The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NORMA BAHARU PERSEKOLAHAN SK SERI PERLING 2

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by lindaamjis, 2020-07-13 06:31:45

NORMA BAHARU PERSEKOLAHAN SK SERI PERLING 2

NORMA BAHARU PERSEKOLAHAN SK SERI PERLING 2

MODEL PENGOPERASIAN
PEMBUKAAN SEKOLAH
SK SERI PERLING 2







Norma baharu pembukaan semula sekolah

Barisan pentadbiran
SK Seri Perling 2 telah
membuat beberapa ketetapan
mengenai Norma Baharu
Pembukaan Semula Sekolah
mengikut SOP yang ditetapkan
oleh pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia

seperti berikut :-

1. WAKTU PENGOPERASIAN SEKOLAH

Sesi pagi

Sesi petang

2. KEHADIRAN MURID

I. Pada 15 Julai, pintu pagar B dan C akan dibuka
mulai 6.30 pagi oleh Pengawal Keselamatan. Murid
akan diimbas suhu badan bermula jam 6.45 pagi
oleh guru bertugas.

II. Pintu pagar B dan C akan ditutup pada pukul 7.20
pagi. Kehadiran selepas waktu tersebut akan
menggunakan pintu pagar A

III. Hanya kenderaan guru, staf sokongan, pekerja
kebersihan, keselamatan dan pengusaha kantin
sahaja dibenarkan masuk ke kawasan sekolah.

IV. Pada 22 Julai, bagi sesi petang ( tahun 1,2 dan 3)
pintu pagar B dan C akan dibuka mulai 12.00
tengah hari.

3. SARINGAN SUHU

I. Saringan suhu akan dilakukan diluar pintu pagar
sekolah.

II. Murid yang hadir awal akan disaring oleh
Pengawal Keselamatan dan tunggu di tempat
transit sementara kehadiran guru bertugas serta
guru kelas.

III. Murid yang mempunyai catatan suhu 37.5 dan ke
atas mereka diasingkan dan diambil catatan suhu
untuk kali kedua dan ketiga.

IV. Sekiranya catatan suhu murid tinggi dan bergejala
untuk demam murid akan diarahkan pulang /
dibawa ke Bilik Isolasi sementara menunggu
kehadiran ibu bapa.

4. WAKTU REHAT

SESI PAGI :
9.30 PAGI HINGGA 10 PAGI
SESI PETANG :
3.15 PETANG HINGGA 3.45 PETANG

5. KANTIN

I. Pengusaha kantin telah bersetuju untuk membuat
jualan secara kombo (set).

Set nasi : RM3.00.
Set nasi + Air mineral : RM 3.50

II. Murid boleh membuat tempahan makanan melalui
guru kelas dalam Whatsapp kelas sehari sebelum.

III. Murid akan makan didalam kelas dengan pemantauan
oleh guru yang berada di dalam kelas.

IV. Murid digalakkan membawa sudu/garpu dan bekalan
makanan dari rumah.

V. Murid akan selalu diingatkan tentang amalan
penjagaan kebersihan dan tidak berkongsi
makanan/minuman dengan rakan.

HARI/MINGGU MINGGU 1,3 & 5 MINGGU 2 & 4
AHAD NASI PUTIH, AYAM TEPUNG
ISNIN NASI PUTIH, AYAM KICAP
AIR MINERAL AIR MINERAL
SELASA NASI PUTIH, AYAM BLACK PAPER
NASI PUTIH, AYAM PAPRIK
RABU AIR MINERAL AIR MINERAL
KHAMIS
NASI PUTIH, AYAM MASAK NASI PUTIH, AYAM KICAP
MERAH AIR MINERAL

AIR MINERAL NASI PUTIH, AYAM PAPRIK
AIR MINERAL
NASI PUTIH, AYAM KARI NASI AYAM
AIR MINERAL AIR MINERAL

NASI AYAM
AIR MINERAL

6. TANDAS

I. Murid akan menggunakan sistem kad nombor
untuk mengelakkan kesesakan.

II. Tandas akan dibersihkan setiap 2 jam oleh
pekerja kebersihan.

7. TANDA PENJARAKAN

I. Setiap laluan di sekitar kawasan sekolah telah
disediakan laluan terarah untuk memandu
pergerakan murid.

II. Murid hendaklah mematuhi tanda arah yang telah
ditetapkan.

III. Susun atur perabot di kelas, disusun dengan
penjarakan yang ditetapkan.

8. AKTIVITI SEKOLAH

I. Sebarang aktiviti sekolah seperti kelas tambahan,
1 murid 1 sukan (1m1s) dan aktiviti kokurikulum di
tangguhkan sehingga medapat arahan
pelaksanaan.

LALUAN
TERARAH







TEMPAT MENCUCI
TANGAN YANG
DISEDIAKAN

INFO
BERKAITAN
COVID-19 DAN
SOP YANG PERLU

DIIKUTI

SUSUN ATUR KERUSI DAN MEJA
MURID DIDALAM BILIK DARJAH

MENGIKUT JARAK YANG
DITETAPKAN

(PERSON TO PERSON)



BILIK
ISOLASI

PENSANITASIAN
KELAS DAN
BILIK KHAS

SEKIAN, TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version