The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by AMIRUL EIZZAT MAT RAZALI, 2023-10-09 01:24:58

SEJARAH POLITEKNIK MALAYSIA

SEJARAH POLITEKNIK MALAYSIA

SEJARAH POLITEKNIK MALAYSIA EDITOR:AMIRUL EIZZAT PENULIS:AMIRUL EIZZAT


• Pendidikan di Politeknik mula diperkenalkan di Malaysia melalui penubuhan politeknik pertamanya, Politeknik Ungku Omar di Ipoh di bawah Pelan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1969. Pendidikan ini diperkukuhkan dengan perakuan Jawatankuasa Kabinet mengenai pendidikan pada tahun 1979 dan Pelan Induk Perindustrian Kebangsaan Pertama (1985-1995). • Kesemua perancangan termasuk perakuan Jawatankuasa Kabinet mengenai latihan (1991), telah membolehkan penubuhan lebih banyak politeknik serta menambah program pengajian bagi memenuhi keperluan pekerja separa professional dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan perkhidmatan. • Jemaah Menteri pada 26 Mac 2010 telah menimbang Memorandum Pengajian Tinggi (No. 198/2685/2010) dan bersetuju supaya ditubuhkan empat buah Politeknik METrO dalam RMKe-9 dan enam buah dalam RMKe-10.


• VISI • Menjadi institusi TVET premier yang diterajui industri • MISI • Menyediakan akses kepada program TVET yang berkualiti dan diiktiraf • Membangunkan kurikulum yang dipimpin industri dan meningkatkan kesediaan graduan melalui penglibatan industri yang diselaraskan • Menghasilkan graduan yang seimbang dan berdaya keusahawanan melalui program pengajian yang dinamik dan mampan • Mendapat pengiktirafan antarabangsa melalui kerjasama dan penyertaan aktif dalam komuniti TVET


• OBJEKTIF PENUBUHAN • 1. Melonjakkan Politeknik sebagai institusi peneraju TVET dalam bidang latihan teknikal pada peringkat diploma dan ke atas; • 2. Mengukuhkan kerelevanan dan responsive program pengajian di Politeknik terhadap kehendak pembangunan ekonomi Negara; • 3. Menerajui bidang tujahan dan teknologi tertentu bagi menghasilkan graduat berkualiti yang berdaya usahawan (enterprising), dan berkebolehpasaran tinggi dan berdaya saing; • 4. Membina reputasi dan jenama baru yang mampu meletakkan Politeknik antara institusi pengajian terbaik Negara; dan • 5. Mempelbagai dan meluaskan penawaran program yang mampu menarik pelajar ke Politeknik.


• TRANSFORMASI POLITEKNIK • Bagi mengukuhkan peranan Politeknik dalam bidang pendidikan dan latihan, Jemaah Menteri pada 20 November 2009 telah menimbang Memorandum Pengajian Tinggi (No. 871/2670/2009) dan bersetuju dengan Hala Tuju Transformasi Politeknik dengan objektif yang berikut: • Melonjakkan politeknik sebagai institusi peneraju dalam bidang TVET; • Mengukuhkan kerelevanan dan keresponsifan program pengajian di politeknik agar selari dengan kehendak pembangunan ekonomi negara; • Menerajui bidang tujahan dan teknologi tertentu bagi menghasilkan siswazah berkualiti yang berdaya usahawan, berkebolehpasaran tinggi dan berdaya saing; • Membina reputasi dan jenama yang mampu meletakkan politeknik antara institusi pengajian tinggi negara yang terbaik; dan • Mempelbagai dan meluaskan penawaran program yang mampu menarik minat pelajar.


• Hala Tuju Transformasi Politeknik ini dilancarkan pada 25 Februari 2010 oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merupakan permulaan usaha bagi membina upaya baharu politeknik untuk melestarikan pembangunan modal insan. Empat teras Hala Tuju Transformasi Politeknik yang dipersetujui pihak Jemaah Menteri adalah seperti berikut: • Pemerkasaan politeknik ke arah menjadi pilihan yang setanding dengan universiti; • Pembangunan program pengajian dan penyelidikan dalam bidang tujahan yang bertunjangkan kekuatan di setiap politeknik; • Pemerkasaan warga politeknik dengan pengetahuan dan ketrampilan peringkat tinggi; • Pembinaan imej dan budaya kerja cemerlang.


• Bagi merealisasi agenda negara, Transformasi Politeknik mendukung Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara, Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi melalui inisiatif yang dilakukan mengikut 4 fasa yang berikut: • Fasa I: Quick Wins dan Transformasi Keinstitusian • Fasa II: Peningkatan ke arah Kecemerlangan • Fasa III: Pemerkasaan • Fasa IV: Kecemerlangan


• Setiap fasa mempunyai kerangka berpandukan hasil yang diharapkan dan dikenalpasti. Justeru itu, hasil yang ingin dicapai adalah seperti berikut: • Politeknik sebagai institusi pilihan; • Siswazah yang mempunyai kebolehdayaan diambil bekerja serta berdaya keusahawanan; dan • Persepsi positif terhadap politeknik.


• Senarai Politeknik Malaysia (Premier, Konvensional & Metro) • Politeknik Ungku Omar (PUO), Ipoh, Perak • Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Kuantan, Pahang • Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS), Jitra, Kedah • Politeknik Kota Bharu (PKB), Kota Bharu, Kelantan • Politeknik Kuching Sarawak (PKS), Kuching, Sarawak • Politeknik Port Dickson (PPD), Port Dickson, Negeri Sembilan • Politeknik Kota Kinabalu (PKK), Kota Kinabalu, Sabah • Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Shah Alam, Selangor • Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Pasir Gudang, Johor • Politeknik Seberang Perai (PSP), Permatang Pauh, Pulau Pinang • Politeknik Melaka (PMK), Balai Panjang, Melaka • Politeknik Kuala Terengganu (PKT), Kuala Terengganu, Terengganu • Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), Dungun, Terengganu • Politeknik Merlimau (PMM), Merlimau, Melaka • Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), Behrang, Perak • Politeknik Muadzam Shah (PMS), Bandar Muadzam Shah, Pahang • Politeknik Mukah Sarawak (PMU), Mukah, Sarawak


• Politeknik Balik Pulau (PBU), Balik Pulau, Pulau Pinang • Politeknik Jeli (PJK), Jeli, Kelantan • Politeknik Nilai (PNS), Bandar Enstek, Negeri Sembilan • Politeknik Banting (PBS), Banting, Selangor • Politeknik Mersing (PMJ), Mersing, Johor • Politeknik Hulu Terengganu (PHT), Hulu Terengganu, Terengganu • Politeknik Sandakan (PSS), Sandakan, Sabah • Politeknik Metro Kuala Lumpur (PMKL), Kuala Lumpur • Politeknik Metro Kuantan (PMKU), Kuantan, Pahang • Politeknik Metro Johor Bahru (PMJB), Johor Bahru, Johor • Politeknik Metro Betong (PMBS), Betong, Sarawak • Politeknik Metro Tasek Gelugor (PMTG), Tasek Gelugor, Pulau Pinang • Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail (PTSN), Pagoh, Johor • Politeknik Besut (PBT), Besut, Terengganu • Politeknik Bagan Datuk (PBD), Bagan Datuk, Perak • Politeknik Tawau (PTS), Tawau, Sabah


Click to View FlipBook Version