Adakah pelangi itu jirim?
Maksud JIRIM
• Jirim ialah sesuatu
yang mempunyai jisim
dan memenuhi ruang
• Terdiri daripada zarah-
zarah yang halus dan
diskrit
• Wujud dalam 3
keadaan iaitu pepejal,
cecair dan gas
Perubahan Keadaan Jirim
Lukiskan susunan zarah dalam keadaan pepejal, cecair dan gas dalam bentuk 2D
PEPEJAL CECAIR GAS
Pengelasan Jirim
2.1 Konsep Asas Jirim
Menerangkan perubahan keadaan jirim
•Pada titik A, bahan itu berada dalam keadaan pepejal.
•Zarah-zarahnya tersusun dengan padat, teratur, bersentuhan pada
kedudukan tetap mengikut corak susunan tertentu, dan ditarik oleh daya
tarikan yang kuat.
•Dari titik A ke B, pepejal bahan itu dipanaskan dan suhu pepejal semakin
meningkat.
•Semasa pemanasan, tenaga haba yang dibekalkan diserap oleh zarah-zarah pepejal
dan ini menyebabkan zarah-zarah itu bergetar dan berputar dengan cepat.
•Tenaga gerakan ini disebut tenaga haba zarah zarah yang semakin bertambah
apabila suhu meningkat.
•Pemanasan ini menyebabkan pepejal itu mengembang dan daya tarikan antara
zarah menjadi semakin lemah.
•Pada titik B, tenaga haba yang telah diserap membolehkan zarah-zarah bergetar
dan berputar dengan begitu cepat sehingga dapat mengatasi daya tarikan yang
kuat antara zarah-zarah.
•Jadi, zarah-zarah terpisah daripada satu sama lain dan susunan bertertib runtuh
menyebabkan zarah-zarah bergerak bebas secara rawak serta menggelongsor di
atas satu sama lain dalam kelompok-kelompok zarah.
•Pada peringkat ini, pepejal mula melebur
•Dari titik B ke C, pepejal sedang melebur menjadi cecair.
•Ini bermakna pada peringkat ini sistem itu mengandungi kedua-dua pepejal dan
cecair.
•Di sepanjang proses peleburan ini, suhu sistem itu menjadi tetap walaupun
tenaga haba terus dibekalkan.
•Ini disebabkan tenaga haba yang dibekalkan sepanjang proses peleburan ini
digunakan untuk melemahkan daya tarikan yang kuat antara zarah-zarah supaya
pepejal dapat bertukar kepada cecair.
•Tenaga haba ini disebut haba pendam perlakuran.
•Pada titik C, semua pepejal telah ditukarkan kepada cecair.
•Peleburan telah selesai.
•Dari titik C ke D, cecair bahan itu terus dipanaskan dan suhunya semakin
meningkat.
•Tenaga haba yang diserap oleh zarah-zarah cecair pada peringkat ini
menyebabkan zarah-zarah bergerak dengan semakin cepat dan saling
berlanggar dengan lebih kerap, iaitu tenaga kinetik zarah-zarah semakin
bertambah.
•Pada titik D, zarah-zarah cecair telah menerima tenaga yang cukup
untuk mengatasi daya tarikan jiran-jirannya.
•Maka zarah-zarah itu keluar dari permukaan cecair untuk menjadi gas.
•Pada peringkat ini, cecair itu dikatakan mula mendidih.
•Suhu cecair mula mendidih disebut takat didih
•Dari titik D ke E, cecair sedang mendidih. Ini bermakna pada peringkat ini sistem itu
mengandungi kedua dua cecair dan gas.
•Di sepanjang proses pendidihan, suhu sistem itu, iaitu takat didih, tidak berubah tetapi
menjadi tetap walaupun tenaga, haba terus dibekalkan melalui pemanasan.
•Ini disebabkan tenaga, haba yang dibekalkan sepanjang proses pendidihan ini digunakan
untuk mengatasi daya tarikan antara zarah-zarah cecair supaya zarah¬zarah cecair terpisah
jauh antara satu sama lain.
•Tenaga haba yang digunakan untuk mengewapkan cecair semasa pendidihan dikenal
sebagai haba pendam pengewapan.
•Pada titik E, semua cecair telah bertukar kepada
gas.
•Pendidihan telah selesai.
•Dari titik E ke F, pemanasan yang seterusnya menaikkan suhu gas.
•Tenaga haba yang diserap oleh zarah-zarah gas pada peringkat ini menyebabkan
zarah-zarah bergerak dengan semakin cepat dalam keadaan rawak dan lebih kerap
berlanggar antara satu sama lain.
•Ini bermakna tenaga kinetik zarah-zarah gas semakin bertambah.
•Pemanasan ini menyebabkan gas itu semakin mengembang dan daya tarikan
antara zarah gas semakin lemah.
LENGKUNG PENYEJUKAN Titik HG – cecair:
Takat *Suhu menurun kerana tenaga haba
beku dibebaskan ke persekitaran oleh zarah-zarah
cecair menyebabkan tenaga kinetik berkurang
dan zarah-zarah bergerak semakin perlahan.
Titik GF – cecair + pepejal:
*Suhu kekal malar kerana tenaga haba
yang dibebaskan ke persekitaran oleh
zarah-zarah cecair diseimbangkan dengan
tenaga haba yang dibebaskan semasa
proses penyejukan. Zarah-zarah menarik
antara satu sama lain untuk membentuk
pepejal.
Titik FE – pepejal:
*Suhu menurun kerana tenaga haba
dibebaskan ke persekitaran oleh zarah-
zarah pepejal menyebabkan tenaga kinetik
semakin berkurang dan zarah-zarah
bergetar lebih perlahan.