BAHAGIAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
BAB 4
SEMESTER SEMESTER 4 SESI 2/2020
JABATAN JABATAN PERNIAGAAN
PROGRAM DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN
KOD / KURSUS DBF 4113 – PENGURUSAN OPERASI
TOPIK 4.0 STRATEGI SUSUN ATUR
SUB-TOPIK 4.1 Kepentingan Susun Atur Dalam Operasi
4.2 Faktor yang Mempengaruhi Susun Atur
4.3 Jenis-jenis Susun Atur
4.4 Analisa Susun Atur Produk
Pelajar dapat :
HASIL 1. Membincangkan konsep dan teknik pengurusan operasi
PEMBELAJARAN yang digunakan dalam perniagaan yang berkaitan dengan
pelaksanaan strategi-strategi operasi, pengukuran keja,
KURSUS pengurusan rantaian bekalan, pengurusan kualiti dan
inventori. (C3,PLO1)
2. Menilai operasi perniagaan berkaitan dengan strategi
proses, pemilihan lokasi dan susun atur untuk membuat
penambahbaikan kepada proses perniagaan (C3,PLO6)
3. Mempraktikkan kemahiran berkumpulan untuk
membincangkan konsep dan aplikasi pengukuran kerja,
pengurusan rantaian bekalan dan pengurusan kualiti dalam
proses perniagaan (A2,PLO5)
4.0 Strategi susun atur
Strategi susun atur merupakan satu strategi bagi meminimumkan bebanan
peralihan bahan dari satu bahagian ke bahagian yang lain.
Ianya juga merujuk kepada cara penyusunan mesin, jabatan dan stesen kerja
untuk memastikan pengaliran kerja atau bahan yang efisien dan licin serta
penggunaan ruang dengan baik.
4.1 Kepentingan susun atur dalam operasi
a) Menggunakan kesemua ruang yang ada seperti bangunan / pejabat, peralatan,
mesin dan pekerja.
b) Menambahbaikkan pengaliran maklumat, peralihan bahan dan pergerakan
pekerja.
c) Menambahbaikkan suasana persekitaran di tempat kerja bagi menggalakkan
langkah keselamatan.
d) Menambahbaikkan interaksi dan perkhidmatan kepada pelanggan.
e) Mengurangkan kos pengendalian bahan dan kos sewaan ruang.
4.2 Faktor-faktor yang mempengaruhi susun atur
a) Saiz dan bentuk peralatan pengendalian
Pengurus harus menentukan keperluan alat-alat dan kelengkapan
pengedalian dari segi jenis, saiz dan jumlah yang diperlukan dalam
operasi pengeluaran.
b) Kapasiti dan keperluan ruangan
Setelah mengetahui penggunaan kakitangan, mesin dan keperluan
peralatan, susunatur untuk memberi ruangan untuk tiap-tiap komponen
tersebut harus dibuat. Pengurus operasi harus membuat susun atur
tentang jumlah ruangan yang diperlukan untuk setiap pekerja, bilik
pengurus dan sebagainya. Pengurus harus mempertimbangkan
keperluan keselamatan seperti memastikan perkerja bekerja dalam
situasi yang paling selamat.
c) Persekitaran kerja
Susun atur tentang tingkap, ketinggian bilik dan lain-lain lagi yang
memudahkan pengaliran udara, mengurangkan kebisingan,
mengutamakan keselamatan, persekitaran tempat kerja yang
ergonomik dan sebagainya.
d) Pengaliran maklumat
Komunikasi adalah sangat penting untuk sesebuah operasi. Ia
membolehkan pengurus dan perkerja saling berinteraksi untuk
kepentingan syarikat. Susun atur yang dirancang perlulah
memudahkan pengurus dan pekerja berkomunikasi secara efektif
tanpa sebarang gangguan seperti pencemaran bunyi, jarak stesen
kerja dan sebagainya.
4.3 Jenis-jenis susun atur
a) Susun atur produk
Melibatkan penyusunan stesen-stesen kerja dalam satu barisan yang
juga dikenali sebagai lini pengeluaran atau pemasangan.
Dalam susun atur ini, semua input pengeluaran seperti tenaga kerja,
mesin, bahan mentah dan peralatan disusun khusus mengikut urutan
penghasilan sesuatu produk.
Contohnya dalam pengeluaran kereta, terdapat beberapa stesen
pemasangan komponen seperti enjin, tempat duduk kereta, dan
sebagainya. Setiap pengeluaran bermula dengan satu aktiviti misalnya
pemasangan badan kereta diikuti dengan proses lain sehinggalah
kereta siap dipasang.
Contoh lain adalah seperti restoran, stesen cuci kereta,pemprosesan
makanan, komputer dan lain-lain.
Susun atur ini adalah sesuai untuk pengeluaran secara besar-besaran
/ massa dan penghasilan produk yang seragam.
Susun atur boleh berbentuk lurus, L,O,S atau U
Ciri-ciri susun atur ini adalah aliran bahan dalam bentuk lini,
penyediaan (set up) yang tidak kerap, masa kitaran pendek dan
inventori kerja dalam proses yang sikit.
b) Susun atur berasaskan proses
Dalam susun atur ini, mesin, peralatan, tenaga kerja dan bahan mentah
disusun mengikut fungsi kerja yang mengeluarkan pelbagai produk dan
perkhidmatan.
Contohnya seperti hospital, pasaraya, bank, bengkel kereta.
Juga dikenali sebagai susun atur fungsian / jobshop.
Pengeluaran produk tidak seragam / berbeza.
Pelaksanaannya melibatkan masa yang panjang, penyediaan (set up)
yang kerap dan inventori kerja dalam proses yang banyak.
Kebolehan mudahalih buruh dan peralatan kerana pekerja mempunyai
kemahiran yang sama.
c) Susun atur posisi tetap
Susun atur posisi tetap biasanya digunakan untuk produk yang tidak
mudah dialihkan iaitu perlu berada di suatu tempat yang tetap dan
pengeluaran produk adalah bersaiz besar dan berat.
Pekerja, bahan dan peralatan yang diperlukan untuk melaksanan kerja
akan di bawa ke stesen tersebut.
Secara am, pengurus operasi bagi susunatur ini perlu ke tempat kerja
tersebut bagi mengurus dan menyediakan segala keperluan.
Contoh: pembinaan rumah, bangunan, jalanraya, jejantas dan hal-hal
yang melibatkan projek yang besar.
Biasanya peralatan-peralatan di susunatur kedudukan tetap di sewa
kerana penggunaan mereka adalah dalam satu tempoh masa yang
terhad sahaja.
Pekerja-pekerja yang diambil bekerja adalah pekerja-pekerja yang
berkemahiran tinggi dan upah yang diberi adalah tinggi.
Oleh itu kos tetap untuk susunatur kedudukan tetap adalah rendah
kerana peralatan-peralatan kebanyakkannya di sewa oleh syarikat.
Manakala kos berubah adalah tinggi kerana kadar kos buruh,
penyewaan dan pergerakan peralatan yang tinggi.
d) Susun atur pejabat
Pekerja, peralatan, perabot dan ruang pejabat di susunatur dengan
baik bagi menyediakan keselesaan ditempat kerja, keselamatan dan
kemudahan aliran maklumat.
Contohnya pejabat awam / swasta, syarikat
Perubahan teknologi telah banyak mengubah cara merekabentuk
susunatur pejabat
Pengurus operasi perlu memaksimumkan keanjalan susunatur pejabat
di samping mengekalkan kepentingan asas bagi susunatur.
Keputusan strategi susunatur pejabat adalah satu gabungan seni dan
sains di mana bahagian sains sahaja di analisis mengikut aliran
susunatur proses.
Dapat membina suasana yang ceria di tempat kerja, kerja
berkumpulan, kuasa dan peranan yang dimainkan masih perlu
dikekalkan.
Nilai-nilai berestetika perlu diterapkan pada susunatur pejabat kerana
ia memberi nilai tambah kepada pelanggan. Contohnya seperti warna
bilik dan muzik berirama perlahan dapat memberi keternangan kepada
pesakit
e) Susun atur peruncitan / perkhidmatan
Susunatur Runcit adalah berasaskan kepada konsep jualan dan
keuntungan, iaitu mendedahkan pelanggan kepada semua produk
yang mungkin.
Bagi mencapai objektif tersebut pengurus operasi perlu menentukan
susunatur runcit yang berkesan dengan menggunakan lima panduan
yang berikut:
i. Menempatkan item yang tinggi pealihannya berhanpiran
dengan stor seperti susu segar, ikan, daging dan sayur-
sayuran. Barang-barang yang mudah rosak perlu disusunatur
berhampiran dengan stor.
ii. Menggunakan lokasi yang tetap untuk item-item yang tinggi
permintaan dan marginnya seperti barang-barang dapur,
keperluan harian dan peribadi
iii. Mempamerkan item-item yang dapat menguasai pembelian
berhampiran dengan item-item lain supaya dapat meningkatkan
pendedahan barangan tersebut kepada pelanggan dan
seterusnya meningkatkan jualan.
iv. Menggunakan kedudukan lorong yang terakhir di mana kadar
pendedahan kepada pelanggan adalah tinggi terutama ketika
menunggu giliran untuk membuat pembayaran.
v. Menunjukkan objektif atau imej sesuatu pasaraya atau kedai
dengan menempatkan di bahagian hadapan pintu masuk
Walaubagainapun objektif utama susunatur runcit adalah untuk
memaksimumkan keuntungan sekaki persegi bagi setiap keluasan
ruang yang ada.
Jadi pengggunaan ruang pasaraya/kedai secara maksimum dan
berkesan dapat meningkatkan jualan dan keuntungan syarikat.
f) Susun atur gudang
Susunatur gudang dan stor melibatkan penggunaan ruang gudang dan
kos pergerakan bahan
Objektif susunatur ini adalah untuk memaksimumkan penggunaan
ruang disamping mengekalkan kos pergerakan yang minimum.
Kos-kos yang terlibat semasa pergerakan bahan adalah peralatan dan
pengangkutan, pekerja, stor, bahan, pengawalselia, insuran dan
susutnilai.
Susunatur gudang yang efektif perlu meminimumkan bahan
meminimumkan penggunaan sumber semasa mencari, mencapai dan
mengalihkan bahan.
g) Susun atur cellular (Sel kerja)
Mengumpulkan mesin atau elemen kerja yang berbeza ke dalam sel-
sel kerja yang kecil untuk menghasilkan produk tertentu seperti
pengeluaran telefon bimbit.
Sel-sel kerja berfungsi seperti himpunan susun atur produk dalam satu
susun atur proses yang lebih besar.
Susun atur ini menjimatkan masa dan dapat mengawal dengan baik
kerana seluruh proses dijalankan dalam satu unit yang kecil.
Contohnya seperti permbuatan kerusi, bilik bedah
4.4 Analisis Susun atur produk
1. Analisis susun atur produk adalah analisis yang dijalankan pada produk
atau satu barisan pengeluaran . Tujuan analisis susun atur produk
dijalankan adalah untuk memastikan barisan pengeluaran mempunyai
kecekapan yang paling tinggi.
2. Bagi menganalisis susun atur produk. Tiga keperluan yang perlu
dilaksanakan:
a) Susun atur boleh memenuhi permintaan atau pengeluaran yang
maksimum
b) Susun atur aktiviti yang dilaksanakan di tempat kerja
c) Susun atur yang cekap
Keseimbangan Barisan Pengeluaran
1. Keseimbangan barisan pengeluaran ialah menjalankan analisis terhadap
barisan pengeluaran.
2. Objektif keseimbangan barisan pengeluaran adalah:
a) Memaksimumkan kecekapan
b) Meminimumkan bilangan pekerja/mesin
3. Sebelum keseimbangan barisan pengeluaran dilaksanakan,terdapat 5
peraturan yang perlu diikuti untuk menentukan konsistensinya. Rujuk
jadual di bawah.
Peraturan Penerangan
a) Tempoh kerja terpanjang pilih kerja yang mempunyai tempoh kerja
b) Turutan kerja yang banyak yang panjang
Pilih kerja yang mempunyai bilangan
langkah kerja yang banyak
c) Susun kedudukan kerja yang Pilih kerja yang mempunyai jumlah yang
mempunyai keutamaan paling lama/panjang
d) Masa kerja yang paling singkat Pilih kerja yang mempunyai masa paling
e) Kerja yang paling kurang/sedikit singkat
Pilih kerja yang mempunyai bilangan kerja
yang paling kurang.
4. Dalam bab ini, kita akan mengaplikasikan Masa Kerja Paling Panjang.
Tujuh langkah dalam mengimbangi susun atur ( susun atur )
a) Mengenal pasti tugas dan
b) Membuat lukisan gambar rajah
c) Membuat anggaran masa tugasan
d) Membuat pengiraan kitaran masa
e) Membuat kiraan bilangan pekerja
f) Menetapkan kerja
g) Membuat kiraan kecekapan
5. Terdapat beberapa pertimbangan dalam mengimbangi barisan pengeluaran
menggunakan peraturan “tempoh kerja terpanjang”
a) Mulakan dengan kerja yang tidak memerlukan keutamaan.
b) Kerja yang boleh digabungkan
c) Jika terdapat beberapa pilihan, pilih masa yang paling panjang. Selagi
tempoh yang diambil tidak melebihi kitaran masa.
d) Pastikan kerja yang diberikan dapat diselesaikan mengikut susunan
e) Jika pilihan kerja yang diberikan mempunyai jangka masa yang sama,
pilih yang paling banyak langkah/aktiviti.
6. Adalah penting untuk memahami terma yang digunakan dalam
keseimbangan barisan pengeluaran. Berikut merupakan terma yang
seringkali digunakan :-
a) Tugas/kerja - aktiviti yang terlibat dalam proses pengeluaran
b) Gambar rajah utama- gambar rajah yang menunjukkan urutan aktiviti
c) Masa tugasan/kerja- bahagikan masa mengikut tugas
d) Kitaran masa- tugas yang paling panjang atau masa yang diperlukan
untuk menghasilkan 1 unit produk dalam satu kitaran masa.
e) Tempat kerja- bangunan/ tempat kerja, dimana atau kerja dijalankan
7. Berikut merupakan formula yang digunakan dalam menganalisa susun atur
produk: -
Output harian maksimum ℎ
Kitaran masa setiap unit (CT) ℎ
ℎ
Bil.minimum stesen kerja (WS) .
Jum.tempoh masa kerja produktif
(PTT) Jumlah keseluruhan waktu kerja
Jum. masa pekerja (AET) Bil.stesen kerja X kitaran masa
Masa terluang setiap kitaran AET-PTT
.
Kecekapan
Jumlah masa terluang antara
barisan pemasangan −
100%
Kos masa terluang sehari Masa terluang (%) X kos upah harian
X bil.stesen kerja