Sri Medan telah dibuka oleh Tuan Haji Yusof yang berasal dari
Indonesia pada tahun 1912. Dahulunya, ia dikenali sebagai Sri
Ramonia dan telah diubah nama semasa pemerintahan Jepun
di Tanah Melayu. Penduduk asal Sri Medan adalah seramai 70
orang. Mereka terdiri daripada saudara terdekat Tuan Haji Yusof.
Penduduk Sri Medan kemudiannya semakin bertambah apabila pihak
Jepun membuka lombong bijih besi sekitar tahun 1918. Pembukaan
lombong ini mengakibatkan pengambilan buruh tempatan dan warga
asing yang ramai, terdiri daripada kaum melayu, India, Cina, Indonesia
dan lain-lain. Dengan kedatangan kelompok pekerja yang
berjumlah ribuan orang ini, ia membawa kepada pertukaran
nama tersebut.
Pada tahun 1918, di zaman penerokaan perlombongan bijih
besi oleh syarikat Jepun yang bernama Nippon Kanji Kaisa
(NKK) di Sri Medan, dianggarkan sejumlah 15,000 pekerja
telah diambil bekerja dalam satu masa.
Pada tahun 1941, operasi perlombongan di Sri Medan ditamatkan
setelah pihak tentera Jepun menyerah kalah pada tahun 1945. Pada
tahun 1953, The Malayan Miners Co. Limited, yang diterajui oleh Tan
Sri Lim Goh Tong sebagai Lembaga Pengarah telah mengusahakan
semula lombong bijih besi di Sri Medan. Walau bagaimanapun, pada
1967, lombong ditutup atas sebab keselamatan.
Sekitar tahun 60-an, Sri Medan sering dilanda banjir dalam tempoh
yang panjang hingga berbulan-bulan lamanya sehingga air mengalir
ke sungai ataupun meresap ke bumi. Fenomena “banjir termenung”
ini mengakibatkan penduduk tidak dapat bekerja kerana kawasan
kampung dan beribu-ribu ekar kebun dinaiki air dan memusnahkan
tanaman yang diusahakan.
Banjir yang lama ini adalah disebabkan kedudukan geografi Seri
Medan dan ketiadaan sistem saliran yang baik. Kesemua air yang
melanda Sri Medan datang dari arah Chaah dan Bekuk. Air yang
terkumpul di Sri Medan seterusnya akan melanda Parit Sulong dan
seterusnya mengalir menerusi Sungai Simpang Kiri.
Pada tahun 1985, Kerajaan Negeri Johor telah mengeluarkan
peruntukan untuk membuat sistem saliran air di kawasan Seri
Medan. Pembinaan Lebuh Raya Utara Selatan juga sedikit sebanyak
mengurangkan aliran air dari kawasan lain ke Seri Medan. Sehingga
kini, tiada banjir yang melanda Sri Medan dan tiada tanaman yang
musnah akibat banjir.
Tapak peninggalan bijih besi telah menjadi tasik buatan dan
kini dijadikan sebagai tapak rekreasi yang dipanggil Taman
Botani.
Aktiviti Perlombongan Bijih Besi
Ringkasan Sejarah
Perlombongan Bijih Besi di Sri Medan
Ishihara Sangyo Kaisha (ISK) Limited merupakan syarikat
pertama yang melombong besi di negara ini.
Lombongnya terletak di Sri Medan, Simpang Kiri,
di tebing Sungai Batu Pahat, Johor. Semua bijih besi
yang dikeluarkan dieksport ke Jepun.
Mr. Ishihara Hiroichiro
Pengarah ISK
Pejabat bijih besi Sri Medan
Lombong bijih besi Sri Medan
Lombong ke-4 Timur Sumber: https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/freepress19530613-.2.52ST=1&AT=search&k
=sangyo%20sri%20medan&QT=sangyo,sri,medan&oref=article
Keratan akhbar yang membuktikan kewujudan
perlombongan bijih besi di Sri Medan
Kapal korek Perahu yang digunakan untuk
mengangkut bijih besi
(Peranti yang digunakan untuk menggali
lombong bijih)
Nama “Sri Medan” diberikan oleh Sultan Johor pada tahun 1920 dengan harapan dapat Sultan Ibrahim Marquis Tokugawa
memajukan industri perlombongan di sini. Estet getah Jepun dan operasi bijih besi pada awal 1900-an Yoshichika
disokong oleh Sultan Johor serta keuntungan aktiviti perlombongan telah menyumbang kepada
perkembangan ekonomi Johor. Malahan, terdapat hubungan yang rapat di antara Sultan Johor dengan
kerajaan Jepun pada masa itu. Sultan Ibrahim dan Marquis Tokugawa Yoshichika juga mempunyai ikatan
persahabatan yang sangat akrab.
Keluarga “Tokugawa” ialah ketua tentera (shōgun dalam bahasa Jepun)
yang memerintah Jepun dari Abad Ke-16 hingga Ke-19 (Zaman Edo).
Kronologi Sejarah Perhubungan Sultan Johor dan Keluarga Tokugawa
1883 Sultan Abu Bakar telah melawat Jepun dan telah menerima sambutan rasmi daripada Maharaja Jepun.
1890-an Sultan Ibrahim telah melawat Jepun.
1921 Marquis Tokugawa Yoshichika telah melawat Johor dan semasa lawatan tersebut beliau telah
1926 mengadakan aktiviti memburu harimau bersama Sultan Ibrahim di Muar.
1929
1934 Marquis Tokugawa Yoshichika telah menerbitkan sebuah buku yang bertajuk
“Maree no No ni Kari shite” (Memburu di Ladang Tanah Melayu).
Marquis Tokugawa Yoshichika telah melawat Johor dan beliau telah bertemu dengan Tunku Mahkota Johor
ketika itu iaitu, Tunku Ismail.
Sultan Ibrahim telah melawat Jepun dan telah menerima “Darjah Matahari Terbit” daripada Maharaja Jepun.
1935 Sultan Ibrahim telah menganugerahkan “Darjah Kebesaran Johor” kepada Marquis Yoshichika dan Ishihara Ucapan penghargaan yang
1943 Hiroichiro. Maharaja Jepun telah mendedikasikan bilik upacara minum teh gaya Jepun kepada Sultan ditulis oleh Marquis Tokugawa
1977 Ibrahim. Yoshichika di dalam bukunya,
"Maree no No ni Kari shite".
Marquis Tokugawa Yoshichika telah memberikan biasiswa kepada lima orang pelajar dari Tanah Melayu Beliau juga belajar Bahasa
yang melanjutkan pelajaran ke Jepun. Tiga daripada mereka merupakan kerabat Sultan Johor termasuklah Melayu dan menerbitkan
Allahyarham Ungku Abdul Aziz. Buku bertajuk "Maree-go 4
Shuukan" (Bahasa Melayu
Sultan Ismail telah menganugerahkan “Darjah Kebesaran Johor” (Darjah Kerabat Johor Yang Amat dalam Empat Minggu).
Dihormati) kepada Tokugawa Yoshitomo (anak kepada Tokugawa Yoshichika).
Hasil karya Marquis Tokugawa Yoshichika (1886 - Sultan Ibrahim dan Marquis Tokugawa Yoshichika Yoshii, Marquis Tokugawa Yoshichika, Tunku
1976) “Maree no No ni Kari shite” (Memburu di dalam perjalanan ke Muar, 1921. Mahkota Ismail dan Dato Abdullah ketika memburu
Padang Tanah Melayu: Diari ketika di Tanah rusa di Muar, 1921.
Melayu dan Jawa Tahun 1921), diterbitkan pada
tahun 1926 dengan ilustrasinya sendiri. Beliau
adalah daripada Keluarga Tokugawa dan
merupakan seorang ahli biologi dan politik.
Marquis Tokugawa Yoshichika dan Yoshii Peta 1936 (U.K.): Terdapat ladang getah yang dimiliki oleh Jepun di Batu Pahat antara 1910 hingga 1945.
ketika memburu harimau di Muar, 1921.
Dahulu dan Sekarang
Lombong Bijih Besi Sri Medan
12 8 5 Peta Lombong 1920-an / 2022
13
3 1 Pejabat Lombong
9 4 2 Bilik Analisis
3 Dewan / Kantin
16 1 11 4 Klinik
5 Kuil
8 6 Kilang Pembuatan
2 7 Stesen Kuasa Haba
9 8 Tempat Penginapan Orang Jepun
6 9 Tempat Penginapan Pekerja
10 Rel Kelima untuk Gerabak Keretapi Lombong
7 11 Rel Pertama untuk Gerabak Keretapi Lombong
12 Jeti Pemuatan di Terusan
9 15 13 Jeti Pemuatan
10 14 14 Pemampat
15 Kolam Tailing
16 Jalan Automobil
Kawasan Lombong Bijih Besi Sri Medan Pejabat Lombong
Jeti Pemuatan Kawasan Sekitar Lombong Sekarang (Taman Botani Johor)
Koleksi Peribadi
Tuan Haji Kamaluddin bin Abdullah
Haji Kamaluddin bersama dengan koleksi batuan beliau
Antara bahan rujukan utama beliau Peralatan perlombongan yang pernah digunakan beliau
Lemonite Manganese Horneells
Pengelasan batuan yang menarik
Kenangan
Lombong Bijih Besi Sri Medan
En. Muhammad Philip bin Abdullah
Mula bekerja di The Malayan Miners Co. Limited pada
tahun 1950 dan dilantik sebagai Pengurus Lombong
Besi Sri Medan pada tahun 1963 hingga 1985.
Koleksi gambar daripada
album peribadi
Tuan Haji Kamaluddin bin Abdullah
Sejarah
Geologi Kejuruteraan Perlombongan di Sri Medan
Keratan Rentas Bijih Besi
Terbanyak (No. 7)
Keratan Rentas Pandangan Atas
Geologi Batuan Sedimen Keratan Rentas Pandangan Sisi
Kejuruteraan Perlombongan Secara Kaedah Lombong Terbuka Jentera-jentera Berat Digunakan
dalam Eksplorasi dan Pengorekan
Lombong
Besi (Hitam) dan Bauksit (Perang) Sri Medan
Lukisan Tangan
Tuan Haji Kamaluddin bin Abdullah
Tuan Haji Kamaluddin bin Abdullah mempunyai pelbagai koleksi peta lama Johor. Antara koleksi peribadi beliau ialah Peta Lama Lombong Bijih Besi
di Sri Medan Tahun 1934. Peta ini beliau perolehi semasa bekerja di Malayan Miners Co. (M) Limited. Dengan kesungguhan dan minat yang
mendalam terhadap dunia perlombongan, beliau telah mengambil inisiatif untuk melukis semula peta lombong ini dengan penambahan perincian
peta seperti keadaan geologi lombong, persempadanan kawasan melombong, sijil melombong (MC) dan pajakan melombong (ML). Beliau mula
melukis peta-peta tersebut sejak beliau bekerja sebagai prospector / surveyor di syarikat perlombongan tersebut. Ternyata lukisan tangan peta-peta
lombong yang dihasilkan oleh beliau menggunakan peralatan seperti kertas lukisan, pen dakwat basah, pembaris skala, jangka sudut, pembaris
stensil, lengkung perancis, dan lain-lain lagi ini amat kemas serta terperinci dan lengkap.
Haji Kamaluddin sedang menunjukkan Peralatan yang digunakan untuk melukis peta
Peta Lama Lombong Bijih Besi di Sri Medan Tahun 1934
Peta lombong yang dilukis berdasarkan keadaan geologi Peta lombong yang dilukis dengan penambahan persempadanan
kawasan melombong, sijil melombong (MC)
dan pajakan melombong (ML)
Catatan
Perlombongan Bersejarah di Sri Medan
Tanggal 22 Januari 2022, kami diberi kesempatan menemu bual dan mendokumentasi sejarah perlombongan
bijih besi dan bauksit di Sri Medan, Johor bersama Tuan Haji Kamaluddin bin Abdullah. Beliau merupakan
bekas kakitangan Jabatan Penyiasatan Kajibumi pada tahun 1958 dan berkhidmat sebagai ahli kajibumi swasta di
perlombongan Sri Medan pada tahun 1962 di bawah syarikat The Malayan Miners Co. Limited sehingga 1985.
Sebelum ini, lombong tersebut di bawah Syarikat Ishihara Sangyo Kaisha (ISK) Limited, Jepun, iaitu dari tahun 1920
sehingga Perang Dunia Kedua. Sesi temubual dan dokumentasi merangkumi kaedah-kaedah perlombongan
terdahulu seperti cara penyiasatan, merancang perlombongan dan pengekstrakan bijih untuk dibawa keluar.
Pengeluaran bijih adalah menggunakan sistem “flying fox conveyor” dan dipunggah ke dalam tongkang kepada
kedua-dua sisi dengan muatan berpuluh-puluh tan menggunakan laluan Sg. Simpang Kiri menuju ke Pantai
Minyak Beku. Pengukuran dan pemetaan menggunakan peralatan dan teknik lama masih lagi dapat memberi
keputusan yang amat memberangsangkan. Pemodelan prospek bijih menggunakan “pit holes” yang digali secara
manual dengan tangan hingga kedalaman berpuluh-puluh kaki dengan begitu banyak “pit holes” dibina mengikut
sistem grid dan cara “logging” berdasarkan kepada “weathering grade” dan “rock recovery” dapat menghasilkan
“resource model” yang boleh menganggarkan isipadu bijih sambil dibantu pengenal-pastian mineral terkandung.
Cara “logging” di dalam “vertical pit holes” yang sempit dan dalam seperti diceritakan oleh Tuan Haji Kamaluddin
cukup mengagumkan berbanding dengan kaedah sekarang. Ianya dibantu dengan peta-peta perlombongan ISK
dari tahun 1934. Di samping itu, ianya juga dibantu dengan kaedah alat geofizik magnetometer buatan Sweden
yang lama.
Sebagai kesimpulan, banyak kaedah-kaedah perlombongan dekad terdahulu dan dibandingkan dengan kaedah
sekarang masih berupaya memberi maklumat “prospect and resource model” yang baik dengan syarat seseorang
penyelidik atau pelombong tersebut perlulah mempunyai minat yang mendalam dan menjiwai ilmu pelombongan
dengan sepenuh hati.
Biodata
Tuan Haji Kamaluddin bin Abdullah
Tarikh Lahir
27 November 1939
Umur
83 tahun
Berasal
Terengganu
Pendidikan Tertinggi
Sekolah Rendah Melayu Paya Bunga,
Kuala Terengganu
Darjah Khas / 7 (Pendidikan),
di Sultan Idris Training College
Tarikh Berkahwin
1962
Nama Isteri
Zainun binti Abd Rahman
Bilangan Anak
5 orang
Tempat Tinggal
Sri Medan, Batu Pahat, Johor
Pengalaman Kerja
1958 hingga 1962 Pegawai Kaji Bumi (Geosains) di Geological Survey Department,
Geological Survey Federation of Malaya, Kuala Terengganu.
1962 hingga 1963 Prospecting Assistant Manager di Asia Mining Enterprise Limited, Pahang.
1963 hingga 1985 Prospecting Supervisor di The Malayan Miners Co. Limited, Sri Medan, Batu Pahat, Johor.
Lombong besi ditutup pada tahun 1985 atas faktor ekonomi.
Kronologi
Lombong Bijih Besi Sri Medan
1916 1920 - September 1929 1937 - Disember
Mr. Ishihara Hiroichiro The Nanyo Kogyo Koshi Nama Syarikat Diboikot oleh buruh
menemui Lombong ditubuhkan oleh
Bijih Besi Sri Medan Ishihara Hiroichiro bertukar kepada
Syarikat Ishihara Sangyo
Kaisha (ISK) Limited
1945 1941 - September 1938
1953 Lombong Bauksit Lombong Bijih Besi Lombong Bauksit
Higashiyama ditutup Ishihara ditutup Higashiyama dibuka
The Malayan Miners oleh Syarikat Ishihara
Co. Limited ditubuhkan Sangyo Kaisha
(ISK) Limited
1967 1985 2000
Lombong bijih besi Lombong bijih besi Disahkan oleh Jabatan
ditutup secara rasmi ditutup sepenuhnya Landskap Johor sebagai
Taman Botani Johor
Sumber Foto: Koleksi Peribadi Tuan Haji Kamaluddin bin Abdullah