The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Teks-Ucapan-Perasmian-Mesyuarat-Agung-PIBG (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ZAKIAHSHAFIE, 2024-06-14 21:49:13

Teks-Ucapan-Perasmian-Mesyuarat-Agung-PIBG (1)

Teks-Ucapan-Perasmian-Mesyuarat-Agung-PIBG (1)

Teks Ucapan Perasmi/Pengetua Sempena Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SMK Sungai Bayor 2024 Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Yang berdedikasi Pengacara Majlis,Pn Suzaiza binti Othman dan En. Mohd Farhan bin Ahmad Yang Dihormati En. Mohd Wosfi bin Mohd Salleh YDP PIBG SMK Sungai Bayor, Penolong-Penolong Kanan, Guru-Guru Kanan , AJK PIBG Guru-Guru,Tuan-Tuan Dan Puan-Puan Yang Dihormati Sekalian.


Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan izinnya dapat kita sama-sama berkumpul pada petang ini, sempena Majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke-43 bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Bayor . Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada guru guru dan barisan Jawatankuasa PIBG kerana telah dapat merancang, mengelola dan seterusnya melaksanakan mesyuarat pada petang ini. Tuan-Tuan dan Puan-Puan Seperti yang kita sedia maklum, semua Mesyuarat PIBG sekolah mesti diadakan pada setiap tahun. Disamping itu harus diingatkan bahawa perkara berkaitan dengan Batasan Kuasa Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) perlu dipatuhi pada setiap masa seperti mana yang tercatat dalam SPI Bilangan 5 Tahun 2001 yang dikeluarkan oleh pejabat KPPM, KPM. Perkara-perkara yang disentuh di dalam surat pekeliling itu ialah PIBG


Sekolah bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru di sekolah yang berkenaan. Permuafakatan seumpama ini diharapkan dapat membina kesefahaman tentang tugas dan tanggungjawab bersama dalam usaha untuk meningkatkan mutu pengajaran guru-guru dan pembelajaran murid di sekolah, selain mempertingkatkan kerjasama pemegang taruh yang sesuai dengan matlamat Program Transformasi di sekolah iaitu mengukuhkan pelibatan ibubapa, perkongsian antara pihak sekolah, dan komuniti setempat (school home community partnership). Di samping itu, PIBG juga mempunyai peranan ’saling melengkapi’ terhadap fungsi Kementerian Pendidikan dalam menyediakan prasarana, kemudahan, dan suasana sekolah yang kondusif kepada murid-murid dan guru-guru di sekolah berkenaan.


Tuan-tuan dan Puan-Puan Sesungguhnya, majlis pada petang ini amat bermakna, di mana pihak sekolah dan ibu bapa dapat bertemu untuk berbincang dan mencari kata sepakat, demi kepentingan dan masa depan anak-anak masing-masing. Permuafakatan seumpama inilah yang menjadi kunci kejayaan PIBG di sekolah . Harus juga diingatkan kecemerlangan anak-anak kita sebenarnya bermula di rumah. Sebagai ibu bapa, kitalah yang akan menentukan sama ada anakanak kita terdidik dengan nilai-nilai yang murni dan mempunyai kekuatan dalaman untuk berhadapan dengan segala gejala negatif di luar rumah. Jelas, tanggungjawab menentukan keperibadian anak-anak sebenarnya adalah tanggungjawab ibu bapa. Amat tidak adil untuk melepaskan tanggungjawab itu sewenang-wenang ke atas bahu guru dan pihak sekolah.


Dalam konteks ini, PIBG sekolah perlulah bersikap proaktif untuk menyumbang ke arah usaha tersebut selain daripada membantu dalam kebajikan pelajar, guru dan juga pembangunan sekolah. Alhamdulillah, setakat ini kerjasama yang baik dan erat telah ditunjuk oleh oleh pihak sekolah dan PIBG. Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sebelum mengakhiri ucapan saya, harapan saya ialah supaya Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-43 ini akan dapat berjalan lancar dan teratur. Dengan harapan itu, dengan lafaz Bismillahir-Rahmanir-Rahim, saya dengan sukacitanya merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Bayor kali ke-43.


Sekian, terima kasih dan wassalamualaikum wbh.


Click to View FlipBook Version