The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

02.MINIT MESYUARAT PENGURUSAN PPD BENTONG BIL 1 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rizalrasli, 2023-07-20 15:49:27

02.MINIT MESYUARAT PENGURUSAN PPD BENTONG BIL 1 2023

02.MINIT MESYUARAT PENGURUSAN PPD BENTONG BIL 1 2023

1 MINIT MESYUARAT PENGURUSAN PPD BENTONG BIL. 1/2023 Tarikh : 16 Januari 2023 (Isnin) Masa : 9.00 pagi Tempat : Dewan Aspirasi, PPD Bentong KEHADIRAN : Hadir 1. Encik Shahrum bin Md Saud, SMP. - Pengerusi Pegawai Pendidikan Daerah Bentong, 2. Encik Ahmad Zaki bin Hussain, AMP. Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Sektor Perancangan) 3. Encik Mohd Sauki bin Mohamed Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Sektor Pembelajaran) 4. Encik Zabidi bin Othman, AMP. Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Sektor Pembangunan Murid) 5. Encik Shuhaimi bin Abdul Hamid Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Sektor Pengurusan Sekolah) 6. Encik Hanifah bin Hj Veerankutty School Improvement Partners+ 7. Puan Ruhaira binti Ab Radzad@Ab Rashid Kauselor Pendidikan Daerah (Psikologi dan Kaunseling) 8. Haji Ahmad Zohdi Bin Sahak @ Ishak.,A.M.P Pen. PPD (Pentaksiran & Peperiksaan) 9. Encik Ahmad Hazali Bin Abdullah Pen. PPD (Menengah & Tingkatan 6) 10. Encik Mohamad Razi Bin Zulkifli Pen. PPD (Pendidikan Islam) 11. Puan Noni Nadiana Binti Md Yusof SISC+ (Bahasa) 12. Encik Azihan Shafie Pen. Pegawai Tadbir N36 Hadir Bersama


2 13. Encik Wan Muhd Hanif bin Wan Daud Penolong PPD (Prasekolah dan Rendah) 14. Encik Mohd Hafiszan bin Mohd Nor Penolong PPD (Hal Ehwal Murid) 15. Puan Norrol Huda binti Chan Pen. Pegawai Tadbir 16. Encik Zaimy bin Yusoh Juruteknik Komputer 17. Puan Norrol Huda binti Chan Pen. Pegawai Tadbir 18. Puan Norsyahida binti Muda Penyelaras Juruteknik Komputer 19. Puan Noraini Hafiza binti Rosli Pembantu Penyelaras Juruteknik Komputer Tidak Hadir Bersebab 20. Suhairi Bin Samsuddin Pen. PPD (Pembangunan Bakat Murid) Urus Setia 21. Encik Muhammad Rizal bin Rasli Penolong PPD (Perancangan) 22. Haji Suhaidi bin Ismail Penolong PPD (Perancangan) 23. Puan Rozeelizawati binti Zainal Abidin Penolong PPD (Sektor Pembelajaran) 24. Cik Nor Fasihah Binti Kamaruzaman Penolong Pegawai Tadbir/ Sumber Manusia 25. Encik Sulaiman Bin Ismail Ketua Pembantu Tadbir 26. Encik Asri bin Kosrin Pembantu Tadbir 27. Cik Nurhidayah binti Abd Aziz Pembantu Tadbir 28. Puan Maizatol Akmar binti Mokhtar Pembantu Tadbir 29. Puan Norhasnida binti Ramli


3 Pembantu Tadbir 1. PERUTUSAN PENGERUSI 1.1. Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua ahli mesyuarat yang dapat menghadirkan diri ke Mesyuarat Pengurusan PPD Bentong Bil. 1/2023. Tujuan mesyuarat diadakan awal bertujuan memastikan keputusan segera dapat diambil sebaik mungkin bagi sesi 2023. Makluman 1.2. Persekolahan bagi sesi 2022/2023 sehingga 19 Februari 2022. Kerja buat berkaitan akademik perlu diteruskan dengan sebaiknya. Gerak kerja yang lain perlu diteruskan seperti biasa mengikut sektor. Makluman 1.3. Pengerusi memaklumkan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menggariskan 7 teras untuk kerja warga KPM. Makluman 1.4. Terima kasih juga kepada warga PPD Bentong yang sentiasa menjayakan setiap program dan aktiviti yang telah dirancang. Makluman . 2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT 2.1 Minit Mesyuarat Pengurusan PPD Bentong Bil.4/2022 pada tarikh 15 Disember 2022 telah dicadangkan diterima oleh Puan Ruhaira binti Ab Radzad@Ab Rashid, Kaunselor Pendidikan Daerah (Psikologi dan Kaunseling) dan disokong oleh Encik Ahmad Zaki bin Hussain, Timbalan PPD (Sektor Perancangan) untuk diterima dan disahkan tanpa pindaan. Makluman 3. PERKARA BERBANGKIT 3.1 Tiada perkara berbangkit. Makluman 4. PELAPORAN / PERBINCANGAN / PEMBENTANGAN 4.1.SEKTOR PERANCANGAN Mesyuarat mengambil maklum pembentangan Laporan Sektor Perancangan oleh Timbalan PPD (Sektor Perancangan) adalah seperti berikut : 4.1.1.1 Pelaporan Perancangan a. Permohonan baharu program/projek pembangunan pendidikan bagi Rancangan Malaysia Ke 12 RP 2 tahun 2022 negeri Pahang. (i) Pembinaan kantin baharu di SMK Ketari. (ii) Naik taraf bilik darjah biasa menjadi Bilik RBT di SK (F) Sertik dan SJKT Bentong. (iii) Ubahsuai dan naik taraf Rumah Warden dan Asrama SMK Karak. (iv) Tuan pengerusi mohon dapatkan data maklumat terkini berkaitan projek tersebut. Tindakan : Sektor Perancangan


4 b. Permohonan baharu program/projek pembangunan pendidikan bagi Rancangan Malaysia Ke 12 RP 3 tahun 2023 daif negeri Pahang (i) Permohonan bangunan baru di SK (F) Lurah Bilut bagi menggantikan bangunan PPKI. (ii) Permohonan kantin sekolah baru di SMK Bentong. (iii) Semua permohonan bagi RMK ke 12 RP 3 2023 daif negeri Pahang telah melepasi tapisan EPU dan menunggu kelulusan PM untuk tindakan seterusnya. Makluman c. Permohonan baharu program/projek pembangunan pendidikan bagi Rancangan Malaysia Ke 12 RP 4 tahun 2024 negeri Pahang (i) Rancangan untuk naik taraf dan ubah suai Dewan Makan Asrama SK Sungai Dua. (ii) Cadangan pembinaan padang permainan di SK Jambu Rias (iii) Semua permohonan bagi RMK ke 12 RP 4 2024 negeri Pahang telah melepasi tapisan EPU dan menunggu kelulusan PM untuk tindakan seterusnya. (iv) Cadangan pembinaan semula 1 blok bangunan 4 tingkat di SK Janda Baik telah dibentangkan kepada pihak JPN dan KPM. (v) Maklumat terkini, hanya 3 tingkat sahaja yang dipersetujui kerana 1 tingkat akan jadi kelas bilik darjah. Makluman d. Permohonan projek RMK mesti mengikut syarat-syarat utama berikut : Makluman e. Permohonan baharu program/projek pembangunan pendidikan bagi Rancangan Malaysia Ke 12 RP 5 tahun 2025 negeri Pahang (i) Cadangan percantuman SMK Sri Layang dan SK Sri Layang. Kesan dari percantuman ini akan menyebabkan SK Sri Layang ditutup dan semua murid akan berpindah ke SMK Sri Layang. (ii) Kemungkinan besar akan ada pertambahan pelajar SMK Sri Layang sehingga 500 orang pelajar. Tapi untuk jangka masa 10 tahun akan datang mungkin keadaan ini tidak akan berlaku, memandangkan bilangan murid SK Sri Layang sekarang hanya berjumlah 82 orang sahaja. Geran Yang Sah Luas Tanah yang Cukup Data Emis Sahih & Tepat Justifikasi jelas & Meyakinkan Persediaan Pembentangan Peringkat awal


5 (iii) Tambahan untuk K11 isu ini timbul kerana masalah pengangkutan. Situasi sebenar adalah melibatkan enrolmen murid dan dan fizikal bilik darjah sekolah berkenaan. Dari segi konsep K11 adalah tidak sesuai. (iv) Dari segi pengurusan KPM cadangan K11 ini adalah lebih menguntungkan. Tetapi dari segi perjawatan , kita akan kehilangan banyak jawatan terutama jawatan Guru Besar, Guru Penolong Kanan dan sebagainya. (v) Turut akan memberi kesan kepada Anggota Khidmat Pengurusan (AKP) dan lain-lain akan berlaku banyak kekurangan perjawatan. (vi) Ada juga cadangan dan idea untuk keluarkan SK Sungai Kemahal dari daerah Bentong ke Bera. Tetapi setiap keputusan haruslah dibincangkan bersama penduduk di sekitar dan kawasan berhampiran SK Sungai Kemahal sendiri. Makluman 4.1.2 LAPORAN SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH Mesyuarat mengambil maklum pembentangan Laporan Sektor Pengurusan Sekolah oleh Timbalan PPD (Pengurusan Sekolah) adalah seperti berikut : 4.1.2.1 Pengurusan Guru Rendah a. BSKG bagi sekolah rendah (i) Sijil Perjawatan : 962 (ii) Pengisian : 916 (iii) Beza Sijil Perjawatan dan Pengisian : -46 Makluman b. Subjek-subjek kritikal bagi sekolah rendah ialah : (i) Bahasa Melayu : -18 (ii) Bahasa Inggeris : -13 (iii) Pendidikan Seni / Seni Visual : -16 (iv) PJPK : -16 (v) Am / Pendidikan Moral : -13 (vi) Bahasa Cina : -25 (vii) Pendidikan Agama Islam : -6 (viii) RBT : -9 (ix) Bahasa Arab : -5 (x) Bahasa Tamil : -8 Makluman c. Kekosongan barisan hadapan untuk jawatan Guru Besar di SJKC Ketari. Surat cadangan telah dihantar ke JPN. d. Pergerakan guru sehingga 03 Januari 2023 adalah seperti berikut : (i) Antara Negeri : 3 orang keluar 1 orang masuk (ii) Antara Daerah : 4 orang keluar 5 orang masuk (iii) Dalam Daerah : 5 orang Makluman e. Penempatan guru baharu yang baru melaporkan diri pada 03 Januari 2023 ialah :


6 (i) SK (Felda) Chemomoi : 2 Orang (ii) SK Janda Baik : 1 Orang (iii) SK Bukit Piatu : 1 Orang (iv) SK Tuanku Fatimah : 1 Orang (v) SK Sungai Marong : 1 Orang (vi) SJKC Telemong : 2 Orang (vii) SJKC Bukit Tinggi : 1 Orang (viii) SJKC Manchis : 1 Orang f. Timbalan SPS memaklumkan penempatan guru-guru baharu ini berdasarkan keperluan guru. Makluman g. Timbalan PPD (Sektor Pengurusan Sekolah) mencadangkan beberapa perkara antaranya : (i) Pergerakan guru melebihi 15 tahun perlu dilakukan dan cadangan akan dilaksanakan pada sesi pertama persekolahan 2023. (ii) Cadangan Pemutihan Opsyen bagi guru yang terlebih di sekolah. (iii) Cadangan untuk pengisian Guru Besar yang bersara sehingga bulan Jun 2023 dan perlu di hantar ke JPN sebelum 25 Januari 2023. Tindakan : Sektor Pengurusan Sekolah 4.1.2.2 Pengurusan Guru Menengah a. BSKG bagi sekolah menengah (i) Sijil Perjawatan : 729 (ii) Pengisian : 695 (iii) Keperluan : 734 (iv) Beza Sijil Perjawatan dan Pengisian : -34 (v) Beza Sijil Perjawatan dan Keperluan : -39 Makluman b. Subjek-subjek kritikal bagi sekolah menengah ialah : (i) Bahasa Melayu : -19 (ii) Bahasa Inggeris : -16 (iii) RBT : -9 (iv) Sains : -9 Makluman c. Sekolah-sekolah kurang guru bagi sekolah menengah ialah : (i) SMK Sulaiman : -4 (ii) SMK Ketari : -4 (iii) SMK Karak : -6 (iv) SMK Khai Mun : -3 (v) SMK Seri Bentong : -3 (vi) SMK Lurah Bilut : -2 Makluman d. Guru yang akan bersara bagi sekolah menengah adalah seperti grafik di bawah :


7 Makluman e. Pengerusi memohon Sektor Pengurusan Sekolah mengenalpasti guru-guru sekolah menengah yang berada di Gred 48 bagi mengisi kekosongan jawatan Guru Penolong Kanan. Tindakan : Sektor Pengurusan Sekolah 4.1.2.3 Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) a. Jumlah murid untuk sekolah rendah daerah Bentong ialah seramai 9144 orang. Sekolah diminta untuk mengemaskini data murid sesi 2022 / 2023 bagi sesi persekolahan baharu. Surat arahan kemaskini telah dikeluarkan oleh KPM pada 21 Disember 2022. Makluman 4.1.2.4 E-Daftar Rendah a. Murid yang mendaftar tahun 1 bagi tahun 2023 adalah seramai 1376 orang. Terdapat 6 orang murid tidak dapat dibuat penempatan kerana tiada tindakan penjaga. KPM / JPN akan memberi arahan untuk tindakan seterusnya dan pihak sekolah yang terlibat akan dimaklumkan oleh PPD untuk tindakan. Tindakan : Sektor Pengurusan Sekolah b. Maklumat murid yang mendaftar tahun 1 bagi tahun 2023 telah dimasukkan dalam sistem cuma belum dipaparkan dalam sistem. Kemaskini profil murid boleh dilaksanakan mulai 11 Januari 2021 (Isnin) secara dalam talian dan tiada pengisian Borang Maklumat Murid (BMM) secara manual. Makluman c. Sekolah perlu memaklumkan kepada ibu bapa / penjaga bahawa permohonan lewat ke tahun 1 boleh dilakukan secara dalam talian sehingga 14 Februari 2023. Pihak sekolah boleh membuat penyemakan kehadiran murid secara dalam talian bermula hari pertama sesi persekolahan. Makluman d. Ujian saringan secara bersemuka bagi kemasukan Sekolah Model Khas Pahang (SISP) SMK Seri Bentong Tahun 2023 akan dijalankan pada 09 hingga 13 Januari 2023 seperti surat JPN pada 10 November 2022. Untuk kemasukan ke SISP SMK Seri Bentong, ujian ini akan dijalankan di 6 Zon PPD Bentong, 2 Zon PPD Raub dan PPD Temerloh. Surat punca kuasa No. Ruj PPD.BTG.SPS.MEN.600-1/1/2 Jld.2 (56) untuk pegawai SPS yang akan keluar untuk menyelia dan memantau ujian tersebut telah diedarkan.


8 Makluman 4.1.2.5 Kelas Dewasa Bagi Ibu Bapa Murid Orang Asli dan Pribumi / Penan (KEDAP) a. Laporan semua aktiviti KEDAP Tahun 2022 telah dihantar ke JPN Pahang pada 05 Januari 2023. SK Sungai Dua telah mengesahkan penerimaan program KEDAP untuk tahun 2023 kepada JPN Pahang pada 04 Januari 2023. Makluman 4.1.2.6 Sekolah Murid Orang Asli (SMOA) a. KPI Pengarah untuk kehadiran Sekolah Murid Orang Asli (SMOA) untuk tahun 2022 ialah 90.00 peratus. Pencapaian kehadiran SK Sungai Dua tahun 2022 ialah 79.18 dan tidak mecapai KPI Pengarah. Pegawai Meja SMOA dan sekolah sedang merancang untuk meningkatkan prestasi kehadiran murid orang asli untuk tahun 2023/2024. Pencapaian untuk transisi Tahun 6 ke tingkatan satu telah mencapai KPI Pengarah 100 peatus. Makluman 4.1.2.7 Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) a. Bilangan calon dan tarikh PKSK mengikut pusat ujian yang dikeluarkan oleh KPM adalah seperti berikut : Makluman 4.1.2.8 Pengurusan Prasekolah a. Data Prasekolah sehingga 06 Januari 2023 adalah seperti grafik di bawah : Makluman b. Pergerakan Guru Prasekolah (03 Januari 2023) (i) Guru Baharu SJKC Telemong : 1 orang SJKC Manchis : 1 orang (ii) Masuk Antara Daerah SK Kg. Shafie : 1 orang SK (Felda) Lurah Bilut : 1 orang (iii) Pergerakan Guru Dalam Daerah SK Kg. Shafie ke SK Bukit Piatu SK Bukit Piatu ke SK Sulaiman (iv)Pergerakan Guru Keluar Negeri


9 SK (Felda) Lurah Bilut ke Pulau Pinang (v) Berubah Jawatan SK Sulaiman ke SK Lebu (GPK Hal Ehwal Murid) Makluman c. E-Prasekolah 2023 adalah seperti grafik di bawah : Makluman d. Peluasan Kelas Prasekolah Tanpa Kos 2024 (i) Permohonan kelas prasekolah tanpa kos fizikal daripada SK Sungai Marong untuk menampung pertambahan murid di lokasi bandar Bentong Makluman e. Pengurusan MySTEP 2023 Kadar upah baharu bagi lantikan guru MySTEP dan peruntukan yang telah diterima serta Penyelaras MySTEP adalah seperti grafik di bawah : Makluman 4.1.2.9 Pengurusan Tingkatan 6 (i) Bentong telah mencapai 100 % pengisian Pelibatan Sukarelawan dan Swasta dalam e-Pelaporan PIBKS bagi sesi 2022/2023 peringkat negeri Pahang. Makluman (ii) Mesyuarat Jawatankuasa Kumpulan Penggerak PIBKS Negeri Pahang Bil.4 Sesi 2021-2023 telah meluluskan Pembubaran AJK atau Exco KPIBKS Negeri Pahang. Secara langsung Jawatankuasa PIBKS peringkat daerah Bentong juga terbubar. Makluman


10 (iii) Mesyuarat PIBKS peringkat PPD akan dilaksanakan bersama Pengerusi PIBKS daerah Bentong yang akan dilantik sebagai persediaan Program Gerakan Masa peringkat Kebangsaan yang akan dilangsungkan di Kuantan pada 04 dan 05 Mac 2023. Makluman 4.1.2.10 Pendidikan Swasta (i) JPN Pahang telah menurunkan kuasa proses penyediaan permit mengajar guru-guru dan permit pengelola / pekerja serta bayaran permit bagi semua Institusi Pendidikan Swasta di daerah ke PPD bermula 01 Januari 2023. Makluman (ii) Permit yang telah siap dibuat akan dihantar ke JPN Pahang untuk mendapatkan kelulusan Ketua Pendaftar Negeri (Pengarah Pendidikan Pahang) sebelum diserahkan kepada semua Institusi Pendidikan Swasta di daerah. Makluman (iii) Proses penyediaan permit ini akan berlaku sepanjang masa berdasarkan tarikh tamat tempoh permit guru-guru di setiap institusi dan melibatkan 27 buah Institusi Pendidikan Swasta yang berdaftar dan sedang beroperasi di daerah Bentong. Makluman 4.1.2.11 Isu Sektor Pengurusan Sekolah (i) Pengetua / Guru Besar tidak mengisi maklumbalas buku lawatan PPD. Semua pegawai telah maklum tentang buku lawatan sewaktu lawatan ke sekolah dan menyemak buku lawatan pegawai. Makluman (ii) Pengetua / Guru Besar tidak memaklumkan kepada PPD kehadiran VVIP ke sekolah sedangkan telah diberi penegasan semasa mesyuarat Pengetua dan Guru Besar. Tindakan : Sektor Pengurusan Sekolah (iii) Pengetua dan Guru Besar mengasingkan guru kepada bilik-bilik khas yang tidak sesuai diduduki. Mohon tindakan pegawai membuat lawatan ke sekolah dan memberi nasihat kepada Pengetua / Guru Besar. Tindakan : Sektor Pengurusan Sekolah (iv) Pengetua dan Guru Besar melantik guru MySTEP tanpa pengetahuan PPD dan gaji dibayar oleh PIBG. Telah memaklumkan kepada Pengetua / Guru Besar semasa mesyuarat Pengetua / Guru Besar. Makluman 4.1.2.12 Laporan SIPARTNERS+ Mesyuarat mengambil maklum pembentangan Laporan SIPartners+ oleh Pegawai SIP+ adalah seperti berikut :


11 a. Penambahbaikan Fungsi SIPartners+ telah bermula pada 01 Jun 2019. Tugas SIP+ dan SISC+ adalah lebih kurang sama tetapi fokus yang berbeza. SIP+ memberi khidmat nasihat kepada pemimpin sekolah (SLT) iaitu Pengetua, Guru Besar dan Guru Penolong Kanan (GPK) mengenai program / intervensi yang sesuai berkaitan hal ehwal murid untuk dilaksanakan mengikut keperluan. SISC+ membimbing dan membangunkan Middle Leaders (ML) iaitu Ketua Panitia dan Ketua Bidang daripada pelbagai aras pencapaian sekolah dalam aspek penyeliaan pengajaran dan pembelajaran. Makluman b. SIP+ membimbing dan memberi sokongan dalam membangunkan pemimpin sekolah dalam keseluruhan aspek kepimpinan dan pengurusan organisasi, dalam SKPMg Standard 1 dan 2 termasuk Standard 3 untuk GPK. SISC+ membimbing dan memberi sokongan kepada guru daripada pelbagai aras pencapaian sekolah dalam aspek kurikulum, pedagogi dan penilaian, dalam SKPMg Standard 4. Makluman c. Terdapat kebersamaan antara SIP+ dan SISC+ iaitu Program Pengupayaan Pemimpin Pendidikan Pahang (5P). SIP+ akan fokus kepada Pengetua dan SISC+ fokus kepada guru mata pelajaran. SIP+ dan SISC+ juga melaksana program bimbingan dan latihan peningkatan profesionalisme keguruan dalam daerah melalui Continuous Professional Development (CPD) dan Professional Learning Community (PLC). Makluman d. SIP+ juga memberi khidmat nasihat mengenai pelan penggantian dan pembangunan kapasiti serta membimbing perkongsian amalan terbaik mengikut keperluan sekolah. Makluman e. Pegawai SIP+ memaklumkan bahawa Pegawai SIP+ dan SISC+ akan membuat pelaporan SIP+ dan SISC+ sebulan 2 kali kepada Pegawai Pendidikan Daerah dan Timbalan sektor selepas bimbingan ke sekolah. Makluman f. Pengerusi mengarahkan kaedah pelaporan SIP+ dan SISC+ dibuat dalam bentuk hardcopy, dan secara dalam talian. Makluman g. Timbalan SPS memaklumkan terdapat laporan mengatakan kehadiran SISC+ ke sekolah secara berkumpulan mengganggu pelaksanaan PDP sekolah. Tindakan : Sektor Pembelajaran 4.1.3 LAPORAN SEKTOR PEMBELAJARAN 4.1.3.1 Mesyuarat mengambil maklum pembentangan Laporan Sektor Pembelajaran oleh Timbalan PPD (Sektor Pembelajaran) seperti berikut: a) Keputusan Percubaan SPM 2022 adalah seperti grafik di bawah:


12 Makluman b) Analisa Tidak Layak Sijil yang melibatkan 418 calon adalah seperti perincian di bawah: Makluman c) Timbalan PPD (Sektor Pembelajaran) memaklumkan bahawa Seminar Didik Rakyat mendapat peruntukkan daripada Bank Rakyat yang digunakan untuk keperluan makan, minum dan bayaran kepada penceramah seminar. Seminar ini melibatkan 7 zon dalam daerah Bentong iaitu Zon Bentong 1, 2,3,4 dan Zon Karak 1,2 yang melibatkan 713 peserta. Makluman


13 d) Timbalan PPD (Sektor Pembelajaran) juga merakamkan penghargaan kepada Puan Ainon binti Semion, SISC+ PPD Bentong dan pegawai-pegawai daripada sektor-sektor lain. Makluman e) Program Tuisyen Rakyat juga mendapat peruntukkan daripada Bank Rakyat yang disalurkan terus kepada 4 buah sekolah yang terlibat iaitu SMK Sulaiman, SMK Ketari, SMK Kuala Repas dan SMK (F) Chemomoi. Makluman f) Program PERHATI telah diadakan di SMK Karak Setia pada 17-19 Oktober 2022 yang melibatkan 141 orang peserta. Makluman g) Program FUFC SPM Sekolah GPS 7.00 melibatkan 5 buah sekolah iaitu SMK Khai Mun, SMK Karak, SMK Kuala Repas, SMK (F) Lurah Bilut dan SMK Telemong bermula Januari hingga Februari 2023. Makluman h) Timbalan PPD (Sektor Pembelajaran) memaklumkan Program Ibnu Hajar melibatkan 7 buah sekolah di daerah Bentong iaitu SMK Telemong, SMK Karak Setia, SMK SMK Karak, SMK Khai Mun, SMK Katholik, SMK Ketari dan SMK Bukit Tinggi bermula pada Januari sehingga Februari 2023. Makluman i) Seminar Kecemerlangan SPM 2022 melibatkan 4 buah sekolah iaitu Kolej Vokasional bagi subjek Ekonomi yang melibatkan 169 calon, SMK Karak bagi subjek Kesusasteraan Tamil yang melibatkan 15 calon, SMK (F) Lurah Bilut bagi subjek Tasawwur Islam yang melibatkan 56 calon dan Kolej Vokasional bagi subjek Perniagaan yang melibatkan 145 calon. Makluman j) PPD Bentong juga menerima modul dan bahan daripada Yayasan Pahang dan YaPIEM yang akan digunakan oleh semua calon SPM dan akan dilaksanakan sehingga Februari 2023. Makluman k) Mesyuarat dimaklumkan 9 program/aktiviti yang telah dilaksanakan oleh SISC+ dari Oktober hingga Disember 2022. Perincian program/aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti grafik di bawah:


14 Makluman l) Mesyuarat mengambil maklum berkenaan Pusat Interaktif Jawi di SK Bukit Piatu. Makluman m)Program yang dilaksanakan oleh Unit Pendidikan Islam adalah meliputi Adab dan Nilai (ADNI), Al-Quran, Guru Pendidikan Islam (GPI) dan Jawi, AlQuran, Arab dan Fardhu Ain (j-Qaf). Perincian berkaitan program yang telah dilaksanakan adalah seperti grafik di bawah: Makluman n) Mesyuarat dimaklumkan berkaitan Data Ops Baca dan PRO3B Daerah Bentong 2022. Perincian maklumat berkaitan data Ops Baca dan PRO3B adalah seperti di bawah:


15 Makluman o) Mesyuarat dimaklumkan seramai 46 orang murid daripada 49 orang yang menghadiri Ujian Saringan PROSP-MBPK disahkan sebagai MBPK. Makluman p) Mesyuarat dimaklumkan berkaitan KPI Pengarah iaitu: i. Peratus Murid Berkeperluan Khas berada dalam Program Pendidikan Inklusif iaitu 90.04% ii. Peratus sekolah yang mempunyai MBPK dilengkapi dengan Kemudahan Mesra OKU iaitu 31.43%. Makluman q) Mesyuarat juga dimaklumkan berkaitan kunjung bantu yang dilakukan oleh Unit Pentaksiran dan Peperiksaan dan Unit Pendidikan Khas. Dapatan dari sesi kunjung bantu tersebut ialah: i. Pentaksir mengumpul evidens dan memasukkan ke dalam aplikasi sekaligus di hujung tahun ii. Evidens tidak disahkan oleh Pengetua Makluman r) Maklumat terperinci adalah seperti grafik di bawah: Makluman


16 s) Mesyuarat dimaklumkan program/aktiviti yang dilakukan oleh Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan (USTP) Sektor Pembelajaran adalah seperti grafik di bawah: Makluman t) Mesyuarat dimaklumkan tentang pelaksanaan Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu (SPPB). Pentadbir bagi modul SPPB ialah Timbalan PPD (Sektor Pembelajaran). Modul SPPB mempunyai 13 submodul Pentaksiran yang akan diselia oleh seorang pentadbir. Perincian adalah seperti berikut: i. PBD : Encik Muhammad Nain bin Mohd Zin ii. PAJSK : Encik Suhairi bin Samsuddin iii. Psikometrik : Encik Mohd Hafiszan bin Mohd Nor iv. Pemulihan Khas : Puan Rozeelizawati binti Zainal Abidin v. Pentaksiran Prasekolah : Puan Azalida binti Mohamed Adib vi. Peperiksaan Dalaman : Encik Ahmad Kamil bin Baharuddin vii. Pengurusan : Tuan PPD dan semua timbalan, SIP+ dan SISC+ Makluman 4.1.3.2 Timbalan PPD (Sektor Pengurusan Sekolah) memaklumkan bahawa Program Ibnu Hajar merupakan program Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah JPN dan setiap sekolah terlibat mempunyai mentor yang terdiri daripada pegawai di JPN dan PPD. Makluman 4.1.3.3 Pengerusi berpandangan seperti berikut: a) Perlu ada person incharge (PIC) Program Ibnu Hajar bagi setiap sekolah yang terlibat dalam melaksanakan program ini. Tindakan : Sektor Pengurusan Sekolah b)KPI PPD Bentong bilangan 18 iaitu Peratus Pencapaian Celik Huruf (Tahun 2 dan Tahun3) disemak semula memandangkan KPI tersebut telah


17 mencapai sasaran pada Tahun 2022. Sektor Pembelajaran diminta membuat perubahan peratus sasaran dalam PSO 2022-2024. Tindakan : Sektor Pembelajaran 4.1.3.4 Mesyuarat mengambil maklum dan bersetuju pembentangan oleh Timbalan PPD (Sektor Pembelajaran) Makluman 4.1.4 LAPORAN SEKTOR PEMBANGUNAN MURID (SPMd) Mesyuarat mengambil maklum pembentangan Laporan Sektor Pembangunan Murid (SPMd) oleh Timbalan PPD (Sektor Pembangunan Murid) adalah seperti berikut : 4.1.4.1 Pelaporan Pembangunan Bakat Murid a. Mesyuarat Program Pembangunan Bola Sepak MSSD Bentong 2022/2023 Tarikh : 21 Oktober 2022 (Jumaat) Tempat : SMK Kuala Repas Kehadiran : 16 orang Pengerusi : Encik Shahrum bin Md Saud i. SMK Kuala Repas adalah sekolah yang terpilih sebagai sekolah Program Pembangunan Bola Sepak bagi daerah Bentong. Makluman b. Penempatan/ambilan murid-murid SMK Kuala Repas yang terpilih bagi Program Pembangunan Bola Sepak. Sektor Pengurusan Sekolah untuk membuat surat tawaran bagi murid-murid yang terpilih supaya mereka dapat ditempatkan di SMK Kuala Repas. i. Surat tawaran juga hendaklah diedarkan kepada ibubapa/penjaga bagi membuat pertukaran sekolah bagi tujuan tersebut. ii. Seramai 31 orang pelajar akan terpilih untuk mengikuti program Pembangunan Bola Sepak tersebut. iii. SMK Bentong juga adalah salah sebuah sekolah yang terlibat bagi Program Pembangunan Bola Sepak, bagaimanapun pelajar yang terlibat tidak tinggal di asrama, mereka hanya bersekolah di situ. iv. SK Tuanku Fatimah juga dipilih sebagai Sekolah Pembangunan Bola Sepak bagi murid bawah 12 tahun. Makluman c. Program Memperkasakan PAJSK – Taklimat Pengurusan Kokurikulum Memperkasakan PAJSK Sekolah-sekolah Daerah Bentong Tarikh : 28 September 2022 Tempat : SMK karak Setia Kehadiran : Semua Guru PK Rendah dan menengah Daerah Bentong


18 i. Sebuah program gabungan dengan Sektor pentaksiran dan peperiksaan. ii. Program ini khusus kepada Guru Penolong Kanan dan pegawai PAJSK yang terlibat secara langsung di sekolah. Makluman d. Program Libat Urus PBS (PAJSK) 2022/2023 – Libat Urus Pemerkasaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Daerah Bentong ( 6 zon ) 2022/2023 Tarikh : 10.08 hingga 30.08.2022 Tempat : SMK (LKTP) Lurah Bilut, SMK Bentong, SMA Persekutuan Bentong, SMK Sri Pelangai, SMK Karak Setia Sasaran : Semua PGB, GPK Kanan, Guru Kelas Tingkatan Menengah dan Guru yang mengajar Tahap 2 SR Makluman e. Program Taklimat Pengoperasian & Penjaminan Kualiti PAJSK Daerah Bentong Tarikh : 18 Disember 2022 Tempat : Pejabat Pendidikan Daerah Bentong Sasaran : Semua PGB, Setiausaha Dan Penyelaras PBS SM dan SR Makluman f. Program Menembak Kadet Polis – Latihan Menembak Kadet Polis Sekolah Menengah Daerah Bentong Tarikh : 12.09.2022 hingga 15.09.2022 Tempat : Lapang Sasar IPD Bentong Sasaran : 300 orang murid Makluman g. Program Karnival Belia Berinovasi - Karnival Belia Berinovasi / MYIPO Aspirasi Keluarga Malaysia 2022 Tarikh : 20.09.2022 Tempat : MRSM Bentong Sasaran : 400 orang murid terlibat Makluman h. Program Kawad Kaki Guru TKS – Kursus Kawad Kaki Guru KRS dan TKRS Daerah Bentong tahun 2022 Tarikh : 21.09.2022 Tempat : SMA Persekutuan Bentong Sasaran : 70 orang guru Makluman i. Program Petronas Le Tour De Langkawi – Petronas Le Tour De Langkawi Stage 2 & 3 Tahun 2022 Tarikh : 12.10.2022 Tempat : Melibatkan sekolah-sekolah luar Bandar Zon Pelangai, Karak dan Mempaga Sasaran : 300 orang murid


19 Makluman j. Program Karnival Stem dan Kesenian – Karnival STEM dan Kesenian Sekolahsekolah Daerah Bentong Tarikh : 15.10.2022 hingga 30.10.2022 Tempat : Dewan SMK (LKTP) Kampung Sertik Sasaran : 6 buah Sekolah Rendah dan 6 buah Sekolah Menengah 1000 orang pelajar telah terlibat Makluman k. Program Klinik Sukan Lompat Tali – Klinik Sukan Lompat Tali 1M1S Sekolahsekolah Rendah Daerah Bentong Tarikh : 20.10.2022 Tempat : Dewan SMK Bentong Sasaran : 16 guru dan 30 orang pelajar Sekolah-sekolah Daerah Bentong Makluman l. Program Kursus Naik Pangkat KRS – Kursus Naik Pangkat Lans Koperal / Koperal Kadet KRS Daerah Bentong Tahun 2022 Tarikh : 28.10.2022 hingga 30.10.2022 Tempat : SMK (LKTP) Kampung Sertik Sasaran : 6 buah Sekolah Rendah dan 6 buah Sekolah Menengah 1000 orang pelajar telah terlibat Makluman m.Program Perkhemahan Kadet Koreksional - Perkhemahan Kadet Koreksional Sekolah-sekolah Menengah 2022 Tarikh : 04.11.2022 hingga 06.10.2022 Tempat : Masjid Penjara Mempaga Sasaran : 3 buah Sekolah Menengah Makluman n. Program Sukan Frisbee 1M1S – Klinik Sukan Frisbee 1M1S Peringkat Negeri Pahang Tarikh : 04.11.2022 hingga 06.11.2022 Sasaran : Guru PJK Sekolah-sekolah Daerah Bentong Makluman o. Pencapaian Sukan Sepanjang Tahun 2022


20 Makluman p. Carta Pai Menunjukkan Jumlah Murid Yang Telah Menyertai MSSP 2022 Makluman


21 q. Carta Bar Menunjukkan Jumlah Murid Yang Telah Menyertai MSSM 2022 Makluman 4.1.4.2 Pelaporan Hal Ehwal Murid a. Laporan Aktiviti Libat Urus PBS (Psikometrik) 2022/2023 – Libat Urus Pemerkasaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Daerah Bentong (6 Zon) 2022 / 2023 Tarikh : 10.08.22 hingga 30.08.2022 Tempat : SMK (LKTP) Lurah Bilut, SMK Bentong, SMA Persekutuan Bentong, SMK Sri Pelangai, SMK Karak Setia Sasaran : Semua PGB, GPK Kanan, Guru Mengajar Kelas MR dan Guru Mengajar Tahap 2 Makluman b. Laporan Aktiviti Menangani Salah Laku Disiplin – Jerayawa Hentikan Buli Sekolah Menengah Daerah Bentong Tarikh : 05.10.2022 Tempat : SMK Seri Bentong Sasaran : Murid Asrama Sekolah Menengah Daerah Bentong Makluman c. Laporan Aktiviti Menangani Salah Laku Disiplin – Kolokium Sahabat Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ) Tarikh : 13.10.2022


22 Tempat : SMK (LKTP) Lurah Bilut Makluman d. Program Kursus Pengurusan Kaunseling Menengah dan Rendah Daerah Bentong – Kursus Pengurusan Kaunseling Bagi Kaunselor Sekolah Menengah dan Rendah Daerah Bentong Tarikh : 08.11.2022 hingga 10.11.2022 Tempat : IAB, Genting Highland Sasaran : Semua Guru Kaunseling Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Daerah Bentong Makluman e. Program Aktiviti Taklimat Pengoperasian & Penjaminan Kualiti Psikometrik Daerah Bentong – Taklimat Pengoperasian Dan Penjaminan Kualiti Psikometrik Kepada Pengetua, Guru Besar, Setiausaha Dan Penyelaras PBS Tarikh : 18.12.2022 Tempat : PPD Bentong Sasaran : Semua PGB, Setiausaha dan Penyelaras PBS Sekolah Daerah Bentong Makluman f. Laporan Kehadiran Dan Displin (i) Peratus kehadiran sekolah bagi daerah Bentong masih lagi di bawah 90%, mengikut data kehadiran murid dari aplikasi APDM dari bulan Mac 2022 hingga Disember 2022 bagi sesi persekolahan 2022. (ii)Peratus ini meningkat naik lagi mengikut data kehadiran sehingga Mac 2023 (iii) Peratus kehadiran ini juga adalah mengikut kehadiran pelajar yang menduduki peperiksaan SPM 2022. (iv) Peratus kehadiran Sekolah Rendah adalah 87.01% dan Sekolah


23 Menengah adalah 87.04%. (v)Carta SSDM adalah seperti dalam carta statistik di atas. Makluman g. Pendidikan Pencegahan Dadah (i) Program Ujian Saringan air kencing (PPD+AADK) telah dilaksanakan semula pada tahun 2022 melibatkan 12 buah sekolah menengah dan sekolah rendah daerah Bentong. (ii) Bilangan murid yang diuji ialah seramai 258 orang pelajar dengan semua sampel tersebut adalah negative. (iii) Pemilihan murid seramai 258 orang dibuat oleh pihak jawatankuasa disiplin sekolah. Keputusan semua negative kerana ada sebahagian murid yang tidak hadir telah diganti oleh murid lain pada hari kejadian. (iv) Pada November 2022 pihak polis telah melaporkan terdapat 1 tangkapan yang melibatkan seorang pelajar dari SMK Lurah Bilut yang berumur 16 tahun pada 26.04.2021, melibatkan kesalahan air kencing mengandungi ‘‘Meth“ dan Canabis. Pihak polis melanjutkan kes tersebut kepada kaunselor sekolah sahaja untuk bimbingan dan pemantauan selanjutnya. Makluman h. 3K – Kesihatan / Kantin (i) Perkhidmatan kesihatan sekolah oleh UKS PKD masih lagi diteruskan dan telah mendapat kebenaran dari pihak KPM dan JPN Pahang. (ii) Terdapat terdapat sebuah sekolah yang telah dikenakan kompaun oleh pihak kesihatan negeri berkaitan dengan pembiakan Aedes. (iii) Tahun 2023 semua sekolah daerah Bentong dibawah KPM membuka tender kantin baharu. Ada juga sebahagian pengusaha kantin yang memohon pelanjutan sewa kantin. (iv) Lanjutan Inisiatif Pengecualian Sewaan Kantin masih lagi diteruskan pada tahun 2023 ( Januari hingga Mac 2023). (v) Program/Kursus Kesihatan Pengendalian Makanan bagi pengusaha kantin sekolah daerah Bentong akan dilaksanakan pada bulan Mac 2023 akan datang. (vi) Pada tahun 2022 tiada kes berkaitan dengan keracunan makanan dilaporkan. Makluman i. Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (TPSM) (i) Bagi tahun 2023 TPSM diteruskan berkuatkuasa dari 01 Januari 2023 sehingga 31 Disember 2023. (ii) No Sijil TPSM adalah PTP:P0324898-04-DIR.23. (iii) Tuan Pengerusi memohon PPPD (Hal Ehwal Murid) untuk mendapatkan data tuntutan sepanjang tahun 2022 dari semua sekolah-sekolah daerah Bentong. Tindakan : Pen PPD(Hal Ehwal Murid)


24 j. Bantuan dan Kebajikan (i) Program RMT dan PSS masih lagi diteruskan pada tahun 2023 kepada semua pelajar yang layak mengikut kriteria yang telah ditetapkan. (ii) Pada tahun ini RMT dilaksanakan menggunakan kadar baharu iaitu dengan peruntukkan sebanyak RM 3.50 setiap pelajar. (iii) Encik Wan Hanif, Penolong PPD(Prasekolah dan Rendah) memaklumkan kadar bagi Prasekolah adalah sebanyak RM2.00, sedang mohon dari kerajaan untuk kenaikan kadar baharu bagi perbelanjaan makan Prasekolah. Beliau turut menyatakan bahawa RM2.00 dikira mencukupi kerana di Prasekolah ada PPM yang menyediakan makanan untuk murid prasekolah dengan lebih jimat, bersih, selamat dan berkualiti. (iv) Masih guna data pelajar lama sedia ada iaitu seramai 2,996 penerima bagi daerah Bentong. Tindakan : Sektor Pengurusan Sekolah k. Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) (i) Isu kekurangan buku teks disebabkan banjir telah dapat diatasi sebaik mungkin.Selepas dua kali penerimaan buku ganti tiada lagi isu buku teks yang tidak mencukupi. (ii) Pesanan buku teks bagi tahun 2023 telah dilaksanakan pada bulan Februari 2022 yang lalu. (iii) Pesanan buku teks bagi kegunaan tahun 2024 akan dilaksanakan pada bulan Februari / Mac 2023 nanti. (iv) BOSSD kekal di SMK Bentong. Makluman 4.1.5 SEKTOR PENGURUSAN 4.1.5.1 Pengurusan Kuarters. i. Cik Nor Fasihah memaklumkan untuk mengadakan Mesyuarat Pengurusan Kuarters pada 26 Januari 2023 yang akan dihadiri oleh Tuan PPD, Timbalan-timbalan, Sektor Perancangan, Unit Infrastrukstur, Pengetua / Guru Besar dan Pengerusi Kuarters Institusi Pendidikan(KIP). Makluman ii. Pengerusi mengarahkan penyediaan data lengkap KIP merangkumi pengisian, kekosongan dan kerosakan. Tindakan : Sektor Pengurusan iii. Puan Norrol Huda memaklumkan pihak IIUM telah melakukan lawatan ke KIP di Bentong untuk kajian meliputi kerosakan, kekosongan dan lain-lain yang berkaitan. Makluman


25 iv. Cik Nor Fasihah mencadangkan agar unit kuarters yang telah dikosongkan diperiksa dan perlu ditahan elaun tetap perumahan rumah sebelum diserahkan sepenuhnya. Tindakan : Sektor Pengurusan 4.1.5.2 Pentadbiran Am. i. Mesyuarat Sektor Pengurusan Bil. 1/2023 telah diadakan pada 5 Januari 2023. Antara perkara yang dibincangkan adalah berkenaan pelekat kenderaan yang akan diguna semula memandangkan masalah parkir yang terhad. Tindakan : Sektor Pengurusan ii. Menaik taraf palang keselamatan memandangkan kebebasan keluar masuk kenderaan yang tidak terkawal. En. Zabidi bin Othman mencadangkan agar menggunakan parkir di PPD Lama jika ada kenderaan persendirian yang ingin menumpang parkir. Tindakan : Sektor Pengurusan iii. En. Azihan bin Shafie mencadangkan agar parkir motosikal ditambah memandangkan pertambahan motosikal dikalangan pegawai dan staf. Tindakan : Sektor Pengurusan iv. Cik Nor Fasihah mencadangkan agar kad akses diselenggara memandangkan kebebasan staf dari luar yang keluar masuk tanpa kawalan. En Sahrum mengarahkan pemulangan semula kad akses dari pegawai-pegawai yang telah berpindah dan bersara. Program pemutihan kad akses juga akan dijalankan. Tindakan : Sektor Pengurusan v. Naik taraf Pigeon Hole agar memudahkan pengambilan dan edaran surat kepada sekolah-sekolah. Tindakan : Sektor Pengurusan 4.1.5.3 Pembangunan Profesionalisme i. Cik Nor Fasihah melaporkan pelaporan kehadiran warga PPD yang telah melengkapkan 5 hari berkursus dan 42 jam kredit bagi tahun 2022. Makluman ii. Cik Nor Fasihah telah membuat Pelaporan Analisa Keperluan Berkursus mengikut soal selidik TNA. Berdasarkan pelaporan Analisa tersebut, keperluan berkursus yang paling diperlukan oleh warga PPD adalah seperti berikut. 1. Mengetahui perundangan dan tatacara pengurusan kewangan (3.76) 2. Melaksana perolehan perkhidmatan/ barangan (3.82) 3. Pengurusan pengauditan (3.88)


26 4. Menggunakan perisian Access (3.97) 5. Kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris (4.06) Mesyuarat mengambil maklum dan bersetuju dengan Analisa keperluan berkursus tersebut. Tindakan : Sektor Pengurusan 4.1.5.4 Maklumbalas Pelanggan, Perkhidmatan dan Tahap Kepuasan Pegawai dan Anggota Kumpulan Pelaksana. BIL. PERKARA PERATUS 1 MAKLUMBALAS PELANGGAN PKU 02-1 SUKU TAHUN KE-4 84.84 2 TAHAP KEPUASAN PEGAWAI DAN ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA PK05-1 SETENGAH TAHUN KE-2 60 3 MAKLUMBALAS PERKHIDMATAN PK05-2 SETENGAH TAHUN KE-2 100 i. Tuan PPD mencadangkan agar membuat penambahbaikan terhadap borang-borang tersebut dan pegawai harus memanfaatkan borang tersebut bagi meningkatkan peratusan bagi perkara-perkara tersebut. Tindakan : Sektor Pengurusan 4.1.5.5 Tender Perkhidmatan Kebersihan Bangunan Dan Kawasan (KBK) Ke Sekolah/ Institusi Pendidikan i. En. Azihan memaklumkan kontrak kebersihan baharu, Titijaya Resources merangkumi 6 zon, 1 sekolah Kurang Murid dan Kuarters Institusi Pendidikan. Makluman ii. Pengerusi menegaskan agar kebersihan tandas dipertingkatkan. En. Wan Muhd Hanif juga menekankan agar penggunaan peralatan kebersihan contohnya kain pengelap yang bersih agar tidak mengundang bau yang kurang menyenangkan. Tindakan : Sektor Pengurusan 4.1.5.6 Perkhidmatan Kawalan Keselamatan i. En. Azihan mencadangkan agar rondaan malam perkhidmatan kawalan keselamatan harus dijalankan kembali berikutan aduan perkhidmatan kurang memuaskan. Tindakan : Sektor Pengurusan


27 4.1.6LAPORAN SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING 4.1.6.1 Mesyuarat mengambil maklum pembentangan Laporan Psikologi dan Kaunseling oleh Kaunselor Pendidikan Daerah seperti berikut: a) Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Outreach Perkhidmatan dan Kepakaran telah ditawarkan kepada semua sekolah di daerah Bentong. Kaunselor Pendidikan Daerah telah membuat lawatan ke semua sekolah pada tahun 2022 kecuali SK (F) Sg Kemahal, SJK(C) Karak, Kolej Vokasional dan SK Jambu Rias. Makluman b) Mesyuarat juga dimaklumkan berkaitan program Ziarah Cakna / Konsultasi kepada pegawai perkhidmatan pendidikan atau anggota kumpulan pelaksana yang mengalami sakit mental atau sakit yang berpanjangan. Makluman c) Program Pementoran yang melibatkan mentor dan mentee yang terpilih di kalangan anggota kumpulan pelaksana sama ada di PPD atau sekolah. Pada bulan Februari atau Mac 2023 akan diadakan taklimat pada mentee yang terpilih. Makluman d) Inventori Kesejahteraan Psikologi telah memasuki tahun ke 3 pelaksanaan. Tahun pertama hanya melibatkan sebuah sekolah sahaja iaitu SMA Persekutuan Bentong, tahun kedua pula melibatkan 13 buah sekolah di daerah Bentong manakala pada tahun 2023 akan melibatkan 26 buah sekolah iaitu semua sekolah SJK(C), SJK(T) dan beberapa buah sekolah rendah. Sasaran bagi program ini ialah seramai 500 orang PPP. Makluman e) Program Segar Minda/ Kesejahteraan Psikologi yang diadakan sebulan sekali adalah untuk menyampaikan maklumat berkaitan Kaunseling kepada semua warga PPD. Makluman f) Mesyuarat mengambil maklum berkenaan Distress Center di bilik Kaunseling PPD Bentong yang mempunyai pelbagai kemudahan seperti mesin urut kaki dan pelbagai inventori lain. Makluman


28 g) Mesyuarat turut dimaklumkan mengenai Program 3P (Perkembangan, Pemulihan dan Pencegahan). Perincian mengenai program/aktiviti yang dilakukan adalah seperti grafik di bawah: Makluman h) Kaunselor Pendidikan Daerah turut memaklumkan Statistik Pelaporan Pengurusan Kaunselor PPD. Perincian Statistik Pelaporan adalah seperti di bawah: Makluman Makluman i) Semua Pegawai dan Staf PPD dimohon untuk menyertai Program Riadah sepanjang tahun yang diadakan pada setiap hari Rabu, jam 4.30 petang. Setiap sektor berlainan ditugaskan untuk senaman. Makluman 4.1.7 LAPORAN SEKTOR PENTAKSIRAN DAN PEPERIKSAAN Mesyuarat mengambil maklum pembentangan Laporan Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan oleh Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (Pentaksiran dan Peperiksaan) seperti berikut : 4.1.7.1 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022


29 a. Calon SPM 2022 perlu melalui ujian sebelum menduduki ujian SPM yang sebenar. (i) Pentaksiran Pusat / Kerja Kursus - Telah dilaksanakan dan markah calon telah dimasukkan dalam Sistem Urusan Peperiksaan Awam. (ii) Ujian Amali Sains (iii) Ujian Bertutur Bahasa Melayu Kertas 3 (iv) Ujian Bertutur Bahasa Inggeris Kertas 3 (v) Ujian Mendengar BM dan BI Kertas 4 (vi) SPM Bertulis - Akan berlangsung pada 20 Februari hingga 15 Mac 2023 Makluman 4.1.7.2 Data Ujian Amali Sains 2022 a. Akan berlangsung pada 30 Januari hingga 02 Februari 2023. (i) Pengurus Peperiksaan (3 orang) - Pegawai Pendidikan Daerah - 2 orang Pegawai Pentaksiran & Peperiksaan - Pengurus peperiksaan dibenarkan masuk ke dalam dewan peperiksaan semasa peperiksaan berlangsung. (ii) Penyelia Kawasan ada 7 orang iaitu 2 orang di Bilik Kebal, 2 orang di SMK Chemomoi dan 3 orang di SMK Sulaiman serta SMK Karak. (iii) Terdapat 6 kawasan iaitu Bentong, Bilut, Ketari, Karak, Sertik dan Chemomoi. (iv) Jumlah Pusat Ujian Amali ada 15 pusat iaitu 13 Pusat Sekolah dan 2 Pusat Persendirian (SMK Bukit Tinggi dan SMK Seri Bentong) (v) Bilangan Makmal adalah sebanyak 19 buah manakala bilangan bilik sebanyak 22 buah termasuk Bilik Lapor Diri dan Kuarantin (vi) Bilangan Petugas Ujian adalah seramai 82 orang manakala bilangan Calon Peperiksaan adalah seramai 443 orang termasuk calon persendirian. Makluman 4.1.7.3 Ujian Bertutur Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Kertas 3 a. Ujian bertutur Bahasa Melayu akan berlangsung pada 07 hingga 09 Februari 2023 manakala ujian bertutur Bahasa Inggeris pada 13 hingga 15 Februari 2023. (i) Bilangan Bilik (66 Buah) - Termasuk Bilik Menunggu, Bilik Ujian dan Bilik Kuarantin


30 (ii)Bilangan petugas Ujian BM adalah seramai 130 orang manakala Ujian BI adalah seramai 117 orang - 1 pusat ada 2 orang petugas di Bilik Menunggu dan 2 orang petugas di Bilik Kuarantin - Ada Ketua Pentaksir Pusat Ujian dan Pentaksir Peperiksaan (iii) Bilangan Calon Ujian - 1537 Orang (Termasuk Calon Persendirian) - Calon Persendirian ada 50 orang dan 5 orang akan menduduki peperiksaan di SMK Seri Bentong, 30 orang di SMK Bukit Tinggi dan 15 orang di SMK Kuala Repas. Makluman 4.1.7.4 Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris a. Berlangsung pada 16 Februari 2023 (ii)Jumlah Pusat Peperiksaan ada 22 pusat iaitu 19 Pusat Sekolah dan 3 Pusat Persendirian (SMK Bukit Tinggi, SMK Seri Bentong dan SMK Kuala Repas). Bilangan Petugas Ujian adalah seramai 162 orang. Makluman 4.1.7.5 Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) S1 Kohort 2023 a. Berlangsung pada 09 hingga 16 Februari 2023. (i) Penyelia kawasan ada 3 orang dan jumlah pusat peperiksaan ada 2 pusat iaitu SMK Sulaiman dan SMK Ketari. (ii)Bilangan petugas peperiksaan adalah seramai 17 orang manakala bilangan Calon Peperiksaan adalah seramai 107 orang. Makluman 4.1.7.6 Pentaksiran Bilik Darjah : Ujian Akhir Sesi Akademik (i) Ujian akhir sesi akademik bagi Tahap Dua Sekolah Rendah dan Menengah Rendah bermula 2 hingga 20 Januari 2023. Tarikh muat turun Panduan Penskoran bermula 9 Januari 2023 dan semua sekolah berjaya memuat turun Instrumen Pentaksiran melalui Aplikasi Pengumpulan dan Pemasangan Instrumen (APPI). Makluman 4.1.7.7 Mata Pelajaran Aliran Kemahiran (MPAK) (i) Ujian Bertulis Pentaksiran Pusat MPAK bermula pada 9 Januari 2023, pusat ujian di SMK Karak. Matapelajaran Program Vokasional Menengah Atas (PVMA) di SMK Harian adalah seperti berikut : - Matematik 1450/1 - Pendidikan Islam 1224/1 - Pendidikan Moral 1226/1


31 Makluman 4.1.7.8 Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) Tahun 2022 (i) Pemantauan Penjaminan Kualiti Pelaksanaan Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) Peringkat Negeri Pahang bermula 9 Januari hingga 8 Februari 2023. Pemantauan akan dijalankan oleh 2 orang pegawai di 4 buah sekolah berikut : • Tn. Haji Ahmad Zohdi bin Haji Sahak @ Ishak - SMK Karak dan SMK (LKTP) Kg. Sertik • En. Shamsul Rizal bin Ramli - SMK (Felda) Lurah Bilut dan SMK Ketari Makluman 4.1.7.9 Pegawai Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan memohon Unit Sumber menyediakan pembantu dari AKP sedia ada atau MySTEP bagi membantu pengurusan Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan. Tindakan : Sektor Pengurusan 5. HAL-HAL LAIN 5.1 Encik Shahrum bin Md Saud 5.1.1 Mesyuarat-mesyuarat utama perlu diadakan sekurang-kurangnya 4 kali setahun bagi mesyuarat-mesyuarat seperti berikut:- i. Mesyuarat Pengurusan PPD Bentong ii. Mesyuarat JKPA iii. Mesyuarat JKPAK iv. Mesyuarat Sektor Makluman 5.1.2 Beliau juga mencadangkan pengagihan khidmat bantu “Lead Auditor” (LA) bagi setiap sektor. PPD Bentong mempunyai 4 orang LA yang boleh membantu setiap sektor bagi perkemaskan lagi dokumen di organisasi. Tindakan : Sektor Perancangan 5.1.3 Dokumen Lawatan Penanda Aras ke Langkawi perlu dikemaskini seperti kitaran yang telah ditetapkan dalam pengurusan jaringan dan jalinan. Tindakan : Penyelaras Jaringan Langkawi 5.1.4 Laporan Kolokium Pembudayaan STEM Dalam TS25 juga perlu disediakan supaya mudah dijadikan rujukan dan panduan untuk program dan aktiviti pada masa hadapan. Tindakan : Sektor Pengurusan Sekolah & Sektor Pembelajaran 5.1.5 Cadangan Majlis Apresiasi Gemilang dilaksanakan bagi tahun 2023. Pelaksanaan majlis tersebut bagi menghargai dan penyampaian


32 anugerah serta sijil penghargaan kepada warga pendidikan Daerah Bentong di atas pencapaian dalam bidang pendidikan. Tindakan : Sektor Pengurusan 5.1.6 PPD mengarahkan penggunaan bangunan PPD lama secara maksimum. Selain itu, beliau mengarahkan proses naik taraf atau penyelenggaraan dilakukan bagi keselesaan pengguna. Tindakan : Sektor Perancangan 5.1.7 Warga PPD Bentong perlu bekerjasama dalam menjayakan pembinaan surau. Makluman 5.1.8 Lawatan Penanda Aras Tahun 2023, beliau memohon supaya membuat perbincangan bagi melaksanakan program tersebut. Tindakan : Sektor Perancangan 5.1.9 Ziarah Cakna Peperiksaan SPM perlu diadakan 2 kali, sebelum Peperiksaan Amali dan Hari Pertama SPM Bertulis diadakan bagi memberi semangat dan menyantuni calon SPM 2022. Tindakan : Sektor Pembelajaran 5.1.10 Lawatan Hari Pertama Sesi 2023/2024, pelaksanaan sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Seperti sebelum ini, pegawai dari JPN Pahang dan KPM juga akan turun bagi menjalankan lawatan tersebut. Makluman 5.1.11 Mesyuarat sektor perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya 4 kali setahun sebelum Mesyuarat Pengurusan PPD diadakan. Makluman 5.1.12 Mesyuarat Pertama Pengetua dan Guru Besar (PGB), Sektor Pengurusan Sekolah merupakan sektor yang dipertanggungjawab bagi menentukan tarikh, masa dan tempat. Mesyuarat boleh dilaksanakan samada di luar daerah/negeri, tentukan anggaran belanja serta agenda mesyuarat tersebut. Makluman 5.1.13 Takwim 2023 perlu diedarkan lebih awal bagi memudahkan perancangan organisasi dan semakan program yang akan dilaksanakan. Makluman 5.1.14 Encik Wan Muhd Hanif memaklumkan Takwim Tahun 2023 sedang diproses. Beliau yang menguruskan tempahan takwim tersebut. Makluman 5.1.15 Sesi Bacaan Yassin dan Taklimat Mingguan, beliau meminta pendapat semua ahli mesyuarat sama ada sesi tersebut diteruskan seperti


33 sebelum ini atau dikurangkan kepada 2 minggu sekali atau sebulan sekali. Tindakan : Sektor Pembelajaran 5.1.16 Semua ahli mesyuarat bersetuju agar diteruskan seperti sebelumnya, Unit Sumber Dan Pentadbiran Am diarahkan membuat jadual bagi pencatat minit taklimat mingguan. Tindakan : Sektor Pengurusan 5.1.17 Sesi Bicara Profesional KPPM/TKPPM, beliau berhasrat untuk mengadakan program tersebut bagi semua pegawai PPD Bentong, guru pentadbiran dan guru biasa gred DG48 ke atas di sekolah rendah dan sekolah menengah. Makluman 5.1.19 PPD mengarahkan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (PPTM), melaporkan tugasan serta keberadaan di Pusat Kegiatan Guru. Bukti kehadiran perlu disemak oleh pihak PPD. Tindakan : Sektor Pengurusan 5.1.20 Memaklumkan setiap sektor perlu melaksanakan bimbingan kepada sekolah bagi kerja buat sektor masing-masing. Makluman 5.1.21 Pelan Strategik Sukan Utama, Sektor Pembangunan Murid bertanggungjawab sebagai penggerak hala tuju sukan utama Daerah Bentong. Pengerusi Teknik Memanah Daerah Bentong berhasrat menjadikan Daerah Bentong sebagai tuan rumah Sukan Memanah Peringkat Kebangsaan. Tindakan : Sektor Pembangunan Murid 5.1.22 Pembentangan Projek Bola Sepak, Sektor Pembangunan Murid bertanggungjawab membentang projek tersebut kepada pengetua dan guru besar dari segi proses perancangan, pelaksanaan dan sasaran daerah. Tindakan : Sektor Pembangunan Murid 5.1.23 Buku Catatan 2023, dicadangkan supaya dicetak jika ada bajet yang mencukupi bagi Tahun 2023. Tindakan : Sektor Pengurusan 5.1.24 Cenderamata PPD Bentong, pihak PPD perlu cari dana bagi menyediakan cenderamata tersebut. Keperluan untuk penyediaan cenderamata dari segi jenis, bilangan, kos dan sumber kewangan hendaklah dibentangkan. Tindakan : Sektor Pengurusan 5.1.25 Memaklumkan setiap surat yang dicetak perlu dikosongkan di ruang nombor bilangan helaian surat dan tarikh. Makluman


34 5.1.26 Ahli Meysuarat Pengurusan PPD Bentong, cadangan memasukkan ahli baru dan pertukaran ahli bagi Mesyuarat Pengurusan PPD Bentong Tahun 2023. Senarai seperti berikut:- i. Ahli baharu a) Puan Norrol Huda binti Chan – Penolong Pegawai Tadbir (Sektor Pengurusan – Unit Kewangan Infrastruktur Dan Perolehan) b) Puan Syahida binti Muda - Penolong Pegawai Teknologi Maklumat ii. Pertukaran a) Encik Asri bin kosrin (Pembantu Tadbir) ditukar dengan Encik Sulaiman bin Ismail (Ketua Pembantu Tadbir) dari Sektor Pengurusan (Unit Sumber Dan Pentadbiran Am) Tindakan : Sektor Perancangan 5.2 Ustaz Shuhaimi bin Abdul Hamid 5.2.1 Pihak pengetua dan guru besar berharap pegawai PPD Bentong yang dihubungi tetapi tidak berkesempatan untuk menjawab panggilan supaya membuat panggilan semula bagi mengelakkan ketirisan maklumat. Makluman 5.2.2 Semua pegawai dimaklumkan supaya memasang perisian “True Caller” untuk mengenalpasti samada panggilan tersebut datang daripada warga pendidik atau “Scammer”. Makluman 5.2.3 Encik Mohd Sauki bin Mohamed pula memaklumkan agar warga pendidikan menggunakan perkhidmatan perisian “WhatsApp” jika panggilan tidak dijawab. Makluman 5.3 Encik Zabidi bin Othman 5.3.1 Maklumat perjawatan, status pegawai yang dipinjamkan ke Sektor Perancangan dan Sektor Pembangunan Murid iaitu Encik Muhammad Rahimi bin Abdul Manaf dan Encik Zainal bin Abdullah. Tindakan : Sektor Pengurusan 5.3.2 Timbalan PPD Sektor Pengurusan Sekolah memaklumkan tiada halangan dari segi menjalankan tugas di Sektor Perancangan dan Encik Muhammad Rahimi bin Abdul Manaf memaklumkan tiada masalah dan bersetuju untuk menjalankan tugasan tersebut. Makluman 5.3.3 Timbalan PPD Sektor Pembelajaran memaklumkan tiada halangan bagi pegawai di bawah seliaan beliau untuk menjalankan tugas di Sektor


35 Pembangunan Murid tetapi pegawai tersebut iaitu Encik Zainal bin Abdullah harus melaksanakan tugas di unit beliau jika berlaku pertindihan tugasan. Makluman 5.4 Encik Azihan bin Shafie 5.4.1 Memaklumkan papan kenyataan digunakan bagi pemberitahuan program-program yang sedang dilaksanakan di PPD Bentong. Makluman 5.4.2 Beliau mencadangkan gotong-royong secara besar-besaran melibatkan warga PPD Bentong pada hari hujung minggu akan diadakan pada 1 tarikh yang ditetapkan nanti. Tindakan : Sektor Pengurusan 5.5 Encik Wan Muhd Hanif bin Wan Daud 5.5.1 Laporan bagi perabot Prasekolah yang terkesan banjir, hanya sebuah sekolah daripada enam buah sekolah yang sudah menerima perabot tersebut. Beliau akan membuat tindak susulan bagi lima buah sekolah yang belum menerima perabot tersebut. Makluman 5.6 Encik Mohd Sauki bin Mohamed 5.6.1 Pengarah Pendidikan Negeri Pahang telah memohon semua PPD mewujudkan pegawai bertanggungjawab bagi setiap Pusat Kegiatan Guru di daerah. Mesyuarat bersetuju melantik semua Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan) untuk tanggungjawab seperti berikut: Bil Nama Pusat Kegiatan Guru 1 En Ahmad Kamil bin Baharuddin Bandar Bentong 2 En Muhammad Nain bin Mohd Zin Karak 3 En Zainal bin Abdullah Pelangai Makluman 6. UCAPAN PENANGGUHAN 6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada ahli mesyuarat yang telah hadir, beliau berharap semua ahli mesyuarat dapat menyampaikan maklumat kepada pegawai dan kakitangan yang lain di sektor masingmasing. 6.2 Beliau berharap semua warga PPD Bentong dapat melaksanakan tugas-tugas tanpa menunggu arahan jika tugasan tersebut boleh dilaksanakan tanpa arahan beliau. 6.3 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.20 petang. Disediakan oleh; Tarikh : 25 Januari 2023 Urus Setia Mesyuarat Pengurusan PPD Bentong


36 Bilangan 1 Tahun 2023 Pejabat Pendidikan Daerah Bentong


Click to View FlipBook Version