The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-70401699, 2024-03-08 20:21:07

BUKU PENGURUSAN SK TAMAN SERI RAMPAI SESI 2024/2025

SKTSR 2024/2025

Keywords: PENGURUSAN

BUKU [email protected] http://mylink.la/sktamanserirampai 03-40242990 03-40242290 rampai channel PENGURUSAN 2024/2025 GuruAspirasiTerasTransformasi


MOHD SADLI BIN HARUN M: P: A: PROFESSIONAL EXPERIENCE TOP SKILLS GURU BESAR “KNOWLEDGE WITHOUT POWER “ CONTACT ACHIEVEMENTS


SECANGKIR KATA “Ayuh kita bersama-sama menjayakan Program Transformasi Sekolah (TS25) ini dengan penuh rasa tanggungjawab dan keikhlasan yang tinggi”


PRAKATA Bismillahirrahmanirrahim... Assalammualaikum, Salam Sejahtera, Salam Tranformasi Sekolah Kohort 6. Alhamdulillah sekali lagi SK Taman Seri Rampai ( SKTSR ) beriaya menerbitkan Buku Pengurusan Sekolah untuk sesi persekolahan 2024/2025. Marilah sama-sama kita memanjatkan rasa Syukur kepada yang Maha Esa kerana dengan izinNya, kita masih lagi diberi kekuatan untuk melaksanakan amanah mendidik anak-anak di SKTSR ini supaya menjadi warga yang dapat memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara suatu hari nanti. Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada jawatankuasa Buku Pengurusan Sekolah sesi persekolahan 2024/2025 kerana telah berjaya menyempurnakan buku ini. Jadikan Buku Pengurusan ini sebagai rujukan dan panduan kepada guru-guru dan kakitangan dalam melaksana dan menyempurnakan tugasan dengan lebih efisien dan berfokus. Marilah kita berusaha seikhlas hati untuk melahirkan murid yang baik lagi cerdik. Sama-samalah kita tingkatkan, usaha untuk membentuk kemenjadian murid yang seimbang dari, segi jasmani, emosi, rohani dan intelek anak-anak di SKTSR ini. Oleh itu, kita perlu ubah kebiasaan kepada yang lebih baik dalam usaha kita melaksanakan tugasan yang diamanahkan. Jadikan setiap tugasan itu sebagai satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebaik mungkin. Kita perlu ada keazaman untuk mencipta Sejarah kegemilangan sepaniang kita berada di SKTSR ini. Saya percaya dan penuh yakin SKTSR akan "TERUS MAJU" jika warganya mampu melaksanakan kerja, secara kolaborasi strategik dengan memanfaatkan pelbagai kelebihan yang ada. Ayuh kita "MELANGKAH KE HADAPAN" dengan merealisasikan Dasar Pendidikan Digital di SKTSR ini khasnya secara lebih terancang dan berfokus. Bersama-samalah kita lakukan tranformasi Pendidikan sesuai dengan cabaran Pendidikan abad ke-21 ini. Sekian, terima kasih. TRANSFORMASI PENDIDIKAN BERMULA DARI BILIK DARJAH GURU ASPIRASI TERAS TRANSFORMASI MOHD SADLI BIN HARUN, Guru Besar, SK Taman Seri Rampai, Kuala Lumpur.


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN FALSAFAH PENDIDIKAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara. MATLAMAT PENDIDIKAN “Matlamat Pendidikan Kebangsaan ialah melahirkan pelajar yang dapat menyesuaikan diri kepada keadaan dan persekitaran. Dapat berfungsi secara berkesan dan produktif terhadap kemajuan diri, perpaduan rakyat dan terhadap proses pemodenan dan perindustrian negara. Matlamat ini dicirikan dengan kategori perkembangan diri yang ditujukan kepada kerohanian, pemikiran dan penaakulan, kesejahteraan diri, kemahiran hidup, rekreasi, daya rasa, daya kreatif, daya cipta dan sikap positif. Orientasi masyarakat ditujukan kepada : Kemahiran berinteraksi, politik, perpaduan negara, sosiobudaya dan alam” VISI KPM PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA MISI KPM Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara


PPPM 2013-2025 100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan daripada prasekolah hingga menengah atas menjelang tahun 2020 Negara dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa seperti TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun 50% pengurangan dalam jurang pencapaian (bandar-luar bandar, sosioekonomi, gender) menjelang tahun 2020 Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan sedia ada AKSES KUALITI EKUITI PERPADUAN KECEKAPAN KEMAHIRAN MEMIMPIN KEMAHIRAN BERFIKIR PENGETAHUAN KEMAHIRAN DWIBAHASA ETIKA DAN KEROHANIAN IDENTITI NASIONAL


PENDIDIK KOMPETEN DIGITAL TER 2 AS TER 3 AS TER 4 AS TER 5 AS TER 6 AS Murid yang berpengetahuan dan berkemahiran digital, berupaya melaksanakan pembelajaran kendiri serta menggunakan teknologi digital secara bersepadu, kreatif, inovatif, bertanggungjawab dan beretika. Pendidik yang berupaya untuk melaksanakan PdP secara berkesan melalui penggunaan teknologi digital secara bersepadu, kreatif dan inovatif. Pemimpin Pendidikan yang berupaya merancang dan mengurus institusi pendidikan bagi memacu transformasi pendidikan digital. Penyediaan sumber, capaian, aplikasi dan peralatan yang tangkas serta dinamik untuk mengupayakan Pendidikan digital. Penyediaan capaian dan sumber Pendidikan digital yang berkualiti bagi memenuhi standard kurikulum secara menyeluruh untuk mempertingkatkan pengalaman pengguna. TER 1 AS Peluasan pelibatan, jalinan dan jaringan strategik antara sektor awam dengan ibu bapa, komuniti, NGO, GLC dan sektor swasta untuk menyokong pelaksanaan Pendidikan digital yang berkesan DASAR PENDIDIKAN DIGITAL


TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 PENGENALAN SK Taman Seri Rampai telah dipilih oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melaksanakan Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) bagi kohort 6 laitu bermula tahun 2021. Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti. Mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025. TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui: 1.0 PUNCA KUASA 19 JUN 2015 Mesyuarat Majlis Ekonomi pada 16 Jun 2014 telah mencadangkan pelaksanaan Program Sekolah Transformasi dan diluluskan semasa Mesyuarat Majlis Ekonomi Bil. 2/2015. 7 APRIL 2017 Mesyuarat Profesional KPM Bil. 14 : penjenamaan semula kepada Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25)


TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 2.0 OBJEKTIF 3.0 MATLAMAT PROGRAM


HALA TUJU SEKOLAH


PELAN SEKOLAH


LENCANA SEKOLAH LIMA GELUNG Mendukung 5 Teras Ko Kurikulum iaitu; Kepimpinan, Keusahawanan, Sukan, Daya usaha & inovasi & kesukarelawan & Khidmat Komuniti 5 BUCU PERISAI BESAR Melambangkan Rukun Islam 6 BUCU PERISAI KECIL Melambangkan Rukun Iman ATOM Melambangkan sains & teknologi kepada generasi alaf baharu celik IT PELITA Menggambarkan sinar kehidupan WARNA KUNING Melambangkan kemanusiaan BULAN BINTANG Melambangkan ketaatan WARNA HIJAU beragama Melambangkan alam sekitar


LAGU SEKOLAH SK Taman Seri Rampai Sekolah Kebanggaan kami Berbilang bangsa dan harmoni Tuntut ilmu setiap hari Membaca, menulis, mengira Berusaha capai cita-cita Rela berbakti kepada negara Jadi insan yang mulia Kreatif dan berwawasan Cemerlang segala bidang Bersama kita perjuangkan Untuk mencapai kejayaan Berilmu , berdisiplin, berbakti Itulah amalan kami, Kepada Tuhan kami syukuri, Berkatilah hidup kami Pencipta lagu: Allahyarham En. Hamid Bin Masdewi (Bekas GPK Kokurikulum SKTSR)


PIAGAM PELANGGAN Kami sedia memberi perkhidmatan dan layanan yang mesra, adil dan saksama semasa berurusan di Sekolah Kebangsaan Taman Seri Rampai sebagaimana berikut : Berusaha memberikan pendidikan yang berkualiti dan seimbang kepada semua murid dengan adil dan saksama Menyediakan kemudahan fizikal, peralatan, bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi serta persekitaran yang menarik Bertanggungjawab menjaga hal keselamatan, kebajikan, kesihatan, kebersihan, disiplin murid, kaunseling dan kerjaya murid Memastikan setiap murid menyertai aktiviti kokurikulum Mengadakan murid yang menguasai Tahap Penguasaan 6 (TP6), beriman dan berakhlak mulia Meningkatkan permuafakatan dan penglibatan pelajar, guru, tenaga sokongan, ibu bapa, masyarakat dalam mencapai matlamat pendidikan Mewujudkan budaya sekolah penyayang dan prihatin


VISI & MISI SEKOLAH VISI SEKOLAH MEMBUDAYAKAN SEKOLAH CEMERLANG DALAM PENGURUSAN DISAMPING MENERAPKAN NILAINILAI MURNI DALAM KALANGAN PELAJAR UNTUK MELAHIRKAN MASYARAKAT MALAYSIA YANG DEDIKASI, DINAMIK, PROGRESIF DAN BERKETRAMPILAN BAGI MEREALISASIKAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA MISI SEKOLAH MEWUJUDKAN BUDAYA SEKOLAH YANG CEMERLANG SELARAS DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN BAGI MEMENUHI KEPERLUAN NEGARA UNTUK MELAHIRKAN GENERASI YANG BERDAYA INTELEK, BERIMAN DAN BERAMAL MOTO SEKOLAH SKTSR TERUS MAJU


PROFESION PERGURUAN IKRAR GURU Bahawasanya Kami Guru Malaysia dengan ini berikrar: Mendukung terus cita-cita kami terhadap tugas kami dan menyatakan keyakinan kami pada cita-cita murni pekerjaan kami Kami sedia berbakti kepada masyarakat dan negara kami Kami sentiasa menjunjung perlembagaan negara kami dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara pada setiap masa TERAS PERKHIDMATAN Berazam meninggikan mutu pendidikan. Bekerja dengan penuh bertanggungjawab. Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri. Berkhidmat dengan penuh muhibbah dan kemesraan. Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara. Berpegang teguh kepada ajaran agama.


PROFESION PERGURUAN LAGU KAMI GURU MALAYSIA Kami Guru Malaysia Berikrar dan Berjanji Mendidik dan Memimpin Putra Putri Negara Kita Pada Seri Paduka Kami Tumpahkan Setia Rukun Negara Kita Panduan Hidup Kami Semua Di bidang Pembangunan Kami Tetap Bersama Membantu, Membina, Negara Yang Tercinta Amanah Yang Diberi, Kami Tak Persiakan, Apa Yang Kami Janji, Tunai Tetap Kami Tunaikan Pencipta Lagu: En. Hashim Ahmad


PROFESION PERGURUAN TATASUSILA PROFESION PERGURUAN Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang dan yang percaya demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukun Negara. Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka, memperolehi pengetahuan yang terkumpul sejak zaman berzaman dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan. Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab untuk membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuhnya, kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya. TANGGUNGJAWAB TERHADAP MURID Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar-pelajar kami dari halhal lain. Bersikap adil kepada pelajar-pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, keturunan atau agama. Merahsiakan ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjahnya sendiri atau dalam matapelajaran-matapelajaran yang diajar dalam bilik darjah tanpa sebarang bayaran. Menunjukkan suatu cara berpakaian, tutur kata dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada para pelajar. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.


PROFESION PERGURUAN TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT & NEGARA Mengelakkan diri dari menyebarkan suatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan prinsip Rukun Negara. Memupuk dalam diri setiap pelajar dengan sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan budaya, keturunan dan agama. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat Memberikan sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawan masyarakat. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjadi kehidupan kami sehari-hari dengan baik. TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBUBAPA Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumah tangga. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumah tangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan menggunakan maklumat daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana. Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar. Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa mereka.


PROFESION PERGURUAN Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa atau membuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. Tidak melibatkan diri dalam sebarang kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru. Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baharu dalam profesion perguruan. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan. Akan menjadi ahli sebuah pertubuhan guru. TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION PERGURUAN


PERATURAN SEKOLAH (GURU) 1.KEDATANGAN GURU 1.1 WAKTU BERTUGAS Ketepatan masa adalah penting bagi guru. Oleh itu, semua guru harus berada di sekolah 10 minit lebih awal daripada waktu persekolahan bermula. (pekeliling Bilangan 2/1981 adalah berkaitan) Waktu bertugas guru adalah mengikut sesi persekolahan semasa. Adalah menjadi tanggungjawab guru yang lewat datang ke sekolah menghubungi sekolah terlebih dahulu untuk memaklumkan kelewatan beliau dan perlulah berjumpa dengan Guru Besar atau Penolong-Penolong Kanan (sekiranya ketiadaan Guru Besar) bagi menjelaskan sebab kelewatan sebaik sahaja tiba di sekolah. Guru hendaklah mengetik kad perakam waktu yang terletak di pejabat. Guru tidak dibenarkan berbuat demikian bagi pihak guru lain. Semua guru wajib hadir dalam semua kegiatan sekolah 1.2 TIDAK HADIR BERTUGAS Guru yang tidak hadir bertugas hendaklah berusaha untuk memaklumkan kepada Guru Besar atau Penolong-Penolong Kanan sebelum sekolah bermula. Surat cuti sakit hendaklah diserahkan kepada Guru Besar atau PenolongPenolong Kanan dengan tanpa diperingatkan untuk berbuat demikian sekembalinya guru ke sekolah untuk bertugas pada keesokkan harinya atau dalam tempoh 3 hari untuk yang bercuti sakit Panjang. Guru boleh dianggap tidak hadir bertugas sekiranya tidak menyerahkan surat tersebut. Guru yang tempoh perkhidmatannya genap 10 tahun dan ke atas boleh memohon Cuti Rehat Khas sebanyak 15 hari manakala guru yang tempoh perkhidmatannya 10 tahun dan ke bawah boleh memohon cuti rehat khas sebanyak 10 hari sahaja. Namun demikian, cuti tersebut bukannya hak guru yang mana guru boleh dipanggil bertugas apabila keadaan mendesak. Cuti rehat khas yang tidak habis akan dimasukkan dalam gantian cuti rehat (GCR). 1.3 MENINGGALKAN TUGAS/KAWASAN SEKOLAH Guru mestilah memaklumkan kepada Guru Besar atau Penolong-Penolong Kanan dan mendapatkan kebenaran sekiranya terpaksa meninggalkan kelas. Guru perlu mencatatkan butiran pergerakannya ke dalam Buku Kebenaran Meninggalkan Kawasan Sekolah sekiranya berbuat demikian.


PERATURAN SEKOLAH (GURU) 2. PAKAIAN DAN RUPA DIRI GURU Guru hendaklah sentiiasa berpakaian kemas semasa bertugas. Guru lelaki adalah digalakkan memakai tali leher dan berkemeja lengan pendek/panjang dengan tanpa digulung. Rambut hendaklah sentiasa kemas dan pendek. Seluar jeans tidak dibenarkan semasa bertugas dan aktiviti kokurikulum. Guru perempuan perlulah memakai pakaian yang sopan dan tidak mengganggu tumpuan Semua guru perlu memakai tag nama pada setiap masa. 3. PERHIMPUNAN DAN BERSURAI 3.1 PERHIMPUNAN UMUM Perhimpunan Umum adalah di bawah kelolaan Penyelaras Perhimpunan dengan dibantu oleh Guru Bertugas Mingguan. Perhimpunan adalah Upacara Rasmi Sekolah yang penting. Semua guru mesti hadir pada setiap kali perhimpunan ini diadakan dengan rupa diri dan pakaian yang kemas seperti di para (2). 3.2 PERHIMPUNAN SEBELUM MASUK KELAS Sebelum masuk ke kelas, semua murid dan guru mestilah berhimpun di dewan supaya tidak ketinggalan mendengar apa-apa maklumat yang disampaikan. 3.3 WAKTU BERSURAI 3.3.1 SEMASA DI DALAM KELAS Pastikan murid bergerak dengan tertib dan beratur berdua keluar dari kelas. Pastikan keadaan kelas bersih dan teratur serta lampu dan kipas dimatikan suisnya. Guru merupakan orang yang terakhir meninggalkan kelasnya.


PERATURAN SEKOLAH (GURU) 3.3.2 SEMASA DI PADANG PERMAINAN Pastikan segala peralatan sukan/permainan telah dipulangkan ke stor dan disimpan dengan sempurna. Pastikan murid bergerak tertib dan beratur berdua meninggalkan padang permainan. Guru hendaklah mengiringi murid sehingga keluar padang. 4. GURU BERTUGAS HARIAN/MINGGUAN Guru bertugas hendahlah menjalankan tugasnya seperti yang ditetapkan oleh peraturan sekolah. Beliau perlulah hadir bertugas 30 minit lebih awal dan pulang 30 minit lebih lewat daripada waktu persekolahan. 5. BUKU REKOD PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Buku RPP hendaklah berada bersama-sama guru pada setiap masa. Semua butiran yang diperlukan hendaklah diisi dengan lengkap. Guru haruslah bersedia untuk menyerahkan buku tersebut kepada Guru Besar atau wakil atau pegawai-pegawai daripada JPN/ Kementerian Pendidikan apabila diminta untuk berbuat demikian pada bila-bila masa. 6. MENGGANTIKAN GURU YANG TIDAK HADIR BERTUGAS Guru Besar boleh mengarahkan mana-mana guru menggantikan manamana kelas yang gurunya tidak hadir bertugas. (Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1981 adalah berkaitan) Guru yang menggantikan hendaklah meneruskan PdPc seperti biasa dan menyemak segala kerja murid yang diberi. 7. REKOD KEHADIRAN MURID Rekod tersebut hendaklah lengkap diisi seperti arahan yang terkandung di dalamnya. Sila rujuk kepada GPK HEM sekiranya menghadapi masalah.


PERATURAN SEKOLAH (GURU) Kehadiran murid hendaklah direkodkan pada setiap hari tidak melewati waktu pertama persekolahan. 8. MURID TIDAK HADIR Jika terdapat murid yang tidak hadir selama 3 hari berturut-turut tanpa sebab, guru kelas hendaklah memaklumkan kepada GPK HEM dan seterunya menelefon atau menghantar Surat Makluman Tidak Hadir ke sekolah kepada ibu bapa/penjaga murid berkenaan. Guru Kelas hendaklah menghubungi ibu bapa/penjaga sekiranya didapati muridnya kerap tidak hadir ke sekolah. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan gejala ponteng sekolah tanpa pengetahuan ibu bapa/penjaga. Murid yang tidak hadir perlu mengemukakan surat daripada ibu bapa/penjaga mereka menyatakan sebab tidak hadir atau Surat Cuti Sakit daripada doktor. 9. WAKTU MENGAJAR GURU Guru perlu menepati masa masuk ke dalam kelas tanpa perlu diingatkan oleh murid. Guru dilarang duduk di kerusi guru, atau meja guru/murid semasa PdPc berjalan. Semasa murid membuat latihan, guru tidak dibenarkan duduk di meja guru tetapi sebaliknya perlulah mengawasi murid menjalankan aktiviti mereka. Guru tidak seharusnya meninggalkan kelas tanpa pengawasan atau berbualbual dengan orang lain. Pelawat yang ingin berjumpa guru perlu mendapat kebenaran daripada Guru Besar terlebih dahulu. Penggunaan BBM memberi kesan yang baik dalam proses P&P. 10. HUKUMAN TERHADAP MURID Hanya Guru Besar sahaja yang boleh mengenakan hukuman ke atas murid. Guru boleh merujuk kesalahan yang dianggap serius kepada Guru Besar/GPK HEM.


PERATURAN SEKOLAH (GURU) 11. PERTUKARAN KELAS Guru sesuatu pelajaran yang menggunakan kelas/bilik khas perlulah menjemput murid dari kelas mereka. Murid tidak dibenarkan memasuki kelas/bilik khas tanpa pengawasan guru. 12. LATIHAN BERTULIS UNTUK MURID Berikan Latihan bertulis yang mencukupi. Semua kerja murid perlu disemak dengan teliti. Guru perlu menunjukkan kesilapan yang dilakukan murid dan meminta mereka membuat pembetulan. Galakkan murid menggunakan Buku Komunikasi untuk mencatat senarai kerja rumah yang diberikan oleh guru. Guru perlu membantu murid yang lemah sementara murid lain membuat latihan mereka. Ibu bapa/penjaga juga digalakkan menyemak buku latihan murid dan menandatanganinya. GB/GPK juga akan turut menyemak dari semasa ke semasa. 13. PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN Guru dan murid haruslah berpakaian sesuai. Keselamatan murid haruslah diutamakan dan menjadi tanggungjawab guru. Murid yang sakit/tidak sihat hendaklah dikecualikan daripada aktiviti. Guru adalah bertanggungjawab mengambil dan memulangkan peralatan PJ. Guru mestilah menjemput muridnya dari kelas untuk dibawa ke padang.


PERATURAN SEKOLAH (GURU) 14. BBM DAN CARTA Guru digalakkan membuat BBM dan carta suaya bersesuaian dengan tahap pencapaian muridnya. Sebagai persediaan murid, guru digalakkan mempamerkan BBM/ carta seminggu lebih awal untuk sesuatu pelajaran baru. 15. BUTIRAN DIRI MURID Segala butiran diri murid adalah SULIT (APDM) 16. TANGGUNGJAWAB GURU WAKTU KO-KURIKULUM Semua guru terlibat dalam kegiatan kokurikulum yang dijalankan pada masa yang ditetapkan. Guru adalah bertanggungjawab terhadap murid yang di bawah penyeliaannya dan berada bersama-sama murid pada setiap masa. Hari Kokurikulum adalah hari bekerja dan mana-mana guru tidak dapat hadir perlulah memberikan sebab. Kebenaran penyertaan murid dalam sebarang bidang perlulah diperoleh daripada ibu bapa/penjaga. Laporan kehadiran murid, guru, aktiviti ataupun berlakunya perkara lain perlu dicatat dalam buku laporan aktiviti. Sebarang bentuk kutipan wang mestilah dengan kebenaran Guru Besar terlebih dahulu. 17. PENTAKSIRAN Pentaksiran adalah aktiviti rasmi sekolah. Dengan ini ia perlu dikendalikan dengan baik dan lancar. (Rujuk Perancangan Pentaksiran dan Penilaian Sekolah) 18. LAWATAN SAMBIL BELAJAR Untuk tujuan ini, kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga murid perlulah diperoleh berserta dengan kebenaran daripada Jabatan Pendidikan sekiranya berkaitan.


19. KEBERSIHAN SEKOLAH Kebersihan sekolah dan kawasannya adalah tanggungjawab semua. Bilik darjah mestilah selalu berada dalam keadaan kemas dan ceria kerana ia dapat membantu suasana PdPc. Murid hendaklah dilatih sentiasa mengamalkan sikap bersih mental dan fizikal. Murid boleh dilatih menjaga kebersihan kelas secara bergilir-gilir. 20. LARANGAN MEROKOK Sekolah adalah Kawasan Larangan Merokok 21. LATIHAN KECEMASAN/KEBAKARAN Peraturan dalam menghadapi keadaan kecemasan/kebakaran seperti yang terdapat dalam Peraturan Kecemasan/Kebakaran hendaklah sentiasa dipatuhi. Latihan menghadapi keadaan ini akan dijalankan dari semasa ke semasa tanpa makluman awal kepada guru atau murid. 22. SIARAN/PEKELILING EDARAN SEKOLAH/JABATAN/KEMENTERIAN Segala siaran di atas akan dipamerkan pada papan maklumat di dalam Bilik Guru. Semua guru harus peka terhadap maklumat yang dipamerkan. 23. PERINTAH KERAJAAN Guru adalah kakitangan kerajaan dan adalah tertakluk kepada Perintah Am Kerajaan. Tindakan disiplin juga boleh dikenakan kepada guru yang didapati melanggar Perintah Am Kerajaan. PERATURAN SEKOLAH (GURU)


CUTI 3.3.2 SEMASA DI PADANG PERMAINAN Pastikan segala peralatan sukan/permainan telah dipulangkan ke stor dan disimpan dengan sempurna. Pastikan murid bergerak tertib dan beratur berdua meninggalkan padang permainan. Guru hendaklah mengiringi murid sehingga keluar padang. 4. GURU BERTUGAS HARIAN/MINGGUAN Guru bertugas hendahlah menjalankan tugasnya seperti yang ditetapkan oleh peraturan sekolah. Beliau perlulah hadir bertugas 30 minit lebih awal dan pulang 30 minit lebih lewat daripada waktu persekolahan. 5. BUKU REKOD PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Buku RPP hendaklah berada bersama-sama guru pada setiap masa. Semua butiran yang diperlukan hendaklah diisi dengan lengkap. Guru haruslah bersedia untuk menyerahkan buku tersebut kepada Guru Besar atau wakil atau pegawai-pegawai daripada JPN/ Kementerian Pendidikan apabila diminta untuk berbuat demikian pada bila-bila masa. 6. MENGGANTIKAN GURU YANG TIDAK HADIR BERTUGAS Guru Besar boleh mengarahkan mana-mana guru menggantikan mana-mana kelas yang gurunya tidak hadir bertugas. (Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1981 adalah berkaitan) Guru yang menggantikan hendaklah meneruskan PdPc seperti biasa dan menyemak segala kerja murid yang diberi. 7. REKOD KEHADIRAN MURID Rekod tersebut hendaklah lengkap diisi seperti arahan yang terkandung di dalamnya. Sila rujuk kepada GPK HEM sekiranya menghadapi masalah.


CUTI 1. CUTI PENGGAL Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan KP(PP)0046.SJ/A(30) bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Guru Besar tidak melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas selain daripada tugas mengajar. 2. CUTI SAKIT Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi dua hari berturutturut hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan. Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 15 hari dalam setahun. Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putusputus akan dilaporkan ke Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan untuk menentukan pembayaran gaji. 3. CUTI TANPA GAJI Mengikut Perintah Am Bab C- Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon atas sebabsebab persendirian yang mustahak. Kelayakan Cuti Tanpa Gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 180 hari. Cuti Tanpa Gaji untuk tujuan keluar negeri hanya boleh diambil sekali dalam masa 4 tahun. Kelulusan Cuti Tanpa Gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun adalah diluluskan oleh Pengarah Pendidikan Negeri. Cuti yang melebihi 15 hari diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Borang permohonan hendaklah dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri 10 minggu sebelum Tarikh mula bercuti. 4. CUTI KELUAR NEGERI Semua guru yang hendak keluar bercuti ke luar negeri mesti mendapat kelulusan daripada Jabatan. Sila isikan borang permohonan ke Jabatan Negeri 10 minggu sebelum tarikh mula bercuti.


CUTI 5. CUTI REHAT KHAS Cuti Rehat Khas adalah cuti bergaji penuh untuk guru sahaja. Cuti ini boleh diluluskan oleh Guru Besar hanya atas sebab-sebab kecemasan dan upacara agama bagi tempoh tujuh hari dalam setahun. Garis panduan pemberian Cuti Rehat Khas adalah seperti berikut; Menziarahi *ahli keluarga atau saudara mara rapat yang sakit tenat atau kematian *ahli keluarga yang rapat kepada guru itu. “Ahli Keluarga” ertinya suami atau isteri dan anak-anak itu. “Ahli keluarga yang rapat” ertinya ibu bapa, adik-beradik, mentua, datuk dan nenek suami isteri. Cuti Tanpa Rekod juga boleh dibenarkan kepada penjawat awam untuk urusan kematian ibu bapa mentua, anak angkat yang sah mulai 1 Julai 2015. Menyertai upacara atau perayaan agama yang dianuti oleh seseorang guru itu. Dalam keadaan kecemasan atau kemalangan yang menimpa seperti kebakaran, banjir dan sebagainya. Menunaikan fardhu haji, sekiranya tempoh selama 40 hari seperti mana yang telah ditetapkan mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil.4 tahun 1984 tidak mencukupi. Kursus suaikenal bagi kursus luar kampus. Majlis konvokesyen bagi guru-guru atau anak-anak mereka. Menghadiri temuduga kenaikan pangkat atau perlantikan dalam Perkhidmatan Pendidikan yang diuruskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, Kementerian Pendidikan, Jabatan Perkhidmatan Awam atau Jabatan Pendidikan Negeri. Perkahwinan guru-guru atau anak-anak mereka. Menghantar “ahli keluarga” atau “ahli keluarga rapat” menunaikan fardhu haji. Mendaftar anak ke Institusi Pengajian Tinggi/Sekolah Berasrama Penuh.


CUTI 6. CUTI UNTUK MENGHADIRI PEPERIKSAAN Kebenaran diberikan dengan syarat guru berkenaan telah mendapat kebenaran secara bertulis daripada Kementerian Pendidikan atau Jabatan Pendidikan Negeri untuk mengikuti pengajian tersebut. 7. LAIN-LAIN TEMUJANJI Temujanji dengan doktor hendaklah seboleh-bolehnya dibuat di luar waktu bertugas atau pada masa cuti sekolah. Jika tidak dapat dielakkan dan temujanji dengan doktor terpaksa dibuat pada waktu bertugas, guru berkenaan hendaklah kembali bertugas sebaik sahaja selesai temujanji jika waktu persekolahan belum berakhir. Guru berkenaan juga dikehendaki menyerahkan “time slip” pada hari yang sama. Guru perlu menyelaras jadual waktu PdPc dan menyediakan bahan untuk kelas. Sebarang temujanji lain hendaklah dibuat di luar waktu bertugas.


LANGKAH PERKARA TINDAKAN 1 Bersedia untuk PDPC sebelum masuk ke kelas Guru MP 2 Menepati waktu masuk kelas Guru MP 3 Mengucapkan salam kepada murid-murid Guru MP 4 Memastikan semua murid membalas ucapan guru Guru MP 5 Mengisi borang/Buku Kawalan Kelas Guru MP 6 Menguruskan kebersihan bilik darjah Guru MP 7 Memastikan murid menyusun meja dan kerusi di dalam bilik darjah Guru MP 8 Memastikan murid-murid berdisiplin dan bersedia menerima pelajaran Guru MP 9 Memberi nasihat, motivasi atau mengambil tindakan kawalan kelas terhadap murid yang tidak mematuhi peraturan kelas Guru MP 10 Memulakan PdPc apabila murid telah bersedia Guru MP 11 Mengajar dan mendidik dengan bersungguh-sungguh Guru MP 12 Mempelbagaikan kaedah PdPc untuk menarik minat murid Guru MP 13 Memastikan objektif pembelajaran tercapai Guru MP 14 Memahami tanggungjawab “Duty Of Care” dalam kelas Guru MP 15 Tidak boleh buat kerja sendiri Ketika PdPc Guru MP 16 Tidak boleh menggunakan telefon bimbit di dalam kelas Guru MP 17 Tidak boleh meninggalkan kelas Ketika PdPc berlangsung Guru MP 18 Tidak boleh duduk ketika mengajar kecuali guru tidak sihat Guru MP 19 Memberi latihan kelas (PdPc berpusatkan murid) Guru MP 20 Meronda dan membimbing ketika murid membuat latihan di dalam kelas Guru MP 21 Memberi kerja rumah atau latihan pengukuhan selepas setiap waktu PdPc Guru MP 22 Merumuskan PdPc Guru MP 23 Membudayakan budaya Terima Kasih Guru MP 24 Menyemak tugasan murid, memberi komen dan galakan serta menyimpan rekod penghantaran latihan murid. Guru MP 25 Mengambil Tindakan terhadap murid yang tidak membuat tugasan pemulihan/pengukuhan/pengayaan Guru MP 26 Menyelia PdPc GB/PK/GK/KP 27 Memantau penyemakan buku GB/PK/GK/KP 28 Menilai keberkesanan PdPc GB/PK/GK/KP SOP PDPC SOP PDPC DI DALAM BILIK DARJAH


SOP PDPC SENARAI SEMAK PIAWAI BUKU LATIHAN MURID KUALITI BUKU 1. Buku berbalut dengan plastik/kertas/tidak berbalut tetapi kemas 2. Nama murid, kelas, nama guru dan mata pelajaran ditulis dengan jelas di kulit luar hadapan buku 3. Nombor murid (ikut daftar dalam rekod kedatangan) tercatat di penjuru kanan atas buku murid mengikut warna ‘sticker’ yang telah ditetapkan oleh panitia 4. Buku yang habis tidak perlu dilekatkan di buku kedua tetapi perlu dicatatkan nombor buku yang ke berapa (Contoh : Jilid 2) 5. Buku yang hilang perlu diganti dan disalin semua latihan semula. KUALITI KERJA/LATIHAN 1. Tulisan murid dipastikan jelas, kemas, bersih dan boleh dibaca 2. Setiap kesalahan latihan MESTI dibuat pembetulan 3. Latihan dan pembetulannya MESTI disemak dengan teliti dan betul. Pembetulan yang salah MESTI DIULANG pembetulannya. 4. Pada setiap latihan MESTI dicatatkan hari, tarikh serta digaris di bawahnya 5. Murid MESTI menggunakan pembaris untuk membuat sebarang garisan. Setiap latihan yang telah habis, hendaklah digaris di bawahnya (pemisah antara kerja) dan sebagainya 6. Cara menulis tajuk besar dan tajuk kecil mesti diberi pendedahan 7. Garisan tepi, peta dan gambarajah MESTI ada garisan.


TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN 1 Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas 2 Murid menunjukkan kefahaman dengan menjelaskan sesuatu perkara yang dipelajari dalam bentuk komunikasI 3 Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran atau tugasan pada suatu situasI 4 Murid menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu kemahiran atau tugasan iaitu mengikut prosedur atau secara analitik dan sistematik 5 Murid menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu kemahiran atau tugasan pada situasi baharu dengan mengikut prosedur atau secara analitik dan sistematik serta tekal dan bersikap positif 6 Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara analitik, sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif dalam penghasilan idea baharu serta boleh dicontohi Menentukan Standard Kandungan (SK) yang hendak disampaikan dan Standard Pembelajaran (SP) yang perlu dicapai oleh murid PENGURUSAN PENTAKSIRAN SEKOLAH JADUAL PENYATAAN TAHAP PENGUASAAAN LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SECARA FORMATIF Menyediakan instrumen pertaksiran yang sesuai untuk memastikan murid menguasal SK dan SP yang telah ditentukan Melaksanakan PdP mengikut 5K dan SP yang telah ditentukan sebelum membuat pentaksiran Merujuk Standard Prestasi (SPI) bagi kelompok SK dan SP yang berkaitan untuk menentukan Tahap Penguasaan (TP) murid Merekod TP murid Membuat analisis TP murid Merancang dan melaksanakan tindakan susulan Melapor tahap penguasaan murid


Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum (PAJSK) Pentaksiran Psikometrik (PPsi) Keputusan UPSR/PASR PELAPORAN PENTAKSIRAN SEKOLAH PENGURUSAN PENTAKSIRAN SEKOLAH PELAPORAN PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH (PPSR) SIRI 2


PROSEDUR KETIDAKHADIRAN MURID PANDUAN MENGISI KEHADIRAN MURID SECARA DALAM TALIAN


PROSEDUR KETIDAKHADIRAN MURID SURAT PEKELILING PROSEDUR KETIDAKHADIRAN MURID SURAT PEKELILING PROSEDUR KETIDAKHADIRAN MURID Merujuk perkara di atas tuan/puan diminta mengenalpasti sebab-sebab mengapa murid tidak hadir atau enggan hadir ke sekolah. Kadang-kadang murid tidak hadir tanpa pengetahuan ibu-bapa/penjaga. Justeru itu, pihak sekolah bertanggungjawab untuk menghubungi mereka secara bertulis dan/atau melalui telefon (dengan catatan panggilan itu di dalam Buku Kedatangan kelas tuan /puan). 1.Tuan/puan diminta mengambil langkah-langkah berikut sekiranya murid tidak hadir: Memastikan semua murid yang tidak hadir memberikan surat doktor atau surat pemberitahuan ibu bapa/penjaga dengan tandatangan yang sah untuk tempoh masa murid itu tidak hadir. Murid yang tidak hadir selama 2 hari tanpa surat doktor dikehendaki datang berjumpa dengan Guru Besar (kecuali ada bukti-bukti yang nyata, ketidakhadiran murid itu ada sebab munasabah yang kuat); Surat Amaran Pertama hendaklah dihantar pada hari ketiga bagi murid yang tidak hadir ke sekolah selama 3 hari, atau pada hari kelima murid tidak hadir ke sekolah selama 10 hari bukan secara berturut-turut tanpa surat Surat Amaran Kedua hendaklah dihantar secara BERDAFTAR (sila catat Berdaar pada sampul surat) jika murid belum datang atau belum menghubungi sekolah 7 hari selepas Surat Amaran Pertama. Surat Amaran Kedua hendaklah dihantar juga sekiranya murid telah 20 hari tidak hadir bukan secara berturut-turut; Surat Amaran Terakhir hendaklah dihantar melalui BERDAFTAR AKUAN PENERIMA sekiranya tiada apa-apa komunikasi selama 7 hari selepas surat amaran kedua. Sila gunakan surat amaran kedua tetapi tukarkan Kedua kepada Terakhir dan garis dengan dakwat merah “Nama anak tuan/puan akan dibuang sekolah”; dan Selepas tempoh 2 minggu dari penghantaran Surat Amaran Terakhir, murid boleh dibuang sekolah. Surat pemberitahuan kepada ibu bapa / penjaga bahawa murid telah dibuang sekolah hendaklah ditandatangani oleh Guru Besar. Murid tidak boleh diterima balik selepas itu tanpa merujuk kepada Guru Besar.


Surat Tarikh Tidak Hadir (P) Berturut-turut Hari Tidak Hadir (P) Bukan Berturut-turut Amaran Pertama Pada hari ke-3 Pada hari ke-10 Amaran Kedua 7 hari selepas amaran pertama 10 hari selepas amaran pertama Amaran Terakhir 7 hari selepas amaran kedua 20 hari selepas amaran kedua Buang Sekolah 4 selepas Amaran Terakhir 20 hari selepas amaran terakhir Jumlah Hari Tidak Hadir 31 hari 60 hari bukan berturut-turut PROSEDUR KETIDAKHADIRAN MURID 2. Surat-surat berkenaan boleh didapati di pejabat sekolah. Tuan/puan diminta mengisikan surat ini di pejabat secara dalam talian dan memastikan penghantarannya. 3. Semua tindakan yang telah diambil hendaklah dicatat di ruang berkenaan pada tarikh surat arahan dihantar dengan catatan AK : Arahan Kedua. AT : Arahan terakhir dan BS : Buang Sekolah untuk rujukan seterusnya. 4. Semua surat doktor, surat daripada ibubapa/ penjaga dan surat keluar kawasan sekolah hendaklah disimpan dengan baik di dalam fail yang dibekalkan kepada guru kelas pada awal sesi akademik. Sila pastikan nama, kelas dan tarikh tidak hadir tercatat dalam surat-surat. Sila susun surat, ikut tarikh dan bulan bersama-sama untuk kemudahan rujukan apabila perlu. 5. Untuk makluman tuan/puan, murid yang balik dengan kebenaran/kenyataan sebelum masa ketiga dianggap tidak hadir. Yang keluar sekolah untuk mewakili sekolah dalam pertandingan rasmi dianggap hadir pada hari itu. 6. Penghantaran surat-surat adalah seperti berikut: Kerjasama tuan/puan dalam perkara-perkara tersebut amat dihargai. Terima kasih.


PROSEDUR KETIDAKHADIRAN MURID SURAT PEKELILING IKHTISAS JPWP BIL : 4/89 Tindakan Murid-murid Ponteng Sekolah Kegiatan ponteng sekolah merupakan salahlaku disiplin yang tinggi peratusnya berbanding jenis salahlaku lain. Salahlaku ponteng sekolah perlulah diberikan perhatian yang berat oleh sekolah kerana ianya lebih mudah membawa murid berkenaan terperangkap dengan sesuatu yang lebih buruk dan yang sangat ditakuti ialah salahlaku penagihan dadah. Kebanyakkan ibu bapa/penjaga kurang peka tentang kegiatan ponteng sekolah. Walaubagaimanapun ada juga dalam kalangan ibu bapa/penjaga yang menyetujui perbuatan ponteng sekolah dengan kerelaan mereka atas sebab-sebab tertentu. Oleh itu, satu tatacara tindak ikut yang selaras dan tidak bertentangan dengan Peraturanperaturan Pelajaran (Akta Sekolah) 1957 dan Buku Panduan Tatacara Disiplin Sekolah untuk guru besar dan guru. Panduan tatacara tindak ikut kes ponteng sekolah yang boleh diambil oleh guru besar seperti berikut : A. Ponteng Berterusan Apabila seorang murid didapati tidak hadir ke sekolah selama 2 hari berturut-turut tanpa sebab, maka Tindakan berikut mestilah diambil : a. Surat Peringatan dan Amaran Pertama hendaklah dihantar kepada penjaga berkenaan untuk meminta penjelasan dan keterangan sebab-sebab anak mereka tidak hadir ke sekolah. b. Surat Peringatan dan Amaran Kedua dikeluarkan sekiranya ibu bapa/penjaga tidak memberikan sebarang reaksi dalam tempoh 7 hari setelah surat amaran pertama dihantar. c. Surat Peringatan dan Amaran Ketiga dikeluarkan sekiranya ibu bapa/penjaga tidak memberi sebarang reaksi dalam tempoh 7 hari setelah surat amaran kedua dihantar. d. Tindakan Disiplin ‘Buang Sekolah’ Setelah semua langkah (a) dan (b) diambil dan ibubapa/ penjaga masih tidak memberikan sebarang reaksi dalam tempoh 7 hari dari surat amaran ketiga dikeluarkan maka pengetua/guru besar bolehlah mengambil Tindakan disiplin ‘Buang Sekolah’ ke atas murid berkenaan. Satu surat khas yang menerangkan tindakan disiplin ini hendaklah dihantar kepada ibu bapa/penjaga.


PROSEDUR KETIDAKHADIRAN MURID B. Ponteng Berkala Surat Peringatan dan Amaran Pertama dikeluarkan dan dihantar kepada ibu bapa/ penjaga apabila didapati anak mereka tidak hadir ke sekolah selama 2 hari berturut-turut tanpa sebab. Surat Peringatan dan Amaran Kedua dikeluarkan dan dihantar kepada ibu bapa/ penjaga berkenaan apabila didapati anak mereka ponteng sekolah sebanyak 15 hari selepas langkah (a) diambil tindakan. Surat Peringatan dan Amaran Ketiga dikeluarkan dan dihantar kepada ibu bapa/penjaga berkenaan apabila didapati anak mereka ponteng sekolah sebanyak 15 hari selepas langkah (a) dan (b) diambil tindakan. Tindakan Disiplin ‘Gantung Sekolah’ : Langkah ini diambil apabila seorang murid itu ponteng sekolah sebanyak 15 hari selepas langkah (a) dan (b) diambil tindakan ini hendaklah dihantar kepada ibu bapa/ penjaga berkenaan. Tidak dibenarkan mengambil peperiksaan UPSR atas nama sekolah. Tindakan ini diambil apabila didapati jumlah hari ponteng sekolah seorang murid itu sebanyak 62 hari selepas semua langkah (a), (b), (c) dan (d) telah dilakukan. Tindakan Disiplin ‘Buang Sekolah’ : Langkah ini hanya boleh diambil ke atas seorang murid itu setelah pihak sekolah mengambil semua langkah-langkah (a), (b), (c), (d) dan (e) diambil menjadikan bilangan hari ponteng sebanyak 77 hari. Untuk makluman dan ingatan pihak sekolah perlulah memastikan bahawa murid-murid ponteng telah diberikan ruang masa yang cukup dan pertolongan. Pihak sekolah hendaklah berusaha membantu murid-murid menganalisa punca-punca yang menyebabkan mereka ponteng sekolah. Setelah semua usaha dan pertolongan dilaksanakan, maka tindakan disiplin untuk buang sekolah bolehlah dipertimbangkan. Surat Peringatan dan Amaran Kedua dikeluarkan sekiranya ibu bapa/penjaga tidak memberikan sebarang reaksi dalam tempoh 7 hari setelah surat amaran pertama dihantar. Surat Peringatan dan Amaran Ketiga dikeluarkan sekiranya ibu bapa/penjaga tidak memberikan sebarang reaksi dalam tempoh 7 hari setelah surat amaran kedua dihantar.


PROSEDUR KETIDAKHADIRAN MURID C. Tindakan Disiplin “Buang Sekolah” Setelah semua langkag (a) dan (b) diambil dan ibubapa/penjaga masih tidak memberikan sebarang reaksi dalam tempoh 7 hari dari surat amaran ketiga dikeluarkan, maka Pengetua/Guru Besar bolehlah mengambil Tindakan disiplin “Buang Sekolah’ ke atas muridmurid berkenaan. Satu surat khas yang menerangkan tindakan disiplin ini hendaklah dihantar kepada ibubapa/penjaga.


PROSES PERTUKARAN MURID 1 . BERHENTI/BERTUKAR SEKOLAH Guru-guru hendaklah mencatat tarikh murid berhenti, sebab berhenti dan jika bertukar, nama sekolah baharu murid tersebut (di muka surat belakang) Kemudian nama murid tersebut dipotong daripada jadual kedatangan pada bulan berikutnya dan nama murid ini digugurkan daripada senarai itu. Kedatangannya juga hendaklah ditolak. Susunan nama murid hendaklah disusun mengikut abjad. Guru-guru kelas hendaklah memastikan murid tersebut telah memulangkan buku bantuan dan membayar yuran sekolah. Setelah perkara di atas diselesaikan guru kelas hendaklah menulis sijil berhenti, borang SPBT (jika ada). Kad laporan dan diisi dalam sampul surat yang digamkan untuk dibawa oleh murid berkenaan ke sekolah yang baharu. 2 . MURID BARU SEKOLAH Guru kelas hendaklah mendaftarkan murid berkenaan dengan mengisi maklumat murid ke dalam APDM. Pengisian nama dalam Buku Pendafaran Murid di pejabat oleh guru APDM. Tentukan badan beruniform, Kelab Persatuan dan Rumah Sukan Pastikan murid berkenaan mempunyai :. Buku adab Borang SPBT (jika ada) Kad Gigi


PROSES PERTUKARAN MURID


TRANSFORMASI SEKOLAH


TRANSFORMASI SEKOLAH Penukaran signboard sekolah Baik pulih bumbung sekolah Menceriakan dewan terbuka Menceriakan Bilik Pemulihan Menceriakan dinding sekolah Menceriakan Dewan Al-Asma


TRANSFORMASI SEKOLAH Baik pulih lantai Surau Ummu Habibah Baik pulih Kamar Selesa Menceriakan Bilik Mesyuarat Jawahar Ali Menceriakan Bilik Seni visual Menceriakan Bilik TS25 Menceriakan Raudhatul Sakinah


TRANSFORMASI SEKOLAH Menceriakan rumah tong sampah Menceriakan kantin Menceriakan Bilik SPBT Membaik pulih Astaka Blok B Membaik pulih bumbung laluan murid Menceriakan Bilik Isolasi


TRANSFORMASI SEKOLAH TRANSFORMASI PUSAT SUMBER SEKOLAH


TRANSFORMASI SEKOLAH TRANSFORMASI RAMPAI LOUNGE


TRANSFORMASI SEKOLAH TRANSFORMASI MAKMAL KOMPUTER


Click to View FlipBook Version