Nama saya ialah Nurkhalisa Ilmi binti Mohd
Hisam.
Keluarga dan kawan - kawan lebih suka
memanggil saya Ilmi . Saya sangat sukakan kucing.
Mari kawan-kawan saya ceritakan tentang kucing-
kucing saya.
Saya mempunyai 6 ekor kucing
yang bernama Tompok, Putih,
Oren, Coco, Comel dan Carrot.
Meriah kan……
Kisah 1
Tompok dan Putih
Saya mempunyai 2 ekor kucing comel.
Mereka ditinggalkan ibu. Kasihan. Ayah saya
terjumpa keduanya di bawah kereta
kesejukan dalam hujan yang lebat. Sejak
dari hari itu keduanya tinggal dengan kami.
Kami namakan kucing yang pertama Tompok
kerana bulunya ada pelbagai warna. Ada
hitam, oren dan kelabu. Tompok sangat
comel dengan ekornya yang panjang.
Manakala seekor lagi dinamakan Putih kerana
bulunya berwarna putih. Ekornya bergulung
seperti siput. Badannya kurus. Kasihan melihat
Putih mungkin rindu dengan ibunya.
Tompok dan Putih disayangi semua ahli keluarga
saya. Setiap hari Tompok dan Putih makan
biskut dan air susu. Setiap pagi sebelum pergi
sekolah saya akan beri mereka makan.
Tompok dan putih jaga rumah baik-baik!!
Kakak Ilmi nak pergi sekolah.
Kisah 2
Tompok dan anak-
anaknya
Tompok mempunyai tiga ekor anak. Saya
namakan dengan nama Coco, Comel dan Carrot .
Mereka lahir pada tanggal 7 Oktober 2020 sama
dengan tarikh hari lahir saya. Ia bagaikan hadiah
harijadi terbaik yang pernah saya dapat.
Terimakasih Tompok!!!.
Coco anak yang pertama Tompok. Dia
mempunyai corak berbelang –belang iaitu
hitam, kelabu dan putih. Coco mempunyai mata
berwarna biru cair seperti putih .
Saya menamakan Coco kerana ia
mempunyai warna yang sama seperti ibunya.
Coco adalah kesayangan saya. Sayang Coco!!!
Comel ialah anak kedua. Ia berwarna oren dan
putih. Rupanya dan bulunya seperti Oren. Salah
satu kakinya cacat . Dia juga mempunyai mata
berwarna biru cair seperti Putih.
Ayah saya yang menamakannya Comel. Anak
kucing kesayangan ayah. Sukalah tu..
Carrot ialah anak ketiga Tompok. Dia berwarna oren
gelap dan putih . Warna dan rupanya saling tak
tumpah seperti Oren. Saya menamakannya Carrot
kerana warna bulunya seperti warna lobak merah.
Saya berikan Carrot kepada Abang Irsyad.
Jaga Carrot baik-baik.
Kisah 3
Putih yang Kesunyian
Putih ialah adik kepada Tompok. Putih sering
bersendirian dan suka duduk di dalam bakul
sehingga tertidur . Apabila tiba waktu makan
mulalah ayah tercari –cari di mana Putih.
Putih ooo Putih….
Kadang – kala ia menemani ayah membuat kerja di
luar rumah sampai tertidur di atas tembok . Boleh
juga tetidur seharian di atas sofa. Ia akan mengalah
ketika makan. Sampai habis makanan di makan
Tompok. Begitulah hidup Putih yang sunyi dan
menyendiri.
Kisah 4
Oren
Sang Pengembara
Kisah seterusnya bagaimana saya dan
Oren berjumpa . Sewaktu saya balik
dari pasar malam saya terjumpa seekor
anak kucing berwarna oren yang
bergesel –gesel sambil mengiau di kaki
ibu saya .Saya mengambil ia dan bawa
balik ke rumah
Anak kucing yang saya bawa balik itu
saya namakan Oren kerana warna
bulunya berwarna oren dan putih .
Ekornya panjang dan kembang. Selepas
beberapa minggu kami dapat tahu yang
Oren ialah jantan .
Semakin besar Oren tidak suka duduk
di rumah. Selalu keluar sehingga
berhari-hari kadangkala berbulan
lamanya baru muncul di depan pintu.
Jika dia balik ke rumah dari jauh dah
dengar suaranya mengiau memanggil
kita.
TAMAT
SEKIAN
TERIMA KASIH