SK SUNGAI UDANG KLANG
MINIT MESYUARAT GURU
BILANGAN 2 /2019
Tarikh : 27 April 2019 ( Sabtu )
Masa : 8.30 pagi – 12.00 tgh hari
Tempat : Dewan Bestari SKSU
Kehadiran : 62 /102 orang ( 61 % )
Bil Nama Jawatan
1 ABDUL HALIM BIN AHMAD
2 NORSHAHIMA BT NORDIN GURU BESAR
3 NORHASMIDA BT MOHAMAD ISA PK PENTADBIRAN
4 SHEREEN SURIANEE BT ENCHE WEL PK HEM
5 HASNAN ZAKARIA
6 HAYATI BT JAMAAIN PK KOKO
7 NORHASMIDAH BT TUBI GURU BESTARI/KP TMK
8 ZAINAJ BT ASMAWI
9 JULIARINA BT SARIMIN GURU B&K
10 NURUL AUNI BT JASNI PRA ANGGERIK
11 ROSALINDA BTABDUL RASID PRA CEMPAKA
12 NUR LIYANA BT SHARIFFUDIN
13 MOHD ALAUDDIN BIN ARIAFF 4 ANGGERIK
14 MATDINOS BIN TALIB 4 CEMPAKA
15 SITI NORHAFIZAH BTABDUL HARUN 4 MELUR
16 NORMAWATI BT UJANG
17 NORHASIMAH BT MALAYON SANI 5 CEMPAKA
18 NIK ZURAINI BT NIK LEH 5 JASMIN
19 MUHAMMAD HARIS B HARUN
20 ZATUL IFFAH BT MOHAMED 5 KENANGA
21 ANISAH YUSRINA BT AHMAD 5 ROS
22 SURIKANA BT ABDULLAH 6 BAKAWALI
23 FAZLIN BT SARJONO
24 MOHAMMAD ZAKI B MOHAMMAD IBRAHIM 6 KENANGA
25 REDUAN B MAD ISA KP BM
26 ZULKEFLI B ABD RAHMAN KP SAINS
27 MOHAMMAD NAZRI MOHD YUSOFF
28 MOHD KHAIRUL NIZAM B IBRAHIM KP PI
29 AZLINA BT CHE IBRAHIM KP PJK
30 ZALINAH BT MOH AMIN
31 ABIDAH BT RAHAMAT SU KURIKULUM
32 ZAINUN BT SUHOD SU HEM
33 RASITAH BT AHMAD SU KOKO
34 MUHAMMAD YUSRI BIN SHAADAN
35 SITI MARIAM BT MOHAMAD SU SUKAN
36 FATIN HABIBAH BT MAZLAN SU SAPS
37 SHAHIDAH BT HARUN SU UPSR
38 NOOR HALIZA BT MANSOR
39 NORAINI BT ABD AZIZ PENY TH 4
40 ASRANI BT MAT RIPIN PENY TH 6
41 SITI NOORAIN BT ISMAIL
42 HAMIDAH BT SAILAN GURU DISIPLIN
43 RUSMINA BT MOHD SALLEH PENY SPBT
PEN PK PTG
1
GURU PERPUSTAKAAN
GURU DISIPLIN
1 BAKAWALI
1 DAHLIA
1 JASMIN
1 KENANGA
1 MELUR
1 ROS
2 ANGGERIK
2 BAKAWALI
2 CEMPAKA
44 JORA BT IBRAHIM 2 JASMIN
45 DANIAH BT MUNAJIR 2 MELUR
46 NOR AZLINA BT HASMUNI
47 SITI MASHITAH BT SUWARI 2 ROS
48 HUSNUL HADI B HUSIN 3 BAKAWALI
49 SHAMSIAH BT ADAM
50 NORHAYATI BT OTHMAN 3 DAHLIA
51 HASLINDA BT HADI 3 JASMIN
52 RUSMIYANTI SUFIYANA BT MOHD IDRUS 3 MELUR
53 MOHD IKRAM BIN AZMI
54 NORHANIZAM B HASSAN 3 ROS
55 NURUL HARDI B BAHARUM PENY LINUS
56 ABD HALIM B ABDUL JALIL PENY PBS
57 HASMUNA BT MOHD ZAIN
58 ZAMKHAIRI B SIMON PEN SU SUKAN
59 AZLINA BT ROBASON ADMIN 2 VLEFROG
60 NURUL FARINA BT ABDULLAH
61 HELMYZI B HINDWAN KP BA
62 KHALIJAH BT OSMAN CPI
GPI
Tidak Hadir Bersebab:
GPI
1. RUHAIMAH BT AWANG GURU MZ
2. ZAMZURI BIN BASHER AHMED GURU ASET
3. NURUL ASIAH BT MD MAHYUDIN
4. NAJIHAH BT ZAKARIA KPT
5. MAKELTHOM BT MOHAMED
6. SUZANA BT JALAL
7. NIRMALAR A/P PALIANIAPPAN
8. ROZAINI BIN SALLEH
9. NORHAIZAN BT HASHIM
10. SUMITHA A/P SEVALINGAM
11. FARHANI BT AHMAD
12. NOOR SUFANIE BT MAT SOKRI
13. MASHITAH BT OTHMAN
14. SH AZZAH MASHITA WAFFA
15. SITI AISAH BT DAUD
16. NORZITA BT MAT SAHAR
17. NOOR FAIZAH BT OTHMAN
18. THIRUCHELVAN A/L PERIASAMY
19. NUR ASYILAH BT MUSTAAIN
20. MAGESVARI A/P RAJALINGAM
21. WARDATUL FARHA BT MD TAKIM
22. NIK MUHD KAMIL BIN NIK RAZALI
23. MAZLIZA BT MUSA
24. WAHIDA ABU BAKAR
25. NUR SALIHAH BT MAT ISA
26. SITI AISHAH BT ISHAK
27. KALAWATHY A/P KUPUSAMY
28. ZALINAH MANSOOR
29. NOOR LIZA BT JAMALUDDIN
30. NIK ASMA BT NIK ABDUL KADIR
2
31. WAN HANIM NAJIAH WAN MUDA
32. MUHAMMAD HAAKIM BIN EDRUS
33. SALIHIN BIN AHMAD
34. NOR FAIZAH BT ALIAS
35. ZARIZA BT MAT SAWARI
Tidak Hadir (Tanpa Makluman) :
1. AZHARI BIN IBRAHIM
2. AZRI RIZAL BIN AWANG JAMBI
3. NOOR ADILA BT AZIZ
1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Ucapan aluan kepada semua PK, guru dan KPT.
1.2 Minit mesyuarat guru akan diedarkan dalam bentuk softcopy kepada
semua guru pada mesyuarat akan datang bagi mengurangkan kos
kertas.
1.3 Semua guru yang tidak dapat hadir mesyuarat, perlu memaklumkan
kepada GB atau PK 1.
Makluman
2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2.1 Minit Mesyuarat Bil 01/2019 diterima setelah semakan dibuat.
Cadangan : En Abdul Halim Bin Abdul Jalil
Sokongan : Pn Azlina Bt Che Ibrahim
3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Borang Maklum Balas (BMB)
- BMB merupakan dokumen rujukan untuk membincangkan perkara
berbangkit.
- Semua tindakan yang tercatat dalam minit mesyuarat perlu
dimasukkan dalam BMB. Ia merupakan perkara yang perlu
dibincangkan dalam masyuarat yang akan datang sekiranya perkara
itu tidak dapat diselesaikan.
- Setiap unit yang mengadakan mesyuarat perlu membuat minit
mesyuarat dan BMB.
Tindakan : Semua Unit
3
3.2 Prosedur Mengadakan Mesyuarat.
- Setiap kali mengadakan mesyuarat, perlu ada surat penggilan
mesyuarat,borang kehadiran,minit mesyuarat dan borang maklum
balas.
- Dalam ruangan tindakan / ulasan borang maklum balas perlu ditulis
telah dilaksanakan atau sebaliknya.
- Agenda mesyuarat perlu ada format yang betul ;
1. Ucapan pengerusi
2. Pengesahan minit mesyuarat yang lalu
3. Perkara berbangkit
4. Perkara baharu
5. Hal-hal lain
6. Ucapan penangguhan
Tindakan : Semua Unit
4 . PERKARA BAHARU
(Ucapan Guru Besar)
4.1 Kehadiran Guru.
- Masa kehadiran pergi dan balik perlu dijaga kerana ia merupakan
perkara pokok dalam perkhidmatan.
- Kurang memuaskan dan jangan jadikan budaya dalam diri kita.
- Tidak boleh mewakilkan kawan untuk login kehadiran kecuali jika ada
masalah kesihatan seperti sakit lutut yang teruk sehingga tidak boleh
naik tangga, ibu mengandung, asma dan lain-lain.
- Guru-guru yang sering mewakilkan kawan untuk login kehadiran
telah dikenalpasti dan jika ianya berterusan , tindakan akan diambil.
Tindakan : Semua Guru
4.2 Masa Masuk Kelas.
- Ada guru yang sering lewat masuk kelas.
- Guru perlu masuk ke kelas mengikut masa yang telah ditetapkan.
Tindakan : Semua Guru
4.3 Etika Berpakaian
- Mesyuarat adalah acara rasmi. Guru hendaklah mematuhi etika
berpakaian penjawat awam yang betul. Tidak boleh memakai baju t-shirt
dan berselipar.
- Guru yang mengajar PJ dan yang menjalankan aktiviti sukan sahaja
dibenarkan memakai track bottom dan t-shirt berkolar.
Tindakan : Semua Guru
4.4 Team Building
- Satu program untuk memperkasakan SKSU.
- Program ini akan dijadikan acara tahunan.
- Wajib hadir ( sekurang-kurangnya 95%)
- Diserahkan kepada KKGK dan akan dijalankan pada 21.6.2019
Tindakan : Semua Guru
4
4.5 Projek Lestari Sekolah
- Bertujuan untuk menghijaukan kawasan sekolah.
- diketuai oleh Encik Hasnan.
- terdapat 4 lokasi dan tanaman yang berbeza
- sebelah makmal komputer,hadapan bilik jamuan, hadapan tandas murid
lelaki blok D dan sebelah surau dan kantin.
- harap guru dapat beri sokongan yang sepenuhnya untuk menjalankan
projek ini.
4.6 Rumah Banner
- telah diadakan 4 Rumah Banner iaitu di tapak perhimpunan,dinding surau
dan di hadapan sekolah.
- Guru perlu ukur keluasan tapak banner terlebih dahulu sebelum
membuat tempahan banner.
Makluman
4.7 Projek Memperkasakan SKSU
- Servis air-cond, fasa 1 telah siap dan fasa 2 akan diteruskan
terutamanya di bilik guru.Bilik akses , bilik pemulihan dan pusat
sumber juga termasuk dalam fasa 2.
- Menaiktaraf bilik guru, bilik rehat akan diubahsuai untuk dijadikan
kaunter supaya murid-murid tidak masuk ke dalam bilik guru.
- Membaiki pintu-pintu di bilik khas, pintu yang rosak akan dibaiki dan
diletakkan selak panjang.
- Guru hendaklah memaklumkan kepada pentadbir jika ada bilik-bilik
yang terlepas pandang untuk diselenggara.
- LCD telah dipasang di dewan. Semua guru diharap dapat
memaksimumkan penggunaan LCD tersebut.
- PA Sistem yang baharu juga telah dipasang.
- Satu lagi pentas pidato akan dibina. Guru perlu pelbagaikan aktiviti di
pentas pidato yang telah ada.
- Pejabat Sekolah, semua urusan di pejabat sekolah melalui satu pintu
sahaja.
- Partition untuk bilik PK akan dibuat.
- Naiktaraf bilik di Blok C, bilik tersebut telah dibersihkan dan dijadikan
bilik beruniform dan permainan dalaman catur. Bilik ini akan
diselenggara oleh Cik Sheeren.
- Bilik jamuan akan dijadikan cooling room yang eksklusif, semua guru
tidak dibenarkan menjadikan bilik tersebut sebagai bilik transit.
- Naik taraf bilik-bilik khas, bilik yang terlibat ialah bilik
Matematik,Sejarah, badan beruniform dan catur.
- Akan dibuat berperingkat bermula dengan membaiki pintu, mengecat
dan wiring.
Tindakan : Guru Besar
4.8 Kempen kad kesihatan Cuepacs Care
- Merupakan program PPD Klang
- Semua guru digalakkan mengambil medical card keluarga Cuepacs
Care ini.
Tindakan : Semua Guru
5
4.9 Identiti / kebitaraan sekolah
- SKSU tiada yang digeruni kecuali catur.
- Semua permainan akan distrukturkan semula dan harus
diketengahkan. Permainan yang sesuai dengan murid dalam konteks
1 murid 1 sukan.
- Tahun 2020, akan hadkan penyertaan sukan. SKSU akan tingkatkan
kualiti berbanding kuantiti.
- Rangka jadual latihan sukan pada waktu pdpc hendaklah disediakan
oleh SU sukan. Disokong oleh PK Koku dan disahkan oleh guru besar.
- Guru besar perlu dimaklumkan dahulu sebelum latihan dijalankan.
- Murid skuad projek mesti diserapkan dalam aktiviti kokurikulum yang
sama dan boleh menjalankan latihan ketika itu. Latihan pada hari
Sabtu/ Ahad atau waktu petang hari persekolahan.
- Warna jersey SKSU dijadikan identiti sekolah
Guru yang ada kemahiran tetapi tidak memberi sumbangan kepada
sekolah tidak patut melatih pasukan daerah dan negeri.
- Jurulatih yang hendak keluar melatih murid peringkat negeri
hendaklah bentuk pasukan sekolah dahulu. Latih murid sekurang-
kurangnya johan peringkat daerah. Pastikan pasukan sekolah
mantap dahulu sebelum melatih orang luar.
- Guru besar berhasrat untuk memperkasakan ko-akademik pada
tahun ini.
Tindakan : Semua Guru
4.10 Program- program yang telah dijalankan
- Tahniah diucapkan kepada Unit Kurikulum kerana berjaya
menjalankan Program Jombaca,Tuisyen Rakyat, Program
Keibubapaan dan Program Tahun 6.
- Unit Kokurikulum pula berjaya menjalankan acara Sukan tahunan
dan Merentas Desa .
- Unit HEM juga berjaya menjalankan Program PPDA , Program 3K
dan Gotong-royong Perdana.
Makluman
4.11 Cuti Peristiwa kedua
- 1 Ramadan (Isnin) ,guru tidak dibenarkan CRK pada hari Jumaat dan
Selasa juga tiada MC kecuali MC hospital kerajaan sahaja.
Tindakan : Semua Guru
4.12 Projek SKT Fakulti Sains Gunaan UITM Shah Alam
- Melibatkan 10 orang pensyarah. Telah menjalankan projek SKT
mereka di SKSU sesi petang. Murid Tahun 3 dibimbing dalam projek
Saintis Muda. Akan dipanggil semula selepas UPSR kerana ianya
sangat bagus dan menarik minat murid.
Makluman
6
4.13 Susunan guru 2020
- Bercadang mengumpul guru mengajar mengikut 1 tahun sahaja.
Sebab guru Tahun 6 yang mengajar tahun lain tidak dapat bimbing
murid Tahun 6 untuk program pasca UPSR.
Tindakan : Unit Kurikulum
4.14 Meringankan tugas guru.
- Bermula tahun 2020, beliau mencadangkan agar jualan seluar dan baju
sukan dikelolakan oleh kedai buku.Kerja-kerja perkeranian guru dapat
dikurangkan kerana ibu bapa boleh beli terus di kedai buku.
Makluman
4.15 Majlis berbuka puasa
- Panatia Pendidikan Islam disyorkan supaya dapat merancang satu
majlis berbuka puasa di sekolah pada tahun ini.
Tindakan : KP PI
4.16 Projek dana khas.
- Permohonan sumbangan telah dihantar kepada banyak agensi dan
yayasan. Masih menunggu jawapan.
Makluman
4.17 Membudayakan cara hormat SKSU
- Cara murid menghormati guru ketika guru masuk ke kelas juga tetamu
luar iaitu murid meletakkan tangan di dada dan mengucapkan
salam.Diharap semua guru dapat mengamalkan cara ini.
Tindakan : Semua Guru
4.18 Aturcara perhimpunan rasmi dan perhimpunan pagi.
- Bermula dengan lagu Negaraku, Negeri Selangor, lagu sekolah, ikrar
dan bacaan doa.
Tindakan : Semua Guru
4.19 Parking kereta
- Harap semua guru dapat parking mengundur dan seragam.
Tindakan : Semua Guru
4.20 Bacaan yasin hari Jumaat.
- Perlu diawalkan sedikit agar tidak mengganggu pdpc waktu pertama.
Dicadangkan supaya masa pertama dalam jadual hari Jumaat adalah
waktu Pendidikan Islam.
Tindakan : Semua Guru
4.21 Guru suami isteri di SKSU
- Berharap supaya tidak menjadikan urusan menjaga anak sebagai
alasan untuk tidak menyertai program yang dijalankan di sekolah
seperti mesyuarat , gotong-royong dan lain-lain.
Tindakan : Semua Guru
7
(Ucapan Guru Penolong Kanan Pentadbiran)
4.22 Team Building
- Akan diadakan di Nur Laman Bestari Eco Resort.
- Semua peserta perlu membayar RM50.
- Penyertaan semua guru, kakitangan dan AJK PIBG.
- Tarikh acara pada 22.6.2019/ Sabtu
- Guru yang mempunyai masalah untuk menyertai acara di atas perlu
memaklumkan kepada guru besar.
Tindakan : Semua Guru.
4.23 Program Jombaca Fasa 2
- Program Jombaca Fasa 2 akan bermula pada bulan Mei.
- Terdapat 21 peratus peserta Jombaca Fasa 1 yang masih tidak
melepasi tahap bacaan.
- Mesyuarat akan diadakan pada minggu hadapan.
Tindakan: Pn Rusmiyanti
4.24 Borang Keberhasilan
- Perlu dihantar kepada pegawai penilai masing-masing untuk
pengisian penilaian pertama 2019.
- Tarikh akhir penghantaran boring tersebut pada 25 April 2019.
Tindakan : Semua Guru
4.25 Pencerapan Fasa 1
- Pencerapan oleh pihak pentadbir bermula bulan April.
- Semua guru perlu bersedia pada setiap masa tanpa perlu diberitahu
lebih awal oleh pentadbir.
Tindakan : Semua Guru
4.26 Pentaksiran Bilik Darjah.
- Masih ada guru yang belum membuktikan perlaksanaan perekodan
PBD kepada guru besar atau PK 1.
- Rekod ini perlu agar pentadbir dapat membuat pemantauan sebelum
perjumpaan dengan ibu bapa.
Tindakan : Semua Guru
4.27 Peperiksaan Pertengahan Tahun.
- PPT akan bermula pada 10 Mei 2019.
- Semua guru diharap bersedia dari segi penyediaan dan pengurusan
kertas soalan.
- Guru-guru juga perlu menghabiskan tajuk mengikut DSKP dan RPT
yang dirancang mengikut minggu Pdpc.
Tindakan : Semua Guru
4.28 Ramadan dan bulan dakwah.
- Pelancaran akan dibuat pada 7 Mei 2019.
- Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah tadarus Al-
Quran,tazkirah,iftar, majlis khatam Al- Quran dan penyerahan
sumbagan kepada anak yatim.
Tindakan : KP PI
8
(Ucapan Guru Penolong Kanan Kokurikulum)
4.29 Beliau mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua guru kerana telah
menjayakan acara Sukan Tahunan bagi tahun 2019.
4.30 Berharap tiada mesyuarat daripada unit-unit lain semasa aktiviti kokurikulum
Tahap 1 dijalankan.Terdapat kekurangan guru untuk mengendalikan murid-
murid yang terlibat.
Tindakan: Semua Unit
4.31 Cuba elakkan program bertindih. Boleh mengganggu program sukan kerana
melibatkan murid yang sama. Sepatutnya dimaklumkan terlebih dahulu kepada
Unit Kokurikulum
Tindakan : Semua Unit
4.32 Setiap kejayaan yang dicapai di peringkat PPD melayakkan unit sukan diiktiraf di
peringkat daerah.
4.33 Kerosakan kunci Bilik Sukan. Berharap semua guru dapat bekerjasama menjaga
bilik tersebut. Salinan kunci boleh diambil daripada PK Kokurikulum, Encik Zaki
atau Encik Norharnizam jika perlu.
Tindakan: Semua Guru
4.34 Murid-murid yang terlibat mewakili sekolah dalam aktiviti sukan perlu mendapat
sokongan daripada semua pihak.
Tindakan : Semua Guru
(Ucapan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
4.35 Bantuan yang disediakan oleh KPM.
- Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM100 telah masuk Fasa 2.
- RMT
- guru bertugas RMT diharap dapat makan bersama-sama dengan murid
semasa program tersebut berjalan. Pastikan makanan yang disediakan
berkualiti.
Tindakan : Guru RMT
4.36 KWAMP
- Seramai 319 orang murid layak mendapat bantuan ini.
- terdapat murid yang tercicir. Layak diambil dalam fasa 2 berdasarkan
maklumat murid dalam APDM.
- Semua guru kelas diminta sentiasa mengemaskini data murid terutama
bahagian pendapatan penjaga bagi memastikan murid layak mendapat
bantuan yang sepatutnya.
Tindakan : Guru Kelas
4.37 e-Kehadiran
- Perlu diisi dan disahkan setiap hujung bulan.
- Analisa kedatangan ini perlu dicetak dan dihantar kepada PK HEM.
Tindakan : Guru Kelas
9
4.38 Buku kawalan kelas perlu ditulis dan kehadiran murid mesti dicatat dalam buku
tersebut. Pastikan buku kawalan kelas ditulis setiap hari.
Tindakan : Semua Guru
4.39 Pas keluar kelas perlu dijaga dengan baik. Pastikan murid menggunakan pas
dengan betul.
Tindakan : Semua Guru
4.40 Guru yang bertugas pada waktu rehat perlu memastikan murid-murid makan di
kantin sahaja. Pastikan bekas makanan yang telah digunakan diletakkan di
tempat yang sepatutnya.
Tindakan : Guru Bertugas
(Ucapan Ketua Pembantu Tadbir)
4.41 Beliau adalah pengantara antara guru dengan AKP.
4.42 Prosedur nota minta.
- Semua KP dan guru perlu mengisi borang nota minta daripada PT
Kewangan.
- Isi nota minta kemudian pastikan ditandatangan oleh Guru Besar. Setelah
diluluskan, serah kepada PT Kewangan dan beliau akan buat pesanan.
4.43 Pembelian terus daripada pembekal adalah dilarang.
Tindakan : Semua Unit
4.44 Sebarang aduan kerosakan peralatan perlu ditulis di dalam buku hijau di pejabat
untuk memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan.
Tindakan : Semua Guru
4.45 Sekiranya terdapat perubahan dalam potongan gaji , guru-guru perlu
maklumkan kepada KPT dengan kadar segera.
Tindakan : Semua Guru
4.46 E-Failing LHDN perlu diisi dengan lengkap dan dihantar segera. Jika lewat
dihantar,individu terlibat akan didenda.
Tindakan : Semua Guru
4.47 Semua guru digalakkan membuat potongan zakat bagi mengurangkan potongan
PCB dalam slip gaji.
Tindakan : Semua Guru
4.48 Sebarang permohonan yang melibatkan agensi kerajaan perlu dimaklumkan
kepada pihak pejabat agar tidak timbul sebarang masalah pada masa hadapan.
Tindakan : Semua Guru
10
5 HAL-HAL LAIN
5.1 Perhimpunan pagi perlu diringkaskan. Murid patut didengarkan dengan surah-
surah Al-Quran yang mudah pada awal pagi. Ia merupakan pendidikan secara tidak
langsung.
Tindakan : Guru Bertugas
5.2 Murid-murid Tahun 6 dicadangkan dikumpul di dataran dewan. Murid Tahun 4
dan 5 di Dewan Wawasan. Keadaan ini memudahkan pengurusan guru bertugas.
Mudah untuk sampaikan maklumat kepada murid.
Tindakan : Guru Bertugas
5.3 Guru kelas patut memastikan admin sahaja yang boleh menyatakan
maklumat dalam kumpulan wasap kelas.
Tindakan : Guru Kelas
5.4 Bilik Pend. Jasmani dan Bilik Sukan perlu dipisahkan kerana ia merupakan
dua unit yang berbeza.
Makluman
6 PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.55 pagi.
Urusetia Mesyuarat :
Wahida Bte Abu Bakar
SU Pentadbiran
30 April 2019
11