The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

DEGREE BIMBINGAN DAN TINGKAHLAKU KANAK-KANAK (KAJIAN KES)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azlina25959, 2022-02-10 09:53:25

DEGREE BIMBINGAN DAN TINGKAHLAKU KANAK-KANAK (KAJIAN KES)

DEGREE BIMBINGAN DAN TINGKAHLAKU KANAK-KANAK (KAJIAN KES)

FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL

PROGRAM
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (KEPUJIAN) (PENDIDIKAN AWAL

KANAK-KANAK)

KURSUS
ECS 2333 BIMBINGAN DAN PENGURUSAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK

TUGASAN KUMPULAN
KAJIAN KES TINGKAHLAKU KANAK-KANAK

KOHORT
K 36

NAMA & NO. MATRIK
1. ANNA SYAFIQA BINTI AHMAD SHAFIEE (4211000131)

2. NURARDINI BINTI ABDUL RAZAK (4211000301)
3. AUFA ADILAH BINTI AHMAD BAHRIN (4211002601)
4. ATHIRAH IZAANI BINTI SHAHRUL NIZAM (4211003131)

5. NURUL AZLINA SALMAN (4211002741)

NAMA PENSYARAH
PUAN SATURIA BINTI AMIRUDDIN

SEMESTER
NOVEMBER 2021 (3/21/34)

PRAKATA

Dalam konteks Pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah
laku yang boleh merosakkan kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran
khususnya di dalam bilik darjah. Kajian terhadap masalah murid ini membawa kepada dua
pecahan utama tingkah laku murid bermasalah iaitu positif dan negatif. Tingkah laku
bermasalah positif yang dikenalpasti seperti perlakuan ingin tahu, cepat belajar, pintar cerdas
dan proaktif. Manakala untuk tingkah laku bermasalah negatif pula ialah perlakuan distruptif
iaitu tingkah laku anti sosial, distruptif berkaitan tingkah laku mengganggu dan akhirnya,
tingkah laku bergantung yang berlebihan. Sama ada seseorang murid itu mempunyai masalah
bertingkah laku positif dan negatif, ia akan membawa kesan yang tidak baik dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Oleh yang demikian, guru haruslah mengambil tahu dan segera merancang dan
melaksanakan strategi serta Tindakan yang sesuai untuk mengubah tingkah laku yang negatif
itu. Hal ini sangat penting demi menjamin dan mengawal keadaan bilik darjah yang kondusif
dan mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Secara umumnya,
masalah tingkah laku atau disiplin bagi murid-murid masalah pembelajaran mempunyai ciri-
ciri tertentu. Antara ciri-ciri yang ada pada murid-murid yang bermasalah tingkah laku ialah
penumpuan yang singkat, memencil dan menarik diri daripada aktiviti kelas, terlalu bergantung
kepada seseorang, tidak mesra dengan guru dan orang lain, gopoh, tidak ada kesabaran,
motivasi kendiri yang rendah, agresif, melanggar perintah, sentiasa mempunyai perasaan yang
negatif, memberi jawapan sesuka hati, kurang kemahiran mengawal emosi, perlakuan hyper
aktif dan sering resah serta kurang kepercayaan terhadap kebolehan diri. Masalah tersebut
secara umumnya telah dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antara faktor yang mempengaruhi
pengurusan tingkah laku dan disiplin di dalam kelas seperti kedudukan tempat murid yang
jauh dari guru, susun atur peralatan seperti meja, kerusi, almari memainkan peranan penting
dalam mewujudkan kelas yang kondusif dan mempunyai ruang untuk murid dan guru
bergerak. Selain itu, alat bahan mengajar yang dipamerkan hendaklah sentiasa bertukar agar
murid tidak berasa bosan dengan pembelajaran.

i

SENARAI KANDUNGAN
MUKA SURAT

PRA KATA......................................................................................................................i
SENARAI KANDUNGAN..............................................................................................ii
PENGHARGAAN............................................................................................................iii
1.0 PENGENALAN..........................................................................................................1

1.1 definisi tingkah laku........................................................................................1
2.0 ANALISIS...................................................................................................................2

2.1 Latar belakang kajian.....................................................................................2-4
2.2 objektif kajian..................................................................................................4
2.3 latar belakang kanak-kanak.............................................................................5
2.4 faktor permasalahan......................................................................................6 - 8
2.5 kesan dan pengaruh......................................................................................9 -10
2.6 cara penyelesaian.........................................................................................11-12
3.0 RUMUSAN..............................................................................................................13-14
RUJUKAN…....................................................................................................................15

ii

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim, Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan
ke hadrat Ilahi kerana dengan izin kurniaNya dapat kami menyempurnakan tugasan bagi kod
subjek ECS2333 –Bimbingan Dan Pengurusan Tingkah Laku ini dengan jayanya. Dengan
kesempatan yang ada ini kami amat berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan terima kasih
kepada Puan Saturia, selaku Pensyarah Bimbingan Dan Pengurusan Tingkah Laku Kohort 36
kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan dan budi bicara beliau kepada kami untuk
melunaskan tugasan kumpulan yang diberikan serta tidak jemu membantu kami menyiapkan
laporan ini.

Selain itu, kami juga turut bersyukur kerana digandingkan dengan ahli kumpulan yang sangat
membantu dan berdisiplin dalam menyiapkan tugasan kumpulan ini. Serta telah mencurahkan
idea bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Malah dengan
melaksanakan tugas ini secara tidak langsung kami dapat menambah ilmu berkaitan mengkaji,
memahami dan cara mengatasi atau mengawal tingkah laku kanak-kanak. Kursus ini juga untuk
meningkatkan keupayaan mental dan mengasuh mentaliti positif dalam mengendalikan
kanak- kanak.

Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan
ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah mereka hulurkan
amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka semua tugasan ini mungkin
tidak dapat dilaksanakan dengan baik .

Sekian, Terima kasih.

iii

1.0 PENGENALAN
Tingkah laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu.

Tingkah laku juga merupakan semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai
serta sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau
separa sedar. Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-
nilai tertentu. Menurut Lewis M.Beaker (2001), sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada
secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar.

Manakala, menurut Garry Martin dan Joseph Pear (2003), tingkah laku juga
merangkumi aktiviti, aksi, prestasi, bertindak balas, Tindakan dan reaksi dari segi teknik,
aktiviti yang melibatkan otot-otot, kelenjar (glandular) dan aktiviti elektrik oleh setiap organ.
Pada dasarnya tingkah laku adalah apa sahaja yang diperkatakan atau dilakukan oleh individu.
Carl Rogers (1999), menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku mengikut
persepsi diri sendiri dan keadaan. Sekiranya individu itu mempunyai konsep kendiri yang
positif maka dia berupaya berinteraksi dan bertindak dengan lebih yakin. Menurut Al-Ghazali
pula dari perspektif Islam, tingkah laku manusia mempunyai tujuan agama dan kemanusiaan.
Tingkah laku normal dan tidak normal adalah berdasarkan kepada kekerapan dan berlaku
sepanjang masa dan mempunyai masalah psikologi.

Mengikut (PL94-142) masalah tingkah laku atau gangguan emosi yang serius merujuk
kepada keadaan di mana ciri-ciri yang berikut berlaku pada tempoh yang lama,pada darjat
yang ketara dan keadaan ini menjejaskan prestasi pembelajaran. Tingkah laku bermasalah
ialah merujuk kepada sebarang tingkah laku sama ada positif ataupun negatif yang
menjejaskan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Tingkah laku terbahagi
kepada dua iaitu tingkah laku positif dan tingkah laku negatif. Tingkah laku positif terbahagi
kepada empat iaitu sikap ingin tahu, cepat belajar, proaktif dan pintar cerdas. Manakala,
tingkah laku negatif pula terbahagi kepada tiga iaitu tingkah laku distruktif, distruptif, dan
sikap bergantung.

1.1 Definisi Pengurusan Tingkah Laku

Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk
memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan
teknik yang sesuai (Dr Ragbir Kaur a/p Joginder Sigh (2005). Setiap guru mesti ada satu bentuk
sistem pengurusan tingkah laku kawal kelas, pembelajaran yang sihat dan produktif.
Membimbing tingkah laku positif dan menghentikan tingkah laku negatif dan bebas gangguan.

1

LATAR BELAKANG KAJIAN
Tingkah laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu.

Tingkah laku juga ialah semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai dan
sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa
sedar. Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai
tertentu. Menurut Lewis M.Beaker (2001), sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara
terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Manakala, menurut Garry Martin dan Joseph
Pear (2003), tingkah laku juga merangkumi aktiviti, aksi, prestasi, bertindak balas, tindakan,
dan reaksi dari segi teknik, aktiviti yang melibatkan otot-otot, kelenjar (glandular) dan aktiviti
elektrik oleh setiap organ. Pada dasarnya tingkah laku adalah apa sahaja yang diperkatakan
atau dilakukan oleh individu. Carl Rogers (1999), menekankan bahawa seseorang individu
bertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan. Sekiranya individu itu mempunyai
konsep kendiri yang positif maka dia berupaya berinteraksi dan bertindak dengan lebih yakin.
Menurut Al-Ghazali pula dari perspektif Islam, tingkah laku manusia mempunyai tujuan agama
dan kemanusiaan. Tingkah laku normal dan tidak normal adalah berdasarkan kepada kekerapan
dan berlaku sepanjang masa dan mempunyai masalah psikologi. Tingkah laku terbahagi kepada
dua iaitu tingkah laku positif dan tingkah laku negatif.

Melalui kajian yang telah kami lakukan ini, kami mendapati bahawa kanak-kanak ini
mempunyai tingkah laku positif. Tingkah laku positif adalah tingkah laku yang baik dan
ianyaterbahagi kepada empat iaitu sikap ingin tahu, cepat belajar, proaktif dan pintar cerdas.
Keempat empat tingkah laku ini dapat dilihat pada kanak-kanak tersebut lebih-lebih lagi pintar
cerdas. Individu pintar cerdas dan berbakat merupakan individu yang memiliki potensi yang
tinggi dalam pelbagai aspek perkembangan dan pertumbuhan. Kamus dewan mengistilahkan
pintar cerdas sebagai cekap dan pandai, manakala cerdas didefinisikan sebagai sempurna akal.
Menurut Susan K. Golant di dalam bukunya The Joys and Challenges Of Raising a Gifted
Childs berpendapat, kanak-kanak yang pintar cerdas menunjukkan minat yang tinggi bagi
belajar, curiga dan mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi kepada persekitaran serta
berupaya menggabungkan beberapa maklumat dalam menghasilkannya. Umum pula
mentakrifkan pintar cerdas sebagai kepandaian luar biasa yang dimiliki oleh individu. Individu
yang dikatakan pintar cerdas ini mempunyai kebolehan yang luar biasa memahami dan
mengadaptasi segala cabaran persekitaran kepada hidup dan mindanya.

2

Kanak-kanak pintar cerdas ini secara umumnya mempunyai keunikan mereka
tersendiri. Kebolehan dan kelebihan mereka telah ditonjolkan sejak dari awal lagi, dan keadaan
ini boleh dikenalpasti oleh ibu bapa mereka sendiri. Kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat
sebenarnya mempunyai potensi yang tinggi dalam pelbagai bidang mengikut kecenderungan
masing-masing. Keupayaan mereka adalah berbeza jika dibandingkan dengan kanak-kanak
yang sebaya dengan mereka dan sesetengahnya dapat mengatasi kepintaran atau kebolehan
yang dimiliki oleh orang yang lebih dewasa daripadanya. Tiada satu konsep yang khusus
untukpintar cerdas atau berbakat. Ia sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Ia bukan sahaja
berasaskan kecerdasan tetapi juga merangkumi keupayaan intelek yang umum, kebolehan
akademik, pemikiran kreatif dan produktif, kepimpinan, seni dan lakonan serta keupayaan
psikomotor. Cara mengenalpasti kanak-kanak pintar cerdas berdasarkan ujian-ujian piawai
mengenai keupayaan umum, pencapaian, kreativiti, kecenderungan dan personaliti. Ia juga
boleh dikenalpasti berdasarkan ramalan guru, ibu bapa, rakan sebaya dan kendiri.

Walaupun Pintar Cerdas dianggap sebagai suatu perkara yang positif namun bagi
kanak-kanak yang dikategorikan sebagai kanak-kanak pintar cerdas ia juga tidak terkecuali
daripada menghadapi masalah, mereka ini tidak selalu berjaya mengikut kehendak dan
ada kalanya menghadapi cabaran dalam kehidupan. Realitinya, mereka tidak menghadapi
sebahagian masalah yang dihadapi oleh kebanyakan orang, tetapi mereka menghadapi
masalah lain yang tidak dihadapi oleh kebanyakan orang. Biasanya masalah mereka menjadi
bertambah rumit kerana masalah tersebut tidak dapat difahami dan ini menjadikan mereka
seolah-olah menghadapi masalah ini seorang diri. Keadaan ini sudah tentu memberi
tekanan yang berlebih-lebih lagi kepada mereka. Salah faham dan stereotaip selalu
menghantui golongan ini. Selain itu, kanak-kanak pintar cerdas ini akan mudah berasa bosan
apabila mereka terpaksa mempelajari sesuatu yang mereka sudah ketahui dan akhirnya
menjadikan kanak-kanak ini cenderung untuk mengganggu kanak-kanak lain yang hendak
belajar.

3

Menurut Dr Gardner, individu yang pintar cerdas mungkin menguasai dan mempunyai
kemahiran luar biasa, dalam salah satu daripada tujuh kecerdasan pelbagai (Multiple
Intelligence) dan mungkin sederhana dalam bidang-bidang yang lain. Tingkah laku pintar
cerdas tidak mempunyai cara yang spesifik untuk mengendalikannya. Namun yang demikian,
guru dan juga ibu bapa berperanan untuk sentiasa melihat atau memerhatikan setiap tingkah
laku kanak-kanak ini

OBJEKTIF KAJIAN :
1. Mengetahui langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi masalah tingkah laku
2. Mengenalpasti faktor permasalahan kanak-kanak
3. Mengenalpasti kesan dan pengaruh dari tindakan tingkah laku kanak-kanak

4

LATAR BELAKANG KANAK-KANAK:

NAMA PENUH: ABDUL RAZIF DAYYAN BIN ABDUL RAIS
NAMA PANGGILAN: AJIB/BANGJIB
TEMPAT LAHIR: HOSPITAL TENGKU AMPUAN RAHIMAH KLANG (HTAR)
TARIKH LAHIR: 10 SEPTEMBER 2016
JANTINA: LELAKI
KETURUNAN: MELAYU
ANAK KE BERAPA: ANAK KEDUA
NAMA IBU: NUR FADILAH BINTI SAZALI
NAMA AYAH: ABDUL RAIS BIN OTHMAN
NAMA ADIK BERADIK:

1) NUR FADYAH DYLAILA BINTI ABDUL RAIS
2) ABDUL RAZIQ DARWISY BIN ABDUL RAIS
SEKOLAH: TADIKA ISLAM HIRA’

5

FAKTOR PERMASALAHAN
Kanak-kanak yang berumur 0 – 6 tahun adalah fasa di mana kanak-kanak mempunyai

pelbagai kerenah dan tingkah laku. Tanpa kepelbagaian tingkah laku atau kerenah, kanak -
kanak ia bermakna kanak-kanak masih belum dikira menghayati dan meneroka sepenuhnya
dunia mereka sebagai seorang kanak-kanak. Kebanyakan tingkah laku dan kerenah kanak-
kanak ini ia sememangnya banyak dipengaruhi oleh persekitaran di mana mereka berada atau
persekitaran tempat mereka membesar. Seperkara lagi, kebanyakan tingkah laku kanak-kanak
adalah untuk menarik perhatian mereka yang berada di sisinya yakni ibu bapa dan guru.
Walaupun begitu, ada di antara tingkah laku kanak-kanak merupakan tingkah laku semula
jadi yang telah ada sejak mereka lahir dan ada juga tingkah laku kanak-kanak yang dibentuk
melalui persekitarannya. Tingkah laku juga boleh disebabkan oleh faktor baka yang berasal
dari kedua ibu bapa kanak-kanak. Tingkah laku atau kerenah kanak-kanak boleh merangkumi
tingkah laku yang positif atau baik dan tingkah laku yang negatif. Tingkah laku yang baik
perlulah disemaikan dalam diri seseorang kanak-kanak serta diberikan dorongan dan galakan
oleh orang dewasa di sekeliling mereka. Manakala tingkah laku yang negatif pula ia
memerlukan bimbingan sepenuhnya daripada orang dewasa. Tingkah laku yang negatif pula
ia perlu diubah secara perlahan-lahan supaya menjadi tingkah laku yang lebih positif.

Berdasarkan daripada hasil kajian yang telah kami jalankan ke atas seorang kanak-
kanak yang Bernama Abdul Razif yang berusia 5 tahun itu. Kami dapat mengenalpasti
beberapa faktor yang telah menyumbang kepada tingkah laku positif dan juga permasalahan
tingkah laku negatif yang dihadapi oleh adik Razif.

Faktor utama berlakunya Tingkah laku positif mahupun negative yang telah
ditunjukkan oleh adik Razif itu biasanya telah dipengaruhi oleh keadaan persekitaran kanak-
kanak apabila mereka berada di rumah mahupun di sekolah. Seperti mana yang kami dapat
lihat terhadap tingkah laku positif yang telah ditunjukkan oleh adik Razif seperti mampu
berdikari dalam menyelesaikan tugasan yang kami berikan tanpa pertolongan orang lain
banyak mempengaruhi persekitarannya di mana ibu bapa adik Razif telah banyak membimbing
adik Razifuntuk berdikari dengan sendirinya memandangkan adik Razif telah mempunyai adik
yang masih kecil lagi.

6

Walau bagaimanapun, pengaruh terbesar yang ada pada kanak-kanak dalam tingkah
laku mereka dan juga cara mereka berfikir, adalah berdasarkan faktor persekitaran dan rakan
di sekeliling mereka termasuklah juga rakan sekelas. Interaksi secara langsung yang berlaku
antara kanak-kanak dengan orang lain akan juga mampu mengubah tingkah laku kanak-kanak
dalam satu cara atau yang lain, ini kerana lumrah manusia yang ingin mempunyai keperluan
sempurna kendiri di mana ia ingin merasakan dirinya diterima dalam satu kumpulan yang lain
dan akan berusaha untuk membuatkan dirinya diterima oleh kanak-kanak yang lain sehingga
sanggup mengamalkan tingkah laku negatif.

Faktor kedua yang mempengaruhi Tingkah laku kanak-kanak adalah berdasarkan
daripada tingkah laku ibu bapa kanak-kanak itu sendiri. Sebagai contoh yang dapat kami lihat
berdasarkan tingkah laku positif seperti cara percakapan yang baik dan lemah lembut
ditunjukkan oleh adik Razif itu dipengaruhi oleh tingkah laku ibu bapa adik Razif itu sendiri.
Di mana, kami dapat melihat cara percakapan ibu bapa adik Razif turut lemah lembut dan
sopan ketika berinteraksi dengan kami sama seperti yang ditunjukkan oleh adik Razif . Oleh
sebab itu, tingkah laku yang ditunjukkan oleh ibu bapa kanak-kanak sangat penting kerana ia
akan mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak dan sikap mereka terhadap kehidupan. Oleh hal
yang demikian, tingkah laku ibu bapa sangat penting dijaga kerana mata-mata cilik kanak-
kanak ini akan sentiasa memerhati dan akan belajar dari ibu bapa mereka sendiri cara
bagaimana mahubertindak dalam situasi yang berbeza. Jadi sebagai ibu bapa perlulah berfikir
dengan teliti mengenai tindakan dan kata-kata yang hendak diucapkan. Keyakinan dan harga
diri seorang kanak-kanak juga akan dipengaruhi secara langsung oleh tindakan ibu bapa
mereka.

Faktor ketiga yang menyumbang kepada permasalahan tingkah laku kanak-kanak
pada masa ini ialah media sosial. Media sosial pada masa ini telah banyak menimbulkan
permasalahan terutamanya kepada kanak-kanak. Hal ini kami dapat lihat bahawa sejumlah
besar kanak-kanak pada masa ini telah banyak terdedah dengan media sosial disebabkan oleh
ibu bapa yang terlalu sibuk dan terlalu mengikutkan kehendak anak-anak mereka
membuatkan ibu bapa pada masa ini terpaksa memberikan anak-anak mereka kemudahan
gajet seawal usia kanak-kanak lagi. Penggunaan gajet, telah banyak mendedahkan kanak-
kanak dengan media komunikasi di mana ianya mempunyai banyak iklan-iklan dan mesej
subliminal yang dalam banyak hal boleh memudaratkan perkembangan mereka.

7

Kanak-kanak seawal usia 15 bulan dapat mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak dengan
meniru tingkah laku yang mereka lihat di televisyen. Walaupun pengaruh media sosial sering
dikaitkan dengan impak negative namun melalui media sosial juga adik Razif banyak belajar
sesuatu perkara dengan menambahkan ilmu adik Razif tentang kemahiran berbahasa Inggeris
dan sebagainya. Disebabkan oleh banyak aplikasi belajar yang menarik di media sosial adik
Razif gemar untuk belajar.

Secara keseluruhannya, ketiga-tiga faktor yang telah dikemukakan di atas ini
merupakan faktor-faktor yang boleh dikaitkan dengan tingkah laku adik Razif. Di mana ianya
juga sering dikaitkan dengan punca berlakunya masalah tingkah laku kanak-kanak dan saling
berkait antarasatu sama lain dalam proses pembentukan tingkah laku seseorang kanak-kanak.
Oleh hal yang demikian, semua pihak perlulah peka dalam mengatasi masalah tingkah laku
yang dihadapi oleh kanak-kanak melalui pengesanan dan pemerhatian terhadap faktor-faktor
tertentu bagi mendapatkan jalan penyelesaian bersama antara semua pihak agar masalah ini
tidak akan terusmelarat sehingga kanak-kanak itu dewasa kelak.

8

KESAN DAN PENGARUH TINGKAH LAKU

Mengikut kajian yang telah kami jalankan ke atas seorang kanak-kanak berusia 5 Tahun,
kami mendapati bahawa kanak-kanak ini mempunyai tingkah laku positif yang menjadikan diri
dia sendiri aktif dalam pelbagai aktiviti yang telah dijalankan. Sebagai contoh, Ajib seorang
yang mampu berdikari dalam semua aspek. Oleh itu, terdapat beberapa kesan yang menjadikan
Ajib seorang yang mempunyai tingkah laku yang baik.

Kesan tingkah laku yang pertama, kanak-kanak mempunyai sikap ingin tahu dalam
melakukan aktiviti. Kanak-kanak lebih bersemangat apabila mendapat dorongan daripada ibu
bapa tanpa membandingkan antara satu sama lain dalam melakukan sesuatu perkara. Hal ini
kerana, ibu bapa memberikan didikan yang betul serta memberikan kasih sayang yang sama
rata antara satu sama lain. Apabila kanak-kanak dilayan sama rata mereka tidak terjebak
dengan berfikir perkara yang negatif dalam diri mereka kerana sejak awal lagi diberikan
layanan yang baik kepada anak-anak. Di sini, pengaruh keluarga memainkan peranan penting
dalam menjadikan seseorang kanak-kanak menjadi ingin tahu dalam semua perkara. Sebagai
contoh, semasa kami sedang menjalankan kajian terhadap Ajib. Ia sering bertanyakan soalan
kepada kami dan juga membentuk objek dengan menggunakan imaginasinya. Oleh itu, sebagai
ibu bapa perlulah pantau anak-anak dalam melakukan setiap aktiviti serta memberikan
sokongan penuh dalam menjadikan anak-anak bijak dalam membuat sesuatu perkara.

Kesan kedua, kanak-kanak mempunyai sikap berdikari dalam melakukan semua
perkara. Ini menjadikan kanak-kanak dapat membuat orang di sekelilingnya berasa gembira
kerana tidak mengharapkan bantuan orang atau mengganggu orang lain. Hal ini kerana, kanak-
kanak ini sudah dibiasakan dengan menguruskan diri seawal usia 5 tahun. Hal ini juga terjadi
kerana tidak ingin menyusahkan ibu bapanya yang perlu menguruskan lagi anak-anak yang
lain. Sebagai contoh, Ajib bangun sendiri serta menguruskan dirinya sendiri apabila hendak
ke sekolah. Hal ini telah menjadikan ibu bapa menguruskan perkara lain seperti menyediakan
sarapan kepadanya. Dorongan keluarga untuk menjadikan kanak-kanak ini menjadi seorang
yang berdikari perlulah di beri galakkan dalam mendidik anak-anak.

9

Walaupun ada sesetengah masyarakat memandang berdikari di usia kecil ini seperti
tidak memberikan kasih sayang yang cukup kepada anak-anak tetapi ia dapat memudahkan
urusan ibu bapa kanak-kanak tersebut. Oleh itu, sebagai ibu bapa perlulah memantau setiap
tingkah laku anak-anak walaupun mereka sudah pandai berdikari.

Ketiga, dalam rekod yang telah kami sediakan mendapati kanak-kanak ini mempunyai
sifat malu dalam diri. Hal ini kerana, kanak-kanak ini mengambil masa untuk menyesuaikan
diri apabila kami mengunjungi ke rumahnya. Kesan ini menjadikan emosi kanak-kanak
terganggu kerana faktor sekelilingnya yang tidak mempunyai komunikasi sosial serta kanak-
kanak ini gemar bermain di dalam rumah. Ini kerana, kanak-kanak ini tidak didedahkan
dengan berjumpa dengan masyarakat luar selain daripada ahli keluarganya. Setelah dipujuk
oleh ibunya kanak-kanak ini memberikan tindak balas positif kepada kami. Oleh itu,
pengaruh sekeliling juga memberikan kesan kepada perkembangan kanak-kanak kerana ia
memberikan perkembangan sosial yang baik terhadap kanak-kanak.

Akhir sekali kesan terakhir, dalam kajian ini juga kami dapati kanak-kanak ini
mempunyai tingkah laku cepat belajar. Hal ini menjadikan kanak-kanak ini berasa cepat bosan
dalam melakukan aktiviti yang tidak melibatkan interaksi sosial. Sebagai contoh aktiviti
menulis, mewarna dan sebagainya. Apabila kanak-kanak bosan maka mereka menggunakan
masa yang ada untuk mengganggu orang yang berada di sekelilingnya kerana ia perlu
berinteraksi dengan rakan-rakan. Hal ini boleh menyebabkan kanak-kanak lain tidak dapat
memberikan tumpuan penuh dalam pembelajaran. Oleh itu, sebagai guru perlulah memberikan
aktiviti yang membolehkan kanak-kanak ini memberi tumpuan yang sama rata kepada
pembelajaran.

10

CARA PENYELESAIAN MASALAH

Ajib merupakan seorang kanak-kanak yang mempunyai keperibadian diri yang positif di mana
melalui pemerhatian kami sekumpulan didapati Ajib seorang yang mempunyai kemahiran
komunikasi yang baik dengan orang sekelilingnya seperti ahli keluarga Ajib. Selain itu juga,
kami dapat melihat bahawa Ajib merupakan seorang kanak-kanak yang mempunyai sikap
mudah bertolak ansur dengan adik beradiknya di mana Ajib boleh berkongsi alat permainannya
dengan adiknya. Dalam pada itu, Ajib juga seorang yang aktif dalam pembelajarannya.
Buktinya, Ajibdapat membaca dan menulis dengan baik serta Ajib dapat menggunakan objek
atau apa sahaja yang ada di persekitarannya melalui daya imaginasinya. Contohnya,
melakukan penerokaan, bermain alat permainan seperti lori sambil mencurahkan kreativiti
dengan menggunakan pasir.Ini menunjukkan daya kreativiti Ajib sangat berkesan.

Walau bagaimanapun, Ajib sukar untuk menjalinkan hubungan yang baik dengan
kenalan yang baru selain dari ahli keluarga. Hal ini kerana, melalui pemerhatian yang
dilakukan, tahap penguasaan Ajib pada bahagian bertanya pada orang sekelilingnya adalah
sederhana lemah. Di samping itu juga, tahap penguasaan Ajib pada bahagian bersaing dengan
orang lain adalah lemah. Ini menunjukkan kemahiran interaksi sosial Ajib dengan kenalan baru
sukar untuk dijalinkan dengan baik.

Oleh itu, cara penyelesaian yang boleh dilakukan untuk mengawal tingkah laku kanak-
kanak ini iaitu Ajib ialah ibu bapa perlu bercakap tentang pentingnya kerja berpasukan dan
bagaimana apabila melakukan sesuatu kerja bersama-sama. Selain itu juga, ibu bapa Ajib boleh
melakukan sesuatu perkara yang dapat diisi sekeluarga bekerjasama. Dalam pada itu,
komunikasi yang berkesan merupakan salah satu perkembangan dalam diri kanak-kanak.
Komunikasi kanak-kanak merupakan salah satu daripada cabang perkembangan bahasa awal.
Komunikasi adalah perkongsian maklumat antara dua pihak. Oleh itu, komunikasi antara ibu
bapa atau penjaga dengan kanak-kanak haruslah jelas supaya matlamat komunikasi bagi kedua-
dua belah pihak tercapai. Tingkah laku kanak-kanak juga selari dengan perkembangan kognitif
mereka. Oleh itu, sebagai pendidik, pengasuh dan ibu bapa kepada kanak-kanak tersebut perlu
peka dan memiliki pengetahuan serta mahir teknik komunikasi.

11

Komunikasi yang berkesan akan membentuk keperibadian yang baik serta akhlak yang
disenangi oleh masyarakat. Interaksi sosial serta layanan ibu bapa dan masyarakat memainkan
peranan yang penting bagi membentuk sikap yang disenangi sehingga terbinanya tingkah laku
positif dalam diri kanak-kanak tersebut. Antara cara yang dianjurkan apabila berkomunikasi
dengan kanak-kanak ialah selalu melihat ke dalam anak matanya, bercakap dengan
memandang kepada wajahnya dan sering memberi tumpuan terhadap tiap-tiap butiran kata-
kata mereka.

Akhir sekali, ibu bapa Ajib juga perlu memberi lebih perhatian dan sentiasa menjadi
teman bercerita kanak-kanak. Jadi sebagai ibu bapa perlu menjadi teman dan bahagikan masa
kerja gajet dan sebagainya untuk kanak-kanak seperti beriadah, melancong, membaca buku
cerita, mengaji dan beribadah bersama juga banyak membawa manfaat kepada sosial kanak-
kanak. Ini dapat mengatasi masalah pergaulan Ajib dengan rakan-rakannya kerana berdasarkan
daripada pemerhatian yang dilaksanakan oleh kami sekumpulan menunjukkan Ajib seorang
yang pemalu. Buktinya, Ajib sukar untuk berkomunikasi untuk bertanya perihal sesuatu
perkataan kepada orang sekelilingnya.

12

RUMUSAN

Dalam menjalankan tugasan ini ia dapat memberikan kami sekumpulan pengalaman
baru di mana ia memberi kami pengalaman bagaimana mahu melakukan pemerhatian terhadap
tingkah laku kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan 0-6 tahun. Tugasan ini juga
mengenai tingkah laku kanak-kanak dan cara penyelesaian bagi tingkah laku yang positif dan
negatif yang ada dalam diri kanak-kanak. Oleh itu, kami sebagai seorang pemerhati perlulah
membuat penelitian terhadap setiap tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak.

Selain itu, dengan adanya tugasan ini kami dapat mengenali sikap dan tingkah laku
kanak-kanak tersebut. Walaupun kebanyakan daripada tingkah laku adik Razif ini
menunjukkan tingkah laku positif, Namun terdapat juga tingkah laku negative yang
ditunjukkan oleh adik Razif iaitu sifat pemalunya terhadap orang sekelilingnya. Oleh itu,
tingkah laku negative yang ditunjukkan itu perlulah diberikan intervensi bagi mengurangkan
dan menambah baik tingkah laku nya itu ke arah yang lebih baik. Dengan adanya
intervensi ini ianya mungkin boleh mengurangkan kadar tingkah laku negative akan
berkurangan. Ibu bapa, Guru dan pihak yang terlibat perlu membantu kanak-kanak bagi
mengurangkan tingkahlaku negatifnya yang sering dilakukan. Pihak yang bertanggungjawab
perlu memikirkan jalan penyelesaian bagi membantu kanak-kanak ini dengan memberi
intervensi yang sesuai kepada kanak-kanak ini bagi mengurangkan tingkah laku yang sering di
lakukan oleh kanak-kanak ini. Jika intervensi dilakukan dengan lebih awal ianya mungkin
dapat mengubah tingkah laku kanak-kanak ini ke arah yang lebih baik.

Manakala bagi tingkah laku positif seperti mampu berdikari, mampu berinteraksi
dengan baik, mampu berkongsi barang dengan orang lain, suka belajar dan sebagainya yang
telah ditunjukkan semasa kami menjalani soal selidik ke atasnya pula, guru perlulah
memberikan pengayaan dan pengukuhan terhadap tingkah laku yang ditunjukkan itu agar
perilakunya mampuditerapkan sepanjang kehidupannya.

13

Akhir sekali, dengan adanya tugasan ini kami dapat lebih mengetahui cara untuk
mengendalikan setiap tingkah laku yang di tunjukkan oleh kanak-kanak dengan bijak dan
teratur . Maka dengan itu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah tidak akan
mengalami gangguan. Melalui keberkesanan sistem pembelajaran yang berkesan ia akan
mempercepatkan perkembangan pembelajaran kanak-kanak di tadika . Memodifikasikan
tingkah laku ialah satu strategi penting yang boleh digunakan oleh guru yang mana tingkah
laku yang dikehendaki diteguhkan melalui peneguhan positif dan tingkah laku yang tidak
dikehendaki dihapuskan atau dikurangkan melalui peneguhan negatif.

14

RUJUKAN
Abdullah Nasih Ulwan (1998). Pendidikan Anak-Anak Menurut Pandangan Islam.
Jil. 1,2,3 : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Kuala Lumpur
Abdul Rashid Ahmad (2003). Surah Luqman : Mendidik Anak Cemerlang, Kuala
Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd
Aznah Che Ahmad, Mohd Zuri Ghani, Salizawati Omar dan Md Isa (2010). Kanak-
kanak bermasalah tingkah laku. Jurnal DP.10 (2): 21-27
Azriza azwa (2013 nov 13), Faktor penyebab kanak-kanak terbentuknya pintar
cerdas. https://pdfslide.net/documents/tugasan-2-kanak-kanak-pintar-cerdas.html
Cik Baco. (November 2014). Kanak-kanak pintar cerdas.
Johari Talib, Maharam Mamat, Maznah Ibrahim, Zulkifli Mohamad (Januari 2017).
Perbaikan Tingkah Laku Bermasalah Kanak-Kanak Sekolah Rendah Melalui Terapi
Kognitif-Tingkah Laku
Kamarulzaman Kamaruddin (2016). Psikologi Perkembangan Panduan Untuk Guru.
Tanjong Malim. Universiti Pendidikan Sultan Idris
Maria Jose (2016), Aspek yang mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak.
https://madreshoy.com/ms/aspek-yang-mempengaruhi-tingkah-laku-kanak-kanak/
Nurul Hazirah Ramli. (2012). Dunia Pendidikan Mari Menyelam Dunia Pendidikan
Khas. https://nurulhazirahramli93.wordpress.com/pintar-cerdas/definisi/
Nor Safwan (2019, April 16). Definisi-tingkah-laku, https://blog-
pengurusanpembelajaran.blogspot.com/2019/04/bab-9-pengurusan-tingkah-laku.html
Ragbir Kaur (2005) Panduan ulangkaji ilmu Pendidikan untuk kursus Perguruan
Lepasan Ijazah (KPLI). Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Wan Norazman Wan Salleh (20..), Pengurusan Tingkah Laku,. Universiti Kebangsaan
Malaysia.

15

LAMPIRAN


Click to View FlipBook Version