The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sysadmin, 2022-10-03 22:38:04

Panduan Pelajar 2022

Panduan Pelajar 2022

KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA LENGGONG Panduan
Pelajar

4.0 PERATURAN DAN TATATERTIB

4.1 Semua pelajar adalah terikat dengan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan
merangkumi peraturan akademik, asrama, disiplin dan mana-mana peraturan yang
dikuatkuasakan oleh pihak pengurusan dari semasa ke semasa. Peraturan-
peraturan ini hendaklah dipatuhi oleh semua pelajar di sepanjang tempoh
pengajian.

4.2 Tindakan tatatertib boleh diambil terhadap mana-mana pelajar yang melanggar
peraturan-peraturan tersebut.

4.3 Hukuman dan Kesalahan

Hukuman yang dikenakan ke atas kesalahan yang dilakukan adalah berdasarkan
kepada kategori kesalahan seperti berikut :

4.3.1 Kategori I (Kesalahan Berat)

BIL. KESALAHAN HUKUMAN

Melakukan zina, homoseksual atau Buang Latihan dan dikenakan
1. lesbian
Bayaran Ganti Rugi

2. Melakukan khalwat atau berdua-duaan Buang Latihan dan dikenakan
Bayaran Ganti Rugi

Mencabul atau cuba mencabul Buang Latihan dan dikenakan
Bayaran Ganti Rugi
3. kehormatan atau melakukan gangguan
seksual terhadap orang lain

4. Merogol atau melakukan paksaan seksual Buang Latihan dan dikenakan

terhadap orang lain Bayaran Ganti Rugi

Menggunakan kekerasan dengan senjata

merbahaya bertujuan mengugut atau

5. mengancam nyawa orang lain atau Buang Latihan dan dikenakan
dengan sengaja mengakibatkan Bayaran Ganti Rugi

kecederaan serius atas Pelajar atau

individu lain

Memiliki, menyimpan, membawa atau Buang Latihan dan dikenakan
Bayaran Ganti Rugi
6. mengguna senjata merbahaya atau bahan
letupan yang diharamkan oleh kerajaan

Panduan KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA LENGGONG
Pelajar

Didapati memiliki, menyimpan, memberi Buang Latihan dan dikenakan
Bayaran Ganti Rugi
7. atau mengedar apa-apa jenis bahan
dadah atau bahan kimia atau racun yang

KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA LENGGONG Panduan
Pelajar

mengkhayalkan dan merbahaya kepada

nyawa yang dilarang oleh kerajaan

Disahkan menagih apa-apa jenis dadah

8. atau bahan kimia atau racun yang Buang Latihan dan dikenakan
mengkhayalkan dan berbahaya kepada Bayaran Ganti Rugi

nyawa yang dilarang oleh kerajaan

Membawa, memiliki, menyimpan,

menjaga, meminum atau mengedar apa-

apa jenis minuman keras atau minuman Buang Latihan dan dikenakan
Bayaran Ganti Rugi
9. yang memabukkan atau arak di dalam
atau di luar kawasan KKTM Lenggong

dan termasuk asrama atau rumah sewa

Pelajar

Dengan sengaja merosakkan harta benda Buang Latihan dan dikenakan
Bayaran Ganti Rugi
10. KKTM Lenggong atau hak orang lain yang
berjumlah melebihi RM 100

Memalsu, menipu, mengguna, mengedar

11. atau menjual Sijil Cuti Sakit Hospital atau Buang Latihan dan dikenakan
Klinik Kerajaan atau apa-apa dokumen Bayaran Ganti Rugi

kerajaan yang dikawal

12. Mencuri atau menipu yang melibatkan Diarah membayar semula
harta atau wang yang sama atau melebihi
dari RM 100 jumlah wang yang dicuri atau
ditipu sebagai Bayaran Ganti
Rugi dan di Buang Latihan

4.3.2 Kategori II (Kesalahan Ringan)

BIL. KESALAHAN HUKUMAN

Melakukan ubahsuai atau membaiki

mana-mana peralatan, alat jentera, mesin Surat Amaran dikeluarkan dan

1. atau penggodam komputer (hacker) harta dikenakan bayaran kos

benda milik KKTM Lenggong tanpa baikpulih

kebenaran pihak yang bertanggungjawab

Bersikap biadap atau tidak sopan kepada Amaran dan denda
Pengawal Pusat, Pegawai-Pegawai, bersamaan dengan potong

2. Pensyarah atau staf KKTM Lenggong elaun tujuh (7) hari, jika ulangi

atau pekerja am di KKTM kesalahan boleh Buang

Lenggong Latihan dan dikenakan
Bayaran Ganti Rugi

Berkelakuan tidak bermoral di dalam atau Amaran dan denda

di luar premis KKTM Lenggong dengan bersamaan dengan potong
elaun tujuh (7) hari, jika ulangi
3. apa jua cara yang boleh menjatuhkan kesalahan boleh Buang
reputasi MARA, KKTM Lenggong atau Latihan dan dikenakan
pelajar sendiri Bayaran Ganti Rugi

Menceroboh atau memasuki asrama Amaran dan denda

4. putera/puteri atau kawasan, tempat bersamaan dengan potong
larangan yang ditetapkan oleh KKTM elaun tujuh (7) hari, jika ulangi
kesalahan

Panduan KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA LENGGONG
Pelajar

Lenggong tanpa kebenaran pihak yang boleh Buang Latihan dan
bertanggungjawab dikenakan Bayaran Ganti Rugi

Menyalah guna nama Pengawal Pusat, Amaran dan denda
Pegawai-Pegawai, Pensyarah atau staf bersamaan dengan potong
5. elaun tujuh (7) hari, jika ulangi
KKTM Lenggong untuk kepentingan
kesalahan boleh Buang
sendiri atau individu lain
Latihan dan

dikenakan Bayaran Ganti Rugi

Meniru tandatangan Pengawal Pusat, Amaran dan denda
Pegawai-Pegawai, Pensyarah atau staf bersamaan dengan potong
6. elaun tujuh (7) hari, jika ulangi
KKTM Lenggong atau individu lain untuk
kesalahan boleh Buang
kepentingan sendiri atau individu lain
Latihan dan

dikenakan Bayaran Ganti Rugi

Menghasut hingga Amaran dan denda
menimbulkan bersamaan dengan potong

7. kekacauan atau suasana tegang atau elaun tujuh (7) hari, jika

mengadakan demonstrasi haram ulangi kesalahan

boleh Buang Latihan dan

dikenakan Bayaran Ganti Rugi

Didapati memiliki, membawa, Amaran dan denda
menyimpan, menonton atau mengedar bersamaan dengan potong
8. elaun tujuh (7) hari, jika
bahan / barang lucah atau apa saja ulangi kesalahan dan
bahan / barang yang diharamkan oleh boleh Buang Latihan

kerajaan dikenakan Bayaran Ganti Rugi

Amaran dan denda
Didapati memiliki, menyimpan, membawa bersamaan dengan potong

9. atau menggunakan senjata yang elaun tujuh (7) hari, jika ulangi

merbahaya kesalahan boleh Buang

Latihan dan

dikenakan Bayaran Ganti Rugi

Amaran Keras dan denda

Mengugut, membuli, mendera bersamaan dengan potong
menjatuhkan maruah orang lain atau elaun tujuh (7) hari, jika ulangi
10. kesalahan boleh Buang

Latihan dan dikenakan

Bayaran Ganti Rugi

Menipu / berbohong kepada pengawal Amaran dan denda
pusat, pegawai-pegawai, pensyarah atau bersamaan dengan potong
11. elaun tujuh (7) hari, jika ulangi
staf KKTM Lenggong untuk tujuan
tertentu atau kepentingan sendiri atau kesalahan boleh Buang

individu lain Latihan dan

dikenakan Bayaran Ganti Rugi

Menghalang mana-mana Pelajar yang Amaran dan denda

disyaki terlibat dengan penyalahgunaan bersamaan dengan potong

12. dadah atau racun atau bahan kimia untuk elaun tujuh (7) hari, jika ulangi
menjalani pemeriksaan doktor atas kesalahan boleh Buang

arahan Pengawal Pusat atau sesiapa Latihan dan dikenakan

yang diberi Bayaran Ganti Rugi

kuasa

Membuat atau menyebar fitnah dengan Amaran dan denda

apa cara sekali pun yang boleh bersamaan dengan potong

13. merosakkan reputasi Pengawal Pusat elaun tujuh (7) hari, jika

KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA LENGGONG Panduan
Pelajar

atau staf atau Pelajar KKTM Lenggong ulangi kesalahan

atau individu lain boleh Buang Latihan dan

dikenakan Bayaran Ganti Rugi

Amaran dan denda

Membawa keluar dari premis KKTM bersamaan dengan potong

14. Lenggong sebarang harta benda milik elaun tujuh (7) hari, jika ulangi

KKTM Lenggong tanpa kebenaran kesalahan boleh Buang

Latihan dan

dikenakan Bayaran Ganti Rugi

Panduan KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA LENGGONG
Pelajar

Amaran dan denda

Keluar atau masuk ke kawasan premis bersamaan dengan potong

15. KKTM Lenggong tanpa melalui pintu elaun tujuh (7) hari, jika

laluan keluar-masuk yang dibenarkan ulangi kesalahan

boleh Buang Latihan dan

dikenakan Bayaran Ganti Rugi

16. Menganjurkan atau turut serta dalam Amaran dan denda
pesta atau majlis yang bercanggah bersamaan dengan potong
dengan nilai-nilai moral dan agama Islam elaun tujuh (7) hari, jika
Contoh: Judi ulangi kesalahan
boleh Buang Latihan dan

dikenakan Bayaran Ganti Rugi

Amaran serta diarah

17. Mencuri atau menipu yang melibatkan membayar semula jumlah
harta atau wang kurang dari RM100 wang yang dicuri atau ditipu

sebagai Bayaran Ganti Rugi

4.3.3 Kategori III (Kesalahan Kecil)

BIL. KESALAHAN HUKUMAN

1. Berambut panjang Surat Amaran dikeluarkan dan
Tenaga Pengajar boleh
menggunting rambut pelajar
atau digunting oleh tukang
gunting yang dikenakan
bayaran

Surat Amaran dikeluarkan dan

2. Berpakaian tidak mengikut peraturan sekiranya diulangi lagi

kesalahan boleh dikenakan
potongan elaun satu minggu

Berhutang dengan Pelajar lain dan Surat Amaran dikeluarkan dan
3. enggan membayar balik sekiranya masih enggan elaun
dipotong untuk menjelaskan

hutang

Membuang sampah atau mengotorkan Surat Amaran dikeluarkan dan
4. kawasan KKTM Lenggong
sekiranya ulangi lagi

kesalahan boleh dikenakan

potongan tiga
(3) hari elaun

Menyambung wayar atau sebarang

sambungan atau mengubahsuai mana- Surat Amaran dikeluarkan jika
5. mana bahagian asrama atau premis ulangi lagi kesalahan

KKTM Lenggong tanpa kebenaran atau disingkirkan dari asrama

secara haram

Membawa masuk, mengguna,

menyimpan alat lektrik ke dalam asrama Surat Amaran dikeluarkan jika
6. atau premis KKTM Lenggong tanpa ulangi lagi kesalahan

kebenaran pihak berkuasa KKTM disingkirkan dari asrama

Lenggong

KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA LENGGONG Panduan
Pelajar

Didapati memiliki, membawa, menyimpan, Denda RM 5 sebatang & tidak
7. melebihi RM200 (Pelaku &
menghisap atau mengedar apa-apa jenis rakan subahat)

Rokok, vape atau curut di dalam premis
atau asrama KKTM Lenggong

Surat Teguran dikeluarkan
Keluar meninggalkan asrama atau bagi kesalahan pertama, jika
kawasan KKTM Lenggong tanpa ulangi kesalahan Surat
8. kebenaran pihak berkuasa KKTM Amaran dikeluarkan, jika

Lenggong diulangi lagi disingkir dari
asrama

4.4 Kekemasan Diri

4.4.1 Pelajar hendaklah sentiasa berpakaian sopan. Pelajar Islam adalah
dikehendaki berpakaian menutup aurat.

4.4.1 Pakaian pelajar sentiasa kemas dan bersih. Kemas merujuk kepada
pakaian yang dibutangkan rapi, baju yang bergosok dan saiz pakaian
yang berpadanan dengan saiz tubuh. Bersih merujuk kepada pakaian
yang tidak tercemar dengan kotoran, tidak berbau hapak atau busuk.

4.4.2 Keterampilan fizikal pelajar mestilah sentiasa bersih. Bersih fizikal
merujuk kepada tubuh badan yang bersih, tidak berbau busuk, kuku
tangan dan kaki dipotong pendek, gigi yang bersih, mulut tidak berbau
dan rambut disisir rapi.

4.4.3 Rambut hendaklah sentiasa pendek dan kemas. Paras belakang tidak
melebihi paras kolar baju, paras tepi tidak melebihi paras atas telinga
dan paras depan tidak melebihi paras dahi.

4.4.4 Rambut berfesyen ‘afro’, ‘punk’, berekor atau diwarnakan TIDAK
DIBENARKAN

4.5 Peraturan Pakaian

4.5.1 Pelajar Lelaki
4.5.1.1 Baju kemeja berlengan panjang atau pendek
4.5.1.2 Baju ‘T’ berkolar yang tidak mempunyai tulisan atau gambar yang
membawa pengertian liar, negatif, lucah atau melambangkan mana-
mana parti politik. Baju tanpa lengan dan berseluar pendek, baju ‘T’
tanpa berkolar TIDAK DIBENARKAN

4.5.1.3 Baju Melayu mestilah lengkap bersampin dan bersongkok hitam
4.5.1.4 Pelajar hendaklah memakai seluar ’slack’. Seluar lusuh, koyak,

bertampal, ketat dan seluar jeans adalah TIDAK dibenarkan.
4.5.1.5 Berkasut dan berstoking
4.5.1.6 Selipar, terompah, capal dan seumpamanya TIDAK DIBENARKAN
4.5.1.7 Sebarang bentuk perhiasan TIDAK DIBENARKAN
4.5.1.8 Baju Bengkel (mengikut keperluan yang ditetapkan sahaja)

4.5.2 Pelajar Perempuan
4.5.2.1 Baju kurung/ kurung moden dan berkain
4.5.2.2 Pakaian yang menjolok mata seperti ketat, jarang, pendek, berbelah,
nipis dan mendedahkan tubuh seperti baju tanpa lengan dan berseluar
pendek TIDAK DIBENARKAN
4.5.2.3 Baju ‘T’ berkolar/ blaus berlengan panjang dan berseluar ‘slack’. Seluar
jeans, lusuh, koyak dan bertampal adalah TIDAK DIBENARKAN
4.5.2.4 Baju ‘T’ berkolar yang tidak mempunyai tulisan atau gambar yang
membawa pengertian liar, negatif, lucah atau melambangkan mana-
mana parti politik
4.5.2.5 Kasut bertutup. Selipar, terompah, kasut tumit tinggi (yang runcing) dan
kasut yang berladam logam dan berbunyi TIDAK DIBENARKAN

4.5.2.6 Pelajar Islam digalakkan memakai tudung
4.5.2.7 Perhiasan diri sederhana. Memakai aksesori/ barang kemas dan

bersolek berlebihan tidak digalakkan.

Panduan KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA LENGGONG
Pelajar

4.5.3 Pakaian Majlis Rasmi

Setiap pelajar mempunyai pilihan berpakaian berikut mengikut ketetapan
atau kesesuaian majlis.

4.5.3.1 Pelajar Lelaki
 Baju kemeja lengan panjang/ pendek, berseluar ‘slack’ dan bertali
leher
 Baju batik lengan panjang/ pendek dan berseluar ‘slack’
 Baju Melayu sepasang, bersampin dan bersongkok hitam
 Berkasut kulit/ kanvas bertutup
 Jaket rasmi KKTM/ IKM

4.5.3.2 Pelajar Perempuan
 Baju kurung/ kurung moden sepasang (bertudung bagi muslim)
 Baju batik kurung/ kurung moden sepasang (bertudung bagi
muslim)
 Berkasut kulit/ kanvas bertutup
 Jaket rasmi KKTM/ IKM

4.5.4 Pakaian Sukan/ Riadah

Pelajar hendaklah memakai pakaian yang sesuai dengan aktiviti dan
persekitaran. Tertakluk kepada peraturan berpakaian di atas.

4.5.4.1 Pelajar Lelaki
 Baju ‘T’ lengan panjang/ pendek, seluar sukan panjang / trek-
bottom dan kasut sukan dan berstoking

4.5.4.2 Pelajar Perempuan
 Baju ‘T’ lengan panjang, seluar sukan panjang / trek-bottom dan
kasut sukan dan berstoking

54

KPOanLdEuJ aKnEMAHIRAN TINGGI MARA LENGGONG
Pelajar

4.6 Kad Pelajar
4.6.1 Semua pelajar dikehendaki memakai Kad Pelajar Rasmi KKTM Lenggong
ketika berada di dalam kampus atau menghadiri majlis rasmi kolej sama
ada di dalam atau luar kampus.
4.6.2 Kad pelajar yang lusuh atau rosak hendaklah diganti.
4.6.3 Pelajar dilarang menukar apa sahaja bentuk pengenalan yang terdapat
pada Kad Pelajar Rasmi KKTM Lenggong.
4.6.4 Pelajar dilarang menggunakan Kad Pelajar orang lain untuk sebarang
aktiviti.

4.7 Penafian
4.7.1 Semua hukuman dan kategori kesalahan di atas adalah merujuk kepada
buku ‘Peraturan Tatatertib Pendidikan Teknikal Dan Vokasional MARA
(Pindaan 2013) dan buku ‘Garis Panduan Hukuman Pelajar KKTM Dan
IKM (Pindaan 2013) serta bergantung kepada pindaan dari semasa ke
semasa.
4.7.2 Mana-mana kes atau kesalahan yang tidak tersenarai dalam garis
panduan hukuman ini, Jawatankuasa Tatatertib (JKT) dan Lembaga
Tatatertib (LT) KKTM Lenggong boleh menggunakan budi bicaranya
untuk mengenakan apa-apa jua hukuman yang bersesuaian kepada
pelajar berkenaan.

5.0 KHIDMAT PENGURUSAN DAN
KEMUDAHAN

5.1 Akademik

Terdiri dari TIGA (3) unit yang mempunyai fungsi masing-masing tetapi saling
berhubungan dalam memastikan perjalanan bidang akademik KKTM Lenggong
berjalan lancar:

Unit Akademik Unit Penilaian dan Unit Perhubungan
Persijilan Industri
Mengendalikan
hal-hal berkenaan Bertanggungjawab Bertanggungjawab
akademik untuk dalam segala mengendalikan
kursus-kursus yang tempat untuk
ditawarkan kepada proses berkaitan latihan industri,
penilaian dan
pelajar setiap memantau pelajar
semester. proses pensijilan semasa latihan
melibatkan KKTM industri serta
sebagai unit
Lenggong dan Inkubator dalam
mana-mana menyediakan
institusi atau pelajar dengan
badan-badan. latihan

keusahawanan dan
pengalaman dalam

beberapa tahap
program pelajar.

KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA LENGGONG Panduan
Pelajar

5.2 Pentadbiran

5.3 Kemudahan Dalam Kampus

Terdapat pelbagai kemudahan yang terdapat di KKTM Lenggong untuk keperluan dan
kegunaan pelajar. Antaranya termasuklah:

 Pusat Sumber  Gelanggang Takraw / Badminton
 Asrama Pelajar  Gelanggang Bola Tampar
 Pusat Pelajar  Gelanggang Bola Keranjang
 Dewan Serbaguna  Gelanggang Tenis
 Padang Bola Sepak  Dewan Makan
 Surau  Pengangkutan KKTM Lenggong

Gambar 2

Gambar 4

Gambar 3

Panduan KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA LENGGONG
Pelajar

5.4 Kemudahan Sekitar Kampus

5.4.1 Kampus terletak kira-kira 14 kilometer dari pekan Lenggong dan 32
kilometer dari bandar Kuala Kangsar.

5.4.2 Kedudukan yang strategik dan mudah dikunjungi dengan kemudahan
jaringan lebuh raya.

5.4.3 Antara kemudahan di sekitar KKTM Lenggong adalah seperti :

a. Bank - lokasi kemudahan bank seperti Maybank dan BSN terletak di pekan
Lenggong

b. Masjid - kemudahan masjid yang banyak menjadikan KKTM Lenggong
lebih selesa. Terdapat 4 buah masjid di kawasan sekitar institusi ini dan
kebanyakannya terletak dalam lingkungan 5 km dari kampus.

c. Pejabat Pos - kemudahan pejabat pos yang terletak di pekan Lenggong.
d. Klinik - kemudahan klinik yang hampir dengan kampus.

KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA LENGGONG Panduan
Pelajar

Panduan KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA LENGGONG
Pelajar

KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA LENGGONG Panduan
Pelajar
PERATURAN ASRAMA PELAJAR
KKTM LENGGONG

1.0 PENDAHULUAN
1.1 Peraturan Asrama ini hendaklah terpakai kepada semua pelajar KKTM
Lenggong di sepanjang tempoh pengajian. Tindakan tatatertib boleh diambil
terhadap mana-mana pelajar yang melanggar mana-mana peraturan dalam
Peraturan Asrama.

2.0 PENEMPATAN DI ASRAMA

2.1 Penginapan Asrama Diwajibkan.
Permohonan untuk tinggal di luar asrama adalah tidak dibenarkan.

2.2 Penempatan pelajar di dalam asrama akan ditentukan oleh Penyelia Asrama.

2.3 Pelajar tidak dibenarkan berpindah tempat sama ada berpindah bilik atau
blok asrama tanpa kebenaran Penyelia Asrama.

2.4 Pelajar tidak dibenarkan memberi tumpangan penginapan kepada mana-
mana pelajar lain, tetamu atau pelawat di mana-mana bilik asrama.

2.5 Pengarah atau wakil kuasanya boleh mengarah pelajar mengosongkan bilik
asramanya atau berpindah ke tempat tinggal yang lain pada bila-bila masa
jika didapati pelajar telah melanggar peraturan asrama yang termaktub di
dalam buku peraturan ini.

3.0 KELENGKAPAN DAN PERALATAN ASRAMA

3.1 Pelajar hendaklah memastikan semua peralatan dan perabot di dalam
biliknya lengkap dan sempurna semasa mula menduduki bilik berkenaan.
Sebarang kekurangan atau kerosakan perlu dilaporkan kepada pihak
pengurusan asrama dengan segera.

3.2 Pelajar hendaklah bertanggungjawab ke atas kerosakan dan keselamatan

Panduan KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA LENGGONG
Pelajar

3.3 peralatan yang disediakan.

3.4 Pelajar tidak dibenarkan mengubah dan memindah segala peralatan tanpa
kebenaran.

3.5 Keselamatan harta benda persendirian pelajar adalah tanggungjawab sendiri.
Bilik hendaklah sentiasa dikunci bagi tujuan keselamatan.

4.0 KEBERSIHAN BILIK DAN KAWASAN SEKITAR

4.1 Kebersihan bilik adalah tanggungjawab penghuninya.
Pelajar bertanggungjawab menjaga kebersihan bilik, asrama

dan kawasan sekitar.
4.2 Pelajar WAJIB menyediakan jadual bertugas harian bagi

tujuan kekemasan dan kebersihan bilik.
4.3 Bilik hendaklah sentiasa berada dalam keadaan kemas, teratur dan bersih.
4.4 Penggunaan cadar dan sarung bantal diwajibkan.
4.5 Pelajar tidak dibenarkan menconteng, menampal dan memaku di dinding

bilik.
4.6 Pakaian pelajar hendaklah disimpan dengan kemas dan teratur di dalam

almari baju yang disediakan.
4.7 Kasut hendaklah sentiasa disusun rapi.
4.8 Meja tulis hendaklah sentiasa kemas dan tersusun
4.9 Pelajar dilarang membuang sampah sarap melalui tingkap dan kaki lima blok

asrama.

KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA LENGGONG Panduan
Pelajar

5.0 TATA KELAKUAN

5.1 Pelajar digalakkan menunaikan solat berjemaah di surau terutama pada
waktu Maghrib dan Isyak serta waktu / masa yang ditetapkan oleh pihak
pengurusan kolej.

5.2 Pelajar perlu mematuhi dan mengikuti jadual solat dan program-program
keagamaan yang ditetapkan oleh pengurusan kolej.

5.3 Pelajar pada bila-bila masa dilarang bersiul-siul, membuat bising, ketawa
dengan kuat, bertempik, melaung-laung, melolong dan bergurau senda yang
boleh dianggap liar atau melebihi batasan.

5.4 Pelajar hendaklah sentiasa menunjukkan akhlak dan keperibadian yang
mulia, menjalinkan hubungan yang baik serta bersopan santun sesama
pelajar dan pengurusan asrama mengikut peraturan yang ditetapkan oleh
pihak Pengurusan kolej.

5.5 Pelajar dilarang mengeluarkan kata-kata kesat, bercakap secara tidak sopan
yang boleh menyinggung perasaan dan menimbulkan suasana kacau bilau,
huru-hara dan pergaduhan.

5.6 Sebarang bentuk perlakuan ‘ragging’, membuli, mendera dan peras ugut
TIDAK DIBENARKAN sama sekali dilakukan oleh pelajar.

5.7 Pelajar dilarang mengamal atau menanam sifat kedaerahan, kenegerian,
berpuak-puak atau kumpulan yang boleh mencetuskan suasana tidak
harmoni.

5.8 Pelajar TIDAK DIBENARKAN menjadi ahli mana-mana parti politik, kesatuan
sekerja atau mana-mana pertubuhan. Sekiranya perlu, pelajar perlu
mendapat sokongan dari Pengarah Pusat dan mendapat kelulusan daripada
Pengarah Bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT) MARA.

5.9 Pelajar TIDAK DIBENARKAN menyatakan atau berbuat sesuatu yang boleh
ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan
terhadap mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan yang diharamkan.

5.10 Pergaulan sesama pelajar terutama di antara lelaki dan perempuan perlu
mengikut batas-batas hukum Islam serta peraturan yang ditetapkan oleh
KKTM, MJII dan IKM sama ada di dalam atau di luar kawasan asrama.

5.11 Pelajar TIDAK DIBENARKAN berdua-duaan di dalam atau di luar asrama
dengan pelajar atau bukan pelajar yang bukan mahram.

Panduan KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA LENGGONG
Pelajar Pelajar TIDAK DIBENARKAN menjalin hubungan sejenis atau sebarang

5.12

hubungan terlarang seperti LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual & Transgender) di
dalam dan di luar kawasan asrama.

6.0 BAHAN-BAHAN LUCAH, DADAH, RACUN, MABUK, BERJUDI, BAHAN
LETUPAN DAN MEDIA SOSIAL

6.1 Pelajar TIDAK DIBENARKAN memiliki, menyimpan atau ada di bawah
jagaan atau kawalannya apa-apa bentuk dan jenis bahan lucah, dadah, racun
atau minuman keras (arak).

6.2 Pelajar TIDAK DIBENARKAN melihat atau mendengar secara sengaja apa-
apa bahan lucah di dalam atau di luar asrama KKTM.

6.3 Pelajar TIDAK DIBENARKAN mengedar, membahagi-bahagi atau
mempamerkan apa-apa bahan lucah untuk tujuan mendapat/tanpa bayaran
atau apa-apa balasan lain.

6.4 Pelajar TIDAK DIBENARKAN memiliki atau ada di bawah jagaan atau
kawalannya apa-apa perkakas, alat, radas atau barang yang pada pendapat
pihak berkuasa tatatertib adalah rekabentuk atau dimaksudkan untuk
digunakan bagi memakan atau meminum atau menghisap atau menyedut
atau memasukkan ke dalam badannya dengan jalan cucuk atau dengan apa-
apa jua cara lain apa-apa dadah atau racun.

6.5 Pelajar TIDAK DIBENARKAN meminum minuman yang memabukkan atau
didapati dalam keadaan mabuk di dalam dan luar kawasan asrama.

6.6 Pelajar TIDAK DIBENARKAN mengurus, menganjur atau menjalankan atau
menyertai apa-apa aktiviti perjudian, pertaruhan atau loteri di dalam atau di
luar kawasan asrama KKTM.

6.7 Pelajar DILARANG membeli, menyimpan, memiliki, menjual, atau bermain
mercun dan bunga api atau bahan letupan yang merbahaya.

6.8 Pelajar DILARANG memiliki, mencetak, menerbit, memuat naik atau memuat
turun serta mengedar apa-apa dokumen atau bahan infografik atau bahan
bergambar berbentuk hasutan, propaganda, subversif atau apa-apa jua
dokumen atau bahan bercetak yang boleh mengancam keselamatan negara
dan menjatuhkan nama baik KKTM, MJII dan IKM di media sosial atau di
mana-mana laman sesawang.

KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA LENGGONG Panduan
Pelajar

7.0 LARANGAN MEROKOK
7.1 Pelajar DILARANG merokok di mana-mana kawasan asrama dan sekitar
KKTM, MJII dan IKM.
7.2 Larangan merokok ini juga terpakai kepada larangan menggunakan e-
cigarette atau rokok elektronik.

8.0 PENGGUNAAN PERALATAN ELEKTRIK
8.1 Semua peralatan memasak seperti periuk elektrik, kuali elektrik dan ‘water
heater’ adalah dilarang penggunaannya di asrama.
8.2 Pengurusan KKTM berhak merampas mana-mana peralatan elektrik yang
digunakan oleh pelajar yang gagal mematuhi peraturan serta syarat- syarat
yang telah ditetapkan.
8.3 Sambungan secara haram (tanpa kebenaran) ke sebarang alat elektrik tidak
dibenarkan.
8.4 ‘Plug’ berpin hendaklah ditanggalkan dari soket selepas digunakan.
8.5 Pelajar adalah dilarang dari menggunakan sebarang peralatan elektrik ketika
cuaca membahayakan seperti kilat/petir.
8.6 Alatan elektrik yang telah mendapat kebenaran dan telah didaftarkan hanya
boleh digunakan di bilik/tempat yang dikhaskan/dibenarkan sahaja.
8.7 Pelajar dilarang membaiki sendiri sebarang kerosakan berkaitan dengan
elektrik dan hendaklah dilaporkan segera kepada pegawai yang diberi kuasa.
8.8 Pelajar perlu memastikan semua suis elektrik ditutup apabila tidak berada
dalam bilik bagi mengelak sebarang bentuk pembaziran penggunaan tenaga
elektrik.
8.9 Pelajar hendaklah mematuhi peraturan keselamatan semasa menggunakan
alatan elektrik.

Panduan KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA LENGGONG
Pelajar

9.0 TATACARA MENGGUNAKAN KEMUDAHAN ASRAMA

9.1 Pelajar bertanggungjawab menjaga kebersihan, keselamatan bagi kemudahan
yang disediakan seperti sick bay, student centre, bilik riadah, bilik air dan
sebagainya.

9.2 Pelajar dilarang membuat pindaan atau membuat sambungan secara haram
pada mana-mana bahagian asrama atau pada sebarang alat-alat elektrik.

9.3 Pelajar hendaklah melaporkan sebarang kerosakan atau kebocoran di bilik
kawasan umum dan kawasan gunasama kepada pihak berkuasa
Asrama/Warden.

9.4 Sebarang kerosakan disebabkan kecuaian atau salahguna oleh pelajar akan
dikenakan tindakan tatatertib.

KPOanLdEuJ aKnEMAHIRAN TINGGI MARA LENGGONG
Pelajar

10.0 PERATURAN KESELAMATAN, KEBAKARAN DAN BANTUAN KECEMASAN

10.1 Apabila mendengar isyarat berlaku kebakaran atau terhidu bau asap, perkara
pertama yang mesti dilakukan ialah pelajar hendaklah menyelamatkan diri
serta rakan-rakan yang lain.

10.2 Segera memberi amaran kepada rakan asrama. Menjerit sekuat mungkin
perkataan “API…….API……API…..”

10.3 Segera hubungi Bomba, No. Telefon 999 dan seterusnya menghubungi
warden bertugas atau penyelia asrama.

10.4 Jika terdapat pelajar yang tidak berupaya untuk bergerak keluar dari asrama
disebabkan pengsan, patah dan sebagainya, pelajar-pelajar lain hendaklah
membantu dengan membawanya keluar.

10.5 Pelajar hendaklah keluar dari asrama secepat mungkin melalui pintu yang
paling hampir (seperti dalam pelan setiap asrama).

10.6 Bergeraklah dengan pantas tetapi teratur meninggalkan asrama menuju ke
tempat yang telah ditetapkan dan berkumpul di situ.

10.7 Semasa bergerak untuk berkumpul :
10.7.1 Ikutlah laluan yang selamat dan yang tidak ada sebarang
halangan.
10.7.2 Elakkan laluan yang berhampiran dengan api kebakaran.
10.7.3 Elakkan daripada berlaku kesesakan dalam laluan tersebut.

10.8 Mengesan Pelajar Setiap Asrama :-
10.8.1 Semua pelajar hendaklah berkumpul dalam barisan mengikut asrama
masing-masing. Semua ketua dorm/bilik/aras/blok hendaklah berada
di hadapan dan bertindak segera untuk membentuk barisan bagi
semua ahli asrama di bawah pengawasannya. Ketua
dorm/bilik/aras/blok wajib mengetahui bilangan sebenar ahli
asramanya.
10.8.2 Ketua dorm/bilik/aras/blok dikehendaki mengira bilangan pelajar
dibawah pengawasannya.
10.8.3 Ketua dorm/bilik/aras/blok hendaklah melaporkan bilangan pelajar dan
nama pelajar yang tidak ada ketika itu dengan segera kepada
Pegawai Bomba/Warden Asrama yang hadir ketika itu (berikan sebab

Panduan KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA LENGGONG
Pelajar pelajar yang tiada).

10.8.4 Tindakan selanjutnya akan dilakukan oleh Warden Asrama dan Pihak
Bomba. Pelajar dikehendaki mematuhi semua arahan daripada pihak
Warden Asrama dan Bomba.

10.8.5 Latihan Kebakaran (Fire-Drill) perlu dilakukan sekurang-kurangnya
dua kali setahun dan akan dijalankan pada bila-bila masa yang
difikirkan sesuai. Semua pelajar dikehendaki sentiasa merujuk dan
memahami langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil.

10.9 Perkara-perkara yang menjadi punca kebakaran seperti penggunaan ubat
nyamuk, pelita, lilin atau sebarang perbuatan yang boleh mengakibatkan
kebakaran berlaku TIDAK DIBENARKAN dibawa di bilik / kawasan asrama.

10.10 Jika berlaku kecemasan yang memerlukan rawatan segera, pelajar perlu
menghubungi warden asrama dengan segera. Jika warden tiada, pelajar
dikehendaki menghubungi penyelia asrama, Timbalan Pengarah Khidmat
Pengurusan dan Hal Ehwal Pelajar (TPKPHP) atau Pengarah pusat.

10.11 Jika berlaku kecemasan yang memerlukan rawatan segera, pelajar perlu
menghubungi warden asrama dengan segera. Jika warden tiada, pelajar
dikehendaki menghubungi penyelia asrama, Timbalan Pengarah Khidmat
Pengurusan dan Hal Ehwal Pelajar (TPKPHP) atau Pengarah pusat.

10.12 Jika terdapat pelajar sakit, rakan sebilik atau rakan lain di asrama
bertanggungjawab melaporkan kepada warden segera.

10.13 Pelajar yang menerima, mengetahui atau mengesyaki apa-apa jenis
ancaman atau ugutan hendaklah melaporkan dengan segera kepada
Pengarah atau wakil kuasanya.

10.14 Sekiranya berlaku bencana alam, pelajar hendaklah mengosongkan bilik dan
mendapat bantuan segera. Pelajar hendaklah menyelamatkan diri dengan
melalui laluan yang selamat serta mengikut arahan yang diberi.

10.15 Pelajar perlu berkumpul di kawasan lapang yang jauh dari bangunan atau
tempat bencana yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan kolej.

KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA LENGGONG Panduan
Pelajar

11.0 KESELAMATAN BARANGAN PERIBADI

11.1 Semua barangan peribadi hendaklah disimpan di tempat yang selamat.
11.2 Pelajar adalah bertanggungjawab atas keselamatan barang tersebut.
Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk melaporkan dengan segera
kepada pihak berkuasa KKTM, MJII dan IKM sekiranya berlaku kehilangan
barangan peribadi.

12.0 MEMASAK DAN MAKANAN

12.3 Pelajar DILARANG memasak di dalam bilik atau di pantri asrama atau di
kawasan asrama.

12.4 Pelajar DILARANG menggunakan pemanas air (immersion heater). Air
panas boleh didapati dengan memasak menggunakan cerek yang disediakan
atau dari ‘water dispenser’.

12.5 Hanya bahan-bahan makanan yang halal di sisi agama Islam sahaja yang
dibenarkan dibawa masuk ke asrama.

12.6 Pelajar DILARANG menggunakan bilik asrama sebagai tempat memakan
makanan yang boleh mengotorkan bilik atau yang menyebabkan kerosakan
salur air dan elektrik, dan juga menimbulkan bau yang kurang menyenangkan
kepada penghuni lain.

13.0 ROLL CALL

13.0 Roll Call wajib dibuat sekurang-kurangnya satu (1) kali pada setiap bulan.
Roll call juga boleh dibuat pada bila-bila masa mengikut keperluan dan hanya
boleh dibuat oleh warden sahaja.

13.1 Semua pelajar wajib berkumpul di tempat yang ditentukan. Kehadiran pelajar
akan direkodkan dalam buku kehadiran yang disediakan oleh pihak pusat
sama ada secara manual atau menggunakan aplikasi atas talian.

Panduan KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA LENGGONG
Pelajar

14.0 PEMERIKSAAN ASRAMA

14.1 Hanya boleh dilakukan oleh Pengarah/TP HEA/TP KPHP dan lain-lain
pegawai yang diberi kuasa.

14.2 Boleh dibuat pada bila-bila masa yang difikirkan perlu atau sekurang-
kurangnya sebulan sekali.

14.3 Pemeriksaan asrama puteri akan dilakukan oleh warden wanita atau pegawai
yang diberikan kuasa

KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA LENGGONG Panduan
Pelajar

16.0 PROSEDUR PELAWAT

16.1 Pelajar hanya dibenarkan menerima pelawat dari keluarga atau saudara
mara sahaja.

16.2 Pelawat mestilah melaporkan diri dan mengisi maklumat di dalam “Buku
Pelawat” dan seterusnya mendapatkan “Pas Pelawat” daripada Pengawal
Keselamatan.

16.3 Pelawat tidak dibenarkan masuk ke kawasan Asrama Pelajar.

16.4 Pelajar-pelajar yang dilawati bertanggungjawab memastikan pelawat- pelawat
berkenaan mematuhi semua peraturan lawatan yang ditetapkan.

16.5 Masa lawatan adalah seperti di bawah:

Hari Kuliah - 5.00 petang – 7 malam
Cuti Hujung Minggu / Cuti Umum - 8.00 pagi – 7 malam

17.0 LARANGAN MEMELIHARA BINATANG

17.1 Pelajar DILARANG memelihara atau menternak apa-apa jenis binatang di
dalam bilik atau kawasan asrama.

17.2 Sebarang jenis binatang yang terlepas masuk ke kawasan asrama hendaklah
diserahkan atau dilaporkan kepada warden.

18.0 PERATURAN MENGGUNAKAN KENDERAAN PERSENDIRIAN

18.1 Hanya pelajar yang mempunyai lesen memandu yang sah dan mempunyai
kebenaran bertulis daripada Pengawal Pusat sahaja dibenar menggunakan
kenderaan di dalam kawasan KKTM,MJII & IKM.

18.2 Kenderaan hendaklah diletakkan di tempat yang dikhaskan sahaja. Kenderaan
yang diletakkan ditempat yang dilarang akan diambil tindakan.

18.3 Syarat mendapat kebenaran bertulis adalah seperti berikut: :-
18.3.1 Permohonan bertulis:

KPaOnLdEuJ aKnEMAHIRAN TINGGI MARA LENGGONG
Pelajar

18.3.1.1 Pelajar perlu memohon kebenaran bertulis daripada
Pengawal Pusat sekiranya ia berhajat menyimpan atau
mengguna kenderaan bermotor di KKTM,MJII & IKM.

18.3.1.2 Permohonan hendaklah mempunyai maklumat berikut :-

a. Salinan geran

b. Salinan cukai jalan

c. Lesen memandu yang sah

d. Surat kebenaran daripada pemilik kenderaan
(jika berkenaan)

Pemohon juga hendaklah melaporkan kesalahan
lalu lintas yang pernah dikenakan sebelum ini
(sekiranya ada).

18.3.2 Pengawal Pusat perlu menyimpan rekod pendaftaran kenderaan
yang digunakan dan dimiliki oleh pelajar.

18.3.2 Sila patuhi had laju yang ditetapkan oleh pihak kolej.

18.3.4. Laluan Dan Jalan Bagi Kegunaan Kenderaan:

Pelajar hanya dibenarkan memandu kenderaan di jalan yang
dikhususkan untuk laluan kenderaan. Dengan ini kenderaan tidak
dibenarkan dipandu/ dibawa di ’pavement’, ‘sidewalk’, ‘grass verge’,
‘footpath’ atau lain-lain tempat sama ada di tepi sepanjang ‘carriage
way’ atau di mana-mana tempat yang sepatutnya bukan untuk
laluan kenderaan.

19.0 AKTIVITI SOSIAL, PERHIMPUNAN, TAKLIMAT, KULIAH DAN CERAMAH

19.1 Pelajar dikehendaki menghadiri, mengikuti dan mengambil bahagian di dalam
apa-apa perjumpaan, perhimpunan, ceramah, taklimat dan lain-lain aktiviti
yang dianjurkan oleh pihak pengurusan asrama atau pengurusan KKTM, MJII
dan IKM.

19.2 Sebarang bentuk aktiviti sosial di asrama KKTM dan di persekitarannya
adalah TIDAK dibenarkan kecuali mendapat kebenaran bertulis Pengarah
atau wakil kuasanya terlebih dahulu.

KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA LENGGONG Panduan
Pelajar

19.3 Sebarang bentuk perhimpunan yang melebihi lima (5) orang di asrama atau

persekitarannya tanpa kebenaran pihak pengurusan asrama atau KKTM, MJII
dan IKM TIDAK dibenarkan.

19.4 Sebarang perlakuan pelajar yang boleh mencemarkan nama
baik KKTM, MJII dan IKM adalah DILARANG.

19.5 Pelajar asrama TIDAK dibenarkan bergiat, berkecimpung, melibatkan diri
atau memberi sokongan kepada mana-mana parti politik atau kumpulan
haram.

19.6 Pelajar yang berdua-duaan dalam keadaan yang kurang sopan dan
mencurigakan dengan pelajar atau orang luar di mana-mana kawasan KKTM,
MJII dan IKM adalah DILARANG.

19.7 Pelajar TIDAK dibenarkan untuk mengambil dan menyebarkan video dengan
tujuan untuk menjatuhkan imej KKTM, MJII dan IKM serta MARA.

20.0 PENUTUP

20.1 Pihak pengurusan KKTM, MJII dan IKM berhak meminda dan menambahbaik
peraturan asrama mengikut kesesuaian di kolej masing-masing.

20.2 Semoga Buku Panduan Pelajar ini dapat memberi panduan kepada semua
pelajar dalam mengharungi pengajian serta kehidupan sebagai seorang
pelajar Kolej Kemahiran Tinggi MARA Lenggong dengan jayanya dan
seterusnya menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi kelak.

Panduan KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA LENGGONG
Pelajar

Laman web rasmi:

Facebook rasmi: kktmlenggong  

You Tube rasmi:


Click to View FlipBook Version