The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zaitonladin, 2023-06-05 23:35:14

Buku Program PIBG kali ke-35

Buku Program PIBG kali ke-35

1 VISI PIBG BERSAMA MELONJAKKAN KECEMERLANGAN SEKOLAH MISI PIBG MEMBERIKAN KOMITMEN SECARA PROFESIONAL DALAM MEMBANTU PIHAK SEKOLAH MELAKSANAKAN DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN KEPADA SEMUA MURID SAMA ADA DARI SEGI MATERIAL, PEMBANGUNAN SEKOLAH DAN SAHSIAH BAGI MEMASTIKAN KEJAYAAN BERSAMA


2 VISI PIBG BERSAMA MELONJAKKAN KECEMERLANGAN SEKOLAH MISI PIBG MEMBERIKAN KOMITMEN SECARA PROFESIONAL DALAM MEMBANTU PIHAK SEKOLAH MELAKSANAKAN DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN KEPADA SEMUA MURID SAMA ADA DARI SEGI MATERIAL, PEMBANGUNAN SEKOLAH DAN SAHSIAH BAGI MEMASTIKAN KEJAYAAN BERSAMA


3 Alhamdulillah, marilah kita semua bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan Izin-Nya Mesyuarat Agung PIBG kali ke-35 bagi tahun 2023 dapat dilaksanakan secara bersemuka. Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa yang dapat hadir walaupun dalam kesibukan menguruskan komitmen masing-masing. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan menunjukkan kesungguhan dan tanggungjawab yang tinggi untuk merealisasikan visi dan misi sekolah dalam mencapai kecemerlangan akademik, kokurikulum dan sahsiah muridmurid. Pembelajaran secara bersemuka membolehkan interaksi dua hala iaitu murid dengan guru dijalankan secara lebih berkesan. Penyelidikan menunjukkan bahawa muridmurid yang akan belajar lebih banyak apabila mereka bersemuka di sekolah. Muridmurid yang belajar secara bersemuka kurang mempunyai gangguan., peningkatan dari segi tumpuan dan boleh menerima secara langsung pengalaman pembelajaran yang menghalang mereka daripada ketinggalan. Oleh itu, keprihatian dan sokongan emosi daripada ibubapa amat penting dalam memastikan anak-anak memanfaatkan sebaik-baiknya masa ketika pembelajaran bersemuka di sekolah. Sokongan dan sumbangan PIBG SKJPBG dari segi material mahupun idea-idea yang bernas merupakan nadi penggerak kepada semua aktiviti Pendidikan dan pembangunan prasarana sekolah yang terbilang. Di sini saya ingin merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada barisan AJK PIBG sesi 2021/2022 yang telah menjalankan tugas dan Amanah yang dieprtanggungjawabkan dengan penuh dedikasi dan cemerlangAkhir kata, marilah kita Bersama-sama berganding bahu seikat Bagai sirih , serumpun Bagai serai dalam menggembleng usaha untuk memastikan SKJPBG terus menjadi sekolah yang dikagumi dan disanjungi masyarakat setempat. Sekian, Terima kasih. (SITI ZAUYAH BT ABD HAMID) GURU BESAR SK Jalan Panglima Bukit Gantang SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG


4 KATA-KATA ALUAN YDP PIBG Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana kita dapat Bersama-sama menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-35 ini Kembali normal selepas wabak Covid-19. Sekalung terima kasih kepada semua AJK PIBG sesi 2021/2022 dan semua ibu bapa serta guru yang telah berganding bahu dalam menggerakkan dan memberikan sokongan padu kepada setiap program yang direncanakan oleh pihak sekolah. Semoga semangat dan keiltizaman ibu bapa terus tekal untuk melihat SKJPBG terus bergerak ke hadapan dalam menerajui Pendidikan negara. AJK PIBG yang dipilih dalam mesyuarat agung ini sentiasa beriltizam memikul Amanah dan kepercayaan yang diberikan tetapi tanpa komitmen yang menyeluruh daripada ibu bapa dan guru tentunya bahtera ini tidak mampu menongkah arus. Justeru, segala sumbangan baik dalam bentuk kebolehan, kepakaran, buah fikiran, material, kewangan daripada semua pihak amatlah dialu-alukan walaupun sedikit amat bermakna kepada PIBG dalam membantu merealisasikan visi dan misi sekolah ke arah menggapai kecemerlangan akademik, kokurikulum dan kemenjadian murid. Pada kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada SKJPBG yang selangkah sederap Bersama PIBG untuk menjayakan setiap aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah. Segala usaha tidak akan dicapai dengan penglibatan semua pihak. Saya dan AJK PIBG juga melahirkan rasa bangga dapat bergerak Bersama di bawah kepimpinan Puan Siti Zauyah bt Abd Hamid, Guru besar SKJPBG. Akhir kata, saya menyeru kepada semua AJK PIBG Bersatu hati dan tenaga bagi menjayakan segala misi dan visi PIBG agar menjadi sebuah persatuan yang dinamik dan progresif demi kepentingan, kebajikan dan kecemerlangan anak-anak kita di SKJPBG. Sekian, Terima kasih. (PADLI HISSAM BIN MAHMOOD) YDP PIBG SK Jalan Panglima Bukit Gantang


5 CARTA ORGANISASI PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK JALAN PANGLIMA BUKIT GANTANG 2022 Ex– OFFICIO Pn. Siti Zauyah bt Abd Hamid YDP PIBG En. Padli Hissam bin Mahmood SETIAUSAHA Pn. Zaiton bt Ladin NYDP PIBG En. Abu Hassan bin Saidi BENDAHARI En. Shakrani bin Che Mansor NAIB SETIAUSAHA Pn. Siti Norhartini bt Othman Pn. Irdayu bt Adnan Pn. Ily Munira bt Mansor Pn. Noor Haiza bt Mohd Noor Pn. Mazni bt Omar Pn. Nor Maizura bt Osman En. Sharizul Azlan bin Mohd Azizi En. Zainal bin Derani Pn. Noor Zawatil amal bt Mohd Zaki Pn. Afizah Hanum bt Ahmad Japlus En. Muhammad Rusdan bin Daiim En. Muralitharan a/l Shanmugam JURUAUDIT IBUBAPA En. Azri bin Asmat JURU AUDIT AJK IBUBAPA AJK GURU JURUAUDIT GURU Pn. Noor Atikah bt Omar


6 NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-35 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK JALAN PANGLIMA BUKIT GANTANG, 30000 IPOH PERAK _________________________________________________________________________________________________________ “PENDIDIKAN BERKUALITI, SEKOLAH UNGGUL,MURID HOLISTIK” RUJ.TUAN : Ruj.Kami : PIBG/SKJPBG/mesy.agung(35) Tarikh : 22 MEI 2023 Kepada: Semua Ibu Bapa/Penjaga Murid, SK Jalan Panglima Bukit Gantang 30000 Ipoh, Perak. Tuan/Puan, NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-35 TAHUN 2023 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG kali ke-35 akan diadakan seperti berikut: Tarikh : 10.06.2023 Hari : SABTU Masa : 08.30 PAGI Tempat : Dewan Harmoni D’Panglima 3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut: 3.1 Ucapan Yang Dipertua 3.2 Ucapan Penasihat 3.3 Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali ke-34 3.4 Perkara berbangkit 3.5 Membentang Aktiviti Laporan Tahunan 2022 3.6 Pembentangan dan Pengesahan Laporan Kewangan 2022 3.7 Pembubaran AJK tahun 2022 dan Pelantikan AJK 2023 3.8 Menerima dan Membahaskan Usul 3.9 Hal-hal lain 3.10 Ucapan Penangguhan 4. Usul tuan/puan boleh dikemukan pada pautan Google Form di bawah sebelum atau pada 26 Mei 2023. 5. Segala kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih. ‘MALAYSIA MADANI “ Saya yang menjalankan amanah: zaiton (ZAITON BT LADIN) Setiausaha PIBG, SK Jln Panglima Bukit Gantang, 30000 Ipoh.


7 ENROLMEN MURID SKJPBG 2023


8 ATURCARA MAJLIS 8.30 PAGI UCAPAN ALUAN PENGERUSI MAJLIS BACAAN DOA (EN. MUHAMMAD RUSDAN B DAIIM) UCAPAN ALUAN YDP PIBG (EN. PADLI HISSAM BIN MAHMOOD) UCAPAN ALUAN GURU BESAR (PN. SITI ZAUYAH BT ABD HAMID) PENYAMPAIAN SIJIL KEPADA AJK PIBG DAN SUMBANGAN DERMA KEPADA ADIK ADIWIRA PELANCARAN PROGRAM GEROBOK REZEKI ‘REZEKI SAMA DIKONGSI’ TAYANGAN MONTAJ AKTIVITI PIBG KALI KE-34 10:00 PAGI MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-35 DIMULAKAN PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG 2022 PEMBENTANGAN LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG 2022 PEMBENTANGAN DAN PENERIMAAN PENYATA KEWANGAN PIBG TAHUN 2022 PEMBUBARAN DAN PERLANTIKAN AJK PIBG TAHUN 2022/2023 MENERIMA DAN MEMBAHASKAN USUL-USUL HAL-HAL LAIN UCAPAN PENANGGUHAN 11.00 PAGI MAJLIS BERSURAI


9 JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT PIBG KALI KE-35 SK JALAN PANGLIMA BUKIT GANTANG Penasihat : Pn. Siti Zauyah bt Abd Hamid Pengerusi : En. Padli Hissam b Mahmood Naib Pengerusi : En. Abu Hasan bin Saidi Setiausaha : Pn. Zaiton bt Ladin Bendahari : En. Shakrani bin Che Mansor Juruacara Pn. Saibatol Sukma bt Kassim Siaraya En. Zamri bin Abdul Rahman En. Osmalik bin Abu Sepian Bacaan Doa En. Muhammad Rusdan bin Daaim Persiapan Dewan En. Mohd Aswal bin Ahmad En. Mohd Asri bin Zahari En. R. Vijayan a/l Rengiah En. Peter James a/l Kanickamuthu Hadiah Cabutan Bertuah/Pentas Pn. Noraini bt Ahmad Sapar Pn. Norilyana bt Mohd Fadzil Pn. Ainal Sharida bt Saidin Pn. Farawahida bt Mohd Khalid Pn. Sri Nani bt Mohd Saad Pendaftaran Pn. Kadiani a/p Muniandy Pn. Faridah bt Osman Pn. Roszaireen bt Ali Pengiraan Undi Pn. Noor Atikah bt Omar Pn. Nur Fathiyah Liyana Maulat Zahari Pn. Daljit Kaur Hakam Singh Pencatat Minit Mesyuarat Pn. Noor Zawatil Amal bt Mohd Zaki Pn. Afizah Hanum bt Ahmad Japlus Jurugambar Pn. Siti Norhartini bt Othman Pn. Jamilah bt Mohd Ariffin Banner/Buku Program/Dokumentasi/ Sijil Pn. Intan Nor Shahifah bt Arif Shah Pn. Zaiton bt Ladin Jamuan VIP/bu bapa/guru Pn. Norhaslinda bt Yadzi Pn. Husna Su’ad bt Titan Pn. Subatra a/p Subramaniam Cik Norazah bt Yunus Pn. Tuan Mastura bt Tuan Draman Pn. Malarvelle a/p Jeryaraman Pn. Amutha a/p Ramachandran Pn. Noraini bt Mohd Isa Pn. Camilla John Henry Montaj En. Muralitharan a/l Shanmugam


10 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SK JALAN PANGLIMA BUKIT GANTANG 30000 IPOH KALI KE- 34 TAHUN 2022 _____________________________________________________________________________________ TARIKH : 26 Mac 2022 (Sabtu) MASA : 09.00 PAGI TEMPAT : Kediaman masing-masing [secara Google Meet]/ [FB Live] PERASMIAN OLEH : En. Padli Hissam bin Mahmood Yang Dipertua PIBG SK Jalan Panglima Bukit Gantang 30000 Ipoh Perak KEHADIRAN : 290 orang AGENDA MESYUARAT : 1. Ucapan Yang dipertua 2. Ucapan Penasihat 3. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-33 4. Perkara-Perkara Berbangkit 5. Membentang dan Menerima Laporan Aktiviti Tahunan 2021 6. Membentang dan Mengesahkan Penyata Kewangan Tahunan PIBG Tahun 2021 7. Pembubaran AJK PIBG 2021 8. Pelantikan AJK Baharu PIBG 2022 9. Membentang dan Menerima Usul-usul 10. Hal-hal Lain 11. Ucapan Penangguhan


11 1.0 Ucapan Yang Dipertua [En. Padli Hissam bin Mahmood] 1.1 En. Padli Hissam bin Mahmood, mengalu-alukan kehadiran semua guru, AJK PIBG, ibubapa dan waris murid kerana sudi meluangkan masa dalam mesyuarat Agung kali ke-34 pada hari ini dalam norma baharu iaitu secara maya (Google Meet) dan juga menggunakan platform FB live. 1.2 Mengucapkan syabas dan tahniah kerana hasil kerjasama antara PIBG dan semua warga SKJPBG kita dapat melaksanakan bersama-sama beberapa aktiviti yang telah pun dirancang pada tahun 2021 dan mendapat kerjasama yang baik daripada semua pihak termasuklah komuniti luar. 1.3 Pihak PIBG juga merasa bangga kerana dapat meneruskan silaturahim antara pihak sekolah dan ibu bapa murid-murid SK Jalan Panglima Bukit Gantang khususnya dalam pelaksanaan PDPR tahun lepas di mana negara kita masih lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 1.4 Akhir sekali, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak kerana tetap menggalas tanggungjawab dalam memastikan setiap program sekolah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Serta mengucapkan syabas dan tahniah dalam memastikan kerjasama antara guru dan ibubapa tetap terus utuh dan cemerlang. Tindakan : Makluman kepada semua ahli. 2.0 Ucapan Penasihat ( Pn. Salabiah bt Chu Abu Kassim ) 2.1 Puan Salabiah bt Chu Abu Kassim mengalu-alukan semua kehadiran guru dan ibubapa penjaga murid ke mesyuarat agung PIBG kali ke-34 bagi tahun 2022 biarpun pada tahun ini masih lagi dilaksanakan secara alam maya iaitu secara Google Meet dan juga menggunakan platform FB Live. Bersyukur diberi nafas oleh Allah S.W.T dan masih lagi dapat berjumpa biarpun melalui platform GM dan secara FB live ini. 2.2 Beliau memaklumkan bahawa biarpun sekolah baru 1 minggu dibuka namun pihak sekolah perlu meneruskan agenda sekolah yang telah dirancang bagi menggapai kesinambungan akademik murid-murid dan meneruskan kerja buat yang perlu dilaksanakan oleh pihak sekolah. 2.3 Dalam mesyuarat kali ini, saya ingin membentangkan dan menerangkan mengenai pengoperasian sekolah bagi tahun 2022 ini dan beberapa isu KPM terkini. Bagi tahun 2022, SKJPBG mempunyai 18 buah kelas dan 2 buah kelas PRA. Enrolmen Guru seramai 44 orang dan 5 orang AKP. Ini bermakna waran sekolah ini secara keseluruhannya telah lengkap 100%. 2.4 Memaklumkan dalam kenyataan media bertarikh 5 Mac 2022, kerajaan memutuskan bahawa sekolah yang mempunyai 600 lebih murid, penggiliran murid sekolah perlu dilaksanakan. Kelas penggiliran dinyatakan sebagaimana berikut: BIL KELAS PENGGILIRAN/TIDAK Tahun 1 Tidak Tahun 2 Tidak Tahun 3 Bergilir Kumpulan A/B Tahun 4 Bergilir Kumpulan A/B Tahun 5 Bergilir Kumpulan A/B Tahun 6 Tidak


12 2.5 Unjuran enrolmen murid dinyatakan sepertimana berikut: KELAS JUMLAH MURID Tahun 1 97 Tahun 2 97 Tahun 3 102 Tahun 4 99 Tahun 5 99 Tahun 6 93 2.6 Unjuran ini dinyatakan memandangkan permintaan tinggi daripada ibubapa yang berkeinginan untuk menghantar ke sekolah ini. Pihak sekolah akan merujuk kepada PPD sekiranya ada ibubapa ingin menghantar anak ke sekolah ini memandangkan prasarana di sekolah ini terhad memandangkan kelas terutama kelas tahun 3 mempunyai ruang yang agak sempit. 2.7 Antara aktiviti terkini yang dilaksanakan di sekolah ialah program Transisi tahun 1. Program ini adalah daripada KPM dan mempunyai dua fasa iaitu fasa penyesuaian dan kesediaan 2.8 Menjelaskan bahawa PBD dilaksanakan bagi menggantikan sistem peperiksaan yang telah dimansuhkan. berhemah oleh semua pihak termasuk guru dan ibubapa bagi memastikan anak-anak tidak ketinggalan dalam menerima pembelajaran. PBD dilaksanakan secara holistik dan berteruskan dan disediakan dalam bentuk laporan. Guru akan menyediakan laporan sebanyak 2 kali setahun. PBD mengambil kira pembelajaran yang berlangsung dalam pelbagai aspek seperti kuiz, projek mudah, buku skrap dan sebagainya. BIL AKTIVITI/PROGRAM TARIKH Reading With Mom April 2022-Mac 2023 NILAM April 2022 Speaker Corner April 2022-Februari 2023 Pelaporan PBD Julai 2022 & Januari 2023 Gerobok Rezeki April -Jun 2022 SKJPBG Dihatiku April 2022-Jun 2022 SKJPBG Got Talent Mac- Februari 2023 Sahsiah Terpuji April -Disember 2022 Aktiviti Kokurikulum Mingguan Mei-Disember 2022 Sukan olahraga/Tahap 1/ Prasekolah September 2022 Pertandingan Ko-Akademik/ MSSPK Mei-September 2022 Karnival Permainan Januari 2023 Pembangunan Sukan Januari-Februari 2023 Hari Anugerah Murid Januari 2023 2.9 Pihak sekolah juga telah menyusun beberapa aktiviti sepanjang 2022 dan akan dilaksanakannya. Antara program yang telah disusun atur oleh pihak sekolah ialah:


13 2.10 Berkaitan isu terkini, untuk menangani isu beg berat pihak sekolah; pihak sekolah membuat keputusan untuk mengutip buku latihan & aktiviti murid di dalam rak yang telah disediakan di dalam kelas. Selain itu, pihak sekolah telah menyusun jadual anjal bagi mengatasi isu beg berat yang hangat diperkatakan mutakhir ini. 2.11 Akhir sekali, beliau mengharapkan agar anak-anak terus dapat mengikuti PDPC, mengharapkan semua guru dapat menggalas tanggungjawab dan tugas dengan cemerlang serta sentiasa mempelbagaikan kaedah pengajaran. Beliau juga amat mengharapkan agar AJK PIBG akan terus memberikan sokongan yang jitu kepada pihak sekolah serta amat mengharapkan sokongan dan komitmen ibubapa dalam membantu serta memastikan anak-anak sentiasa mengikuti PDPC ini dan sentiasa komited untuk datang ke sekolah. Tindakan : Makluman kepada semua ahli. 3.0 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-33 Pembentang : Pn. Zaiton bt Ladin Pertanyaan : Tiada Pencadang : Pn. Masitah bt Abdul Majid Penyokong : Pn. Mazni bt Omar 4.0 Perkara-Perkara Berbangkit 4.1 Tiada perkara berbangkit. 5.0 Membentang dan Menerima Laporan Aktiviti PIBG 2020 Pembentang : Pn.Zaiton bt Ladin Pertanyaan : Tiada Pencadang : En. Azri bin Asmat Penyokong : Pn. Noor Maizura bt Osman. 6.0 Membentang dan Mengesahkan Penyata Kewangan Tahunan PIBG Pembentang : En. Shakrani bin Che Omar Pertanyaan : En. Azri bin Asmat : Berkaitan dengan derma PIBG daripada pihak ibubapa. : Jawapan YDP : Kutipan masih lagi berjalan memandangkan kutipan ini dijalankan bermula awal september 2021 dan kutipan selebihnya adalah dalam tahun Januari dan Februari 2022. Pencadang : En. Azri bin Asmat Penyokong : Pn. Mazni bt Omar


14 7.0 Pembubaran AJK PIBG 2021 7.1 YDP mengisytiharkan pembubaran AJK PIBG bagi tahun 2021. Pengisytiharan tersebut diterima sebulat suara oleh semua AJK PIBG. En. Afzairudy mengesahkan pembubaran dilaksanakan dan mohon pemilihan AJK baharu bagi sesi 2021 dilaksanakan. 7.2 Pengisytiharan tersebut diterima sebulat suara oleh semua PIBG. 8.0 Pelantikan AJK PIBG baharu 2022 8.1 Pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG bagi tahun 2022 (mengikut susunan jawatan ) a. Yang di Pertua : En. Padli Hissam b Mahmood b. Naib Yang Dipertua : En. Abu Hassan bin Saidi c. Setiausaha : Pn. Zaiton bt Ladin d. Naib Setiausaha : Pn. Siti Nor Hartini bt Othman e. Bendahari : En. Shakrani b Che Mansor f. Ahli Jawatankuasa : BIL IBU BAPA GURU 1 En. Zainal bin Derani Pn. Noor Zawatil Amal bt Mohd Zaki 2 En. Sharizul Azlan bin Mohd Azizi Pn. Afizah Hanum bt Mohd Japlus 3 Pn. Normaizura bt Osman En. Muhd Rusdan bin Daiim 4 Pn. Ily Munira bt Mansor En. Muralitharan a/l Shanmugam 5 Pn. Mazni bt Omar 6 Pn. Irdayu bt Adnan 7 Pn. Noor Haiza bt Mohd Noor g. Juru Audit : En. Mohd Azri b Asmat. : Pn. Noor Atikah bt Omar 9.0 Membentang dan Menerima Usul-usul 9.1 Pn. Rahimi bt Ramli dan Faizal Efendi bin Tini Sutan Pangulu. USUL/CADANGAN : Penyediaan kotak atau rak kotak bagi menyimpan buku anak-anak dan mengatasi isu beg berat. JAWAPAN YDP : Memaklumkan bahawa pihak sekolah telah menyediakan rak dan bakul untuk murid-murid meletakkan buku aktiviti dan buku tulis. Murid hanya perlu membawa bukut teks sahaja ke sekolah. Buku teks tidak boleh ditinggalkan di dalam sekolah kerana dikhuatiri hilang atau tercicir.


15 Disediakan oleh, Disahkan oleh, ……zaiton………… ………………………………………….. (ZAITON BT LADIN) (PADLI HISSAM B MAHMOOD) Setiausaha PIBG, Yang Dipertua PIBG, SK Jln Panglima Bukit Gantang, Ipoh SK Jln Panglima Bukit Gantang, Ipoh 10.0 Hal-hal Lain 10.1 Cadangan kutipan sumbangan PIBG sebanyak RM50.00 (perkeluarga) dan beberapa kutipan sumbangan yang lain- YDP memaklumkan bahawa setelah mesyuarat AJK yang dijalankan barubaru ini, pihak AJK bercadang untuk mengutip sumbangan PIBG sebanyak RM50.00 (perkeluarga), Yuran Kecemerlangan RM30.00, Yuran Keselamatan dan Keceriaan, RM20.00 dan bertanyakan pandangan semua pihak. Cadangan tersebut telah diterima sebulat suara oleh semua ahli PIBG. (Lampiran muka surat 8). 10.2 Pn. Rohazlin- mencadangkan agar kutipan bayaran PIBG dibayar sebanyak 3 kali bayar. Jawapan Guru Besar: Memaklumkan kutipan yang diputuskan ini seeloknya dibayar sebanyak 2 kali. Namun budi bicara dibolehkan sekiranya ibubapa mempunyai kekangan bayaran. Kutipan ini hendaklah melalui guru kelas masing-masing. Bayaran akan bermula sekiranya mendapat kelulusan daripada JPN. 11.0 Ucapan Penangguhan 11.1 YDP mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada ibu bapa dan guru-guru kerana menjayakan mesyuarat agung pada kali ini. Beliau mengucapkan tahniah kepada AJK yang telah diberi kepercayaan dan mengharapkan kerjasama antara guru dan ibu bapa bagi memastikan kecemerlangan sekolah. 11.2 Beliau turut mengucapkan terima kasih atas kepercayaan ibubapa kepada barisan AJK PIBG yang baharu dilantik dan akan berusaha meningkatkan kerjasama antara ibu bapa dan guru dalam setiap program yang dianjurkan. Beliau juga memohon semua ahli memberi kerjasama dan barisan AJK PIBG 2022 serta guru-guru SK Jalan Panglima Bukit Gantang, untuk mengendali dan melaksanakan aktivitiaktiviti yang dirancang dengan sebaik-baiknya serta memohon maaf sekiranya ada kekurangan daripada pihak beliau dan insya-Allah akan sentiasa diperbaiki dari masa ke semasa. 11.3 Guru Besar selaku Penasihat PIBG SKJPBG memohon kerjasama dan sokongan semua pihak, kerana kecemerlangan sekolah adalah kecemerlangan bersama, beliau akan berusaha untuk mempertingkatkan kecemerlangan dan prasarana sekolah dengan sokongan ibu bapa, murid-murid, kakitangan dan guru-guru SK Jalan Panglima Bukit Gantang.


16 CADANGAN KUTIPAN BAYARAN TAMBAHAN OLEH PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU BAGI TAHUN 2022 BIL TAJUK/JENIS KUTIPAN TAHUN 1 TAHUN 2 TAHUN 3 TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 6 1 Yuran PIBG (Per Keluarga) 50.00 50.00 50.00 50.00 50.00 50.00 2 Yuran Kecemerlangan 30.00 30.00 30.00 30.00 30.00 30.00 3 Keselamatan dan Keceriaan 20.00 20.00 20.00 20.00 20.00 20.00 JUMLAH BESAR 100.00 100.00 100.00 100.00 100.00 100.00


17 CADANGAN KUTIPAN BAYARAN TAMBAHAN OLEH PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU 2023 BIL TAJUK/JENIS KUTIPAN TAHUN 1 TAHUN 2 TAHUN 3 TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 6 PRASEKOLAH 1 Yuran PIBG (Per Keluarga) 50.00 50.00 50.00 50.00 50.00 50.00 50.00 2 Yuran Kecemerlangan - 30.00 30.00 30.00 30.00 30.00 30.00 3 Keselamatan dan Keceriaan 20.00 20.00 20.00 20.00 20.00 20.00 20.00 JUMLAH BESAR 100.00 100.00 100.00 100.00 100.00 100.00 * Sebagaimana persetujuan yang telah diputuskan dalam mesyuarat AJK PIBG pada 18/1/2023 70.00


18 5 AKTIVITI UTAMA SEKOLAH BERSAMA PIBG TAHUN 2022 KOD SEKOLAH PENGISIAN MAKLUMAT 5 AKTIVITI UTAMA SEKOLAH Aktiviti Tarikh Pelaksanaan Aktiviti Peratus Kehadiran ABA 2011 5 Aktiviti Utama Sekolah Hari Pendaftaran Tahun 1 21.03.22 100 ABA 2011 5 Aktiviti Utama Sekolah Hari Sukan 25.09.22 85 ABA 2011 5 Aktiviti Utama Sekolah Hari Pelaporan 17.02.23 90 ABA 2011 5 Aktiviti Utama Sekolah Mesyuarat Agung PIBG 26.03.22 80 ABA 2011 5 Aktiviti Utama Sekolah Hari Anugerah 15.02.23 95


19 LAPORAN TAHUNAN PIBG SK JALAN PANGLIMA BUKIT GANTANG, IPOH 2022 1. Laporan Aktiviti 2022 Selepas mesyuarat agung kali ke-34 pada 26 Mac 2022, AJK PIBG telah menjalankan sebanyak 4 kali mesyuarat bagi membincangkan dan merancang aktiviti yang perlu dilaksanakan dan memastikan program yang dirancang dapat disempurnakan dengan jayanya. 2. Mesyuarat AJK Sebanyak 4 kali mesyuarat AJK telah dijalankan sepanjang tempoh sesi 2022 iaitu pada tarikh-tarikh berikut: BIL TARIKH MASA TEMPAT 1 21/7/2022 3:00 petang Bilik Gerakan 2 19/9/2022 8: 00 malam Kediaman Masing-masing (GM) 3 8/12/2022 8: 00 malam Kediaman Masing-masing (GM) 4 18/1/2023 3:00 Petang Bilik Gerakan BIL NAMA JAWATAN 1 2 3 4 1 Pn. Siti Zauyah bt Abd Hamid Penasihat / 0 / / 2 En. Padli Hissam b Mahmood YDP / / / / 3 En. Abu Hasan b Saidi NYDP / / / / 4 Pn. Jamilah bt Mohamad Hanipah PK Pentadbiran / / / 0 5 En. Sulaiman bin Jaafar PK HEM 0 / / 0 6 Pn. Rabiatul Adawiah bt Bahari PK Kokurikulum / / / / 7 Pn. Zaiton bt Ladin Setiausaha / / / / 8 Pn. Siti Norhartini bt Othman Naib Setiausaha / / / 0 9 En. Shakrani b Che Mansor Bendahari / / 0 / 10 En. Zainal bin Derani AJK / / / 0 12 En. Sharizul Azlan bin Mohd Azizi AJK / / / / 13 Pn. Normaizura bt Osman AJK 0 / / 0 14 Pn. Ily Munira bt Mansor AJK 0 / / 0 15 Pn. Mazni bt Omar AJK 0 / / 0 16 Pn. Irdayu bt Adnan AJK 0 / / / 17 Pn. Noor Haiza bt Mohd Nor AJK / / / / 18 En. Muralitharan a/l Shanmugam AJK / / 0 / 19 En. Muhd Rusdan bin Daiim AJK / / / / 20 Pn. Afizah Hanum bt Mohd Japlus AJK / / 0 / 21 Pn. Nor Zawatil Amal bt Mohd Zaki AJK / / / / 22 En. Mohd Azri bin Asmat JURUAUDIT DALAMAN 23 Pn. Noor Atikah bt Omar JURUAUDIT DALAMAN


20 LAPORAN AKTIVITI SARANA, PELIBATAN IBU BAPA & KOMUNITI SERTA SEKTOR SWASTA PIBG/PIBKS (2022) BIL AKTIVITI TARIKH 1 Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2021/2022 31.12.2021 2 Pendaftaran Prasekolah 31.12.2021 3 Team Building di Kem Murni, Gopeng 13.2.2022 4 Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-34 26 .3. 2022 5 Program Adab dan Nilai (MTQ) 15.4.2022 6 Penyerahan Bantuan Anak Yatim/Miskin 29.4.2022 7 Majlis Sambutan Hari Raya 13.5.2022 8 Majlis Sambutan Maal Hijrah 5.8.2022 9 Program Merentas Desa 19.8.2022 10 Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan 30.8.2022 11 Hari Sukan Negara 7.9.2022 12 Sambutan Hari Lahir Kanak-kanak Prasekolah 15.09.2022 13 Majlis Kejohanan Olahraga kali ke-33 25.9.2022 14 Majlis Sambutan Maulidurrasul 15.10.2022 15 Aktiviti Art Camp For Kids-Teacher Haniza 11.11.2022 16 Majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak 17.11.2022 17 Program Jelajah Buku Blink Bersama Ain Maisarah 22.11.2022 18 Perkhemahan Perdana Unit Beruniform 25-26.11.2022 19 Kejohanan Memanah Pembangunan Terbuka & Tertutup 10&11.12.2022 20 Majlis Khatam Al-Quran 03.02.2023 21 Hari Bertemu Waris 17.02.2023 22 Hari Anugerah Cemerlang 15.02.2023 23 Gotong-royong 31.12.2022


21 MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH PERINGKAT SEKOLAH


22 SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA BERSAMA DATO’ NORMAH HANUM BT DATO’ IBRAHIM PENGERUSI PRKPP


23 MAJLIS SAMBUTAN HARI LAHIR PRASEKOLAH BERSAMA MARRYBROWN


24 HANIZA ART CAMP FOR KIDS BERSAMA TEACHER HANIZA BT RAZALI


25 PROGRAM JELAJAH BUKU BLINK BERSAMA PENULIS BUKU AIN MAISARAH


26 LAPORAN KEWANGAN PIBG BAGI TEMPOH BERAKHIR DISEMBER 2022 PIBG SK JALAN PANGLIMA BUKIT GANTANG IPOH, PERAK. ANALISA KEWANGAN BAGI TEMPOH 01 JANUARI 2022 HINGGA 31 DISEMBER 2022 BIL PERKARA BAKI 2021 RM PENDAPATAN 2022 RM JUMLAH RM PERBELANJAAN 2022 RM BAKI RM 1 PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK, HEM 641.22 13,580.00 14,221.22 9,161.72 5,059.50 2 SUMBANGAN PIBG 27.25 15,006.98 15,034.23 8,476.00 6,558.23 3 KESELAMATAN & KECERIAAN SEKOLAH 2,544.80 9,020.00 11,564.80 5,555.76 6,009.04 4 SUMBANGAN LUAR 5,951.07 22,100.00 28,051.07 21,635.50 6,415.57 5 HARI KEUSAHAWANAN 1,849.47 1,849.47 1,849.47 JUMLAH 15,929.33 59,706.98 70,720.79 44,828.98 25,891.81 PANJAR WANG RUNCIT (PWR) 56.90 0.00 56.90 0.00 56.90 JUMLAH BESAR 15,986.23 59,706.98 70,777.69 44,828.98 25,948.71 Laporan Disediakan Oleh: Laporan Disemak Oleh: Laporan Disemak Oleh: SHAKRANI BIN CHE MANSOR NOOR ATIKAH BT OMAR AZRI BIN ASMAT (Bendahari PIBG) (Juru Audit Dalaman Guru) (Juru Audit Dalaman Ibubapa)


27 KEJAYAAN MURID SKJPBG TAHUN 2022 KARATE ADIK SHALINI A/P GANESAN JOHAN DALAM INTERNATIONAL KARATE TOURNAMENT CHAMPIONSHIP SQUASH GHANEESHA A/L VIGNESH MSSPK (JOHAN) MSSM (TEMPAT KE-6) (PERLIS) BOLASEPAK MUHAMMAD ALIF BIN SHAMSUDDIN MEWAKILI MALAYSIA DALAM KEJOHANAN BOLASEPAK “SUPER MOKH” GAMBANG OLAHRAGA AUNEE MUSFIRAH BT GHAZALI MSSD (JOHAN 100M) (KETIGA 200M) MSSPk (JOHAN 4X200M) (NAIB JOHAN 4X100M) KELIMA (100M)


28 KEJAYAAN MURID SKJPBG TAHUN 2022 BOLA JARING NUR INSYIRAH DAMIA BT MOHD AZRIN MSSPk (KETIGA) MSSM (KEEMPAT) BOLA JARING MASYITAH BT IKMAR MSSPk (KETIGA) BOLA JARING NURUL AIN AUNI BT TARMIZI MSSPk (KETIGA)


29 JARINGAN DAN JARINGAN PIBG BERSAMA KOMUNITI LUAR MISS KALJET KAUR MISS EARTH MALAYSIA MENYUMBANG POKOK HERBA KEPADA SEKOLAH (2/9/2022) NUR ZAHIRAH IRDEENA BT ZULKIFLI JEMPUTAN SEBAGAI PEMBACA SAJAK UNTUK PROGRAM MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL MAJLIS BANDARAYA IPOH 14/10/2022 TEAM BICARA BERIRAMA NAIB JOHAN SEMPENA PROGRAM MY LOVE PTR ANJURAN PERPUSTAKAAN TUN RAZAK IPOH 15/9/2022


30 KEJAYAAN MURID SKJPBG TAHUN 2022 KE KELAS KHAS & BERASRAMA PENUH BIL NAMA MURID KELAS SEKOLAH MENENGAH SESI 2023/2024 1 EILMIE ADRIL BIN SAIFUL BAHARI 6K SEK TUANKU ABDUL RAHMAN 2 MUHAMMAD AQEEF BIN OSMALIK 6K SBP INTEGRASI GOPENG 3 FATIMAH AZ ZAHRA BINTI NORSYARIMAN 6K SK RAJA PEREMPUAN TAAYAH 4 AUNEE MUSFIRAH BT GHAZALI 6K SMK GUNUNG RAPAT 5 NURINSYIRAH DAMIA BT MOHD AZRIN 6K SM SAINS TAPAH 6 MUHAMMAD AZFAR AFNAN BIN MOHD UBAIDULLAH 6K KAA ANDERSON 7 MUHAMMAD NAIMULLAH BIN SYAHRIZAL 6K KAA ANDERSON 8 AMSYAR AFIQ SHAH BIN KHAIRUL AZUWA 6K KAA SMK DOKTOR MEGAT KHAS 9 BUNYAMEEN BIN MOHD RIDZUAN 6K KAA SMK DOKTOR MEGAT KHAS 10 DHIA’ NUR DAMEEA ADANI BT MOHAMAD FEERDAUS 6K SABK MAAHAD AL UMMAH 11 AHMAD FAHIM BIN SUHAIMI 6I SMKA SULTAN AZLAN SHAH 12 DAYANA ZAHRA BT MUHAMMAD REDZUAN 6I KAA DOKTOR MEGAT KHAS 13 MUHAMMAD RIFQI QAWIEM BIN SHAIFUL HAIZAN 6I SMK CLIFFORD 14 MUHAMMAD AFWAN BIN ANUAR 6I KAA ANDERSON 15 MUHAMMAD AMSYAR DANIAL BIN ABD HADI 6I SBP INTEGRASI GOPENG 16 MUHAMMAD FAIZ RAYQAL BIN KHAIRUL AMIR 6I KELAS PROGRAM SUKAN & PUSAT LATIHAN DAERAH SMK ANDERSON 17 NUR QALEESYA BATRISYAH BT MOHAMED SYAHARIM 6I SMKA SLIM RIVER 18 ATHIRAH NUR SYAHIRAH BT MOHAMMAD NORISHAM 6I SMK RAJA PEREMPUAN TAAYAH 19 MUHAMMAD NURFADZILAH BIN ARISAN 6D KAA ANDERSON 20 MUHAMMAD ALIFF BIN SHAMSUDDIN 6D SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL


31 AHLI JAWATANKUASA DAN JURU AUDIT PIBG BAGI SESI 2023 SK JALAN PANGLIMA BUKIT GANTANG 30000 IPOH PENASIHAT PN. SITI ZAUYAH BT ABD HAMID PENGERUSI NAIB PENGERUSI SETIAUSAHA NAIB SETIAUSAHA BENDAHARI AJK IBU BAPA 1…………………………………………………… 2…………………………………………………… 3…………………………………………………… 4…………………………………………………… 5…………………………………………………… 6…………………………………………………… 7…………………………………………………… AJK GURU 1…………………………………………………… 2…………………………………………………… 3…………………………………………………… 4…………………………………………………… JURU AUDIT 1……………………………………………………


32 USUL-USUL BIL NAMA PENCADANG USUL/ NAMA ANAK & KELAS CADANGAN/PANDANGAN 1 Muhammad Farid bin Azmi (Fairuz Nur Iman Batrisya -1K) Mohon kiranya pihak sekolah dapat menyediakan laluan berbumbung untuk ibubapa mengambil dan menghantar anak-anak ke sekolah sekiranya waktu hujan dan mohon juga pihak sekolah meluaskan Kawasan anak-anak menunggu ibubapa. Contoh sekolah yang boleh dicontohi adalah SK ST. Micheal, Ipoh. 2 Noor Hidir bin Md Noor (Noor Zharif bin Noor Hidzir -3I) Buku yang tidak digunakan disimpan di dalam kelas, murid hanya membawa balik buku yang ada kerja rumah sahaja. Ia bagi memastikan murid tidak membawa beban beg berat 3 Ahmad Basheer bin Mohamed Rasul (Ahmad Zafran Uwais-1K) 1. Membuat penutup longkang di laluan jalan kaki pelajar yang berisiko berlaku kemalangan contohnya sepanjang laluan ke kantin berhadapan bilik Pendidikan Islam. 2. Menyediakan loker dalam setiap kelas bagi menempatkan buku teks pelajar untuk mengelakkan beg pelajar berat, risiko kehilangan buku dan tertinggal buku dirumah. 3. Bagi mendapatkan dana untuk perkara 1 dan 2 saya mencadangkan agar pihak sekolah membuat kutipan sumbangan daripada ibubapa dan juga badan NGO memandangkan peruntukan dari kementerian adalah terhad. 4 Noor Khir Azahar bin Noor Azmi ( Areeq Muhammad Rayyan -1K) Masalah Buku teks rosak dan koyak, minta tukar pun masih dapat yg rosak dan koyak


33 Barisan AJK PIBG dan Warga SK Jalan Panglima Bukit Gantang mengucapkan setinggi– tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-35 Kepada penaja Hadiah Cabutan Bertuah Shakrota Mobile Ipoh AJK PIBG Dan Setinggi-tinggi Penghargaan kepada Pn. Siti Zauyah bt Abd Hamid Guru besar SKJPBG En. Padli Hissam bin Mahmood YDP PIBG & Syabas dan Tahniah Kepada barisan pentadbir sekolah, guru,-guru AJK PIBG dan semua pihak yang secara langsung atau tidak dalam menjayakan mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-35. Semoga jasa baik semua pihak mendapat keberkatan dan Keredhaan Allah S.W.T InshaALlah.. “Muafakat Membawa Berkat’ Penghargaan dan Terima Kasih


Click to View FlipBook Version