BAB 5
Kesultanan
Melayu
Melaka
SEJARAH TINGKATAN 2 KSSM
CIKGU CHE MASTURA BT HJ MAHMAD
SMU (A) AL FALAH
5.1
Pengasasan
Kesultanan
Melayu
Melaka
Pengasasan
Kesultanan
Melayu Melaka
Kesultanan Melayu
Melaka diasaskan
oleh Parameswara
sekitar tahun 1400.
Kesultanan Melayu
Melaka merupakan
kelangsungan
kepada kerajaan
masyhur di Alam
Melayu.
Parameswara
Parameswara
berjaya memilih
lokasi yang sesuai
untuk mengasaskan
kerajaan.
Pemilihan lokasi ini
menjadikan Melaka
sebagai sebuah
kerajaan yang
unggul di Alam
Melayu
Pemilihan Lokasi yang
Strategik oleh
Parameswara
Parameswara memilih lokasi
yang strategik untuk membentuk
kerajaan, iaitu di muara Sungai
Bertam yang juga dikenali
sebagai Sungai Melaka.
Pada asalnya, muara sungai ini
merupakan sebuah
perkampungan nelayan dan
tempat berjual beli serta
pertukaran barang dagangan.
Pemilihan Lokasi yang
Strategik oleh Parameswara
Parameswara bijak memanfaatkan
lokasi yang strategik dan alam
semula jadi sebuah perkampungan
nelayan menjadi sebuah pelabuhan
yang maju.
Kebijaksanaan Parameswara memilih
lokasi tersebut telah mendorong
Melaka kemudiannya muncul
sebagai pusat perdagangan
antarabangsa.
Pengasasan Melaka menunjukkan
bahawa banyak manfaat yang
diperoleh sekiranya kita menghargai
alam sekitar untuk kesejahteraan
Laluan
Perdagangan
Kedudukan Melaka di
laluan perdagangan
utama antara timur
dengan barat
membolehkannya
mengawal laluan
kapal dagang.
Bentuk Muka Bumi
Melaka mempunyai bentuk
muka bumi yang berbukit-
bukau yang sesuai dijadikan
benteng pertahanan dan
menjadi panduan kapal
dagang.
Benteng Pertahanan
Pokok bakau dan api-api
yang terdapat di pesisir
pantai pula menjadikannya
sebagai benteng
pertahanan dan pelindung
semula jadi yang sukar
ditembusi oleh musuh.
Terlindung Angin
Monsun
Muara sungai yang terletak
di Selat Melaka terlindung
daripada tiupan angin
monsun.
Keadaan ini membolehkan
kapal dagang datang dan
berlabuh di pelabuhan
Melaka dengan selamat
5.2
Kegemilanga
n Kesultanan
Melayu
Melaka
Kegemilangan
Kesultanan
Melayu Melaka
Kesultanan Melayu
Melaka berkembang
dari sebuah
perkampungan nelayan
dan akhirnya menjadi
kerajaan yang masyhur.
Beberapa faktor telah
melonjakkan kerajaan
ini berkembang menjadi
sebuah kerajaan yang
gemilang di Alam
Melayu.
Faktor Kegemilangan
Kepemimpinan Raja
Sistem Pentadbiran
Sistem Perundangan
Kepemimpinan
Raja
Keturunan Raja
Palembang
Peranan yang
Unggul
Daulat dan Alat
Kebesaran
Kewibawaan
Keturunan Raja Parameswara
Palembang
Berdasarkan teks Sulalatus
Salatin, pemerintah Melaka
berasal daripada zuriat
keturunan anak Raja Palembang
yang dikatakan bersusur galur
daripada Iskandar Zulkarnain.
Susur galur ini memberikan taraf
kedudukan yang tinggi kepada
Sultan Melaka dalam kalangan
kerajaan lain di Alam Melayu.
Peranan yang Unggul
Menjadi simbol perpaduan
dan kemakmuran.
Merupakan ketua angkatan
tentera
Mengetuai hubungan
diplomatik.
Menyelaraskan kegiatan
ekonomi
Menjadi Ketua Agama
Daulat dan Alat Kebesaran
Kepemimpinan raja juga dikaitkan
dengan konsep daulat dan derhaka serta
pelbagai institusi perajaan seperti adat
istiadat istana dan alat kebesaran diraja.
Daulat merupakan kuasa dan
kewibawaan raja sebagai pemimpin
Rakyat mengakui kedaulatan raja
dengan memberikan taat setia
sepenuhnya dan tidak boleh
menderhaka kepada raja.
Daulat dan Alat
Kebesaran
Antara alat kebesaran diraja
termasuklah cap mohor, nobat, keris,
lembing dan mahkota
Alat kebesaran digunakan semasa
upacara istiadat pertabalan,
perkahwinan dan kemangkatan raja
Konsep daulat, adat istiadat dan alat
kebesaran menjadikan raja
mempunyai kedudukan yang tinggi
dan istimewa.
Hal ini mengukuhkan kedudukan raja
Kewibawaan
Raja memiliki ciri kepemimpinan
seperti adil, berwibawa dan
mengambil berat terhadap
kebajikan rakyat.
Raja memerintah berdasarkan
bidang kuasa yang ditetapkan
mengikut Hukum Kanun Melaka.
Hukum Kanun Melaka
Kewibawaan
Sultan Muzaffar Shah dan
Sultan Mansur Shah merupakan
pemerintah yang
mengutamakan keamanan
dan kebajikan rakyat.
Sultan Mansur Shah
menasihatkan puteranya,
Sultan Alauddin Riayat Shah
supaya bersikap adil terhadap
rakyat, menyiasat segala
tuduhan dengan teliti dan
Sistem Pentadbiran Pembesar Empat Lipatan
Pentadbiran Sistem Pembesar Empat
Lipatan yang mantap telah membawa
keamanan dan kemakmuran kepada
Kesultanan Melayu Melaka.
Corak pentadbiran Melaka ini diwarisi
kemudiannya oleh kerajaan Melayu
yang lain.
kita patut berbangga dengan
kestabilan sistem pentadbiran
negara kita pada masa ini yang
dimantapkan daripada warisan
Kesultanan Melayu Melaka.
Sistem Kerah: Sistem Pentadbiran
merupakan sesuatu
pekerjaan yang dibuat istana Melaka
tanpa diberi upah.
Misalnya, membina
istana, kubu, jalan dan
saliran.
Sistem ini menunjukkan
wujud sikap taat setia,
sedia berkorban dan
rakyat berganding bahu
untuk membantu
Sistem
Pentadbiran
Sistem Pembesar
Empat Lipatan
Tugas Pembesar
Sistem Pembesar
Empat Lipatan
Pentadbiran Kesultanan
Melayu Melaka berasaskan
Sistem Pembesar Empat
Lipatan.
Sistem ini bermaksud
pada setiap peringkat
pentadbiran, terdapat
pembesar yang dilantik
oleh pemerintah bagi
membantu melicinkan
Sistem Pembesar
Empat Lipatan
Sultan dibantu oleh
pembesar berempat,
pembesar berlapan,
pembesar enam belas dan
pembesar tiga puluh dua.
Pembesar ini merupakan
pentadbir kerajaan pada
peringkat pusat, jajahan,
daerah, mukim dan
kampung.
Tugas
Pembesar
Menjaga keamanan
kawasan.
Mengutip cukai dan
hasil lain melalui
sistem serah.
Membekalkan
tenaga tentera
ketika perang dan
menyediakan tenaga
buruh melalui sistem
kerah.
Tugas Pembesar
Pemerintah Melaka juga mengurniakan
kawasan khas kepada pembesar untuk
ditadbir.
Pengurniaan kawasan ini sebagai tanda
untuk mendapat sokongan pembesar bagi
mewujudkan pentadbiran yang mantap
Kawasan yang dikurniakan kepada
pembesar berempat dikenali sebagai
kawasan pegangan.
Kawasan pembesar jajahan dan daerah pula
dikenali sebagai kawasan pemakanan.
Pembesar dibenarkan mengutip cukai di
Tugas
Pembesar
Pembesar berempat
merupakan pembesar
peringkat pusat yang
merupakan tonggak utama
pentadbiran Kesultanan
Melayu Melaka.
Mereka terdiri daripada
Bendahara, Penghulu
Bendahari, Temenggung
dan Laksamana. Mereka
juga dikenali sebagai
Orang Kaya Berempat.
Sistem Perundangan
Hukum Kanun Melaka
Undang-Undang Laut Melaka
Undang-Undang Adat
Hukum Kanun Melaka
Hukum Kanun
Melaka
Hukum Kanun Melaka
mula ditulis semasa
pemerintahan Sultan
Muzaffar Shah (1446-
1456).
Undang-undang ini
disusun semula secara
teratur pada masa
pemerintahan Sultan
Hukum Kanun Melaka
Undang-undang ini mengandungi
44 fasal yang berkaitan hak
keistimewaan, tanggungjawab
raja dan pembesar
Hukum Islam juga terdapat dalam
undang-undang ini yang berkaitan
dengan jenayah, urusan jual beli
dan kekeluargaan.
Hukum Kanun Melaka ini dapat
mewujudkan keamanan dan
menjamin keselamatan rakyat.
Jenayah di dalam negeri Melaka
Undang-Undang Laut
Melaka
Undang-undang ini ditulis
semasa zaman Sultan
Mahmud Shah bertujuan
menentukan peraturan
pelayaran dan
perdagangan.
Undang-Undang Laut
Melaka
Undang-undang yang
mengandungi 25 fasal ini
menerangkan peraturan di laut,
tertib berniaga dan tatacara
berjual beli
Kandungannya juga berkaitan
tanggungjawab nakhoda, anak
kapal, kiwi dan syahbandar.
Undang-undang ini
menyebabkan aktiviti
perdagangan berjalan dengan
Undang-Undang
Adat
Kesultanan Melayu Melaka
juga menggunakan undang-
undang adat dalam sistem
pemerintahannya.
Adat ini dikenali sebagai Adat
Temenggung.
Adat Temenggung
Diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan.
Berkaitan sistem pemerintahan, perwarisan
takhta, perkahwinan, perwarisan harta dan
perundangan.
Berkaitan sistem penggantian sultan, iaitu
takhta kerajaan diwarisi oleh anak lelaki yang
sulung.
Mengamalkan sistem pemerintahan beraja.
Kuasa tertinggi terletak di tangan sultan atau
Aspek Kegemilangan
Kesultanan Melayu Melaka telah meneruskan
tradisi kegemilangan kerajaan yang unggul di
Alam Melayu.
Kegemilangan kerajaan ini dapat dilihat dalam
aspek pembentukan empayar, kemunculan
sebagai pusat penyebaran agama Islam dan
pusat perdagangan serta kejayaan menjalinkan
hubungan luar dengan kerajaan lain.
Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka juga
dapat dibuktikan dengan kemunculan bahasa
Empayar yang Luas
Empayar Kesultanan Melayu
Melaka meliputi seluruh
Semenanjung Tanah Melayu
dan kawasan pantai timur
Sumatera.
Empayar ini terdiri daripada
tanah jajahan dan naungan.
Kegemilangan empayar yang
luas ini dapat dilihat dalam
aspek cara pembentukan,
Cara Pembentukan Empayar
Penaklukan
Perkahwinan
Naungan
Penaklukan
Penaklukan dilakukan untuk menjamin
keselamatan dan kemakmuran Kesultanan
Melayu Melaka.
Kawasan taklukan di Semenanjung Tanah
Melayu ialah seperti Kuala Linggi, Beruas, Pahang,
Terengganu dan Kelantan.
Kawasan taklukan di Sumatera pula ialah Siak,
Rokan, Kampar dan Rupat.
Perkahwinan
Perkahwinan berlaku antara
Sultan Melaka dengan puteri
diraja kerajaan lain.
Perkahwinan mengukuhkan lagi
hubungan persahabatan dan
kekeluargaan antara kerajaan
Melaka dengan kerajaan lain.
Perkahwinan Sultan Mansur
Shah dengan puteri Majapahit,
Raden Galuh Cendera Kirana
menyebabkan pengaruh Melaka
Naungan Terdapat pemerintah
kerajaan lain yang
rela bernaung di
bawah Kesultanan
Melayu Melaka.
Raja yang berada
di bawah naungan
Melaka ditabalkan
oleh sultan Melaka.
Antara kerajaan
yang rela bernaung
termasuklah Lingga,
Patani dan Kedah.
Kepentingan Pembentukan Empayar
Politik
Ekonomi
Sosial
Agama
Politik
Meluaskan wilayah dan
jajahan takluk.
Mengukuhkan hubungan
dengan kerajaan yang
ditakluk.
Menyekat pengaruh kuasa
serantau seperti Siam,
Majapahit dan Pasai.
Ekonomi
Menerima hadiah dalam bentuk
wang, emas, timah dan
bantuan ketenteraan.
Mendapat bekalan seperti
hasil pertanian, rempah-ratus
dan bijih timah untuk
diperdagangkan di pelabuhan
Melaka.
Menguasai perdagangan di
Selat Melaka.
Sosial
Berlaku asimilasi budaya
tempatan dengan budaya
dari Arab, India, China dan
Alam Melayu.
Wujud masyarakat majmuk
yang terdiri daripada
pelbagai suku dan bangsa.
Agama
Mendorong usaha
penyebaran agama Islam.
Islam telah berkembang
luas ke Pahang,
Kelantan, Perak, timur
Sumatera dan Patani.
Pentadbiran Empayar
Pentadbiran Pusat
Pentadbiran Kawasan Naungan
Pentadbiran Kawasan Jajahan
Pentadbiran
Pusat
Pusat
pemerintahan dan
pentadbiran di
Melaka yang
terletaknya tempat
raja bersemayam.
Raja dibantu oleh
pembesar pusat.
Pentadbiran Kawasan Naungan
Kawasan naungan ialah kawasan yang
mengakui ketuanan Melaka dan menghantar ufti.
Pemerintahan diketuai oleh pemerintah negeri
berkenaan dan dibantu oleh pembesar tempatan.