The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

28.7.2022_BUKU MESYUARAT AGUNG TAHUNAN LAPORAN 2019-2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by gmaisza, 2022-07-28 07:28:07

28.7.2022_BUKU MESYUARAT AGUNG TAHUNAN LAPORAN 2019-2021

28.7.2022_BUKU MESYUARAT AGUNG TAHUNAN LAPORAN 2019-2021

‫مسجد سراج الدين الانوار‬

MASJID SIRAJUDDIN AL-ANUAR
KAMPUNG BATU BELAH, KLANG

SELANGOR DARUL EHSAN

MESYUARAT AGUNG
TAHUNAN

2019, 2020 DAN 2021

Tarikh : 28 Julai 2022
Masa : 9.00 Malam

Tempat : Dewan Solat,
Masjid Sirajuddin Al-Anuar
Kampung Batu Belah, Klang

Masjid Sirajuddin al-anuarKampung batu belah klang
Selangor darul ehsan

1

ISI KANDUNGAN

PENDAHULUAN 4

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 5

ATURCARA MESYUARAT AGUNG PELAPORAN TAHUNAN 6

Bil Item M/Surat
1.0 Kata-kata Aluan Nazir 8

2.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA MASJID SIRAJUDDIN AL-ANUAR, 10
KAMPUNG BATU BELAH KLANG
2.1 Pegawai dan AJK
2.2 Pembantu Imam
2.3 Pembantu Bilal /Muazzin
2.4 Siak Masjid dan Pengawal Masjid
2.5 Pengurusan Jenazah
2.6 Pemeriksa Kira-Kira

3.0 LAPORAN PROGRAM DAN AKTIVITI TAHUN 2019, 2020 DAN 2021

3.1 PENGURUSAN MASJID 11
3.1.1 Ahli Jawatankuasa
3.1.2 Objektif
3.1.3 Mesyuarat Pengurusan
3.1.4 Program Utama

3.2 BIRO DAKWAH DAN PENDIDIKAN 12
3.2.1 Ahli Jawatankuasa
3.2.2 Objektif
3.2.3 Penceramah Kuliah Mingguan Tahun 2019, 2020
dan 2021
3.3.3 Pelaporan Aktiviti dan Program

3.3 BIRO PEMBANGUNAN DAN KECERIAAN 16
3.3.1 Ahli Jawatankuasa
3.3.2 Objektif
3.3.3 Pelaporan Aktiviti dan Program
i. Dalam Pelaksanaan (In-progress)
ii. Siap sepenuhnya

3.4 BIRO EKONOMI 20
3.5.1 Ahli Jawatankuasa
3.5.2 Objektif
3.5.3 Pelaporan Aktiviti dan Program

2

3.5 BIRO KEBAJIKAN, KHAIRAT KEMATIAN DAN PERKUBURAN 21
3.5.1 Ahli Jawatankuasa Biro Kebajikan
3.5.2 Ahli Jawatankuasa Biro Khairat Kematian dan 23
Perkuburan 25
3.5.2 Objektif 26
3.5.3 Pelaporan Aktiviti dan Program 27
28
3.6 BIRO NAHI MUNGKAR & KESELAMATAN 30
3.6.1 Ahli Jawatankuasa
3.6.2 Objektif 31
3.6.3 Pelaporan Aktiviti dan Program 34

3.7 BIRO IT DAN MEDIA
3.7.1 Ahli Jawatankuasa
3.7.2 Objektif
3.7.3 Pelaporan Aktiviti dan Program

3.8 BIRO MUALLAF
3.8.1 Objektif
3.8.2 Ahli Jawatankuasa
3.8.3 Pelaporan Aktiviti dan Program

3.9 BIRO HAL EHWAL PEMUDA
3.8.1 Objektif
3.8.2 Ahli Jawatankuasa
3.8.3 Pelaporan Aktiviti dan Program

3.10 BIRO HAL EHWAL WANITA
3.9.1 Objektif
3.9.2 Ahli Jawatankuasa
3.9.3 Pelaporan Aktiviti dan Program

4.0 PELAPORAN KEWANGAN
4.1 Penyata Penerimaan dan Perbelanjaan 2019, 2020 dan
2021
4.2 Kunci Kira-Kira
4.3 Penerimaan dan Perbelanjaan Terkumpul
4.4 Tabung-tabung dan Aset
4.5 Pelaporan Pemeriksa Kira-kira

5.0 LAPORAN BERGAMBAR

6.0 PENGHARGAAN

3

Pendahuluan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan mulia Rasullullah S.A.W, ahli
keluarga Baginda, para sahabt R.A dan orang yang sentiasa berada dilandasan yang
benar dan sentiasa beristiqomah di jalanNya. In syaa Allah, sama-sama kita
memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan
perkenannya, maka kita dapat bersama-sama melaksanakan tanggungjawab pada
Mesyuarat Agung Laporan Tahunan bagi tahun 2019, 2020 dan 2021 yang tidak dapat
dijalankan selama 3 tahun berturut-turut akibat Pandemik Covid 19 yang telah melanda
seluruh negara.

Alhamdulillah pencapaian prestasi pengurusan Masjid Sirajuddin Al-Anuar selama 3
tahun amat membanggakan walaupun pelbagai cabaran yang dihadapi. Pelbagai
aktiviti dan program pengimarahan dilaksanakan mengikut arahan dan panduan yang
telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam (JAIS) bagi merealisasikan fungsi masjid
dengan mengambil contoh imarahnya institusi masjid pada zaman Rasulullah S.A.W
yang perlu ditauladani.

Penularan wabak Pandemik Covid 19 yang melanda negara bermula Mac 2020 telah
memberi kesan kepada kita terutamanya dengan penangguhan program-program
masjid bermula semasa Perintah Kawalan Pergerakan 1 (PKP) pada Mac 2020, Perintah
Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula Oktober 2020 dan Perintah
Kawalan Pergerakan 2.0 bermula Januari 2022 yang lalu. Masjid hanya dibenarkan
dibuka semula oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada Mac 2021 dengan
penetapan SOP yang perlu dipatuhi. Namun begitu wabak tersebut masih terus aktif
dalam kalangan masyarakat dan pencegahan penularan masih dipraktikan hingga kini
walaupun negara menuju ke arah Fasa Endemik. Semoga Allah S.W.T memelihara dan
melindungi kita daripada musibah wabak yang merbahaya ini.

Buat semua jemaah muslimin dan muslimat ahli kariah Masjid Sirajuddin Al-Anuar,
Kampung Batu Belah yang telah pergi mendahului kita, salam takziah buat seluruh ahli
keluarganya. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan
orang-orang yang beriman dan beramal soleh, serta dimasukkan ke dalam syurgaNya.
Amin ya Robbal A’lamin.

Akhir kalam, marilah kita bersama-sama meneruskan usaha mengimarahkan Masjid
Sirajuddin Al-Anuar dengan istiqomah dan memperkukuhkan syiar islam seterusnya
ukhuwah dalam kalangan ahli kariah. Semoga Allah S.W.T memberikan keberkatan dan
keredhaan kepada semua

Sekian, terima kasih. Wassalam.

4

NOTIS PANGGILAN MESYUARAT

‫مسجد سراج الدين الانوار‬
MASJID SIRAJUDDIN AL-ANUAR
KAMPUNG BATU BELAH, 42100 KLANG SELANGOR DARUL EHSAN

Rujukan Kami : Bil.( ) MSA 001A/22

Tarikh : 11 Julai 2022

Semua Ahli Kariah dan Jemaah
Masjid Sirajuddin Al-Anuar
Kampung Batu Belah, Klang

YBhg. Dato/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik,

NOTIS MESYUARAT AGUNG PELAPORAN TAHUNAN MASJID SIRAJUDDIN AL-ANUAR

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Pelaporan Tahunan 2019, 202 dan 2021 akan
diadakan seperti ketetapan berikut;

Tarikh : 21 Julai 2022 (Khamis)

Masa : 8.30 malam

Tempat : Dewan Solat, Masjid Sirajuddin Al-Anuar,

Kg. Batu Belah, Klang

Tetamu Khas : AF Ustaz Ahmad Kamarul Najam bin Dato' Mohd Ghazali

Pegawai Hal Ehwal Islam

Unit Pengrusan Masjid

Pejabat Agama Islam Daerah Klang

3. Agenda Mesyuarat;

8.30 malam Pendaftaran
9.00 malam Bacaan Doa
9.15 malam Ucapan Aluan Nazir
Masjid Sirajuddin Al-Anuar
9.30 malam Ucapan Perasmian Pegawai Tadbir Masjid
Pejabat Agama Islam Daerah Klang
9.45 malam Mesyuarat Agung Tahunan
11.00 malam Jamuan
11.30 malam Bersurai

Kerjasama dan perhatian YBhg. Dato/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik didahului dengan ucapan terima kasih

Sekian.

5

NOTIS PANGGILAN MESYUARAT

‫مسجد سراج الدين الانوار‬
MASJID SIRAJUDDIN AL-ANUAR
KAMPUNG BATU BELAH, 42100 KLANG SELANGOR DARUL EHSAN

Rujukan Kami : Bil.( ) MSA 001A/22

Tarikh : 18 Julai 2022

Semua Ahli Kariah dan Jemaah
Masjid Sirajuddin Al-Anuar
Kampung Batu Belah, Klang

YBhg. Dato/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik,

PENANGGUHAN TARIKH BAHARU
NOTIS MESYUARAT AGUNG PELAPORAN TAHUNAN MASJID SIRAJUDDIN AL-ANUAR

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Pelaporan Tahunan 2019, 202 dan 2021 akan

diadakan seperti ketetapan berikut;

Tarikh : 21 Julai 2022 (Khamis)

Masa : 8.30 malam

Tempat : Dewan Solat, Masjid Sirajuddin Al-Anuar,

Kg. Batu Belah, Klang

Tetamu Khas : AF Ustaz Ahmad Kamarul Najam bin Dato' Mohd Ghazali

Pegawai Hal Ehwal Islam

Unit Pengrusan Masjid

Pejabat Agama Islam Daerah Klang

3. Agenda Mesyuarat;

8.30 malam Pendaftaran
9.00 malam Bacaan Doa
9.15 malam Ucapan Aluan Nazir
Masjid Sirajuddin Al-Anuar
9.30 malam Ucapan Perasmian Pegawai Tadbir Masjid
Pejabat Agama Islam Daerah Klang
9.45 malam Mesyuarat Agung Tahunan
11.00 malam Jamuan
11.30 malam Bersurai

Kerjasama dan perhatian YBhg. Dato/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik didahului dengan ucapan terima kasih

Sekian.

6

Aturcara Mesyuarat Agung Tahuan

8.30 malam Pendaftaran dan Solat Isyak Berjemaah
9.00 malam Bacaan Doa
9.15 malam Ucapan Perasmian Pegawai Tadbir Masjid
Pejabat Agama Islam Daerah Klang
9.30 malam Mesyuarat Agung Tahunan
11.00 malam Jamuan
11.30 malam Bersurai

7

Kata-kata Aluan Nazir,

Masjid Sirajuddin Al-Anuar, Kg. Batu Belah, Klang.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T, selawat dan salam ke atas
junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W., ahli keluarga dan para sahabat Baginda
sekalian.

Terlebih dahulu, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan
terima kasih kerana diberi peluang, ruang dan kesempatan untuk saya menuliskan
catitan di dalam buku laporan Mesyuarat Agung Laporan Tahunan Sesi 2019 - 2022.

Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pegawai, AJK Masjid dan
ahli qariah Masjid Sirajuddin Al-Anuar, Kg. Batu Belah, Klang yang telah banyak
menyumbang tenaga, buah fikiran dan sumber kewangan dalam usaha
mengimarahkan Masjid Sirajuddin Al-Anuar dari aspek majlis ilmu, infrastruktur, gotong
royong, bantuan kemanusiaan sama ada di dalam qariah, di luar qariah, di luar Negeri
Selangor hingga ke peringkat antarabangsa (Rohingya, Palestine, Syria).

Insya Allah….semua sumbangan ikhlas tersebut adalah sebagai jariah dan kita
mengharapkan redha dan rahmat Allah S.W.T. Moga-moga dengan rahmat Allah
S.W.T. kita di tempatkan ke dalam syurga FirdausNya. Institusi masjid adalah destinasi
utama dalam menyampaikan risalah Islam untuk membina insan kamil, beriman,
bertaqwa dan sentiasa bersyukur kehadrat Allah S.W.T.

Ternyata dalam konteks sejarah, ianya merupakan sebuah institusi yang berkedudukan
terpenting dalam masyarakat dan berperanan besar dalam aspek pendidikan dan
pembangunan tamaddun insan yang sejagat.

Institusi masjid bukan sekadar medan pengajian ilmu keagamaan semata-mata tetapi
diperluaskan skop dan fungsinya sebagai pusat perkembangan minda, pusat sosial
masyarakat setempat, kegiatan ekonomi, kaunseling, data maklumat penduduk, isu-isu
semasa dan pelbagai fungsi lain. Masjid juga seharusnya mempunyai barisan
sukarelawan muda yang terdiri dari remaja dan belia yang bertindak sebagai golongan
pelapis.

Masjid bukan sekadar indah dari sudut binaannya tetapi juga bersinar dengan pelbagai
aktiviti untuk mengukuhkan perpaduan, meningkatkan ilmu pengetahuan, meluaskan
semangat persaudaraan dan ikatan kasih sayang sesama Islam.

Justeru itu, marilah sama-sama berganding bahu untuk mengimarahkan masjid kita
supaya bertepatan dengan fungsinya yang sebenar dan diredhai Allah S.W.T.

Tn. Hj. Mohd Yusuff Bin Hj. Ibrahim
Nazir
Masjid Sirajuddin Al-Anuar, Kg. Batu Belah, Klang
Sesi 2019-2022

8

2.0 SENARAI PEGAWAI DAN AHLI JAWATANKUASA
MASJID SIRAJUDDIN AL-ANUAR, BT. BELAH KLANG 2019-2022

Nazir Timbalan Nazir

Imam 1 Imam 2 Bilal 1 Bilal 2

Setiausaha Pen. Setiausaha Bendahari

Siak 1 Siak 2

AJK MASJID

9

2.1 SENARAI PEGAWAI DAN AHLI JAWATANKUASA

BIL NAMA JAWATAN
1 Tn. Hj. Mohd Yusuff Bin Hj. Ibrahim Nazir
2 En. Mohd Isha Bin Hj. Yusof Timbalan Nazir
3 En. Ahmad Lutfi Bin Mohamed Yazid Setiausaha
4 En. Mohd Romdzi Bin Hj. Buang Pen. Setiausaha
5 Prof. Nik Rosli Bin Abdullah Bendahari
6 Ust Mohd Hisam Bin Su Mohd Noh Imam 1
7 Ust. Ahmad Faisal Bin Mohammed Yazid Imam 2
8 Tn. Hj. Mohd Aziz Bin Hj. Mohd Isman Bilal 1
9 En. Abdul Hamid Bin Kasmawi Bilal 2
10 En. Misran Bin Jamali Siak 1
11 En. Mohd Alias Bin Zainal Siak 2
12 En. Ismail Bin Hj. Asri AJK Masjid
13 En. Azhar Bin Ahmad AJK Masjid
14 En. Ahmad Shukri Bin Nordin AJK Masjid
15 Tn. Hj. Zaide Bin Md Yunus AJK Masjid
16 Pn. Normah Bt Yusak AJK Masjid
17 En. Ashaari Bin Arshad Wakil Pemuda
18 Pn. Hjh. Nor Hallena Bt Hj Arshad Wakil Wanita

2.1. PEMBANTU IMAM

BIL NAMA JAWATAN
1 Ust. Mohamad Taufik Bin Satar Imam 3 (Lantikan AJK)
2 En. Ahmad Zulfitri Bin Ahmad Shukri Imam 4 (Lantikan AJK)

2.2. PEMBANTU BILAL/ MUAZZIN

BIL NAMA JAWATAN
1 Tn. Hj. Mahfudz Bin Hj Juraimi Pembantu Bilal (Lantikan AJK)
2 Tn Hj Bohari Bin Hj Mohd Som Pembantu Bilal (Lantikan AJK)

2.3. PEMBANTU SIAK DAN PENGAWAL MASJID

BIL NAMA JAWATAN
1 En Zubir Bin Shahidan Pembantu Siak
2 En Abdul Aziz Bin Mohd Sulaiman Pengawal Keselamatan

2.4. PENGURUSAN JENAZAH

BIL NAMA JAWATAN
1 En. Mohd Ali Bin Ngadi Pengurus Jenazah Lelaki
2 Pn. Hjh. Asiah Bt Mohd Nor Pengurus Jenazah Wanita

2.5. PEMERIKSA KIRA-KIRA

BIL NAMA
1 En. Zahirkasimi Bin Hj. Mat Zain
2 En. Samsuddin Bin Monel

10

3.0 LAPORAN AKTIVITI MASJID DAN JAWATANKUASA (BIRO) TAHUN 2019, 2020 DAN
2021

Laporan ini disediakan bagi membentangkan program dan aktiviti yang telah
dijalankan di Masjid Sirajuddin Al-Anuar, Kampung Batu Belah bagi Tahun 2019,
2020 dan 2021 berdasarkan perancangan tahunan dalam melaksanakan aktiviti-
aktiviti kelimuan, pembangunan dan kebajikan untuk manafaat semua ahli kariah
dan para jemaah.

Aktiviti-aktiviti yang telah dirancang juga telah dipertanggungjawabkan kepada
setiap Jawatankuasa (Biro) yang menguruskan pelaksanaan, pengelolaan serta
penilaian aktiviti yang dilaksanakan mencapai objektifnya. Aktiviti-aktiviti dan
program juga disesuaikan dengan fungsi biro dan masjid untuk membangunkan
umat islam Kariah kampung Batu Belah dari sudut kerohanian dan fizikalnya.

Perancangan dan pelaksanaan program yang telah dirancang dapat
dilaksanakan dengan jayanya, namun bermula Mac tahun 2020 hingga tahun
2021 tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya akibat penularan wabak penyakit
Covid 19 yang melanda negara.

Bagi pihak Ahli Jawatankuasa Masjid Sirajuddin Al- Anuar, dengan segala hormat
dan sukacitanya membentangkan Laporan Aktiviti dan Program Biro-biro bagi
tahun 2019, 2020 dan 2021.

Objektif:

1. Penyelarasan maklumat dan aktiviti dan program yang telah dirancang
serta tindakan;

2. Pelaporan Jawatankuasa berdasarkan aktiviti biro-biro yang telah
dirancang;

3. Mengenalpasti dan menyelesaikan isu-isu berbangkit;
4. Mengemaskini maklumat-maklumat terkini dan pelaporan biro;
5. Pelaporan Kewangan Masjid dari aspek pendapatan dan perbelanjaan

semasa.

3.1 JAWATANKUASA PENGURUSAN MASJID

BIL NAMA JAWATAN
1 Tn. Hj. Mohd Yusuff Bin Hj. Ibrahim Nazir
2 En. Mohd Isha Bin Hj. Yusof Timbalan Nazir
3 En. Ahmad Lutfi Bin Mohamed Yazid Setiausaha
4 En. Mohd Romdzi Bin Hj. Buang Pen. Setiausaha
5 Prof. Nik Rosli Bin Abdullah Bendahari
6 Ust. Mohd Hisam Bin Su Mohd Noh Imam 1
7 Ust. Ahmad Faisal Bin Mohammed Yazid Imam 2
8 Tn. Hj Mohd Aziz Bin Hj. Mohd Isman Bilal 1
9 En. Abdul Hamid Bin Kasmawi Bilal 2
10 En. Misran Bin Jamali Siak 1
11 En. Mohd Alias Bin Zainal Siak 2
12 En. Ismail Bin Hj. Asri AJK Masjid
13 En. Azhar Bin Ahmad AJK Masjid
14 En. Ahmad Shukri Bin Nordin AJK Masjid
15 Tn. Hj. Zaide Bin Md Yunus AJK Masjid

11

16 Pn. Normah Bt Yusak AJK Masjid
17 En. Ashaari Bin Arshad Wakil Pemuda
18 Pn. Hjh. Nor Hallena Bt Hj Arshad Wakil Wanita

3.1.1 MESYUARAT PENGURUSAN

BIL TAHUN PERKARA JUMLAH

1 2019 Mesyuarat Pengurusan Masjid Sirajuddin Al- 4
Anuar

2 2020 Mesyuarat Pengurusan Masjid Sirajuddin Al- 2
Anuar

3 2021 Mesyuarat Pengurusan Masjid Sirajuddin Al- 4
Anuar

3.1.1 PROGRAM DAN AKTIVITI UTAMA

BIL PERKARA TINDAKAN
1 Bacaan Surah Al-Mulk Masjid
2 Majlis Bacaan Surah Yasin dan Tahlil Masjid
3 Talaqi Al-Quran selepas Solat Asar Masjid
4 Solat Tarawih Aidil Fitri Masjid
5 Tadarus Al-Quran Bulan Ramadhan Masjid
6 Program Berbuka Puasa dan Morey Masjid
7 Majlis Khatam Al-Quran Masjid
8 Solat Sunat Aidil Fitri Masjid
9 Solat Sunat Aidil Adha Masjid
10 Majlis Malam Nisfu Syaaban Masjid
11 Doa Akhir Tahun dan Awal Muharam Masjid
12 Maulidur Rasul Masjid
13 Majlis Ibadah Korban Masjid
14 Bantuan kebajikan ahli kariah Masjid

15 Kelas Pengajian Al-Quran Tn. Hj. Abdul Latif Bin Hj.
Abdul Karim

3.2 LAPORAN BIRO DAKWAH DAN PENDIDIKAN

3.2.1 Jawatankuasa Biro Dakwah Dan Pendidikan Tahun 2019

BIL NAMA JAWATAN
1 Tn. Hj. Mohd Yusuff Bin Hj. Ibrahim Pengerusi
2 En. Mohd Isha Bin Hj. Yusof Timb. Pengerusi
3 En. Ahmad Lutfi Bin Mohamed Yazid Setiausaha
4 Ust. Mohamad Taufik Bin Satar AJK
5 Ust. Mohd Hisam Bin Su Mohd Noh AJK
6 Ust. Ahmad Faisal Bin Mohammed Yazid AJK
7 Prof. Nik Rosli Bin Abdullah AJK
8 En. Ahmad Shukri Bin Nordin AJK

12

3.2.2 Jawatankuasa Biro Dakwah Dan Pendidikan Tahun 2020

BIL NAMA JAWATAN
1 Tn. Hj. Mohd Yusuff Bin Hj. Ibrahim Pengerusi
2 En. Mohd Isha Bin Hj. Yusof Timb. Pengerusi
3 Ust. Mohamad Taufik Bin Satar Setiausaha
4 En. Ahmad Lutfi Bin Mohamed Yazid AJK
5 Ust. Mohd Hisam Bin Su Mohd Noh AJK
6 Ust. Ahmad Faisal Bin Mohammed Yazid AJK
7 Prof. Nik Rosli Bin Abdullah AJK
8 En. Ahmad Shukri Bin Nordin AJK

3.2.3 Jawatankuasa Biro Dakwah Dan Pendidikan Tahun 2021

BIL NAMA JAWATAN
1 Tn. Hj. Mohd Yusuff Bin Hj. Ibrahim Pengerusi
2 En. Mohd Isha Bin Hj. Yusof Timb. Pengerusi
3 Ust. Ahmad Faisal Bin Mohammed Yazid Setiausaha
4 Ust. Mohamad Taufik Bin Satar AJK
5 Ust. Mohd Hisam Bin Su Mohd Noh AJK
6 En. Ahmad Lutfi Bin Mohamed Yazid AJK
7 Prof. Nik Rosli Bin Abdullah AJK
8 En. Ahmad Shukri Bin Nordin AJK

Objektif:

1. Merancang program majlis keilmuan berupa untuk para jemaah setiap
minggu;

2. Mengimarahkan masjid dengan pelbagai aktiviti-aktiviti dakwah untuk
remaja dan ahli kariah serta para jemaah;

3. Berkolaborasi dengan agensi-agensi luar yang berkaitan program-
program pendidikan;

4. Melaksanakan majlis sambutan Hari Kebesaran Islam.

Biro Dakwah dan Pendidikan merupakan biro yang bertanggungjawab
dalam mengimarah dan penyebaran ilmu agama Islam kepada ahli kariah
dan para jemaah masjid serta khalayak umum. Penyebaran dakwah
merupakan proses yang berkesinambungan yang dilakukan oleh para
pengembang dakwah (ulama’) dalam rangka mengubah sasaran dakwah
agar membawa umat Islam ke jalan Allah, dan secara berperingkat dalam
menarik umat manusia menuju kepada kehidupan yang lebih islamik.

Pelaksanaan kuliah melalui penceramah tetap yang telah dilantik oleh
pengurusan masjid dan jemputan telah membantu dalam menembangkan
syiar Islam melalui peranan masjid sebagai pusat ilmu. Perlaksanaannya
secara kuliah harian dan tazkirah jemputan secara penggiliran seperti yang
telah dirancangkan.

Tahun 2019 pelaksanaan kuliah dan Tazkiran Jumaat telah dilaksanakan
mengikut penggiliran melalui jadual yang disusun rapi oleh jawatankuasa.
Pelaksanaan aktiviti dengan berkolaborasi bersama tiga buah sekolah
rendah dan PIBG sekolah yang melibatkan Sekolah Kebangsaan Batu Belah,

13

Sekolah Rendah Agama Batu Belah dan Sekolah Rendah Agama Integrasi
Tengku Ampuan Fatimah Batu Belah. Program ini khusus kepada murid
Tahun Enam yang akan mengambil peperiksaan utama sekolah rendah
dengan mengadakan bacaan Surah Yasin dan tahlil ringkas beserta
jemputan penceramah pakar motivasi.

Tahun 2020 dan 2021 telah berlaku perubahan kecil dalam jawatankuasa
pelaksana untuk menguruskan perancangan tahunan. Namun begitu
pelaksanaan kuliah dan aktiviti imarah masjid tidak dapat dijalankan seperti
yang dirancangkan kerana penularan jangkitan Covid 19 yang melanda
negara. Kepatuhan arahan berkuatkuasa melalui Pejabat Agama Islam
Daerah Klang (PAID) daripada Jabatan Agama Islam Selangor dan
Kementerian Kesihatan mengarahkan segala aktiviti-aktiviti ditangguhkan
sehingga dibenarkan semula oleh pihak berkuasa.

3.2.4 Penceramah Kuliah Mingguan 2019, 2020 dan 2021

BIL NAMA WAKTU KULIAH
Maghrib
1 Prof. Dr Hj Habib Bin Mat Som Maghrib
Maghrib
2 Ust. Azhari Bin Haji Roslan
Maghrib
3 Ust .Rosman Bin Abd Hamid
Maghrib
4 Ust. Nik Radzi Bin Nik Mat / Maghrib
Ust. Ahmad Faisal Bin Mohamed Yazid Subuh
Maghrib
5 Ust. Daruddin Bin Mohd Taib Maghrib
Maghrib
6 Penceraman Umum Maghrib
Maghrib
7 Dr. Hj Mohd Ali Bin Saripan Al Hafiz Maghrib
Subuh
8 Ust .Abdul Muhaimin Bin Mohd Shahar Maghrib
Maghrib
9 SS. Datuk Dr Anhar Bin Opir Maghrib
Maghrib
10 Ust. Abd Majid Bin Hassan Maghrib
Maghrib
11 Ust. Dr Sihabuddin Bin Muhaemin Subuh
Maghrib
12 Ust. Mustafar Bin Mohd Suki Maghrib
Maghrib
13 Ust. Kamil Bin Sidek Maghrib
Maghrib
14 Dato Nahrawi Bin Hj. Hashim Maghrib
Subuh
15 Ust. Ahmad Zaki Bin Arshad

16 Prof. Dr Rashidi Bin Ahmad

17 Drs. Ust Tunggul Wahidin Bin Sukaerno

18 Ust. Muhammad Azraie Bin Zulkifli

19 Ust. Nazeri Bin Md Isa

20 Penceraman Umum

21 Dr. Hj Mohd Ali Bin Saripan Al Hafiz

22 Ust. Ali Bin Sarbini

23 Ust. Dzul Khairi Bin Mohd Noor

24 Ust. Ahmad Zahiruddin Bin Mohd Zabidi

25 Ust. Mohd Nor Bin Shahar

26 Ust. Rafizal Bin Zulkifli

27 Ust. Yusri Bin Karim

28 Ust. Mohd Ali Bin Tuah

14

3.2.5 Penceramah Kuliah Bulan Ramadhan Tahun 2019

BIL NAMA WAKTU KULIAH
1 Ust. Ahmad Yusri Abni Hajar Tazkirah Ramadan
2 Prof. Dr Haji Habib Mat Som Tazkirah Ramadan
3 Ust. Zawawi Dimyati Tazkirah Ramadan
4 Ust. Alidin Shahdan Tazkirah Ramadan
5 Ust. Mohd Faryzan Subkhi Tazkirah Jumaat
6 Ust. Ahmad Yazid Zainon Tazkirah Ramadan
7 Ust. Sulaiman Nuba Kuliah Subuh
8 Ust. Mustafar Mohd Suki Tazkirah Ramadan
9 Dato' Nahrawi Haji Hashim Kuliah Subuh
10 Ust. Kamil Sidek Tazkirah Ramadan
11 Ust. Abd Muhaimin Mohd Shahar Tazkirah Ramadan
12 Dai Muhammad Tajdid Hadhari Romli Tazkirah Ramadan
13 Tazkirah & Imam Palestin MAPIM Tazkirah Ramadan
14 Ust. Hanif Harun Tazkirah Ramadan
15 Ust. Hamizul Abd Hamid Tazkirah Jumaat
16 Ust. Habiburrahman Hasbullah Al Bakri Tazkirah Ramadan
17 Ust. Haji Ibrahim Haji Omar Kuliah Subuh
18 Ust. Muhammad Azraie Zulkifli Tazkirah Ramadan
19 Dr. Haji Mohd Ali Saripan Al Hafiz Kuliah Subuh
20 Ust. Nazeri Mat Isa Tazkirah Ramadan
21 Ust. Zahiruddin Zabidi Kuliah Subuh
22 Ust. Ahmad Zaki Arshad Tazkirah Ramadan
23 Prof. Dr Haji Habib Mat Som Tazkirah Ramadan
24 Ust. Ramli Sidom Kuliah Subuh
25 Ust. Ahmad Azmir Haji Mohd Assaad Tazkirah Ramadan
26 Ust. Abd Latif Ismail Tazkirah Ramadan
27 Dr. Abdullah Hashim Al Munsyi Tazkirah Jumaat
28 Ust. Mohd Nor Shahar Tazkirah Ramadan
29 Ust. Muhammad Syafie Kuliah Subuh
30 Ust. Mohd Amal Thalaha Mustapha Tazkirah Ramadan
Qiam Perdana
31 Ust. Wan Adam Yaacub Al Hafiz Kuliah Subuh
Tazkirah Ramadan
32 Ust. Yusri Karim Tazkirah Ramadan
33 Ust. Dr Surul Shahbudin Hassan Tazkirah Ramadan
34 Ust. Dzul Khairi Mohd Noor Tazkirah Ramadan
35 Ust. Wan Muhammad Wan Abd Halim Tazkirah Ramadan
36 Ust. Rafizal Zulkifli Tazkirah Jumaat
37 Ust. Abd Aziz Abd Ghani Khatam Al-Quran
38 Khatam Al Quran Kuliah Subuh
39 Ust. Roszairani Ahmad Tazkirah Ramadan
40 Ust. Norezuddin Kamaruddin Kuliah Subuh
41 Dr. Haji Mohd Ali Saripan Al Hafiz Tazkirah Ramadan
42 Ust. Mohd Iyad Anshari Tazkirah Ramadan
43 Ust. Kapten Mohd Naim Hj Ahmad Al Hafiz

15

3.3 LAPORAN AKTIVITI BIRO PEMBANGUNAN DAN KECERIAAN

3.3.1 Jawatankuasa Biro Pembangunan Dan Keceriaan

BIL NAMA JAWATAN
1 Tn. Hj. Mohd Yusuff Bin Hj. Ibrahim Pengerusi
2 En. Mohd Isha Bin Hj. Yusof Timb. Pengerusi
3 En. Ismail Bin Hj. Asri Setiausaha
4 En. Ahmad Shukri Bin Nordin AJK
5 En. Ahmad Lutfi Bin Mohamed Yazid AJK
6 Ust. Mohd Hisam Bin Su Mohd Noh AJK
7 Prof. Nik Rosli Bin Abdullah AJK

Objektif:

1. Merancang dan menyelaras program pembangunan masjid;
2. Memastikan segala kemudahan-kemudahan infrastruktur masjid dalam

keadaan baik dan dapat digunakan untuk keselesaan dan kemudahan
kepada para jemaah;
3. Menambahbaik kemudahan-kemudahan fasilitis masjid.

Biro Pembangunan dan keceriaan merupakan biro yang
bertanggungjawab dalam memastikan perancangan program
pembangunan masjid dapat dilaksanakan dengan terancang dalam
menyediakan kemudahan-kemudahan infra masjid dalam keadaan baik
bagi keselesaan para jemaah dan ahli kariah dalam menunaikan ibadah
dan menjalankan aktiviti-aktiviti kerohanian.

Bagi tahun 2019 jawatankuasa telah meneruskan perancangan yang telah
dirancangkan sejak tahun 2018 bagi pembangunan infra kemudahan
kepada para jemaah untuk membina dan menyiapkan bangunan
tambahan masjid 2 tingkat bagi ruang solat tambahan, pejabat, ruang
majlis nikah dan ilmu serta ruang bebas. Perancangan rekabentuk melalui
arkitek yang telah dilantik oleh pengurusan masjid telah disediakan dan
kelulusan permohonan dan pembinaan daripada pihak Jabatan Agama
Islam Selangor (JAIS) dan pihak Majlis Perbandaran Klang telah diterima.

Perancangan hebahan dan makluman sumbangan pembiayaan serta
aktiviti pembinaan telah tergendala disebabkan penularan jangkitan Covid
19 sejak Mac 2020. Segala urusan merancang dan membinan ditangguhkan
sementara waktu. Namun begitu penyelenggaraan dan kerja-kerja baik
pulih terus dijalankan mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak
berkuasa dan Jabatan Agama Islam Selangor melalui Pejabat Agama Islam
Daerah Klang (PAID).

16

3.3.1 Pelaporan Aktiviti dan Program Tahun 2019

BIL NAMA TEMPOH LOKASI
SIAP

Cadangan merekabentuk,

membina dan menyiapkan

bangunan tambahan 2 tingkat

ruang solat tambahan,pejabat,

1 ruang majlis nikah dan ruang Januari – Ruang
bebas. Disember tambahan solat

Status:

Kelulusan MAIS – selesai

Kelulusan MPK – proses

Reka bentuk arkitek – selesai

Kerja-kerja baikpulih kerosakan

2 kecil tandas,paip-paip,17anita Januari – Bilik wuduk/
air,pintu,lampu,kipas dan lain- Disember tandas

lain.

Cadangan membina semula

beranda Maahad Tahfiz dan Bangunan
maahad tahfiz
3 memperbaiki bumbung rosak, Januari

bocor dan kerja-kerja yang

berkaitan.

Kerja-kerja kecil menurap tar Februari Laluan pintu
4 laluan nombor tiga masjid dan pagar masjid
Februari (bahagian
laluan atas jambatan. Mac belakang)
April Bahagian
Cadangan membina dan May bumbung ruang
solat lelaki dan
5 meninggikan bumbung baru 17anita
bagi mengatasi masalah bocor Bahagian sliding
door pintu
di ruang solat lelaki dan wanita. utama masjid

6 Memasang ‘sliding door’ closer Ruang legar
untuk 3 unit pintu utama. masjid.

Menyediakan bangku-bangku di Bahagian luar
pintu pagar di
7 ruang rehat untuk kegunaan tepi jalan

pelajar tahfiz dan Jemaah.

Cadangan kerja-kerja membina

8 7 tapak kiosk tanpa bumbung

untuk Biro Ekonomi.

Membeli aset satu unit ‘vacum

9 cleaner’ untuk kemudahan May
pembersihan karpet dan

kawasan dalaman masjid.

Menyediakan bangku-bangku di Depan bilik
pengurusan
10 bahagian ruang depan bilik May jenazah.
pengurusan jenazah untuk Julai
Bahagian ruang
kemudahan Jemaah. solat

Menyediakan rak kerusi untuk

11 menyusun semula selepas

digunakan.

17

Menyediakan sebuah ‘platform’

12 besi untuk kemudahan Ogos
menurunkan lembu untuk

program Qurban tahunan.

13 Kerja-kerja mengepam tangki Ogos
kumbahan secara berkala. Ogos

Mengecat semula penanda Bahagian luar
masjid.
14 kawasan parking dan batu

devider.

Pembelian aset ‘Floorblower’

15 untuk kegunaan di bahagian November Tandas lelaki

tandas lelaki.

Cadangan membina longkang

16 kecil di depan kiosk bagi November Bahagian ruang
mengatasi masalah air belakang kiosk

bertakung.

17 Kerja ‘maintenance’ unit-unit Januari -
aircond secara berkala. Disember

3.3.2 Pelaporan Aktiviti dan Program Tahun 2020

BIL NAMA TEMPOH LOKASI
SIAP
Pemasangan zink awning bagi Tepi dinding
Januari dewan solat
1 mengatasi masalah bocor pada Januari utama
tepi dinding dewan solat lelaki / Januari
Tandas lelaki
wanita. Januari dan 18anita

2 Baiki bumbung rosak,saluran air Januari Tandas 18anita
dan pemasangan siling. Februari
Tahfiz/ Dewan
3 Pemasangan pintu pagar tandas Februari solat dan kaki
18anita (elak dimasuki anjing). lima Kawasan
Februari berbumbung
Kerja-kerja ‘maintenance’ secara masjid.
4 berkala unit-unit lampu dan
Bilik mesyuarat
kipas. dewan solat

Kerja-kerja ‘maintenance’ secara Tanda masijid/
tahfiz
5 berkala unit-unit penghawa
Bilik kuliah
dingin. tahfiz/ Bilik guru
tahfiz Dapur
Kerja-kerja pembaikan: kepala tahfiz

6 paip,flush tandas,paip Ruang solat
masjid
bocor,pintu rosak.

Kerja-kerja ubahsuai dan

7 pemasangan simen
board/dinding dan kerja

pembaikan siling dapur.

Kerja-kerja memasang/

8 tambahan papan tanda

arah/signage.

18

9 Menyediakan satu set peti sejuk. Februari Bilik mesyuarat
Februari
Menambah kemudahan katil- Februari Tahfiz

10 katil pelajar Tahfiz dan rak-rak Mac Landskap
Julai masjid
kasut. Julai Tempat imam
Oktober
11 Membeli peralatan kerja 'Hand Tandas/ Tempat
blower'. Oktober wuduk.
Parking basikal,
12 Penyedia satu set indoor Oktober motor/ Masjid
'portable aircond'. November
Disember Tahfiz/ Tandas
Kerja-kerja maintenance secara Januari -
Disember Laluan OKU
13 berkala paip-paip dan flush
Luar/ Halaman
tandas. masjid
Pintu pagar
14 Kerja-kerja baikpulih kerosakan masuk/ keluar
bumbung,siling dan pintu pagar. Landskap
masjid
Kerja-kerja maintenance secara
Dewan masjid
15 berkala unit-unit lampu dan

pintu.

Kerja-kerja pembaikan kerosakan

16 'railing' laluan OKU dan

pemasangan "tempered glass".

Kerja-kerja maintenance secara

17 berkala lampu-lampu jalan /

lampu kawasan.

18 Kerja-kerja baikpulih pintu pagar
dan mengecat semula.

19 Menambah satu set 'Hand
blower'.

Kerja-kerja 'maintenance' secara

20 berkala unit-unit penghawa

dingin.

3.3.3 Pelaporan Aktiviti dan Program Tahun 2021

BIL NAMA TEMPOH LOKASI
SIAP Halaman /
1 Kerja-kerja selenggara kerosakan Parking
lampu-lampu jalan. Januari kenderaan

2 Baikpulih kerosakan tangki air Januari Dalam dewan
(Bahagian menara) masjid
Mac
Kerja-kerja mengecat semula

3 bahagian dinding dalam masjid

yang rosak.

Kerja-kerja mengecat semula

4 'portable partition' yang pudar / Mac

karat.

5 Kerja-kerja baikpulih kerosakan Mac
siling dan rabung bumbung. April
April
6 Penyediaan tambahan rekhal. April Laluan keluar
pintu belakang
7 Pemasangan 'handle'
keselamatan (stainless railing). Tangga masjid

8 Penyediaan tambahan rekhal.

19

Kerja-kerja maintenance secara Mei Tempat wuduk
9 berkala paip-paip air dan flush / Tandas
Mei -
tandas. Oktober 2 kawasan
(Depan dan
Projek telaga tiub: Oktober belakang) luar
bangunan
10 ▪ Kajian tanah. masjid
▪ Penggerudian. Tandas lelaki /
wanita
▪ Pump testing.

11 Kerja-kerja baikpulih bumbung
rosak.

Nota: Beberapa perancangan dan aktiviti ditangguhkan kerana wabak
Covid 19

3.4 LAPORAN AKTIVITI BIRO EKONOMI

3.4.1 Jawatankuasa Biro Ekonomi

BIL NAMA JAWATAN
1 Tn. Hj. Mohd Yusuff Bin Hj. Ibrahim Pengerusi
2 En. Mohd Isha Bin Hj. Yusof Timb. Pengerusi
3 Tn. Hj. Zaide Bin Md. Yunus Setiausaha
4 En. Saifuddin Bin Hj. Sahed AJK
5 Ust. Mohd Hisam Bin Su Mohd Noh AJK
6 En. Ibrahim Bin Hj. Marzuki AJK
7 En. Mohd Azmi Bin Mohd Anis AJK

Objektif:

1. Merancang dan menyelaras sumber ekonomi masjid;
2. Memastikan bayaran sewaan bulanan premis jualan di bawah kelolaan

masjid oleh penyewa;
3. Menambahbaik dan kemudahan premis sewaan kelolaan masjid;
4. Menyelenggara premis sewaan kelolaan masjid.

Biro Ekonomi bertangungjawab menguruskan urusan premis Harta Wakaf
Masjid dan menyelaras aktiviti-aktivti sumber ekonomi masjid agar berjalan
dengan lancar. Di samping itu juga menambahbaik kemudahan premis
untuk keselesaan penyewa premis dan pelanggan.

Bagi tahun 2019 pembinaan gerai-gerai kecil telah dijalankan bagi
membantu dan memudahkan serta menyediakan ruang aktiviti niaga yang
lebih selamat kepada peniaga-peniaga kecil dalam kalangan ahli kariah.
Menyediakan gerai dan ruang niaga dengan kadar sewa yang berpatutan
agar sumber ekonomi masjid bertambah dan memberi keselesaan kepada
peniaga dan pelanggan.

Tahun 2020 dan 2021 aktiviti perniagaan tidak dapat dijalankan sepenuhnya
setalah pihak berkuasa mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
seluruh negara apabila berlakunya penularan jangkitan Covid 19. Urusan

20

perniagaan dan bayaran sewaan tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya
kerana peniaga tidak dapat menjalankan aktiviti perniagaan.

Pengurangan dan pelepasan bayaran sewa premis perniagaan semasa
perintah kawalan dilakukan bagi membantu dan prihatin kepada kebajikan
para peniaga. Oleh itu, sumber ekonomi masjid melalui aktiviti tersebut tidak
dapat dilaksanakan sepenuhnya.

3.4.2 Pelaporan Aktiviti dan Program Ekonomi 2019 - 2021

BIL NAMA TEMPOH LOKASI
SIAP
1 Membina gerai di kawasan Mac Tanah wakaf
masjid hadapan masjid
Mac
Menyediakan ruang berniaga Tepi jalan
utama
2 kepada peniaga-peniaga kecil

ahli kariah

3.5 LAPORAN AKTIVITI BIRO KEBAJIKAN, KHAIRAT KEMATIAN & PERKUBURAN

3.5.1 Jawatakuasa Biro Kebajikan

BIL NAMA JAWATAN
1 Tn. Hj. Mohd Yusuff Bin Hj. Ibrahim Pengerusi
2 En. Mohd Isha Bin Hj. Yusof Setiausaha
3 En. Mohd Romdzi Bin Hj. Buang Pen. Setiausaha
4 En. Muner Bin Hashim AJK
5 En. Ashaari Bin Hj. Arshad AJK
6 Pn. Normah Bin Yusak AJK
7 En. Azhar Bin Ahmad AJK

3.5.2 Jawatakuasa Biro Khairat Kematian & Perkuburan

BIL NAMA JAWATAN
1 Tn. Hj. Mohd Yusuff Bin Hj. Ibrahim Pengerusi
2 En. Mohd Isha Bin Hj. Yusof Setiausaha
3 En. Muner Bin Hashim Pen. Setiausaha
4 Prof. Nik Rosli Bin Abdullah AJK
5 En. Zainizam Bin Mohd Isa AJK
6 En. Azhar Bin Ahmad AJK
7 Tn. Hj. Adenan Bin Mohd Sharif AJK
8 En. Rizal Shah AJK
9 En. Mohd Radzi Bin Manaf AJK
10 Tn. Hj Mohd Aziz Bin Mohd Isman AJK

Objektif:

1. Mengenalpasti dan merancang program kebajikan kepada ahli kariah;
2. Memastikan kebajikan semua ahli kariah khususnya anak yatim, fakir

miskin dan yang memerlukan bantuan;
3. Menguruskan urusan kebajikan kematian dan keluarga arwah;

21

4. Mewujudkan hubungan ukhuwah dan siratulrahim dalam kalangan ahli
kariah dengan malaksanakan aktiviti ziarah cakna;

5. Membantu meringankan bebanan ahli kariah yang menerima musibah;
6. Menyelia dan menyelenggara kemudahan-kemudahan di tanah

perkuburan;
7. Memastikan kemudahan dan keselesaan infra di tanah perkuburan

diselenggara dengan baik.

Biro Kebajikan, Khairat Kematian dan Perkuburan yang bertanggungjawab
dalam urusan kebajikan dan membantu ahli kariah serta masyuarakat yang
mengalami musibah atau bencana termasuklah pengurusan jenazah dan
perkuburan. Aktiviti yang telah dijalankan meliputi aktiviti kemasyakatan dan
kemudahan infra bagi kawasan tanah perkuburan.

Secara prinsipnya, di dalam melaksanakan pemberian bantuan kepada
masyarakat, pihak biro sedaya upaya mengenalpasti dengan mengumpul
data penerima dan menyalurkan bantuan kebajikan. Perkhidmatan
bantuan kewangan dan keperluan asas oleh jawatankuasa disediakan
kepada kumpulan sasar yang terdiri dalam kalangan jemaah dan ahli kariah
serta masyarakat yang memerlukan supaya dapat meneruskan
kelangsungan hidup.

Peranan Badan Khairat Kematian dalam memudahkan urusan jenazah bagi
ahli keluarga arwah dilaksanakan dengan tersusun bermula daripada
urusan pengambilan mayat bawa pulang ke kariah, memandikan mayat,
solat dan pengkebumian diuruskan oleh pihak jawatankuasa pengurusan
jenazah. Bagi memenuhi keperluan fungsi dan tanggungjawab biro, pelbgai
aktiviti lain juga telah dilaksanakan selain daripada perkhidmatan yang
disediakan.

3.5.3 Pelaporan Aktiviti dan Program Kebajikan, Khairat Kematian &
Perkuburan 2019

BIL TARIKH PROGRAM

1 Januari, Mei dan November Program Pemberian Wang
Sarahidup Anakyatim

2 April dan Oktober Gotong royong Tanah Perkuburan

3 Sepanjang Bulan Majlis Iftar / Sumbangan Anakyatim
Ramadhan & hariraya / Majlis Khatam Al Quran

4 April Tahlil Perdana

5 Ogos Program Korban Perdana

6 Oktober dan November Majlis Sambutan Maulidur Rasul
selama12 malam

22

3.5.4 Pelaporan Aktiviti dan Program Kebajikan, Khairat Kematian &
Perkuburan 2020

BIL TARIKH PROGRAM
1 Mei dan Disember Program Pemberian Wang
Sarahidup anak yatim semasa
2 April, Mei dan Jun pandemik Covid 19
3 Ogos Program bantuan barangan
keperluan dan kewangan kepada
penduduk yang terkesan akibat
Covid 19
Program Ibadah Korban

3.5.5 Butiran Keahlian dan Kewangan Khairat Kematian

BUTIRAN 2019 TAHUN 2021
564 2020 727
JUMLAH KEAHLIAN RM 29805.00 595
JUMLAH KUTIPAN 18 = 9(L) 9(P) RM 39605.00
JUMLAH KEMATIAN RM 31160.00 25 = 19(L) 6(P)
JUMLAH MANFAAT 14 = 10(L) 4(P)
DIBAYAR RM30,000.00
KOS PENGURUSAN RM21,600.00 RM16,800.00
BAKI TABUNGAN RM4417.50
31/12/2021 RM6247.30 RM2,575.00
RM58,789.40
RM42,569.40 RM54,354.40

3.5.6 Pelaporan Aktiviti dan Program Kebajikan, Khairat Kematian &
Perkuburan 2021

BIL TARIKH PROGRAM
1 Mei
Program Pemberian Wang
2 Julai dan Ogos
3 Julai Sarahidup anak yatim semasa
4 Disember
pandemik Covid 19

Program bantuan barangan

keperluan dan kewangan kepada

penduduk yang terkesan akibat

C19

Program Korban semasa Pendemik

C19

Bantuan makanan. Wang tunai &

Toto kepada mangsa banjir di Kg

Batu Belah

23

3.6 LAPORAN AKTIVITI BIRO NAHI MUNGKAR & KESELAMATAN

3.6.1 Jawatankuasa Biro Ekonomi

BIL NAMA JAWATAN
1 Tn. Hj. Mohd Yusuff Bin Hj. Ibrahim Pengerusi
2 En. Mohd Isha Bin Hj. Yusof Timb. Pengerusi
3 En. Azhar Bin Ahmad Setiausaha
4 En. Hatta Bin Mohd Said AJK
5 En. Mohammad Suhaimi Bin Sujai AJK
6 En Abdul Aziz Bin Mohd Sulaiman AJK
7 En. Subari Bin Kamaludin AJK
8 En. Ashaari Bin Hj. Arshad AJK
9 En. Ibrahim Bin Hj. Marzuki AJK
10 En. Latiff Bin Amat AJK
11 En. Musliadi Bin Abdul Rahman AJK
12 En. Ahmad Lutfi Bin Mohamed Yazid AJK
13 En. Mohd Shamsuddin Bin Sukardi AJK
14 En. Sahari Bin Marikin AJK

Objektif:

1. Memastikan kedaan persekitaran masjid dan para jemaah selamat
serta terjamin dari berlaku kecurian

2. Bekerjasama dengan pihak agensi keselamatan seperti PDRM, JKKK,
RELA dan sekolah.

3. Menjaga keselamatan lalulintas para jemaah setiap kali ada acara
besar di masjid;

4. Memastikan peralatan keselamatan seperti alat pemadam api dan peti
kecemasan dalam kedaan baik, boleh digunakan dan ditempatkan
ditempat yang sesuai;

5. Pencegahan aktiviti kemungkaran, maksiat, gejala sosial & vandalisma
dalam kawasan masjid;

6. Membantu pihak berkuasa membenteras kegiatan maksiat dan ajaran
sesat di kalangan anak kariah;

7. Membantu pihak berkuasa Agama Islam dalam menangani perkara-
perkara yang melibatkan perbuatan nahi mungkar.

Tanggungjawab utama pihak .Biro Nahi Mungkar dan Keselamatan untuk
menguatkuasakan keselamatan dan yang berhubung kait dengan gejala-
gejala maksiat dalam kariah. Pihak jawatankuasa mempunyai hubung kait
dengan penguatkuasa undang-undang dalam memastikan keselamatan
dan keharmonian dalam masyarakat kariah terjaga.

Usaha-usaha yang dilaksanakan oleh biro bagi tahun 2019, 2020 dan 2021
dalam melaksanakan fungsi akan menjadi lebih berkesan dan hanya akan
berjaya mencapai tujuan dan maksudnya sekiranya mendapat sokongan
padu daripada masyarakat kerana masalah gejala yang tidak baik adalah
sebahagian dari gejala sosial yang boleh mengancam keselamatan dan
kehormainan masyarakat masa depan. Justeru, adalah penting agar ahli
kariah berganding bahu dan membantu pihak biro dalam menangani isu
yang berkaitan keselamatan di masjid dan kegiatan maksiat dalam kariah.

24

3.6.2 Pelaporan Aktiviti dan Program Nahi Mungkar & Keselamatan 2019,
2020 dan 2021

BIL PROGRAM TARIKH CATATAN

Membuat surat

permohonan kepada

Pegawai RELA daerah

Klang untuk kawalan

1 Permohonan Khidmat Setiap Solat keselamatan dan lalu
Sukarelawan RELA Jumaat lintas pada hari Jumaat di

Masjid Sirajuddin Al-Anuar

Kg.Batu Belah bermula

pada 1/2/2019 hingga

31/01/2019 (Setahun)

Majlis tersebut melibatkan

Biro Keselamatan untuk

2 Solat Tarawih di bulan Bulan menjaga keselamatan
Ramadhan
Ramadhan dan lalulintas dengan

bantuan pihak PKK Batu

Belah.

Mengawal selia dan

3 Fasa Perintah Kawalan Mac 2020 memastikan jemaah hadir
Pergerakan Covid-19 hingga April mengikut tatacara (SOP)
Solat Fardhu dan Solat yang telah ditetapkan
Jumaat 2021 bagi menangani
penularan Covid19 di

dalam kawasan masjid

4 Sanitasi dan disinfeksi Mac 2021 Sanitasi kawasan ruang
secara solat dalam dan luar bagi
berkala tujuan mengelakkan
penularan Covid 19

3.7 LAPORAN AKTIVITI BIRO IT DAN MEDIA

3.7.1 Jawatakuasa Biro IT dan Media

BIL NAMA JAWATAN
1 Tn. Hj. Mohd Yusuff Bin Hj. Ibrahim Pengerusi
2 En. Mohd Isha Bin Hj. Yusof Timb. Pengerusi
3 En. Ahmad Shukri Bin Nordin Setiausaha
4 Tn. Hj. Ghazali Bin Yusoff AJK
5 En. Syamsul Rezuan AJK

Objektif:

1. Menyelenggara peralatan ICT sentiasa dalam keadaan baik;
2. Penyampaian maklumat dan program-program ilmu yang dilaksanakan

mudah diperolehi oleh ahli kariah;
3. Memastikan ahli kariah menerima maklumat terkini dan benar berkaitan

program dan aktiviti masjid ke dalam media sosial;

25

Biro IT dan Media berfungsi dan bertanggungjawab dalam menyebarluas
makluman berkaitan sebarang aktiviti/program masjid melalui pelbagai
medium seperti laman web, facebook, whatsapp, twitter, paparan skrin,
menyebarkan risalah, memasang banner, pengumuman sebelum solat
Jumaat dan sebagainya.

Tahun 2019, 2020 dan 2021 segala perancangan maklumat/info-info terkini
masjid telah disediakan untuk tatapan dan maklumat kepada para jemaah
dan ahli kariah.

3.7.2 Pelaporan Aktiviti dan Program IT dan Media 2019, 2020 dan 2021

BIL TARIKH PROGRAM CATATAN
Mengemaskini blog, Website
1 Sepanjang dan Facebook Masjid Seramai lebih 60,
tahun Sirajuddin Al-Anuar mengenai 000 pengunjung
aktiviti masjid seperti; telah mengunjungi
• senarai AJK Masjid blog masjid
• kuliah magrib dan subuh termasuk dari luar
• aktiviti sepanjang negara.

Ramadan/ artikel
dakwah/ilmu

2 Sepanjang Menyampaikan rakaman “Link”
tahun video kuliah maghrib dan Tazkirah/Kiuliah
subuh kepada ahli qariah Maghrib dan
Batu Belah melalui Facebook Subuh dari
Live, Facebook Page dan YouTube,
YouTube. Facebook Page
dan Facebook
Live disampaikan
kepada ahli qariah
melalui
“WhatsApp
Group”

3 Sepanjang Kerja-kerja teknikal seperti: Maklumat
tahun • mengemaskini informasi di informasi terkini
dipamerkan
Televisyen masjid (melalui dilayar LED dan TV
IIM) masjid.
menyelesaikan masalah
teknikal (trouble shooting) Alat-alat media
seperti masalah pada seperti modem
modem, IIM dan komputer (TM, SelangorKu) di
riba. kendali dan
disenggara bagi
memastikan ianya
berfungsi dengan
baik.

26

3.8 LAPORAN AKTIVITI BIRO MUALLAF

3.8.1 Jawatakuasa Biro Muallaf

BIL NAMA JAWATAN
1 Tn. Hj. Mohd Yusuff Bin Hj. Ibrahim Pengerusi
2 En. Mohd Isha Bin Hj. Yusof Timb. Pengerusi
3 Ust. Mohd Hisam Bin Su Mohd Noh Setiausaha
4 Ust. Ahmad Faisal Bin Mohammed Yazid AJK
5 En. Zainizam Bin Esa AJK
6 Tn. Hj Adenan Bin Mohd Sharif AJK
7 En. Mohd Mazlan Bin mohd Hassim AJK
8 En. Yusri Bin Samsudin AJK

Objektif:

1. Menyantuni Asnaf Muallaf Kariah Batu Belah dengan membangunkan
aspek kerohanian melalui Kelas Fardhu Ain Muallaf (KFAM)

2. Membantu Asnaf Muallaf kariah Batu Belah dari aspek bantuan
kebajikan keperluan hidup.

3. Mendidik dan membimbing saudara baharu dalam mendalami ilmu
agama.

Biro Muallaf yang bertanggungjawab dalam urusan kebajikan dan
membantu Muallaf dalam membimbing dan mendalami ilmu agama
secara berterusan. Mengadakan kepelbagaian aktiviti agar individu muallaf
istiqomah dan menuntut ilmu di samping menghulurkan kebajikan kepada
mereka yang memerlukan.

Bagi tahun 2019, 2020 dan 2021 peranan biro lebih tertumpu kepada
kebajikan Muallaf dari sudut kerohanian dan kebajikan dalam keperluan
menghadapi Pandemik Covid 19. Bantuan disalurkan kepada mereka yang
layak berdasarkan kemampuan mereka menguruskan keperluan harian.
Namun begitu aktiviti-aktiviti ke arah peningkatan ilmu agama tidak dapat
dijalankan sepenuhnya dengan keadaan penularan jangkitan Covid 19.

3.8.2 Pelaporan Aktiviti dan Program Muallaf 2019, 2020 dan 2021

BIL TARIKH PROGRAM
Tajuk : Kelas Fardhu Ain Muallaf
1 Setiap hari Isnin hingga Sasaran:
Ahad 8- 10 malam Ketua Keluarga, pasangan dan
anak-anak
2 Sepanjang tahun Tajuk : Bantuan Kebajikan Asnaf
Muallaf kariah Batu Belah
Sasaran: Ketua Keluarga

27

3.9 LAPORAN AKTIVITI BIRO HAL EHWAL PEMUDA

3.9.1 Jawatakuasa Biro Hal Ehwal Pemuda

BIL NAMA JAWATAN
1 Tn. Hj. Mohd Yusuff Bin Hj. Ibrahim Pengerusi
2 En. Mohd Isha Bin Hj. Yusof Timb. Pengerusi
3 En. Ashaari Bin Hj Arshad Setiausaha
4 En. Mohd Hanafi Bin Alwi AJK
5 En. Umar Zakir Bin Hj. Sayuti AJK
6 En. Amirul Fitri Bin Alias AJK
7 En. Mohd Ashraf Bin Hj. Ali AJK
8 En. Asnawi Bin Masrom AJK
9 En. Subari Bin Kamaluddin AJK

Objektif:

1. Membentuk keperibadian mulia di kalangan pelajar melalui
pembersihan fizikal dan rohani pelajar seperti yang di anjurkan oleh Nabi
Muhammad S.A.W

2. Melahir dan menyedarkan pelajar tentang kebersihan fizikal dan

bertanggungjawab serta peka dengan peraturan dan undang-undang

yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T

3. Memupuk kerjasama antara penduduk kariah dan silaturrahim.
4. Menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam melaksanakan

perintah Allah S.W.T
5. Membantu urusan kebajikan kepada ahli kariah yang ditimpa musibah

Tanggungjawab utama pihak jawatankuasa untuk melaksanakan aktiviti
yang berbentuk kerohanian, pendidikan dan fizikal dalam bagi membentuk
sahsiah dan akhlak remaja ke arah kemenjadian remaja mengikut lunas-
lunas agama Islam. Pendekatan ke arah memakmurkan aktiviti masjid
dalam kalangan remaja dan pemuda digiatkan dalam mencapai objektif.

Pelbagai perancangan telah diaturkan namun hanya beberapa program
dapat dijalankan berdasarkan panduan kebenaran aktiviti yang telah
disyaratkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor melalui Pejabat Agma
Islam Daerah Klang (PAID) bagi tahun 2019, 2020 dan 2021.

3.9.2 Pelaporan Aktiviti dan Program Hal Ehwal Pemuda 2019, 2020 dan
2021

BIL TARIKH PROGRAM CATATAN
1 7-8.12.2019 Perkhidmatan
2 19.07. 2021 Program Khatan Perdana percuma kepada
3 17.12.2021 anak-anak asnaf
Program Korban Hari Raya Membantu urusan
Aidil Adha Masjid Sirajuddin korban
Al-Anuar
Bantuan makanan kepada Bersama-sama
mangsa banjir membantu skuad
4x4 Batu Belah

28

3.10 LAPORAN AKTIVITI BIRO HAL EHWAL WANITA

3.10.1 Jawatakuasa Biro Hal Ehwal Wanita

BIL NAMA JAWATAN
1 Tn. Hj. Mohd Yusuff Bin Hj. Ibrahim Pengerusi
2 En. Mohd Isha Bin Hj. Yusof Timb. Pengerusi
3 Pn. Hjh. Nor Hallena Binti Hj Arshad Setiausaha
4 Pn. Hjh. Faridah Binti Sailan AJK
5 Pn. Normah Binti Yusak AJK
6 Pn. Hjh. Asiah Binti Mohd Nor AJK
7 Pn. Khairunmiza Binti Daud AJK
8 Pn. Hasniyati Binti Mat Ayob AJK
9 Pn. Zurimah Binti Huri AJK
10 Pn. Norhayati Binti Zabidin AJK

Objektif:

1. Merancang dan melaksanakan aktviti keilmuan dan dakwah untuk
muslimah dan program mesra belia dan remaja muslimah kariah masjid
Sirajuddin Al-Anuar, Kg Bt Belah Klang agar cinta kepada masjid.

2. Program ziarah untuk ahli muslimah yang uzur dan sakit dan ditimpa
musibah.

3. Menjaga perhubungan antara muslimah masjid dan masyarakat
setempat.

4. Membantu masjid menjayakan pelbagai program untuk muslimah
dalam usaha mengeratkan lagi silaturrahim di kalangan Muslimah

Pembentukan sahsiah dan peribadi muslimah menjadi insan cemerlang
dalam kariah menjadi agenda utama Biro Wanita. Memupuk perpaduan
dan menjaga kebajikan muslimah kariah Masjid Sirajuuddin Al-Anuar.
Mewujudkan integrasi, mendidik, membantu, membimbing muslimah
supaya mereka dapat memperkasakan diri dari aspek sahsiah diri (rohani,
akhlak, adab) serta mengimarahkan rumah Allah.

Perancangan bagi tahun 2019, 2020 dan 2021 dalam membantu program
dan agenda masjid tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana
penularan jangkitan Covid19.

3.10.1 Pelaporan Aktiviti dan Program Hal Ehwal Wanita 2019, 2020 dan
2021

BIL TARIKH PROGRAM CATATAN
1 23.10.2019 Kuliah Dhuha Maulidur Rasul Penceramah: Prof
Dr Ustazah Sharifah
Hayaati Syed
Ismail

Nota : Program ditangguhkan kerana wabak Covid 19

29

LAPORAN PRESTASI
KEWANGAN

30








































Click to View FlipBook Version