940/2 CADANGAN JAWAPAN MODUL KHAS NEGERI PULAU PINANG 2021 SET 1
940/2 CADANGAN JAWAPAN MODUL KHAS NEGERI PULAU PINANG 2021 SET 1
940/2 CADANGAN JAWAPAN MODUL KHAS NEGERI PULAU PINANG 2021 SET 1
940/2 CADANGAN JAWAPAN MODUL KHAS NEGERI PULAU PINANG 2021 SET 1
TEMA 1 : MASYARAKAT, PEMERINTAHAN, PERTAHANAN DAN PERHUB. LUAR
SOALAN 1 : PELBAGAI USAHA TELAH DILAKUKAN OLEH NABI MUHAMMAD SAW
KE ARAH PEMBENTUKAN UMMAH YANG LEBIH UTUH DI MADINAH. BINCANGKAN.
Pendahuluan
Pembentukan negara Islam dan penyatuan penduduk Madinah yang terdiri dari pelbagai
kaum dan keturunan merupakan langkah pertama dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW.
Konsep ummah yang mempunyai semangat persaudaraan dan penyatuan ini telah
memberi pengertian yang sangat mendalam sehingga tidak menimbulkan perbezaan
dalam kalangan penduduk Madinah.
Pembentukan ummah terus dilakukan bagi mewujudkan dan mengekalkan kasih sayang
dan kerjasama untuk kebaikan umat.
Kesatuan ummah telah berjaya memupuk dan memelihara kestabilan politik, ekonomi
dan sosial.
Bagi mengukuhkan lagi kesatuan ini, pelbagai usaha dilakukan oleh Nabi Muhammad
SAW kepada penduduk Madinah.
Isi- isi utama
1. Mengeratkan lagi hubungan silaturahim kaum Ansar dan Muhajirin
Persaudaraan yang telah dibina sebelum ini telah membuang rasa perbezaan antara
kaum Ansar dan Muhajirin.
Bagi mengekalkan semangat persaudaraan ini, Nabi Muhammad SAW telah melantik
kedua-dua golongan terlibat dalam bidang pentadbiran, ketenteraan, utusan diplomatik
dan sebagainya.
Contohnya Nabi Muhammad SAW tidak meninggalkan wasiat sebagai pengganti baginda
untuk meneraju pentadbiran Madinah bagi mengelakkan salah faham dan perselisihan
antara sahabat baginda.
Dasar tidak membezakan asal-usul telah menjamin keutuhan dan kekuatan ummat,
agama Islam dan negara Madinah.
2. Memperkasa dan memakmurkan masjid
Nabi Muhammad SAW telah membina dua buah masjid iaitu Masjid Quba dan Masjid
Nabawi.
Fungsi masjid ialah tempat perhimpunan umat Islam untuk mengadakan perbincangan,
pusat pengajian, tempat beribadat, pusat pentadbiran dan berurusniaga.
Contohnya ahli suffah antara golongan yang mengambil peluang menggunakan bahagian
penjuru masjid untuk menghafal hadis-hadis Rasulullah seperti Abu Hurairah. Ini telah
mengembangkan keintelektualan masyarakat.
Penglibatan masjid sebagai tempat perjumpaan dan pertemuan untuk pelbagai aktiviti
menyatupadukan lagi penduduk Madinah.
3. Menguatkuasakan Piagam Madinah
Sebelum terbentuknya kerajaan Madinah, Piagam Madinah telah dibentuk sebagai
panduan kepada pemerintahan yang berasaskan syariat Islam. Dokumen ini mempunyai
beberapa fasal yang membicarakan peruntukan taraf kewarganegaraan, hak dan
tanggungjawab yang perlu dipatuhi seluruh rakyat.
Perlembagaan ini dikuatkuasakan lagi bagi menjamin kedudukan dan hubungan baik
antara orang Islam dengan orang Islam lain dan hubungan antara orang Islam dengan
orang bukan Islam serta kewajiban menjaga keselamatan negara.
Kegagalan mematuhi perlembagaan ini akan dikenakan tindakan. Contohnya pengusiran
Bani Nadhir dari Madinah kerana melakukan komplot dengan kaum Quraish Mekah
selepas Perang Uhud. Mereka telah mencetuskan permusuhan yang nyata terhadap
Allah dan RasulNya.
940/2 CADANGAN JAWAPAN MODUL KHAS NEGERI PULAU PINANG 2021 SET 1
Pengiktirafan status mereka dalam Piagam Madinah menyebabkan mereka patuh dan
taat kepada perlembagaan yang telah tertulis.
4. Menjadikan al Quran dan Hadis sebagai asas dalam pemerintahan
Sumber utama Nabi Muhammad SAW mentadbir negara Islam sebagai panduan ialah al-
quran dan hadis. Baginda mengintegrasi dan membudayakan al-quran dan hadis dalam
kehidupan.
Hukum hakam siasah syari’iyyah berkepentingan kepada seluruh umat. Keadilan
dijadikan asas dalam urusan pemerintahan, perekonomian dan muamalat.
Contohnya dalam bidang perundangan yang dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu
hudud, qisas dan ta’zir berteraskan keadilan dan kesaksamaan tanpa mengira perbezaan
darjat, status sosial, ekonomi, bangsa dan sebagainya.
Keadilan adalah satu prinsip dalam tujuan sesebuah negara dibentuk. Hal ini kerana
keadilan menjamin keamanan, ketertiban, kesejahteraan umum dan kebebasan sekaligus
mengutuhkan perpaduan.
5. Membendung agenda kaum Munafik
Golongan munafik adalah satu golongan yang sering menimbulkan perpecahan dalam
kalangan umat Islam. Sifat mereka yang suka berdusta, tidak menepati janji dan selalu
khianat boleh mengancam keselamatan negara.
Rasulullah SAW sentiasa menasihati orang Islam supaya berhati-hati dengan sifat
munafik dan berusaha menjauhinya.
Orang munafik selalu berniat jahat untuk menimbulkan permusuhan dan menghancurkan
masyarakat Islam. Antara tokoh munafik yang terkenal ialah Abdullah bin Ubay.
6. Melaksanakan Syura dalam pemerintahan
Amalan syura menjadi elemen penting dalam pemerintahan negara Madinah. Semua
warga Madinah terlibat dalam pemerintahan dan menolak sikap berat sebelah dan
mendiskriminasi orang-orang bukan Islam.
Pelaksanaan syura adalah untuk mengelakkan perbalahan pendapat, pandangan dan
sebagainya dalam rangka untuk menyatukan persefahaman dan permuafakatan antara
semua pihak dalam pelbagai perkara.
Contoh yang paling ketara ialah melakukan perbincangan dengan para sabahat ketika
meletakkan kedudukan tentera bagi menghadapi serangan musuh dalam peperangan
Badar, Uhud dan Khandak.
Setiap anggota masyarakat diberi peluang mengemukakan pendapat selagi tidak
bercanggah dengan ketetapan al-Quran.
Kesimpulan
Nabi Muhammad SAW telah berjaya mengukuhkan perpaduan dalam kalangan
penduduk Madinah dengan kebijaksanaan dan didasari dengan panduan al-quran dan
hadis.
Pengukuhan ummah ini telah menjadikan negara Islam Madinah sebuah negara yang
stabil.
Masyarakat Madinah juga hidup dalam keadaan harmoni, saling bekerjasama dan
berusaha menjaga nama baik warga dan negara.
940/2 CADANGAN JAWAPAN MODUL KHAS NEGERI PULAU PINANG 2021 SET 1
TEMA 1 : MASYARAKAT, PEMERINTAHAN, PERTAHANAN DAN PERHUB. LUAR
SOALAN 2 : BINCANGKAN CIRI-CIRI KEPIMPINAN KETENTERAAN SULTAN
MUHAMMAD AL FATIH DALAM USAHA MENAWAN KOTA CONSTANTINOPLE PADA
ABAD KE 15 MASIHI.
Pendahuluan
Sultan Muhammad al-Fatih dilahirkan pada bulan Rejab 835 Hijrah bersamaan 29 Mac
1432 Masih. Baginda menaiki takhta pada tahun 1451 masihi selepas kematian
ayahanda beliau iaitu Sultan Murad II, ketika berusia 19 tahun.
Gelaran “Al-Fath” (Sang Penakluk) itu bersempena kejayaannya ‘membuka’
Constantinople.
Menaiki takhta seawal usia 19 tahun apabila menggantikan ayahandanya Sultan
Murad II. Baginda telah memerintah empayar yang begitu luas selama kira-kira 30
tahun (1451-1481).
Merupakan seorang negarawan yang ulung dan seorang panglima tentera yang
agung kerana telah memimpin sebanyak 25 kempen peperangan.
Meninggal dunia pada 3 Mei 1481 ketika berumur 49 tahun.
Kejayaan terbesar beliau adalah berjaya membebaskan Kota Constantinople. Hal ini
jelas menunjukkan ciri kepimpinan beliau dalam bidang ketenteraan.
Isi- Isi Utama
1. Kepimpinan Melalui Teladan
Sultan Muhammad al Fatih sentiasa menjadi “role model” kepada para tenteranya.
Beliau merupakan seorang yang cekap, berilmu, warak, gagah, berani, strategis dan
seorang yang sangat bertanggungjawab.
Kepimpinan beliau terbukti apabila sentiasa mengambil berat akan tentera-tenteranya.
Misalnya, pada waktu siang beliau akan menunggang kuda dan memerhati latihan
tentera-tenteranya dan pada waktu malam pula, beliau berjalan-jalan ke khemah-
khemah tentera dan menggalakkan mereka bertahajud dan bertilawah al quran
terutama ayat-ayat berkaitan jihad
Beliau juga telah memimpin 25 ekspedisi ketenteraan dan kejayaan terbesar beliau
adalah membebaskan Kota Constantinople dari kerajaan Byzantine.
Keadaan ini menjadikan beliau seorang pemimpin yang sangat dihormati oleh tentera-
tenteranya.
2. Sebagai Panglima Tentera
Sultan Muhammad al Fatih juga memiliki kekuatan fizikal dan mental sebagai seorang
panglima tentera.
Beliau menyerlahkan kekuatan angkatan tentera darat dan laut kerajaan Uthmaniyah
sehingga di geruni pihak musuh.
Beliau telah bertindak menyusun angkatan tenteranya dan menjadi pentadbir yang
cekap. Angkatan tentera Uthmaniyah terdiri daripada Berleybey (pangkat paling
tinggi), Bey (Ketua Batalion yang membawa bendera) dan tentera yang dikenali
sebagai fief.
Tentera Uthmaniyah terdiri daripada tentera darat dan laut. Tentera darat dianggotai
oleh tentera pejalan kaki, tentera berkuda (Sipahi), tentera pembawa senjata
(Silahdar) dan bantuan (Akinci).
Struktur ketenteraan yang tersusun ini membuktikan Muhammad al Fatih seorang
pemimpin yang bijak dan menjadikan Uthmaniyah memiliki kekuatan ketenteraan
yang digeruni.
Angkatan tenteranya disertai kira-kira 265 000 orang para mujahid dan dilengkapi
dengan 400 buah kapal laut.
Hal ini sangat jelas memperlihatkan kekuatan ketenteraan yang dimiliki Sultan
Muhamad al Fatih .
940/2 CADANGAN JAWAPAN MODUL KHAS NEGERI PULAU PINANG 2021 SET 1
3. Mempunyai Kepakaran Dalam Merancang Strategi Untuk Menguasai Ibu Kota Rom
Timur
Sejak kecil, Muhammad al-Fatih telah meninjau dan mengkaji usaha yang dibuat oleh
ayahandanya untuk menawan Kota Constantinople. Usaha ini telah pun dimulakan
oleh beberapa pemerintah terdahulu tetapi menemui kegagalan.
Sejak zaman para sahabat sehingga 800 tahun kemudiannya, pelbagai kempen
ketenteraan dilakukan namun kesemuanya gagal menembusi tembok Constantinople
yang berada dalam Empayar Byzantine
Ini sangat penting kerana kota ini merupakan laluan utama untuk ‘membuka’ Eropah
keseluruhannya.
Sepanjang dua tahun pertama menaiki takhta, beliau telah mengkaji pelan Kota
Costantinople secara terperinci bagi mengenal pasti kelemahan kota tersebut.
Beliau juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta
berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang
sesuai untuk digunakan.
Beliau juga telah membuat persiapan untuk menawan Kota Constantinople dengan
menyediakan angkatan tentera yang besar dan kelengkapan perang yang canggih.
Hal ini sangat jelas memperlihatkan ciri-ciri kepimpinan Sultan Muhamad al Fatih
dalam bidang ketenteraan.
4. Pakar Motivasi Dan Berperwatakan Warak
Dalam menjalankan ekspedisi ketenteraaan, beliau membawa bersamanya para
ulama dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad
tenteranya.
Contohnya, sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, beliau
telah mengarahkan agar azan dilaungkan dan solat berjemaah disempurnakan
sehingga tentera Byzantine begitu gementar melihat kira-kira 150 000 orang tentera
Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir.
Tentera Islam turut diberi motivasi dan diterapkan semangat jihad oleh para ulama dan
mengingatkan agar tentera Islam sentiasa bermunajat kepada Allah SWT.
Pidato turut disampaikan untuk menaikkan kembali semangat jihad para mujahid Islam
yang semakin turun setelah jemu mengepung Kota Constantinople selama 53 hari.
Tegasnya, pegangan teguh Muhammad al Fatih kepada ajaran Islam meletakkan
beliau sebagai seorang pemimpin tentera yang sangat berjaya dan dihormati.
5. Berpandangan Jauh dan Strategis
Sultan Muhammad al Fatih seorang yang berpandangan jauh. Beliau telah membina
Kota Rumelli Hisari di tebing sebelah Eropah bagi membolehkan tentera Islam
memantau dan mengawal rapi kapal yang melintasi Selat Bosphorus.
Dalam usaha membuka semula Kota Constantinople, beliau telah mengikat perjanjian
damai dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Kota
Konstantinople apabila mereka diserang.
Tindakan ini sebagai sebahagian perancangan strategik dan diplomatik beliau untuk
menghalang kuasa-kuasa tersebut daripada memberikan pertolongan kepada
Constantinople apabila kota dikepung oleh tentera Uthmaniyah.
Ia juga penting supaya seluruh tenaga dapat ditumpukan kepada musuh yang satu
tanpa ada sebarang ancaman yang berada di luar jangkaan.
Prinsip Muhammad al Fatih ialah “jika mereka tidak boleh dijadikan sahabat, pastikan
mereka tidak menjadi musuh”.
Perancangan seperti ini jelas menggambarkan ciri kepimpinan beliau dalam bidang
ketenteraan yang mana akhirnya berjaya membuka semula kota tersebut.
940/2 CADANGAN JAWAPAN MODUL KHAS NEGERI PULAU PINANG 2021 SET 1
6. Berkebolehan Membentuk Angkatan Tentera/ Membina Teknologi Ketenteraan
Sultan Muhammad Al-Fatih juga telah membentuk sebuah angkatan tentera selain
mempertingkatkan kelengkapan senjata tentera Uthmaniyah. Tenteranya disertai kira-
kira 265 000 orang. Beliau juga telah mendapatkan khidmat pakar membina meriam
bernama Orban.
Beliau mengarahkan pembinaan peralatan perang termoden seperti meriam gergasi
yang beratnya beratus tan serta boleh menembak bom seberat 300 kilogram
dengan jarak sejauh 1.5 kilometer. Sebanyak 200 buah meriam telah dibina termasuk
Meriam Diraja yang masyhur..
Peluru meriam ini juga telah menghujani Constantinople selama 48 hari, namun hanya
dapat merosakkan sebahagian dinding luar kota tersebut.
Beliau juga menyediakan kira-kira 400 buah kapal, 320 buah bot dan 20 000 orang
tentera untuk mengukuhkan armada lautnya.
Tegasnya, pembinaan peralatan perang yang moden ini membuktikan kepimpinan
Muhammad al Fatih dalam bidang ketenteraan.
7. Mempunyai Pemikiran Yang Kreatif dan Inovatif / Kebolehan Berfikir Secara
Strategik
Sultan Muhammad al Fatih juga mempunyai pemikiran yang kreatif dan inovatif dalam
merencanakan sesuatu. Misalnya, kepungan terhadap Kota Constantinople selama 53
hari tanpa sebarang tanda akan berakhir, menyebabkan Muhammad al Fatih
merangka taktik dan strategi baharu di luar jangkauan musuh dan tenteranya sendiri.
Taktik peperangannya ini tidak pernah dilakukan mana-mana tentera sebelum ini.
Antaranya ialah menggunakan menara bergerak yang lebih tinggi daripada dinding
Kota Constantinople. Menara bergerak ini boleh memuatkan ratusan tentera.
Selain itu, tentera dengan semangat dan kekuatan yang luar biasa telah berjaya
menarik 70 buah kapal dari Selat Bosphorus ke Teluk Golden Horn.
Kapal-kapal itu kemudiannya diluncurkan dan membedil dinding pertahanan belakang
kota. Ini menyebabkan kapal-kapal perang tentera Byzantine terbakar kerana bedilan
meriam oleh tentera Uthmaniyah. Kesannya, pertahanan Byzantine menjadi semakin
lemah.
Tentera Islam juga beramai-ramai melaungkan takbir dan mengorek terowong untuk
memasuki Kota Constantinople sekaligus memberi gambaran benteng pertahanan
yang selama ini sangat kukuh berjaya ditembusi.
Akhirnya pada 29 Mei 1453 baginda bersama tenteranya berjaya menawan
Constantinople.
Hal ini jelas menunjukkan ciri kepimpinan tinggi yang ada pada Muhammad al Fatih
sehingga berjaya membuka Kota Constantinople yang sebelum ini seperti mustahil
untuk dilakukan.
Kesimpulan
Kebijaksanaan Sultan Muhammad al Fatih merancang strategi peperangan telah
menunjukkan hasil apabila Constantinople berjaya dikuasai.
Kejayaan menguasai Konstantinople ini telah berjaya mengubah landskap geopolitik
umat Islam terhadap rantau eropah.
Hal ini juga memperlihatkan ciri-ciri kepimpinan yang ada pada diri Sultan Muhammad
al Fatih yang berjaya membentuk sebuah angkatan tentera yang kuat dan
menyerlahkan sifatnya sebagai seorang panglima tentera Uthmaniyah.
940/2 CADANGAN JAWAPAN MODUL KHAS NEGERI PULAU PINANG 2021 SET 1
TEMA 2 : PEMBANGUNAN DAN PENEROKAAN
SOALAN 3 : HURAIKAN CUKAI-CUKAI YANG DILAKSANAKAN PADA ZAMAN
KHALIFAH ABBASIYAH DARI ABAD KE-9 HINGGA 11 MASIHI.
Pendahuluan
Pada zaman Khalifah Abbasiyah kegiatan ekonomi berkembang dengan pesat. Kota
Baghdad muncul sebagai pusat perdagangan paling strategik dan terpenting di Timur dan
Barat. Sistem pencukaian semakin mantap dengan penubuhan beberapa institusi untuk
menguruskan pencukaian kerajaan.
Wujud dua diwan, Diwan al Jund (Jabatan Ketenteraan) dan Diwan al Kharaj (Jabatan
Percukaian). Institusi ini diketuai oleh seorang pegawai tadbir yang bertanggungjawab
menjalankan urusan mengikut keperluan negara.
Sistem percukaian pada zaman kerajaan ini meliputi tiga sumber utama iaitu kharaj,
jizyah dan usyur.
Isi- Isi Utama
1. Diwan al-Kharaj
Merupakan Jabatan Percukaian Negara yang mengendalikan pentadbiran cukai tanah
yang mengeluarkan hasil pertanian. Diketuai oleh pegawai yang berkuasa melantik wakil-
wakil pemungut cukai mengikut kawasan.
Hasil pungutan kharaj begitu tinggi dan menjadi penyumbang utama sumber baitulmal
negara. Sektor pertanian menjadi nadi kepada jentera pentadbiran kerajaan Abbasiyah.
Khalifah al-Mahdi menubuhkan Jabatan Akauntan Negara untuk mengawal selia setiap
akaun bagi setiap jabatan khasnya mengenai hasil pungutan dan perbelanjaan.
Penubuhan jabatan ini bersesuaian dengan situasi semasa memandangkan sektor
pertanian merupakan bidang yang diceburi majoriti penduduk.
Khalifah Harun al-Rasyid mengarahkan Abu Yusuf bin Yaaqub, Qadhi Besar Baghdad
menyusun segala peraturan percukaian. Telah menghasilkan kitab al Kharaj yang
menjelaskan peraturan percukaian termasuk kadar yang harus di bayar.
2. Pelaksanaan Kharaj
Kadar Kharaj tidak sama antara kawasan. Setiap unit tanah pertanian biasanya
dikenakan kharaj minima sebanyak 10 dirham dan dilaksanakan semasa pemerintahan
Khalifah Abu Jaafar al-Mansoor.
Kadarnya mengikut lokasi kawasan, kualiti tanah, penggunaan alat siraman dan kualiti
benih. Bayaran Kharaj dibayar dalam bentuk mata wang dan harta benda seperti haiwan
ternakan dan hasil tanaman.
Syarat-syarat tanah dikenakan kharaj antaranya ialah pemilik tanah golongan zimmi,
tanah kharaj yang disewa atau dipajak. Pengecualian kharaj diberikan jika tanaman
musnah akibat bencana alam.
Sistem percukaian Muqasamah iaitu cukai sebahagian hasil pertanian diperkenalkan oleh
Khalifah al-Mahdi. Kharaj satu sumber terpenting Baitumal ekoran kemajuan pesat
ekonomi dalam pertanian.
Pada zaman Khalifah al Makmun, cukai kharaj dikutip di Iraq berjumlah 27.8 juta dirham
manakala wilayah Khurasan, sebanyak 28 juta dirham.
3. Pelaksanaan Jizyah
Pungutan cukai jizyah dipraktikkan semula oleh Kerajaan Bani Abbasiyah. Kadar jizyah
tahunan ialah 48 dirham untuk golongan kaya, 24 dirham golongan pertengahan dan 12
dirham untuk miskin.
Gabenor memantau pelaksanaan pungutan cukai jizyah mengikut wilayah masing-
masing. Golongan dikecuali daripada cukai jizyah ialah perempuan, kanak-kanak, orang
tua, hamba dan orang yang sakit berpanjangan.
Pelaksanaan cukai ziyah ini meliputi kawasan taklukan bekas wilayah Parsi dan Turki.
940/2 CADANGAN JAWAPAN MODUL KHAS NEGERI PULAU PINANG 2021 SET 1
Pada zaman Kerajaan Abbasiyah, tiada diskriminasi dalam pelaksanaan jizyah. Zaman
Umayyah, orang Islam bukan Arab (Mawali) juga dikenakan jizyah. Hasil kutipan jizyah
disimpan di baitulmal.
4. Pelaksanaan Usyur
Usyur merupakan cukai perniagaan yang dikenakan kepada semua peniaga Islam dan
bukan Islam.
Kadar usyur berbeza mengikut jenis pedagang dan nilai dagangan. Cukai 2,5%
dikenakan ke atas peniaga Islam, 5% peniaga kafir Zimmi dan 10% ke atas peniaga kafir
Harbi.
Jumlah usyur yang dikenakan adalah 200 dirham apabila cukup kadar nisabnya.
Kerajaan Abbasiyah mencapai kemajuan ekonomi pesat dalam sektor perdagangan,
perindustrian dan pertanian.
Kota Baghdad menjadi pusat perdagangan terbesar dan paling sibuk di dunia ketika itu.
Pelabuhan Basrah, Kaherah dan Iskandariah muncul sebagai pelabuhan antarabangsa.
Zaman pemerintahan Khalifah al-Mahdi, kerajaan Abbasiyah mengenakan cukai
perniagaan di pasar dan kedai-kedai sekitar Kota Baghdad dan wilayah kekuasaan Islam.
Usyur adalah cukai penting ke atas peniaga atau pedagang. Hasil pungutan usyur amat
bermanfaat untuk pembangunan negara seperti menyediakan kemudahan tempat-tempat
perniagaan dan sebagainya.
Kesimpulan
Sistem percukaian sistematik dan terancang menyumbang pembangunan dan
kegemilangan kerajaan Bani Abbasiyah.
Sumber cukai yang stabil dan banyak membolehkan banyak prasarana dapat dibina bagi
kepentingan rakyat.
TEMA 2 : PEMBANGUNAN DAN PENEROKAAN
SOALAN 4 : NILAIKAN IDEA-IDEA MATEMATIK YANG DISUMBANGKAN OLEH AL
KHWARIZMI
Pendahuluan
Nama sebenar al-Khwarizmi ialah Abu Abd Allah Muhammad Ibn Musa al-Khwarizmi.
Beliau merupakan seorang tokoh Islam yang berpengetahuan luas dalam bidang
falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia.
Sumbangan al-Khawarizmi mula terserlah ketika pemerintahan Khalifah al-Ma’mun (813-
833 H) di Baghdad.
Beliau telah dinobatkan sebagai Ahli Falak Diraja atas sumbangan kajian beliau. Beliau
lebih dikenali sebagai al-Khwarizmi dalam kalangan ahli sains dan merupakan seorang
ahli sains Islam yang terulung dalam ilmu Matematik. Banyak idea-idea matematik telah
dihasilkan oleh beliau.
Isi- isi utama
1. Memperkenalkan sistem nombor
Sumbangan terbesar beliau ialah memperkenalkan sistem nombor yang digunakan
sehingga kini iaitu 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, dan 9. Angka-angka ini menggunakan
simbol-simbol tertentu dan mewakili nilai-nilai tertentu seperti yang digunakan oleh
penduduk Timur Arab.
Al-Khwarizmi merupakan orang pertama memperkenalkan angka sifar dan perpuluhan
dalam ilmu matematik. Penggunaan angka inilah akan terbitnya nombor yang
mencapai infiniti. Hasilnya, ilmu Matematik semakin berkembang meliputi operasi
kuasa, log, kosinus dan sebagainya.
940/2 CADANGAN JAWAPAN MODUL KHAS NEGERI PULAU PINANG 2021 SET 1
2. Memperkenalkan sistem algebra
Al-Khwarizmi juga dikenali sebagai Bapa al-Jabar (algebra) setelah memperkenalkan
jurusan aritmetik dengan penggunaan simbol yang mewakili nombor dan nilai
(pembolehubah).
Bagi memperluaskan idea ini, beliau telah menghasilkan sebuah buku yang berjudul al
Jabar wa al Muqabalah. Buku kaedah aritmetik al-Jabar ini telah diterjemahkan ke
bahasa Latin dan telah menjadi rujukan di universiti-universiti di Eropah pada abad ke-
12 M - ke-13 M.
Hasilnya banyak masalah pengiraan yang dihadapi oleh masyarakat Islam dapat
diatasi.
3. Mencipta ilmu atau istilah baharu
Beliau berjaya mencipta ilmu baharu yang belum pernah dicipta oleh pakar-pakar
matematik sebelumnya seperti istilah-istilah baharu dalam ilmu aritmetik. Antaranya
ialah istilah pemboleh ubah kuasa dua (x²), pemboleh ubah (x) dan pemalar (c) yang
digunakan sehingga kini.
Contohnya Al Mukhtasar fi hisab wa al muqabalah juga mengandungi bab-bab yang
meliputi pelbagai topik iaitu pengiraan darab, campur, tolak dan bahagi, persamaan,
timbangan dan ukuran, keluasan bulatan, segitiga serta isipadu kon dan piramid.
Sumbangan besar al-Khawarizmi dalam bidang Matematik mencerminkan kehebatan
dan keunggulan tamadun Islam yang berkekalan sehingga ke hari ini. Malah,
sumbangan beliau juga sebagai pemangkin kepada kemajuan orang Barat yang
mendalami teori-teori yang dikemukakan oleh beliau.
4. Sumbangan dalam bidang geometri dan Trigonometri
Merupakan pecahan kepada bidang matematik. Contohnya mengenai ilmu geometri,
perkara berkaitan dengan ciri dan hubungan antara titik, sudut, permukaan dan
pepejal dalam ruang.
Manakali trigonometri berkaitan dengan segitiga, sukatan sisi dan sudutnya. Beliau
berjaya menghasilkan sifir trigonometri bagi memajukan bidang astronomi.
Kesannya banyak masalah yang rumit berjaya diselesaikan.
5. Menyelesaikan masalah praktikal
Melalui pengenalan sistem nombor dan pelbagai ilmu matematik yang berkaitan,
masalah umat Islam khususnya dalam pembahagian harta pusaka, pengiraan kadar
atau nisab zakat dapat diatasi.
Kesannya banyak pengiraan yang lebih rumit dan kompleks yang tidak dihuraikan
dalam wahyu dan hadis dapat diatasi.
Kesimpulan
Jelaslah kewibawaan al-Khwarizmi dalam bidang matematik amat besar. Walau
bagaimanapun, beliau turut membuat sumbangan besar dalam ilmu astronomi dan
geografi.
Beliau bukan sahaja disanjung oleh umat Islam, bahkan karyanya telah diguna pakai
oleh sarjana-sarjana barat sehingga kini.
940/2 CADANGAN JAWAPAN MODUL KHAS NEGERI PULAU PINANG 2021 SET 1
TEMA 3 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA
SOALAN 5 : JELASKAN FAKTOR POLITIK YANG MEMBAWA KEPADA PERLUASAN
KUASA BARAT KE ATAS KERAJAAN TURKI UTHMANIYAH.
Pendahuluan
Kerajaan Uthmaniyah yang diasaskan oleh Uthman Ertuhgrul pada tahun 1289
merupakan empayar Islam terbesar yang memerintah lebih 600 tahun.
Akhir abad ke-17 Masihi kerajaan Uthmaniyah berhadapan dengan pelbagai masalah
dalaman dan luaran.
Pada abad ke-19 Masihi, empayar Uthmaniyah mula memasuki fasa kemerosotan
apabila terpaksa menghadapi pencaturan politik kuasa-kuasa Barat.
Akhir abad ke-20M, seluruh dunia Islam berada dalam kekuasaan dan pengaruh Barat
termasuk wilayah-wilayah kekuasaan empayar Uthmaniyah.
Gerakan peluasan kuasa Barat ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor khususnya faktor
politik.
Isi- isi utama
Faktor politik
1. Persaingan kuasa-kuasa barat
Dasar imperialisme mencetuskan persaingan kuasa-kuasa Barat untuk meluaskan
tanah jajahan khasnya di wilayah-wilayah Islam.
Mereka sanggup mengadakan pakatan bagi merealisasikan misi menguasai dunia
Islam. Antara kuasa barat yang bersaing untuk menguasai wilayah-wilayah Islam
adalah seperti Britain, Rusia dan Perancis.
Persaingan ini mempercepatkan kemaraan kuasa-kuasa Barat ke atas wilayah-
wilayah yang berada di dalam empayar Uthmaniyah.
Kuasa-kuasa Barat bercita-cita meluaskan empayar masing-masing bagi
meningkatkan imej sebagai kuasa utama dunia.
Kejayaan menguasai kerajaan Uthmaniyah yang dianggap kuasa Islam terkuat ketika
itu akan menyerlah imej dan kehebatan kuasa barat.
2. Perubahan dasar perhubungan antarabangsa
Berlaku perubahan dalam hubungan antarabangsa Barat.
Dasar persahabatan dan dasar perlindungan berubah kepada dasar campur tangan
ekoran pergolakan politik dalam wilayah Uthmaniyah.
Sebelum ini pihak Barat mengamalkan dasar berkecuali dan dasar perlindungan bagi
menjaga kepentingan perdagangan mereka.
Situasi politik yang tidak stabil akibat pemberontakan memberi alasan kepada kuasa
Barat mencampuri urusan pentadbiran dan pemerintahan kerajaan Uthmaniyah.
3. Dasar pecah dan perintah
Merupakan polisi luar terpenting kuasa-kuasa Barat untuk menguasai wilayah
Uthmaniyah.
Impaknya, bangsa-bangsa Islam yang berada dalam empayar Uthmaniyah seperti
Turki, Arab, Mesir, Armenia, Kurdis dan lain-lain mula membina jenama kebangsaan
mereka sendiri.
Kuasa-kuasa Barat menjalankan konspirasi dengan menggunakan fahaman
nasionalisme dan berpuak-puak bagi menggugat kestabilan politik empayar
Uthmaniyah.
Dasar ini akhirnya melemahkan kesatuan ummah yang sejak sekian lama dinaungi
oleh khalifah Uthmaniyah
Memudahkan kuasa Barat menghancurkan kekuatan empayar Uthmaniyah yang
dianggap ancaman utama kepada pengaruh Kristian Eropah.
940/2 CADANGAN JAWAPAN MODUL KHAS NEGERI PULAU PINANG 2021 SET 1
4. Konflik sempadan Uthmaniyah dan Rusia
Konflik sempadan antara Rusia, Austria-Hungary dengan wilayah Uthmnaiyah
merupakan faktor peluasan kuasa Barat ke atas empayar Islam Uthmaniyah.
Peluasan kuasa Rusia terhadap kerajaan Uthmaniyah pada tahun 1877-1878
berpunca daripada keazaman Rusia untuk mendapatkan semua wilayah-wilayahnya
yang terlepas dalam Perang Crimea.
Kejayaan Rusia dalam perang seterusnya menyebabkan Uthmaniyah kehilangan
banyak wilayahnya termasuk Serbia, Montenegro dan Caucasus.
5. Kelemahan pemerintah Uthmaniyah
Faktor politik yang turut menjadi penyumbang kepada perluasan kuasa Barat.
Kebergantungan sistem birokrasi kepada kemampuan seorang sultan dalam
mengendalikan pemerintahan menjadikan institusi politik ini tidak memenuhi tuntutan
semasa.
Ini juga membuka peluang dan ruang kepada golongan elit politik untuk kepentingan
peribadi.
Kelemahan kepimpinan ini juga menyebabkan kerajaan dikuasai oleh isteri atau ibu
sultan (harem) atau kelompok tertentu dalam istana.
Kelemahan kepimpinan semakin terserlah apabila ketidakmampuan khalifah dan
kerajaan Uthmaniyah dalam menghadapi kemaraan imperialisme Barat.
Kelemahan kerajaan semakin nyata apabila terpaksa tunduk kepada tekanan kuasa
barat seperti melaksanakan tanzimat mengikut acuan Barat dalam pelbagai bidang.
Wilayah kekuasaan yang sangat luas merangkumi wilayah di Asia, Afrika dan Eropah
merumitkan lagi keadaan, ditambah dengan sistem pemerintahan yang lemah dan
tidak teratur.
Wilayah yang luas ini didiami oleh pelbagai bangsa dan kerajaan memerlukan
kecekapan pentadbiran.
Kesimpulan
Perluasan kuasa barat ke atas wilayah Turki berlaku melalui pelbagai cara.
Kemuncak kepada perluasan kuasa barat ke atas wilayah Turki Uthmaniyyah ialah
apabila Kerajaan Turki Uthmaniyah terlibat dalam Perang Dunia Pertama.
Kekalahan Turki Uthmaniyyah dalam PD1 menyebabkan kuasa-kuasa Barat
membahagikan wilayah Uthmaniyah sesama mereka.
Kelemahan dan kemerosotan kerajaan Uthmaniyah membawa kepada perluasan
kuasa Barat.
Akhirnya membawa kepada penubuhan negara bangsa Turki yang menamatkan
sistem pemerintahan khalifah Islamiah.
TEMA 3 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA
SOALAN 6 : HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR KEBANGKITAN SEMANGAT
NASIONALISME DI SYRIA PADA AWAL ABAD KE 20.
Pendahuluan
Turki Uthmaniyyah menguasai Syria dan Lubnan pada 1516.
Menyusun pentadbiran Syria dengan membahagikan Syria kepada 2 wilayah besar iaitu
Damsyik dan Aleppo.
Pada akhir abad ke18 daerah-daerah di Syria mulai dikuasai oleh Pasha iaitu penglima
perang.
Kelemahan Turki Uthmaniyyah membuka peluang kemasukan Eropah ke Syria.
Semasa PD1 (1914-1918) berlaku Perjanjian sulit Sykes-Picot antara Perancis dan
Britain yang meletakkan Syria dibawah mandat Liga Bangsa dan dikawal oleh Perancis.
940/2 CADANGAN JAWAPAN MODUL KHAS NEGERI PULAU PINANG 2021 SET 1
Turki Uthmaniyyah kalah dalam PD1 dan menandatangani Konferensi San Remo di
London pada 24/7/1922.
Perancis mendapat hak ke atas Levant (Istilah untuk Syria dan Lebonan) kerana
hubungan sejarah yang panjang antara perancis dengan Syria sebelum Perang Salib.
Gerakan nasionalisme yang berlaku pada awal abad ke20 merujuk kepada tempoh
masa 1900 hingga 1918.
Isi- isi utama
1. Kewartawanan dan media massa
Berperanan mencetuskan semangat nasionalisme di Syria.
Khalil Huri menerbitkan akhbar Tariqat al akhbar yang berjaya meniupkan semangat
nasionalisme di kalangan rakyat Syria. Akhbar ini diterbitkan dua minggu sekali dan
merangkumi hampir 3,000 isu berkaitan dengan perdagangan dan ekonomi yang
berlaku di Beirut serta perkhabaran dari Turki Uthmaniyyah.
Faris Nimri berketurunan lubnan menerima Pendidikan di Syrian Protestan College.
Beliau menghasilkan akhbar Muqattam yang mengetengahkan kepentingan ilmu dan
semangat nasionalisme.
Akhbar al Manan juga mempengaruhi kebangkitan semangat nasionalisme di Syria.
Majalah bulanan yang membahaskan idea pembaharuan dan tajdid di Kaherah.
Dipelopori oleh Rashid Redha yang lahir di Syria.
Menggerakan perbincangan: dakwah, idealisme, Islah, menerangkan dasar Pan
Islamisme, ajaran akidah dan hukum, sekularisme dan modenisme.
Pertama kali terbit pada 17/3/1898 sebagai majalah mingguan mengandungi 8 halaman
dan menyelitkan berita mutakhir.
Penggunaan perkataan watan dalam akhbar Hub Alwataniah. Perkataan wataniah
menjadi elemen nasionalisme dan teras kepada akhbar.
Akhbar-akhbar ini berfungsi sebagai platfom perbincangan dan perdebatan mengenai
isu-isu semasa yang berlaku di Syria dan Beirut.
Kerancakan penerbitan akhbar telah mempercepatkan penerimaan masyarakat
terhadap Gerakan nasionalisme untuk membebaskan diri daripada penjajahan.
2. Pengaruh agama/Gerakan Islah
Kesedaran agama menimbulkan keinginan untuk menyatukan semua negara dan
bangsa Arab menyebabkan wujud pergerakkan nasionalisme di Syria.
Syarif Husain menggunakan agama dan nasionalisme Arab untuk menentang kerajaan
Turki Uthmaniyyah.
Pengaruh agama kristian yang bersifat sekular didokong tokoh-tokoh beragama
Kristian, pertubuhan Pendidikan Arab Kristian dan institusi Kristian juga berperanan
menimbulkan semangat nasionalisme.
Keadaan ini telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan umat Islam dan berjaya
membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan ulama dan umat Islam di
Syria.
3. Peranan bahasa dan kesusasteraan
Perkembangan Bahasa dan sastera menyuntik dan menyemarakkan kebangkitan
gerakan nasionalisme di Syria.
Sebelum ini istilah Turki dan bahasa asing mempengaruhi kehidupan rakyat dan diganti
dengan bahasa dan sastera tempatan.
Keadaan ini menghidupkan bahasa etnik seperti almania, meronite, jasobite, alsyrian
dan tidak lagi menggunakan bahasa Arab untuk memisahkan Syria dengan Turki
Uthmaniyyah.
Keadaan ini dapat menghidupkan semangat kebangsaan.
940/2 CADANGAN JAWAPAN MODUL KHAS NEGERI PULAU PINANG 2021 SET 1
Penyair Lebanon Khalil Gibran menyumbang kepada pembangunan puisi Arab dengan
bentuk dan tema baharu termasuk tema-tema kebangsaan dan kenegaraan.
Bahasa Perancis sebagai alat untuk sebar semangat nasionalisme di kalangan bangsa
minoriti di Syria.
Akhirnya Bahasa etnik minoriti dihidupkan semula dan mempengaruhi perkembangan
nasionalisme.
4. Peranan pendidikan
Dasar pendidikan Perancis yang mewajibkan penduduk Syria memasuki sekolah-
sekolah yang didirikan oleh koloni mendapat sokongan daripada gerakan missionari.
Sekolah-sekolah Perancis mendapat bantuan daripada pertubuhan-pertubuhan Arab
Kristian.
Contohnya Jam’iyyah al-nisa yang ditubuhkan di Lubnan pada tahun 1850. Penubuhan
sekolah-sekolah Missionari, dan Syrian Protestan College oleh gerakan missionari
untuk menyebarkan agama Kristian.
Institut Perundangan Syria 1913 juga berjaya menyemarakkan semangat nasionalisme
di Syria.
Ancaman sekolah-sekolah missionari terhadap pemikiran umat Islam di Syria telah
membangkitkan semangat nasionalisme.
Antara tokoh-tokoh pendidikan terkenal yang menyokong penubuhan negara Syria
merdeka ialah Abu Khaldun Sati al-Husri yang lahir di Aleppo dan bekerja sebagai
Pegawai Pendidikan dalam kerajaan Turki Uthmaniyyah.
5. Peranan golongan intelektual
Abdul Rahman al Khawakibi merupakan tokoh terawal membangkitkan semangat
nasionalisme di Syria.
Beliau menghasilkan majalah al Sahbah
Jamal al Din al Khasimi menghasilkan karya yang menyumbang kepada gerakan
nasionalisme
6. Pengaruh Luar dan ancaman budaya barat
Penduduk Syria terpengaruh dengan Gerakan Islah dan Pan Islamisme yang
dicetuskan oleh Syeikh Jamaluddin al Afghani dan Muhammad Abduh.
Gerakan ini berjaya membangkitkan semangat nasionalisme untuk melawan penjajahan
barat. Gerakan ini berpusat di Mesir.
Pan Islamisme bertujuan menyatukan umat Islam di seluruh dunia di bawah
pemerintahan Turki Uthmaniyyah untuk menentang penjajahan kuasa barat.
Penghantaran pelajar ke luar negara dan penghijrahan orang Arab ke Amerika juga
menyumbang kepada perkembangan semangat nasionalisme.
Penjajahan Perancis menyebabkan rakyat Syria terpengaruh dengan cara pentadbiran
barat dalam pelbagai aspek kehidupan termasuk politik dan ekonomi.
Penyebaran budaya barat dan dakyah Kristianisasi mengancam pengaruh agama Islam
dan identiti bangsa Syria.
Kesan penjajahan dapat menyuntik sentimen kebangsaan dan mendorong kebangkitan
untuk mempertahankan maruah dan kehormatan bangsa.
7. Peranan persatuan/ jamiaah (Islam dan Kristian)
Semangat nasionalisme Syria juga dipelopori oleh persatuan-persatuan
kemasyarakatan (Jamiyyah al-Islamiyyah) berjuang menyebarkan dakwah Islam dan
kesedaran beragama untuk menghadapi gerakan Kristianisasi.
Mereka tidak berpuashati dengan pendidikan wajib yang diperkenalkan oleh Perancis
yang mempunyai agenda tersembunyi untuk menyebarkan agama Kristian.
Persatuan ini dianggotai oleh fuqaha, khatib, sasterawan dan golongan profesional.
940/2 CADANGAN JAWAPAN MODUL KHAS NEGERI PULAU PINANG 2021 SET 1
Melaksanakan program kebajikan dan menerbitkan buletin al-Tamaddun al-Islami.
Persatuan ini juga membina sekolah menegah iaitu Madrasah al-Tamaddun al-Islami di
Damsyik.
Terdapat juga pertubuhan-pertubuhan yang didokong oleh Gerakan misionari seperti
Jam’iyyah al Gharra’ telah mendirikan sekolah-sekolah agama untuk rakyat Syria.
Jam’iyyah al Gharra’ berperanan dalam politik dan kehidupan masyarakat Syria
termasuk kesedaran kebangsaan.
Pertubuhan Jamiaah annisah di Lubonan pada tahun 1850 mirip persatuan-persatuan
yang diasaskan di Eropah.
Persatuan al-Fattat ditubuhkan di Paris 1911 berjaya menyemarakkan semangat
nasionalisme di Syria. Persatuan ini telah mengadakan Kongres Arab di Paris pada
tahun 1914.
8. Kelemahan kerajaan Turki Uthmaniyyah
Memberi peluang kepada kuasa-kuasa barat khususnya Perancis untuk menguasai
Syria.
Kesimpulan
Gerakan nasionalisme di Syria berlaku akibat pencerobohan kuasa barat.
Tekanan yang terpaksa dihadapi oleh umat Islam seperti gerakan missionari serta
penguasaan politik dan ekonomi oleh kerajaan koloni.
Gerakan nasionalisme bergerak dalam bentuk pertubuhan, persatuan dan parti politik
Islam dan kebangsaan.
Gerakan ini memainkan peranan utama disebalik pembebasan Syria daripada
penguasaan kerajaan Turki Uthmaniyyah, kemerdekaan daripada Perancis dan
pembentukan negara bangsa Syria