PROGRAM JALINAN DAN JARINGAN SOSIAL
UNIT BERUNIFORM SEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH
           (FOKUS 3 SEKOLAH BERHAMPIRAN)
                      PERTANDINGAN VIDEO PENDEK
                       “1 IKATAN 1 PERTOLONGAN”
                                7 – 21 SEPTEMBER 2021
                                         SECARA ATAS TALIAN
PENGENALAN
       UNIT BERUNIFORM adalah satu kumpulan yang terdiri daripada gabungan
keahlian dan mempunyai dasar-dasar tertentu untuk diikuti dan dipatuhi semasa
menjalani sesuatu aktiviti. Badan beruniform di sekolah merupakan salah satu
pasukan yang WAJIB disertai oleh murid-murid sekolah. Rasionalnya adalah
berdasarkan hakikat kejadian manusia yang dianugerahkan dengan kebolehan
dan potensi diri yang tersendiri. Dalam hal ini, aktiviti unit beruniform lebih
berfokus kepada kemenjadian murid pada proses pembelajaran di luar bilik
darjah yang menjurus kepada kemahiran pelbagai dan melonjakkan keyakinan
diri murid bergelar seorang pelajar, menimba ilmu walau di mana jua bukan
sahaja dalam bilik darjah.
       Proses kepimpinan juga akan berlaku apabila pembelajaran berasaskan
masalah ditonjolkan dalam aktiviti di lapangan. Seterusnya, bakat dan potensi
murid sebagai seorang pemimpin akan terserlah dengan kemahiran-kemahiran y
ang diketengahkan dalam unit beruniform. Pengetahuan ilmu ditimba, ketepatan
masa dibina dan semangat bekerjasama diteroka dalam menggembleng
tenaga dan idea ke arah melahirkan insan seimbang dari segi insaniah dan juga
rohaniah sejajar dengan prinsip Falsafah Pendidikan Kebangsaan Malaysia.
Rentetan daripada isu terkini yang semakin menular di Negara Malaysia khasnya
dan di seluruh dunia amnya berkaitan Pandemik Covid-19, pendidikan luar
menerusi unit beruniform tidak harus diketepikan di setiap sekolah, malah mesti
dilaksanakan bagi memastikan perkembangan fizikal dan mental murid bergerak
aktif seiring dengan perkembangan pendidikan yang bersifat global di Negara
membangun seperti Malaysia.
       Dengan itu, inisiatif unit kokurikulum SK Melaka Pindah berhasrat
mengadakan satu program jaringan dan jalinan sosial melibatkan tiga (3) buah
sekolah daerah Alor Gajah iaitu SK Melaka Pindah, SK Belimbing Dalam dan SK
Dato’ Naning akan mengadakan aktiviti unit beruniform secara maya yang
dijenamakan sebagai “Pertandingan Video Pendek 1 Ikatan 1 Pertolongan”.
Peserta dikehendaki merakam cara membuat ikatan buku sila dan satu (1) jenis
pertolongan cemas menggunakan kain anduh dengan mengetengahkan
kemahiran dan kekreatifan diri peserta dan menghantar rakaman video tersebut
kepada pihak penganjur untuk penilaian.
MATLAMAT
    Mewujudkan jaringan dan jalinan sosial antara peserta di tiga (3) buah
    sekolah Daerah Alor Gajah dalam mengeratkan silatur rahim dan memupuk
    semangat keberanian dan keyakinan diri dalam menjalani sesuatu aktiviti
    secara alam maya.
                                OBJEKTIF
• Memberi pengetahuan kepada peserta mengenai ikatan dan simpulan serta
   penggunaannya.
• Memupuk minat peserta tampil ke hadapan dengan penuh keyakinan tanpa
   rasa malu.
• Menggilap bakat dan keberanian peserta dalam pelbagai cabaran terutama
   dalam situasi pandemik Covid 19 yang mendorong mereka bergerak aktif
   secara maya.
• Melatih dan mendedahkan alat bantuan asas kepada peserta jika berlaku
   kecemasan yang ringan.
• Menjalin hubungan rapat antara peserta dari tiga(3) buah sekolah iaitu SK
   Melaka Pindah, SK Dato Naning dan SK Belimbing Dalam.
        SASARAN
 Peserta Tahap dua (2) pelbagai unit uniform dari tiga buah sekolah berhampiran
 iaitu SK Melaka Pindah, SK Dato Naning dan SK Belimbing Dalam.
 Kategori : Tahun 4 (L/P) – 5 orang
                        Tahun 5 (L/P) – 5 orang
                        Tahun 6 (L/P) – 5 orang
PENGERUSI         : PUAN HAJAH SURIATI BT. HAJI AHMAD
NAIB PENGERUSI     (GURU BESAR)
NAIB PENGERUSI 1
NAIB PENGERUSI 2  : PUAN ZALINA BT. JABAR
PENYELARAS         (PK KOKURIKULUM)
                  : ENCIK OMAR B. MOHD YASIM
                   (PK PENTADBIRAN)
                  : PUAN ROSLEEN BT. HANID
                   (PK HAL EHWAL MURID)
                  : ENCIK HELMIRIZAL B. CHE LONG
JK PENDAFTARAN    : PUAN NOOR SYAZLIN BT. ISMAIL
                   ENCIK RUSHDAN B. ABU HASAN
                   PUAN ROZITA BT. AB. RASHID (SKDN)
                   ENCIK MOHAMMAD HAIRIL AZWAN B. RAMLI(SKBD)
JK PENGACARA MAJLIS : ENCIK MOHD FAHMY B. HARUN
                                ENCIK MOHD ZAIRY B. ZAINORDIN
JK SURAT-MENYURAT : PUAN MARIAH BT. ABDUL RANI
                                PUAN NOORAMIZA BT. ZAINOL ABIDIN
JK JARINGAN &     : ENCIK HELMIRIZAL B. CHE LONG
JALINAN SOSIAL     ENCIK HAMZAH B. HABIBUDIN
                   ENCIK SHEH ABDULCADER JAILANEE B. OTHMAN (SKDN)
                   ENCIK FAKHRUDDIN B. SHARIFUD-DIN (SKBD)
JK TEKNIKAL        : ENCIK ABDUL LATIF B. WAPPU
JK BROSUR          : PUAN HIKMATUL MABRUK BT. HASHIM
                    PUAN FADILAH BT. MOHD TOHAR
JK JURUFOTO &      : PUAN NURUL AINI BT. ROSDI
DOKUMENTASI         PUAN SITI HAJAR BT. NOR AZIZI
                    PUAN ASMAH BT. MD JANI
JK PENGADIL        : PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
                    DAERAH ALOR GAJAH:-
                   ENCIK KHYRULNIZAM B. KHAIRUDIN
                   ENCIK MOHD TAUFIQ B. ABD GANI
                   ENCIK SHAHREDZA B. ABD RASHID
JK HADIAH & SIJIL  : PUAN JUWAIRIAH BT. BERAHIM
                    PUAN HAMIDAH BT. ABDUL RAHMAN
                    PUAN NORSALIZA BT. MISNAN (SKDN)
                    PUAN FAZANA BT. RAZALI (SKBD)
JK VIDEO MONTAJ &  : ENCIK KHAFIZI B. LEMAN@KHALIP
PENUTUP             ENCIK MOHD NASRUN NA’IM B. MD SALIM
JK PUBLISITI       : PUAN NOOR AFIDA AYU BT. MAMAT
                    PUAN NURUL QAAISARA BT. MD NASIR
ATUR CARA PROGRAM
7 September 2021 (Selasa)
12.05 petang
Ø Kehadiran peserta dan guru dalam aplikasi google meet.
Ø Kata aluan pengacara majlis
Ø Bacaan Doa (Ustaz Hamzah bin Habibudin).
Ø Ucapan dan perasmian oleh Puan Hajah Suriati binti Haji Ahmad
        (Guru Besar SKMP).
Ø Penerangan ringkas perjalanan dan syarat pertandingan.
Ø Montaj video perasmian.
Ø Bersurai.
21 September 2021 (Selasa)
12.05 petang
Ø Kehadiran peserta dan guru dalam aplikasi google meet.
Ø Kata aluan pengacara majlis.
Ø Bacaan Doa (Ustaz Helmirizal bin Che Long).
Ø Ucapan dan perasmian penutup oleh Encik Ismail Asib bin Md Amin
        (Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pembangunan
        Murid, PPD Alor Gajah).
Ø Keputusan pertandingan SISP2021 mengikut kategori.
Ø Tayangan video sepanjang pertandingan SISP2021.
Ø Bersurai.
PENGHARGAAN
1) Encik Ismail Asib bin Md Amin
      (Penolong Pegawai PPD AG, Unit Pembangunan
       Bakat Murid)
2) Puan Hjh Suriati binti Hj Ahmad
      (Guru Besar SK Melaka Pindah)
3) Guru-guru Penolong Kanan SK Melaka Pindah
4) Persekutuan Pengakap Alor Gajah (Juri)
5) PK Kokurikulum & JK SK Dato Naning
6) PK Kokurikulum & JK SK Belimbing Dalam
7) Guru-guru SK Melaka Pindah
8) Murid-murid Tahap 2 SK Melaka Pindah
9) Semua Pihak yang terlibat secara langsung
      dan tidak langsung dalam menjayakan program
      ini.
       SEMOGA SUMBANGAN DAN KERJASAMA
      DARIPADA PIHAK TUAN/PUAN MENDAPAT
 BALASAN YANG SETIMPAL DI SISI ALLAH S.W.T
                                 https://skmpmba0029.blogspot.com
