The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by iqbalz, 2022-07-03 19:51:28

Album THO

Album PTTA

Tun Hussein Onn mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri di hadapan
DYMM SPB Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, 15 Januari 1976.

Tun Hussein Onn sebagai Menteri Pelajaran Malaysia (1970-1973).

Tun Hussein Onn menunaikan umrah semasa lawatan rasminya ke Mekah. Dari kiri, Tengku Abdul Aziz bin Tengku Hamzah
(Duta Besar Malaysia di Jeddah (ketika itu)), Tengku Ahmad Rithauddeen (Menteri Luar Negeri (ketika itu)), mutawif yang
mengetuai umrah dan Tun Hussein Onn, 23 Mei 1976.

Tun Hussein Onn selaku Pengerusi Barisan Nasional Kebangsaan semasa berucap di Majlis Pembukaan rasmi Konvensyen Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak,
di Kuching, Sarawak, 28 April 1978.

Tun Hussein Onn sedang membawa usul dan berucap membentangkan Rancangan Malaysia Ke-4, 27 Mac 1981.

Tun Hussein Onn bersama keluarga tercinta.

Tun Hussein Onn bersama isteri dan 6 cahaya matanya (berdiri dari kiri) Rozia Hanis, Roquiyah Hanim, Hishammuddin, Suraiya Hani,
(duduk dari kiri) Haris Onn dan Rozita Halina, Sri Taman, 1979.

Tun Hussein Onn dan isteri tercinta, Tun Suhailah Mohd. Noah.

Tun Hussein Onn sedang mendirikan solat di Masjid Nabawi semasa lawatan rasminya selama 5 hari ke Arab Saudi.

Tun Hussein Onn sedang mencuba sepucuk senjata moden semasa lawatannya ke Batu Garrison, Kuala Lumpur, 31 Mei 1976.
Di sebelah kiri beliau ialah Ketua Turus Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Ibrahim Ismail dan Ketua Turus Tentera Darat, Datuk Seri Mohamed Sany.

Tun Hussein Onn dan Tun Suhailah semasa tiba untuk upacara perasmian Bangunan Tun Datuk Patinggi Tuanku Hj. Bujang.
Turut mengiringi mereka ialah Ketua Menteri Sarawak (ketika itu), Datuk Patinggi Hj. Abd. Rahman Yaakub dan Datuk Abd. Ghani Gilong, 27 April 1978.

Tun Hussein Onn tersenyum riang di samping teman-teman, 1980.

Tun Hussein Onn menerima pingat daripada Sultan Johor, 1948.

Tun Hussein Onn diperkenalkan dengan Kapten Pasukan Jabatan Hasil Dalam Negeri, Encik Najmuddin Maiden
semasa Kejohanan Olahraga Kementerian Kewangan Yang Pertama, 16 November 1975.

DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat mencemar duli melawat Tun Hussein
yang sedang menerima rawatan di Hospital Besar Kuala Lumpur, 22 Ogos 1987.

Tun Hussein Onn semasa upacara Perbarisan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, di Padang Kelab Selangir, Kuala Lumpur,
16 Mei 1980.

AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO 1978/81
(Duduk barisan hadapan paling kiri)

YB Datuk Hj. Embong bin Yahya (Ketua Penerangan) ; YB Datin Paduka Hajjah Aishah bt. Hj. Abd. Ghani (Naib Presiden Wanita) ; YB Encik Abd. Ghaffar bin Baba (Naib Presiden) ; YAB
Dato’ Seri Dr. Mahathir bin Mohamad (Timbalan Presiden) ; YB Datuk Musa Hitam (Naib Presiden) ; YB Datuk Haji Mustaffa bin Haji Abdul Jabar (Setiausaha Agung) dan
YB Datuk Haji Suhaimi bin Dato’ Haji Kamaruddin (Naib Presiden Pemuda).
(Berdiri barisan tengah paling kiri)

YAB Encik Abdul Rahim Abu Bakar (Ahli) ; YAB Datuk Rais bin Yatim (Ahli); YBM Tengku Ahmad Rithauddeen bin Tengku Ismail (Ahli) ; YB Datuk Sri Haji Kamaruddin bin Mohd. Isa
(Ahli) ; YB Datuk Mokhtar Hashim (Ahli) ; YB Tan Sri Abdul Samad bin Idris (Ahli) ; YB Tan Sri Datuk Abdul Kadir Yusoff (Ahli) ; YAB Tan Sri Hj.Othman Mohd. Sa’at (Ahli); YAB Datuk Wan

Mohammad Haji Wan Teh (Ahli) ; YB Datuk Haji Hamzah bin Haji Abu Samah (Ahli) ; YB Datuk Mohammad bin Rahmat (Ahli); YB Datin Paduka Rafidah Aziz (Ahli) ;
YB Datin Paduka Zaleha Ismail (Ahli).
(Berdiri barisan belakang paling kiri)

YB Tan Sri Datuk Mohd. Ghazali bin Shafie (Ahli) ; YAB Encik Mohd Adib Haji Mohd. Adam (Ahli) ; YB Datuk Senu Abdul Rahman (Ahli) ; YB Encik Abdullah Haji Ahmad (Ahli) ; YB Datuk
Manan Othman (Ahli) ; YB Datuk Shariff bin Ahmad (Ahli) ; YB Datuk Haji Ramli Omar (Ahli) ; YAB Datuk Syed Nahar Sheik Shahabuddin (Ahli) ; YAB Datuk Seri Amar Wan Mokhtar bin

Wan Ahmad (Ahli) ; YB Tan Sri Datuk Syed Nasir Ismail (Ahli); YAB Datuk Mohammad bin Yaacob (Ahli) dan YAB Datuk Hormat Rafei.

Tun Hussein Onn memberi penghormatan dan menyembahkan ucapan tahniah bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia ke bawah DYMM Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong ke-6, Tuanku Yahya Petra ibni al-Marhum Sultan Ibrahim, 28 Februari 1976.

Tun Hussein Onn sedang mengambil air sembahyang selepas merasmikan Masjid Jamek Kampung Sri Bengkal,
Mukim Batu Pahat, Johor, 12 Januari 1979.

Tun Hussein Onn semasa menghadiri upacara penutup Kongres Ekonomi Bumiputera, di Dewan Besar Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur, 1 Jun 1980.

Tun Hussein Onn bersama rakan-rakannya ketika menuntut di Akademi Tentera, Dehradun, India. Kelihatan dari kiri ialah Tan Sri Jeneral Ibrahim Ismail dan
Tun Hussein Onn (empat dari kiri), 1941.

Tun Hussein Onn semasa berlepas ke New Delhi untuk menghadiri Mesyuarat Serantau ketua-ketua kerajaan Komenwel. Turut hadir mengucapkan selamat jalan kepada beliau di
Lapangan Terbang Subang termasuk Timbalan Perdana Menteri (ketika itu), Tun Dr. Mahathir Mohamad serta menteri-menteri kabinet yang lain, 2 September 1980.

Tun Hussein Onn merasmikan pembukaan Masjid Jamek di Simpang Renggam, Kluang, Johor, 22 Jun 1978.

Tun Hussein Onn berjalan menuju ke Dewan Tunku Abdul Rahman untuk melancarkan Skim Amanah Saham Nasional. Kelihatan di kanan sekali ialah Timbalan Perdana Menteri
(ketika itu), Tun Dr. Mahathir Mohamad dan di belakangnya ialah Dato’ Abdul Manan Othman, Menteri Perusahaan Utama (ketika itu), 20 April 1981.

Tun Hussein Onn semasa upacara menepung tawar pesawat Hercles C-130.

Tun Hussein Onn menandatangani Buku Pelancaran Amanah Saham Nasional di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, 20 April 1981.
Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan menteri-menteri kabinet.

Tun Hussein Onn bersama isteri semasa lawatan ke China, 2-9 Mei 1979. Beliau dan isteri telah melawat beberapa lokasi bersejarah
seperti West Lake Park, Forbidden City, Tanah Perkuburan Dinasti Ming dan Great Wall of China.

Tun Hussein Onn menyerahkan wang pelaburan sebanyak RM10 kepada Pengerusi ASN, Tun Ismail Ali, Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, 20 April 1981.

Tun Hussein Onn mencuba pakaian tradisi Sarawak ketika lawatan rasmi ke Sarawak, Mac 1977.

Tun Hussein Onn (duduk di kerusi dua dari kiri barisan hadapan) Pusat Latihan Pelatih Pengawal Kampung, Daerah Tangkak, Johor Bahru, 1948.

Tun Hussein Onn bersama Ungku Ahmad, Dehradun, India, 1941.

Tun Hussein Onn sebagai peguam yang berjaya, 1963.

Ayahanda dan bonda Tun Hussein Onn, Dato’ Onn dan Datin Halimah
semasa bergiat dalam Pergerakan Melayu Semenanjung Johor dan UMNO, 1948.

Tun Hussein Onn bertemu Putera Fahd semasa lawatan rasminya ke Arab Saudi, 25 Mei 1976.

Tun Hussein Onn ketika penyerahan pucuk pimpinan Malaysia kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad,
Pejabat Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 16 Julai 1981.

Tun Hussein Onn bersama Perdana Menteri Jepun, H.E. Takeo Fukuda di Majlis ASEAN-Japan Realtionships, September 1977.

Tun Hussein Onn merasmikan pembukaan Perpustakaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
selaku Pengerusi UIAM sambil diperhatikan Ahli Lembaga Pengarah yang lain, 26 Mei 1986.

Tun Hussein Onn sebagai Penasihat PETRONAS merasmikan PETRONAS Dagangan, 7 Mei 1983.

Tun Hussein Onn di majlis jamuan ringan sempena menandatangani Perjanjian ASEAN-EEC, Kuala Lumpur, 7 Mac 1980.

Tun Hussein Onn bersama Tan Sri Ong Yoke Lin dan seorang rakan ketika bercuti di China, 17 Jun 1987.

Tun Hussein Onn meluangkan masa di rumahnya, No. 3 Jalan 5/21D, Petaling Jaya, sekitar 1969.

Tun Hussein Onn bergambar beramai-ramai dengan ahli keluarga ketika bercuti, Bukit Fraser, 1990.

Tun Hussein Onn , Tun Suhailah dan anak sulung mereka, Roquiyah Hanim (Barisan hadapan tiga dari kiri) bersama rakan-rakan di London (1952-1960).


Click to View FlipBook Version
Previous Book
小猪变形记
Next Book
小狐狸买手套