The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norehannasiruddin, 2021-07-27 01:09:17

SYARAT UMUM PERTANDINGAN

SYARAT UMUM PERTANDINGAN

PROGRAM SEMARAK SENI BAHASA DAN BUDAYA MELAYU
PERINGKAT KEBANGSAAN 2021

(Edisi norma baharu dalam talian)

MAKLUMAN SYARAT UMUM PERTANDINGAN

Tema:

“Bahasa dan Budaya Melayu Merentas Sempadan Bangsa”

Anjuran :
Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional, KPM

Dengan Kerjasama :
KV Lebuh Cator, KV Kuala Selangor, KV Sultan Abdul Samad, KV Slim River,

KV Seri Iskandar, KV Sungai Buloh

Tempoh Pelaksanaan Pertandingan :
Ogos - November 2021

Sasaran :
Seluruh Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) di Malaysia

1.0 PENGENALAN
Pertandingan Semarak Seni Bahasa dan Budaya Melayu yang bertemakan “Bahasa
dan Budaya Melayu Merentas Sempadan Bangsa” ini dirancang dan dilaksanakan
kerana diyakini berupaya memberi impak dalam usaha melahirkan modal insan yang
berkualiti serta menghargai bahasa dan seni budaya Melayu di negara kita. Idea
melaksanakan penganjuran pertandingan ini dilihat perlu seiring dengan penglibatan
dan penyertaan daripada semua pihak agar dapat membantu KPM dalam usaha
memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Malahan, usaha ini
juga dilihat dapat mewarnai kegemilangan warisan kebudayaan dan kesenian
Melayu dalam kalangan warga Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik di
seluruh negara, tanpa mengira bangsa,etnik mahupun agama. Sebanyak enam jenis
pertandingan akan dilaksanakan iaitu puisi dan lagu, sajak, syair, gurindam, monolog,
dan lagu Melayu tradisional asli. Urusan penganjuran setiap pertandingan ini akan
dikelolakan oleh sebuah KV yang telah dipertanggungjawabkan. Ekoran kekangan
penularan wabak COVID-19 di seluruh negara, pertandingan ini akan dilaksanakan
secara norma baharu iaitu berkonsepkan pertandingan dalam talian.

2.0 JENIS DAN KATEGORI PERTANDINGAN
2.1 PENYERTAAN PELAJAR
a. Puisi dan Lagu (Berkumpulan)
b. Deklamasi Sajak Kategori A : Penutur Jati (Individu)
c. Deklamasi Sajak Kategori B : Bukan Penutur Jati (Individu)
d. Syair (Individu)
e. Monolog (Individu)
f. Lagu Melayu Tradisional Asli (Individu)
g. Gurindam (Individu)

2.2 PENYERTAAN GURU
a. Video Kreatif Tiktok Peribahasa Melayu

1

3.0 BAYARAN PERTANDINGAN
3.1 Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk setiap pertandingan yang disertai.

4.0 SENARAI MAKLUMAT JAWATANKUASA PENYELARASAN PERTANDINGAN

BIL BIDANG TUGAS MAKLUMAT PENYELARAS KV
1 Ketua Penyelaras Pn. Nurhayati Abdul Latif KV Lebuh
012-4484373
Pertandingan 05-2549151 (pejabat KV) Cator

2 Pen. Ketua Pn. Norehan bt. Nasiruddin KV Kuala
Penyelaras 019-9427414 Selangor
(Teknikal) 03-32718370 (pejabat KV)

3 Pen. Ketua Pn. Widyahamiza bt. Ahmad Halimi KV Sungai
Penyelaras 018-2111068 Buloh
(syarat 03-61565433 (pejabat KV)
pertandingan) KV Lebuh
Pn. Nor’ain bt. Suaaib Cator
4 Sajak 013-4416989
05-2549151 (pejabat KV)

5 Syair Pn. Fauziah bt. Mohd Nawi KV Sungai
012-6295388 Buloh
03-61565433 (pejabat KV)

6 Lagu Tradisional Pn. Nor Awatif bt. Mahmad Lazim
017-6629534
03-32718370 (pejabat KV) KV Kuala
Selangor

7 Monolog Cik Siti Aisah Nordina bt. Yusup
012-3428483
05-4528408 (pejabat KV) KV Slim
River

8 Puisi dan Lagu Cik Nor Syuhada bt. Saiful Anuar KV Sultan
011-19716995 Abdul
03-31871246 (pejabat KV) Samad

9 Gurindam Pn. Nur Anjariyah bt. Ahmad Razali
016-5147991
05-3711370 (pejabat KV) KV Seri
Iskandar

10 Tik Tok Peribahasa Pn. Rosmayati bt. Hashim

Melayu 012-5581626

(Guru) 05-3711370 (pejabat KV)

2

5.0 PESERTA
5.1 Pertandingan ini boleh disertai oleh semua pelajar yang masih menuntut di
Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) di seluruh negara
pada tahun 2021.
5.2 Had umur peserta adalah antara 16 hingga 20 tahun sahaja.
5.3 Pelajar yang sedang menjalani OJT tidak dibenarkan menjadi peserta.
5.4 Peserta mestilah mewakili KV / SMT masing-masing sahaja dan diperakukan
oleh pihak pentadbiran. Oleh itu, penyertaan hanya diterima melalui
KV/SMT masing-masing sahaja.
5.5 Tiada peserta import / jemputan dibenarkan dalam mana-mana pertandingan
termasuk sebagai pemain muzik.
5.6 Seorang peserta dibenarkan menyertai maksimum dua jenis pertandingan
sahaja. Sekiranya peserta didapati menyertai lebih daripada dua
pertandingan, peserta tidak layak diperakukan sebagai pemenang dalam
mana-mana kategori.
5.7 Peserta bagi pertandingan syair dan gurindam adalah TIDAK DIBENARKAN
untuk diwakili oleh peserta yang sama.
5.8 Peserta untuk kategori berkumpulan (Puisi dan Lagu) boleh diwakili oleh
maksimum 6 orang pelajar sahaja, terdiri daripada lelaki / perempuan sahaja
atau campuran. Penyertaan pelajar pelbagai kaum amatlah digalakkan.
5.9 Bagi kategori penyertaan guru, ………

6.0 PROSES PENDAFTARAN PERTANDINGAN
6.1 Semua borang pendaftaran pertandingan perlu diisi melalui pautan (link)
yang disertakan dalam makluman syarat pertandingan ini iaitu :
a) Borang Pendaftaran Induk Peserta : isi link…
b) Borang Penyertaan Pertandingan : isi link…..
6.2 Setiap KV/SMT yang berminat menyertai pertandingan-pertandingan ini
dikehendaki melengkapkan dua proses pendaftaran pertandingan iaitu :
(a) Borang Pendaftaran Induk Peserta (sekali sahaja)

3

 Pendaftaran ini mesti dilakukan oleh seorang pengurus peserta
daripada setiap KV/SMT yang ingin menyertai pertandingan ini
dalam tempoh dua minggu selepas iklan pertandingan dikeluarkan.

 KV /SMT mesti menetapkan jenis/kategori pertandingan yang akan
disertai sahaja.

 Senarai nombor pendaftaran peserta/kumpulan bagi setiap
jenis/kategori pertandingan dari KV/ SMT tersebut akan diberikan
berdasarkan pengesahan pendaftaran induk ini.

 Pendaftaran induk mesti dilakukan walaupun sesebuah KV/SMT
hanya mahu menyertai satu pertandingan sahaja.

(b) Borang Penyertaan Pertandingan (setiap pertandingan)
 Borang Penyertaan Pertandingan ini perlu dilengkapkan dengan
maklumat setiap peserta mengikut jenis/kategori pertandingan
yang disertai oleh pengurus peserta/ wakil guru penasihat.
 Borang ini akan diisi semasa proses memuat naik penghantaran
rakaman video penyertaan dalam pautan (link) yang diberikan.
 Pihak KV/SMT mesti memastikan bahawa maklumat pendaftaran
peserta mestilah tepat dengan individu dan kategori pertandingan
dalam rakaman video penyertaan.
 Peserta/kumpulan mestilah memastikan nombor pendaftaran
peserta yang dinyatakan dalam rakaman video adalah sama seperti
nombor pendaftaran setiap kategori pertandingan yang diterima
selepas membuat pendaftaran induk peserta.

7.0 SYARAT UMUM PERTANDINGAN
7.1 Proses rakaman video pertandingan mestilah mematuhi Prosedur Operasi
Standard (SOP) Pencegahan COVID-19 iaitu tidak melibatkan sentuhan
fizikal dan jarak antara individu mestilah sekurang-kurangnya 1 meter.
7.2 Setiap KV/SMT hanya boleh menghantar satu penyertaan sahaja bagi setiap
jenis/kategori pertandingan.

4

7.3 Penyertaan hanya boleh dihantar dalam bentuk rakaman video sahaja.
Penghantaran dalam bentuk panggilan video, pautan atau siaran langsung
(live) dari saluran Youtube atau media sosial, dan sebagai tidak akan
diterima oleh penganjur.

7.4 Rakaman video penyertaan juga hanya boleh dimuat naik sekali sahaja dalam
tempoh masa yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pertandingan. Sebarang
kesilapan atau ralat semasa proses penghantaran rakaman video diharapkan
tidak akan berlaku untuk mengelakkan kesulitan semua pihak.

7.5 Semua syarat khusus setiap pertandingan mestilah dirujuk dan dipatuhi oleh
setiap peserta dan semua KV/SMT yang bertanding. (rujuk syarat khusus)

7.6 Jawatankuasa Pengelola Pertandingan (KV Urusetia) bertanggungjawab
sepenuhnya menyediakan syarat-syarat khusus setiap pertandingan,
menguruskan segala proses pelaksanaan penganjuran pertandingan yang
dikendalikan sehinggalah proses penerimaan keputusan pertandingan
yangtelah disahkan oleh Ketua Hakim.

7.7 Kesemua puisi (merujuk puisi dan lagu, syair, sajak, monolog dan gurindam)
yang dihasilkan dan dipersembahkan dalam pertandingan ini hendaklah:
 Menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya
 Menepati tema “Bahasa dan Budaya Melayu Merentas Sempadan
Bangsa”.
 Penggunaan sajak yang sama tidak dibenarkan untuk dipertandingkan
dalam kategori pertandingan deklamasi sajak, dan puisi dan lagu.
 Karya yang dihasilkan menggambarkan kreativiti peserta, mengandungi
nilai-nilai murni dan positif, tidak boleh mengandungi unsur-unsur yang
menyetuh sensitiviti perkauman, kebudayaan,keagamaan, unsur lucah,
politik dan unsur-unsur negatif yang lain.
 Ciptaan/nukilan karya mestilah asli/asal dan tidak pernah diterbitkan
atau dipertandingkan.
 Penggunaan sebarang karya yang dijiplak, atau terbitan mana-mana
pihak akan dikenakan penalti. Salinan teks/lirik kesemua puisi (kecuali
lagu tradisional) hendaklah dihantar kepada JK Pengelola setiap
pertandingan bersama-sama penghantaran rakaman video.

5

 Pastikan semua muzik latar yang digunakan berstatus bebas royalti
untuk mengelakkan sebarang tuntutan akibat pelanggaran hasil hak
cipta.

 Bagi pertandingan syair dan gurindam, penggunaan muzik latar tidak
dibenarkan.

 Bagi pertandingan sajak dan monolog, penggunaan muzik latar (jika ada)
hendaklah dilakukan secara serentak semasa rakaman puisi.

7.8 Pemilihan tajuk lagu bagi pertandingan Lagu Melayu Tradisional Asli mestilah
daripada senarai pilihan yang disediakan oleh JK Pengelola Pertandingan
sahaja.

7.9 Setiap kumpulan/peserta hanya dibenarkan menyatakan nombor pendaftaran
peserta yang diterima sahaja sebagai pengenalan diri/kumpulan, dan juga
tajuk puisi/lagu dalam rakaman video penyertaan yang dihantar. Rakaman
video tidak boleh disertakan montaj atau pengkreditan kepada mana-mana
pihak.

7.10 Dalam rakaman video penyertaan yang disediakan tidak boleh mengandungi
sebarang maklumat seperti nama peserta, nama guru, nama KV, atau
sebarang lambang atau logo yang boleh memberikan maklumat berkaitan KV
masing-masing. Setiap KV/SMT yang menghantar penyertaan dikehendaki
memberikan kerjasama berkaitan perkara ini untuk mengelakkan aspek
kecenderungan/berat sebelah (bias) dan sebagainya dari aspek penjurian.

7.11 Rakaman video peserta mestilah memperlihatkan keseluruhan figura peserta
(head to toe).

7.12 Rakaman secara zoom in dan zoom out tidak dibenarkan.
7.13 Bagi kategori individu, tiada pemain muzik, penari atau penyanyi latar

dibenarkan.
7.14 Rakaman video penyertaan tidak boleh disunting, diedit atau diberhentikan

seketika (pause).
7.15 Sijil hanya akan diberikan kepada peserta yang menghantar penyertaan

yang lengkap dan memenuhi syarat sahaja.

6

7.16 Pihak JK Induk dan JK Pengelola Pertandingan berhak untuk menggunakan
sebarang karya yang dihantar untuk tujuan promosi peringkat dalaman
program, KV urusetia pengelola mahupun kegunaan BPLTV.

8.0 SYARAT KHUSUS SETIAP PERTANDINGAN (rujuk lampiran yang disertakan)
8.1 Puisi dan Lagu
8.2 Syair
8.3 Deklamasi sajak
8.4 Lagu Melayu Tradisional Asli
8.5 Monolog
8.6 Gurindam
8.7 Video Tiktok Peribahasa Melayu (Penyertaan Guru)

9.0 ASPEK PENILAIAN PENJURIAN
9.1 Penghayatan dan Gaya Penyampaian
 Kemampuan peserta menyampaikan persembahan dengan penuh
penghayatan dan gaya penyampaian yang bersesuaian, meliputi
pergerakan tubuh dan mata (body language dan eye contact).
 Ketepatan irama yang digunakan semasa mendendangkan syair dan
melagukan gurindam.
9.2 Penciptaan Teks Puisi, dan Melodi Lagu (kecuali lagu tradisional)
 Penilaian terhadap ketepatan dari segi ciri-ciri atau bentuk puisi,
menepati tema, ketepatan/kesesuaian dalam pemilihan kata dan
penggunaan bahasa yang menarik.
 Penciptaan Melodi Lagu yang memenuhi syarat pertandingan Puisi dan
Lagu.
9.3 Teknik Persembahan
 Menggunakan teknik persembahan, nada, dan suara yang bersesuaian
dengan penyampaian puisi.
9.4 Lontaran Suara & Kelancaran Artikulasi
 Penyampaian persembahan dengan lontaran suara yang bersesuaian,
kelancaran dan kejelasan sebutan perkataan dalam puisi. Kelonggaran

7

diberikan kepada bukan penutur jati dari segi kejelasan sebutan
perkataan.

10. PENJURIAN DAN KEPUTUSAN PERTANDINGAN
10.1 Proses penjurian dan dan penentuan pemenang setiap pertandingan akan
ditentukan oleh setiap Jawatankuasa Pengelola Pertandingan yang
dipertanggungjawabkan.
10.2 Jawatankuasa Pengelola bertanggungjawab menentukan format/rubrik
pemarkahan dan melantik juri-juri yang berkelayakan dan mempunyai
kepakaran dalam pertandingan yang dikelolakan. Ketua juri bagi setiap
pertandingan ini akan dilantik oleh Jawatankuasa Induk Program.
10.3 Senarai pemenang setiap pertandingan juga akan dirujuk kepada Ketua
Hakim Keseluruhan yang dilantik oleh Jawatankuasa Induk untuk
ditentusahkan sebelum nama pemenang diumumkan.
10.4 Keputusan pemenang setiap pertandingan hanya akan diumumkan oleh
Jawatankuasa Induk semasa Majlis Malam Gala Semarak Seni Bahasa dan
Budaya Melayu yang akan diadakan pada bulan November (tarikh akan
dimaklumkan).
10.5 Penetapan keputusan nama pemenang semua pertandingan adalah
MUKTAMAD. Sebarang rayuan dan bantahan tidak akan dipertimbangkan.
10.6 Penetapan hadiah dan sijil :
(i) hadiah dan sijil pemenang : tempat pertama, kedua dan ketiga
(ii) cenderamata dan sijil penyertaan : 10 peserta bagi setiap kategori
pertandingan kecuali hanya 5 saguhati untuk
sajak kategori B)
(iii) sijil penyertaan : untuk baki peserta yang tidak mendapat sebarang
tempat.
- *sijil penghargaan/hadiah KV terbaik keseluruhan (diambil kira dari aspek
penyertaan dan pencapaian)

8

11.0 MAKLUMAN TARIKH PENTING PERTANDINGAN
11.1 Tempoh pendaftaran induk pasukan : (dalam masa dua minggu selepas
dimaklumkan dalam webinar)
11.2 Tempoh pendaftaran peserta dan penghantaran rakaman pertandingan :
22-23 SEPTEMBER 2021
11.3 Keputusan Pemenang : 13 NOVEMBER 2021 (Malam Gala Semarak Seni
Bahasa dan Budaya Melayu)

12.0 MAKLUMAN DAN PERTANYAAN LANJUT
Sebarang pertanyaan/keterangan lanjut berkaitan pertandingan ini, sila hubungi
personal-personal berkaitan seperti yang dinyatakan dalam bahagian 4.0 di atas.
(I) Syarat-syarat Pertandingan secara umum :
Ketua Penyelaras (Pn. Nurhayati )/ Penolong Ketua Penyelaras (Pn. Widya)
(II) Urusan Teknikal Pendaftaran
Penolong Ketua Penyelaras (Pn. Norehan)
(III) Syarat Khusus Pertandingan
Penyelaras Setiap Pertandingan

9


Click to View FlipBook Version