MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK1JBT 2023 K A L I K E 48 D I R A S M I K A N O LE H : Y A N G B E R B A H A G I A D R . Q U A H P E R N G FEI A H L I M A J L I S P ERB A N D A R A N K L A N G Z O N N 40 H A R I :A H A D TA R I K H : 1 4 M E I 2 0 2 3 M A S A : 9 . 3 0 P A G I- 1 2 . 0 0 T G H H A R I T E M P A T : D E W A N S K ( 1 ) JA L A N BA T U T I G A , K L A N G
1 SEUNTAI KATA SEMANIS BICARA Segala pujian dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya maka Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke - 48 dapat dilaksanakan. Pada kesempatan ini, saya mengalu-alukan dan menghargai kehadiran ibu bapa dan penjaga yang telah sudi meluangkan masa untuk sama-sama bermesyuarat pada hari ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada ahli jawatankuasa PIBG yang begitu komited berganding bahu bersama pihak sekolah memajukan dan melonjakkan lagi prestasi sekolah ke tahap yang lebih cemerlang dan gemilang. Pihak sekolah sentiasa merancang pelbagai program demi kecemerlangan pelajar dari segi akademik, kokurikulum, pembangunan sahsiah serta kepimpinan pelajar. Saya amat berharap segala program ini mendapat sokongan sepenuhnya daripada ibu bapa, murid dan sekolah. Akhir sekali pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas komitmen dan usaha yang diberikan untuk menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke – 48 ini. Semoga apa yang kita usahakan untuk kecemerlangan anak-anak didik di Sekolah Kebangsaan (1) Jalan Batu Tiga mendapat ganjaran olehNya. Salam hormat, En.Mohd Muhan bin Ismail Guru Besar SK (1) Jalan Batu Tiga, Klang
2 SEINDAH KATA SEMANIS BICARA Bismillahirrahmannirrahim, Assalammualaikum w.b.t Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinanNya, maka kita dapat sekali lagi bertemu dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke - 48 ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PIBG yang telah sama-sama bekerja dan berusaha membantu pihak sekolah dalam pelbagai program. Saya mewakili semua AJK PIBG akan terus menyokong segala program yang dianjurkan oleh pihak sekolah bagi memacu kecemerlangan pelajar. Kami AJK PIBG sesi 2022/2023 telah melaksanakan amanah ini dengan cara yang terbaik. Di dalam segala tindakan kami, kami sentiasa memikirkan kepentingan dan kebajikan anak-anak kita di sekolah ini khasnya. Sumbangan tuan/puan telah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk membantu program-program sekolah bertujuan meningkatkan pencapaian pendidikan dan sahsiah anak-anak kita di sekolah ini. Akhir kata, teruskanlah bersama-sama pihak sekolah dalam membantu merialisasikan impian melahirkan generasi pewaris masa depan yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, produktif dan berdikari. Sekian, terima kasih…… En.Md Zawawi bin Md Isa Yang Dipertua PIBG SK (1) Jalan Batu Tiga, Klang
3 ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Seuntai Kata Semanis Bicara (Guru Besar) 1 2 Seindah Kata Semanis Bicara (YDP PIBG) 2 3 Isi Kandungan 3 4 Aturcara Majlis 4 5 Notis Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-48 5 6 Agenda Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-48 6 7 Senarai Nama Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2022/2023 7 8 Senarai Nama Guru dan Kakitangan Tahun 2023 8-9 9 Senarai Ahli Jawatankuasa Mesyuarat PIBG kali ke-48 10-11 10 Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke – 47 Tahun 2022 12-19 11 Penyata Kewangan PIBG 20-24 12 Laporan Aktiviti PIBG sepanjang 2022 25 13 Laporan Aktiviti Program Sarana PIBG sepanjang Tahun 2022 26 14 Laporan Unit Kurikulum sepanjang Tahun 2022 27-29 15 Laporan Unit Hal Ehwal Murid sepanjang Tahun 2022 30 16 Laporan Unit Ko-Kurikulum sepanjang Tahun 2022 31-33 17 Usul / Cadangan Yang Diterima Untuk Mesyuarat Agung Kali ke – 48 Sesi 2023/2024 34-36 18 Usul Daripada Pihak Sekolah 36 19 Penutup 37 20 Penghargaan 38
4 ATURCARA MAJLIS MASA ATURCARA 9.00 pagi : Ketibaan dan Pendaftaran Ibu Bapa / Penjaga : Ketibaan En.Md Zawawi bin Md Isa Yang Dipertua PIBG 2022/2023 9.30 pagi : Taklimat akauan simpanan murid oleh Pegawai BSN 9.35 pagi : Ketibaan Dr.Quah Perng Fei Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) 9.50 pagi : Pentadbir dan YDP mengiringi perasmi ke dewan sekolah 10.00 pagi : Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Majlis 10.05 pagi : Bacaan doa 10.10 pagi : Ucapan YDP PIBG En.Md Zawawi bin Md Isa 10.15 pagi : Ucapan Guru Besar En.Mohd Muhan bin Ismail 10.20 pagi : Ucapan Perasmian (Merasmikan Mesyuarat Agung PIBG) Dr.Quah Perng Fei (Ahli Majlis Perbandaran Klang Zon N40) 10.25 pagi : Upacara Penyampaian Sijil Penghargaan kepada AJK PIBG Sesi 2022/2023 10.40 pagi : Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-48 dimulakan 11.30 pagi : Jamuan Raya/ Cabutan Bertuah/Hadiah Istimewa Baju Raya Paling Unik 12.00 tgh hari : Bersurai
5 NOTIS MESYUARAT AGUNG KALI KE-48
6 AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -48 1. Ucapan alu-aluan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru. 2. Membentangkan dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke 47 yang telah berlangsung pada 28/5/2022 (Sabtu). 3. Perkara-perkara berbangkit. 4. Membentangkan dan meluluskan Penyata Kewangan 2022/2023 5. Pengisytiharan pembubaran AJK Sesi 2022/2023 6. Melantik Pengerusi Sementara 7. Melantik Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2023/2024 i. Yang Dipertua ii. Naib Yang DiPertua iii. Setiausaha iv. Bendahari v. AJK Wakil Guru- 5 Orang vi. AJK Wakil Ibu bapa- 5 Orang vii. Pemeriksa Kira-kira/Juru audit (Seorang guru/Seorang Wakil Ibu Bapa) 8. Meluluskan Penyerahan kuasa menandatangani Wang/Cek PIBG pada AJK sesi 2023/2024 9. Membincangkan cadangan dan usul-usul yang diterima. 10.Hal-hal lain. 11.Ucapan Penangguhan oleh Yang DiPertua PIBG Sesi 2022/2023
7 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2022/2023 PENASIHAT : EN. MOHD MUHAN BIN ISMAIL (GURU BESAR SK (1) JALAN BATU TIGA, KLANG) YANG DIPERTUA : EN. MD. ZAWAWI BIN MD. ISA NAIB YANG DIPERTUA : PN. RAJA SHAZATULNIZA BINTI RAJA MUZAFAR SHAH SETIAUSAHA : PN. AISYAH BINTI HASANUDIN NAIB SETIAUSAHA : PN.NINA NADIA BINTI HAMIDI BENDAHARI : PN. MASHITAH BINTI HAMID AHLI JAWATANKUASA GURU : EN. ASRI BIN MOHAMAD : CIK LEE CHENG BEI : PN. SYAHRUNIZA BINTI MOHD RADZALI : PN. AMUTHAVALLI A/P MUNUSAMY AHLI JAWATANKUASA IBUBAPA : EN. MOHD ZAIDI BIN MD NOOR : EN. CHANDRU VISVARAJ : IR TS DR KAUSALYAH VENKATASON : EN. SYED ZULKIFLI BIN SYED ABDUL KADIR : PN. AUDREY LEE MEI FERN : EN. SALLEHUDIN BIN ISMAIL PEMERIKSA KIRA-KIRA : EN. MUHAMMAD BIN HUSSIN (WAKIL GURU) : PN. SALDIANA BINTI NORDIN (WAKIL IBU BAPA)
8 SENARAI NAMA GURU DAN KAKITANGAN TAHUN 2023 BIL NAMA KAKITANGAN JAWATAN 1 PN.NURUL ADNIN BINTI ROSLAN PEMBANTU TADBIR 2 PN SITI FATIMAH BINTI MOHD FAWZI PPM 3 PN NURZATULBUKHTI BINTI OTHMAN PPM BIL NAMA GURU JAWATAN 1 EN MOHD MUHAN BIN ISMAIL GURU BESAR 2 PN TONG BEE HUI GPK PENTADBIRAN 3 PN HASNITA BINTI SIATAN GPK HEM 4 EN RAJ KUMAR A/L LENIN GPK KOKORIKULUM 5 PN NURUL IDZA BINTI ISMAIL GURU 6 PN AMUTHAVALLI A/PMUNUSAMY GURU 7 PN NORYATTY BINTI KILLING GURU 8 PN JULIANI BINTI GHAZALI GURU 9 PN HAFIZAH BINTI ANUAR GURU PRA CEMERLANG 10 PN SYAHRUNIZA BINTI MOHDRADZALI GURU PRA CEMERLANG 11 PN EIZZATI BINTI IBRAHIM GURU 12 PN SITI NURHAFIZZAH BINTIDAUD GURU 13 PN RUWAIDAH ASRAH BINTIMOHD KHAIRI GURU 14 PN JULIANA BINTI ANUAR GURU 15 PN NINA NADIA BINTI HAMIDI GURU 16 PN AISYAH BT HASANUDIN GURU 17 PN MASHITAH BINTI HAMID GURU 18 PN ROHAZALIZA BINTI NAWI GURU 19 PN ANIDA BINTI KAIMI GURU 20 PN ZULINA BINTI AWANG GURU 21 PN KOGILAVANI A/P MUNIANDY GURU
9 22 PN SHAMIDAR BINTI ISHAK GURU 23 EN ASRI BIN MOHD GURU 24 EN MUHAMAD BIN HUSSIN GURU 25 EN ZAINAL AZILAN BINBAHAROM GURU 26 EN MAZWAN BIN MD SHARAFI GURU 27 CIK LEE CHENG BEI GURU
10 JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 48 Penasihat : En. Mohd Muhan bin Ismail Pengerusi YDP PIBG : En. Md Zawawi bin Md Isa Naib Pengerusi 1 : Pn.Tong Bee Hui Naib Pengerusi 2 : Pn.Hasnita binti Siatan Naib Pengerusi 3 : En.Raj Kumar a/l Lenin Setiausaha : Pn.Aisyah binti Hasanudin Bendahari : Pn.Mashitah binti Hamid Pengacara Majlis : En.Zainal Azilan bin Baharom Pn.Shamidar binti Ishak Bacaan Doa : En.Muhamad bin Hussin 1. JK Penyambut Tetamu 1. En. Mohd Muhan bin Ismail 2. En. Md Zawawi bin Md Isa 3. Pn.Raja Shazatulniza binti Raja Muzafar Shah 4. Pn.Tong Bee Hui 5. Pn. Hasnita binti Siatan 6. En.Raj Kumar a/l Lenin 2. Pendaftaran 1. Pn.Nurul Adnin binti Roslan (K) 2. Pn.Siti Fatimah binti Mohd Fawzi 3. Pn.Nurzatulbukhti binti Othman 3.Pengacara Majlis 1. En.Zainal Azilan bin Baharom (K) 2. Pn.Shamidar binti Ishak 4.Pencatat minit 1. Pn.Juliana binti Anuar (K) 2. Pn.Kogilavani A/P Muniandy 3. Pn.Anida binti Kaimi 5. Bacaan Doa 1. En.Muhamad bin Hussin 6.Buku Program 1. Pn.Noryatty binti Killing (K) 2. Pn.Siti Nurhafizzah binti Daud 7.J/K Teks ucapan & kata alu-aluan 1. Pn.Shamidar binti Ishak (K) 2. Pn.Nina Nadia binti Hamidi 8.Siaraya dan LCD 1. En.Asri bin Mohd (K) 2. Pn.Eizzati binti Ibrahim En.Chandru Visvaraj 9.Persiapan Tempat (Dewan) 1. En.Muhamad bin Hussin (K) 2. En.Mazwan bin Md Sharafi 3. En.Mohd Zaidi bin Md Noor 4. En.Sallehudin bin Ismail 5. En.Syed Zulkifli bin Syed Abdul Kadir 10.Sijil AJK /Cenderamata Perasmi/Cabutan Bertuah 1. Pn.Amuthavalli A/P Munusamy (K) 2. Pn.Rohazaliza binti Nawi 3. Pn.Ruwaidah Asrah binti Mohd Khairi 4. Pn.Raja Shazatulniza binti Raja Muzafar Shah IR TS DR Kausalyah Venkatason
11 11.Persiapan Pentas dan Hiasan 1. Pn.Zulina binti Awang (K) 2. Pn.Hafizah binti Anuar 3. En.Mazwan bin Md Sharafi 12.Sarapan dan Jamuan Raya 1. Pn.Syahruniza binti Mohd Radzali (K) 2. Pn.Juliani binti Ghazali 3. Pn.Saldiana binti Nordin 4. Pn.Audrey Lee Mei Fern 13.Kain Rentang/banner dan Promosi 1. Pn.Nina Nadia binti Hamidi (K) 2. Pn.Amuthavalli A/P Munusamy 3. En.Muhammad Haziq Najmi bin Zul Izham 14.Fotografi & dokumentasi 1. Pn.Nurul Idza binti Ismail (K) 2. Cik Lee Cheng Bei
12 SK (1) JALAN BATU TIGA JALAN PEKAN BARU, TAMAN ENG ANN 41150 KLANG, SELANGOR MINIT MESYUARAT AGUNG KE-47 BIL 1/2022 Tarikh : 28 Mei 2022 Hari : Sabtu Masa : 8.30 pagi Tempat : Dewan Serbaguna Taman Eng Ann Kehadiran : Rujuk lampiran 1. UCAPAN PENGERUSI MAJLIS 1.1 Pengerusi majlis mengucapkan selamat sejahtera dan mengalu-alukan kehadiran semua AJK PIBG, Guru Besar, Barisan Penolong Kanan, ibu bapa dan guru-guru ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-47. 1.2 Beliau merakamkan sekalung ucapan terima kasih kepada semua yang hadir ke mesyuarat pada hari ini. Diharapkan mesyuarat pada kali ini berjalan lancar dan dapat bersama-sama berbincang untuk meningkatkan kecemerlangan akademik serta sahsiah anak-anak. 2. UCAPAN NAIB YANG DIPERTUA PIBG 2.1 Puan Raja Shazatulniza binti Raja Muzafar Shah, Naib YDP PIBG merakamkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinanNya,dapat berjumpa lagi dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-47. Selamat datang diucapkan kepada ibubapa yang sudi menghadiri mesyuarat kali ini. 2.2 Beliau mengucapkan terima kasih kepada pentadbir sekolah, guru-guru dan semua kakitangan sekolah ini kerana sentiasa memberikan kerjasama yang terbaik kepada PIBG dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang. 2.3 Beliau juga ingin mengucapkan terima kasih kepada AJK dan para ibubapa yang sentiasa memberi kerjasama dan sokongan dalam setiap program yang disusun dan dirancang. Ukhwah dan ikatan yang baik ini sentiasa menjadi dorongan kepada PIBG untuk menyusun program yang terbaik untuk semua murid. 2.4 Ribuan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dr. Jaya Chandran, Ketua Bersekutu Bersatu Bahagian Klang kerana sudi hadir untuk merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 47. Walaupun dalam kesibukan dan jadual padat, YB sanggup datang memenuhi hasrat PIBG. Semoga dengan kehadiran Dr. Jaya Chandran ke
13 mesyuarat kali ini akan menjadi penghubung antara sekolah dengan pemimpin tempatan seterusnya akan memberi impak yang baik untuk sekolah dan juga pendidikan anak-anak. 2.5 Diharapkan agar ibubapa yang hadir dapat memanfaatkan Mesyuarat Agung tahun ini untuk berbincang berkaitan pendidikan anak-anak pada masa hadapan dan memilih ahli jawatankuasa bagi mewakili suara ibubapa bagi sesi 2022/2023. 3. UCAPAN GURU BESAR 3.1 En. Mohd Muhan bin Ismail mengucapkan terima kasih kepada semua kerana dapat hadir pada mesyuarat hari ini. Kehadiran semua ibubapa sangat dihargai seterusnya dapat bersama-sama menggembleng tenaga bagi memastikan kemenjadian muridmurid. 3.2 Beliau memaklumkan bahawa penggabungan SK (1) Jalan Batu Tiga dan SK (2) Jalan Batu Tiga telah berjalan dengan lancar. Sekolah telah beropersi satu sesi sahaja iaitu pada waktu pagi bermula penggal pertama sesi 2022/2023. Kini SK (1) Jalan Batu Tiga mempunyai seramai 28 orang guru, 4 orang kakitangan dan 427 orang murid termasuk 50 orang murid dari 2 kelas prasekolah. 3.3 Ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada barisan kepimpinan PIBG sesi 2021/2022 dan para ibubapa yang telah bergotong-royong membantu pihak sekolah mempersiapkan bilik kelas, tandas murid, bilik guru dan prasarana lain bagi memastikan sesi Persekolahan Penggal Satu 2022/2023 berjalan dengan sempurna. 3.4 Namun begitu, beberapa fasiliti sekolah hendaklah dinaiktaraf sesuai dengan pertambahan bilangan murid, terutamanya ruang makan murid di kantin sekolah yang perlu diperbesar bagi menjamin keselesaan murid. Begitu juga dengan pokok-pokok besar di sekitar sekolah dan pagar yang rosak yang boleh membahayakan keselamatan murid-murid. Oleh itu, beliau berharap AJK PIBG yang dilantik dapat membantu pihak sekolah dalam menangani masalah tersebut. 3.5 Beliau juga mengalu-alukan cadangan dan pandangan daripada ibubapa demi kepentingan anak-anak. Beliau yakin dengan penglibatan semua pihak, kejayaan yang kita impikan akan menjadi kenyataan. 3.6 En. Mohd Muhan bin Ismail juga merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ajk PIBG sesi 2021/2022 yang telah memberikan kerjasama dan sentiasa mengorbankan masa dan tenaga dalam menjayakan program-program sekolah. Hanya Allah dapat membalasnya. Semoga tahun ini akan menjanjikan kejayaan yang lebih cemerlang untuk sekolah kita. 4. UCAPAN PERASMIAN
14 4.1 Dr. Jaya Chandran Perumal mengucapkan selamat sejahtera dan salam perpaduan kepada En. Mohd Muhan bin Ismail Guru Besar SK(1) Jalan Batu Tiga, Puan Raja Shazatulniza binti Raja Muzafar Shah NYDP PIBG, Pn. Tong Bee Hui GPK Pentadbiran, Pn. Hasnita binti Siatan GPK HEM, En. Muhamed Salleh Hussein bin Abd Ghani GPK Kokurikulum, ajk PIBG, guru-guru dan ibubapa. 4.2 Beliau menggucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana telah sudi menjemput beliau bagi menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK(1) Jalan Batu Tiga kali ke-47. 4.3 Beliau menggucapkan syabas dan tahniah kepada pihak pengurusan dan jawatankuasa PIBG yang telah berjaya merancang, mengelola dan melaksanakan program secara julung kalinya diadakan di Dewan Serbaguna Taman Eng Ann. 4.4 Tahniah diucapkan kepada En. Mohd Muhan bin Ismail Guru Besar SK(1) Jalan Batu Tiga dan jawatankuasa PIBG yang begitu komited untuk memastikan mesyuarat yang bakal diadakan selepas ini berlangsung dengan jayanya. Sesungguhnya mesyuarat seperti ini amatlah dialu-alukan kerada dapat merapatkan lagi hubungan silaturrahim dan bertukar-tukar pendapat sesama kita. 4.5 Secara peribadi, beliau amat berbangga dengan kehadiran pada hari ini, di mana jelas membuktikan komitmen dan iltizam yang tinggi terhadap tanggungjawab serta peranan dalam organisasi yang dianggotai. Diharap menerusi mesyuarat ini, idea-idea baharu akan diperolehi bagi tujuan pembangunan ilmu. 4.6 Sebagaimana yang semua sedia maklum, PIBG merupakan organisasi yang sangat penting terhadap perkembangan sesebuah sekolah. Tidak dapat dinafikan peranan dan tanggungjawab PIBG sesebuah sekolah memberi kesan terhadap kemajuan dan pencapaian sekolah. PIBG menjadi medium untuk menentukan hala tuju dan matlamat sekolah ke arah kecemerlangan pendidikan. Pengurusan PIBG yang cemerlang akan melahirkan sekolah yang terbilang. 4.7 Beliau menyeru kepada semua agar berpadu tenaga dan menyumbangkan buah fikiran dalam membangunkan PIBG demi kecemerlangan anak-anak. 4.8 Suasana pembelajaran yang seronok dan membahagiakan perlu diterapkan dalam sesebuah sekolah. Untuk mencapai ke arah ini, budaya cinta, kasih atau sayang, kegembiraan dan hormat-menghormati haruslah menjadi asas dalam sesebuah institusi agar ilmu dapat diperoleh dengan lebih berkesan, seiring dengan keperluan negara bagi mencapai status negara maju menjelang 2025. 4.9 Pengurusan PIBG haruslah cekap dan bereksan bagi menghadapi perubahanperubahan semasa. PIBG boleh melaksanakan banyak aktiviti yang dirancang dan disusun mengikut keperluan sekolah. Program seperti kelas tambahan, kem motivasi, gotong-royong, kursus kredibiliti, seminar dan sebagainya adalah antara aktiviti yang boleh dilaksanakan sepanjang tahun.
15 4.10 Beliau yakin gandingan mantap dan kerjasama erat pentadbir, guru dan ibubapa mampu melahirkan modal insan yang berkualiti yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 4.11 Pelaksanaan aktiviti yang dirancang dengan teliti akan dapat dijayakan sekiranya mempunyai sumber kewangan yang mencukupi. Sumber kewangan perlu diperoleh dan diurus secara bijaksana. 4.12 Beliau mengharapkan agar PIBG sekolah ini dapat bergerak aktif dan terancang agar kewujudannya dapat memberi sumbangan bermakna. 4.13 Beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada warga pendidik yang telah berusaha mendidik murid sehingga menjadi insan cemerlang dalam kurikulum, kokurikulum dan pemantapan sahsiah. 4.14 Ucapan penghargaan juga turut diberikan kepada pihak PIBG kerana telah memberikan sumbangan terhadap kemenjadian anak-anak di SK(1) Jalan Batu Tiga. 5. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS 5.1 Minit Mesyuarat Agung kali ke-46 diterima setelah semakan dibuat. Cadangan: Encik Md. Fitri bin Samat Sokongan: En.Ab. Shah bin Abdullah Tindakan: Makluman 6. MENGESAHKAN PENYATA KEWANGAN 6.1 Bendahari PIBG Puan Mashitah binti Hamid membentangkan laporan kewangan PIBG yang berakhir pada 31 Disember 2021 ialah RM 28489.84, merujuk kepada laporan muka surat 15. Cadangan: Puan Haidar binti Ahmad Sokongan: Encik Kirubhantan Tindakan: Makluman 7. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT 7.1 Tiada perkara berbangkit 8. PERKARA-PERKARA BAHARU 8.1 Perlantikan Ahli Jawatankuasa Terdapat lantikan baru bagi ahli-ahli PIBG sesi 2022-2023. Ahli mesyuarat sebulat suara telah memilih Encik Md. Zawawi bin Md. Isa sebagai Yang Dipertua PIBG manakala Puan Raja Shazatulniza binti Raja Muzafar Shah menyandang jawatan Naib Yang Dipertua PIBG.
16 8.2 Ajk guru yang dilantik ialah Puan Aisyah binti Hasanudin sebagai setiausaha PIBG dan Puan Mashitah binti Hamid sebagai bendahari. Ajk guru yang lain ialah Encik Asri bin Mohamad, Puan Amathuvalli a/p Munusamy, Cik Lee Cheng Bei, Puan Syahruniza binti Mohd Radzali, Puan Nina Nadia binti Hamidi dan Encik Muhammad bin Hussin. 8.3 Ajk ibubapa yang dilantik ialah En. Chandru Visvaraj, Encik Mohd Zaidi bin Md Noor, Encik Syed Zulkifli bin Syed Abdul Kadir, IR TS DR Kausalyah Venkatason, Pn. Audrey Lee Mei Fern, Encik Sallehudin bin Ismail dan Puan Saldiana binti Nordin. 9. MEMBINCANGKAN USUL-USUL DAN CADANGAN YANG DITERIMA 9.1 Kausalyah Venkatason • Ingin tanya tentang subjek Bahasa Ketiga sekarang ialah Bahasa Arab. Adakah peluang SK (1) JBT dapat mewujudkan kelas Bahasa Tamil dan Cina untuk muridmurid bukan ISLAM. Ini akan memanfaatkan bahasa mereka. • Adakah pelajar Tahap Dua akan menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun atau Akhir Tahun pada tahun ini? Jawapan:Usul diterima • Pihak sekolah akan mendapatkan maklumbalas kepada ibubapa mengenai cadangan pembukaan Kelas Bahasa Tamil dan Bahasa Mandarin. Perlu sekurangkurangnya persetujuan 15 orang ibubapa sebelum permohonan boleh dikemukakan ke Pejabat Pendidikan Daerah. • Prestasi murid-murid dinilai melalui Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Pentaksiran dilaksanakan secara berterusan melalui instrumen yang disediakan oleh guru setiap mata pelajaran. 9.2 Pn. Nik Sarimah Ismail • Menyediakan box @drawer utk buku teks. Pelajar simpan di sekolah. Box @drawer tersebut dibayar oleh ibubapa murid. • Menyediakan air coway di tempat tertentu dan bayaran di bayar mengikut persetujuan ibubapa. Mudah utk pelajar refill air minuman. Jawapan:Usul diterima • Pihak sekolah telah melaksanakan Jadual Anjal dalam pembelajaran muridmurid. Maksimum 4 matapelajaran sehari bagi Tahap 1 dan 4 hingga 5 matapelajaran sehari bagi Tahap 2. Jadual anjal ini akan berterusan kerana Kementerian Pendidikan sangat menitikberatkan Isu Beg Berat dalam kalangan murid-murid sekolah. Guru-guru diarah meletakkan buku kerja murid-murid di
17 dalam almari di kelas masing-masing. Mohon ibubapa memantau jadual waktu harian anak-anak. • Bayaran bulanan akan diambil dari kutipan Tabung Jumaat. Penyelaras Panitia Agama Islam. Jika cuti sekolah PIBG akan menampung bayaran coway. Selepas mesyuarat PIBG akan ada lantikan Biro Kebajikan di bawah PIBG. 9.3 Pn. Audrey Lee Mei Fern • School Tie to be worn on Mondays only. Jawapan:Usul diterima • Pihak sekolah menggalakkan pemakaian tali leher pada hari Isnin sahaja iaitu perhimpunan sekolah- majlis rasmi). Selain itu, cuaca yang panas serta situasi penyakit endemik sekarang. 9.4 En. Nathan A/L Silvarajah. • Meminta cikgu untuk memeriksa sama ada anak murid siap salin pelajaran dari papan hitam ke buku. Pastikan anak murid faham apa yang di ajar oleh guru. Jawapan:Usul diterima • Guru-guru sentiasa memastikan murid-murid siap menyalin di papan putih. Jika ibubapa ada masalah boleh berhubung melalui whatsaps kelas masing-masing atau pm guru matapelajaran yang berkenaan. 9.5 En. Kumar A/L Raman • Menaik taraf kebersihan tandas di sekolah. Pihak sekolah perlu meningkatkan keselamatan melintas jalan pada waktu pelajar pulang dari sekolah kerana lalu lintas yang sibuk membahayakan keselamatan. Jawapan:Usul diterima • Projek menaik taraf tandas murid telah siap sepenuhnya dan boleh digunakan oleh murid-murid hasil daripada usaha AJK PIBG. Sekarang, murid-murid akan menjalani simulasi cara penggunaan tandas yang betul oleh guru-guru seperti guru kelas, guru Pendidikan Kesihatan, guru Pendidikan Moral dan lain-lain terutama murid Tahap 1.(Tahun 1 hingga 3) • Perjanjian kontrak Pengawal keselamatan sekolah adalah memastikan keselamatan di dalam kawasan sekolah sahaja. PIBG perlu memberi elaun kepada mereka untuk mengawal lalulintas murid-murid datang dan balik dari sekolah. 9.6 En. Md Zawawi Bin Md Isa • Naikkan kadar yuran PIBG dan tubuhkan jawatan kuasa pembangunan semula sekolah. Jawapan:Usul diterima • Atas persetujuan semua ibubapa yang hadir, kadar yuran sumbangan PIBG akan dinaikkan daripada RM50 kepada RM70 bermula tahun 2023.
18 9.7 En. Mohd Hasri Bin Mustaffa • Menyediakan rak buku/ loker untuk menyimpan buku di setiap meja murid-murid bagi meringankan beban murid hadir ke sekolah. Jawapan:Usul diterima • Buku kerja murid-murid yang telah siap akan disimpan di dalam almari kelas masing-masing oleh guru matapelajaran. 9.8 Pn. Saldiana Binti Nordin • Diharap pihak sekolah boleh membuka kantin seperti biasa untuk belian makanan anak-anak kerana covid telah sampai fasa endemik. • Kebersihan tandas murid yang tidak memuaskan. Jawapan:Usul diterima • Pengoperasian kantin telah dibuka sepenuhnya. • Dua kali waktu rehat untuk melancarkan waktu rehat murid-murid. Waktu rehat Tahap 1 (9.30am-9.50am), Tahap 2 (10.00am-10.20am). Pengawas yang bertugas diarah keluar rehat awal 5-10 minit untuk membantu guru menjaga disiplin murid-murid. 9.9 En. Norhisham Tabil • Membuat tabung kelas sendiri • Menambah ruang isolasi yang baru. Jawapan:Usul diterima • Pihak Setiap Jumaat ada Tabung Jumaat. Tujuan: Menggalakkan murid-murid menginfak/bersedekah kepada murid-murid yang memerlukan. Program ini di bawah kelolaan Panitia Pendidikan Agama Islam. • Ruang isolasi (pengasingan sementara) bagi murid yang bergejala ada disediakan dan pihak sekolah akan menghubungi ibubapa dengan segera untuk mengambil anak mereka. 9.10 Pn. Suhana Bt. Jamaluddin Amini • Menyediakan tabung bergerak untuk pelajar di mana ibubapa menyumbang duit untuk keperluan sekolah atau murid yang memerlukan duit/ dana. • Mengambil kira/ menekankan pelajar untuk menghafal sifir. Jawapan:Usul diterima • Telah dilaksanakan pada setiap hari Jumaat. Kutipan sumbangan akan disalurkan kepada murid-murid yang memerlukan atau yang mengalami musibah. Jika murid terlupa membawa duit belanja pada hari tersebut boleh berjumpa dengan guruguru atau pentadbir, kita akan beri peruntukan RM3 daripada tabung tersebut.
19 • Guru Matematik sentiasa menggalakkan murid -murid menghafal sifir di kelas dan program panitia Matematik ada dilaksanakan. 10. HAL-HAL LAIN 10.1 Tiada hal-hal lain. 11. UCAPAN PENANGGUHAN 11.1 En.Md. Zawawi bin Md. Isa mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir mesyuarat pada kali ini. Beliau amat mengharapkan kerjasama antara ibubapa dan guru dalam melaksanakan program dalam membentuk kemenjadian murid. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.00 pagi
20
21
22
23
24
25 LAPORAN AKTIVITI PIBG SEPANJANG TAHUN 2022 BIL. NAMA AKTIVITI/ PROGRAM/ PROJEK TARIKH PENGLIBATAN PERATUS KEHADIRAN CATATAN 1. MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-47 28.5.2022 WARGA SEKOLAH 90% BERSEMUKA 2. MESYUARAT AJK PIBG KALI-1 1.7.2022 AJK PIBG 14/21 (66%) BERSEMUKA 3. MESYUARAT AJK PIBG KALI- 2 6.8.2022 AJK PIBG 16/21 (76%) BERSEMUKA 4. PROGRAM GOTONGROYONG MERDEKA 27.8.2022 SEMUA WARGA SEKOLAH 60% BERSEMUKA 5. MESYUARAT AJK PIBG KALI- 3 9.1.2023 AJK PIBG 20/21 (95%) GOOGLE MEET 6. MESYUARAT AJK PIBG KALI- 4 7.4.2023 AJK PIBG 16/21 (76%) BERSEMUKA 7. MESYUARAT AJK PIBG KALI-5 3.5.2023 AJK PIBG& PEGAWAI BSN 16/21 (76%) BERSEMUKA
26 LAPORAN AKTIVITI SARANA PIBG SEPANJANG TAHUN 2022 BIL. NAMA AKTIVITI/ PROGRAM/ PROJEK TARIKH PENGLIBATAN PERATUS KEHADIRAN CATATAN 1. TAKLIMAT IBU BAPA &ORIENTASI TAHUN 1 19.3.2022 AJK PIBG / IBU BAPA 100% BERSEMUKA 2. MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-47 28.5.2022 AJK PIBG / IBU BAPA 90% BERSEMUKA 3. PROGRAM GOTONGROYONG PERDANA 27.8.2022 AJK PIBG / IBU BAPA 60% BERSEMUKA 4. HARI SUKAN 27.11.2022 AJK PIBG / IBU BAPA 80% BERSEMUKA
27 S.K.(1) JALAN BATU TIGA, KLANG LAPORAN AKTIVITI UNIT KURIKULUM 2022 BIL PROGRAM SASARAN TARIKH AKTIVITI 1. Unit Peperiksaan & Penilaian 1.Pentaksiran Bilik Darjah Sesi 2022/2023 : 1.1 Pertengahan Tahun 1.2 Ujian Akhir Sesi Akademik 2. Hari Terbuka Semua Murid Ibu bapa & Penjaga Murid 18-22 Julai 2022 16-19 Januari 2023 29 September 2022 2. 2.1 Majlis Apresiasi Kecemerlangan & Konvokesyen Prasekolah Sesi 2022/2023 2.2 Majlis Kovokesyen Tahun 6 & Sijil Pengawas Sesi 2022/2023 Semua Murid Murid Tahun 6 & Semua pengawas Sekolah 9 Februari 2023 13 Februari 2023 3. Unit Pusat Sumber Sekolah 1. . Jom Baca Bersama 10 minit 2. Pelancaran Hari NILAM (HANIS) dan Program Galakan Membaca Peringkat Sekolah 3. Program Jom Kembali Baca Buku Bersama Ana Muslim 4. Majlis Anugerah NILAM 2022 Semua murid Semua murid Semua murid Murid yang terlibat 21 April 2023 27 Jun 2023 14 Oktober 2023 13 Februari 2023 3 Panitia BM, BI & BA 1. Minggu Bahasa 2. Program Bantu Membaca (BM & Unit Pemulihan) Semua murid Murid pemulihan 4 – 8 Julai 2022 26 Sept – 30 Nov 2022 4 Panitia Matematik dan Sains 1. Minggu Panitia Matematik & Sains 2. Motivasi/ Bengkel Matematik 3. Program Perjalanan ke Angkasa Semua murid Murid Tahap 2 Semua Murid 8 – 12 Ogos 2022 4 Oktober 2022 14 November 2022
28 5 Panitia Seni, Muzik & Sejarah 1. Minggu Panitia Seni,Muzik & Sejarah 2. Sambutan Bulan Kemerdekaan Semua murid 15 Ogos hingga 19 September 6 Panitia Pendidikan Islam 1. Ihya’ Ramadan 2022 2. MQSS Peringkat Sekolah 3. Tazkirah Raya Haji 4. Kem Bestari Solat Pertama 5. Ceramah Ma’al Hijrah 6. Kem Bestari Solat Kedua 7. Program Khatam Quran Semua murid Islam 4 – 29 April 2022 9 Mei 2022 8 Julai 2022 28 Julai 2022 5 Ogos 2022 9 November 2022 10 Februari 2023 7 Panitia Pendidikan Moral 1. Program Semarak Nilai Murni (Hari Ibu) 2. Jom Kitar Semula 3. Program Perpaduan (Ponggal) 4. Program Hari Kemerdekaan Semua murid moral 11 Ogos 2022 14 Oktober 2022 10 Februari 2023 28 Julai 2022 8. Panitia RBT 1. Pertandingan Pembungkusan 2. Pertandingan Kipas Solar 3. Pertandingan Robotik Semua murid tahun 4 Semua murid tahun 5 Semua murid tahun 6 Oktober – Disember 2022 Oktober – Disember 2022 Oktober – Disember 2022 9 Panitia PJPK 1. SEGAK Fasa 1 & 2 2. Aktiviti Jom Sihat Murid tahun 4,5, & 6 Semua murid Mei-Jun & Oktober- November 8 Disember 2022 10 Unit Pemulihan 1. Program Bantu Membaca 2. Program Mentor Mentee Murid pemulihan 12 September – 30 November 2022 12 September – 30 November 2022
29 3. Guru Muda 4. Program 5 Minit Membaca 5. Pertandingan Kira Cepat 6. Hari Terbuka Semua guru dan murid pemulihan Murid tahun 5 & 6 yang terpilih Semua murid pemulihan Semua murid pemulihan Ibu bapa & penjaga murid 12 September – 30 November 2022 19 September 2022 8 – 12 Ogos 2022 29 September 2022
30 SK(1) JALAN BATU TIGA, KLANG LAPORAN AKTIVITI HAL EHWAL MURID 2022 BIL NAMA AKTIVITI PERBELANJAAN 1 Orientasi Tahun 1 MAC 2022 3 Motivasi Kepimpinan Pengawas (Disiplin) APRIL 2022 19 Bengkel APDM & SSDM untuk guru APRIL 2022 4 Pentauliahan Pengawas Sekolah (Disiplin) MEI 2022 5 Lantikan & Percubaan Pengawas Baru (Disiplin) MAC DAN NOV 2022 6 Spot Check (Disiplin) APRIL 2022 JULAI 2022 OKT 2022, JAN23 7 Kempen Amalan Baik (BK) JUN 2022 8 Program Peningkatan Sahsiah Murid (BK) APRIL 2022 SEPTEMBER 2022 9 Amalan Guru Penyayang (BK) SEPANJANG TAHUN 10 Bulan PPDa (BK & Unit Keselamatan) MEI 2022 SEPTEMBER 2022 11 Gotong-royong ( Unit 3K) MEI 2022 DISEMBER 2022 12 Minggu Program 3K SEPTEMBER 222 13 Latihan Kebakaran (Unit Keselamatan) NOVEMBER 2022 14 Kempen Gaya Hidup Sihat (Unit Kesihatan) MEI 2022 15 Kempen Kebersihan & Keceriaan Kelas (Unit Kebersihan/Keceriaan) SEPANJANG TAHUN 16 Sambutan Hari Kanak-kanak OKTOBER 2022 17 Pemeriksaan buku SPBT APRIL 2022, JULAI 2022,OKTOBER 2022 JANUARI 2022 18 Pemulangan & pengedaran buku teks FEBRUARI 2022 20 Mesyuarat JK Hal Ehwal Murid. MAC 2022,JULAI 2022 OKTOBER 2022, JANUARI 2022
31 SK (1) JALAN BATU TIGA, KLANG LAPORAN AKTIVITI KOKURIKULUM 2022 BIL TARIKH PERKARA PENCAPAIAN 1. APRIL hingga JULAI Perjumpaan Kokurikulum Peringkat Sekolah 2. 16/5/2022 Sambutan Hari Guru - Pelaksanaan adalah di bawah unit Kokurikulum sebagai meraikan jasa guru . Peringkat Sekolah 3. 25/5/2022 1 dan 2 /6/2022 Penyertaan e-Tarannum Peringkat Daerah Klang 2022 - Melibatkan 2 murid lelaki dan 2 murid perempuan 1) Wan Mohd Hilman (lelaki) 2) Nur Shazrin Adelia binti M Sabri – Top 8 Penyertaan e-Hafazan Peringkat Daerah Klang 2022 - Melibatkan 2 murid lelaki dan 2 murid perempuan 1) Syed Marzuqi Bin Syed Zulkifli (lelaki) 2) Qaseh Irdina (perempuan) Peringkat Daerah - Sijil penyertaan 17 JUN 2022 Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah 22 JUN 2022 Kejohanan Merentas Desa Peringkat Daerah Sijil penyertaan 2 dan 3 JULAI 2022 Kejohanan Bola Tampar Perempuan dan Lelaki Peringkat Daerah 4. 4 dan 5 OGOS 2022 1-20 OGOS 2022 Perkhemahan Pandu Puteri Tunas - Dhasha A/P Kantiaruban - Ainnur Alisa binti Lahmudin - Yubasshana A/P Sivakumar Sumbangan PIBG – Bantuan Bayaran Pendaftaran (RM130) Perkhemahan Pandu Puteri Tunas - Dhasha A/P Kantiaruban - Ainnur Alisa binti Lahmudin Girl Guide – Virtual Walk 2022 Peringkat Daerah Peringkat Kebangsaan Peringkat Kebangsaan
32 14 -16 OKTOBER 2022 22/2 – 6/3/ 2022 10 NOVEMBER 2022 - Dhasha A/P Kantiaruban - Ainnur Alisa binti Lahmudin Walk For Peace - Dhasha A/P Kantiaruban - Ainnur Alisa binti Lahmudin Peserta Simulasi Istiadat Kursus Waran Pemimpin - Dhasha A/P Kantiaruban - Ainnur Alisa binti Lahmudin - Nurul Hadfina Binti Mohd Shazali - Veetra Nair Prem Kumar Peringkat Negeri Peringkat Daerah 5. 8 – 12 OGOS 2022 Pertandingan Koakademik Bahasa Melayu Secara Dalam Talian 2022 - Wan Mohd Hilman - Mengaang Sajak - Nemithraa A/P Kumar - Menulis Esei - Gloria Darlovea a/p Gunalan - Pertandingan Menulis Cerpen - Nur Farhana Natasha binti Abdullah - Menulis Cerpen - Nur Shazrin Adelia Binti M Sabri - Dendangan Syair Peringkat Daerah - Sijil penyertaan - Sijil penyertaan - Sijil penyertaan - Ke - 4 - Sijil penyertaan 6. 8 – 12 OGOS 2022 Pertandingan Koakademik Bahasa Iggeris Secara Dalam Talian 2022 - Gloria Darlovea a/p Gunalan - Public Speaking - Eva Marie Das – Esei - Jhahnavi Shasthri - Story Telling Peringkat Daerah - ke-4 - Sijil penyertaan - Sijil penyertaan 7. OGOS Sambutan Bulan Kemerdekaan, Ambang Kemerdekaan dan Penutup Bulan Kemerdekaan - Melibatkan semua guru dan murid daripada Pra Sekolah hingga tahun 6 - Sumbangan PIBG – cupcake (RM 750) Peringkat Sekolah 8. 23 dan 24 SEPTEMBER 2022 Perkhemahan Perdana - Penyertaan melibatkan semua guru dan murid tahun 6 - Sumbangan PIBG – RM 1000 Peringkat Sekolah 9. OKTOBER Hari Sukan Negara - Pelaksanaannya melibatkan semua guru dan murid daripada Pra Sekolah hingga tahun 6 Peringkat Sekolah
33 10. 26 /11/2022 Kejohanan Sukan - Melibatkan semua guru dan murid daripada Pra Sekolah hingga tahun 6 - Sumbangan PIBG #Cabutan Bertuah (RM 1000) #Sumbangan persediaan Sukan (1500) Peringkat Sekolah 11. 9/2/2023 Hari Apresiasi Kecemerlangan (Akademik ,HEM dan Kokurikulum) - Pelaksanaan adalah dibawah unit Akademik ,HEM dan Kokurikulum sebagai meraikan pencapaian murid . Peringkat Sekolah 12. 16/2/2023 Program Kids Athletics - Melibatkan murid 4 hingga tahun 6 13. 21/3/2023 Karnival Kokurikulum – Sukan dan Permainan - Melibatkan murid daripada Pra Sekolah hingga tahun 6 Peringkat Sekolah
34 USUL YANG DITERIMA MESYUARAT AGUNG KALI KE-48 SESI 2022/2023 USUL/CADANGAN/PERTANYAAN 1. PN.NORLIZA BINTI MUHAMAD BAHARIN (MUHAMMAD ILYAS-4K) ▪ Memohon supaya ada pemberitahuan awal dari guru bagi pembelian buku aktiviti yang perlu dibeli supaya pihak ibu bapa/penjaga tidak terbeli buku yang tidak berkenaan di kedai buku sekolah. Jawapan : Dalam senarai booklist 2023 ada dinyatakan buku pilihan guru yang wajib dibeli oleh semua murid. Pihak sekolah akan memberi peringatan kepada ibu bapa/penjaga pada tahun depan melalui group whatsapp kelas 2. PN. IKA KARTIKA (NUR MAIZATUL NIDA-1R) PN. SARMELAH A/P RAJIKELI (THISHAN-4K) EN.KUMAR A/L RAMAN (NEMITHRAA A/P KUMAR-5R) ▪ Beban buku sekolah terlampau banyak sehingga murid hendak membawa beg pun tidak larat ▪ Menyediakan individual locker bagi setiap murid dlm kelas. Jawapan : Jumlah mata pelajaran untuk setiap hari tidak banyak disebabkan pihak sekolah telah membuat jadual anjal. Murid-murid juga digalakkan untuk menyimpan buku teks(subjek elektif) dan buku latihan di dalam almari kelas atau laci meja masing-masing memandangkan sekolah hanya ada satu sesi sahaja. Diharapkan ibu bapa/penjaga dapat membantu/mengingatkan anak utnuk menyusun buku mengikut jadual harian bagi meringankan beg sekolah. 3. EN.KUMAR A/L RAMAN (NEMITHRAA A/P KUMAR-5R) ▪ Laporan prestasi murid tahunan tidak dapat untuk tahun lepas. Memastikan setiap tahun ibu bapa mendapat laporan prestasi murid sekolah. Jawapan: Laporan prestasi akhir sesi akademik 2022/2023 tidak dapat diberi kepada ibu bapa selepas peperiksaan yang telah diadakan pada bulan Januari 2023 disebabkan penggunaan system baru (IDME) dalam pengisian markah PBD dan UASA. Namun demikian, guru-guru telah dapat mencetak laporan prestasi tersebut pada bulan lepas dan akan diedarkan kepada ibu bapa/penjaga.
35 4. PN.SALDIANA BINTI NORDIN(AIN NURAISHAH-6K,AIN NURSOFEA-4K) PN.NOR FAZLIANA BINTI MOHAMED NAJIB (MUHAMMAD NAZRUL IMAN-3K, NURUL ASYIQIN-2K) EN.RIZWAN AZRUL BIN A RAZAK (ARASH RIZQIN-4K) EN.MOHAMAD EKWAN BIN ZAINAL (NUR SYAZWANI -2R) ▪ Meminta jasa baik PIBG untuk mengupah RELA atau apa sahaja bagi mengawal lalu lintas di hadapan sekolah terutamanya pada waktu puncak bagi kelancaran trafik. Ia memudahkan urusan ibu bapa dan pengguna jalan raya. ▪ Memohon mengadakan bonggol di hadapan sekolah bagi mengelakkan kenderaan bergerak laju dan juga dari sebarang kemalangan kepada muridmurid sekolah. Jawapan : Pihak PIBG perlu bersetuju untuk menyediakan elaun untuk dibayar kepada pihak RELA yang dilantik. ▪ Sudah ada 2 bonggol di antara pintu masuk sekolah tetapi kurang tinggi. ▪ Tanda lalu lintas telah ada di hadapan pintu masuk sekolah . ▪ Lintasan Belang Putih untuk murid-murid melintas jalan. ▪ Petak garisan kuning untuk menandakan kenderaan boleh melaluinya tetapi tidak boleh berhenti @ meletakkan kenderaan di kawasan petak. 5. PN.PUTERI SALBIAH BINTI JAMALUDDIN AMINI( ARISSA INSYIRAH-1K) EN. ANUWAR BIN ALLI (NUR ADNI AFRISYA-5R) ▪ Mencadangkan supaya pihak kantin sekolah menyediakan makanan yang berkhasiat; contoh seperti buah-buahan (jambu,pisang dan betik) ▪ Sesetengah makanan di kantin harganya agak mahal bagi pihak ibu bapa. Ada juga ketika anak-anak mengeluh makanan tidak sediakan dengan betul. Kadang-kadang makanan keras terutama nasi. Jawapan : Pihak kantin telah dimaklumkan tentang penyediaan dan penjualan makanan adalah tertakluk kepada perjanjian yang telah dibuat pada 1 Disember 2021 dan berakhir pada 30 November 2023. ▪ Di dalam perjanjian telah disertakan cara-cara penyediaan makanan sebelum penjualan dan makanan-makanan yang boleh dijual dan yang dilarang untuk dijual. ▪ Di dalam perjanjian juga telah disenaraikan harga jualan yang ditetapkan . Harga jualan adalah mengikut perjanjian. ▪ Isu makanan /nasi yang keras , kami pihak sekolah tidak menerima sebarang aduan. ▪ Sebarang aduan, murid harus maklumkan terus kepada guru yang bertugas supaya boleh di isikan dalam buku@ laporan aduan untuk diberikan kepada pihak pengusaha.
36 6. EN. ANUWAR BIN ALLI (NUR ADNI AFRISYA-5R) ▪ Kes buli dalam kelas Jawapan : Taklimat guru disiplin diberikan kepada murid dari masa ke semasa. ▪ Murid yang bermasalah sentiasa diingatkan untuk berjumpa terus kepada guru disiplin Cikgu Asri atau guru di dalam kelas atau mana-mana guru SK1JBT pada hari kejadian. ▪ Selalunya murid tidak memaklumkan dan terus balik dan beritahu ibubapa sendiri. ▪ Setiap tindakan murid di catat di SSDM( Sistem Sahsiah Diri Murid) ▪ Amalan baik;guru-guru akan terus catat. ▪ Bagi amalan yang kurang baik, guru-guru akan menasihati murid supaya tidak melakukannya. Jika masih lagi melakukannya kali ketiga barulah dicatat di dalam SSDM. Ibubapa akan dipanggil untuk penyelesaian bersama. ▪ Ibubapa boleh juga datang ke sekolah berbincang dengan pihak sekolah jika ada masalah berkaitan dengan anak-anak. 7. SHAHRIZAN TOONG (MUHAMMAD RICKY-2R) ▪ Berkaitan kebersihan tandas yang perlu diambil kira bagi kegunaan murid. Jawapan: Tandas sekolah bersih. ▪ Jadual pembersihan tandas oleh pekerja pembersihan telah disediakan sebanyak 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi 10.30 dan selepas murid pulang 1.00 petang ▪ Penggunaan selipar sebelum masuk ke tandas oleh murid .Murid perlu patuh kepada peraturan yang telah ditetapkan. ▪ Pihak sekolah telah mengadakan kempen kebersihan diri dan tandas. Video dan tunjukcara menjaga kebersihan dan penggunaan selipar. USUL PIHAK SEKOLAH 8. Usul untuk menukar nama sekolah dengan kadar segera 9. Cadangan untuk mengadakan kutipan Bacathon
37 PENUTUP PIBG ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa, penjaga, pihak pentadbir sekolah, guru-guru serta individu yang telah membantu persatuan demi mempertingkatkan prestasi, kemajuan dan pembangunan sekolah dari segi akademik, ko kurikulum dan infrastruktur. Melalui sokongan yang padu dan berterusan kepada barisan AJK Sesi 2022/2023 ini, kita dapat menjalankan aktiviti secara produktif. Semoga permuafakatan ini dapat membawa kemajuan kepada pihak sekolah dan anak-anak didik khususnya. Akhir kata, kami barisan AJK PIBG ingin memohon maaf andai kata sepanjang tempoh kami memegang tampuk kepimpinan ini, berlaku kelemahan dan kesilapan yang tidak dapat dielakkan. Sekian, terima kasih. AJK PIBG SESI 2022/2023 dan SESI 2023/2024
38 PENGHARGAAN Pihak PIBG ingin merakamkan setinggi-tinggi perhargaan dan ucapan terima kasih kepada: 1. Jabatan Pelajaran Negeri Selangor. 2. Pejabat Pelajaran Daerah Klang. 3. Dr.Quah Perng Fei (Ahli Majlis Perbandaran Klang Zon N40) 4. Pegawai Bank Simpanan Nasional 5. Warga kerja Sekolah Kebangsaan (1) Jalan Batu Tiga, Klang 6. Semua ibu bapa dan penjaga. 7. Para dermawan dan individu. yang telah sama-sama berganding bahu dalam menyumbang sama ada dalam bentuk material, kewangan mahupun tenaga dalam membantu pihak persatuan dan sekolah merealisasikan setiap aktiviti yang dirancang sepanjang tahun ini. Semoga apa yang telah tuan dan puan lakukan itu mendapat keberkatan dan kemuliaan.