The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by anazwien7878, 2022-09-26 13:22:09

AKSES EDISI JAN-JUN 2022

EDITED KE-5

`

e-BULETIN EDISI JAN - JUN

2022

“EMPLYOYABILITY WE CARE”

SAMBUTAN HARI GURU KVMS 2022 MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE - 6

`

ASIDANG REDAKSI E-BULETIN KSES@KVMS

2022

PENGERUSI
EN. MOHD ZUKARNAN BIN ABDU MAJID

PENYELARAS PENERBITAN
PN. ROZANA BINTI ISMAIL

SETIAUSAHA (KETUA EDITOR)
PN. AMIRA BINTI ABDUL

• Dari Meja Editor
• Bicara Aluan Pengarah

PEN. KETUA EDITOR
CIK SITI AISHAH BINTI ISMAIL

• Takwim
• Profil Pensyarah & Staf

• Tahukah Anda

EDITOR
PN. AMIRA BINTI ABDUL (Jan/ Feb)
PN. FAIZURA HANI BINTI MAT GHANI (Mac / April)
PN. NABILAH BINTI KOMARUDDIN (Mei / Jun/ Julai)
PN. NUR FARAHIYAH BINTI MOHAMAD ALBOKHRI (Ogos/ Sep)
CIK NORLY BINTI HARIS (Okt / Nov / Dis)

PEMBACA PRUF
PN. NOR AZRIFAH BINTI JAFRI

REKABENTUK GRAFIK & EDIT AKHIR
EN. MOHD AMRI BIN ALMANSAH

• Cover Buletin (AKSES@KVMS)
• Template buletin

FOTOGRAFI
EN. MUHAMMAD IZZAT BIN AKASAH

`

Dari Meja Ketua Editor

PUAN AMIRA BINTI ABDUL

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Saya rasa bersyukur dengan izin-Nya Akses@KVMS dapat
diterbitkan lagi buat kali ini. Terlebih dahulu, saya ingin
merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada pihak pentadbir dan penyelaras yang
telah memberikan kepercayaan kepada saya untuk memegang jawatan sebagai Ketua
Editor. Ucapan terima kasih ini juga turut diucapkan kepada jawatankuasa sidang
redaksi yang telah banyak membantu dalam menjalankan tugas yang telah diberikan.
Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan sidang redaksi yang telah memberikan
kerjasama yang sangat baik dalam penghasilan e-buletin dalam edisi kali ini. Berkat
kerjasama dan kegigihan semua pihak yang terlibat, akhirnya Akses@KVMS Edisi 2022
telah dapat diterbitkan.

Penerbitan Akses@KVMS pada kali ini dilihat lebih menarik kerana
mempamerkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sama ada di dalam kawasan
sekolah mahu pun di luar kawasan sekolah. Segala detik indah serta suka dan duka
yang diharungi oleh warga KVMS telah dilakarkan di dalam AKSES@KVMS EDISI
2022. Saya mengharapkan agar pembaca Akses@KVMS EDISI 2022 ini berpuas hati
dengan hasil yang terdapat di dalam e-buletin ini dan menjadikan ia sebagai kenang-
kenangan semasa berada di KVMS. Akhir kata, saya bagi pihak sidang redaksi ingin
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak yang terlibat
sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam usaha menerbitkan Akses@KVMS
EDISI 2022 ini. Tidak dilupakan juga, penghargaan kepada jawatankuasa sidang redaksi
serta rakan pensyarah yang telah banyak memberikan idea yang kreatif untuk
menghasilkan Akses@KVMS yang berkualiti. Saya juga ingin memohon maaf atas segala
kesilapan yang dilakukan sepanjang penerbitan Akses@KVMS EDISI 2022 ini.

Sekian, terima kasih.

`

PERKARA MUKA SURAT

BICARA ALUAN PENGARAH 1
CARTA ORGANISASI PENGURUSAN KVMS 2
CARTA ORGANISASI JABATAN TEKNOLOGI AWAM 3
CARTA ORGANISASI PENGURUSAN PERNIAGAAN 4
CARTA ORGANISASI JABATAN PENDIDIKAN UMUM 5
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN, VISI DAN MISI 6
BRAND BUISNESS, BRAND VISION, BRAND VALUES, 7
OBJEKTIF, STRATEGI, MOTO KOLEJ 7
SENARAI NAMA PENSYARAH DAN AKP 8-9
TAHUKAH ANDA? 10-12
LAGU RASMI KVSMT KPM 13
TAKWIM KOLEJ VOKASIONAL KPM 14-15
LAPORAN PROGRAM 16-35

`

KATA ALU-ALUAN PENGARAH

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, Akses@KVMS Edisi 2022
ini dapat diterbitkan. Sekalung tahniah dan penghargaan diucapkan buat barisan warga
kerja sidang redaksi atas usaha yang dicurahkan untuk menerbitkan buletin digital ini.
Jutaan terima kasih saya ucapkan kerana memberi peluang kepada saya untuk
mencoretkan sepatah dua kata sebagai satu cetusan paradigma buat semua pensyarah
dan pelajar Kolej Vokasional Muadzam Shah dalam buletin ini.

Kemunculan buletin ini amat dinantikan dan merupakan suatu tanda yang
menggambarkan Kolej Vokasional Muadzam Shah
sepanjang tahun 2022. Di samping itu, buletin ini
merupakan satu lapangan atau landasan yang
memaparkan segala pencapaian dan prestasi unggul
yang berjaya dikecapi di kolej ini. Satu kenyataan yang
jelas terpapar adalah semangat kerjasama dan komitmen
warga KV yang dipertontonkan bagi menghasilkan
buletin kolej pada kali ini. Sejajar dengan alaf baru,
maka, seharusnya mutu pendidikan kita semakin maju
ke hadapan sejajar dengan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) yang diuar-
uarkan. Hal ini memerlukan satu pautan yang jitu antara
peranan guru dan tanggungjawab seorang pelajar bagi
menyusuri arus perubahan yang melanda dunia pendidikan negara kita.

Akhir kata, sebagai wakil pihak pentadbiran kolej, saya ingin melafazkan ucapan
setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan pensyarah, anggota kumpulan pelaksana, ibu
bapa dan penjaga serta para pelajar atas sokongan dan kerjasama bagi memartabatkan
nama Kolej Vokasional Muadzam Shah.

`
Sekian, terima kasih.

1

`

CARTA ORGANISASI JABATAN TEKNOLOGI KEJURUTERAAN AWAM
KOLEJ VOKASIONAL MUADZAM SHAH, PAHANG

3

`
4

CARTA ORGANISASI
JABATAN PENDIDIKAN UMUM KVMS
`
5

`

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan Di Malaysia Adalah Suatu Usaha Berterusan Ke Arah Memperkembangkan

Lagi Potensi Individu Secara Menyeluruh Dan Bersepadu Untuk Mewujudkan
Insan Yang Seimbang Dan Harmonis Dari Segi Intelek, Rohani, Emosi Dan Jasmani
Berdasarkan Kepercayaan Dan Kepatuhan Kepada Tuhan. Usaha Ini Adalah Bagi
Melahirkan Rakyat Malaysia Yang Berilmu Pengetahuan, Berketerampilan, Berakhlak
Mulia, Bertanggungjawab Dan Berkeupayaan Mencapai Kesejahteraan Diri,Serta Memberi
Sumbangan Terhadap keharmonian Dan Kemakmuran Keluarga, Masyarakat Dan Negara.

VISI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Pendidikan berkualiti insan terdidik negara sejahtera

MISI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan
potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara

VISI
BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
Peneraju pendidikan teknikal dan vokasional yang unggul

MISI
BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
Memperkasa pendidikan teknikal dan vokasional melalui pelaksanaan program yang

berkuali

6

`

BRAND BUSINESS
Employability we care

BRAND VISION
Productive and competive

BRAND VALUES
Skill, entrepreneur and moral ethics

OBJEKTIF
• Lower secondary education produces graduates who are willing to pursue

vocational education to A higher level
• Produce high school graduates who have a certificate or diploma that is

recognised by the state and national certification bodies.
• Empowerment the ministry of education delivery system for

vocational education transformation

STRATEGI
• Meningkatkan pencapaian dalam kurikulum
• Pencapaian cemerlang dalam aktiviti kokurikulam
• Membentuk dan melahirkan pelajar yang berakhlak dan berketerampilan
• Menjana pensyarah dan anggota kumpulan pelaksana yang berkualiti dan

berdedikasi
• Mewujudkan persekitaran kolej yang ceria dan kondusif
• Mengamalkan budaya pengurusan yang cekap dan telus
• Mengamalkan budaya baik dengan komuniti setempat

MOTO KOLEJ
Pensyarah cemerlang pelajar gemilang kolej terbilang

7

` SENARAI PENSYARAH DAN AKP KOLEJ VOKASIONAL MUADZAM SHAH

BIL NAMA JAWATAN GRED
1 Zakaria b Omar Pengarah PPP DG52
2 Mohd Yusof b Hj Hassan Timbalan Pengarah Akademik PPP DG52 (KUP)
3 Mohd Zukarnan b Abdu Majid Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PPP DG48 (KUP)
4 Rasidi b Isa @ Elias Ketua Jaminan Kualiti PPP DG52 (KUP)
5 Nik Naimah bt Nik Abu Bakar Ketua Jabatan Penilaian dan Pentaksiran PPP DG44 (KUP)
6 Mustahna b Mahat Ketua Jabatan Teknologi Awam /GKMP Teknikal PPP DG52 (KUP)
7 Rahaiza bt Othman Ketua Jabatan Perniagaan PPP DG48 (KUP)

8 Zulhisham b Hassan Ketua Jabatan Pendidikan Umum / GKMP Bahasa PPP DG48 (KUP)
9 Norliza bt Bahri Ketua Penyelaras Pusat Bertauliah Cawangan / GKMP Vokasional PPP DG48 (KUP)
10 Hamzah b Katan Ketua Unit Teknologi Pemprosesan Kayu dan Kemasan /Ketua Bengkel PPP DG44 (KUP)
11 Wan Zuraila bt Wan Mamat Ketua Unit Teknologi Pembinaan PPP DG48(KUP)
12 Rubi'ah bt Mohd Razi Ketua Unit Pengurusan Perniagaan PPP DG44 (KUP)
13 Yatina bt Mat Yusop Ketua Unit Bahasa PPP DG52 (KUP)
14 Faridah bt Dasuki Ketua Unit Kemanusiaan / GKMP Kemanusiaan PPP DG48 (KUP)
15 Siti Zakiah bt Isa @ Harun Ketua Unit Sains dan Matematik / GKMP Sains dan Matematik PPP DG41
16 Tuan Farziah bt Tuan Soh Ketua Unit Teras Umum PPP DG48 (KUP)
17 Muhamad Zairulnizam b Zakaria Ketua Unit Pentaksiran PPP DG44 (KUP)

18 Mohamad Azdham b Dahalan Ketua Unit Pensijilan PPP DG41
19 Fakrul Radzi b Mohd Rapingi Ketua Unit Perhubungan dan Latihan Industri PPP DG48 (KUP)
20 Muhammad Ramadhan b Zakaria Ketua Unit Hal Ehwal Pelajar PPP DG41

21 Hafaizul b Mat Daud Ketua Unit Sukan dan Kokurikulum PPP DG44 (KUP)
22 Hisham b A Rahman Ketua Unit Psikologi dan Kerjaya PPP DG48 (KUP)
23 Mohd Fareq Wajdi b Abdul Mutalib Ketua Unit Pengurusan Asrama PPP DG44 (KUP)
24 Rozana bt Ismail Ketua Unit Pusat Sumber PPP DG48 (KUP)
25 Nurul Hazianti bt Muda Ketua Unit Teknologi Maklumat PPP DG44 (KUP)
26 Mohd Farid b Awang Ketua Unit Perhubungan Awam PPP DG48 (KUP)
27 Amran b Hussein Ketua Unit Pembangunan & Penyelenggaraan PPP DG44 (KUP)
28 Sapiah bt Rahman Ketua Program Diploma Teknologi Pembinaan / Ketua Bengkel PPP DG41
29 Siti Nur Ain bt Osman Ketua Program Diploma Teknologi Pemprosesan Kayu dan Kemasan PPP DG41
30 Mohd Hazimin b Ab Rahman Ketua Program Diploma Pengurusan Perniagaan PPP DG41
31 Mohd Ridzuan b Hj Mahmud Ketua Program Sijil Teknologi Pembinaan / Ketua Bengkel PPP DG44 (KUP)
32 Norly bt Haris Ketua Program Sijil Teknologi Pemprosesan Kayu dan Kemasan PPP DG41
33 Niswah Hasina bt Salleh Ketua Program Sijil Pengurusan Perniagaan PPP DG41
34 Mohd Shahrani b Mohd Hussin Penyelaras SKM Teknologi Pemprosesan Kayu & Kemasan PPP DG48 (KUP)
35 Muhammad Izzat b Akasah Penyelaras SKM Teknologi Pembinaan / Ketua Bengkel PPP DG41
36 Nur Farahiyah bt Mohamad Albokhri Penyelaras SKM Pengurusan Perniagaan PPP DG41
37 Mohd Azami b Sarju Penyelaras SKM Operasi Pembuatan Perabot PPP DG44 (KUP)
38 Ahmad Shafiee b Salam Pegawai Aset PPP DG48 (KUP)
39 Nor Hafizah bt Ramli Guru Data PPP DG41
40 Raihan b Mamat Ketua Bengkel (Hakiki) / Ketua Bengkel PPP DG44 (KUP)
41 Wan Amir Adham b Wan Ishak Ketua Bengkel PPP DG41
42 Dzul Helmi b Arifin Ketua Bengkel PPP DG41
43 Amzan b Zakaria Ketua Bengkel PPP DG42
44 Wan Zuraida bt Wan Hassan Pegawai Kaunseling & Kerjaya PPP DG44 (KUP)
45 Kamarudin b Hassan Ketua Bengkel PPP DG44 (KUP)
46 Muhammad Ariff Afdhal b Hairun Anuar Pegawai Kaunseling & Kerjaya PPP DG41
47 Mohd Shaharudin b Rahmat Guru Penolong PPP DG52 (KUP)
48 Nojiza bt Ahmad Guru Penolong PPP DG48 (KUP)
49 Sharifah Wardati bt Syed Ahmad Guru Penolong PPP DG48 (KUP)
50 Mohd Hasrulniza b Ibrahim Guru Penolong PPP DG44 (KUP)
51 Aaina Fathihah bt Abdul Rahman Guru Penolong PPP DG41
52 Adibah Izzati bt Abdillah Guru Penolong PPP DG41
53 Ahmad Afnan b Ramli Guru Penolong PPP DG41
54 Amira bt Abdul Guru Penolong PPP DG41
55 Faizura Hani bt Mat Ghani Guru Penolong PPP DG41
56 Fazira bt Rawi Guru Penolong PPP DG41
57 Mohd Amri b Almansah Guru Penolong PPP DG41
58 Muhd Afif b Mohd Saupi Guru Penolong PPP DG41
59 Nabilah bt Komaruddin Guru Penolong PPP DG41
60 Noni Farhana bt Kamarudin Guru Penolong PPP DG41
61 Nor Azrifah bt Jafri Guru Penolong PPP DG41
62 Norul Sahidah bt Suhaimi Guru Penolong PPP DG41
63 Nur Bazilah bt Mohd Bakeri Guru Penolong PPP DG41
64 Nur Fatihah bt Hassan Guru Penolong PPP DG41
65 Nur Izzati bt Mustahna Guru Penolong PPP DG41
66 Nurul Atirah bt Abdoossalam Guru Penolong PPP DG41
67 Ruzita bt Md Jurimi Guru Penolong PPP DG41
68 Fatin Nasuha Guru Penolong PPP DG41
69 Siti Aishah bt Ismail Guru Penolong PPP DG41
70 Siti Zakiah bt Isa @ Harun Guru Penolong PPP DG41
71 Nur Nadirah bt Mohd Osmera Guru Penolong PPP DG41
72 Mohamad Zul Faezi b Mohmad Asri Guru Penolong PPP DG41

8

`

BIL NAMA JAWATAN GRED

1 Siti Hajar bt Hashim Ketua Kerani N26
2 Saleha bt Ramli Pembantu Tadbir (P/O) N19
3 Norrehan bt Yahya Pembantu Tadbir (P/O) N19
4 Azlan b Mohd Salleh, PJK Penyelia Asrama N22
5 Mohd Azfar b Taslim Penyelia Asrama N19
6 Norzielaily bt Ismail Penyelia Asrama N19
7 Mohd Azizan b Jaya Penolong Jurutera JA29
8 Mohammad Affendy b Mustapha Penolong Jurutera JA29
9 Mohamad Fadil Bin Talib Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29
10 Rozana bt Yahya Pembantu Makmal C22
(KUP)
11 Nurulnadia bt Hari Umor Pembantu Makmal C19
12 Norhidayah bt Mohamad Pembantu Makmal C19
13 Mohd Hassan b Dollah Pembantu Operasi N11
14 Jamilah bt Mat Isa Pembantu Operasi N11
15 Rahil bt Abdul Samad Pembantu Operasi N11
16 Kamalrudin b Abdul Malik Pembantu Operasi N11
17 Mohamad Sufian b Zakaria Pemandu Kenderaan H11
18 Wan Mohd Azni b Wan Jusoh Pemandu Kenderaan H11

@ Wan Saat Pemandu Kenderaan H11
19 Shamsudin b Abdul Kadir Pembantu Operasi N11
20 Syahrulmustaqim b Mohd Shariff Pembantu Operasi N11
21 Roslinawati binti Osman

9

`
10

`
11

`
12

`

KV SMT KPM
INSTITUSI PENUH KEPAKARAN

MENUJU ARAH CEMERLANG
BERSAMA MEMBINA MASA DEPAN

KVSMT
SENTIASA DI HATI
MENGOPTIMUMKAN POTENSI
BERKEMAHIRAN DAN PROFESIONAL
PERINTIS PENGIKTIRAFAN
REVOLUSI INDUSTRI
MODAL INSAN TERBILANG
USAHAWAN BERDAYA SAING
PEMACU PENDIDIKAN TVET
MURID BERKUALITI
KEGEMILANGAN TEKNIKAL VOKASIONAL

13

`
14

`
15

`

LAPORAN PROGRAM
KOLEJ VOKASIONAL

MUADZAM SHAH
TAHUN 2022

`
JANUARI 2022

MESYUARAT PENSYARAH BIL. 1/2022

Pada 5 Januari 2022, Mesyuarat Pensyarah
bil.1/2022 telah diadakan di Dewan Teknorat, Kolej
Vokasional Muadzam Shah. Objektif program ini
adalah untuk menyampaikan maklumat berkaitan
pengoperasian kolej, menerangkan maklumat
berkaitan pengurusan dan prestasi akademik serta
menjelaskan tentang keperluan Akreditasi Program
Diploma TPF dan Diploma PP. Mesyuarat ini telah
melibatkan semua pensyarah KVMS. Taklimat telah
disampaikan oleh Tuan Pengarah KVMS, Timbalan
Pengarah Akademik, Ketua Jaminan Kualiti dan
Timbalan Sokongan Akademik. Taklimat ini
dilaksanakan bagi menyampaikan segala maklumat
terkini berkaitan pengoperasian kolej bagi tahun
2022. Selain itu, taklimat ini turut menjelaskan
kepada pensyarah berkaitan dengan pengurusan dan prestasi akademik pelajar, akreditasi
program, pelaksanaan EKSA/5S, pembangunan dan penambahan fasiliti dan keceriaan
kolej serta prestasi PBPPP dan APC bagi tahun 2021.

16

`
KELAS BIMBINGAN MUET 2022

Unit Bahasa Inggeris KVMS telah mengadakan Kelas Bimbingan Muet pada 17 Januari 2022
sehingga 22 Januari 2022 di sekitar KVMS. Objektif program ini adalah untuk memberi
pendedahan teknik menjawab soalan kepada para pelajar diploma yang bakal mengambil
peperiksaan MUET yang akan berlangsung dalam masa terdekat. Program ini telah

melibatkan pelajar diploma KVMS yang akan mengambil MUET. Para pelajar
diploma KVMS yang menyertai kelas bimbingan ini diberi pendedahan
mengenai cara menjawab soalan-soalan sebenar peperiksaan MUET
yang terdahulu merangkumi empat kemahiran berfokus iaitu Reading,
Writing, Speaking dan Listening. Para pelajar turut diberi pendedahan
cara menjawab soalan secara berkumpulan terutamanya bagi
kemahiran Speaking untuk meningkatkan keyakinan para pelajar
bertutur dalam Bahasa Inggeris.

17

`

PROGRAM EKSPLORASI PUSAT SUMBER 2022

Program Eksplorasi Pusat Sumber AL-Jazari KVMS 2022 telah
diadakan pada 21 Januari 2022 oleh pihak Pusat Sumber Al-
Jazari KVMS. Objektif program
ini adalah untuk memberikan
pendedahan deskripsi tugas
selaku Rakan Pustaka,
merekrut ahli baru Rakan
Pustaka, menyemai sikap
bertanggungjawab dalam
kalangan ahli Rakan Pustaka
dan menggalakkan Rakan
Pustaka ke Pusat Sumber
KVMS. Program ini telah
melibatkan semua ahli Rakan
Pustaka. Program ini dapat
memberikan pendedahan tentang pengoperasian di Pusat
Sumber serta dapat merekrut ahli baharu Rakan Pustaka
tentang deskripsi tugas-tugas khas selaku Rakan Pustaka.

18

`

PILIHAN RAYA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) KVMS SESI 2022/2023
Pada 18 Januari 2022, Pilihan Raya Majlis Perwakilan
Pelajar (MPP) KVMS sesi 2022/2023 telah diadakan di
sekitar kawasan kolej. Objektif program ini adalah
untuk mencari pelajar yang mempunyai tahap
kepimpinan yang tinggi serta berkebolehan menjadi
pemimpin yang baik dan hebat pada masa akan
datang. Pilihan raya ini telah melibatkan seluruh warga
KVMS. Program ini dilaksanakan secara dalam talian
dan dilaksanakan serentak untuk seluruh warga kolej
bermula jam 9 pagi hingga 1 tengah hari.

19

`

FEBRUARI 202
MAJLIS HI-TEA JABATAN PERNIAGAAN AMALI TAHUN 1 PROGRAM BPP
Pada 14 Februari 2022, Jabatan Perniagaan KVMS telah menganjurkan Majlis Hi-Tea Amali
Tahun 1 SVM bertempat di Dewan Teknokrat KVMS. Objektif program ini adalah sebagai
salah satu amali bagi kursus BPP2033 Event Arrangement Assistance, yang memberikan
pengalaman sebenar kepada pelajar dalam aspek pengurusan acara mengikut SOP yang
betul, melahirkan pelajar yang lebih berdisiplin, bekerjasama dan berkeyakinan tinggi
dalam melakukan sesuatu perkara dan dapat mengasah kemahiran komunikasi,
kepimpinan dan konseptual pelajar melalui pembahagian tugas yang dilaksanakan.
Program ini telah mensasarkan semua pelajar Tahun 1 SVM, Tahun 2 SVM dan pensyarah
di Jabatan Perniagaan. Perkara yang menarik tentang program ini ialah pelajar telah
diberikan peluang untuk menguruskan majlis dengan kaedah dan cara yang menarik di
samping dapat melatih pelajar untuk menguruskan pelbagai jenis acara di kolej.

20

`

MAJLIS KONVOKESYEN KOLEJ VOKASIONAL KPM KALI KE-6
Kolej Vokasional Muadzam Shah telah mengadakan
Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional KPM kali ke-6
pada 25 Februari 2022 di Dewan Teknokrat. Objektif
program ini adalah untuk meraikan para graduan
2021 KVMS atas kejayaan mereka menamatkan
pengajian di peringkat Diploma. Selain itu, program
ini membantu menyuntik semangat kepada para
pelajar yang masih menuntut di KVMS tidak kira di
peringkat Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau
Diploma Vokasional Malaysia (DVM) bagi
meneruskan pengajian mereka sehingga tamat
tempoh pengajian serta turut menggalakkan
penglibatan masyarakat dan pemimpin setempat, pensyarah dan kakitangan KVMS, ibu bapa dan
para pelajar untuk meningkatkan kecemerlangan kolej. Sasaran program ini adalah melibatkan
graduan KVMS tahun 2021. Program ini dapat menjadi pemangkin dan memberikan semangat
kepada pelajar-pelajar yang lain supaya berusaha sebaik mungkin untuk mencapai kejayaan seperti
graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian.

21

`
NAMA PROGRAM : TAKLIMAT PENULISAN BUKU LOG DAN LAPORAN AKHIR OJT
PENGANJUR : UNIT PERHUBUNGAN LATIHAN DAN INDUSTRI
TARIKH : 3/3/2022 / GOOGLE MEET
OBJEKTIF PROGRAM :

➢ Memberikan taklimat dan penerangan secara menyeluruh berkaitan cara penulisan Buku
Log dan Laporan Akhir OJT kepada pelajar.

KUMPULAN SASARAN/PENGLIBATAN :
Semua pelajar DVM Tahun 2 Semester 4.

MENARIK TENTANG PROGRAM
Penerangan berkaitan cara penulisan buku log OJT dan juga Laporan Akhir dibuat secara dalam
talian melalui platform Google Meet kerana pelajar masih melaksanakan PDPR dalam tempoh
tersebut. Semua pelajar memberikan kerjasama yang baik dengan menyertai Google Meet tersebut.

22

`

NAMA PROGRAM : MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN
PENGANJUR : KELAB GURU DAN KAKITANGAN (KGK)
TARIKH : DEWAN TEKNOKRAT / 10 MAC 2022

OBJEKTIF PROGRAM :

➢ Meraikan para pensyarah yang berpindah
sebagai tanda penghargaan dan terima
kasih atas khidmat dan bakti mereka
sepanjang berkhidmat di KVMS.

➢ Mengeratkan hubungan silaturahim dan
ukhuwah kekeluargaan antara pensyarah
dan kakitangan KVMS.

KUMPULAN SASARAN/PENGLIBATAN :
Semua pensyarah dan AKP.

MENARIK TENTANG PROGRAM :
Majlis ini diadakan bagi meraikan enam (6) orang
pensyarah yang berpindah iaitu Pn. Nik Naimah,
Pn. Tuan Farziah, En Fareq Wajdi, Pn. Aaina, Cik Athirah dan En. Afnan. Kesemua pensyarah diraikan
dalam majlis jamuan makan yang dimulakan dengan ucapan pengarah KVMS dan seterusnya
ucapan perpisahan daripada keenam-enam
pensyarah tersebut. Seterusnya, majlis
diteruskan dengan sesi penyampaian hadiah
daripada pihak Pengurusan, KGK, Jabatan, Unit
dan juga persendirian. Dalam majlis ini juga turut
diadakan sesi memotong kek sempena ulang
tahun kelahiran pensyarah dan kakitangan
KVMS yang lahir pada bulan Januari, Februari
dan Mac. Jamuan makan dilaksanakan dalam
suasana meriah dan harmoni.

23

`

NAMA PROGRAM : SUMBANGAN PERSEKOLAHAN PAHANG PRIDE STUDENT
PENGANJUR : UNIT HAL EHWAL PELAJAR
TARIKH : BILIK HEM/29 MAC 2022

OBJEKTIF PROGRAM :
Mengatur dan mengagihkan sumbangan persekolahan

“Pahang Pride Student” kepada pelajar yang layak.

KUMPULAN SASARAN/PENGLIBATAN :
Semua pelajar KVMS yang layak.

MENARIK TENTANG PROGRAM :
Pihak sekolah telah mendapat surat makluman untuk
menguruskan pengambilan sumbangan persekolahan
“Pahang Pride Student” di Pejabat PPD Rompin. Wakil pihak
sekolah mengambil sumbangan tersebut pada 14 Mac
2022. Sumbangan ini adalah hasil kerja pihak kerajaan
negeri Pahang khususnya melalui Menteri Besar Pahang.
Seramai 60 orang pelajar telah dipilih dan layak untuk
mendapat sumbangan persekolahan ini. 60 orang pelajar
tersebut adalah merangkumi pelajar DVM dan SVM yang
memenuhi syarat dan kriteria yang telah ditetapkan oleh
pihak pengurusan sumbangan. Pada 29 Mac 2022,
sumbangan tersebut telah diagihkan kepada para pelajar di
bilik Hal Ehwal Pelajar KVMS. Program sumbangan tersebut
telah berjalan dengan lancar dengan jayanya.

24

`

NAMA PROGRAM : Ceramah Ihya' Ramadan 1443H
PENGANJUR : Unit Kemanusiaan
TARIKH : 31 Mac 2022/ Khamis

OBJEKTIF PROGRAM :
Sebagai persediaan untuk menjalani ibadah puasa di

bulan Ramadan.

KUMPULAN SASARAN/PENGLIBATAN :
Semua Muslimin dan Muslimat KVMS.

MENARIK TENTANG PROGRAM :
Program Ihya' Ramadan 1443H dimulakan dengan slot
Ceramah Persediaan Ramadan yang disampaikan oleh
Al-Fadhil al-Ustaz Abdul Aziz bin Jamaludin dari SMK
Muadzam Shah. Setelah tamat ceramah, kefahaman
pelajar diuji melalui slot pop kuiz yang disertakan
hadiah wang ringgit tunai. Menariknya, para pelajar
berebut dan berani tampil ke hadapan untuk
menjawab soalan. Alhamdulillah semua peserta kuiz
dapat menjawab dengan betul dan mendapat hadiah.

25

`

NAMA PROGRAM : MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN
PENGANJUR : KELAB GURU DAN KAKITANGAN (KGK)

TARIKH : KAFÉ ZAMRUD / 31 MAC 2022

OBJEKTIF PROGRAM :
➢ Meraikan pensyarah yang berpindah sebagai tanda

penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti
sepanjang berkhidmat di KVMS.
➢ Mengeratkan hubungan silaturahim dan ukhuwah
kekeluargaan antara pensyarah dan kakitangan
KVMS.

KUMPULAN SASARAN/PENGLIBATAN :
Semua pensyarah dan AKP.

MENARIK TENTANG PROGRAM :Majlis ini diadakan bagi
meraikan pensyarah yang berpindah iaitu En. Kamarudin.

Pensyarah diraikan dalam majlis jamuan makan yang
dimulakan dengan ucapan Pengarah KVMS dan seterusnya
ucapan perpisahan daripada yang diraikan. Seterusnya, sesi

penyampaian hadiah daripada pihak Pengurusan, KGK,
Jabatan, Unit dan juga persendirian. Jamuan makan
dilaksanakan dalam suasana meriah dan harmoni.

26

`
NAMA PROGRAM : OUTREACH KEMASUKAN PELAJAR
PENGANJUR : UNIT PERHUBUNGAN LUAR KVMS
TARIKH : SEPANJANG APRIL 2022

OBJEKTIF PROGRAM :
➢ Menjelaskan dan memberikan penerangan

kepada para pelajar/masyarakat tentang
kepentingan Kolej Vokasional dalam
memajukan negara ke arah negara maju.
➢ Kepentingan kemahiran vokasional dalam
kehidupan seharian.
➢ Mencari pelajar lepasan tingkatan 3 yang
berminat meneruskan pengajian dalam aliran
teknik dan vokasional.

KUMPULAN SASARAN/PENGLIBATAN :
➢ Pelajar lepasan Tingkatan 3 yang berminat memasuki aliran teknik dan vokasional.
➢ Mengadakan taklimat/penerangan tentang kepentingan kolej vokasional di daerah Rompin,

Pekan, Kuantan dan Segamat.

MENARIK TENTANG PROGRAM :
➢ Sebanyak 15 buah sekolah telah berjaya mengadakan taklimat tentang kepentingan Kolej

Vokasional.
➢ Hasilnya jumlah enrolmen kemasukan pelajar ke KV Muadzam Shah telah mencapai 100%

bagi tahun 2022.

27

`

NAMA PROGRAM : PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SVM, SKM DAN SLDN KOHORT 2022
PENGANJUR : UNIT HAL EHWAL PELAJAR

TARIKH : DEWAN TEKNOKRAT KVMS / 07 APRIL 2022

OBJEKTIF PROGRAM :
➢ Mendaftarkan pelajar baharu tahun 1 Sijil Vokasional Malaysia (SVM), tahun 1 Sijil Kemahiran

Malaysia (SKM), tahun 1 SLDN McDonalds bagi Kohort 2022.

KUMPULAN SASARAN/PENGLIBATAN :
Semua pelajar baharu 1 SVM, 1 SKM dan 1 SLDN.

MENARIK TENTANG PROGRAM :
Pada 7 April 2022, KVMS telah mengadakan satu majlis pendaftaran bagi pelajar baharu tahun
1 SVM dan tahun 1 SKM ambilan 2022. Pelajar-pelajar mendaftar bagi lima kursus utama yang
ditawarkan di Kolej Vokasional Muadzam Shah, antaranya ialah kursus Teknologi Pembinaan,
Teknologi Pemprosesan Kayu Dan Kemasan, Pengurusan Perniagaan, Sijil Kemahiran Malaysia
Penuh Tahap 2 Operasi Pembuatan Perabot dan SLDN McDonalds. Program pendaftaran tersebut
dijalankan dengan penuh berhati-hati di mana ia melibatkan pematuhan SOP Covid-19 yang
membenarkan para pelajar dan penjaga yang dibenarkan sahaja masuk ke dalam dewan. Mereka
juga perlu memakai pelitup muka, memakai hand sanitizer serta menjaga penjarakan fizikal
sepanjang proses pendaftaran berjalan. Hari pertama pendaftaran tersebut telah berjalan dengan
lancar dan telah berjaya mendaftarkan lebih kurang 45 orang pelajar pada hari pertama
pendaftaran.

28

`

NAMA PROGRAM : PROGRAM PECUTAN AKHIR BAHASA MELAYU 2SVM FASA 1:Taklimat dan
Simulasi Ujian Bertutur Bahasa Melayu Kertas 3 (1104/3) PraUjian Mendengar Bahasa Melayu

SVM Kertas 4 (1104/4)
PENGANJUR : PANITIA BAHASA MELAYU
TARIKH : DEWAN TEKNOKRAT / 13 APRIL 2022

OBJEKTIF PROGRAM :
➢ Program yang dijalankan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang format

pentaksiran, bentuk pelaksanaan dan contoh-contoh item Ujian Bertutur dan Ujian Mendengar
bagi Penilaian Akhir Bahasa Melayu SVM Semester 4.
➢ Pelajar diuji untuk melaksanakan Uijan Mendengar dan Ujian Bertutur secara individu dan
berkumpulan.

KUMPULAN SASARAN/PENGLIBATAN :
Semua Pelajar Tahun 2SVM (2BPP, 2CPK, 2CTP1, dan 2CTP2)

MENARIK TENTANG PROGRAM :
Beberapa simulasi Ujian Bertutur secara individu dan berkumpulan dijalankan dengan melibatkan
wakil-wakil pelajar daripada kelas-kelas yang terlibat. Pelajar diuji dengan soalan-soalan klon SPM
bagi Ujian Bertutur dan Ujian Mendengar.

29

`

NAMA PROGRAM : Minggu Serasi SVM (Taklimat)
PENGANJUR : Unit Psikologi dan Kerjaya
TARIKH : 14 – 15 April 2022

OBJEKTIF PROGRAM :
➢ Memberikan taklimat pengajian oleh semua Ketua Jabatan
dan Ketua Program.
➢ Memberikan taklimat pendedahan aktiviti yang berkaitan
oleh semua Ketua Unit.
➢ Pendedahan cara
hidup dan sistem
pengajian di Kolej
Vokasional.

KUMPULAN SASARAN/PENGLIBATAN :
Semua Pelajar baharu SVM Kohort 2022.

MENARIK TENTANG PROGRAM :
➢ Pelajar teruja mengikuti setiap slot taklimat yang

diberikan oleh Ketua Jabatan, Ketua Program dan
Ketua Unit.
➢ Pengalaman pertama pelajar berada dalam kamar
delima yang berhawa dingin serta selesa.

30

`

NAMA PROGRAM : TEMUDUGA SLDN MCDONALDS
PENGANJUR : UNIT PSIKOLOGI & KERJAYA

TARIKH : 16 APRIL 2022 / MCDONALDS KUANTAN RIVER FRONT

OBJEKTIF PROGRAM :
Memilih pelajar untuk kemasukan ke Kolej
Vokasional Muadzam Shah bagi program SLDN
McDonalds.
KUMPULAN SASARAN/PENGLIBATAN :
30 orang pelajar sekitar daerah Kuantan.
MENARIK TENTANG PROGRAM :
Semua pelajar berjaya dalam temuduga dan berjaya
mendaftar sebagai pelajar Kolej Vokasional Muadzam
Shah.

31

`

NAMA PROGRAM : Jom Baca Bersama 10 Minit
PENGANJUR : Unit Pusat Sumber

TARIKH : Sekitar Kawasan KVMS : 21/4/2022

OBJEKTIF PROGRAM :
Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk memberi
kesedaran serta memupuk minat membaca dalam kalangan
masyarakat Malaysia, khususnya warga KVMS.

KUMPULAN SASARAN/PENGLIBATAN :
Semua pelajar / Pensyarah / AKP

MENARIK TENTANG PROGRAM :
Bertemakan "Bangkit Baca dan
Bersyukur" pada tahun ini, program Jom Baca Bersama untuk 10
Minit telah dijalankan secara serentak di seluruh negara pada hari
Khamis, 21 April 2022, jam 11.00 pagi. Matlamat utama program
ini adalah untuk memupuk tabiat membaca yang berkekalan dalam
kalangan rakyat Malaysia. Diharapkan agar program seperti ini
dapat menjadi pemangkin
kepada seluruh rakyat
Malaysia khususnya warga
KVMS untuk sama sama
menyemarakkan budaya
membaca serta sebagai tanda komitmen semua terhadap
kepentingan membaca dalam kehidupan.

32

`

NAMA PROGRAM : MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU KVMS 2022
PENGANJUR : KELAB GURU DAN KAKITANGAN (KGK)

TEMPAT DAN TARIKH : DEWAN TEKNOKRAT/20 MEI 2022

OBJEKTIF PROGRAM:

➢Meraikan guru-guru dan kakitangan Kolej Vokasional
Muadzam Shah
➢Mengenang dan membalas jasa guru yang
mencurahkan bakti dalam mendidik pelajar
➢Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas, muhibah
dan semangat kekeluargaan antara guru
➢Merapatkan hubungan antara guru-guru dengan
pihak pentadbiran

KUMPULAN SASARAN/PENGLIBATAN:
Semua pensyarah dan anggota kumpulan pelaksana

MENARIK TENTANG PROGRAM :
Program ini berlangsung pada 20 Mei 2022
di mana semua pensyarah dan kakitangan
berkumpul di Cafe Zamrud untuk makan
pagi. Selesai makan pagi, taklimat
sukaneka disampaikan oleh pelajar yang
menguruskan slot berkenaan dan semua
peserta bersiap sedia untuk menyertai
sukaneka. Boling kelapa menjadi pilihan
penganjur untuk diketengahkan dalam
sukaneka pada tahun ini. Seterusnya, acara
di dalam dewan bermula dengan pensyarah
dan kakitangan berarak dari depan pejabat
sehingga ke dewan. Paluan kompang mengiringi perarakan peserta dan kesemuanya menampilkan
pakaian yang bertemakan Melayu Klasik. Pelbagai pengisian dihidangkan seperti persembahan
nyanyian dan sketsa daripada pelajar, ucapan perutusan daripada Pengarah KVMS, nyanyian lagu
Kami Guru Malaysia, Ikrar dan sesi memotong kek. Sambutan hari guru diakhiri dengan nyanyian
lagu ‘Terima Kasih Cikgu’ oleh semua pelajar.

33

`

NAMA PROGRAM : MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA KVMS 2022
PENGANJUR : KELAB GURU DAN KAKITANGAN (KGK)

TEMPAT DAN TARIKH : DEWAN TEKNOKRAT/26 MEI 2022

OBJEKTIF PROGRAM:
➢ Mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli KGK serta ahli

keluarga.
➢ Meraikan kegembiraan melalui jamuan makan bersempena

bulan Syawal bersama-sama warga KVMS.
➢ Mengamalkan cara hidup yang baik dengan bermaaf-maafan dan

menghormati antara satu sama lain bersempena bulan yang
baik.

KUMPULAN SASARAN/PENGLIBATAN:
Semua pensyarah dan anggota kumpulan pelaksana beserta

keluarga

MENARIK TENTANG PROGRAM :
Majlis diadakan pada malam 26 Mei 2022 di mana semua pensyarah dan kakitangan beserta ahli
keluarga berkumpul meraikan Majlis Sambutan Hari Raya setelah 2 tahun tidak dilaksanakan
ekoran daripada pandemik Covid-19. Majlis bertemakan pakaian baju raya mendapat sambutan
yang baik daripada ahli KGK. Acara dimulakan dengan bacaan doa, ucapan pengarah KVMS dan
seterusnya jamuan makan. Antara menu yang disediakan ialah nasi hujan panas, ayam masak
merah, bihun sup, sate, lemang, rendang, roti jala, aiskrim dan pelbagai lagi. Seusai tetamu
menjamu selera, acara diteruskan dengan pemberian duit raya kepada anak-anak pensyarah dan
kakitangan.

34

` 33

NAMA PROGRAM : PROGRAM SELANGKAH MENUJU KEJAYAAN DAN PERKONGSIAN KERJAYA
BERSAMA UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP) DAN ALUMNI KOLEJ VOKASIONAL MUADZAM

SHAH (KVMS)
PENGANJUR : UNIT TEKNOLOGI PEMBINAAN
TEMPAT DAN TARIKH : KAMAR DELIMA / 22 JUN 2022 (RABU)

OBJEKTIF PROGRAM :

➢ Mempromosikan Program Diploma Teknologi
Pembinaan kepada pelajar-pelajar yang bakal
tamat di peringkat SVM.
➢ Menarik minat pelajar-pelajar yang tamat
pengajian di peringkat Sijil Vokasional Malaysia
(SVM) untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat
Diploma Vokasional Malaysia (DVM).

KUMPULAN SASARAN/PENGLIBATAN :
Semua Pelajar SVM Semester 4 Program Teknologi Pembinaan, Pensyarah KVMS, Ibu bapa dan
Alumni.

MENARIK TENTANG PROGRAM :

➢ Perkongsian ilmu bersama Ketua Program Btech Pembinaan Bangunan UMP iaitu En. Khalimi
Johan Bin Abd Hamid dan juga pelajar UMP yang terdiri daripada alumni KV berkaitan dengan
kursus yang ditawarkan di UMP dan pengalaman belajar di UMP selepas tamat diploma di KV.

➢ Perkongsian ilmu dan pengalaman bersama alumni KVMS, Cik Nadhirah Binti Rohime yang
berkerja dalam bidang Teknologi Pembinaan berkenaan dengan bidang kerjaya selepas tamat
program Diploma di KVMS.

➢ Perkongsian ilmu keusahawanan oleh alumni Cik Nurul Farah Hani Binti Ramli.
➢ Perkongsian ilmu oleh alumni En. Muhammad Zulhilmi Bin Sidek yang sedang melanjutkan

pelajaran dalam bidang Senireka Dalaman di UMK.

34
35


Click to View FlipBook Version