The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Maisarah Jaafar, 2021-02-04 04:25:30

TUGASAN KIKS-converted

TUGASAN KIKS-converted

TUGASAN KEMAHIRAN INSANIAH
KEMAHIRAN SUBJEK (KIKS) BAHASA

MELAYU
TINGKATAN 4

2021

Nama: Siti Maisarah binti Jaafar
Kelas: 4 Al-Khawarizmi
No. Maktab: PT180137

• ANEKDOT 1

Gedebushhh!!!! Secara tiba-tiba aku terbangun dari tidurku yang
sungguh lena pada malam itu. Aku terdengar bunyi seperti ada sesuatu
yang besar terjatuh di sebelah luar bilikku. Jantungku berdegup dengan
laju sekali. Disebabkan terlalu terkejut, aku tidak dapat tidur kembali.
Kemudian, aku tertanya-tanya.. “Benda apa yang jatuh tadi. Dengar
bunyi macam besar je.” Jadi aku pun memberanikan diri untuk melihat
keluar tingkap bilikku. TIBA-TIBA!!! Aku ternampak sesuatu! Daripada
bayang yang dapat kulihat, badannya agak besar dan berbulu,
mempunyai ekor dan kepalanya seakan bertanduk. Jantungku kembali
berdegup laju apabila terlihat benda tersebut bergerak ke arahku.
Apabila semakin dekat, barulah aku dapat lihat. Rupa-rupanya itu adalah
Kiki, kucing peliharaan baru kepunyaan jiranku. “hahahaha” aku
terketawa seketika dan kembali tidur dengan rasa yang lucu dan seram
pada masa yang sama.

• ANEKDOT 2

Suatu pagi yang nyaman, Yaya pergi ke kelasnya dengan sangat
awal, tiada seorang pun rakan sekelasnya yang sudah hadir.
Jadi, dia hanya duduk di meja kepunyaannya dan mula
menyiapkan kerja rumah yang masih belum disiapkan. Yaya
berasa agak gembira kerana dia datang awal ke kelas pada hari
ini. Selalunya, dia akan datang tepat waktu mula kelas. Selepas
satu jam dia membuat kerja rumah, masih belum ada rakan
sekelasnya yang datang. Tiba-tiba, dia terdengar satu suara
yang memanggilnya. “Yayaa, Yaayaaa”. Dia tercari-cari dari
mana datangnya suara tersebut. Kemudian, suara itu
memanggilnya lagi. “Yaya! Yaya! Bangun!!”. Rupa-rupanya,
suara tersebut adalah suara ibunya yang sedang kejut Yaya.
Kemudian Yaya bangun dari tidur dan mendapati itu semua
hanya mimpi. Yaya berasa sangat kecewa dan dia masih lambat
ke kelas seperti biasa.

• TEKS PENGACARAAN

Mengumumkan ketibaan Encik Abdul bin Tinggoon, pengetua MRSM
Transkrian diiringi oleh timbalan-timbalan pengetua dan guru.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera.

Yang Berusaha, Encik Abdul bin Tinggoon, Pengetua MRSM Transkrian, Encik
Muhamad Mazlan bin Hassan, Timbalan Pengetua Kecemerlangan Akademik,
Encik Muhamad Firdaus bin Ismail, Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar,
Puan Nurul Huda binti Sahimin, Timbalan Pengetua Kokurikulum,

Ketua-ketua Jabatan, Guru Cemerlang,

Guru-guru,

Dan rakan-rakan pelajar yang saya kasihi sekalian.

Alhamdulillah, bersyukurkita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya,
kita dapat berkumpul di Dewan Ibnu Sina ini sempena Sambutan Hari Raya
Aidil Fitri MRSM Transkrian 2021.

Hadirin yang dihormati sekalian, bagi merahmati majlis kita pada hari ini,
marilah kita bersama-sama menadah tangan dan mengaminkan doa yang akan
dipimpin oleh saudara Ahmad Daud bin Hassan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

-DOA-

Aamiin Aamiin Ya Robbal ‘Alaamiin.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara Ahmad Daud bin Hassan atas
bacaan doa sebentar tadi.

Seterusnya, marilah kita bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku, lagu
Negeri, dan Lagu Amanah Rakyat.
Para hadirin dipersilakan berdiri.

-NYANYIAN LAGU-

Hadirin dipersilakan duduk.

Hadirin yang dikasihi,

Bagi meneruskan majlis kita pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan Encik Firdaus bin Ismail, Timbalan Pengetua Pembangunan
Pelajar untuk menyampaikan sepatah dua kata.

-UCAPAN-

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Firdaus bin Ismail atas
ucapan beliau tadi.

Bagi acara yang seterusnya, Majlis dnegan segala hormatnya mempersilakan
Encik Abdul bin Tinggoon, Pengetua MRSM Transkrian untuk menyampaikan
sepatah dua kata dan seterusnya merasmikan Majlis Sambutan Hari Raya Aidil
Fitri ini.
Dipersilakan.

-UCAPAN DAN PERASMIAN-

Majlis menucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Abdul bin Tingoon atas
ucapan dan perasmian yang telah disampaikan.

Tanpa melengahkan masa, marilah kita memeriahkan majlis kita pada hari ini
dengan bersama-sama menonton persembahan yang akan dipersembahkan
oleh para pelajar Tingkatan 4.
Dipersilakan.

-PERSEMBAHAN-

Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan yang bersemsangat dan
meriah tadi.

Hadirin sekalian,

Dengan berakhirnya persembahan sebentar tadi, maka berakhirlah majlis kita
pada hari ini.

Bagi mengakhiri majlis, marilah kita bersama-sama menyanyikan lagu maktab.

Hadirin diminta berdiri.

-NYANYIAN LAGU MAKTAB-

Pihak pengurusan dibenarkan bersurai manakala pelajar dan guru homeroom
masing-masing dibenarkan untuk menjamu selera dengan makanan yang
disediakan.

Wabillahitaufiqwalhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Sekian, terima kasih.

• RESUME SITI MAISARAH BINTI
JAAFAR
MAKLUMAT DIRI
CALON SPM 2022
Nama:
Siti Maisarah binti Jaafar KELAYAKAN PENDIDIDKAN
No. Kad Pengenalan:
050614070560 2012-2017: SK Sungai Duri
Alamat:
586 Sg Baong, 14200, Sg Jawi, - Pengawas Buku Teks
S.P.S Pulau Pinang 2018-2021: MRSMTranskrian
No. Telefon:
018-3564073 - Mewakili pertandingan kelab petanque
Emel: peringkat daerah
[email protected]
Jantina: - Menyertai Badan Kepimpinan Pelajar
Perempuan - Setiausaha kelab dan persatuan
Warganegara: - Setiausaha sukan dan permainan
Malaysia - Bendahari kelas
Status Kesihatan: - Bendahari homeroom
Baik - Setiausaha Homeroom

KEMAHIRAN KENDIRI

- Dapat berfikir dengan kreatif
- Bertutur dengan baik
- Berdisiplin

KELEBIHAN DIRI

- Berkebolehan menaip dengan pantas
- Mahir dalam bidang IT
- Mahir dalam mengedit video dan gambar
- Mahir bertutur dalam Bahasa melayu dan

Bahasa inggeris
- Seorang yang penyabar
- Mudah memahami

PENGALAMAN BEKERJA

- RCA 19/20 MRSM Transkrian

• KERTAS KERJA

MAKTAB RENDAH SAINS MARA TRANSKRIAN

KERTAS CADANGAN PERMOHONAN LAWATAN KE RUMAH ANAK-ANAK
YATIM BAGAN SERAI BAGI PELAJAR TINGKATAN 4 AL-KHAWARIZMI

1. TUJUAN
Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon kelulusan daripada
Pengetua Maktab Rendah Sains Mara Transkrian. Lawatan ini akan
dijalankan dngan penglibatan semua pelajar tingkatan 4 Al-
Khawarizmi Maktab Rendah Sains Mara Transkrian bertempat di
Rumah Anak-Anak Yatin Bagan Serai, Perak.

2. LATAR BELAKANG
Lawatan iniakan melibatkan semua pelajar Tingkatan 4 Al-Khawarizmi
Maktab Rendah Sains Mara Transkrian dan diiringi guru-guru
homeroom Encik Muhammad Hazmil dan Puan Siti Khalijah.
Sepanjnag lawatan ini, para pelajar akan diberikan peluang untuk
melihat suasana kehidupan anak-anak yatim. Selain itu mereka juga
dapat mempelajari beberapa pengajaran dan memberi sedikit
sumbangan.

3. OBJEKTIF PROGRAM
a. Menambah pengalaman pelajar Tingkatan 4 al-Khawarizmi.
b. Menambah pengajaran dalam diri dan melihat suasana kehidupan
sebagai anak yatim.
c. Memberikan sumbangan kepada anak-anak yatim.

4. JUSTIFIKASI PROGRAM
a. Meluaskan pandangan pelajar tentang dunia luar.
b. Menambah pahala sebagai saham akhirat.
c. Menimbulkan rasa prihatin terhadap orang sekeliling.

5. PERLAKSANAAN PROGRAM
5.1 Tarikh: 14 Jun 2021
5.2 Kawasan/Tempat: Rumah Anak-anak Yatim Bagan Serai, Perak
5.3 Kaedah/Modus Operandi:
- Program melibatkan pelajar Tingkatan 4 Al-Khawarizmi dan
guru-guru homeroom yang terlibat.
5.4 Kumpulan Sasaran/Peserta:
- Semua pelajar Tingkatan 4 Al-Khawarizmi dan guru-guru
homeroom yang terlibat.
5.5Tema: “KEGEMBIRAAN MEREKA ADALAH KEGEMBIRAAN KITA”

6. ANGGARAN PERBELANJAAN
- Pengangkutan awam: Bas (sebuah)
- Kudapan pelajar dan guru: Roti dan Air mineral (30 set)
- Sumbangan kepada anak-anak yatim: RM 200

Anggaran jumlah: RM 300

Disediakan oleh:

____________________
(SITI MAISARAH BINTI JAAFAR)
SETIAUSAHA KELAS 3 AL-KHAWARIZMI
MRSM TRANSKRIAN

7. SOKONG/TIDAK TISOKONG
Kertas cadangan bagi pelaksanaan Lawatan ke Rumah Anak-anak
Yatim yang akan dilaksanakan pada 14 Jun 2021 di Bagan serai, Perak.
DISOKONG/TIDAK DISOKONG

_______________________
(HASLINDA BINTI MANSOR)
Guru Kelas Tingkatan 4 Al-Khawarizmi
MRSM Transkrian
Tarikh:
8. KELULUSAN
DILULUSKAN/TIDAK DILULUSKAN
Ulasan:

_________________
(ENCIK ABDUL BIN TINGOON)
PENGETUA
MRSM TRANSKRIAN
Tarikh:

KERTAS KERJA

KERTAS KERJA CADANGAN LAWATAN PELAJAR TINGKATAN 4 AL-
KHAWARIZMI KE RUMAH ANAK-ANAK YATIM BAGAN SERAI

DISEDIAKAN OLEH:
SETIAUSAHA KELAS 4 AL-KHAWARIZMI

MRSM TRANSKRIAN

Lampiran 1

URUS SETIA

• Guru homeroom Encik Hazmil dan Puan Siti Khalijah

TENTATIF PROGRAM

1. Para pelajar Tingkatan 4 Al-Khawarizmi dan guru-guru yang terlibat
berkumpul di tapak ‘roll call’ selepas selesai bersarapan.

2. Ketua kelas menyemak kehadiran semua pelajar.
3. Tepat jam 8.40 pagi, bas mula bergerak ke Rumah Anak-anak Yatim.
4. Jam 9.30 pagi, pelajar menikmatikudapan yang disediakan.
5. Jam 10.00 pagi, para pelajar dan guru sampai di Rumah Anak-anak

Yatim.
6. Para pelajar dan guru meluangkan masa bersama anak-anak yatim di

situ.
7. Jam satu petang, para pelajar dan guru berkumpul semula di dalam bas.
8. Jam 1.15 petang, bas bergerak pulang
9. Sekitar jam dua petang, para pelajar dan guru tiba di maktab.
10. Para pelajar dan guru menunaikan solat zohor dan makan tengah hari.
11. Bersurai.


Click to View FlipBook Version