BSS3173 PROSA MELAYU
TUGASAN 2
HIKAYAT INDERAPUTERA
NAMA PENSYARAH: PROF. MADYA DR. NORAZIMAH ZAKARIA
Disediakan oleh:
1. Mohamad Afiq Bin Che Hashim (D20192090897)
2. Muhammad Naim Bin Md Nawi (D20192090887)
3. Rahida Binti Mahamood (D20192090879)
4. Alisa Binti Ramli (D20191087877)
SLIDESMANIA.COM
SLIDESMANIA.COM
Isi Kandungan
1. Pengenalan
2. Sinopsis
3. Tema
4. Persoalan
5. Plot
6. Watak dan Perwatakan
7. Nilai
8. Pengajaran
SLIDESMANIA.COM
PENGENALAN
Hikayat Inderaputera merupakan prosa tradisional. Prosa tradisional merujuk kepada hasil
kesusasteraan yang ditulis dalam gaya ayat-ayat biasa dengan menggunakan tatabahasa yang
mudah (Siti Hajar Abdul Aziz, 2011). Hikayat Inderaputera memaparkan dua unsur yang
berbeza iaitu unsur Hindu dan unsur Islam. Hikayat ini juga dianggap sebagai karya sastera
yang lahir dalam zaman peralihan Hindu-Islam dan telah tercatat dalam senarai buku yang
diketuai oleh Werndly pada tahun 1936 M. Hikayat ini dikatakan hikayat zaman peralihan
kerana mempunyai ciri-ciri tertentu. Antara ciri-ciri tersebut ialah plotnya yang sentiasa
menceritakan dewi-dewi atau bidadari yang turun ke bumi untuk menjadi raja atau anak raja.
SLIDESMANIA.COM
Sinopsis
Cerita ini mengisahkan kehebatan dan keistimewaan Inderaputera yang dikatakan gagah
perkasa kerana dia pernah berjalan di dalam gua selama sebulan dan berjaya membunuh
gergasi bernama Mamdu yang sebelum itu tidak dapat dibunuh oleh Raja Talela Syah.
SLIDESMANIA.COM
Ayahanda Inderaputera bernama Raja Bikrama Puspa dan bondanya bernama Tuan Puteri
Jamjam Ratna Dewi. Setelah Inderaputera dilahirkan, Raja Bikrama menjemput ahli nujum ke
istana untuk menilik masa depan anakandanya. Menurut tilikan nujum, Inderaputera akan
memerintah kerajaan yang besar tetapi dilarang bermain dengan binatang kerana dibimbangi
akan terjadi sesuatu yang buruk.
SLIDESMANIA.COM
Apabila besar, Inderaputera dihantar mengaji selama tujuh tahun kepada seorang mualim
bernama Bersapian. Pada suatu ketika Raja Bikrama Buspa menerima kehadiran dua orang
utusan ufti yang terdiri daripada tukang emas dan tukang kayu yang mahir lagi hebat. Si
tukang kayu mengukirkan seekor ikan yang indah seperti ikan hidup dan ikan itu boleh
ketawa, berpantun dan berseloka apabila diletakkan di dalam air. Tukang emas pula membuat
gambar merak daripada emas. Raja Bikrama Buspa meletakkan merak itu di dalam dulang emas
dan perak lalu merak itu menggerak-gerakkan ekornya dan boleh berpantun serta berseloka.
SLIDESMANIA.COM
TeTemmaa
q Bertemakan pengembaraan seorang
anak raja.
q Inderaputera sanggup menghadapi
segala rintangan untuk sampai ke
Berma Sakti bagi mendapatkan
batu gemala hikmat.
SLIDESMANIA.COM
PePrerssooaalalan n
1.Kehebatan anak raja yang tiada tandingannya
Ø Contohnya, Inderaputera dapat melakukan sesuatu kerja yang sukar dan luar biasa seperti menemui
Bukit Emas, Bukit Permata, bertemu dengan dewa di dalam laut dan sebagainya.
2. Kebesaran sesebuah kerajaan.
ØContohnya, setiap tahun negara-negara di bawah takluk Raja Bikrama Buspa membayar ufti kepada
baginda.
3. Sikap pemurah seorang pemerintah.
ØSebagai contoh, Raja Bikrama Buspa memberi anugerah dan sedekah kepada segala ahli nujum dan
fakir miskin.
4. Kebijaksanaan masyarakat zaman dahulu.
ØSebagai contoh, Pandai Emas dan Pandai Kayu menunjukkan kebijaksanaan mereka dalam bidang
masing-masing.
SLIDESMANIA.COM
Plot Penceritaan
PERMULAAN
● Inderaputera seorang anak raja yang hebat dan gagah perkasa. Inderaputera
mampu melakukan sesuatu pekerjaan yang luar biasa. Inderaputera merupakan
anak Maharaja Bikrama Puspa dan Tuan Puteri Jamjam Ratna Dewi. Apabila
Inderaputera semakin besar, dia dihantar mengaji dengan Muallim Bersapian.
Selepas tujuh tahun, Inderaputera sudah pandai mengaji al-Quran.
SLIDESMANIA.COM
PERKEMBANGAN
• Utusan dari sebuah negara datang untuk menghantar ufti dengan membawa dua orang
yang mahir dalam bidang pertukangan kayu dan emas. Pandai kayu membuat seekor
ikan yang boleh ketawa, berpantun dan berseloka apabila dimasukkan ke dalam pasu.
Pandai emas membuat gambar merak daripada emas. Merak tersebut boleh menggigal
sebaik sahaja diletakkan pada talam emas dan talam perak.
SLIDESMANIA.COM
PERUMITAN
● Inderaputera yang diribal ayahandanya telah turun untuk pergi
melihat merak emas tersebut. Tanpa diduga, Inderaputera telah
diterbangkan oleh merak emas. Raja Bikrama Puspa dan sekalian
rakyat berdukacita atas kehilangan Inderaputera.
SLIDESMANIA.COM
PUNCAK
• Inderaputera dijatuhkan oleh merak emas di kebun
nenek kebayan. Nenek kebayan mempelawa
Inderaputera tinggal bersama-samanya. Nenek
kebayan menjadikan Inderaputera sebagai anak
angkatnya.
SLIDESMANIA.COM
PELERAIAN
• Nenek kebayan membawa Inderaputera ke rumah
Perdana Menteri. Perdana Menteri yang tidak
mempunyai anak mengambil Inderaputera sebagai
anak angkatnya. Perdana Menteri amat mengasihi
Inderaputera.
SLIDESMANIA.COM
Watak dan Perwatakan
Inderaputera
§ Berwajah menarik.
§ Ayahandanya bernama Maharaja Bikrama Buspa
§ Bondanya bernama Puteri Jamjam Ratna Dewi.
§ Seorang yang memiliki kesaktian seperti boleh
membunuh gergasi yang tidak mampu dibunuh oleh
orang lain.
§ Pandai membaca al quran .
§ Seorang yang merendah diri contohnya, dia hanya
makan hidangan setelah Perdana Menteri makan.
SLIDESMANIA.COM
Perdana Menteri
§ Seorang yang bersimpati terhadap nasib orang lain.
§ Mengambil Inderaputera sebagai anak angkat untuk
waktu sebelah siang sahaja.
SLIDESMANIA.COM
NInedneerkapKuetbearyaan
§ Penyayang contohnya nenek Kebayan sanggup
mengambil Inderaputera sebagai cucu angkat.
§ Seorang yang prihatin terhadap kesusahan orang
lain.
SLIDESMANIA.COM
Nilai
1. Nilai Kasih Sayang.
v Sebagai contoh, Raja Bikrama Buspa amat menyayangi anaknya, Inderaputera.
2. Nilai kebijaksanaan.
v Sebagai contoh, Pandai Kayu seorang yang bijaksana kerana dapat membuat seekor ikan
daripada kayu yang boleh ketawa, berpantun dan berseloka apabila dimasukkan ke dalam pasu
yang berisi air.
3. Nilai keprihatinan.
v Sebagai contoh, Nenek Kebayan amat prihatin akan kehadiran Inderaputera seorang diri di
kebunnya.
4. Nilai hormat-menghormati.
v Sebagai contohnya, Inderaputera amat menghormati Perdana Menteri dengan tidak makan
bersama-sama meskipun diajak oleh beliau.
SLIDESMANIA.COM
Pengajaran
1. Kita mestilah bermurah hati terhadap orang lain.
§ Contohnya, Raja Bikrama Buspa bermurah hati memberi anugerah kepada smeua ahli nujum dan
bersedekah kepada fakir miskin.
2. Kita mestilah menyayangi akan ahli keluarga.
§ Sebagai contoh, Raja Bikrama Buspa amat menyayangi anaknya, Inderaputera.
3. Kita mestilah menggunakan kebijaksanaan untuk manfaat diri dan negara.
§ Sebagai contoh, kebijaksanaan Pandai Kayu dan Pandai Emas membuat persembahan kepada
Raja Bikrama Buspa telah menyebabkan baginda tidak mengambil ufti lagi dari negara mereka.
4. Kita mestilah prihatin dengan apa – apa peristiwa yang berlaku di sekeliling kita.
§ Sebagai contoh, Nenek Kebayan menyedari kehadiran Inderaputera di kebunnya lalu menyapa
beliau.
5. Kita perlulah bersimpati terhadap orang yang berada dalam kesusashan.
§ Sebagai contohnya, Nenek Kebayan mempelawa Inderaputera tinggal bersama-samanya.
SLIDESMANIA.COM
Sekian, terima kasih.
SLIDESMANIA.COM
SLIDESMANIA.COM