The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BULETIN A COVER-combined

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sysadmin, 2022-09-26 21:46:42

BULETIN 2016

BULETIN A COVER-combined

LEN G G ONG
SEGAR - SIHAT - SELAMAT

BULETIN

KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA edisi 1 / 2016

LENGGONG

LAWATAN KAYUHAN MERDEKA
CSR KAMPUNG BENG
PIHAK PENGURUSAN MARA
HARI &KELUARGA KKTM LENGGONG
KE KKTM LENGGONG INOVASI

MINGGU AKTIVITI TAMAN HERBA

KE KKTM LENGGONG IBNU SINA

LADANG LIMAU & LEBAH KELULUT

KANDUNGANLENGGON 2
SEGAR - SIHAT - SELAMAT
G
KATA ALUAN PENGARAH PUSAT
KKTM LENGGONG 3 TAMAN HERBA IBNU SINA , LADANG 7
Tuan Haji Wan Sabri Bin Wan Ismail CITRUS DAN LEMBAH KELULUT
Aktiviti Berkebun Kakitangan Dan
Pelajar KKTM Lenggong

LAWATAN PIHAK PENGURUSAN MARA 4 MINGGU SILATURRAHIM PELAJAR 8
KE KKTM LENGGONG 5 PERHIMPUNAN PELAJAR
YBhg Datuk Ibrahim Bin Ahmad MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA
YBhg Datuk Zanudin Bin Ab Rahim MENTOR - MENTEE
Haji Mohamed Roseli Bin Dol
FAMILY DAY KKTM LENGGONG ./ 9
MINGGU AKTIVITI KKTM LENGGONG HARI INOVASI

CSR KKTM LENGGONG 6

SIDANG REDAKSI IDEA KONSEP & REKABENTUK

PENASIHAT MUHAMAD ILYASAK B. ABDUL LATIFF

TUAN HAJI WAN SABRI BIN WAN ISMAIL REKABENTUK GRAFIK

TIMBALAN PENASIHAT MUHAMAD ILYASAK B. ABDUL LATIFF

EN. BADRUL HISHAM BIN MOHAMAD YATIM

KETUA EDITOR

NUR AQILAH BT ZULKIFLI

PENGARANG

NUR AQILAH BT ZULKIFLI

JURUFOTO

NORHAFEZ SAIDIN

PerutusanLENGGONG 3
SEGAR - SIHAT - SELAMAT
ENGARAH KKTM LENGGONG

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh…

Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya untuk Allah, selawat dan salam ke atas junjungan
besar Nabi Muhammad S.A.W. Syukur alhamdulillah kerana dengan limpah kurniaNya saya
diberi kesempatan untuk memberi sepatah dua kata di dalam buletin sulung KKTM Lenggong
ini. Buletin ini diharapkan mampu menjadi medium perantara bagi para pembaca untuk
mengikuti berita semasa KKTM Lenggong terutama aktiviti yang dijalankan dan informasi
terkini.

Selain itu, melalui medan penulisan ini, amat diharapkan agar perkongsian ilmu daripada
pelbagai sudut dan kepakaran dapat dijalankan serta memupuk minat membaca dan
cintakan ilmu di kalangan warga KKTM Lenggong.

Akhir kata, saya merakamkan sekalung tahniah dan syabas kepada jawatankuasa yang
terlibat dalam penghasilan Buletin KKTM Lenggong ini. Mudah-mudahan dengan izin Allah,
usaha dan kesungguhan seperti ini akan dapat diteruskan untuk pengeluaran buletin siri
seterusnya.

Haji Wan Sabri B. Wan Ismail
Pengarah KKTM Lenggong

4

LEN G G ONG

LAWATAN PIHAK ENGURUSAN MARASEGAR-SIHAT-SELAMAT

KE KKTM LENGGONG

Pada hari Ahad iaitu 9 Ogos 2015 yang lalu, KKTM Lenggong telah mencatat sejarah dengan
menerima kehadiran seorang tetamu yang paling istimewa di MARA iaitu Y. Bhg Dato' Ibrahim bin
Ahmad yang merupakan Ketua Pengarah MARA. Kehadiran beliau yang amat dinanti-nantikan
oleh warga KKTM Lenggong selama ini. Meskipun, lawatan ini adalah lawatan tidak rasmi beliau,
para anggota dan kakitangan merasa amat berdebar-debar atas kunjungan dari individu yang
amat disegani itu.

LAWATAN MANTAN KKTMPENGARAH BKT LENGGONG
KE

MADU KELULUT

Pada 1 Oktober 2015 tempohari, Mantan Pengarah Bahagian Kemahiran & Teknikal (BKT) MARA iaitu
Tuan Haji Mohamed Roseli Bin Dol telah mengadakan lawatan rasmi ke KKTM Lenggong buat pertama
kalinya setelah KKTM ini beroperasi sepenuhnya. Kedatangan beliau ke KKTM Lenggong amat
dialu-alukan terutama bagi memutuskan beberapa perkara penting yang melibatkan pembinaan
dan kerja-kerja pembaikkan antara pihak KKTM Lenggong, MARA BKT dan pihak kontraktor.

5

LEN G G ONG MINGGU AKTIVITI 2015
SEGAR - SIHAT - SELAMAT
KKTM LENGGONG

Minggu Aktiviti Pelajar KKTM Lenggong 2015 telah diadakan pada 7-9 September 2015.
Seramai 23 org pelajar Semester 1, Tahun 1 daripada 3 program menyertai minggu aktiviti
dan dipantau oleh pensyarah dan staf KKTM Lenggong.

Pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan seperti Senamrobik, Zumba, Sukan Rakyat,
Treasure Hunt, Aktiviti 5S, Lawatan ke Kg Batu Ring dan juga aktiviti Indoor. Tujuan minggu
aktiviti pelajar diadakan adalah untuk melatih dan melahirkan kerja berpasukan dan
kerjasama di kalangan pelajar , mengeratkan silaturrahim dan ukhwah serta mewujudkan
budaya yang sihat dan cergas di KKTM Lenggong.

CSRCorporate Society Responsibility 6

LEN G G ONG KKTM LENGGONG
SEGAR - SIHAT - SELAMAT

KKTM Lenggong giat menjalankan Program CSR terutama di kawasan sekitar
Lenggong ini. Bermula diterajui oleh Timbalan Pengarah Khidmat Pengurusan ketika itu,
En. Mohamad Nor Sazelim bin Mohamad, pelbagai program CSR telah dijalankan, antara
nya seperti berikut:

No Program Tarikh Aktiviti

1 CSR Bantuan 29 Dis 2014 Mengagih-agihkan bantuan kepada mangsa

Banjir di banjir dan mengadakan aktiviti untuk mangsa

Lenggong banjir bagi mengisi masa yang terluang

2 CSR Back to 15 Jan 2015 Bekerjasama dengan YPM MARA dengan

School menyampaikan keperluan persekolahan di SK

Raban, SK Beng, SK Chepor dan SK Luat

3 Program CSR 4 Apr 2015 Menjalankan Program Motivasi kepada murid

Motivasi Tahun 6 Tahun 6 di sekitar Lenggong

4 CSR Masjid 5 Jun 2015 Bergotong-royong membersihkan dan

Raban membaikpulih kemudahan di Masjid Raban

5 CSR Uncang 12 Jun 2015 Melancarkan tabung Uncang Ramadan bagi

Ramadan membeli keperluan asas untuk disedekahkan

kepada yang memerlukan

Taman Herba IBNU SINA 7
Ladang Limau & Lembah kelulut
LEN G G ONG
SEGAR - SIHAT - SELAMAT

KKTM LENGGONG

Bagi merealisasikan moto KKTM Lenggong iaitu “Segar, Sihat, Selamat”, aktiviti berkebun
telah menjadi aktiviti wajib warga KKTM Lenggong. Aktiviti berkebun ini telah dimasukkan ke
dalam jadual waktu pembelajaran dua kali seminggu iaitu pada setiap hari Isnin untuk pelajar
dan pensyarah Program DHM (Sem 1) dan DPM manakala jadual pada hari Rabu untuk pelajar
dan pensyarah DHH dan DHM (Sem 2).

Pelbagai manfaat yang dapat diperoleh dengan aktiviti berkebun ini, antaranya mengekalkan

kehijauan bumi, mengeratkan silaturrahim antara pelajar dan pensyarah dan menggalakkan

pelajar mencintai alam semulajadi.Antara kawasan yang sering menjadi tumpuan di KKTM
Lenggong ini adalah Taman Herba, Ladang Sitrus dan Lembah Kelulut. Taman Herba KKTM
Lenggong ini diinspirasikan oleh Cik Farah Suhana yang berkonsepkan tanaman herba dapur
dan lima sistem tubuh badan iaitu sistem pencernaan, sistem peredaran darah, sistem
pembiakan, sistem endokrin dan sistem pernafasan. Pokok- pokok herba yang ditanam di sini
mempunyai khasiat dan nilai teraputik yang tinggi seperti rumput kencing manis, pokok Lidah
Buaya, Mas Cotek dan Nenas Kerang. Manakala landskap yang dihasilkan adalah
menggunakan teknik penanaman dalam pasu, tanah, menjalar dan tanaman dinding.

Ladang Sitrus pula telah menempatkan lebih dari-
pada dua ratus pokok kombinasi daripada pokok
limau purut, pokok limau kasturi dan pokok limau
nipis. Ladang ini telah dicetuskan dan
direalisasikan oleh Encik Mohd Fouzzi. Hasil
daripada pokok – pokok ini boleh dijadikan
sebagai bahan mentah untuk bahan kajian dan
juga berpotensi untuk dibangunkan menjadi
produk komersil seperti cordial limau purut dan
sebagainya.

Taman Herba IBNU SINA

LEBAH KELULUT

Terdapat lebih kurang 22 lembah kelulut di KKTM
Lenggong.Menariknya, idea kelulut ini adalah
daripada Pengarah KKTM Lenggong sendiri, iaitu
Hj Wan Sabri bin Wan Ismail. Madu kelulut
mempunyai nilai perubatan yang tinggi dan mampu
dikomersilkan ke peringkat yang lebih tinggi berikutan
permintaan yang tinggi oleh pelanggan.

Minggu Silaturrahim 8

LEN G G ONG KKTM LENGGONG
SEGAR - SIHAT - SELAMAT

Sejarah yang amat bermakna telah terlakar pada tarikh keramat 22 Jun 2015 yang lalu, yang
mana pelajar sulung KKTM Lenggong mula melapor diri pada tarikh berkenaan. Meskipun
pendaftaran pelajar diadakan pada awal Ramadan, ia tidak sedikitpun menjejaskan perasaan
gembira dan teruja para pelajar, begitu juga dengan kakitangan. Rata-rata ibu bapa memberi
respon dan kerjasama yang sangat baik.

Program Minggu Silaturrahim yang diadakan sepanjang minggu tersebut telah diisi dengan
pelbagai aktiviti yang seperti Taklimat Ibu Bapa, Taklimat Asrama, Taklimat 5S, Ceramah,
Latihan Dalam Kumpulan, dan program mengimarahkan surau KKTM Lenggong seperti Solat
Terawih dan Solat Fardhu berjemaah. Lebih menarik, disebabkan minggu ini jatuh pada Bulan
Ramadan, para pelajar telah diraikan dalam Majlis Iftar bersama-sama dengan warga KKTM
Lenggong dan penduduk sekitar pada hari pertama pendaftaran.

Di akhir program MSR 2015 ini, pelajar-pelajar telah mula menyesuaikan diri dengan keadaan
di KKTM Lenggong meskipun lokasinya agak jauh dari bandar. Walaupun beberapa prasarana
yang masih lagi belum sempurna tetapi pelbagai usaha dan inisiatif telah dilakukan oleh
pihak pentadbiran dan pensyarah agar kehendak dan keperluan asas para pelajar dapat
dipenuhi.

9

LEN G G ONG FAMILY DAY & HARI INOVASI 2015
SEGAR - SIHAT - SELAMAT
KKTM LENGGONG

Pada 28 November 2015 yang lalu, pihak Badan Kebajikan dan Rekreasi KKTM
Lenggong atau lebih dikenali sebagai BERKAT telah menganjurkan Program Family
Day yang bertempat di Dewan Serbaguna KKTM Lenggong. Program diadakan bagi
mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara staf dan ahli keluarga staf. Pelbagai
aktiviti menarik telah diadakan untuk pelbagai peringkat umur, antaranya seperti
Pertandingan Melukis, Mewarna, Jigsaw Puzzle, Pakaian Tercantik, Acara berpas-
angan, Sukaneka, Teka berat tembikai, dan Cabutan Bertuah.

Pada tarikh yang sama, Majlis Inovasi turut dijalankan bagi menghargai staf dan
tenaga pengajar yang berdedikasi dan berinovasi. Terdapat lima anugerah yang
dipertandingkan iaitu Anugerah Pensyarah Inovatif, Anugerah Pensyarah Aktif,
Anugerah Staf Inovatif, Anugerah Staf Aktif dan Anugerah staf berdedikasi.

GAMBAR PENERIMA ANUGERAH

SESI RAMAH MESRA BERSAMA
PENGARAH KKTM LENGGONG

INFORMASI

KKTM LENGGONG

PROGRAM YANG DITAWARKAN

Diploma Herba dan Hasilan Semulajadi 2 PROGRAM
(Penjagaan Kesihatan)
BARU YANG AKAN DATANG
Diploma Herba dan Hasilan Semulajadi
(Pembuatan) Diploma Teknologi Rekabentuk
(Pembungkusan)
Diploma Herba dan Hasilan Semulajadi
( Penyelenggaraan Loji) Diploma Teknologi Kejuruteraan
(Makanan)

KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA LENGGONG www.kktmlenggong.edu.my
Mukim Durian Pipit, 33400 Lenggong Perak
TEL : 05 -751 0007 / FAKS : 05 - 7510006

LENGGONG
SEGAR - SIHAT - SELAMAT

SENARAI KURSUS 2014 - 2015 11

KKTM LENGGONG

Meskipun masih belum mempunyai pelajar ketika awal pembukaan KKTM Lenggong, namun
pelbagai taklimat, kursus, bengkel dan ceramah telah dijalankan bagi memperkasa pengetahuan
para kakitangan dan tenaga pengajarnya. Tambahan pula, kebanyakan warga kerja KKTM
Lenggong ini terdiri daripada staf baru memulakan karier. Antara kursus yang dijalankan sepanjang
tahun 2014 dan 2015 adalah seperti berikut :

No Kursus/Ceramah/Bengkel Tarikh
1 Bengkel Halatuju & Pelan Strategik 8 Dis 2014
2 Bengkel Amalan 5S 10- 11 Dis 2014
3 Taklimat Etika Dan Akauntabiliti Pekerja 15 Jan 2015
4 Taklimat Organisasi Berkualiti 22 Jan 2015
5 Taklimat Standard Pendidikan Mara (SPMa) 10 Feb 2015
6 Kursus OSH Awareness (Kursus Kesedaran 11 – 12 Feb 2015

Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan) 5 Mac 2015
7 Taklimat Pengurusan Kewangan 18 Mac 2015
8 Kursus Kesedaran MS ISO 9001:2008 13 Apr 2015
9 Taklimat Manual ISO 15 – 16 Apr 2015
10 Kursus Audit Dalaman 5S 21 Apr 2015
11 Taklimat Tatacara Perolehan 28 Apr 2015
12 Bengkel Tatacara Penerimaan Alatan 12 – 14 Mei 2015
13 Taklimat PnP, Ko-Kurikulum dan Kemahiran Insaniah
9 Jun 2015
oleh Wakil BKT 27 Ogos 2015
14 Bengkel Pemurnian CLO Dan Semakan WIM 4 Sept 2015
15 Ceramah Perdana Kemerdekaan
16 Bengkel Penyediaan Jadual Waktu 1 Okt 2015
17 Bengkel Verifikasi Luaran Soalan Peperiksaan Akhir
9 Dis 2015
Sesi Jul-Dis 2015
18 Bengkel Analisis CAR

LENGGONG KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA LENGGONG
SEGAR - SIHAT - SELAMAT Mukim Durian Pipit, 33400 Lenggong Perak
TEL : 05 -751 0007 / FAKS : 05 - 7510006

www.kktmlenggong.edu.my

https://www.facebook.com/kktm.lenggong.Perak/


Click to View FlipBook Version