The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by AMIRUL EIZZAT MAT RAZALI, 2023-10-09 01:55:39

Sejarah kolej komuniti

Sejarah kolej komuniti

Sejarah kolej komuniti


Kolej Komuniti merupakan satu sistem pendidikan tinggi di Malaysia di bawah pengurusan Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.


Pada 5 Julai 2000, Jemaah Menteri telah mempertimbangkan Memorandum No. 398/2225/00 yang telah dikemukakan oleh Menteri Pendidikan tentang konsep penubuhan dan pelaksanaan Kolej Komuniti di setiap kawasan parlimen. Kolej ini akan menjadi institusi yang menyediakan keperluan latihan dan kemahiran pada semua peringkat dan memberi peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum ke pasaran tenaga kerja atau melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi. Sebanyak 10 buah Kolej Komuniti rintis mula beroperasi pada pertengahan Jun 2001 dan 2 buah lagi pada bulan Disember 2001. Lebih banyak Kolej Komuniti sedang dirancang pembinaannya secara berfasa dalam RMK 9. Kini Kolej Komuniti berada di bawah naungan Kementerian Pendidikan Malaysia dengan mempunyai matlamat yang sama seperti di awal penubuhannya. Sebagai salah sebuah institusi pendidikan di Malaysia, peranan Kolej Komuniti telah diperluaskan. Kolej Komuniti telah ditubuhkan dengan lebih banyak di serata negara, khusus untuk membentuk komuniti yang lebih dinamik.


Peranan Kolej Komuniti memberikan perkhidmatan kepada masyarakat sekitar melalui tawaran kursus sepenuh masa yang diiiktiraf oleh kerajaan dan kursus pendek. Lepasan Kolej Komuniti yang berkelayakan dapat meneruskan pengajian peringkat diploma di Kolej Komuniti, Politeknik atau di Institut Pengajian Tinggi yang lain.


Program Diploma Kolej Komuniti Program ini dilaksanakan bagi memberi peluang kepada lulusan Kolej Komuniti melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. Peluang ini diberi dengan mengambil kira pencapaian akademik pelajar termasuk pengalaman kerja selepas tamat pengajian peringkat sijil. Program ini juga dilaksanakan secara kolaboratif dengan syarikat-syarikat yang telah menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Kolej Komuniti pada 2 Februari 2007. Program ini dilaksana berasaskan konsep Work-Based Learning. Tempoh program Diploma ini adalah minimum 3 semester dan maksimum 6 semester. Pelajar dikehendaki menjalani latihan di syarikat selama 2 semester dalam bentuk teori dan praktikal atau secara WorkBased Learning dan selama 1 semester lagi di Kolej Komuniti.


Konsep Program Diploma Kolej Komuniti Program ini melibatkan kerjasama Sektor Pengurusan Kolej Komuniti (bersama Kolej-Kolej Komuniti) dan syarikat-syarikat berkaitan. Kerjasama ini merangkumi aspek pembangunan kurikulum dan pelaksanaan kurikulum (penyampaian pengajaran dan pembelajaran) secara kolaboratif di Kolej Komuniti dan juga di tempat kerja.


Konsep Pembelajaran Berasaskan Kerja Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Kerja (WBL) merupakan salah satu kaedah penyampaian pengajaran dan pembelajaran yang inovatif. Pendekatan ini melibatkan kerjasama antara Sektor Pengurusan Kolej Komuniti, Kolej-Kolej Komuniti dan syarikat-syarikat berkaitan. Kerjasama ini mengambil kira aspek-aspek penting yang terlibat dalam sesuatu sistem pendidikan iaitu pembangunan kurikulum, penyampaian pengajaran dan pembelajaran dan pentaksiran serta peperiksaan. Pendekatan ini memastikan supaya pengetahuan, kemahiran dan juga sikap yang positif dapat diterap ke dalam diri pelajar dengan lebih berkesan. Pendekatan ini adalah selaras dengan amalan peringkat antarabangsa sebagai contoh, Washington State University mendefinisikan WBL sebagai pengalaman pembelajaran di mana pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi di institusi dan di industri adalah berkaitan dengan apa yang diperlukan di alam kerja sebenar. WBL juga menekankan aktiviti-aktiviti dan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran untuk membantu pelajar-pelajar membangun dan memenuhi perancangan kerjaya dan pendidikan individu.


Program Sijil Kolej Komuniti Program ini memberi peluang kepada lulusan SPM atau SPMV menyambung pengajian mereka ke peringkat lebih tinggi. Konsep pembelajaran dan penilaian Kolej Komuniti adalah berbeza dengan kebanyakan IPT tempatan kerana memberikan lebih penekanan kepada praktikal (skill) berbanding teori semata-mata. Pengajian pada peringkat sijil mengambil masa sekurang-kurangnya selama 4 semester (2 tahun) termasuk 1 semester Latihan Industri.


Kelayakan masuk Warganegara Malaysia dan lulus peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV). Kelayakan lain yang setaraf boleh dipertimbangkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Calon-calon dari kalangan penduduk setempat akan diberi keutamaan. Untuk program Diploma, hanya lulusan dari Sijil Kolej Komuniti sahaja layak memohon.


Visi “Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan dalam bidang Teknologi, Bisnes dan Industri Perkhidmatan serta berazam melahirkan graduan yang berketrampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Misi “Mewujudkan peluang, membangunkan potensi dan mencapai kecemerlangan untuk pelajar lepasan menengah dan Komuniti setempat melalui pendidikan dan latihan” Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan dalam bidang teknologi, busines dan industri perkhidmatan serta berazam melahirkan graduan yang berketrampilan, berakhlak mulia dan bertanggungawab selari dengan falsafah pendidikan negara


Moto “Peneraju Komuniti Berilmu & Berkemahiran” Mewujudkan peluang membangunkan potensi dan mencapai kecemerlangan diri bagi pelajar lepas menengah dan masyarakat setempat melalui pendidikan dan latihan


1. KK SARIKEI CAWANGAN SIBU (KKSRCS) Sarawak 2. KOLEJ KOMUNITI KUCHING (KKKG) Sarawak 3. KOLEJ KOMUNITI MAS GADING (KKMG) Sarawak 4. KOLEJ KOMUNITI SANTUBONG (KKSANT) Sarawak 5. KOLEJ KOMUNITI BETONG (KKB) Sarawak 6. KOLEJ KOMUNITI MIRI (KKMS) Sarawak 7. KOLEJ KOMUNITI SARIKEI (KKSR) Sarawak 8. KOLEJ KOMUNITI TAWAU (KKTS) Sabah 9. KOLEJ KOMUNITI LAHAD DATU (KKLD) Sabah 10. KOLEJ KOMUNITI SEMPORNA (KKSSP) Sabah 11. KOLEJ KOMUNITI SANDAKAN (KKSDK) Sabah 12. KOLEJ KOMUNITI KOTA MARUDU (KKKMS) Sabah 13. KOLEJ KOMUNITI PENAMPANG (KKPPG) Sabah 14. KOLEJ KOMUNITI BEAUFORT (KKBS) Sabah 15. KOLEJ KOMUNITI TAMBUNAN (KKTBS) Sabah 16. KK KUALA TERENGGANU CAWANGAN HULU TERENGGANU (KKKTCHT) Terengganu 17. KK KUALA TERENGGANU CAWANGAN KUALA NERUS (KKKTCKN) Terengganu 18. KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU (KKKT) Terengganu 19. KOLEJ KOMUNITI KEMAMAN (KKKMM)Terengganu 20. KOLEJ KOMUNITI BESUT (KKBT) Terengganu 21. KK KUALA TERENGGANU CAWANGAN SETIU (KKKTCS) Terengganu 22. KK KUALA LANGAT CAWANGAN SEPANG (KKKLCS) Selangor 23. KOLEJ KOMUNITI SABAK BERNAM (KKSB) Selangor 24. KOLEJ KOMUNITI HULU LANGAT (KKHL) Selangor 25. KOLEJ KOMUNITI HULU SELANGOR (KKHS) Selangor 26. KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT (KKKL) Selangor 27. KOLEJ KOMUNITI SELAYANG (KKSY) Selangor 28. KOLEJ KOMUNITI TANJUNG KARANG (KKTK) Selangor 29. KOLEJ KOMUNITI KLANG (KKKLG) Selangor 30. KOLEJ KOMUNITI SHAH ALAM (KKSA) Selangor 31. KOLEJ KOMUNITI AMPANG (KKAS) Selangor 32. KOLEJ KOMUNITI KELANA JAYA (KKKJS) Selangor


33. KOLEJ KOMUNITI ARAU (KKAP) Perlis 34. KK ARAU CAWANGAN KANGAR (KKAPCK) Perlis 35. KK SUNGAI SIPUT CAWANGAN LENGGONG (KKSSCL) Perak 36. KOLEJ KOMUNITI TELUK INTAN (KKTI) Perak 37. KOLEJ KOMUNITI CHENDEROH (KKCP)Perak 38. KOLEJ KOMUNITI GERIK (KKGP) Perak 39. KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT (KKSS) Perak 40. KOLEJ KOMUNITI PASIR SALAK (KKPS) Perak 41. KOLEJ KOMUNITI BATU GAJAH (KKBG)Perak 42. KOLEJ KOMUNITI TAIPING (KKTPG) Perak 43. KOLEJ KOMUNITI MANJUNG (KKMP) Perak 44. KOLEJ KOMUNITI KUALA KANGSAR (KKKK) Perak 45. KOLEJ KOMUNITI TAPAH (KKT)Perak 46. KOLEJ KOMUNITI GOPENG (KKGPP) Perak 47. KOLEJ KOMUNITI BAGAN DATUK (KKBGD) Perak 48. KOLEJ KOMUNITI BAGAN SERAI (KKBSE) Perak 49. KOLEJ KOMUNITI BUKIT MERTAJAM (KKBM)Pulau Pinang


50. KOLEJ KOMUNITI KEPALA BATAS (KKKB) Pulau Pinang 51. KOLEJ KOMUNITI BAYAN BARU (KKBU) Pulau Pinang 52. KOLEJ KOMUNITI NIBONG TEBAL (KKNT) Pulau Pinang 53. KOLEJ KOMUNITI TASEK GELUGOR (KKTG) Pulau Pinang 54. KOLEJ KOMUNITI SEBERANG JAYA (KKSJ) Pulau Pinang 55. KOLEJ KOMUNITI KUANTAN (KKKUA) Pahang 56. KOLEJ KOMUNITI PAYA BESAR (KKPB) Pahang 57. KOLEJ KOMUNITI TEMERLOH (KKTM) Pahang 58. KOLEJ KOMUNITI ROMPIN (KKRP) Pahang 59. KOLEJ KOMUNITI BENTONG (KKBEN) Pahang 60. KOLEJ KOMUNITI JERANTUT (KKJP) Pahang 61. KOLEJ KOMUNITI PEKAN (KKPP) Pahang 62. KOLEJ KOMUNITI LIPIS (KKLP) Pahang 63. KOLEJ KOMUNITI BERA (KKBR)Pahang 64. KOLEJ KOMUNITI RAUB (KKR) Pahang 65. KK PAYA BESAR CAWANGAN MARAN (KKPBCM) Pahang 66. KOLEJ KOMUNITI JEMPOL (KKJNS)Negeri Sembilan


67. KOLEJ KOMUNITI JELEBU (KKJU) Negeri Sembilan 68. KOLEJ KOMUNITI REMBAU (KKRB) Negeri Sembilan 69. KOLEJ KOMUNITI TAMPIN (KKTNS) Negeri Sembilan 70. KOLEJ KOMUNITI KUALA PILAH (KKKP) Negeri Sembilan 71. KOLEJ KOMUNITI BUKIT BERUANG (KKBBM) Melaka 72. KOLEJ KOMUNITI JASIN (KKJS) Melaka 73. KOLEJ KOMUNITI MASJID TANAH (KKMT) Melaka 74. KOLEJ KOMUNITI SELANDAR (KKSL) Melaka 75. KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA (KKKM) Melaka 76. KOLEJ KOMUNITI TANGGA BATU (KKTB) Melaka 77. KK PASIR MAS CAWANGAN RANTAU PANJANG (KKPMCRP) Kelantan 78. KOLEJ KOMUNITI PASIR MAS (KKPM) Kelantan 79. KOLEJ KOMUNITI KOK LANAS (KKKLK) Kelantan 80. KOLEJ KOMUNITI JELI (KKJK) Kelantan 81. KK JELI CAWANGAN TANAH MERAH (KKJKCTM) Kelantan 82. KOLEJ KOMUNITI BANDAR DARULAMAN (KKBDA) Kedah 83. KOLEJ KOMUNITI SUNGAI PETANI (KKSP) Kedah


84. KOLEJ KOMUNITI KULIM (KKKU) Kedah 85. LANGKAWI TOURISM ACADEMY (LTA)@ KK LANGKAWI (LTA) Kedah 86. KOLEJ KOMUNITI PADANG TERAP (KKPT) Kedah 87. KOLEJ KOMUNITI BANDAR BAHARU (KKBB)Kedah 88. KOLEJ KOMUNITI JERAI (KKJ) Kedah 89. KOLEJ KOMUNITI BALING (KKBA) Kedah 90. KOLEJ KOMUNITI SIK (KKSK) Kedah 91. KK BANDAR DARULAMAN CAWANGAN JERLUN (KKBDACJ) Kedah 92. KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT (KKS) Johor 93. KOLEJ KOMUNITI LEDANG (KKLJ) Johor 94. KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR (KKBP) Johor 95. KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT 2 (KKS2) Johor 96. KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG (KKPG) Johor 97. KOLEJ KOMUNITI BATU PAHAT (KKBPJ) Johor 98. KOLEJ KOMUNITI TANJUNG PIAI (KKTP) Johor 99. KOLEJ KOMUNITI MUAR (KKMJ) Johor 100. KOLEJ KOMUNITI PAGOH (KKP) Johor


101. KOLEJ KOMUNITI BANDAR TENGGARA (KKBTJ) Johor 102. KOLEJ KOMUNITI KLUANG (KKKJ) Johor 103. KOLEJ KOMUNITI KOTA TINGGI (KKKTJ) Johor 104. KK BANDAR PENAWAR CAWANGAN GELANG PATAH (KKBPCGP) Johor


Click to View FlipBook Version