The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-30039919, 2022-07-13 20:29:34

SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2022

sambutan hari belia negara (1)

SMK PERMAS JAYA 3

Hari : 14 Julai 2022
Hari : Khamis

Masa : 9.50-10.25 pagi
Lokasi : ILC masing-masing
Sasaran : Semua Murid Ting. 3, 4 & 5

https://anyflip.com/zjmjz/qefi/

Aturcara pentadbiran Ikrar Belia Malaysia
Sempena

Sambutan Belia Negara 2022

9.50 pagi : Guru mata pelajaran waktu kelima bersedia
membimbing pen. ketua tingkatan/pengawas & ketua
tingkatan untuk pelaksanaan Sambutan Hari Belia Negara.

9.55 pagi : Pelajar lain bersedia dengan buku catatan 'My

Diary' masing-masing.

10.00 pagi : Pen. Ketua Tingkatan/Pengawas
membacakan perkongsian ilmu mengenai 'Peranan Belia
Dalam Pembangunan Negara.

10.15 pagi : Ketua Ting. memimpin lafaz Ikrar Hari Belia
Negara.

10.20 pagi : Tamat

PERANAN BELIA DALAM PEMBANGUNAN NEGARA



Peranan utama yang harus digarap oleh golongan belia adalah
menguasai ilmu pengetahuan. Pendidikan merupakan kunci kejayaan
terhadap sesuatu perkara. Pemerkasaan pembelajaran bagi golongan
belia wajar dimaksimakan sebaik mungkin supaya mereka didedahkan

dengan pelbagai kemungkinan yang mampu menjadi pemangkin
kejayaan diri atau negara pada masa akan datang. Dengan

kemudahan teknologi hari ini, tiada alasan yang menjadi penghalang
kepada golongan belia untuk mendapatkan sebarang ilmu dan
pengetahuan.

Orang-orang di sekeliling golongan belia seperti ibu, bapa dan guru
wajar memberikan sokongan untuk mereka mempelajari bidang
pendidikan yang mereka minati serta pendedahan terhadap
pengetahuan am yang penting. Misalnya di sekolah guru-guru
mengajar subjek sejarah kepada pelajar untuk bersikap patriotik

kepada negara dan di rumah, ibu dan bapa merasionalkan pengajaran
di sekolah dengan berkongsi realiti yang berlaku pada hari ini.

Hasilnya, golongan belia yang mempunyai ilmu tentang perkara yang
telah berlaku dan melihat realiti kehidupan masa kini, mereka pasti
dapat menzahirkan sesuatu yang lebih berguna kepada diri sendiri,

keluarga mahupun masyarakat.



Di samping menguasai ilmu secara teori, golongan belia juga
seharusnya mempelbagaikan kemahiran diri. Sebagai contoh,
kemahiran memasak dan menjaga kebersihan diri dan kawasan
sekeliling kita. Kemahiran asas tersebut wajar dimiliki oleh golongan
belia kerana ia merupakan fitrah sebagai seorang manusia di muka

bumi ini untuk makan dan menjaga kebersihan.

PERANAN BELIA DALAM PEMBANGUNAN NEGARA



Selain itu, dari sudut pekerjaan mereka yang mempunyai ketrampilan
yang menarik akan lebih menyerlah berbanding mereka yang
mempunyai pencapaian akademik tetapi tiada kemahiran

interpersonal. Oleh itu, golongan belia perlu sentiasa belajar untuk
memperbaiki diri dari hari ke hari. Bak kata pepatah Melayu, belakang
parang pun kalau diasah nescaya tajam. Dalam dunia yang semakin
kompetitif hari ini, semangat tidak berputus asa dan konsisten dalam

mempelajari sesuatu yang baharu hendaklah diamalkan oleh
golongan belia.

Dalam mengecapi wawasan masyarakat minda kelas pertama,
golongan muda hendaklah memelihara kesihatan dari segala aspek
sama ada fizikal, mental dan juga kerohanian. Dari segi fizikal, Malaysia
pernah dikategorikan sebagai antara negara yang mempunyai kes

obesiti tertinggi di rantau Asia Tenggara. Oleh itu, data yang
memalukan ini perlu diubah dan golongan belia mampu menjadi
pemangkin kepada perubahan imej masyarakat negara yang lebih
baik. Mengamalkan pemakanan yang seimbang bukanlah sesuatu
yang sukar kerana bahan mentah seperti sayuran dan sumber protein

adalah berpatutan untuk dibeli.
Tambahan pula, infrastruktur sukan yang bertambah lengkap dari
tahun ke tahun seharusnya dimanfaatkan oleh masyarakat serta
dipermudahkan penggunaannya untuk orang awam. Golongan belia
sepatutnya menghabiskan masa lapang dengan melakukan aktiviti
riadah seperti bersukan dan bersenam dimana ia boleh menjadi
medan utama untuk bersosial dan bukan di kelab-kelab hiburan pada
waktu lewat malam. Bahkan, sukan merupakan ejen penyatuan
masyarakat yang sangat mudah serta penting untuk perpaduan
bangsa. Izharnya, remaja yang sihat secara fizikal dan juga mental
dapat membentuk jati diri yang mapan kerana badan yang sihat,

menjana otak yang cerdas.


Click to View FlipBook Version