
kebersihan, keselamatan dan pengusaha
kantin sahaja dibenarkan masuk ke kawasan
sekolah.
V. Pada 22 Julai, bagi sesi petang ( tahun 1,2 dan
3) pintu pagar B dan C akan dibuka mulai
12.00 tengah hari.
3. SARINGAN SUHU
I. Saringan suhu akan dilakukan diluar pintu
pagar sekolah.
II. Murid yang hadir awal akan disaring oleh
Pengawal Keselamatan dan tunggu di tempat
transit sementara kehadiran guru bertugas.
III. Murid yang mempunyai catatan suhu 37.5 dan
ke atas mereka diasingkan dan diambil catatan
suhu untuk kali kedua dan ketiga.
IV. Sekiranya catatan suhu murid tinggi dan
bergejala untuk demam murid akan diarahkan
pulang / dibawa ke Bilik Isolasi sementara
menunggu kehadiran ibu bapa.
4. WAKTU REHAT
SESI PAGI :
9.30 PAGI HINGGA 10.00 PAGI
SESI PETANG :
3.15 PETANG HINGGA 3.45 PETANG
5. KANTIN
I. Pengusaha kantin telah bersetuju untuk membuat
jualan secara kombo (set)/ RM3.00.
II. Murid boleh membuat tempahan makanan
melalui guru kelas dalam Whatsapp kelas sehari
sebelum.
III. Murid akan makan didalam kelas dengan
pemantauan oleh guru yang berada di dalam
kelas.
IV. Murid digalakkan membawa sudu/garpu dan
bekalan makanan dari rumah.
V. Murid akan selalu diingatkan tentang amalan
penjagaan kebersihan dan tidak berkongsi
makanan/minuman dengan rakan.
HARI/MINGGU MINGGU 1,3 & 5 MINGGU 2 & 4
AHAD NASI PUTIH, AYAM TEPUNG
ISNIN NASI PUTIH, AYAM KICAP
AIR MINERAL AIR MINERAL
SELASA NASI PUTIH, AYAM BLACK PAPER
NASI PUTIH, AYAM PAPRIK
RABU AIR MINERAL AIR MINERAL
KHAMIS
NASI PUTIH, AYAM MASAK NASI PUTIH, AYAM KICAP
MERAH AIR MINERAL
AIR MINERAL NASI PUTIH, AYAM PAPRIK
AIR MINERAL
NASI PUTIH, AYAM KARI NASI AYAM
AIR MINERAL AIR MINERAL
NASI AYAM
AIR MINERAL
6. TANDAS
I. Murid akan menggunakan sistem kad
nombor untuk mengelakkan kesesakan.
II. Tandas akan dibersihkan setiap 2 jam oleh
pekerja kebersihan.
7. TANDA PENJARAKAN
I. Setiap laluan di sekitar kawasan sekolah
telah disediakan laluan terarah untuk
memandu pergerakan murid.
II. Murid hendaklah mematuhi tanda arah yang
telah ditetapkan.
III. Susun atur perabot di kelas, disusun dengan
penjarakan yang ditetapkan.
8. AKTIVITI SEKOLAH
I. Sebarang aktiviti sekolah seperti kelas
tambahan, 1 murid 1 sukan (1m1s) dan aktiviti
kokurikulum di tangguhkan sehingga mendapat
arahan pelaksanaan.
LALUAN
TERARAH
TEMPAT MENCUCI
TANGAN YANG
DISEDIAKAN
INFO
BERKAITAN
COVID-19 DAN
SOP YANG PERLU
DIIKUTI
SUSUN ATUR KERUSI DAN MEJA
MURID DIDALAM BILIK DARJAH
MENGIKUT JARAK YANG
DITETAPKAN
(PERSON TO PERSON)
BILIK
ISOLASI
PENSANITASIAN
KELAS DAN
BILIK KHAS
SEKIAN, TERIMA KASIH