BAHAGIAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
BAB 5
SEMESTER SEMESTER 4 SESI 2/2020
JABATAN
PROGRAM JABATAN PERNIAGAAN
KOD / KURSUS
DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN
TOPIK
DBF 4113 – PENGURUSAN OPERASI
5.0 PENGUKURAN KERJA
SUB-TOPIK 5.1 Kepentingan Pengukuran Kerja
5.2 Kaedah Mengukur Standard Kerja
5.3 Masa Rehat dan Jenis Masa Rehat
5.4 Analisa Pengukuran Kerja
HASIL Pelajar dapat :
PEMBELAJARAN
1. Membincangkan konsep dan teknik pengurusan operasi
KURSUS yang digunakan dalam perniagaan yang berkaitan dengan
pelaksanaan strategi-strategi operasi, pengukuran keja,
pengurusan rantaian bekalan, pengurusan kualiti dan
inventori. (C3,PLO1)
2. Menilai operasi perniagaan berkaitan dengan strategi
proses, pemilihan lokasi dan susun atur untuk membuat
penambahbaikan kepada proses perniagaan (C3,PLO6)
3. Mempraktikkan kemahiran berkumpulan untuk
membincangkan konsep dan aplikasi pengukuran kerja,
pengurusan rantaian bekalan dan pengurusan kualiti dalam
proses perniagaan (A2,PLO5)
1
5.0 PENGUKURAN KERJA
5.1 Kepentingan Pengukuran kerja
Pengurusan operasi yang efektif memerlukan standard yang dapat membantu organisasi
untuk menentukan:
i. Cadangan dari setiap barang yang dikeluarkan (kos pekerja).
ii. Keperluan staf (berapa banyak orang diperlukan untuk mengeluarkan barang yang
diperlukan).
iii. Jumlah kos dan waktu sebelum pengeluaran dilaksanakan (untuk membantu mengambil
pelbagai keputusan, dari jumlah kos hingga ke keputusan untuk membuat sendiri atau
membeli).
iv. Jumlah kru dan keseimbangan pekerjaan (siapa mengerjakan apa dalam satu aktiviti
kelompok atau pada satu garis pengeluaran).
v. Tingkat produksi yang diharapkan (sehingga baik pengurus dan pekerja tahu apa saja,
yang termasuk dalam satu hari kerja normal).
vi. Dasar rancangan insentif pekerja (apa yang menjadi acuan untuk memberikan insentif
yang tepat).
vii. Kecekapan pekerja-pekerja dan pengawasan (sebuah standard diperlukan untuk
mengetahui apa yang digunakan dalam penentuan kecekapan).
5.1.1 Definisi Pengukuran Kerja
- Adalah penetapan waktu yang diperlukan untuk melaksanakan sebuah pekerjaan. Adalah
tindakan pengukuran yang dilakukan terhadap berbagai aktiviti dalam rantai nilai yang
ada dalam sesuatu perniagaan/perusahaan.
- Dalam pengukuran kerja, efisien atau tidaknya proses operasi dalam perusahaan
biasanya didasarkan atas lama waktu untuk membuat suatu produk atau melaksanakan
suatu pelayanan (jasa).
- Jumlah waktu yang harus digunakan untuk melaksanakan kegiatan tertentu dalam
keadaan kerja normal disebut standard pekerja (labor standards).
- Hasil pengukuran tersebut kemudian digunakan sebagai “umpan balik” yang akan
memberikan informasi tentang prestasi pelaksanaan suatu perkara dan titik dimana
perusahaan memerlukan penyesuaian-penyesuaian atas aktiviti perancangan dan
pengendalian.
2
5.2 Kaedah Mengukur Standard Kerja
Definisi Waktu Standard adalah waktu yang diperlukan oleh seorang pekerja yang
memiliki tingkat kemampuan untuk menyelesaikan suatu pekerjaan. Waktu standard
tersebut sudah mencakupi kelonggaran waktu yang diberikan berdasarkan situasi dan
keadaan yang harus diselesaikan.
Ada beberapa cara untuk mengukur dan menetapkan waktu standard. Dalam beberapa
kes seringkali industri hanya sekadar membuat anggaran waktu berdasarkan pengalaman
lalu. Umumnya penetapan waktu standard dilaksanakan dengan cara pengukuran kerja
seperti :
i. Pengalaman Masa Lalu ( Historical Experience )
ii. Studi Waktu ( Time Study )
iii. Standar Waktu Yang Telah Ditentukan (Predetermined Time and Motion Studies)
iv. Pengambilan Sampel Kerja ( Work Sampling )
i. Pengalaman Masa Lalu (Historical Experience)
Standard kerja boleh dianggarkan berdasarkan pengalaman masa lalu.
Contohnya berapa jam masa diperlukan untuk menyelesaikan sesuatu kerja pada
saat-saat akhir.
Pengukuran kerja menggunakan kaedah ini adalah mudah dan efektif kos, di mana
data pengalaman masa lalu selalunya ada dari kad masa pekerja atau menggunakan
rekod pengeluaran.
Walaubagaimanapun sumber ini adalah tidak objektif dan ketepatannya adalah
diragui.; misalnya maklumat tersebut mungkin hanyalah langkah kerja yang lemah
dan berpatutan sahaja, atau samada situasi yang tidak biasa diambil dalam
pertimbangannya dalam proses penyelesaian maslah tersebut.
Faktor ini adalah tidak diketahui
Kaedah pengukuran ini adalah tidak disarankan
ii. Standard waktu yang telah ditetapkan (Predetermined Time and Motion Study)
Kaedah ini melibatkan suatu tugasan yang diagihkan kepada elemen asas yang kecil
yang sudah mempunyai waktu yang mapan.
Untuk menganggarkan masa yang diperlukan untuk sesuatu tugas yang tertentu,
faktor masa untuk setiap elemen asas perlu ditambah (faktor kelelahan pekerja dan
kelambatan yang tidak dapat dihindarkan.)
3
Dalam jangka masa yang pendek, ini merupakan kaedah bagi menetapkan masa
dengan menambah faktor masa untuk setiap elemen asas bagi sesuatu tugasan yang
tertentu.
Contohnya di restoran, pengurus lazimnya menetapkan masa yang standard untuk
melengkapkan pesanan pelanggan yang merupakan kombinasi elemen asas seperti
mengambil pesanan, menyediakan minuman dan menggoreng makanan.
Bagi menentukan masa yang diperlukan untuk menyiapkan keseluruhan tugas
tersebut, pengurus perlu menambah kesemua faktor masa untuk setiap elemen
kerja berkenaan.
sedikit pengubahsuaian mungkin diperlukan, bergantung kepada jumlah pesanan
pelanggan.
iii. Kajian Masa (Time Study)
Melibatkan keperluan masa yang direkodkan oleh pekerja untuk menyelesaikan
sesuatu tugasan dengan mengambil kira
peruntukan masa (allowances) yang diberikan, kemudian menggangarkan jumlah
masa yang diperlukan untuk melaksanakan kerja tersebut.
Ia merupakan teknik pengukuran kerja untuk merekod masa dan kadar pekerjaan
bagi sesuatu elemen tugas yang spesifik,
i. dilakukan berdasarkan sesuatu keadaan tugas yang telah ditetapkan,
ii. untuk tujuan menganalisa data supaya dapat memperolehi masa yang sesuai
untuk melaksanakan sesuatu tugas pada tahap prestasi yang dikehendaki
Tiga konsep masa di dalam kajian masa ;
i. Masa yang dipantau (observed time)- operator akan dipantau menggunakan
stopwatch sepanjang melaksanakan sesuatu tugasan
ii. Masa asas / normal (basic time)- masa di mana pekerja yang berkelayakan
menyiapkan tugasan pada tempoh masa normal dalam keadaan bekerja yang
biasa
iii. masa standard (standard time) - masa di mana pekerja yang berkelayakan
menyiapkan sesuatu tugasan, dengan mengambilkira sedikit masa rehat yang
diberikan.
4
iv. Persampelan Kerja (work sampling)
a) Persampelan kerja ialah teknik statistik bagi menentukan peratusan masa yang
digunakan oleh pekerja bagi pelbagai jenis aktiviti pekerjaan. (contohnya mengeset
mesin, memasang bahagian-bahagian tertentu dan sebagainya.)
b) Pemerhatian secara rawak digunakan untuk merekod aktiviti yang dilaksanakan
oleh pekerja.
c) Untuk memastikan ketepatan statistik, pemerhatian yang dijalankan mestilah pada
waktu-waktu yang berbeza semasa kajian dijalankan.
d) Keputusan akan digunakan untuk menentukan bagaimana pekerja mengagihkan
masa untuk aktiviti yang pelbagai.
Pertama pengurus perlu menentukan aktiviti kerja yang dilakukan oleh
pekerjanya.
Kemudian jumlah pemerhatian untuk tahap ketepatan dan keyakinan
hendaklah ditentukan.
Pemerhatian yang telah ditentukan (menggunakan formula yang spesifik
digunakan) kemudian dilakukan untuk menentukan bagaimana pekerja
mengagihkan masa untuk tugasan/kerja yang pelbagai.
e) Kelebihan teknik persampelan kerja ialah penentuan masa standard untuk pelbagai
jenis aktiviti kerja, terutama sekali jenis perusahaan pengeluaran manual (banyak
menggunakan tenaga buruh)
5.3 PERUNTUKAN MASA DAN JENIS PERUNTUKAN MASA
Peruntukan masa bermaksud memberikan pekerja masa tambahan untuk memenuhi keperluan
peribadi seperti rehat makan tengahari atau rehat minum petang dan sebagainya dengan tujuan
untuk mengatasi keletihan atau kelesuan. Semua pekerja berhak untuk peruntukan masa.
5.3.1 Jenis-Jenis Peruntukan Masa
Masa rehat terbahagi kepada beberapa jenis bergantung kepada sifatnya iaitu :
1. Peruntukan masa istirehat
Peruntukan masa yang diberikan kepada pekerja untuk berhenti rehat dan mengatasi
kelesuan seperti rehat makan tengahari, waktu solat dan rehat untuk ke tandas.
5
2. Peruntukan masa kontigensi
Peruntukan masa yang diberikan kepada pekerja untuk membetulkan kecacatan kecil
pada produk atau kelengkapan dan untuk mengumpul sesetengah barang seperti
peralatan atau barangan. Contoh, peruntukan masa diberikan untuk membaiki mesin.
3. Peruntukan masa proses
Peruntukan masa yang yang diberikan kepada pekerja untuk bukan waktu bekerja biasa
yang datang dari sifat pekerjaan itu sendiri. Contoh, sesetengah mesin perlu dipanaskan
sebelum beroperasi. Oleh itu, peruntukan masa yang diperlukan untuk memanaskan
mesin dipanggil peruntukan masa proses.
4. Peruntukan masa polisi
Peruntukan masa yang diberikan kepada pekerja yang disebabkan oleh peraturan-
peraturan buruh atau permintaan kesatuan sekerja. Sebagai contoh, organisasi
memerlukan pekerja untuk bekerja lebih masa pada hujung bulan untuk memenuhi
permintaan pengeluaran. Kerja lebih masa ini dipanggil peruntukan masa polisi, oleh itu
pekerja perlu dibayar dengan bayaran lebih masa.
5.4 ANALISA PENGUKURAN KERJA
5.4.1 Kaedah Persampelan Kerja
Dibawah kaedah ini, pengurus mesti mengenalpasti bilangan pemerhatian (saiz sampel yang
diperlukan) dengan menggunakan formula ini :
n = z2 p(1-p)
h2
Dimana, n = Saiz sampel yang diperlukan (bilangan pemerhatian yang diperlukan)
z = Nilai peratus tahap keyakinan iaitu :
z=1 untuk 68% tahap keyakinan
z=2 untuk 95.45% tahap keyakinan
z=3 untuk 99.73% tahap keyakinan
p = Anggaran nisbah terbiar
h = Peratus tahap ralat yang dibenarkan
6
Contoh soalan :
Seorang pengurus operasi syarikat pembuatan kereta ingin menentukan peratus waktu untuk
bekerja dan melahu bagi pekerja-pekerjanya. Pengurus tersebut menganggarkan bahawa
pekerja akan melahu sebanyak 20% daripada jumlah masa tersebut. Berapakah bilangan
pemerhatian yang diperlukan jika pengurus tersebut mahukan 95.45% tahap keyakinan dalam
keputusan dan tahap ralat antara 4%?
Jawapan :
n = z2 p(1-p)
h2
n = saiz sampel yang diperlukan (bilangan pemerhatian yang diperlukan)
z=2
p = 20% = 0.20
h = 4% = 0.04
n = 22 (0.20) (1-0.20)
0.042
= 400 pemerhatian
5.4.2 Kaedah Kajian Masa
Dibawah kaedah ini, formula berikut digunakan :
1. Purata Masa Pemerhatian (Average Observed Time, AOT)
Jumlah Masa Pemerhatian
= Bilangan Pemerhatian (tidak termasuk waktu abnormal)
Waktu abnormal adalah nilai masa yang melampau atau luar biasa, sama ada tinggi
atau rendah, untuk sebarang elemen kerja dan harus dikecualikan dalam pengiraan.
2. Waktu Asas/Normal (Basic/Normal Time, NT)
Purata Masa Pemerhatian X Kadar Pemerhatian
= Kadar Standard
*Kadar standard adalah 100%
Masa standard = Masa asas (normal) (1 + faktor masa rehat)
3. Faktor Masa Rehat (%)
Jumlah Masa Pemerhatian (dalam minit atau saat)
= Jam Bekerja/Hari (dalam minit atau saat) x 100
7
4. **Standard Pengeluaran Harian
Jam Bekerja / Hari (Dalam Minit Atau Saat)
= Masa Standard
5. Bilangan pekerja yang diperlukan untuk mencapai target pengeluaran harian
Jam Bekerja / Hari (dalam minit atau saat)
= Masa Standard
**Berubah mengikut keadaan
5.4.2.1 Contoh Pengiraan Bagi Kaedah Kajian Masa
Rajah di bawah mewakili kajian pemerhatian masa bagi proses pengeluaran perabot.
Elemen 1 Masa Pemerhatian (Minit) Kedudukan
Kerja 234 5 Prestasi
36
A 12 39 37 39 (%)
B 3 10 36 15 38 120
C 15 355 13 110
D 18 16 17 4 90
36 85
Sebuah syarikat memperuntukkan pekerja berehat selama 30 minit untuk rehat minum
pagi/petang dan 18 minit untuk waktu peribadi setiap hari (masa bekerja untuk seminggu adalah
selama 8 jam dan 5 hari). Berdasarkan rajah dan jadual di atas, anda dikehendaki :
a. Hitung Faktor Masa Rehat.
b. Hitung Waktu Normal Untuk Proses.
c. Hitung masa standard melengkapkan satu unit perabot.
d. Hitung pengeluaran harian bagi seorang pekerja.
e. Berapa bilangan pekerja yang diperlukan untuk menghasilkan 600 unit perabot seminggu?
Penyelesaian :
a. Faktor Masa Rehat (%)
Jumlah masa pemerhatian (dalam minit atau saat)
= Jam bekerja/hari (dalam minit atau saat) x 100
30 + 18
= 8 x 60 x 100 = 10%
8
b. Masa Asas/Normal (Basic/Normal Time, NT)
Purata Masa Pemerhatian X Kadar Pemerhatian
= Kadar Standard
Langkah 1 : Hitung Purata Masa Pemerhatian (AOT) untuk setiap elemen kerja. Waktu
abnormal dikecualikan dari pengiraan.
Jumlah Masa Pemerhatian
Purata Masa Pemerhatian = Bilangan Pemerhatian (tidak termasuk waktu abnormal)
AOT Elemen Kerja A = 36+39+37+39+38 = 37.8 minit
5
AOT Elemen Kerja B = 12+10+15+13 = 12.5 minit (36 minit adalah waktu abnormal)
4
AOT Elemen Kerja C = 3+3+5+5+4 = 4 minit
5
AOT Elemen Kerja D = 15+18+16+17 = 16.5 minit (36 minit adalah waktu abnormal)
4
Langkah 2 : Hitung Waktu Asas/Normal (Basic/Normal Time, NT) untuk setiap elemen kerja
dan jumlahkan kesemua elemen kerja tersebut.
NT Elemen Kerja A = 37.8 X 120 = 45.36 minit
100
NT Elemen Kerja B = 12.5 X 110 = 13.75 minit
100
NT Elemen Kerja C = 4 X 90 = 3.6 minit
100
NT Elemen Kerja D = 16.5 X 85 = 14.03 minit
100
Jumlah waktu normal = 45.36 + 13.75 + 3.6 + 14.03
= 76.74 minit
c. Waktu standard = Waktu Asas/Normal (1 + Faktor Masa Rehat )
= 76.74 minit (1 + 0.10)
= 84.41 minit
d. Pengeluaran harian bagi seorang pekerja (Standard Pengeluaran Harian)
Jam Bekerja / Hari (Dalam Minit Atau Saat)
= Masa Standard
9
8 x 60
=84.41 = 5.68 @ 6 unit perabot sehari
e. Pekerja yang diperlukan untuk menghasilkan 600 perabot seminggu
Target Pengeluaran untuk tempoh Seminggu
= Standard Pengeluaran Mingguan
=6 600 hari
unit x 5
= 20 pekerja
SOALAN
1. Apakah Pengukuran Kerja? Terangkan.
2. Kenalpasti kepentingan pengukuran kerja.
3. Terangkan kaedah yang digunakan untuk mengukur standard kerja.
4. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘peruntukan’? Terangkan.
Rujukan:
1. Rosliza Md Zani, and Mohd Radzi Mohd Khir (2016),Operations Management, Malaysia:
Oxford Fajar Sdn.Bhd
10