IZFANNY SPORT BIKE 13-G, JALAN TEMENGGUNG 5/9, BANDAR MAHKOTA CHERAS, 43200 CHERAS, SELANGOR RANCANGAN PERNIAGAAN NAMA CALON NORIZFANI SYAFIRAH BT MOHD FAISOL NO KAD PENGENALAN 000000-00-0000 ANGKA GILIRAN BD0000000 NAMA SEKOLAH SMK SULTAN ABDUL AZIZ SHAH
SENARAI KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT RINGKASAN EKSEKUTIF i – ii 1.0 PENGENALAN 1 2.0 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN 2 3.0 LATAR BELAKANG PEMILIK 3 4.0 RANCANGAN PENTADBIRAN 4.1 LOGO PERNIAGAAN 4.2 VISI, MISI, DAN OBJEKTIF PERNIAGAAN 4.3 CARTA ORGANISASI 4.4 DESKRIPSI TUGAS PENTADBIRAN 4.5 PENGGAJIAN 4.6 KOS PENTADBIRAN 4 – 10 5.0 RANCANGAN OPERASI 5.1 JENIS PRODUK 5.2 CARTA ALIR PROSES PERNIAGAAN 5.3 WAKTU OPERASI PERNIAGAAN 5.4 KEDUDUKAN PREMIS PERNIAGAAN 5.5 DESKRIPSI TUGAS OPERASI 5.6 SUSUN ATUR RUANG PREMIS PERNIAGAAN 5.7 KEPERLUAN PERNIAGAAN / RAKAN STRATEGIK NIAGA 5.8 KOS OPERASI 5.9 PENGURUSAN SUMBER FIZIKAL DAN TEKNOLOGI 11 – 20 6.0 RANCANGAN PEMASARAN 6.1 ANALISIS INDUSTRI 6.2 ANALISIS PASARAN 21 – 33 7.0 RANCANGAN KEWANGAN 7.1 MENGHITUNG KEPERLUAN MODAL PERNIAGAAN 7.2 PENYATA KEWANGAN PROFORMA 34 – 39 8.0 PENUTUP 40 LAMPIRAN 41 – 44
i RINGKASAN EKSEKUTIF Izfanny Sport Bicycle merupakan perniagaan yang menjual barangan peralatan yang berasaskan sukan berbasikal. Perniagaan ini beroperasi di Jalan Temenggung, Bandar Mahkota Cheras, Selangor. Perniagaan ini mempunyai visi, misi dan objektif yang tersendiri. Visi perniagaan ini adalah untuk menjadi peneraju utama dalam jangka masa yang panjang. Sehubungan dengan itu, misi perniagaan ini pula adalah untuk menguasai pasaran dengan membuka cawangan baru di seluruh negeri di Malaysia. Objektif perniagaan ini pula adalah meningkatkan jualan sebanyak 30% pada tahun pertama dan mencapai keuntungan sebanyak 20% pada setiap bulan. Seterusnya, perniagaan ini mempunyai struktur perniagaan yang diuruskan oleh seorang pengurus besar dan dibantu oleh dua orang pengurus bahagian fungsian dan dua orang staf sokongan untuk memastikan urusan perniagaan dapat berjalan dengan lancar. Izfanny Sport Bicycle juga menyediakan empat bentuk insentif kepada pekerja, iaitu caruman KWSP, caruman PERKESO, bonus tunai, dan kemudahan cuti tahunan dan cuti sakit. Selanjutnya, waktu operasi perniagaan ini telah ditetapkan iaitu hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 9 pagi hingga 8 malam dan hari Sabtu hanya beroperasi pada pukul 9 pagi hingga 5 petang. Manakala, hari Ahad dan cuti umum perniagaan akan tutup bagi memastikan pengurusan perniagaan adalah terbaik. Aktiviti pemasaran yang dilaksanakan oleh perniagaan ini adalah mengikut campuran 4P di mana produk yang dipasarkan adalah berkualiti tinggi dan memenuhi cita rasa pelanggan. Tempat yang dipilih juga adalah strategik kerana berhampiran dengan kawasan perumahan yang berpenduduk ramai. Aktiviti promosi juga dijalankan dengan kerap untuk memastikan kesetiaan pelanggan sedia ada dan menarik perhatian pelanggan yang baharu melalui media sosial. Di samping itu, harga yang ditawarkan oleh perniagaan juga adalah berpatutan. Modal yang diperoleh oleh Izfanny Sport Bicycle adalah daripada modal sendiri sebanyak RM80 000 serta menyediakan penyata aliran bagi 12 bulan, penyata pendapatan dan kira-kira bagi melancarkan kewangan perniagaan.
ii Bagi modal awal perniagaan ini adalah RM 80 000 yang terdiri daripada kelengkapan modal sendiri sebanyak RM 30 000 dan pinjaman daripada agensi luar iaitu MARA sebanyak RM 50 000. Perniagaan ini memilih pembiayaan MARA kerana kadar faedah yang dikenakan adalah rendah dan tempoh masa bayaran semula adalah panjang.
1 1.0 PENGENALAN Izfanny Sports Bicycle merupakan sebuah perniagaan milikan tunggal yang telah ditubuhkan pada 1 Januari yang lalu. Perniagaan ini adalah perniagaan berasaskan sukan berbasikal yang menjual aksesori basikal dan peralatan keselamatan berbasikal. Antara kelebihan perniagaan milikan tunggal ini adalah perniagaan ini mudah ditubuhkan kerana tidak mempunyai banyak syarat yang dikenakan dan hanya memerlukan modal yang kecil. Selanjutnya, beban cukai yang dikenakan juga adalah rendah daripada syarikat berhad yang perlu membayar cukai syarikat. Kementerian pembangunan yang menggalakkan orang muda untuk menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan. Oleh itu, perniagaan ini juga mempunyai dua program latihan pembangunan usahawan untuk meningkatkan kemahiran pekerja,iaitu,Program Latihan Keusahawanan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) kerana modal latihan yang terkini menepati kehendak industri dan pasaran semasa. Seterusnya, adalah Latihan Asas Industri (INBT) dalam sukan dan aktiviti sukan lasak yang menyediakan peluang kepada para peserta untuk merasai sendiri pengalaman dalam menguruskan perniagaan. Tujuan penyediaan rancangan perniagaan ini adalah untuk memohon pembiayaan kewangan dengan jumlah pinjaman yang diperlukan ialah sebanyak RM 50 000 daripada SPiM Majlis Amanah Rakyat (MARA). Justifikasi sumber pembiayaan ini dipilih kerana syarikatnya yang memiliki 100% hak milik bumiputera dan warganegara. Perniagaan juga hanya perlu beroperasi sekurang-kurangnya enam bulan. Di samping itu, agensi ini mempunyai kadar faedah yang rendah iaitu 4%. Bagi tujuan memohon pinjaman pembiayaan adalah untuk memudahkan urusan perniagaan dan membaik pulih premis perniagaan. Selain itu, untuk memanfaatkan perkhidmatan pinjaman yang bersesuaian dengan syarat kelayakan seperti yang telah ditetapkan oleh pihak bank.
2 2.0 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN Butiran Maklumat Nama perniagaan Izfanny Sport Bicycle Alamat premis perniagaan 13-G, Jalan Temenggung 5/9, Bandar Mahkota Cheras, 43200 Cheras, Selangor. No. telefon dan faks 03-87830606 No.faks 03-87370736 Emel/FB/IG [email protected] Bentuk pemilikan perniagaan Milikan Tunggal Modal awal Bank : RM50000 Kelengkapan : RM30000 Tarikh pendaftaran perniagaan 22 Disember 2022 Tarikh mula perniagaan 1 Januari 2023 No pendaftaran erniagaan 202203140606 Nama bank perniagaan Maybank No. akaun bank perniagaan 5582 7500 8858
3 3.0 LATAR BELAKANG PEMILIK Butiran Maklumat Nama penuh Norizfani Syafirah binti Mohd Faisol No kad pengenalan 0000-00-0000 Tarikh lahir 27 Jun 1997 Umur 26 Tahun Status perkahwinan Bujang Alamat rumah Blok D000 Jalan Cuepacs 5, Taman Mewah Cheras, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia. Nombor telefon peribadi 6012-3456789 Email [email protected] Kelulusan akademik Diploma Teknologi Maklumat Kemahiran - Mahir dalam bidang basikal dan teknologi maklumat dan komunikasi. - Cekap dalam berbahasa seperti Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin. Pengalaman - Pernah bekerja di kedai basikal Zaim sebagai pengurus operasi selama 2 tahun.
4 4.0 RANCANGAN PENTADBIRAN 4.1 Logo Perniagaan Maksud nama logo: - Nama tersebut diambil daripada nama pemilik iaitu Norizfani Maksud logo: - Menjelaskan tentang identiti perniagaan dan barang yang dipasarkan. Logo ini juga dapat menarik minat pelanggan untuk mengetahui lebih lanjut tentang barang yang dipasarkan oleh perniagaan ini. Basikal: - Menunjukkan produk yang dijalankan oleh perniagaan ini. Maksud warna logo: - Hitam: melambangkan kesan yang kuat, elegan dan neutral. - Putih: menunjukkan memiliki integriti yang tinggi.
5 4.2 Visi, Misi dan Objektif Visi Menjadi peneraju utama dalam bidang sukan berbasikal dan dapat beroperasi dalam jangka masa yang panjang. Misi Menguasai pasaran dengan membuka cawangan baru diseluruh negeri di Malaysia. Objektif - Meningkatkan jualan sebanyak 30% pada tahun pertama. - Menambah dan mempelbagaikan jenis produk setiap tahun. - Mencapai keuntungan sebanyak 20% setiap bulan. - Mensasarkan jualan meningkat sebanyak 30% setiap bulan. - Membuka cawangan dalam tempoh 5 tahun.
6 4.3. CARTA ORGANISASI Berikut merupakan carta organisasi bagi perniagaan Izfanny Sport Bike : PENGURUS BESAR NORIZFANI SYAFIRAH BINTI MOHD FAISOL PENGURUS PENTADBIRAN DAN KEWANGAN NURAQILAH BINTI MOHD ROSLI PENGURUS OPERASI DAN PEMASARAN NURMAISARAH BINTI MOHD AZMAN STAF SOKONGAN 1 MUHAMAD KHAIRUL BIN MUHAMAD FAZIL STAF SOKONGAN 2 MUHAMMAD ADAM BIN SYED NOR
7 4.4 DISKRIPSI TUGAS PENTADBIRAN Jawatan Tugasan 1. Pengurus besar (Norizfani Syafirah binti Mohd Faisol) Memantau semua aktiviti perniagaan. Menentukan visi,misi dan objektif perniagaan. Memastikan kebajikan pekerja terjaga. Menyelia dan menguruskan kakitangan kedai, termasuk proses perekrutan, latihan, penilaian prestasi dan peningkatan kemahiran pekerja 2. Pengurus pentadbiran dan kewangan. (Nuraqilah binti Mohd Rosli) Menguruskan aspek kewangan perniagaan kedai peralatan sukan. Memastikan bajet dan perbelanjaan perniagaan dalam kawalan yang baik dan sesuai dengan matlamat perniagaan. Menguruskan akaun perniagaan, mengawal perbelanjaan dan penerimaan, serta memantau aliran tunai Menggunakan sistem kewangan yang efisien dan berkesan dalam perniagaan 3. Pengurus operasi dan pemasaran (Nurmaisarah binti Mohd Aznam) Membantu pengurus besar untuk mengawasi dan menguruskan operasi harian kedai peralatan sukan. Memantau semua aktiviti operasi. Memastikan semua proses dan aktiviti berjalan dengan lancar dan efisien, termasuklah pengurusan stok dan pengendalian pertanyaan pelanggan. Memastikan kualiti produk sentiasa terbaik.
8 4.5 PENGGAJIAN 4.5.1 Jadual imbuhan dan gaji termasuk KWSP dan PERKESO NAMA PEKERJA GAJI KASAR POTONGAN PEKERJA JUMLAH POTONGAN GAJI BERSIH POTONGAN MAJIKAN KWSP PERKESO KWSP PERKESO 11% RUJUK JADUAL 13% RUJUK JADUAL RM RM RM RM RM RM RM PENGURUS BESAR 3,500.00 385.00 17.25 402.25 3097.75 455.00 60.35 PENGURUS PENTADBIRAN DAN KEWANGAN 3,000.00 330.00 14.75 344.75 2655.25 390.00 51.65 PENGURUS PEMASARAN DAN OPERASI 3,000.00 330.00 14.75 344.75 2655.25 390.00 51.65 STAF SOKONGAN 1 1,500.00 165.00 7.25 172.25 1327.75 195.00 25.35 STAF SOKONGAN 2 1,500.00 165.00 7.25 172.25 1327.75 195.00 25.35 JUMLAH 12,500.00 1,375.00 61.25 1436.25 11063.75 1625.00 218.35
9 4.5.2 BENTUK INSENTIF PEKERJA 1. KWSP - Ordinan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) (1955) mewajibkan caruman dibuat oleh majikan (12%) dan pekerja (11%) setiap tahun. 2. PERKESO - Akta Keselamatan Sosial (PERKESO) (1969) mewajibkan pihak majikan mengambil insurans pampasan pekerja iaitu caruman majikan 1.25% dan pekerja 0.5% daripada gaji bulanan pekerja untuk melindungi majikan daripada tuntutan pekerjanya. 3. Bonus tunai - Penghargaan yang dibayar secara tunai kepada pekerja pada akhir tempoh tertentu berdasarkan prestasi perniagaan. 4. Kemudahan cuti - Kemudahan akan diberikan kepada pekerja mengikut tahun perkhidmatan merangkumi cuti tahunan, cuti sakit, cuti bersalin dan sebagainya. i. Cuti tahunan - Cuti tahunan diberikan kepada pekerja tidak termasuk cuti umum. Sekiranya pekerja mengambil cuti melebihi cuti tahunan yang diberi, maka gajinya akan ditolak berdasarkan gaji sehari mengikut bilangan hari cuti tambahan yang diambil. ii. Cuti sakit - Cuti sakit akan diberikan kepada pekerja yang telah dapat kelulusan daripada doctor berdaftar yang dilantik. Gaji pekerja akan dibayar semasa cuti sakit
10 4.6 KOS PENTADBIRAN kos-kos pentadbiran perniagaan adalah seperti berikut: JENIS PERABOT Kuantiti Harga seunit (RM) Jumlah (RM) RAK FAIL 1 500.00 500.00 PAPAN PUTIH 1 200.00 200.00 MEJA 5 450.00 2250.00 KERUSI PELANGGAN 5 300.00 1500.00 MEJA KAUNTER 1 420.00 420.00 SOFA 1 3000.00 3000.00 0 0.00 0.00 JUMLAH BESAR 7870.00 JENIS ALAT PEJABAT Kuantiti Harga seunit Jumlah (RM) PENGHAWA DINGIN 4 1500.00 6000.00 KOMPUTER RIBA 3 2500.00 7500.00 PENCETAK 1 900.00 900.00 TELEFON DAN FAKS 1 130.00 130.00 KOMPUTER (PC) 1 1500.00 1500.00 PENDAWAIAN 1 5000.00 5000.00 PEMADAM API 3 900.00 900.00 JUMLAH BESAR 22130.00
11 5.0 RANCANGAN OPERASI 5.1 Jenis Produk PRODUK HURAIAN BASIKAL NEW CHAMPION MTB Basikal jenama champion ini boleh dikatakan antara jenis basikal terbaik bagi pemula dalam dunia basikal. Basikal ini sesuai juga bagi golongan yang mencari basikal bajet tetapi berkualiti dan terkini. Model basikal ini menggunakan frame jenis light steel bersaiz 17 inci dan group set 27 speed Ltwoo A5. Jenis aloi yang digunakan pada bahagian rim untuk membuatkan pengguna merasa stabil dan selesa ketika mengayuh. Sistem brek basikal ini menggunakan jenis disc depan belakang untuk lebih mencengkam ketika memberhentikan basikal. BASIKAL FIXIE GAINWAY Basikal jenis fixie jenama Gainway adalah pilihan sesuai bagi pengggemar tunggangan yang santai atau kegunaan harian. Pengguna boleh mengubah mekanisma kayuhan sama ada mahukan freewheel atau fixed gear. Kebiasaannya basikal fixie tidak disertakan brek tetapi model basikal fixie ini adalah dilengkapi dengan brek jenis brake disc daripada Gainway. TOPI KELEDAR Mempunyai pelbagai pilihan warna dan produk ini bersaiz 55-65 cm. Produk yang berkualiti tinggi dan sesuai untuk aktiviti lasak. Mempunyai bahan yang lembut pada bahagian dalam (inner).
12 5.2 CARTA ORGANISASI PERNIAGAAN \ Membuat tempahan produk daripada pembekal Mendapat produk daripada pembekal Menyemak produk yang dihantar oleh pembekal Pulang kepada pembekal MULA Menepati tempahan Mempamerkan produk jualan di kedai Jualan produk kepada pelanggan Menerima bayaran daripada pelanggan Mengeluarkan resit TAMAT Ya Tidak
13 5.3 WAKTU OPERASI PERNIAGAAN Waktu operasi Izfanny Sport Bicycle ialah seperti berikut: Hari Masa Isnin-Jumaat 9.00am-8.00pm Sabtu 9.00am-5.00pm Ahad Cuti Cuti umum Cuti
14 5.4 DISKRIPSI TUGAS OPERASI JAWATAN TUGAS STAF SOKONGAN 1 (Muhamad Khairul bin Muhamad Fazil) Memahami dengan baik produk peralatan sukan yang dijual di kedai untuk memberikan penerangan yang terperinci. Sentiasa memastikan produk dalam keadaan yang baik dan mencukupi. Membantu dalam melaksanakan di samping pengurus operasi dan pemasaran. STAF SOKONGAN 2 (Muhammad Adam bin Syed Nor) Membantu staf sokongan 1 untuk merekod jualan harian. Menerangkan tentang produk kepada pelanggan dengan secara terperinci dan jelas. Membantu menguruskan tentang urusan operasi dan pemasaran.
15 5.5 KEDUDUKAN PREMIS PERNIAGAAN Alamat : 13-G, Jalan Temenggung 5/9, Bandar Mahkota Cheras, 43200 Cheras, Selangor. Justifikasi / alasan memilih lokasi tersebut: - Alasan lokasi ini dipilih kerana lokasi ini berhampiran dengan kawasan perumahan dan pasar raya besar di mana tempat yang mudah dikunjungi oleh orang ramai. Selain itu, kadar sewa premis yang berpatutan dan sesuai dengan perniagaan yang baru dimulakan. Justeru itu, terdapat juga kemudahan infrastruktur seperti tempat letak kereta yang memberi kemudahan dan keselesaan kepada pengunjung. KAMI DISINI
16 5.6 SUSUN ATUR RUANG PREMIS PERNIAGAAN RAK MEJA KAUNTER STOK TANDAS SURAU WANITA SURAU WANITA PEJABAT RUANG REHAT PINTU BELAKANG PINTU HADAPAN
17 5.7 KEPERLUAN PERNIAGAAN / RAKAN STRATEGIK NIAGA Rakan strategik niaga adalah penting bagi membantu mengembangkan operasi perniagaan. Oleh itu, Izfanny Sport Bicycle telah merancang untuk mencari rakan strategik dalam memastikan keuntungan dapat dioptimakan dan kos pengurusan dapat dikurangkan. Perniagaan ini telah memilih PedalSpots sebagai rakan strategik niaga untuk menjalinkan kerjasama dalam mengurus perniagaan. PedalSpots menawarkan produk yang lebih berkualiti tinggi berbanding pembekal lain. Selain itu, PedalSpots juga menawarkan penghantaran produk yang cekap ke premis perniagaan bagi memudahkan serta membantu perniagaan ini. Kemudahan membuat pembiayaan secara kredit juga telah diberikan oleh PedalSpots untuk pembelian keperluan perniagaan yang telah dibuat. Dalam perniagaan ini mengharapkan kerjasama dengan rakan strategik niaga ini dapat membantu kedua-dua belah pihak dalam menguruskan perniagaan masing-masing untuk terus berkembang dari semasa ke semasa.
18 5.8 KOS OPERASI Kos operasi Izfanny Sport Bicycle BIL BAHAN KUANTITI HARGA SEUNIT (RM) JUMLAH 1. BASIKAL NEW CHAMPION MTB 55 350.00 19250.00 2. BASIKAL FIXIE GAINWAY 45 200.00 9000.00 3. TOPI KELEDAR 30 50.00 1500.00 4. KASUT SUKAN 30 80.00 2400.00 JUMLAH 32150.00 Kos tenaga kerja BIL JAWATAN GAJI PEKERJA (RM) 1. STAF SOKONGAN 1 1500.00 2. STAF SOKONGAN 2 1500.00 JUMLAH 3000.00 Kos lain-lain BIL PERKARA JUMLAH (RM) 1. SEWA PREMIS 2500.00 2. KADAR BAYARAN 450.00 3. PROMOSI 300.00 4. PETROL 500.00 5. INSURANS 1400.00 6. GDL 2500.00 7. PENDAFTARAN 60.00 8. PATEN 1840.00 9. KURSUS 1000.00 10. BELANJA AM 500.00 11. PAPAN TANDA 1500.00
19 5.9 PENGURUSAN SUMBER FIZIKAL DAN TEKNOLOGI SUMBER JUSTIFIKASI SUMBER FIZIKAL Bangunan dan Kemudahan premis perniagaan Merupakan sebuah tempat untuk menjalankan operasi perniagaan dengan lebih selesa dan mempunyai kemudahan infrastruktur yang membantu pengurusan perniagaan. Dapat melindungi produk dan peralatan sukan daripada sebarang kerosakan dan kesucian. Stok Sukan berbasikal Memastikan stok barang peralatan disimpan dan sentiasa mencukupi apabila diperlukan oleh perniagaan. Memastikan stok peralatan sukan berbasikal sentiasa dalam keadaan yang baik dan terjaga untuk dijual bagi menjamin kualiti perniagaan. SUMBER JUSTIFIKASI SUMBER TEKNOLOGI Kemahiran dan pengalaman Memilih pekerja yang berminat dan mempunyai kemahiran, rajin dan mampu bekerja secara berkumpulan dan bijak dalam membuat keputusan. Menghantar pekerja berkursus 6 bulan sekali adalah penting bagi meningkatkan prestasi masing-masing. Lesen perisian Untuk mengelakkan diri daripada dikenakan saman serta melindungi nama baik perniagaan. Perniagaan menggunakan beberapa aplikasi yang mendapat kebenaran daripada pemilik asal seperti canva, adobe photoshop dan piscart bagi menjalankan pemasaran yang kesan.
20 SUMBER PROSEDUR MENGURUS SUMBER FIZIKAL Perlindungan Insurans dan Keselamatan. Insurans – diambil untuk melindungi perniagaan daripada sebarang kerosakan dan kerugian. Antara insurans yang diambil ialah: - Perniagaan mengambil insurans kebakaran untuk premis bagi melindungi daripada risiko kebakaran. - Perniagaan juga mengambil insurans kecurian. - Perniagaan turut mengambil insurans perlindungan daripada tuntutan pekerja dan pihak ketiga bagi menjamin keselamatan perniagaan pelanggan dan pekerja. Keselamatan – bagi menentukan keselamatan di dalam premis, premis menyediakan pelan premis, arahan sekiranya terbakar. Perniagaan ini juga menyediakan alat pemadam api. Premis juga dipasang dengan CCTV dan alat penggera bagi memastikan keselamatan semua kakitangan perniagaan. Penyelenggaraan dan baik pulih secara terancang. Perniagaan ini menyediakan jadual khas untuk menyelenggaraan peralatan yang terdapat dalam premis secara berkala. Premis perniagaan juga akan diselenggara mengikut keperluan sekiranya ada kerosakan. TEKNOLOGI Paten - Perniagaan mempatenkan logo perniagaan di MyIPO. - Dibuat lagi mengelakkan logo daripada diciplak oleh usahawan lain dan logo produk disalahguna oleh pihak tertentu.
21 6.0 RANCANGAN PEMASARAN 6.1 ANALISIS INDUSTRI 6.1.1 KEKUATAN DAN KELEMAHAN PERNIAGAAN BIL KEKUATAN BIL KELEMAHAN i. Mempunyai sistem teknologi maklumat yang cekap dan berkesan membolehkan urusan perniagaan dapat dijalankan dengan baik. i. Jenama produk kurang dikenali oleh pelanggan. ii. Perniagaan ini mempunyai pekerja yang pengalaman tinggi dan mahir dalam bidang berbasikal ini. ii. Perniagaan ini tidak mempunyai pelanggan yang tetap kerana baru memulakan perniagaan.
22 6.1.2 TANDINGAN PRODUK DENGAN 2 PESAING Berikut adalah tandingan produk Izfanny Sport Bicycle dengan 2 pesaing: IZFANNY SPORT BICYCLE SYU BICYCLE ZORRO’S BIKE Menggunakan jenis aloi yang berkualiti untuk membuatkan pengguna merasa stabil dan selesa ketika mengayuh. Menggunakan jenis logam aluminium kerana mempunyai kelebihan yang ringan dan tidak mudah karat. Menggunakan bingkai aloi titanium yang berkualiti tinggi kerana lebih ringan dan ketahanan yang stabil untuk mengayuh. Hanya tiga jenis produk yang dijual di perniagaan ini kerana baru mula beroperasi. Perniagaan ini telah menjual lapan jenis produk kerana perniagaan ini telah mula beroperasi selama lima tahun. Perniagaan Zorro’s Bike telah menjual lebih dari sepuluh jenis produk basikal dan aksesori basikal kerana telah beroperasi selama sepuluh tahun dan banyak dikenali oleh pelanggan.
23 6.1.3 STRATEGIK HARGA DENGAN 2 PESAING Strategik harga pesaing bagi perniagaan Izfanny Sport Bicycle adalah seperti berikut PRODUK IZFANNY SPORT BICYCLE SYU BICYCLE ZORRO’S BIKE BASIKAL RM 684 Harga yang mampu milik tetapi barang yang berkualiti dan terkini. Pelanggan boleh membayar secara tunai atau menggunakan kad debit sahaja. RM 95 Harga yang lebih rendah tetapi memuaskan pelanggan. Pelanggan hanya boleh membuat pembayaran secara tunai sahaja. RM 750 Menawarkan harga yang tinggi kerana berkualiti tinggi dan diimport daripada luar negara. Pembayaran boleh dibuat menggunakan kad debit, tunai atau QR pay. KASUT SUKAN RM 128 Harga produk yang berpatutan dan kompetitif dengan pasaran. Kasut yang menarik dan mampu milik dapat menarik perhatian pelanggan untuk membeli produk tersebut. RM 75 Menjual dengan harga yang lebih rendah untuk pasaran dan mudah mendapat perhatian pelanggan untuk mencari harga barang yang rendah. RM300 Harga yang tinggi bagi sepasang kasut dan berkualiti yang tinggi kerana produk diimport daripada luar negara serta sesuai untuk pelanggan yang mencari barang tinggi kualitinya.
24 6.1.4 STRATEGIK PROMOSI PERNIAGAAN Berikut adalah kaedah promosi yang digunakan oleh Izfanny Sport Bicycle: i) Pengiklanan - Kaedah ini merupakan satu cara komunikasi pemasaran dan memujuk pelanggan untuk membeli sesuatu produk atau perkhidmatan. Oleh itu, perniagaan ini menawarkan harga promosi dengan menyebarkan maklumat produk menggunakan medium atas talian atau media sosial seperti Tiktok dan media cetak seperti poster. ii) Promosi jualan - Salah satu kaedah yang melibatkan pelbagai jenis insentif untuk menarik minat pengguna adalah dengan menggunakan kaedah potongan harga atau lebih dikenali sebagai diskaun dan memberikan baucar kepada pelanggan. Kaedah ini dilakukan pada hari sukan sedunia dan hari kanak-kanak.
25 6.2 ANALISIS PASARAN 6.2.1 MENENTUKAN HARGA JUALAN SEUNIT Berikut merupakan jualan dan kuantiti produk yang dijual oleh perniagaan ini: Bil. Bahan Kuantiti Harga Seunit (RM) Jumlah 1 BASIKAL NEW CHAMPION MTB 55 350.00 19250.00 2 BASIKAL FIXIE GAINWAY 45 200.00 9000.00 3 TOPI KELEDAR 30 50.00 1500.00 4 KASUT SUKAN 30 80.00 2400.00 Jumlah 32150.00
26 6.2.2 SASARAN JUALAN Jenis barang : BASIKAL NEW CHAMPION MTB 1. Harga seunit : RM 30800 2. Unit jualan sehari : 45 3. Sasaran jualan : RM 684.44 × 2 × 26 : RM 35590.88 BIL BULAN KUANTITI HARGA SEUNIT JUMLAH (RM) 1 Januari 45 684.44 30800.00 2 Februari 47 684.44 32340.00 3 Mac 50 684.44 33950.00 4 April 52 684.44 35654.85 5 Mei 55 684.44 18184.86 6 Jun 57 684.44 18548.56 7 Julai 60 684.44 18919.53 8 Ogos 63 684.44 19297.92 9 September 66 684.44 19683.88 10 Oktober 70 684.44 20077.56 11 November 73 684.44 20479.11 12 Disember 77 684.44 20888.69 JUMLAH TAHUN 1 225323.11 45 26 : 2 : RM 684.44
27 Produk Jualan 2 : BASIKAL FIXIE GAINWAY 1. Harga seunit : RM 14400 2. Unit jualan sehari : 35 3. Sasaran jualan : RM 411.43 × 1.34 × 26 : RM 14334.22 BIL BULAN KUANTITI HARGA SEUNIT JUMLAH (RM) 1 Januari 35 411.43 14400.00 2 Februari 59 411.43 24192.00 3 Mac 62 411.43 25401.60 4 April 65 411.43 26671.68 5 Mei 68 411.43 28005.26 6 Jun 71 411.43 29405.53 7 Julai 75 411.43 30875.80 8 Ogos 79 411.43 32419.59 9 September 83 411.43 34040.57 10 Oktober 87 411.43 35742.60 11 November 91 411.43 37529.73 12 Disember 96 411.43 39406.22 JUMLAH TAHUN 1 358090.60 35 26 : 1.34 : RM 411.43
28 Produk Jualan 3 : TOPI KELEDAR 1. Harga seunit : RM 2400 2. Unit jualan sehari : 20 3. Sasaran jualan : RM 120 × 0.76 × 26 : RM 2371.20 BIL BULAN KUANTITI HARGA SEUNIT JUMLAH (RM) 1 Januari 20 120.00 2400.00 2 Februari 21 120.00 2520.00 3 Mac 22 120.00 2646.00 4 April 23 120.00 2778.30 5 Mei 24 120.00 2917.22 6 Jun 26 120.00 3063.08 7 Julai 27 120.00 3216.63 8 Ogos 28 120.00 3377.04 9 September 30 120.00 3545.89 10 Oktober 31 120.00 3723.19 11 November 33 120.00 3909.35 12 Disember 34 120.00 4104.81 JUMLAH TAHUN 1 38201.10 20 26 : 0.76 : RM 120.00
29 Produk Jualan 4 : KASUT SUKAN 1. Harga seunit : RM 3840 2. Unit jualan sehari : 30 3. Sasaran jualan : RM 128 × 1.15 × 26 : RM 3827.20 BIL BULAN KUANTITI HARGA SEUNIT JUMLAH (RM) 1 Januari 30 128.00 3840.00 2 Februari 32 128.00 4032.00 3 Mac 33 128.00 4233.60 4 April 35 128.00 4445.28 5 Mei 36 128.00 4667.54 6 Jun 38 128.00 4900.92 7 Julai 40 128.00 5145.97 8 Ogos 42 128.00 5403.27 9 September 44 128.00 5673.43 10 Oktober 47 128.00 5957.10 11 November 49 128.00 6254.96 12 Disember 51 128.00 6561.70 JUMLAH TAHUN 1 61121.77 30 26 : RM 1.15 : RM 128.00
30 MENGHITUNG SASARAN UNTUNG 1. Sasaran untung 51440 × 318656.51 = 17301.26 2. Margin untung bersih 318656.51 × 100 = 33.63 o Sasaran untung sebanyak 20% BIL BULAN JUMLAH JUALAN JUMLAH UNTUNG (RM) 1 Januari 51440 17301.26 2 Februari 63084 21217.59 3 Mac 66238 22278.47 4 April 69550 23392.39 5 Mei 73028 24562.01 6 Jun 76446 25711.62 7 Julai 80513 27079.62 8 Ogos 84539 28433.60 9 September 88766 29855.28 10 Oktober 93204 31348.05 11 November 97864 32915.45 12 Disember 102757 34561.22 JUMLAH TAHUN 1 947428 318656.51 947428 947428
31 6.2.2 iii) Syer pasaran Syer pasaran merujuk pada bahagian atau peratus penguasaan jumlah pengguna yang membeli barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sesebuah perniagaan dalam pasaran berbanding pesaing Berdasarkan kajian yang perniagaan telah jalankan, saya mendapati pesaing yang menjalankan perniagaan menjual produk yang sama terdiri daripada 2 kedai dalam radius 5m dari lokasi kedai saya. Oleh yang demikian, saya berhasrat menguasai sekurang-kurangnya 20% dari pada syer pasaran. Berdasarkan jumlah jualan yang dianggarkan, kami mensasarkan penguasaan syer pasaran sebanyak 20%, iaitu sebanyak sasaran jualan kami RM368536.70 berbanding pesaing yang masing-masing 30% dan 50% setiap satu. Kelebihan ini adalah berdasarkan kekuatan yang kami ada seperti: 1. Ruang kedai yang selesa dan mesra pelanggan. 2. Layanan yang baik daripada pekerja kami yang sangat berpengalaman dengan produk yang dijual. Jumlah syer pasaran = peratus syer pasaran × jumlah keseluruhan syer pasaran Peratus syer pasaran Jumlah syer pasaran Izfanny Sport Bicycle 20% 368536.70 Syu bicycle 30% 552805.05 Zorro’s bike 50% 921341.75 100% 1842683.50 100
32 JALAN KIRA : i. Izfanny Sport Bicycle = 20 × 1842683.50 = 368536.70 ii. Syu Bicycle = 30 × 1842683.50 = 552805.05 iii. Zorro’s Bike = 50 × 1842683.50 = 921341.75 100 100 100
33 6.2. Sasaran pelanggan Sasaran perniagaan Izfanny Sport Bicycle merujuk kepada kumpulan pasaran yang dapat dikenal pasti menggunakan yang ditawarkan oleh perniagaan Izfanny Sport Bicycle. Oleh itu, perniagaan ini menyasarkan pelanggan dari kawasan yang terdekat iaitu Sungai Long, Balakong dan Taman Rakan. Seterusnya, produk yang dikeluarkan adalah bersesuaian dengan semua lapisan umur terutamanya pada golongan remaja, kanak-kanak, golongan warga emas dan golongan yang sangat mementingkan gaya hidup sihat. Di samping itu, aspek pesaing juga perlu dititikberatkan dalam menetapkan sasaran pelanggan. Justeru, aspek ini membantu strategi pemasaran yang akan diambil bagi menghebahkan produk perniagaan ini kepada pelanggan. Perniagaan Izfanny Sport Bicycle amat berharap produk ini berpeluang untuk membuka premis-premis yang lebih besar seperti di Lotus dan pasar raya besar yang lain.
34 7.0 RANCANGAN KEWANGAN 7.1 Menghitung keperluan modal perniagaan 1. KELENGKAPAN (MODAL AWAL) : RM30,000 JENIS PERABOT Kuantiti Harga seunit (RM) Jumlah (RM) RAK FAIL 1 500.00 500.00 PAPAN PUTIH 1 200.00 200.00 MEJA 5 450.00 2250.00 KERUSI PELANGGAN 5 300.00 1500.00 MEJA KAUNTER 1 420.00 420.00 SOFA 1 3000.00 3000.00 0 0.00 0.00 JUMLAH BESAR 7870.00 JENIS ALAT PEJABAT Kuantiti Harga seunit Jumlah (RM) PENGHAWA DINGIN 4 1500.00 6000.00 KOMPUTER RIBA 3 2500.00 5000.00 PENCETAK 1 900.00 900.00 TELEFON DAN FAKS 1 130.00 130.00 KOMPUTER (PC) 1 2300.00 2300.00 PENDAWAIAN 1 5000.00 5000.00 PEMADAM API 3 100.00 300.00 JUMLAH BESAR 22130.00
35 i. Sumbangan modal awal. BUTIRAN JUMLAH SUMBANGAN MODAL (RM) 1. BANK 50 000 ii. Keperluan pinjaman AGENSI PEMINJAM SKIM AMAUN PINJAMAN (RM) CATATAN 1. Majlis Amanah Rakyat (MARA) Skim Pembiayaan Perniagaan Mudah Jaya (SPiM) 60 000 - Kadar faedah 4% setahun. - Tempoh pinjaman adalah 10 tahun iii. PENGIRAAN BUTIRAN JALAN KIRA 1. JUMLAH FAEDAH jumlah pinjaman x kadar faedah setahun x jumlah tahunan RM 50 000 x 4% x 10 = RM 20 000 2. ANSURAN BULANAN ( jumlah pinjaman + jumlah faedah ) = ( RM 50 000 + RM 20 000) = RM 583.33 tempoh masa pinjaman (bulan) 120
36 7.2 PENYATA KEWANGAN PROFORMA 7.2.1 PENYATA ALIRAN TUNAI ( 1 TAHUN )
37 7.2.2 PENYATA ALIRAN PROFORMA ( 1 TAHUN ) IZFANNY SPORT BICYCLE Penyata Pendapatan Proforma bagi tahun berakhir 31 DEC 2023 RM RM RM Jualan 947,427.58 (-) Belian 431,198.68 Inventori akhir 43,119.87 Kos jualan 388,678.82 Untung kasar 559,348.77 (-) BELANJA Gaji pekerja 150,000.00 Sewa bangunan 30,000.00 Kadar bayaran 5,400.00 Promosi 3,000.00 Petrol 6,000.00 Insurans 1,400.00 GDL 2,500.00 Pendaftaran 60.00 KWSP 19,500.00 PERKESO 2,572.00 KURSUS 1,000.00 Faedah atas sewa beli kenderaan 2,520.00 faedah pinjaman 1,200.00 Susutnilai Kelengkapan 2,100.00 Susutnilai kenderaan 3,500.00 Papan tanda 1,500.00 Belanja am 6000.00 paten 1,840.00 240,692.20 Untung bersih 318,656.57
38 7.2.3 KUNCI KIRA-KIRA ( 1 TAHUN ) IZFANNY SPORT BICYCLE Kunci Kira-kira Pada 31 Dec 2023 Kos(RM) Susut Nilai Terkumpul (RM) RM Aset Bukan Semasa Kenderaan 70,000.00 3,500.00 66,500.00 Kelengkapan 30,000.00 2,100.00 27,900.00 - - Mesin dan peralatan - 100,000.00 5,600.00 94,400.00 Aset Semasa Bank 368,536.70 Inventori akhir 43,119.87 Modal kerja 411,656.57 506,056.57 DIBIAYAI OLEH Ekuiti Pemilik Modal 80,000.00 (+) Untung bersih 318,656.57 398 656.57 Liabiliti Jangka panjang Pinjaman 57000.00 Sy. A - Sewa beli Kenderaan 50,400.00 - 107,400.00 506,056.57
39 8.0 PENUTUP Perniagaan Izfanny Sport Bicycle yakin bahawa perniagaan ini akan berjaya dan mampu berdaya saing di bidang sukan berbasikal kerana produk yang ditawarkan adalah mempunyai kualiti yang dapat memuaskan hati pelanggan. Produk yang dijual ini seperti kasut sukan, basikal dan topi keledar bagi keselamatan yang berada di Malaysia. Oleh itu, produk tersebut adalah produk dipakai oeh seluruh rakyat Malaysia. Seterusnya, perniagaan Izfanny Sport Bicycle sangat menghargai sumbangan teknologi ICT dalam perniagaan melalui pencapaian had Internet di premis perniagaan dan secara tidak langsung, sumbangan teknologi ICT dapat memudahkan segala urusan perniagaan yang dijalankan di dalam talian. Perniagaan juga turut menggunakan teknologi seperti komputer, mesin pencetak dan telefon untuk memudahkan urusan dalam perniagaan. Di samping itu, Izfanny Sport Bicycle telah menggunakan perkhidmatan Agensi Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk memulakan perniagaan ini dengan bantuan modal yang diberikan oleh Agensi MARA iaitu sebanyak RM 60 000 yang dapat membantu perniagaan ini dalam membeli alatan yang diperlukan seperti penghawa dingin, dan alatan pejabat. Agensi MARA juga menawarkan kadar faedah yang rendah dan tempoh pembayaran semula yang panjang. Selain itu, perniagaan ini juga menjalankan tanggungjawab sosial terhadap pekerja dan masyarakat dengan melalui menghargai setiap pekerja yang telah bekerja keras untuk menguruskan operasi perniagaan dengan memberikan bonus tunai atau insentif yang bersesuaian untuk meningkatkan motivasi kepada pekerja. Perniagaan ini juga membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat yang berminat untuk bekerja di bidang sukan berbasikal. Akhir sekali, dengan harapan besar untuk perniagaan ini adalah menjadi satu perniagaan yang gah dengan produk peralatan sukan yang dipilih dan membuka beberapa cawangan di beberapa lokasi di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
40 LAMPIRAN (DOKUMEN SOKONGAN) i) Logo
41 ii) Kad bisnes
42 iii) Muka depan tiktok
43 iv) Gambar produk TOPI KELEDAR KASUT SUKAN BASIKAL NEW CHAMPION MTB BASIKAL FIXIE GAINWAY
44 v) Rancangan kewangan (excel) MODAL AWAL 80000 TUNAI 50000 LENGKAPAN 30000 Pinjaman: MARA BULAN JULAI JUMLAH PINJAMAN 60000.00 KADAR FAEDAH 4% TEMPOH PINJAM (TAHUN) 10 FAEDAH SETAHUN 2400.00 FAEDAH 10 TAHUN 24000.00 JUMLAH POKOK + FAEDAH 84000.00 BAYARAN SETAHUN 8400.00 BAYARAN SEBULAN 700.00 BAYARAN FAEDAH UTK 6 BULAN 1200.00 BAYARAN POKOK 6000.00 BAKI PINJAMAN 57000.00