The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

DISEDIAKAN OLEH:<br>NUR SYAZA NAJIHA BINTI SOBIRON<br>2 KRK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wts1558, 2023-12-26 07:32:38

KEUNIKAN MASYARAKAT DI SARAWAK DAN SABAH

DISEDIAKAN OLEH:<br>NUR SYAZA NAJIHA BINTI SOBIRON<br>2 KRK

SEJARAH KAJIAN KES TINGKATAN 2 KEUNIKAN YANG TERDAPAT DI SARAWAK DAN SABAH


BIL TARIKH PERKARA 1. 4.12.2023 • Menerima tajuk tugasan dan panduan pelaksanaan tugasan daripada guru Sejarah. • Mendengar taklimat mengenai tugasan Sejarah daripada guru Sejarah. 2. 6.12.2023 • Menentukan tajuk tugasan setelah berbincang dengan guru Sejarah. • Menentukan objektif kajian yang sesuai dengan tugasan yang diberi. • Menerangkan kaedah kajian yang digunakan untuk membuat kajian tugasan. 3. 16.12.2023 • Merangka dan membuat jadual kerja. 4. 18.12.2023 • Mencari dan mengumpul maklumat yang berkaitan dengan tajuk tugasan menerusi internet, buku, majalah, akhbar dan pelbagai sumber yang lain. 5. 18.12.2023 • Menyediakan kerangka kasar penulisan. 6. 19.12.2023 • Menulis pengenalan Masyarakat Bumiputera Sarawak dan Sabah. 7. 19.12.2023 • Menulis kaum-kaum yang terdapat di sarawwak dan Sabah. 8. 20.12.2023 • Menulis Kepentingan Sungai yang memainkan peranan penting kepada Masyarakat di Sarawak dan Sabah. 9. 20.12.2023 • Menulis Keunikan dalam aspek Kesenian, Perayaan, Tarian dan Seni Bina yang terdapat dalam Masyarakat Sarawak dan Sabah. 10. 21.12.2023 • Menulis tentang rumusan dan rujukan. 11. 22.12.2023 • Mengemaskini tugasan, menyemak dan mengisi semua butiran yang dikehendaki sebelum menghantar Tugasan Sejarah kepada guru Sejarah.


TEMA WARISAN NEGARA


TAJUK KAJIAN KEUNIKAN MASYARAKAT BUMIPUTERA DI SARAWAK DAN SABAH


NAMA PENULIS NUR SYAZA NAJIHA BINTI SOBIRON 2 KRK


STANDARD KANDUNGAN 6.4 SARAWAK DAN SABAH


PERNYATAAN MASALAH PENDUDUK SARAWAK DAN SABAH YANG BERBILANG KAUM DAN BUDAYA MENYEBABKAN KAWASAN INI MEMILIKI KEUNIKAN TRADISI DAN WARISAN TERSENDIRI


OBJEKTIF KAJIAN • Pelajar dapat mempelajari tentang keunikan yang terdapat di Sarawak dan Sabah. • Pelajar dapat menghuraikan tentang keunikan yang terdapat di Sarawak dan Sabah. • Pelajar dapat menamakan jenis tarian, seni bina, kesenian dan perayaan yang terdapat di Sarawak dan Sabah.


KAEDAH KAJIAN Saya telah memilih 2 kaedah kajian iaitu: 1. Melayari Internet 2. Buku Teks Sejarah Tingkatan 2


Menurut kajian yang telah diterbitkan oleh Ibrahim Majdi Bin Mohamad Kamil, kepelbagaian etnik di Sabah dan Sarawak menyebabkan terdapat pelbagai budaya yang unik di negeri Sabah dan Sarawak. Pelbagai budaya yang terdapat di negeri Sabah dan Sarawak tidak terdapat di tempat lain termasuk di semenanjung Malaysia. Elemen budaya unik kelompok etnik Sabah dan Sarawak antaranya adalah seperti seni muzik dan tarian, cara hidup, agama, adat istiadat, pegangan hidup, pakaian, tradisi dan lainlain. Semestinya di Sabah dan Sarawak terdapat begitu banyak budaya oleh kerana kepelbagaian etnik dan subetnik di Sabah dan Sarawak. KAJIAN LITERATUR


Menurut kajian yang telah diterbitkan oleh Nurhajira Farhana Noor Hadi, iaitu pelajar Universiti Sains Islam Malaysia, Sarawak merupakan sebuah negeri di Malaysia yang terletak di bahagian utara pulau Borneo. Sarawak juga mempunyai kepelbagaian budaya, alam semula jadi yang menakjubkan, dan warisan sejarah yang kaya. Negeri ini mempunyai lebih daripada 40 kumpulan etnik yang berbeza, menjadikannya tempat yang penuh dengan kepelbagaian etnik dan kebudayaannya. Kehidupan masyarakat di Sarawak juga menawarkan pandangan ke dalam warisan budaya yang kaya. Setiap etnik di Sarawak mempunyai tradisi, adat istiadat, dan kepercayaan yang unik. KAJIAN LITERATUR


DAPATAN KAJIAN/LAPORAN • Sarawak dan Sabah merupakan sebahagian daripada Alam Melayu. Kedudukan Sarawak di sebelah barat daya pulau Borneo dan kedudukan Sabah di utara pulau Borneo telah mendedahkannya dengan perkembangan Alam Melayu, khusunya dalam aspek perdagangan dan keagamaan. • Antara kaum yang terdapat di Sarawak ialah: I. Iban Kaum ini berasal dai Sungai Kapuas mula berhijrah dan menetap di kawasan hulu Sungai Batang Lupar.


DAPATAN KAJIAN/LAPORAN II. Melayu Kehadiran kaum ini bermula dengan kemunculan KerajaanKerajaan awal di Sarawak seawall abad keenam. Kaum ini menetap di semua bahagian di Sarawak termasuklah di pedalaman seperti Belaga, Baram dan Skrang. III. Bidayuh Kaum ini berasal dari Sungkung, Kalimantan dan kemudian berhijrah ke selatan Sarawak.


DAPATAN KAJIAN/LAPORAN IV. Melanau Sejak dari dahulu kaum ini mendiami Kawasan tengah Sarawak. V. Orang Ulu Orang Ulu terdiri daripada pelbagai kaum yang mendiami kawasan pedalaman Sarawak. Mereka terdiri daripada kaum Kayan, Kenyah, Kelabit, Penan dan Punan. Kaum Kayan dan Kenyah berasal dari Sungai Kayan dan berhijrah ke Kawasan hulu Sungai Rajang, Balui, Baram dan Hulu Kemena.


DAPATAN KAJIAN/LAPORAN • Kaum-kaum yang terdapat di Sabah pula ialah: I. Kadazandusun Kebanyakan kaum ini mendiami Kawasan Penampang, Papar, Tuaran, Tambunan dan Ranau. Menurut catatan Sejarah, nama Dusun diberi oleh orang Brunei yang bermaksud petani pedalaman. II. Bajau/Sama Terdapat dua pendapat tentang asal usul kaum Bajau/Sama, iaitu dari Sambaungan (Zamboanga) dan Johor. Kebanyakan kaum Bajau/Sama menetap di kawasan pantai timur dan pantai barat Sabah. Keunikan kaum Bajau/Sama yang tinggal di kawasan pantai barat Sabah ialah budaya menunggang kuda.


DAPATAN KAJIAN/LAPORAN III. Murut Kebanyakan kaum Murut tinggal di Kawasan tenom hingga Kalabakan. Menurut catatan Sejarah, nama Murut diberikan oleh orang Brunei yang bermaksud orang bukit atau orang dari pedalaman pergunungan yang terpencil. IV. Suluk Kaum Suluk berasal dari Kepulauan Sulu dan ramai yang menetap di kawasan pantai timur Sabah. V. Orang Sungai Orang Sungai kebanyakannya tinggal di Sungai Kinabatangan, Sungai Sugut, Sungai Paitan dan Sungai Labuk.


DAPATAN KAJIAN/LAPORAN Kepentingan Sungai yang memainkan peranan penting kepada masyarakat di Sarawak dan Sabah : • Kegunaan harian Sungai menjadi sumber bekalan air untuk minum, mandi dan membasuh pakaian serta pinggan mangkuk. • Pengangkutan Sampan dan bot menjadi pengangkutan utama untuk membawa penumpang dan barang melalui sungai • Petempatan Sungai menjadi kawasan petempatan yang dikenali sebagai kampung air.


DAPATAN KAJIAN/LAPORAN • Sumber Rezeki Sungai merupakan sumber rezeki kepada penduduk di kawasan sekitar sungai. • Perdagangan Masyarakat menjalankan kegiatan perdagangan dan jual beli di Sungai sejak zaman-berzaman. • Kegiatan Rekreasi Sungai menjadi tempat kegiatan rekreasi seperti pesta regata dan acara perahu berhias.


DAPATAN KAJIAN/LAPORAN Keunikan yang terdapat di Sarawak dan Sabah • Kesenian ❑ Sarawak i. Tenunan kain a) Pua kumbu merupakan hasil kerja tangan kaum Iban yang dibuat daripada kain kapas. Ia digunakan dalam pelbagai majlis seperti kelahiran, perkahwwinan dan kematian. b) Keringkam merupakan kerja tangan kaum Melayu yang dibuat daripada pelbagai jenis kain seperti kain kapas dan kain sutera. Kain tersebut disulam dengan benan emas, perak dan tembaga. ii. Kraf Tangan a) Sintung duduk dihasilkan oleh kaum Iban untuk membawa benih padi, lanji untuk membawa hasil padi dan bosong untuk memburu. b) Orang Ulu pula menghiasi bakul mereka dengan manik. Simnol-symbol naga, manusia, burung kenyalang dan harimau yang dihiasu pada bakulnya digunakan oleh golongan atasan. c) Kaum Melanau menghasilkan penutup kepala, iaitu terendak. Terendak digunakan semasa kerja-kerja harian dan adat tertentu, termasuk Pesta Kaul.


DAPATAN KAJIAN/LAPORAN iii. Pertukangan a) Tiang Totem dihasilkan oleh Orang Ulu yang melambangkan status Masyarakat. Hanya mayat golongan atasan bole diletak tinggi di atas tiang ini. b) Patung Burung Kenyalang merupakan lambang kepahlawanan kaum Iban. Ukiran patung ini digunakan sebagai pemberi semangat kepada pahlawan Iban. Patung ini juga menjadi penjaga rumah panjang daripada semangat jahat dan penyakit. ❑ Sabah i. Tekunan Kain a) Kaum Rungus menggubah Invaol dan menghasilkan selendang yang berwarna-warni. b) Kaum Iranun menghasilkan kain dastar yang biasa digunakan sebagai tanjak.


DAPATAN KAJIAN/LAPORAN ii. Kraf Tangan a) Masyarakat di kawasan pedalaman menghasilkan bakul yang mempunyai pelbagai kegunaan seperti wakid untuk membawa barang yang besar, tayen untuk membawa hasil dari kebun dan barang hantaran perkahwinan, dan buan sebagai tempat menyimpan barang. b) Kaum Bajau/Sama menghasilkan pelbagai barangan yang berwarna-warni daripada daun Serdang seperti tikar pandan dan duang (tudung saji). iii. Pertukangan Kaum Bajau/Sama masih mewarisi cara pembuatan barangan besi seperti Guuk, Badi’ untuk memotong rumput dan Pida’ untuk upacara perkahwinan.


DAPATAN KAJIAN/LAPORAN • Perayaan ❑Sarawak i. Kaum Iban, Bidayuh dan orang Ulu merayakan Pesta Menuai atau Gawai Dayak. Bagi Masyarakat Iban pula upacara Miring diadakan semasa Gawai Dayak. Upacara ini dilakukan untuk menyatakan rasa terima kasih kepada petara atau tuhan. Salah satu keunikan Gawai Dayak ialah acara Kumang dan Keling Gawai, iait pemilihan ratu cantik dan jejaka tampan. ii. Kaum Bisaya dan Kadayan pula masing-masing mengadakan Pesta Babulang dan Makan Tahun. Pesta Babulang merupakan pesta menuai. Manakala Makan Tahun diadakan sebagai tanda kesyukuran atas hasil yang diperoleh oleh petani. Kaum Melanau pula mengadakan Pesta Kaul yang bertujuan untuk mengelak malapetaka buruk oleh roh jahat yang dipanggil sebagai Ipok.


DAPATAN KAJIAN/LAPORAN • Perayaan ❑Sabah i. Pesta Kaamatan dari segi Sejarah dan budaya diraikan oleh Penduduk Kadazandusun dan Murut. Perayaan ini merupakan symbol kesyukuran untuk meraikan semangat padi atau Bambaazon atau Bambarayon. Upacara kesyukuran kepada semangat padi ini dijalankan oleh Bobohizan/Bobolian. Dengan melakukan upacara kesyukuran ini, penduduk berharap agar tahun hadapan mereka akan mendapat lebih banyak hasil tuaian padi. Antara acara yang diadakan dalam pesta ini termasuklah pertandingan ratu cantik atau Unduk Ngadau. Acara ini berkaitan dengan asal usul pengorbanan Huminodun. ii. Pesta Regata Lepa merupakan perayaan memperingati peranan lepa dalam kehidupan kaum Bajau/Sama di Pantai timur Sabah. Dalam perayaan ini, kaum Bajau/Sama menghiasi lepa. Selain itu, pelbagai acara lain diadakan seperti perlumbaan perahu.


DAPATAN KAJIAN/LAPORAN • Tarian ❑Sarawak i. Tarian Ngajat ditarikan oleh kaum Iban dan Orang Ulu. Terdapat beberapa jenis tarian Ngajat Iban seperti Ngajat Indu dan Ngajat Lesung. Tarian Ngajat ditarikan sebagai pemberi semangat kepada para pejuang yang hendak pergi berperang. ii. Tarian DatunJulud berasal daripada kaum Orang Ulu. Tarian ini sebagailambang kegembiraan dan terima kasih. Penarinya ialah wanita yang memakai pakaian berwarnawarni dengan perhiasan kepala. Bulu burung kenyalang digunakan semasa menari. Tarian ini diiringi oleh alat muzik tradisional iaitu sape. iii. Bermukum merupakan acara bergendang. Keunikan bermukun ini ialah gendangnya yang dipalu oleh Wanita dan penarinya hanya lelaki. Tarian ini biasa ditarikan semasa majlis perkahwinan. Semasa bermukun, para pemukul gendang akan berbalas pantun.


DAPATAN KAJIAN/LAPORAN • Tarian ❑ Sabah i. Sumazau ialah tarian kaum Kadazandusun. Terdapat variasi tarian ini mengikut Kawasan seperti di Penampang dan Papar. Tarian ini ditarikan semasa Pesta Kaamatan dan majlis keramaian. Perkataan Sumazau diambil daripada perkataan “sazau” yang merujuk pergerakan tangan penari seperti seekor burung helang. ii. Magunatip ditarikan oleh kaum Murut di Kawasan pedalaman. Tarian yang menggunakan dua batang buluh ini ditarikan semasa majlis keramaian. iii. Tarian kaum Bajau/Sama dari Pantai barat Sabah yang dinamakan Limbai ditarikan secara berpasangan. Pasangan wanita akan memakai iv. sarimpak (hiasan kepala). Tarian ini ditarikan semasa majlis v. perkahwinan dan majlis keramaian.


DAPATAN KAJIAN/LAPORAN • Seni Bina ❑Sarawak i. Rumah Panjang merupakan seni bina kaum Iban, Bidayuh dan orang Ulu. Rumah Panjang dibina untuk tujuan keselamatan dan pertahanan serta mewujudkan kerjasama dalam kalangan penduduk di rumah panjang. Fungsi: Tempat tinggal, tempat berinteraksi dan mengadakan acara-acara perayaan. Bahan pembuatan: Kayu keras digunakan terutama kayu belian. Atapnya diperbuat daripada daun tebal seperti daun rumbia. ii. Rumah Tinggi merupakan hasil binaan unik kaum Melanau. Fungsi: Rumah ini dibina tinggi, iaitu 10 meter dari aras tanah untuk mengelak serangah musuh. Bahan pembuatan: Kayu keras dan bulat seperti belian menjadi bahan utama dalam pembuatan rumah ini.


DAPATAN KAJIAN/LAPORAN • Seni Bina ❑ Sarawak iii. Rumah Baruk merupakan seni bina baruk ialah bulat dah berbentuk kon dengan puncaknya dihiasi dengan lambing burung kenyalang. Fungsi: Tempat menyimpan tengkorak, menyimpan senjata, pusat ritual, mesyuarat dan majlis social yang lain. Bahan pembuatan: Kayu keras, iaitu belian digunakan untuk membina baruk. Atapnya akan ditutup dengan daun rumbia dan dinding pula diperbuat daripada buluh. ❑Sabah i. Kaum Rungus juga membina rumah panjang yang dikenali sebagai Vinatang. Keistimewaan rumah Panjang Rungus ini ialah bilik tidurnya dibina dengan kedudukan kepala pada sudut tepat arah Gunung Kinabalu. Fungsi: Kediaman, kubu pertahanan daripada serangan musuh. Kaum Rungus membina rumah ini untuk mewujudkan semangat bekerjasama dan melindungi ahli-ahlinya. Bahan pembuatan: Kayu bulat, buluh, kulit kayu dan daun nipah.


DAPATAN KAJIAN/LAPORAN • Seni Bina ❑ Sabah ii. Kaum Murut juga membina rumah Panjang. Terdapat pelbagai nama yang merujuk rumah Panjang Murut seperti Tulus dan Pahun. Fungsi: Rumah ini dibina atas faktor keselamatan dan pertahanan. Keunikan rumah panjang ini boleh dilihat dengan pintu rumahnya yang dibina di tepi rumah dan terdapat ruang memanjang yang memisahkan bilik-bilik keluarga. Di bahagian tengah pula, terdapat tempat pertemuan dan lantai untuk tarian atau lansaran. Bahan Pembuatan: Kayu bulat, kulit kayu dan daun tolidus. iii. Lepa merupakan perahu yang dibuat oleh kaum Bajau/Sama di pantai timur Sabah yang bukan Sahaja untuk mengangkut barang tetapi dijadikan tempat kediaman. Bahan Pembuatan: Lepa diperbuat daripada pelbagai jenis kayu seperti kayu obasuluk, seraya, mata-mata dan gagir. Bahagian atapnya pula diperbuat daripada daun nipah. Apabila lepa hendak dibuat beberapa perkara perlu diberi perhatian seperti hari dan bulan untuk mengambil kayu dan bahan lain untuk membuatnya.


DAPATAN KAJIAN/LAPORAN Iktibar Kita perlulah menggunakan kebijaksanaan dalam memanfaatkan sumber alam sekitar untuk meneruskan kelangsungan hidup seperti yang dilakukan oleh masyarakat di Sarawak dan Sabah.


RUMUSAN Berdasarkan maklumat yang telah saya peroleh, jelaslah bahawa terdapat pelbagai jenis kesenian, perayaan, tarian dan seni bina tradisional yang ada di negeri Sabah dan Sarawak. Kesenian, perayaan, tarian dan seni bina masyarakat bumiputera Sabah dan Sarawak masing-masing mempunyai sejarah dan keunikannya tersendiri. Keunikan yang indah ini haruslah diteruskan dari masa ke semasa agar tidak ditelan zaman. Sesungguhnya keunikan inilah yang menunjukkan betapa bertamadunnya kehidupan sesuatu kaum. Ketahuilah bahawa tanpa ilmu tamadun, maka masyarakat yang bertamadun dan keunikan dalam sesuatu kaum itu tidak akan wujud dan tidak dapat diwarisi oleh generasi akan datang.


SUMBER RUJUKAN • Dr. Suffian bin Mansor, Buku Teks Sejarah Tingkatan 2, Dewan Bahasa dan Pustaka • Internet https://www.usim.edu.my/ms/berita/in-our-words-ms/kepelbagaiankaum-dan-etnik-di-sarawak/ https://klikweb.dbp.my/?p=18683


LAMPIRAN KESENIAN Pua Kumbu Inavol Tiang Totem Duang


LAMPIRAN PERAYAAN Gawai Dayak


LAMPIRAN TARIAN Ngajat Sumazau Tarian Datun Julud


LAMPIRAN SENI BINA Lepa


Click to View FlipBook Version