ISI KANDUNGAN
PENGENALAN..................................... 2
KELEBIHAN........................................... 4
OPERASI &
KONTRAK SHARIAH............................ 8
MODEL YANG DIGUNAKAN......... 13
PERKONGSIAN LEBIHAN
DANA.................................. 14
RUMUSAN........................ 17
RUJUKAN.......................... 18
1 PENGENALAN
ETIQA TAKAFUL
Etiqa Insurans dan Takaful merupakan rangkaian insurans
dan takaful untuk Kumpulan Maybank yang menawarkan
insurans hayat dan am serta produk keluarga dan takaful am
melalui ejen, cawangan Maybank yang menggunakan model
bancassurance dan cawangan Etiqa sendiri.
Etiqa bermula di Malaysia pada tahun 2005 apabila Maybank
Ageas ataupun dikenali sebagai Mayban Ageas bersama
sektor insurans dan takaful Maybank yang merangkumi
Mayban General Assurance, Mayban Life Assurance dan
Mayban Takaful telah bergabung dengan Malaysia National
Insurance Berhad Sdn Bhd. Selepas 2 tahun penggabungan
semua syarikat, pada tahun 2007, lahir sebuah syarikat
insurans korporat terkemuka di Malaysia yang dikenali
sebagai Etiqa. Pada 1 Januari 2018, Maybank Ageas Holdings
Bhd telah mengumumkan bahawa Etiqa telah distruktur
semula menjadi empat buah organisasi iaitu Etiqa General
Insurance Berhad (EGIB), Etiqa Life Insurance Berhad (ELIB),
Etiqa General Takaful Berhad (EGTB) dan Etiqa Family
Takaful Berhad (EFTB).
Etiqa Takaful menyediakan pelbagai jenis produk Takaful
Keluarga, antaranya MESRA, PRIMA, WARISAN, AFIAH,
SAKINAH dan SARJANA yang menggunakan model
wakalah,mudarabah dan hibrid.
2
OBJEKTIF
Antara objektif bagi Etiqa Takaful
ialah menyediakan tabungan
untuk masa hadapan dan
persediaan jika berlaku musibah
kemalangan dengan fleksibiliti
untuk melindungi peserta dan
orang yang dilindungi dengan
memberikan jaminan bahawa
masa depan keluarga tersayang
akan terjaga. Selain itu, objektif
Etiqa Takaful merupakan
pelaburan yang memberikan
pulangan berteraskan muamalat
Islam iaitu selaras dengan syariat
dan sebagai orang Islam kita
diwajibkan untuk melakukan
urusan muamalat berdasarkan
panduan yang digariskan oleh
Islam agar menjauhi muamalat
yang mengandungi unsur riba,
gharar (kesamaran) dan maysir
(perjudian).
3
Terdapat beberapa jenis takaful keluarga antaranya 2
prisma, mawaddah II dan lain-lain. Setiap jenis
takaful ini mempunyai kelebihan tersendiri.
Pengguna boleh memilih apa yang dikehendaki
berdasarkan kelebihan jenis-jenis pelan takaful dan
ada juga yang boleh ditambah apabila memilih pelan
takaful tersebut. Antara kelebihan jenis takaful
tersebut adalah berdasarkan penyataan di bawah :
1.Prisma Takaful
Prisma Takaful adalah pelan yang paling asas tetapi
kita boleh tambahkan perlindungan lain. Pelan ini
boleh dilanggan ketika berumur 14 hari sehingga 60
tahun. Pelanggan akan dilindung sehingga berumur
88 tahun untuk kematian tetapi sekiranya
kehilangan upaya akan dilindung sehingga berumur
65 tahun. Jumlah bayaran tunai yang akan diberikan
sebanyak RM 100 000 sekiranya yuran tahunan
dibayar minimum RM 600. Pelan ini hanya berharga
serendah RM 50 sebulan. Kita boleh meningkatkan
perlindungan kita melalui pelan ini dan antara
pelan tambahan yang boleh dilanggan adalah:
Rider manfaat kematian atau hilang upaya
akibat kemalangan
Rider penyakit kritikal
Rider pengecualian sumbangan untuk
penyakit kritikal
Rider indemniti kemalangan
Rider manfaat tunai hospital
Rider medical plus
Rider pengecualian sumbangan untuk
penyakit kritikal (Pembayar)
4
KELEBIHAN 2. i-Secure Takaful
ETIQA TAKAFUL Dengan i-Secure, kita dapat menjaga keluarga kita
dari segi kewangan apabila kita telah meninggal
atau kita mendapat kecacatan yang kekal serta
kecacatan yang menyebabkan kita tidak boleh
bekerja. i-Secure ialah pelan bertempoh takaful
keluarga yang memberikan bayaran sekali gus
kepada benefisiari orang yang dilindungi, sekiranya
berlaku kematian, dalam tempoh tamat. Jumlah
perlindungan yang diberikan sebanyak RM 100, 000
sehingga RM 500, 000. Dengan jumlah ini, kita
dapat mengurangkan beban yang akan dihadapi
oleh keluarga kita selepas ketiadaan kita.
Pelan ini hanya boleh dilanggan semasa berumur 21
tahun sehingga umur 45 tahun untuk dilindungi
semasa umur 21 tahun sehingga 75 tahun. Pelan ini
amat mudah kita langgan kerana pelan ini tidak
memerlukan kita untuk melakukan pemeriksaan
kesihatan dan hanya memerlukan kita menjawab
beberapa soalan untuk lengkapkan penyertaan kita.
3. i-DoubleSecure Takaful
i-DoubleSecure ialah pelan bertempoh takaful
keluarga yang memberikan bayaran sekali gus
kepada benefisiari orang yang dilindungi sekiranya
kita meninggal dunia atau hilang upaya menyeluruh
dan kekal dengan faedah tambahan sekiranya
berlaku kemalangan. Terdapat 3 jumlah
perlindungan yang akan diberikan mengikut pelan
yang dilanggan iaitu RM50, 000, RM100,000 dan
RM200,000. Pelan ini boleh dilanggan bermula dari
umur 17 sehingga 55 tahun tertakluk kepada
pemenuhan kriteria kita untuk tahap minimum
kesihatan.
5
6
4. Mawaddah II Takaful 5. AafiahCare Takaful
Mawaddah II Takaful adalah sesuai AafiahCare Takaful adalah pelan takaful
dilanggan oleh orang yang berumur 30 terbaru untuk syarikat Etiqa Takaful dan
tahun hingga 70 tahun dan ia ia didatangkan dengan pelbagai
memberikan pelbagai manfaat antaranya kelebihan antaranya adalah manfaat
adalah kita boleh mendapatkan penyakit kritikal. Sekiranya kita
perlindungan sebanyak RM 100 000 dari melanggan pelan ini dan didiagnosis
serendah RM 1.32 sehari (sumbangan bahawa kita dapat penyakit antara 68
yang dibayar bergantung pada jumlah penyakit kritikal seperti HIV, pekak, buta
yang dilindungi, umur & jantina dan ia dan sebagainya, kita akan terus
akan berubah sepanjang tempoh sijil). mendapat bayaran tunai untuk
Kita juga akan mendapat manfaat ihsan membayar harga rawatan.
sebanyak RM 3 000 sekiranya hilang Kelebihan yang kedua adalah
keupayaan menyeluruh dan kekal perlindungan penyakit kritikal tambahan.
ataupun berlaku kematian. Sekiranya kita Kita akan mendapat bayaran tunai
meninggal akibat kemalangan, keluarga sebanyak 15% daripada jumlah yang
kita akan mendapat bayaran tunai dilindungi atau maksimum RM 30,000
sebanyak 3-4 kali ganda daripada jumlah apabila kita didiagnosis dengan penyakit
yang dilindungi. Sekiranya kemalangan mental yang teruk, komplikasi diabetes
itu berlaku dalam Malaysia, kita akan mellitus, angioplasti dan rawatan invasif
mendapat 3 kali ganda dan sekiranya lain untuk penyakit arteri koronari.
kemalangan berlaku di luar Malaysia kita Sekiranya kita didiagnosis dengan ketiga-
akan mendapat 4 kali ganda daripada tiga penyakit tersebut, kita akan
jumlah yang dilindungi. Pelan ini tidak mendapat bayaran sebanyak 45% atau
memerlukan pemeriksaan kesihatan dan maksimum RM90,000.
hanya perlu menjawab 1 soalan berkaitan Seterusnya, manfaat penjagaan penyakit
kesihatan dan dengan serta merta kritikal. Sekiranya kita didiagnosis
penyertaan kita akan lulus. dengan penyakit kritikal, kita akan
mendapat tambahan bayaran tunai
sebanyak 5% daripada jumlah yang
dilindungi setiap tahun dalam tempoh 5
tahun. Keluarga kita juga akan mendapat
duit sebanyak RM 5000 sebagai manfaat
khairat sekiranya berlaku kematian.
7
OPERASI
3 ETIQA TAKAFUL
AHLI-AHLI JAWATAN
Etiqa Takaful Berhad beroperasi berlandaskan ketetapan yang ditentukan oleh
Ahli Jawatankuasa Syariah yang ditugaskan untuk menasihati Etiqa Family Takaful
Berhad dan Etiqa General Takaful Berhad dalam memastikan setiap urusan
perniagaan dan aktiviti yang dilaksanakan selaras dengan tuntutan syarak.
Etiqa Takaful Berhad beroperasi berlandaskan ketetapan yang ditentukan oleh
Ahli Jawatankuasa Syariah yang ditugaskan untuk menasihati Etiqa Family Takaful
Berhad dan Etiqa General Takaful Berhad dalam memastikan setiap urusan
perniagaan dan aktiviti yang dilaksanakan selaras dengan tuntutan syarak.
8
KUASA SHARIAH
Hal ini juga sama dengan pelan Prima yang mempunyai pulangan kewangan
kepada setiap peserta bagi setiap 3 tahun sekali dan ianya boleh digunakan untuk
tujuan ziarah, umarah, percutian dan sebagainya.
Setiap produk yang ditawarkan akan diperkukuhkan lagi dengan skim
perlindungan tambahan yang dikenali sebagai ‘rider’. Perlindungan yang
dimaksudkan adalah perlindungan asas seperti kemalangan, hospital, penyakit
dan sebagainya.
9
3 KONTRAK SHARIAH
ETIQA TAKAFUL
Takaful adalah insurans berlandaskan hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh Islam. Secara
ringkasnya, takaful adalah berkonsepkan perlindungan yang diberikan ke atas aset bersama dan
menawarkan perkongsian risiko sesama ahli. Syarikat Etiqa Takaful Berhad merupakan salah satu
institusi insurans yang mengaplikasikan konsep takaful sebagai alternatif kepada masyarakat untuk
menukar daripada menggunakan insurans konvensional yang mengandungi unsur riba’, maisir, dan
gharar kepada insurans yang berlandaskan syarak.
Selain itu, Islam turut mewajibkan ke atas umatnya untuk menggunakan barangan atau produk-
produk yang halal demi memelihara Maqasid Shariah iaitu; memelihara agama, nyawa, akal,
keturunan, dan harta. Demikian itu, berdasarkan hukum al-taklifi, tujuan untuk memelihara
Maqasid Shariah boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu; Daruriyyat (asas) seperti makanan
dan minuman, Hajiyyah (keperluan) seperti pendidikan, dan Tahsiniyyah (perhiasan) seperti kereta
mewah.
10
Contoh 2:
Aminah telah memilih untuk menjadi sebahagian peserta dalam produk Takaful
Keluarga yang ditawarkan oleh syarikat Etiqa Takaful Berhad berbanding dengan
syarikat-syarikat insurans konvensional yang lain. Hal ini disebabkan oleh syarikat
ini mengunakan prinsip simpanan dan tabarru’. Berdasarkan prinsip ini, setiap
perbelanjaan Aminah akan disalurkan untuk duniawi iaitu simpanan dan ukhrawi
yakni tabarru’. Demikian menunjukkan bahawa produk takaful keluarga yang
ditawarkan oleh syarikat ini dapat membentuk umat yang suka membelanjakan
harta untuk memperolehi keredhaan Allah SWT.
Contoh 1:
Ahmad mendaftar sebagai seorang peserta Etiqa
Takaful Berhad. Semasa Ahmad mengisi borang
pengakuan dan pemberian kuasa, dia mendapati
bahawa setiap peserta perlu memberi persetujuan
aliran sumbangan ke dalam Akaun Peserta dan Akaun
Khas Peserta. Kemudian, pihak ETB akan menerima
permohonan tersebut dan memberi jawapan
menerima sebagai peserta lalu memberi Kontrak
Takaful Keluarga.
Setalah sampai tarikh matang seperti yang telah
dinyatakan dalam Jadual Sijil, pihak syarikat akan
memulangkan akaun simpanan berserta dengan
keuntungan tahunan kepada Ahmad setalah
umurnya menghampir umur untuk bersara atau
sudah bersara. Jumlah yang Ahmad dapat keluarkan
adalah sebahagian wangnya dari Akaun Peserta
sebelum tempoh matang iaitu maksimum sebanyak
80% untuk setahun sekali dengan menyatakan alasan
untuk kegunaan wang tersebut seperti kegunaan
bayaran perubatan dan sebagainya. Pengeluaran
yang dibuat oleh Ahmad tidak perlu dibayar semula,
akan tetapi jumah wang di dalam Akaun Pesertanya
akan berkurangan.
11
PULANGAN
PELABURAN
BERTERASKAN
SYARIAT
ISLAM
MODEL YANG DIGUNAKAN
4 ETIQA TAKAFUL KELUARGA
Etiqa Takaful telah memberi manfaat 1)Peserta membayar sumbangan takaful
yang banyak untuk meindungi diri, 2)Fi wakalah akan ditolak dari wang
keluarga dan harta benda dari perkara sumbangan
yang tidak diingini dan segala 3)Wang sumbangan peserta akan
kecelakaan. Model yang digunakan dibahagikan kepada:
dalam syarikat Etiqa Takaful ialah a)Dana pelaburan peserta untuk simpanan
Hibrid. Model takaful hibrid ini ialah b)Dana risiko peserta berdasarkan konsep
gabungan antara model Mudarabah dan ‘Tabarruj’
Wakalah. Tabung Tabarruj’ disediakan 4)Dana akan dilaburkan di dalam
dan akan ditambah hasil keuntungan pelaburan yang Patuh Syariah seperti
pelaburan bagi manfaat peserta. Model instrumen Islam Kerajaan, Sukuk, Ekuiti,
hibrid juga berperanan menggabungkan Aset tetap dan akaun Pelaburan Am
Mudarib atau wakil kepada peserta, 5)Keuntungan Pelaburan: Jika ada akan
yang kedua mempunyai peranan sebagai dikongsi antara peserta dan pengendali
pemberi modal kepada ejen. Dalam takaful berdasarkan nisbah dan jumlah
model ini juga, kontrak Mudharabah yang dipersetujui
digunakan bagi tujuan aktiviti pelaburan 6)Dana risiko akan digunakan untuk
serta bayaran yuran wakalah, digunakan membayar tuntutan, Retakaful dan Rizab
untuk menguruskan perniagaan Takaful 7)Pada akhir tahun, jika terdapat lebihan
secara keseluruhannya. (surplus) akan dibahagikan seperti berikut:
a)Bayaran Fi prestasi kepada Pengendali
PARTICIPANTS Takaful
b)Jumlah lebihan bersih setelah ditolak (Fi
TAKAFUL OPERATOR Prestasi) akan diagihkan kepada peserta.
WAKALAH Walau bagaimanapun, Jika berlaku defisit,
Para Pemegang Saham Pengendali Takaful
SHAREHOLDERS' akan menyediakan pinjaman secara Qard.
FUNDS
13
INVESTMENT PARTICIPANT SURPLUS
FUNDS RISK FUND
(TABARRU') RETAKAFUL
CLAIMS
INVESTMENT
PROFITS
PERKONGSIAN LEBIHAN
5 DANA TABARRU’
ANTARA SYARIKAT &
PESERTA TAKAFUL
Perkongsian lebihan adalah suatu perkongsian
keuntungan dan pendapatan pelabur antara
pengendali takaful dan peserta pada akhir tempoh
sijil berikutan nisbah perkongsian yang dipersetujui.
Konsep penyumbangan ini adalah dengan
menyediakan khidmat bakti secara ikhlas yang mana
ia merupakan tanggungjawab untuk membayar
sumbangan dan menerima manfaat, berdasarkan
konsep Tabarru’.
Tabarru’ membolehkan peserta untuk memenuhi
tanggungjawab bantuan dan jaminan bersama.
Perkara ini bertujuan untuk membantu rakan
peserta yang dibebani kehilangan mahupun kerugian
berikutan dilanda musibah tertentu. Penerapan
konsep derma ini, dapat menghapuskan unsur
gharar dalam kontrak Takaful.
Dalam Etiqa Takaful, elemen tabarru’ yang diterapkan adalah dengan pembahagian 50:50.
Pengendalian ini berada di bawah struktur Wakalah. Struktur Wakalah adalah hubungan
agensi antara dua pihak. Fi Wakalah dibayar kepada agensi takaful ini bagi menanggung kos
pengurusan dan pengedaran pelan.
Sumbangan fi Wakalah akan ditolak dan disalurkan ke dalam Dana Risiko Peserta (DRP).
Lebihan pengunderaitan daripada DRP, akan diagihkan mengikut sijil lebihan yang telah
diluluskan oleh jawatankuasa Syariah. 50% daripada sebarang lebihan yang diagihkan akan
dikongsi di antara peserta-peserta yang sijilnya masih berkuat kuasa dan tidak membuat
sebarang tuntutan dalam tahun kewangan tersebut.
14
Manakala, baki 50% lagi akan dibayar kepada syarikat kerana mengendali dan
menguruskan DRP, dengan berasaskan kontrak Ju’alah. Ju’alah adalah kontrak upah yang
menentukan asas pengagihan perkongsian lebihan daripada DRP yang telah dipersetujui
antara pengendali takaful dan peserta.
Perkongsian lebihan yang diagihkan kepada peserta adalah terkumpul dalam dana yang
berasingan. 85% daripada keuntungan pelaburan dana berasingan akan dikongsi di
kalangan peserta-peserta, di mana sijilnya berkuat kuasa, dan baki 15% akan dibayar
kepada syarikat agen takaful dengan berasaskan kontrak Mudarabah.
Mudarabah adalah kontrak persetujuan bersama di
antara pengendali dan peserta untuk keuntungan
pelaburan atau kerugian. Dana berasingan ini, akan
dibayar pada tarikh tamat tempoh sijil, atau jika
diminta oleh peserta pada bila-bila masa sebelum
tamat tempoh sijil dengan syarat amaun yang diminta
adalah sekurang-kurangnya RM500.
Pengagihan lebihan ini juga, merupakan proses
perkongsian lebihan pengunderaitan dan
pendapatan pelaburan antara pengendali takaful dan
peserta pada akhir tempoh sijil mengikut kadar
nisbah perkongsian yang dipersetujui. Malahan,
jumlah pembayaran lebihan ini akan dibayar terus ke
dalam akaun simpanan atau semasa peserta.
Justeru, apabila seseorang itu membuat tuntutan yang sah, pengendali akan
membayar gantirugi dengan menggunakan wang dari dana/derma terkumpul. Dalam
masa yang sama, dana terkumpul juga akan dilaburkan dalam portfolio pelaburan
yang mematuhi keperluan Syariah serta tidak mendedahkan pemegang sijil/polisi
kepada sebarang risiko yang merugikan. Agama Islam menerima baik prinsip saling
membantu dan menunaikan tanggungjawab bersama.
15
MENYEDIAKAN
TABUNGAN
UNTUK MASA
DEPAN.
- ETIQA TAKAFUL -
RUMUSAN
ETIQA TAKAFUL KELUARGA
Syarikat Etiqa Takaful ini memberi jaminan masa hadapan kepada para peserta di
samping pulangan pelaburannya yang mengikut garis panduan syariat Islam. Oleh
demikian, orang Islam tidak perlu khuatir akan proses kewangan yang terlibat dalam
syarikat takaful ini.
Selain itu, syarikat ini juga memberi manfaat yang banyak kepada para peserta
agar para peserta turut serta dalam pelaburan takaful ini. Syarikat ini juga
mengamalkan prinsip simpanan dan tabarru’ agar para peserta memperoleh kedua-
dua kebaikan iaitu di dunia juga di akhirat kelak.
Elemen tabarru’ ini mestilah hadir dengan niat yang ikhlas untuk menderma
bagi membantu para peserta yang lain jika mereka menghadapi musibah.
Dalam perkongsian lebihan pula, dana yang terkumpul dilaburkan dalam
portfolio pelaburan yang mematuhi keperluan Syariah serta tidak mendedahkan
pemegang sijil/polisi kepada sebarang risiko yang merugikan.
17
RUJUKAN
18