The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Mint Green Simple Theme Presentation

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mynndhrh29, 2023-01-11 09:50:36

Tarian Tradisional Kuda Kepang

Mint Green Simple Theme Presentation

TARIAN AHLI KUMPULAN3 :
TRADISIONAL NURUL IMA IZATI BINTI ZAINUDIN
KUDA KEPANG
(292009)
PENGANTAR SEJARAH GUNAAN SHAHRIZA BINTI MOHAMAD ZIN

(292095)
FARAH ILYANA BINTI MARZUKI

(292325)
NORNADHIRAH BINTI MOHD NOOR

(292502)


pembahagian tugasan

ima izati shahriza nadhirah farah
KEUNIKAN
PENGENALAN KESIMPULAN OBJEKTIF METODOLOGI
CARA PERSEMBAHAN JENIS ALAT MUZIK
LATAR BELAKANG


PENGENALAN

bermaksud gerakan badan serta tangan dan kaki
berirama mengikut rentak muzik tarian boleh dilakukan
secara bersendirian, berpasangan dan berkumpulan.
empat jenis tarian tradisional iaitu tarian istana,
dramatari, tarian moden dan tarian rakyat. Kuda
kepang merupakan salah satu tarian rakyat
Tarian juga kebiasaannya diwarisi secara turun-
temurun sejak zaman dahulu lagi
Salah satunya ialah tarian kuda kepang yang
dipersembahkan dalam majlis seperti majlis
perkahwinan.
Tarian tradisional ini sering dihubungkaitkan dengan
unsur-unsur ritual dan mistik.


LATAR BELAKANG mempunyai unsur khurafat dan syirik. Di
mana apabila tarian ini
berasal dari Jawa Timur dan telah dipersembahakan, akan adanya
berkembang di Semenanjung Malaysiat “kerasukkan”
turut dikenali dalam pelbagai nama

seperti Jaran Kepang, Kuda Lumping, Tarian Kuda Kepang pada masa kini
Jathilan dan Ebeg sudah berbeza dari yang asli.
Pengasasnya iaitu Wali Sembilan

diciptakan adalah untuk menyebarkan Amalan pemujaan dan kerasukkan telah
syiar Islam di Tanah Jawa pada ketika di buang demi menaikkan kembali budaya
itu seni masyarakat Jawa dari terus
mempunyai kaitan dengan Saidina Ali. mempunyai unsur syirik dan khurafat
Ianya dikatakan meniru aksi bala
tentera Saidina Ali
tarian ini berkait dengan alam
kayangan. Terdapat seekor kuda yang
bernama Kuda Sembrani turun di Jawa
untuk mencari sahabat baiknya


METODOLOGI KAJIAN

Dalam sesebuah kajian atau penyelidikan yang akan dijalankan memerlukan metod

atau kaedah untuk mendapatkan data ataupun dapatan kajian. dengan adanya

data yang mencukupi barulah kajian yang dijalankan dapat dijalankan dengan lebih

baik pengkaji juga telah melayari internet
untuk mencari lebih banyak maklumat
Pengkaji menggunakan sumber- tamahan. bahan-bahan seperti jurnal
sumber daripada bahan bercetak dan bertulis dan juga kertas kerja yang
juga bahan elektronik sepeerti buku- telah dimuatnaik ke internet oleh pemilik
buku rujukan dan sumber buku ilmiah. kerja tersebut untuk dijadikan panduan

kepada orang lain


objektif kajian

Mengenal pasti Mengetahui Menghuraikan
alat muzik bagaimana Tarian keunikan
yang Tarian Kuda
digunakan Kuda Kepang Kepang
dipersembahan.


mengenal pasti alat muzik yang digunakan

contoh alat muzik yang digunakan;

gendang
gong

angklung
bonang
kenong
jidur
saron


alat muzik gendang

berperanan sebagai penyokong irama dalam ensemble Gamelan Melayu
sejenis gendang dua muka iaitu "compound hole' dan berbentuk seperti 'tempayan'
iaitu 'berrel-shapped'.
pada kedua-dua permukaan besarnya telah diregangkan dengan belulang lembu
sebagai utama.
teknik meregang menggunakan jalinan tali daripada kulit dan disaurkan melalui
gelung-gelung yang diperbuat daripda kulit dan berfungsi sebagai alat simpai
gendang ini telah dibawa dari jawa bersama alat Gamelan perunggu yang lain.


dalam konteks persembahan ianya dipukul dengan kedua-dua belah tangan pemain dan
mampu menghasilkan suara mnemonic asas seperti 'doh' pada permukaan besarnya
dan mnemonic 'tak' pada permukaan kecilnya
dalam tradisi Gamelan di Johor jenis gendang seperti ini terdapat dalam berbagai
ukuran dan berfungsi sebagai penyokong irama dalam ensemble yang berkaitan seperti
persembahan Wayang Kulit Purwa dan Kuda Kepang.


ALAT MUZIK ANGKLUNG

alat muzik ini merupakan alat idiofon yang digoyang.
ianya diperbuat daripada pipa ataupun tabung buluh yang terpilih.
sebuah angklung lazimnya terdiri dari dua hingga empat tabung yang diikat pada
'rumahnya' yang dikenali sebagai 'ancak'.
angklung untuk melodi dilaras dalam jarak ataupun jeda satu oktaf di antara satu
sama lain dang bagi Angklung pengiring iaitu 'accompaniment' ianya perlu dilaras
mengikut kaedah 'trinada' (Tonic Triad) iaitu Do, Mi, So sama ada dalam Major mode
ataupun Monir mode.
permainan muzik angklung sering dipersembahkan secara berkumpulan untuk majlis
keraian dan juga iringan tarian seperti 'Kuda Kepang' dan 'Barungan'


dalam persembahan Kuda Kepang lazimnya tiga ataupun empat buah Angklung
digunakan untuk memainkan mode rithme sebagai pelengkap kepada fizikal
lagunya yang disertai bersama alat-alat lain dari disiplin Gamelan
tradisi kesenian muzik Angklung yang berkembang di Malaysia sekarang berasal
dari Tanah Jawa, Indonesia.
manakala tradisi Angklung di Jawa adalah merupakan satu ekstensi daripada alat
'Bongkel' yang mula wujud di Banyumas, Indonesia sejak beratus tahun lamanya.
proses penelaan Angklung dilakukan dengan melarasa bibir alat dan
ketukkan pada kakinya ataupun ditiup pada bibirnya


alat muzik bonang

bonang merupakan gong yang berukuran kecil dan diperbuat daripada 'perunggu'
merupakan alat melodi utama dalam ensemble Gamelan melayu.
mengandungi dua oktaf yang berlaras anhemetonic pentatonic dan disusun diatas
tapak khas secara mendatar dalam bentuk seperti kende (kettle-shaped) dan sifat
bunyinya berprinsipkan kepada 'dengung'.
secara dikotomi Bonang yang beroktaf rendah dikenali sebagai wedok (perempuan)
dan beroktaf tinggi sebagai lanang (lelaki) mengikut Bahasa Jawa
dalam permainan Gamelan melayu, melodi pokok diimprovasikan yang dapat
diterjemahkan sebagai heterofoni.


ianya menggunakan sistem notasi angka dikenali sebagai French Cheve System
sempena nama pengasasnya iaitu Dr Emile Cheve dari Perancis.
di kalangan masyarakat di Terengganu khususnya secara tradisi alat Bonang dikenali
sebagai Keromong iaitu memakai sistem nama yang hamper sama dengan alat
keluarga Gong yang terdapat di Sarawak iaitu 'Engkeromong' manakala dalam tradisi
Gamelan di Johor Bonang merupakan alat terpenting dalam ensemble yang
menvariasikan melodi pokok ataupun lebih tepat disifatkan sebagai Cantus firmus.


alat muzik kenong

kenong diperbuat daripada ' perunggu' dan mendukung
peranan sebagai alat kolomik yang dominan dalam rangkaian Gamelan di Malaysia.
dalam ensemble Gamelam Melayu, Kenog disertakan dalam satu oktaf yang berlaras
Pentatonik (anhemitonic pentatonic) iaitu skala lima nada tanpa semitone pada
jedanya.
mempunyai pic yang tetap iaitu fixed-pitch yang diasaskan kepada Westerns
Tempered Pitch
manakala tradisi Gamelan di Johor mengamalkan dua sistem skala iaitu slendro
bermaksud lima nada dan skala Pelog yang mengandungi tujuh nada


sistem skala berkenaan adalah diasaskan kepada Non-Tempered Pitch dan mempunyai
tangga suara yang lebih kecil
dalam disiplin Gamelan di Jawa Indonesia, istilah kenong juga digunakan untuk salah
satu nada dalam Kerawitan khususnya bagi nada 'loloran' ataupun 'lima'.
peranan alat kenong adalah sebagai alat kolotomik yang dimainkan pada keratan frasa
melodi dalam pembinaan sesebuah lagu.


alat muzik jidur

jidur adalah gendang dua muka berukuran besar
buluhnya diperbuat daripada kayu keras lazimnya daripada kayu nangka.
pada kedua-dua permukaan diregangkan kepada kulit lembu dataupun kambing dan
diperkuatkan dengan rangka besi
ianya dipalu dengan kayu pemalu untuk memainkan muzik iringan lazimnya untuk
mengiringi tarian Kuda Kepang dan Kemplingan
dari pengertian morfologi, alat jidur seperti dapat dikelaskan sebagai 'the ribbed
instrument' seperti alat gambus hadramaut oleh kerana baluh dan badan bagi alat-alat
tersebut menggunakan bahan pelengkap yang dibuat khas.
bagi sesetengah alat jidur yang diperbuat di Johor pada satu ketika dahulu didapati
telah dipasangkan dengan dawai spring bagi melanjutkan bunyi gemerencing apabila
dipalu


alat muzik saron demung

saron demung merupakan alat idiofon yang berbentuk bilahan ataupun 'slab-typed'
yang diperbuat daripada perunggu.
bilah-bilah tadi disusun di atas tapak kayu sebagai ruang gema ataupun resonator
Saron Demung yang berperanan sebagai alat yang membawa melodi rangka serta pokok
dan melodi cincang dalam persembahan Gamelan Melayu dan mempunyai oktaf yang
terendah mengikut skala anhemitonic pentatonic
dalam proses penghasilan bunyi, kayu pemukul khas digunakan lazimnya dari jenis yang
lembut.


dalam tradisi Gamelan yang berkembang di Johor, Saron Demung digunakan sebagai
alat melodi yang membawa melodi pokok dan juga bunga-bunga lagu mengikut
irama-irama tertentu yang lebih bersifat dekoratif
bilahan bagi alat Saron Demung tersebut lazimnya diperbuat daripada besi yang
menggunakan teknik kikir dan tempa.


alat muzik gong

gong agung diperbuat daripada 'perunggu' mempunyai ukuran 90-95 cm pada garisan
lintang serta ketinggian diantara 28-30 cm dan mampu untuk menerbitkan siri over-
tone yang terbanyak dan mempunyai pic suara yang terendah dalam keluarga gong.
berperanan sebagai alar kolotomik dalam genre Gamelan di Malaysia.
sifat kolomiknya adalah lebih berpusat kepada ciri-ciri penamat bagi sesebuah lagu
dan adakalanya digunakan sebagai penanda bagi keratan frasa-frasa lagu mengikut
reportoirnya.


Gong Agung daripada perunggu sering digunakan dalam permainan Gamelan Melayu iaitu
satu nama genre yang digunakan apabila membincangkan mengenai rangkaian Gamelan
di Malaysia iaitu Joget Gamelan, merupakan gabungan tarian dan muzik yang mula
dicipta di kalangan istana-istana di Pahang pada abad ke-19, kemudian Terengganu
pula pada awal abad ke-20
Manakala Gong agung yang sering digunakan dalam ensemble yang berkembang di
Johor adalah diperbuat daripada besi oleh tukang-tukang yang mahir dari kalangan
masyarakat Melayu berketurunan Jawa. Mereka menggunakan teknik petri dan tempa
untuk membuat gong tersebut.
Gong Agung digunakan secara berpasangan dengan Gong Suwukan, iaitu alat kolotomik
yang berukuran sederhana besar dalam keluarga gong


Ianya diperbuat daripada perunggu dan berukuran 65 cm pada garis lintang
Sifat kolomiknya lebih berpusat kepada ciri-ciri pembahagian pada keratan frasa-
frasa lagu mengikut proses ‘gongan’ iaitu satu proses pembinaan lagu pada setiap
pembahagian lagu bagi setiap pembahagian keratannya sebelum kemasukkan gong
yang berkenaan.


mengetahui bagaimana

Tarian Kuda Kepang

dipersembahkan

Memerlukan minimum 25 orang peserta
9 orang penari.
5 orang pemain alat muzik
15 orang danyang
2 orang bomoh


Kedudukan disusun seperti ingin pergi berperang

contoh tarian:
Tarian Selendang
Tarian Sola
Tarian Mempertahankan diri
Tarian Perjuangan
Tarian Pak Tani
Tarian Pucuk Rebung
Rentak tarian direka oleh guru tarian sendiri


Melakukan upacara 'buka gelanggang'
Bomoh akan membaca jampi dan memohon restu untuk
memulakan tarian
Hidangan seperti buah kelapa, beras, pisang masak,
kemenyan, kain putih, benang dan jarum
Bomoh akan masuk campur sekiranya penari dirasuk di
luar kawalan
persembahan tidak boleh dipersembahkan melepasi jam
12 malam
Setelah persembahan selesai, bomoh akan membaca
mantera di bilik khas dan menghantar semangat itu
kembali ke tempat asal


isi 3: keunikan tarian kuda

kepang

Unsur mistik Naik syeikh Pantang
Pengeras
larang


Unsur mistik

Sebelum tarian dimulakan, bomoh akan membakar kemenyan
dan membaca jampi.
Perkara ini bertujuan untuk memberi tenaga kepada kuda-
kuda sebelum memulakan persembahan.
Antara alatan yang digunakan ialah telur mentah, bunga,

rumput dan air untuk persembahan ini.


Naik syeikh

Semasa tarian dipersembahkan penari berada dalam keadaan yang dipanggil “naik

syeikh” dan dikawal oleh bomoh.
Namun begitu, bunyi-bunyian pengiring perlu diteruskan. Jika bunyi-bunyian itu

diberhentikan, penari akan naik marah dan menerkam pengiring.
Mereka akan menari selama dua jam sehingga mengalami keadaan bersawai dan

terpukau dengan kehebatan pergerakan mereka.
Ketika mabuk, mereka akan bermimpi yang mereka sedang menunggang kuda yang

sebenar sambil diiringi dengan iringan muzik.


Itu menyebabkan mereka cuba mengejar iringan muzik tersebut
Dengan itu, bomoh akan menempatkan anak-anak buah di setiap

sudut gelanggang bagi menangkap penari yang telah “naik syeikh”

untuk dipulihkan kembali.
Penari tarian kuda kepang ini akan menari sehingga menjadi lupa.
Pada masa ini, penari akan berada dalam keadaan mata berkilauan,

tidak boleh bercakap manakala pergerakan mereka menyerupai kud
Dalam masa ini, seseorang ini hanya bergantung kepada kekuatan r
juga niat atau azam diri oleh mereka.


Bomoh akan membaca mantera pada ubun-ubun dan telinga penari setelah mereka

ditangkap dan direbahkan oleh pengawal yang cekap. Mereka akan kembali pulih dalam

keadaan letih dan lesu.
Para penari yang dirasuk ini akan melakukan perkara-perkara yang berbahaya seperti

memakan kaca atau mengupas jampi serapah yang telah dibacakan.
Selain itu mereka juga mampu melakukan perkara di luar jangkaan manusia seperti

melompat setinggi enam atau tujuh kaki, meniti di atas sebatang buluh atau kayu licin,

mengupas kelapa dengan gigi dan menjilat parang yang panas.
Walaupun begitu, tidak semua penari mengalami keadaan “naik syeikh’. Mereka yang

dalam keadaan normal akan memberhentikan tarian lalu duduk berehat di tepi

gelanggang.


Pantang larang

Sebelum memulakan tarian: bomoh perlu mengadakan upacara

pemujaan roh sebelum persembahan dilakukan
Para penari : tidak boleh melihat kaca atau serpihan kaca
Para pemain alat muzik : perlu memainkan alat muzik mengikut

rentak para penari
Penonton: tidak boleh mencaci atau memaki para penari


Anyaman kuda kepang: perlu disimpan dan diletakkan di tempat yang

khusus seperti dalam bilik penyimpanan


Pengeras

Menyediakan sajian seperti beberapa butir kemenyan, tempat bara

membakar kemenyan, nasi campur dengan lauk ayam dan sayur, air

mentah secerek dan beberapa jenis kuih
Wang sebanyak RM2.25 diserahkan oleh penganjur kepada Tok Bomoh

Bayaran bagi setiap persembahan tidak kurang daripada RM200


Kesimpulan

Tarian kuda kepang ini mempunyai keunikannya tersendiri tetapi ia

sewajarnya disesuaikan dengan akidah umat islam agar tidak bertentangan

dengan ajaran agama islam.

Secara implisit dan eksplisit, keunikan tarian kuda kepang kesan penggabungan

animisme ini wajar dipelajari dan dijadikan sebagai khazanah negara untuk

memperlihatkan kepada dunia tentang keunikan dan kepelbagaian warisan negara

kita.


Click to View FlipBook Version