INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(AMBILAN JUN 2017)
_________________________________________________________________________
ASAS KEPEMIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU
(EDUP3083)
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA: MOHAMAD FARIS ASYRAF BIN MOHD REDZUAN
ANGKA GILIRAN: 2017192340095
NO. KAD PENGENALAN 970414-03-5543
KUMPULAN: PISMP C6
NAMA PENSYARAH: ENCIK MOHD ROSE DZIDAN BIN MOHD DARDAN
TAJUK TUGASAN: PENULISAN AKADEMIK (NPDL)
20 MAC 2021
TARIKH SERAHAN:
TARIKH TERIMA
MAKLUM BALAS:
|ASAS KEPEMIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU
Penghargaan
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah
kurniaan daripada-Nya dapat juga saya menyempurnakan tugasan yang telah diberikan.
Dalam kerja kursus ini, saya akan menghuraikan mengenai pelan pembangunan diri dan
pelan pembangunan kerjaya bagi membantu membangunkan imej sekolah sebagai sebuah
institusi pendidikan yang berwibawa.
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Mohd
Rose Dzidan kerana telah banyak membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus ini. Beliau
telah banyak memberi tunjuk ajar yang berguna dalam melaksanakan kerja kursus Asas
Kepemimpinan dan Pembangunan Profesionalisme Guru (EDUP 3083). Beliau juga memberi
teguran kepada saya sekiranya saya ada melakukan kesilapan dalam menyiapkan tugasan
ini. Teguran tersebut menjadi panduan kepada saya agar menghasilkan satu kerja yang baik
dan berkualiti.
Selain itu, ucapan ribuan terima kasih ini juga saya tujukan kepada kedua-dua ibu bapa
saya iaitu Mohamad Redzuan Bin Mohamed dan Rahayu Binti Mohammad kerana sentiasa
memberi dorongan, galakan dan semangat dari segi kewangan atau lain-lain. Mereka banyak
menyokong saya agar melaksanakan setiap perkara dengan bersungguh-sungguh dan jujur.
Jasa yang mereka curahkan amat saya hargai dan tidak akan saya lupa.
Akhir sekali, ucapan terima kasih ini juga saya ucapkan kepada pihak secara langsung
ataupun tidak langsung kerana sudi membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Jasa
yang anda beri dan masa anda luangkan amat saya hargai dan tidak akan dilupakan.
|ASAS KEPEMIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU
Isi Kandungan
1.0 Pengenalan….…….…………...……………………………….…………………………... 1
2.0 Konsep Guru Sebagai Agen Perubahan..……...…………………………………….. 2 - 3
3.0 Pelan Pembangunan Diri dan Pelan Pembangunan Kerjaya……………...…........ 3 – 4
3.1 Peringkat Permulaan………………………………………………………………. 5
3.2 Peringkat Beraspirasi………………………………………………………….. 5 – 6
3.3 Peringkat Kompeten………………………………………………………….... 6 – 7
3.4 Peringkat Profisien……………………………………………………………….… 7
3.5 Peringkat Strategis……………………………………………………………….… 8
3.6 Peringkat Berwawasan……………………………………………………….... 8 - 9
4.0 Implikasi Pelan Pembangunan Diri dan Pelan Pembangunan Kerjaya….……….. 9 - 10
4.1 Meningkatkan Kompetensi Guru Dalam Pengajaran…………………..… 10 - 11
4.2 Mewujudkan Kepuasan Kerja……………………………………………………. 11
4.3 Guru Mampu Bertindak Sebagai Agen Perubahan………………………. 11 – 12
4.4 Meningkatkan Kualiti Pengajaran………………………………………….. 12 – 13
4.5 Melahirkan Pelajar Yang Berwibawa………………………………………….… 13
5.0 Rumusan……………….……………………………………………...…………….......... 14
6.0 Rujukan……………..……………………………………………………………....… 15– 17
7.0 Lampiran…………………………………………………………………………….… 18 - 19
|ASAS KEPEMIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU
1.0 Pengenalan
Dasawarsa ini, pendidikan merupakan perkara yang terpenting dalam mewujudkan sesuatu
bangsa yang berjaya agar lebih baik pada masa hadapan. Hal ini demikian kerana, pendidikan
merupakan salah satu agenda yang boleh mempengaruhi kualiti dan ketamadunan sesebuah
bangsa yang ada di dunia. Manusia akan dianggap mundur sekiranya tidak mendapat
pendidikan. Menurut Abdul Jaleel, Opare dan Yarquah (2014) menyatakan bahawa individu
yang berilmu dan individu yang meletakkan ilmu sebagai cara hidup akan mudah membuat
satu keputusan yang tepat. Pendidikan merupakan satu proses yang berterusan sepanjang
hayat dan merupakan proses menimba ilmu terpenting dalam kehidupan manusia. Dengan
memperolehi pendidikan yang sempurna, seseorang itu mampu menimba pengetahuan untuk
membangunkan daya intelek dan keyakinan dirinya. Pendidikan yang baik diperlukan sebagai
suatu agen perubahan yang membawa pendidikan ke arah memajukan sesebuah negara.
Dalam konteks pendidikan, guru akan bertindak sebagai agen perubahan.
Perkataan guru dalam bahasa Sanskrit berasal dari etimologi dua suku kata iaitu “gu”
yang bermaksud kegelapan dan “ru” bermaksud cahaya. Namun secara harfiahnya, guru
membawa maksud “cahaya terang” atau “pengetahuan yang memusnahkan kegelapan”.
Seseorang guru seharusya mempunyai kualiti yang sepatutnya perlu ada sebagai seorang
pendidik (Rohani, Hazril dan Nordin, 2010). Menurut Noryati Unos (2013) untuk bertindak
sebagai agen perubahan, guru tersebut perlu kreatif, rajin dan bersemangat dalam
menjalankan tanggungjawabnya mendidik anak bangsa. Menerusi Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah menetapkan Anjakan Ke-4 untuk
memartabatkan profesion keguruan. Anjakan ini penting bagi melahirkan guru yang berkualiti
dalam sistem pendidikan di Malaysia (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Hal ini
demikian kerana, kecemerlangan dan keberhasilan murid bergantung kepada kualiti dan
komitmen guru (Mohd Ridhuan, Shariza dan Mohd Ibrahim, 2014).
Guru sebagai agen perubahan merupakan aspek yang terpenting dalam sistem
pendidikan. Hal ini bermaksud guru mempunyai tanggungjawab membawa perubahan pada
seseorang yang pada awalnya tidak mengetahui hasil proses pembelajaran dan pengajaran
serta penerapan nilai-nilai positif yang dilakukan oleh guru secara profesional. Menurut
Komara Endang (2012) menyatakan bahawa profesionalisme keguruan sudah menjadi
tuntutan masyarakat pada masa kini. Hal ini demikian kerana, pekerjaan guru tidak lagi
dipandang sebagai pekerjaan biasa malah sudah menjadi satu profesion. Bertitik tolak dari
itu, selari dengan konsep guru sebagai agen perubahan, penulisan ini akan memperincikan
pelan pembangunan diri dan pembangunan kerjaya bagi membantu membangunkan imej
sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan yang berwibawa.
1|ASAS KEPEMIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU
2.0 Konsep Guru Sebagai Agen Perubahan
Guru kini berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam melaksanakan tugas dan
tanggungjawabnya. Perkembangan pendidikan abad ke-21 menuntut peranan guru yang
pelbagai. Hal ini demikian kerana, guru perlu mempunyai watak sebagai pengamal ilmu,
pembimbing, penyelidik, agen sosialisasi, agen perubahan dan pembentuk tingkah laku
pelajar (Wong Kiet Wah et al, 2018). Kini, tugas guru tertumpu pada unsur-unsur perubahan
berinovasi dan peranan tersebut mengarah kepada peningkatan keberkesanan proses
pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Guru bertindak sebagai agen perubahan bagi
membimbing pelajar-pelajar untuk bersedia menghadapi segala perubahan yang berlaku.
Guru juga mempunyai tanggungjawab yang amat besar dalam memberikan pendidikan yang
berkesan dan sempurna kepada pelajar.
Menurut Havelock (1973) menyatakan bahawa agen perubahan adalah orang yang
membantu melaksanakan segala perubahan sosial atau inovasi yang terancang. Agen
perubahan ini juga perlu bekerjasama dengan individu lain, kumpulan dan masyarakat untuk
meningkatkan kualiti kehidupan (Teague, 2001). Guru pada hari ini bukan lagi berperanan
sebagai penyampai maklumat kerana maklumat boleh diperoleh sendiri oleh para pelajar
melalui pelbagai medium. Namun kini, guru perlu menyiapkan pelajar untuk menghadapi
masa depan yang mencabar melalui pengaplikasian strategi pengajaran dan pemudahcaraan
yang boleh membantu pelajar untuk memupuk kemahiran menggunakan maklumat untuk
mendepani cabaran serta menyelesaikan pelbagai masalah. Ciri-ciri agen perubahan yang
dinyatakan oleh Havelock dan Havelock (1973) boleh dijelaskan berdasarkan Rajah 1 di
bawah.
Pemangkin
Perubahan
Pembantu Ciri Agen Penyelesai
Proses Perubahan Masalah
Penghubung
Sumber
Rajah 1: Ciri-ciri Agen Perubahan (Havelock & Havelock, 1973).
2|ASAS KEPEMIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU
Guru sentiasa melibatkan diri secara produktif dalam proses perubahan (Fullan, 1993).
Hal ini demikian kerana, guru mempunyai tujuan moral (moral purpose) yang dikaitkan dengan
tugas dan tanggungjawabnya. Menurut Fullan, terdapat empat teras utama yang diguna pakai
dalam membina keupayaan moral untuk menghadapi perubahan iaitu membina visi peribadi,
inkuiri, masteri dan kolaborasi. Untuk membina visi peribadi seseorang guru haruslah
menanyakan persoalan seperti, “Apakah sumbangan yang dapat saya berikan kepada pelajar
saya?”. Seterusnya guru tersebut perlu membuat inkuiri dengan mengamalkan penilaian
kendiri untuk membentuk norma pembelajaran sepanjang hayat. Masteri pula bermaksud
guru tersebut berupaya mencapai kefahaman yang mendalam mengenai bidang yang
diceburi. Akhir sekali, guru perlu mempunyai keupayaan berkolaborasi untuk menggandakan
keberkesanan terhadap sesuatu perkara yang dilakukan.
Guru yang bertindak sebagai agen perubahan perlu mengamalkan konsep
“Pembelajaran Sepanjang Hayat”. Pembelajaran sepanjang hayat adalah proses pendidikan
yang berterusan melibatkan peningkatan pengetahuan dan kemahiran sama ada secara
formal atau tidak berteraskan pembelajaran di institusi mahupun tempat kerja (Wan Ahmad et
al, 2011). Perubahan yang dilakukan guru perlu bersifat generatif iaitu suatu idea baharu
dapat menampilkan idea-idea secara progresif. Ringkasnya, peranan guru sebagai agen
perubahan perlu dilakukan agar mampu menyediakan pelajar yang berkompetensi tinggi.
Oleh hal yang demikian, setelah memahami konsep dan peranan guru sebagai agen
perubahan, dalam bahagian yang selanjutnya pula penulis akan menghuraikan pelan
pembangunan diri dan pembangunan kerjaya yang digunakan untuk membangunkan imej
sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan yang bewibawa.
3.0 Pelan Pembangunan Diri dan Pelan Pembangunan Kerjaya
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merupakan pemberi perkhidmatan pendidikan di
sektor awam dan juga sektor swasta bertanggungjawab mereka bentuk serta melaksanakan
program pendidikan dan latihan guru sejajar dengan Falsafah Pendidikan Guru. Guru
berkualiti merupakan nadi kepada kejayaan pelaksanaan dasar pendidikan negara yang
mempunyai kaitan secara langsung dengan keberhasilan murid. Oleh hal yang demikan,
Kementerian Pendidikan Malaysia menyediakan model bertujuan untuk meningkatkan
pembangunan profesionalisme keguruan (KPM, 2013). Model peringkat perkembangan
pendidikan KPM dibangunkan sejajar dengan model pertumbuhan profesional (Khair, 2007).
Oleh hal yang demikian, dalam bahagian ini penulis akan menyatakan pelan pembangunan
diri dan pembangunan kerjaya bagi menaikkan imej sekolah yang tujuh tahun belum pernah
3|ASAS KEPEMIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU
mencapai sebarang kejayaan dalam akademik mahupun kokurikulum. Rajah 2 di bawah
merupakan pelan pembangunan diri dan pembangunan kerjaya sebagai seorang guru.
Mempunyai kepakaran. BERWAWASAN
Mengurus perubahan STRATEGIS : Pelan Pembangunan
secara cekap. PROFISIEN Diri
KOMPETEN : Pelan Pembangunan
Melaksanakan BERASPIRASI Kerjaya
penambahbaikan PERMULAAN
berterusan.
Mampu membimbing
organisasi.
Mampu melaksanakan
tugas.
Membina keyakinan
diri.
Rajah 2: Pelan Pembangunan Diri dan Pelan Pembangunan Kerjaya.
Berdasarkan Rajah 2, dapat dijelaskan bahawa pelan pembangunan diri telah
dinyatakan dalam struktur segi empat manakala pelan pembangunan kerjaya telah dinyatakan
dalam struktur piramid. Pelan pembangunan diri dan pembangunan kerjaya tersebut
mempunyai enam peringkat bermula dengan peringkat permulaan, beraspirasi, kompeten,
profisien, strategis dan diakhiri dengan peringkat berwawasan. Pelan pembangunan diri dan
pembangunan kerjaya tersebut mampu dijadikan panduan hala tuju untuk diri dan juga kerjaya
yang diceburi. Setiap individu tidak terkecuali guru seharusnya menetapkan pelan
pembangunan untuk dirinya sendiri. Pada dasar yang sama, pelan pembangunan kerjaya pula
berupaya bertindak sebagai hala tuju perjalanan seseorang guru (Mohamad Sani Brahim dan
Zuraidah Majid, 2002). Dalam bahagian yang seterusnya, penulis akan memperincikan secara
mendalam mengenai pelan pembangunan diri dan pembangunan kerjaya bagi membantu
membangunkan imej sekolah yang belum pernah mencapai sebarang kecemerlangan dalam
bidang akademik mahupun kokurikulum bagi tempoh tujuh tahun kebelakangan ini.
4|ASAS KEPEMIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU
3.1 Peringkat Permulaan
Peringkat pertama dalam pelan pembangunan diri dan pembangunan kerjaya ialah peringkat
permulaan. Dalam pelan pembangunan diri dan kerjaya, saya akan terlebih dahulu perlu
membina keyakinan diri. Keyakinan diri adalah syarat pertama kepada kejayaan pada masa
hadapan. Menurut Philippa Davies (2002), keyakinan juga bermaksud mempercayai diri
sendiri untuk membuat keputusan dalam hidup, menghadapi perkara-perkara yang tidak
dijangka dan bersosial dengan orang lain. Pada peringkat ini juga, saya akan bertindak
sebagai pelaksana pengajaran berkesan (effective teaching) serta menjadi fasilitator dalam
pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Pada peringkat ini, saya mulai memahami serta
mampu melaksanakan tanggungjawab dengan baik, namun masih memerlukan bimbingan
daripada yang lebih mahir.
Pada peringkat permulaan, saya akan memahami dan melaksanakan tugas dan
tanggungjawab dengan penyeliaan dan bimbingan daripada guru berpengalaman (Wong Kiet
Wah et al, 2018). Saya akan melibatkan diri dalam pembentukan suatu hubungan yang
berorientasikan pembangunan antara guru berpengalaman dan guru baharu. Misalnya, saya
akan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti seperti memberi tunjuk ajar dan juga menerima
nasihat sokongan daripada guru berpengalaman. Selain itu, saya juga akan menyumbang
pada peningkatan pengajaran dengan pengaplikasian penyelidikan tindakan yang berkaitan
dengan amalan pengajaran. Oleh hal yang demikian, jelas dalam peringkat permulaan pelan
pembangunan diri dan kerjaya, saya akan bertindak sebagai pelaksana dalam pengajaran
yang mampu membawa perubahan dalam sistem pendidikan di sekolah tersebut.
3.2 Peringkat Beraspirasi
Peringkat kedua dalam pelan pembangunan diri dan pelan pembangunan kerjaya ialah
peringkat beraspirasi. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010) aspirasi ditakrifkan
sebagai keinginan yang tinggi terhadap sesuatu perkara. Pada peringkat ini, saya akan
bertindak sebagai penggerak kualiti dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Oleh hal
yang demikian, saya akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan bimbingan serta
menyelesaikan masalah yang timbul dalam pengajaran. Sehubungan itu, untuk memastikan
kualiti pengajaran adalah lebih berkesan, saya akan mengaplikasikan pembelajaran teradun
iaitu menggabungkan strategi pengajaran berkesan demi mengoptimumkan proses
pembelajaran sekali gus mampu mencapai objektif yang ditetapkan. Menurut Qasim Ahmad
(1998) sesuatu sistem pengajaran itu perlulah diaplikasikan secara menyeluruh. Pemilihan
strategi pengajaran yang sesuai penting untuk membantu pelajar mencapai objektif
pembelajaran (Ee Ah Meng, 1992).
5|ASAS KEPEMIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU
Di samping itu, berdasarkan pelan pembangunan diri dan pembangunan kerjaya
dalam peringkat ini saya akan dapat menyelesaikan masalah pembelajaran yang dihadapi
kerana saya telah mempunyai kemahiran setelah melalui peringkat permulaan dalam pelan
tersebut. Tambahan lagi, tahap profesionalisme keguruan dapat ditingkatkan dengan
melaksanakan penyelidikan tindakan untuk keberkesanan pengajaran. Dalam konteks
pendidikan masa kini, pemberian motivasi dan aspirasi kepada rakan sejawat berkesan untuk
meningkatkan kualiti perkhidmatan, produktiviti dan memudahkan pencapaian matlamat
organisasi (Bohlander, Snell dan Sherman, 2001). Pada peringkat ini juga, saya akan
melaksanakan perkongsian ilmu dalam Komuniti Pembelajaran Profesional, membimbing
serta menyokong pembelajaran profesional guru-guru di peringkat pelaksana. Oleh itu, jelas
bahawa dalam peringkat kedua pelan pembangunan diri dan pembangunan kerjaya, tugas
saya sebagai penggerak perlu dilaksanakan dengan efektif agar dapat membantu guru pada
peringkat pelaksana.
3.3 Peringkat Kompeten
Peringkat ketiga dalam pelan pembangunan diri dan pembangunan kerjaya ialah peringkat
kompeten. Guru merupakan tunjang kepada sistem pendidikan dan mereka akan
menjalankan segala dasar dan matlamat kurikulum yang telah digariskan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia. Menurut Othman (2007) guru merupakan penentu dalam menentukan
piawaian, mutu dan keberkesanan sistem pendidikan. Oleh hal yang demikian, pada peringkat
ini saya akan menjadi sebagai pembimbing organisasi dalam pelaksanaan pengajaran dan
pemudahcaraan (PdPc). Pengalaman yang luas yang telah saya perolehi pada peringkat
permulaan dan peringkat beraspirasi membolehkan saya untuk menyelia dan membimbing
rakan sekerja. Sehubungan dengan itu, seseorang guru perlu memiliki kemampuan khusus
iaitu kemampuan yang tidak mungkin dimiliki oleh orang yang bukan guru. Hal ini demikian
kerana, seorang guru adalah orang yang berpengaruh dengan tanggungjawabnya menolong
orang lain untuk belajar dan berkelakuan dengan cara yang betul (Cooper et al., 1990).
Dalam pada itu, pada peringkat ini juga saya akan melaksanakan educated guess
terhadap masalah organisasi yang mungkin timbul dan saya akan melaksanakan kaedah
pencegahan yang terbaik dalam menangani masalah tersebut. Tambahan lagi, saya juga
akan menyumbang kepakaran dalam proses merangka panduan pelaksanaan proses
pengajaran dengan menghasilkan buku panduan pelaksanaan kurikulum (Daud Ibrahim,
2003). Sebagai contoh, saya akan menghasilkan buku mengenai kaedah pengajaran yang
berkesan sebagai usaha untuk meningkatkan pencapaian akademik para pelajar. Pada
peringkat kompeten juga, dalam pelan pembangunan diri dan pelan pembangunan kerjaya,
6|ASAS KEPEMIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU
saya akan memainkan peranan sebagai pendorong, pemantau serta penilai proses
pengajaran. Saya akan bertindak sebagai peneraju kepada bidang penyelidikan untuk
penambahbaikan sistem pengajaran. Oleh itu, jelas dalam peringkat kompeten pelan
pembangunan diri dan pembangunan kerjaya ini, saya akan bertindak sebagai pembimbing
dalam pelaksanaan pengajaran sekali gus mampu menjadi agen perubahan terutamanya
dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik bagi meningkatkan pencapaian
pelajar dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.
3.4 Peringkat Profisien
Peringkat keempat dalam pelan pembangunan diri dan pelan pembangunan kerjaya ialah
peringkat profisien. Pada peringkat profisien, saya akan bertindak sebagai peneraju dan
penggerak perubahan berkaitan pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Berdasarkan
pengalaman dan kompetensi yang diperolehi, pada peringkat ini saya akan mencetuskan
kreativiti dan inovasi dalam pengajaran dengan seoptimum yang mungkin. Hal ini demikian
kerana, penerapan atau pengaplikasian inovasi amat penting kepada keberkesanan sistem
pendidikan bagi melahirkan modal insan yang kreatif dan inovatif. Tamsilnya, saya akan
menghasilkan inovasi E-Terjemahan (rujuk lampiran 1). Penggunaan inovasi E-Terjemahan
ini membantu pelajar untuk mengetahui makna sesuatu perkataan melalui penggunaan media
elektronik serta dilengkapi dengan rakaman audio. Menurut Boon Pong Ying (1999),
pengaplikasian inovasi yang baik dalam bidang pendidikan terutamanya berkaitan kurikulum
mampu melahirkan pelajar yang berdaya saing di peringkat antarabangsa. Hal ini demikian
kerana, pendidikan zaman kini memerlukan guru-guru yang kreatif untuk melaksanakan
pembelajaran yang merangsang minda dan menggarap daya kreatif dan inovasi para pelajar.
Seterusnya, pada peringkat profisien pelan pembangunan diri dan pelan
pembangunan kerjaya ini, saya akan meluaskan khidmat kepakaran di peringkat daerah,
sekolah-sekolah dan institusi pendidikan yang lain. Pada peringkat ini, saya akan menjadi
pakar rujuk serta berkebolehan merancang dan melaksanakan penambahbaikan berterusan
dalam bidang pendidikan (Koehler dan Mishra, 2008). Selain itu, saya akan bertindak sebagai
penilai hasil penyelidikan, peneraju permuafakatan strategik dan bertindak sebagai penggerak
pembangunan komuniti pembelajaran. Khidmat saya pada peringkat ini diperlukan sebagai
pakar rujuk, mentor dan pembimbing untuk menambahbaik bidang-bidang yang merentas
kurikulum. Oleh hal yang demikian, jelas dalam peringkat profisien pelan pembangunan diri
dan pelan pembangunan kerjaya, saya akan bertindak sebagai peneraju perubahan bagi
membantu membangunkan imej sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan yang
berwibawa.
7|ASAS KEPEMIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU
3.5 Peringkat Strategis
Peringkat kelima dalam pelan pembangunan diri dan pelan pembangunan kerjaya ialah
peringkat strategis. Pada peringkat ini, saya mempunyai kepakaran khusus dan berkebolehan
mengurus perubahan secara cekap dan berkesan. Pengurusan ilmu yang saya perolehi akan
digunakan untuk membantu organisasi dalam mencari, memilih, mengurus dan memindahkan
sesuatu maklumat yang penting serta kepakaran yang diperlukan bagi tujuan penyelesaian
masalah, perancangan strategik, pembuat keputusan dan merangka pembelajaran yang lebih
dinamik (Wiig, 1997). Dengan kepakaran yang dimiliki, saya akan menghasilkan kreativiti dan
inovasi untuk menambahbaik pelaksanaan proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc).
Hal ini demikian kerana, pada peringkat strategis, saya akan bertindak sebagai pemikir
strategis dan berkebolehan menguruskan perubahan secara cekap dan berkesan. Saya juga
akan menggunakan metodologi dan pedagogi pembelajaran untuk mengoptimumkan
pembelajaran murid.
Selanjutnya, dalam peringkat strategis pelan pembangunan diri dan pelan
pembangunan kerjaya, saya akan memberikan sumbangan kepakaran bukan sahaja pada
peringkat merangka strategi ataupun idea baharu dalam pelaksanaan pembelajaran, malah
sebagai penyelesai masalah pelaksanaan dasar pendidikan. Saya juga akan meluaskan
khidmat kepakaran ke sekolah-sekolah dan institusi pendidikan lain pada peringkat negeri
pula. Pada peringkat ini, saya akan memacu sistem sokongan untuk mewujudkan budaya
penyelidikan di seluruh kelompok sekolah (Wong Kiet Wah et al., 2018). Hal ini demikian
kerana, pemikiran strategis diperlukan untuk mentaksir semula reka bentuk program
pembangunan profesionalisme untuk memenuhi keperluan rakan sejawatan dalam sekolah.
Oleh hal yang demikian, selari dengan konsep “guru sebagai agen perubahan”, pelaksanaan
pelan pembangunan diri dan pembangunan kerjaya pada peringkat ini membolehkan saya
bertindak sebagai pemikir strategik bagi melahirkan komuniti guru yang efektif sekali gus
memacu kecemerlangan dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.
3.6 Peringkat Berwawasan
Peringkat keenam dan peringkat terakhir dalam pelan pembangunan diri dan pembangunan
kerjaya ialah peringkat berwawasan. Peringkat ini merupakan peringkat yang tertinggi dalam
hierarki pelan pembangunan diri dan pelan pembangunan kerjaya. Pada peringkat
berwawasan dalam pelan pembangunan diri dan pelan pembangunan kerjaya, saya akan
bertindak sebagai pemikir holistik dan diperakui sebagai perunding cara serta ikon yang
berautoriti dalam profesion. Hal ini demikian kerana, pada peringkat ini saya telah mempunyai
pelbagai kepakaran dan berkebolehan merangka strategi yang komprehensif. Peranan insan
8|ASAS KEPEMIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU
yang bergelar guru adalah amat penting dalam usaha merintis dan menerajui perubahan demi
melonjakkan institusi pendidikan sekali gus melahirkan insan yang mampu memberi
sumbangan kemakmuran kepada negara. Saya juga akan mempengaruhi, memotivasikan
dan membolehkan orang lain menyumbang ke arah keberkesanan dan kejayaan sesebuah
organisasi (Yukl, 2002).
Pada peringkat ini, saya telah mempunyai ilmu, kepakaran serta berkebolehan
menjadi pakar rujuk dalam merangka strategi yang komprehensif. Dalam pada itu, saya juga
akan melaksanakan latihan yang sesuai dan tepat untuk memastikan kejayaan sesebuah
organisasi dapat dijelmakan (Azhani Adnan, 2008). Sebagai seorang pemikir holistik, saya
akan menjadi perunding cara model pembelajaran berkaitan dengan penggunaan strategi
pengajaran dan pengurusan pembelajaran yang mampu menjadi inspirasi kepada murid di
pelbagai profil, peringkat umur dan peringkat pengajian. Saya juga akan bertindak sebagai
peneraju perundingan yang berkaitan dengan amalan penyelidikan dalam kebitaraan
pembelajaran untuk menyumbang kepada pembinaan budaya dan amalan penyelidikan. Oleh
hal yang demikian, jelas dengan pengaplikasian keenam-enam peringkat dalam pelan
pembangunan diri dan pelan pembangunan kerjaya, saya mampu bertindak sebagai agen
perubahan sekali gus mampu menaikkan semula imej sekolah tersebut yang telah tujuh tahun
belum mencapai sebarang kejayaan dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.
4.0 Implikasi Pelan Pembangunan Diri dan Pelan Pembangunan Kerjaya
Profesion keguruan merupakan suatu perjalanan untuk menuju destinasi pendidikan. Hal ini
demikian kerana, proses yang dilalui membawa makna jika dirancang dan dibuat persediaan
pada peringkat awal. Menurut Berliner dan Kupermintz (2008) hanya segelintir guru yang
berjaya menamatkan kerjaya keguruan hingga ke peringkat guru pakar. Trotter (1986)
menyatakan terdapat lima peringkat perkembangan guru iaitu bermula dari peringkat novis,
kemudian peringkat novis lanjutan, diikuti peringkat cekap, seterusnya peringkat mahir dan
berakhir pada peringkat pakar. Untuk menjadi seseorang guru yang pakar serta mempunyai
wawasan, guru tersebut haruslah mempunyai serta melaksanakan pelan pembangunan diri
dan pelan pembangunan kerjaya seperti mana yang telah dinyatakan dalam penulisan
sebelum ini. Menurut Trotter (1986) lagi guru-guru memerlukan pengalaman bertahun-tahun
untuk beranjak ke peringkat mahir dan hanya segelintir mereka akan mencapai
perkembangan di peringkat pakar. Namun dengan pelan pembangunan kerjaya Kementerian
Pendidikan Malaysia, ramai lagi guru akan sampai ke kemuncak kerjayanya dalam tempoh
yang singkat. Oleh hal yang demikian, dalam bahagian ini, penulis akan menyatakan
9|ASAS KEPEMIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU
mengenai implikasi pelan pembangunan diri dan pelan pembangunan kerjaya berdasarkan
Rajah 3 di bawah.
Meningkatkan Mewujudkan Kepuasan Guru Bertindak
Kompetensi Guru Kerja Sebagai Agen
Dalam Pengajaran
Perubahan
Meningkatkan Kualiti Melahirkan Pelajar
Pengajaran Berwibawa
Rajah 3: Implikasi Pelan Pembangunan Diri Dan Pelan Pembangunan Kerjaya.
4.1 Meningkatkan Kompetensi Guru Dalam Pengajaran
Pelaksanaan pelan pembangunan diri dan pelan pembangunan kerjaya ini mampu
meningkatkan kompetensi guru dalam pengajaran. Istilah kompetensi didefinisikan sebagai
kecekapan atau kemampuan. Menurut Mulyasa (2006) kompetensi adalah peringkat
pengetahuan, keterampilan dan perilaku yang harus dimiliki, dihayati dan dikuasai oleh guru
dalam melaksanakan tugas profesionalnya. Dengan penguasaan kesemua peringkat dalam
pelan pembangunan diri dan pelan pembangunan kerjaya, guru tersebut akan mampu
mewujudkan keberhasilan yang tinggi dalam pembelajarannya. Hal ini demikian kerana, guru
yang profesional memiliki kompetensi dalam menjalankan sesuatu proses pembelajaran.
Kompetensi guru tersebut adalah satu faktor yang mempengaruhi tercapainya tujuan
pembelajaran dan pendidikan di sekolah.
Menurut Booth (1993) pelajar yang berkualiti terhasil melalui proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan. Pengajaran guru perlu sesuai dengan keupayaan dan
kebolehan pelajar. Guru yang kompeten tidak akan mengamalkan pengajaran “chalk and
talk”. Hal ini demikian kerana, pengajaran “chalk and talk” sudah tidak lagi relevan ini
diamalkan dalam dunia pendidikan kini. Di samping itu, guru yang kompeten akan
mewujudkan pembelajaran yang bermakna dalam diri pelajar (Caine dan Caine, 1994).
Hakikatnya, sebagai seorang guru yang profesional, guru tersebut hendaklah sentiasa
menambahbaik pengetahuan dan kemahiran pengajarannya. Kompetensi guru dalam
pengajaran dari aspek keupayaan mempelbagaikan strategi pengajaran, membuat penilaian
serta menggunakan teknologi adalah ditagih dalam meningkatkan proses pemahaman pelajar
10 | A S A S K E P E M I M P I N A N D A N P E M B A N G U N A N P R O F E S I O N A L I S M E G U R U
(Rohana Zubir, 1986). Jelas, dengan pengaplikasian pelan pembangunan diri dan pelan
pembangunan pendidikan, guru tersebut mampu meningkatkan kompetensi terutamanya
melibatkan proses pengajaran.
4.2 Mewujudkan Kepuasan Kerja
Implikasi pelaksanaan pelan pembangunan diri dan pelan pembangunan kerjaya ini mampu
mewujudkan kepuasan kerja yang maksimum bagi guru. Hal ini demikian kerana, setiap guru
akan memasuki dunia pendidikan dengan membawa harapan dan hasrat untuk menjadi guru
yang terbaik serta dapat mencapai kejayaan yang membanggakan. Sehubungan dengan itu,
kepuasan kerja amat diperlukan demi memastikan guru kekal dalam profesionnya. Dengan
pelaksanaan pelan pembangunan kerjaya khususnya, guru tersebut sudah semestinya akan
dinaikkan pangkat. Faktor kenaikan pangkat ini mampu meningkatkan tahap kepuasan kerja
seseorang guru. Umumnya, kenaikan pangkat sangat penting dalam mengekalkan seseorang
pekerja itu untuk terus seronok bekerja dan seterusnya meningkatkan tahap kepuasan
kerjanya. Kajian yang dilakukan oleh Dunn dan Stephens (1972) mendapati bahawa kenaikan
pangkat merupakan satu elemen yang penting dalam kepuasan kerja.
Tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh guru merupakan pengaruh
intrinsik yang penting dalam kepuasan kerja. Jika hasil pelaksanaan tugas-tugas memberikan
kepuasan kepada guru, maka bidang kerja itu sendiri menjadi ganjaran terbaik kepada guru.
Tamsilnya, apabila aktiviti pembelajaran yang disediakan guru berjaya membangunkan minda
murid serta membentuk perwatakan murid yang positif, rasa kejayaan dan kegembiraan ini
telah membawa kepada kepuasan kerja kepada guru tersebut (Darling-Hammond, 2003;
Derlin dan Schnieder, 1994). Di samping itu, kepuasan kerja turut akan diperolehi apabila guru
merasakan tugas pengajaran mereka telah diiktiraf dan dihargai oleh pihak atasan, maka
produktiviti ini akan terus meningkat (Bogler, 2001; Hean dan Garret, 2001). Oleh itu, jelas
pelaksanaan pelan pembangunan diri dan pelan pembangunan kerjaya ini mampu memberi
kesan kepada kepuasan kerja kepada guru sekali gus mampu meningkatkan produktiviti hasil
kerja yang efektif.
4.3 Guru Mampu Bertindak Sebagai Agen Perubahan
Pelaksanaan pelan pembangunan diri dan pelan pembangunan kerjaya secara tidak langsung
mampu membantu guru untuk bertindak sebagai agen perubahan. Pada era globalisasi ini,
guru dituntut untuk menjadi agen perubahan (agent of change) iaitu guru tersebut mempunyai
keupayaan secara profesional dalam memperkasakan pelajar terhadap corak keperibadian
11 | A S A S K E P E M I M P I N A N D A N P E M B A N G U N A N P R O F E S I O N A L I S M E G U R U
dan kecekapan yang sempurna. Oleh itu, guru sebagai agen perubahan adalah seorang
profesional yang mempengaruhi pelajar untuk meningkatkan kualiti kecekapan mereka
melalui pendidikan. Guru pada masa kini juga perlu sentiasa bersedia untuk menerima segala
perubahan yang berlaku terutamanya melibatkan pengajaran dan pemudahcaraan. Bagi
memastikan pendidikan yang dinamik, warga sekolah terutamanya guru perlu seiring dengan
perubahan. Hal ini bertepatan dengan kenyataan yang dikeluarkan Prof Dr Muhaya menerusi
laporan akhbar Berita Harian (rujuk lampiran 2) yang menyatakan bahawa warga pendidik
perlu komited dan efektif terhadap perubahan arus dunia pendidikan yang kini bergerak
pantas serta mampu bertindak sebagai agen perubahan dalam masyarakat.
Menurut Spark (2003), guru adalah agen perubahan yang penting bagi memastikan
sekolah berfungsi dengan berkesan. Oleh itu, keupayaan guru sebagai agen perubahan
sekolah membolehkan pendidikan kebangsaan mempunyai peluang yang lebih baik dalam
memastikan setiap pelajar mendapat guru-guru yang berkualiti (Katzenmeyer dan Moller,
2009). Menurut Norshidah (2011), elemen kepimpinan guru besar telah dikenal pasti sebagai
agen perubahan yang utama dan menjadi faktor penyumbang kepada kejayaan perlaksanaan
strategi perubahan dalam sekolah. Guru seharusnya melakukan perubahan kepada pelajar
bukan sahaja dalam aspek kognitif, malah perlu menekankan aspek afektif dan psikomotor
pelajarnya. Hal ini demikian kerana, pembelajaran merupakan proses perubahan tingkah laku
yang meliputi sikap, minat dan nilai dalam diri para pelajar (Gagne, 1977). Oleh itu, jelas
dengan pengaplikasian pelan pembangunan diri dan pelan pembangunan kerjaya ini, guru
tersebut mampu bertindak sebagai agen perubahan terutamanya dalam membantu
menaikkan semula imej sekolah sebagai sebuah institusi yang berwibawa.
4.4 Meningkatkan Kualiti Pengajaran
Pelaksanaan pelan pembangunan diri dan pelan pembangunan kerjaya ini sudah tentu akan
memberi implikasi yang positif terhadap kualiti pengajaran guru. Standard 4 dalam Standard
Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) adalah berfokuskan kepada pembelajaran dan
pemudahcaraan yang lebih menjurus kepada peranan guru dalam memberikan proses
pengajaran yang lebih berkualiti. Kualiti seorang guru merupakan sumbangan yang paling
tinggi dalam menentukan kejayaan seseorang pelajar. Di dalam bilik darjah, guru
bertanggungjawab sebagai pemudahcara, pakar rujuk, penilai, pendidik dan juga fasilitator
(Jahagir, 2010; Eggen dan Kauchak, 2012). Menurut Rashidy Jamil (2011) menyatakan
bahawa seorang guru yang berkualiti mampu mencipta sesuatu yang berbeza dalam
personaliti muridnya melalui pelbagai cara.
12 | A S A S K E P E M I M P I N A N D A N P E M B A N G U N A N P R O F E S I O N A L I S M E G U R U
Dalam sistem pendidikan di Malaysia, guru adalah tunjang utama yang terlibat dalam
proses kemenjadian murid. Hal ini demikian kerana, guru yang mempunyai pengajaran
berkualiti dan berkesan perlu mempunyai penguasaan dari segi merancang pengajaran,
pelaksanaan pengajaran, pengurusan bilik darjah serta memiliki personaliti sebagai seorang
guru (Mohd Sahandri, Ramli dan Shaffe, 2010). Pengajaran yang berkualiti bergantung
kepada kemampuan guru merancang pembelajaran ke arah matlamat pendidikan yang
dikehendaki (Kamarul, Noratikah dan Mohd Faeez, 2012; Nadzri dan Nor Fadilah, 2017).
Jelas, impak pelaksanaan pelan pembangunan diri dan pelan pembangunan kerjaya ini
secara tidak langsung membantu guru dalam meningkatkan kualiti pengajarannya sekali gus
mampu membangunkan imej sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan yang berwibawa.
4.5 Melahirkan Pelajar Yang Berwibawa
Pelaksanaan pelan pembangunan diri dan pelan pembangunan kerjaya ini bukan sahaja
memberi implikasi kepada guru malah turut memberi implikasi kepada pelajar. Pelajar
merupakan aset yang berharga pada negara. Misi dan visi kerajaan adalah untuk melahirkan
pelajar yang mempunyai modal insan minda kelas pertama bagi menghadapi cabaran
pembangunan ekonomi yang berlandaskan ilmu pengetahuan dan inovasi. Di samping itu,
kejayaan pelaksanaan kedua-dua pelan tersebut juga mampu melahirkan pelajar yang
berwibawa. Modal insan yang dibangunkan akan mempunyai ciri-ciri berketerampilan dan
berkeupayaan dalam pengetahuan serta kemahiran serta memiliki ciri-ciri peribadi yang
unggul. Hal ini demikian kerana menurut Mohamad Nor Mohamad Taib (2009) proses
pembelajaran melibatkan usaha untuk menguasai kemahiran dan pengetahuan selain
membentuk sikap pelajar.
Selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025,
pelaksanaan pelan pembangunan diri dan pelan pembangunan kerjaya ini mampu membantu
pelajar untuk mencapai enam aspirasi murid iaitu berpengetahuan, kemahiran berfikir,
kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa dan beridentiti nasional (KPM, 2013). Hal ini
demikian kerana, pelajar-pelajar tersebut diajar oleh guru yang hebat serta berpengalaman.
Sebagai contoh, dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH) guru akan menetapkan
kemahiran insaniah yang akan diterapkan sepanjang proses pembelajaran. Dengan
penerapan kemahiran insaniah seperti pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan
masalah mampu membantu pelajar untuk memperolehi kefahaman yang mendalam
mengenai isi pelajaran yang disampaikan guru (Dewey, 1993). Oleh hal yang demikian, jelas
pelaksanaan pelan pembangunan diri dan pembangunan kerjaya turut memberi kesan
kepada pelajar segali gus mampu melahirkan modal insan yang berwibawa.
13 | A S A S K E P E M I M P I N A N D A N P E M B A N G U N A N P R O F E S I O N A L I S M E G U R U
5.0 Rumusan
Tugas guru bukan sahaja sebagai suatu kerjaya, namun sebagai amanah yang perlu digalas
dalam melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik mahupun
kokurikulum. Oleh hal yang demikian, tugas guru ini perlu dilaksanakan dengan penuh
tanggungjawab bukan disebabkan kepentingan peribadi semata-mata. Kepentingan peribadi
seperti kenaikan pangkat yang cepat dan terlalu mengejar gelaran “Guru Cemerlang”
sehingga mengabaikan tugas hakiki haruslah dielakkan. Sekiranya guru melakukan sesuatu
tugas dengan penuh tanggungjawab serta keikhlasan, sudah semestinya guru tersebut
mampu dinaikkan pangkat seterusnya menjadi “Guru Cemerlang”. Guru juga berperanan
sebagai agen perubahan yang menjadi antara faktor utama perubahan dan transformasi
dalam pendidikan dapat berjalan dengan lancar dan berjaya.
Pelaksanaan pelan pembangunan diri dan pelan pembangunan kerjaya yang
didasarkan peringkat-peringkat perkembangan guru oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
ini mampu membantu membangunkan imej sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan yang
berwibawa. Hal ini demikian kerana, seseorang guru baharu yang dibekalkan dengan
pengetahuan berasaskan penyelidikan dapat membantunya membuat keputusan yang tepat
semasa menghadapi cabaran-cabaran dalam profesion keguruan. Sehubungan dengan itu,
guru perlu bersikap inovatif dan kreatif dalam cara bekerja, cara berfikir dan cara
berkomunikasi. Kesediaan untuk berubah daripada paradigma lama kepada pembudayaan
pendidikan sepanjang hayat akan melestarikan guru untuk memenuhi keperluan
pembelajaran abad ke-21.
Sebagai cambahan daripada penulisan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa selari
dengan konsep “guru sebagai agen perubahan”, penyediaan pelan pembangunan diri dan
pembangunan kejaya ini mampu membantu membangunkan imej sekolah yang belum pernah
mencapai sebarang kejayaan cemerlang dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.
Pelan pembangunan diri dan pembangunan kerjaya yang disediakan haruslah dilaksanakan
dan dipatuhi agar mampu menjamin keberhasilannya. Model peringkat perkembangan guru
Kementerian Pendidikan Malaysia ini mempunyai enam peringkat seperti yang telah
dinyatakan dalam penulisan ini iaitu bermula daripada peringkat permulaan hingga ke
peringkat berwawasan. Guru yang kompeten terhadap tugasnya mampu melahirkan pelajar-
pelajar yang cemerlang baik dari segi akademik, mahupun dari segi sahsiahnya. Oleh hal
yang demikian, jelaslah bahawa, penulisan ini telah berjaya menyatakan dengan terperinci
konsep guru sebagai agen perubahan dan juga berjaya menyatakan pelan pembangunan diri
dan pembangunan kerjaya bagi membantu membangunkan imej sekolah sebagai sebuah
institusi pendidikan yang berwibawa.
14 | A S A S K E P E M I M P I N A N D A N P E M B A N G U N A N P R O F E S I O N A L I S M E G U R U
6.0 Rujukan
Buku:
Azhani Adnan. (2008). Personaliti Guru: Pengaruh ke atas Pengajaran dan Pembelajaran.
Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Berliner, D. C. and Kupermintz, H. (2008). Fostering change in institutions, environments,
and people. New York: Routledge
Bohlander, G. Snell, S. and Sherman, A. (2001). Managing Human Resources. South-
Western: Thomson Learning College Publishing.
Boon Pong Ying. (1999). Amalan Reflektif Ke Arah Peningkatan Profesional Diri Guru. Kuala
Lumpur: lmu Pendidikan Press.
Booth, S. (1993). Crisis Management Strategy. London: Routledge.
Caine, R. N and Caine, G. (1994). Making connections: Teaching and the human brain.
California: Learning Publications
Dewey, J. (1993). How We Think: A Restatement of the Relation of Reflective Thinking to
the Educative Process. Boston: D. C. Heath.
Dunn, J. D., and Stephens, E. C. (1972). Management of personnel: Manpower
management and organizational behavior. New York: McGraw-Hill Press.
Ee Ah Meng. (1992). Pedagogi: Satu Pengenalan. Fajar Bakti: Petaling Jaya.
Eggen, P. D dan Kauchak, D. (2012). Strategi dan Model Pembelajaran: Mengajarkan
Konten dan Keterampilan Berpikir. Jakarta: PT Indeks.
Gagne R M. (1977). The conditions of learning. New York: Holt, Rinehart and Winston.
Havelock, R.G. and Havelock, M.C. (1973). Training for Change Agents: A Guide to the
Design of Training Programs in Education & Other Fields, East Lensing: University of
Michigan Press.
Jahagir Mahmud. (2010). How the Messenger of Allah s.a.w Tought His Student. Pakistan:
Al Misbah.
Kamus Dewan. (2010). Edisi keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Katzenmeyer, M. and Moller, G. (2009). Awakening The Sleeping Giant: Helping Teacher
Develop as Leaders (3rd Edition). California: Corwin Press.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Khair Mohamad Yusof. (2007). Latihan Berorientasikan Pertumbuhan Untuk Pemimpin
Pendidikan. Genting Highlands: Institut Aminuddin Baki.
Koehler, M. J. and Mishra, P. (2008). Introducing TPCK, dalam AACTE Committee on
Innovation and Technology (Ed), Handbook of tehchnological pedagogical content
knowledge (TPCK). New York: Routledge.
Komara Endang. (2012). Penelitian Tindakan Kelas dan Peningkatan Profesionalitas Guru.
Bandung: PT Refika Aditama.
Mohamad Nor Mohamad Taib. (2009). Model guru sebagai penyelidik: Asas-asas
menjalankan kajian di sekolah. Kuala Lumpur: Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan.
15 | A S A S K E P E M I M P I N A N D A N P E M B A N G U N A N P R O F E S I O N A L I S M E G U R U
Mohamad Sani Brahim dan Zuraidah Majid. (2002). Masalah Profesionalisme Guru
Permulaan di Sekolah Menengah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Perak: The
Inaugural UPSI International Teacher Education Conference.
Mohd Sahandri Gani Hamzah, Ramli Basri dan Shaffe Mohd Daud. (2010). Karakter Guru:
Ilmu Diagung, Guru Disanjung. Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributors
Sdn Bhd.
Mulyasa, E. (2006). Menjadi Guru Profesional Menciptakan Pembelajaran Kreatif dan
Menyenangkan. Bandung: Remaja Rosdakarya.
Philippa Davies. (2002). Total Confidence: The Complete Guide To Self-Assurance And
Personal Success. London: Piatkus.
Qasim Ahmad. (1998). Pengajaran dan Pembelajaran: Komponen Penting Kurikulum, Kualiti
Pengajaran Dan Pembelajaran, Sekolah Dan Pentadbiran Sosial. Sabah: Universiti
Malaysia Sabah Press.
Rashidy Jamil al-Rashi. (2011). Akhlak Pendidik. Selangor: Vivar Printing Sdn Bhd.
Rohana Zubir. (1986). Aplikasi Teknologi Dalam Pengajaran-Pembelajaran Sejarah. Kuala
Lumpur: PPZ Publications.
Teague, P. (2001). First, Second, Third John: An Analysis and Overview (The John Teague
Series Book 3). New York: Kindle Publisher.
Wong Kiet Wah, Noriati A. Rashid dan Boon Pong Ying. (2018). Asas Kepimpinan dan
Pembangunan Profesionalisme Guru: Edisi Kedua. Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd.
Yukl, G.A. (2002) Leadership in Organizations: 5th Edition. Upper Saddle River: Prentice
Hall.
Jurnal dan artikel:
Abdul Jaleel Saani, Opare, J. A. and Yarquah, J. A. (2014). The complex infuence of school
organizational culture on teachers’ commitment to the teaching profesion. Jurnal
Pendidikan Malaysia, 39(2), 101– 107.
Bogler, R. (2001). Two profiles of schoolteachers: A discriminant analysis of job satisfaction.
Teaching & Teacher Education, 18 (6), 665.
Daud Ibrahim. (2003). Mengenalpasti Masalah-masalah Dalam Melaksanakan Standard ISO
9000. Tesis Sarjana. Bangi: UKM.
Darling-Hammond, L. (2003). Keeping good teachers: Why it matters: What leaders can do.
Educational Leadership, 60(8), 6- 13.
Derlin, R., and Schneider, G. T. (1994). Understanding job satisfaction: Principals and
teachers, urban and suburban. Urban Education, 29(1), 63- 88.
Fullan, M. (1993). Why Teacher Must Become Change Agent. Educational Leadership,
50(1), 12 – 17.
Hean, S. and Garret, R. (2001). Source of job satisfaction in science secondary school
teachers in Chile. A Journal of Comparative Education, 31 (3), 363- 379.
Kamarul Azmi Jasmi, Noratikah Ibrahim, dan Mohd Faeez Ilias. (2012). Gaya Pengajaran
Guru dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Seminar Antarabangsa
Perguruan dan Pendidikan Islam.
16 | A S A S K E P E M I M P I N A N D A N P E M B A N G U N A N P R O F E S I O N A L I S M E G U R U
Mohd Ridhuan Mohd Jamil, Shariza Said dan Mohd Ibrahim K. Azeez. (2014). Kompetensi
guru terhadap pengurusan pengajaran dan pembelajaran: suatu pendekatan teknik
fuzzy delphi. Jurnal kepimpinan pendidikan, 1(3), 77–88.
Nadzri dan Nor Fadilah. (2017). Kualiti Amalan Guru dan Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa Melayu di MRSM. Disertasi Ijazah Sarjana Pendidikan. Fakulti Bahasa dan
Komunikasi. Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak.
Norshidah Nordin. (2011). The influence of emotional intelligence, leadership behaviour and
organizational commitment on organizational readiness for change in higher learning
institution. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 29(3), 129 – 138.
Noryati Unos. (2013). Pengurusan penilaian prestasi guru di sekolah kebangsaan daerah
kota tinggi. Tesis sarjana. Skudai: UTM.
Othman. (2007). Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di
Kalangan, Guru Sekolah Menengah Teknik Dan Vokasional: Sikap Guru, Peranan
ICT Dan Kekangan / Cabaran Penggunaan ICT. Fakulti Pendidikan UTM.
Rohani Arbaa, Hazri Jamil dan Nordin Abd Razak. (2010). Hubungan guru-pelajar dan
kaitannya dengan komitmen belajar pelajar: Adakah guru berkualiti menghasilkan
perbezaan pembelajaran antara jantina pelajar. Jurnal Pendidikan Malaysia, 35(2),
61–69.
Sparks, D. (2003). Change Agent: An Interview with Michael Fullan. Journal of Staff
Development, 24(1), 55–58.
Trotter, R. (1986). The Mystery of Mastery. Psychology Today, 20 (7), 32 – 38.
Wan Ahmad, Wan Rashid dan Mohd. Hashim. (2011). Pelaksanaan Program Pendidikan
Sepanjang Hayat di Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. (Thesis).
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Wiig, Karl M. (1997). “Knowledge Management: An Introduction and Perspective”. The
Journal of Knowledge Management, 1(1), 6 – 14.
Internet:
Cooper, H., Cooper, H., Cooper, H., & Cooper, H. (1990). Bibliography. Journal of
Energy & Natural Resources Law, 8(1-4), 66-339. Diakses daripada:
https://doi.org/10.1080/02646811.1990.11433699
Nik Hasnah Ismail. (2014, 15 Ogos). Guru Ejen Pengubah Masyarakat. Berita Harian. Diakses
daripada: https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2018/03/399368/guru-perlu-
berubah-mengikut-peredaran-zaman
17 | A S A S K E P E M I M P I N A N D A N P E M B A N G U N A N P R O F E S I O N A L I S M E G U R U
6.0 Lampiran
LAMPIRAN 1
Inovasi E-Terjemahan membantu pelajar untuk mengetahui maksud sesuatu perkataan
serta dilengkapi dengan rakaman audio.
18 | A S A S K E P E M I M P I N A N D A N P E M B A N G U N A N P R O F E S I O N A L I S M E G U R U
LAMPIRAN 2
Laporan akhbar Berita Harian mengenai guru sebagai agen perubahan.
19 | A S A S K E P E M I M P I N A N D A N P E M B A N G U N A N P R O F E S I O N A L I S M E G U R U