PENERANGAN
NORMA BAHARU PRASEKOLAH
SK DATO’ AHMAD SAID TAMBAHAN
SESI TAHUN 2021
AIM FOR THE BEST
Peranan dan
Tanggungjawab
Ibu Bapa /
Penjaga
AIM FOR THE BEST
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
IBU BAPA / PENJAGA PRASEKOLAH
1. Memastikan anak / anak jagaan berada dalam
keadaan sihat sebelum hadir ke prasekolah . Anak /
anak jagaan yang tidak sihat tidak dibenarkan hadir.
2. Memastikan anak / anak jagaan menjaga kebersihan
diri.
3. Menghantar dan mengambil anak / anak jagaan
mengikut waktu yang ditentukan.
4. Memastikan anak/anak jagaan sentiasa memakai
pelitup separuh muka.
AIM FOR THE BEST
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
IBU BAPA / PENJAGA PRASEKOLAH
5. Mematuhi tatacara pelawat masuk ke premis
prasekolah semasa menghantar dan mengambil
anak / anak jagaan. Ibu bapa TIDAK dibenarkan
masuk menghantar anak ke dalam kelas prasekolah.
Saringan kesihatan dilakukan semasa anak tiba di
pagar sekolah.
6. Memastikan anak / anak jagaan tidak membawa beg
sekolah dan bekalan makanan / minuman
( pengecualian diberikan kepada anak / anak
jagaan yang memerlukan makanan khas dengan
kebenaran pihak pentadbir sekolah).
7. Memastikan anak tenang, tidak menangis semasa
tiba di prasekolah. Jika perkara tersebut berlaku, ibu
bapa diminta menenangkan anak terlebih dahulu.
AIM FOR THE BEST
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
IBU BAPA / PENJAGA PRASEKOLAH
8. Membantu anak / anak jagaan belajar mengikut
kemampuan ibu bapa. Penglibatan ibu bapa adalah
dan wajib dalam akademik anak-anak untuk
memastikan anak-anak dapat membaca, menulis
dan mengira.
9. Ibu bapa perlu memantau kerja sekolah
anak-anak supaya ia dapat disiapkan dengan baik.
10. Ibu bapa digalakkan membawa anak / anak
jagaan terus pulang ke rumah selepas sesi
persekolahan.
11. Jika ibu bapa yang tidak mahu menghantar anak /
anak jagaan disebabkan Covid 19 ini, ibu bapa perlu
menulis surat seminggu sekali.
AIM FOR THE BEST
Pengurusan dan
Perlaksanaan
Peroperasian
Prasekolah
.
AIM FOR THE BEST
Pengurusan dan
Perlaksanaan Peroperasian
Prasekolah
WAKTU TIBA
1. Murid datang sebelum pukul 7.30 pagi setiap hari.
2. Saringan kesihatan iaitu pengambilan suhu setiap
hari di pintu pagar sekolah sebelum bergerak masuk
ke kelas. Jika suhu badan murid mencecah 37.5c
dan ke atas, ibu bapa perlu membawa murid pulang
untuk mendapatkan rawatan.
3. Tempoh masa operasi adalah seperti yang ditetapkan
dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
( Semakan 2017 ). Sesi pembelajaran bermula pada
pukul 7.30 pagi sehingga 11.30 pagi.
4. Ibu bapa digalakkan untuk menghantar anak mereka
ke prasekolah bagi memastikan murid dapat
menguasai pengetahuan dan kemahiran asas
sebagai persediaan untuk pembelajaran seterusnya.
AIM FOR THE BEST
Pengurusan dan
Perlaksanaan Peroperasian
Prasekolah
WAKTU PULANG
1. Masa pulang ialah pada pukul 11.30 pagi dan ibu
bapa diminta menjemput anak / anak jagaan di pintu
pagar utama sekolah.
2. Guru akan memberikan pesanan dan bahan
tugasan dengan kaedah yang selamat kepada
ibu bapa tentang aktiviti pembelajaran di rumah.
3. Murid akan mencuci tangan dan memakai sanitizer
sebelum pulang.
CUTI SEKOLAH
1. Cuti prasekolah adalah mengikut takwim dan
perancangan sekolah. Tertakluk pada pindaan.
AIM FOR THE BEST
PENGURUSAN DAN
PERLAKSANAAN
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
PRASEKOLAH
AIM FOR THE BEST
PENGURUSAN DAN PERLAKSANAAN
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PRASEKOLAH
Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran dilaksankan
berdasarkan aktiviti yang terkandung dalam Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan dengan memberikan
penekanan kepada aspek keselamatan dan kesihatan.
Guru dan pembantu pengurusan murid akan
memastikan perkara berikut dipatuhi :-
PERBUALAN AWAL
1. Murid berada di tempat duduk masing-masing
semasa perbualan awal.
2. Murid dididik tentang amalan keselamatan dan
kesihatan diri semasa berada di dalam kelas dan di
rumah.
AIM FOR THE BEST
PENGURUSAN DAN PERLAKSANAAN
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PRASEKOLAH
REHAT
1. Murid mengamalkan penjarakan sosial semasa
mencuci tangan.
2. Murid makan di tempat masing-masing.
3. Murid tidak dibenarkan berkongsi makanan dan
peralatan makan minum seperti sudu, cawan dan
sebagainya.
4. Murid membersihkan meja masing-masing sebelum
dan selepas makan.
AIM FOR THE BEST
PENGURUSAN DAN PERLAKSANAAN
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PRASEKOLAH
AKTIVIT PENUTUP
1. Guru dan murid berkongsi pengalaman pembelajaran
pada hari tersebut dengan memberikan penekanan
tentang aspek keselamatan dan kesihatan.
2. Guru memberikan pesanan tentang amalan
kebersihan dan aktiviti pembelajaran di rumah
TARIKH BUKA PRASEKOLAHAN ADALAH
PADA 1 MAC 2021 ( ISNIN )
Disediakan oleh : Pn. Khairul Affrina Binti Kasul
Guru Prasekolah SKDAST
AIM FOR THE BEST
• ELAKKAN 3 S
• AMALKAN 3 W
AIM FOR THE BEST