The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kajian Kes Tingkatan 2 Altair- Low Yee Shyuen, Siah Pei Shan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by lowyeeshyuen, 2024-06-21 05:57:03

Kajian Kes Tingkatan 2 Altair- Low Yee Shyuen, Siah Pei Shan

Kajian Kes Tingkatan 2 Altair- Low Yee Shyuen, Siah Pei Shan

Nama: Low Yee Shyuen , Siah Pei Shan Tingkatan: 2 Altair Nama Guru: Cikgu Ezeiqin KAJIAN KES TINGKATAN 2 2024 Bab 4.1 AGAMA DAN KEPERCAYAAN AWAL TAJUK : AGAMA DAN KEPERCAYAAN MASYARAKAT KERAJAAN ALAM MELAYU


MASYARAKAT KERAJAAN ALAM MELAYU MEMPUNYAI PEGANGAN AGAMA DAN KEPERCAYAAN YANG MASIH DIAMALKAN SEHINGGA KE HARI INI KHUSUSNYA DI NEGARA KITA , MALAYSIA. BINCANGKAN. 1.0 PERNYATAAN MASALAH


2.0 OBJEKTIF KAJIAN 1. Untuk mengetahui latar belakang kepercayaan awal dan perkembangan agama masyarakat kerajaan Alam Melayu dengan lebih terperinci. 2. Untuk menghuraikan kepentingan hidup beragama dan memiliki kepercayaan dalam masyarakat masa kini. 3. Untuk meneroka bukti kepercayaan awal dan pegangan agama di negara kita dalam kehidupan seharian yang masih wujud pada masa kini.


PERPUSTAKAAN PEMERHATIAN MELAYARI INTERNET BUKU TEKS 3.0 KAEDAH KAJIAN


Maksud Agama: Suatu sistem berkaitan anutan, keimanan dan penyembahan terhadap tuhan. Maksud Kepercayaan: Pegangan yang diyakini dapat menjadi panduan dalam kehidupan. Masyarakat kerajaan Alam Melayu memiliki agama dan kepercayaan yang memberikan panduan dalam kehidupan seharian mereka. Di samping itu, pemerintah kerajaan Alam Melayu berperanan penting untuk memastikan pengukuhan dan kelangsungan agama dalam kerajaanya. Kepercayaan awal masyarakat kerajaan Alam Melayu ialah animisme dan dinamisme yang berkait rapat dengan alam sekeliling. Cara hidup masyarakat yang hampir sama di seluruh Alam Melayu menjadikan kepercayaan mereka juga hampir serupa. 4.0 DAPATAN KAJIAN 4.1


KEPERCAYAAN AWAL Animisme Maksud: Kepercayaan bahawa setiap makhluk, hidupan dan tumbuhan memiliki roh atau semangat. Berkait dengan kepercayaan terhadap makhluk halus dan penyembahan kepada roh nenek moyang yang telah meninggal dunia yang dipanggil hyang. Penting untuk memastikan keluarga yang masih hidup mendapat kebaikan atau menghindar kesusahan di dunia. Perayaan Hari Moyang oleh masyarakat Temuan di Bukit Cheeding, Banting, Selangor


KEPERCAYAAN AWAL Dinamisme Berkait rapat dengan kepercayaan terhadap kekuatan yang juga dikenali sebagai mana atau semangat. Setiap benda dan makhluk dianggap mempunyai mana yang boleh mempengaruhi kehidupan seseorang. Contoh: Upacara pemujaan semangat tanaman dilakukan agar mendapat hasil tanaman yang subur dan banyak. Pawang masyarakat Iban menyiapkan makanan korban (miring) semasa Hari Gawai


PENYEBARAN AGAMA HINDU DAN BUDDHA SEBELUM ABAD KE-15 Agama Hindu dan Buddha tersebar sebelum Masihi lalu mempengaruhi kehidupan masyarakat kerajaan Funan, Champa, Srivijaya, Angkor, Majapahit, Kedah Tua dan Gangga Nagara. Agama Hindu, Buddha dan Islam tersebar ke Alam Melayu lazimnnya berkait rapat dengan peranan mubaligh, pemerintah dan perkembangan perdagangan antarabangsa. Peta penyebaran agama Hindu, Buddha dan Islam Sebelum Abad Ke15 ke Alam Melayu


PENYEBARAN AGAMA ISLAM SEBELUM ABAD KE-15 PETA PENYEBARAN AGAMA HINDU, BUDDHA DAN ISLAM SEBELUM ABAD KE-15 KE ALAM MELAYU Agama Islam: Pula tiba di Alam Melayu mulai abad ketujuh. Tersebar dan diamalkan dalam kerajaan Melayu seperti Champa, Majapahit, Kedah dan Pasai. Namun begitu, beberapa aspek kehidupan masyarakat Melayu seperti sistem pemerintahan, bahasa, persuratan dan seni bina yang mendapat pengaruh budaya Hindu dan Buddha masih diamalkan dan disesuaikan dengan agama Islam.


PERKEMBANGAN AGAMA


KERAJAAN FUNAN Agama Hindu dan Buddha tersebar dalam kalangan masyarakat kerajaan Funan sejak abad pertama lagi. Antara Raja Funan yang mengambil peranan besar terhadap perkembangan agama Buddha termasuklah Fan Shih-man. CANDI BUDDHA TINGGALAN: Candi Go Cay Thi. TAPAK CANDI GO CAY THI


KERAJAAN ANGKOR ANUTAN UTAMA: Agama Hindu (sejak kerajaan ini diasaskan) menjadi gemilang semasa pemerintahan Suryavarman II. CANDI HINDU TERMASYHUR : Angkor Wat. Peranan agama Hindu sebagai agama utama diambil alih oleh agama Buddha semasa pemerintahan Jayavarman VII pada abad ke-12. Angkor Wat


KERAJAAN CHAMPA Ketika pemerintahan Bhadravarman: -Agama Hindu tersebar sejak abad keempat. -Mendirikan candi Hindu (Siva-Bhadresvara) di Lembah Mi Son. Candi Hindu turut dibina di Po Nagar. BUKTI PENYEBARAN AGAMA BUDDHA: Candi Dong Duong. BUKTI PENYEBARAN AGAMA ISLAM: Penemuan batu bersurat bertarikh 1035 dan batu nisan bertarikh 1039 di Panduranga. -Islam mulai tersebar luas dalam kerajaa Champa semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin pada abad ke-14. CANDI PO NAGAR


CANDI MUARA JAMBI Pusat kegiatan agama Buddha sejak abad ketujuh. Pendeta Buddha bernama I-Tsing dari China pernah datang ke Srivijaya untuk mempelajari bahasa Sanskrit dan menterjemahkan kitab-kitab agama Buddha. ANTARA CANDI BUDDHA TINGGALAN: -Candi Muara Jambi -Candi Muara Takus -Candi Bahal KERAJAAN SRIVIJAYA


KERAJAAN MAJAPAHIT Agama Islam tersebar di Majapahit sejak abad ke14: -BUKTI: Wu Ping, pegawai kerajaan Ming beragama Islam dilantik sebagai wakil tetap di Majapahit. -Gan Eng Chou, pegawai yang beragama Islam juga pernah dilantik sebagai ketua kaum Cina di Tuban (kota pelabuhan Majapahit). Setelah kerajaan Majapahit runtuh, kerajaan Demak muncul dan menjadi pusat pengajian agama Islam terbesar di Jawa pada abad ke-16. Agama Hindu dan Buddha berkembang serentak dan saling mempengaruhi dalam kalangan masyarakat kerajaan Majapahit. -Hayam Wuruk telah menyatukan aliran dalam agama Hindu dan Buddha yang dipanggil Tripaksa pada abad ke-14. CANDI MASYHUR TINGGALAN KERAJAAN MAJAPAHIT: -Candi Jabong -Candi Sukuh -Candi Brahu Masjid Demak


KERAJAAN KEDAH TUA Agama Buddha telah diamalkan dalam kerajaan Kedah Tua sejak abad kelima dan menjadi anutan utama. Agama Hindu turut tersebar kemudiannya. Kedah mula menerima pengaruh Islam pada abad ke-12. Pemerintah Kedah yang kesembilan, iaitu Maharaja Derbar Raja II telah memeluk agama Islam pada tahun 1136.


Masyarakat kerajaan Gangga Nagara menganut agama Buddha. BUKTI: Penemuan arca-arca Buddha di Lembah Kinta. Turut ditemui ialah patung Buddha, Avalokitesvara di Bidor, Perak. Arca-arca Buddha ini bertarikh abad keenam hingga kesembilan Masihi. KERAJAAN GANGGA NAGARA PATUNG BUDDHA ,AVALOKITESVARA(DITEMUI DI SEBUAH LOMBONG BIJIH TIMAH MILIK ANGLO ORIENTAL, BIDOR, PERAK PADA TAHUN 1936)


Kepentingan hidup beragama dan memiliki kepercayaan dalam masyarakat masa kini adalah dapat mengurangkan kes jenayah. Selain itu, kepentingan adalah dapat membentuk negara yang aman dan damai. Di samping itu, kepentingan ialah masyarakat dapat hidup dalam keadaan yang sejahtera dan selamat. Tambahan pula, kepentingan adalah dapat memajukan negara. Hal ini dikatakan demikian kerana masyarakat yang hidup beragama dan memiliki kepercayaan akan mempunyai panduan hidup serta menjadi insan yang berakhlak mulia. 4.2


CANDI BRAHU(DIDIRIKAN ABAD 15 MASEHI YANG BERADA DI TROWULAN) 4.3 Agama Buddha CANDI GO CAY THI CANDI DONG DUONG CANDI MUARA JAMBI CANDI BAHAL CANDI MUARA TAKUS PATUNG BUDDHA ,AVALOKITESVARA(DITEMUI DI SEBUAH LOMBONG BIJIH TIMAH MILIK ANGLO ORIENTAL, BIDOR, PERAK PADA TAHUN 1936) CANDI JABONG(BERADA DI DESA JABUNG CANDI, KECAMATAN PAITON, KABUPATEN PROBOLINGGO, JAWA TIMUR)


AGAMA HINDU ANGKOR WAT CANDI PO NAGAR CANDI SUKUH MASJID DEMAK AGAMA ISLAM


KEPERCAYAAN AWAL PERAYAAN HARI MOYANG OLEH MASYARAKAT TEMUAN DI BUKIT CHEEDING, BANTING, SELANGOR PAWANG MASYARAKAT IBAN MENYIAPKAN MAKANAN KORBAN (MIRING) SEMASA SAMBUTAN PERAYAAN HARI GAWAI ANIMISME DINAMISME


Kesimpulannya, kepercayaan awal masyarakat kerajaan Alam Melayu ialah Animisme dan Dinamisme. Agama Hindu dan Buddha tersebar dalam kalangan masyarakat kerajaan Funan, contohnya Candi Go Cay Thi. Selain itu, agama Hindu tersebar dalam kalangan masyarakat kerajaan Champa, contohnya Candi Po Nagar. Di samping itu, agama Hindu menjadi anutan utama dalam kalangan masyarakat kerajaan Angkor, contohnya Angkor Wat. Seterusnya, kerajaan Srivijaya merupakan pusat kegiatan agama Buddha, contohnya Candi Muara Jambi, Candi Bahal dan Candi Muara Takus. Selanjutnya, agama Hindu dan Buddha berkembang serentak dan saling mempengaruhi dalam kalangan masyarakat kerajaan Majapahit, contohnya Candi Jabong, Candi Sukuh dan Candi Brahu. Tambahan pula, agama Buddha telah diamalkan dalam kerajaan Kedah Tus dan menjadi anutan utama. Akhir sekali, masyarakat kerajaan Gangga Nagara menganut agama Buddha, contohnya patung Buddha, Avalokitesvara. Nilai yang ada dalam kajian ialah nilai hormat-menghormati. Kita perlu saling menghormati agama dan kepercayaan orang lain. Bukan begitu sahaja, nilai yang ada dalam kajian ialah nilai kebijaksanaan. Kita mesti mencontohi masyarakat kerajaan Alam Melayu yang bijak dan kreatif membina pelbagai jenis seni bina. 5.0 Kesimpulan dan Cadangan


6.0 SUMBER RUJUKAN BUKU TEKS Dr. Suffian bin Mansor, Dr. Mardiana binti Nordin, Ahmad Salehee bin Abdul, Ishak bin Saidoo, 2017, Sejarah tingkatan 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. INTERNET https://repository.its.ac.id/691/3/3512100057-Paper.pdf https://ejournal.undiksha.ac.id/index.php/JJPS/article/view/15154 https://www.muziumnegara.gov.my/ms/avalokiteshvara


7.0 LAMPIRAN


Click to View FlipBook Version