CETAKAN PERTAMA 2023 CETAKAN KEDUA 2024 ©Hakcipta Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Rantau Panjang Kapar 2023 ©Hakcipta terpelihara, tiada mana-mana bahagian daripada buku ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukar kepada apa-apa bentuk dengan sebarang cara sekalipun tanpa izin bertulis daripada penerbit. Diterbitkan oleh : SRITI AS-SYAFIE Lot 1295, Bangunan Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam Rantau Panjang Kapar, Jalan Shahpadu Kampung Rantau Panjang, 42100 Klang, Selangor Tel : 011-5645 7851
ISI KANDUNGAN KANDUNGAN M/S RUKUN NEGARA 1 FALSAFAH PENDIDIKAN 2 VISI, MISI & OBJEKTIF SRITI 3 LOGO SRITI 4 LAGU RASMI SRITI 5 IKRAR MURID 6 MATLAMAT PERATURAN SEKOLAH & LENCANA 7-8 GARIS PANDUAN PERATURAN SEKOLAH 1.0 MASA PERSEKOLAHAN 9 2.0 PERHIMPUNAN KHAS/HARIAN 3.0 ETIKA PAKAIAN 9-11 4.0 KEDATANGAN 12 5.0 UJIAN DAN PEPERIKSAAN 13 6.0 KEBERSIHAN DAN KECERIAAN SEKOLAH 14-15 7.0 KAWASAN LARANGAN 8.0 KANTIN 9.0 TATATERTIB DAN KESOPANAN 10.0 TATATERTIB DAN DISIPLIN DI BILIK DARJAH 16 11.0 DEWAN SOLAT/KELAS/TEMPAT MAKAN 17-19 12.0 HUBUNGAN LELAKI DAN PEREMPUAN 13.0 KOKURIKULUM 14.0 KESELAMATAN MURID 15.0 PERTUKARAN SEKOLAH 16.0 YURAN 19-20 17.0 LAWATAN DAN PELAWAT 18.0 SURAU 19.0 HAL-HAL LAIN 20.0 SALAHLAKU DAN TINDAKAN TATATERTIB 21-24 21.0 BARANG LARANGAN 22.0 TINDAKAN TATATERTIB 23.0 PERATURAN LAIN ATAU BARU 25 24.0 SISTEM MERIT DAN DEMERIT 26-31 25.0 PENUTUP
1
2 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan har monis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM Suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Qur'an dan As-sunnah bagi menjadi hamba Allah yang bertanggungjawab untuk kebaikan dunia dan akhirat. FALSAFAH PENDIDIKAN SRITI “Suatu usaha berterusan ke arah perkembangan ilmu dan kemahiran individu secara holistik dan inovatif. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan insan Rabbani dan khalifah Allah yang seimbang dari segi rohani dan jasmani serta mampu mentadbir manusia dan alam ke arah kegemilangan dunia dan akhirat berpaksikan Al-Quran dan As-Sunnah." - Sektor Pembangunan Akademik (2017)
3 VISI Melahirkan generasi soleh pintar rabbani dan melahirkan insan rabbani dan murabbi. MISI Memberikan pendidikan peringkat rendah berasas kurikulum integrasi meliputi tahfiz, fardhu ain dan fardhu kifayah melalui persekitaran yang kondusif. OBJEKTIF SEKOLAH • Menawarkan pakej pendidikan berteraskan Islam kepada anak-anak rakyat Malaysia. • Menyediakan pendidikan bersepadu sebagai kesinambungan daripada institusi prasekolah PASTI. • Mendidik generasi Islam bagi melahirkan insan yang beriman, berakhlak dan berilmu serta memahami Islam agama yang lengkap dan syumul. • Melahirkan generasi muda Islam sebagai petugas dan pemimpin umat Islam pada masa akan datang.
4 LOGO SRITI Melambangkan pendidikan yang universal dan mendepani cabaran dunia global. Singkatan bagi Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam Melambangkan sumber ilmu dan rujukan utama Melambangkan proses pengajaran dan pembelajaran yang interaktif antara murid, guru dan ibu bapa Warna Putih : Melambangkan kesucian, fitrah insan yang bersifat universal Warna hijau : Melambangkan penyuburan nilai-nilai Islam. Iman dan Ihsan
5 LAGU SRITI CEMERLANG SRITI cemerlang Islam gemilang Insan soleh pintar itulah harapan SRITI cemerlang Islam gemilang Ummah Rabbani itulah idaman Taati Allah di mana jua Amalan soleh sepanjang masa Ilmu digali sematlah di dada Tekad Murabbi daulatkan agama Quran dan Sunnah teras pegangan Pedoman kami sepanjang zaman Akhlak mulia jadikan amalan Membimbing ummah tuju kejayaan Allahu Rabbuna Ar-Rasul Imamuna Al-Quranu Dusturuna Al-Jihadu Sabiluna SRITI cemerlang Islam gemilang Insan soleh pintar itulah harapan SRITI cemerlang Islam gemilang Ummah Rabbani itulah idaman Lirik : SRITI Malaysia
6 IKRAR MURID Kami murid-murid SRITI, Dengan ini berikrar bahawa kami akan, Mentaati Allah sepanjang masa Mengamalkan ajaran Rasulullah dimana jua Mentaati dan berbakti kepada ibu bapa Menghormati guru, rakan, dan jiran tetangga Berakhlak dan berpekerti mulia Menuntut ilmu dan gigih berusaha Kami bersungguh-sungguh ingin menjadi Generasi soleh, pintar, rabbani dan murabbi.
7 MATLAMAT PERATURAN SEKOLAH • Untuk melahirkan individu yang beriman dan bertaqwa serta mengabdikan diri kepada Allah SWT. • Untuk melahirkan individu yang berdisiplin dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri serta menjadikan murid berakhlak mulia dalam segenap kehidupan • Untuk mengelakkan murid daripada terus terjebak dengan perkara-perkara yang negatif yang mampu merosakkan diri. • Untuk mewujudkan suasana persekolahan yang kondusif, harmoni dan selesa dalam konteks proses PdPc (Pembelajaran dan Pemudahcaraan) di sekolah. LENCANA SEKOLAH
8 GARIS PANDUAN PERATURAN SEKOLAH Objektif: a. Melicinkan perjalanan pentadbiran sekolah. b. Melicinkan proses pembelajaran murid-murid. c. Membantu menanam semangat cinta pada Allah,Rasul dan negara. d. Menghormati guru-guru dan rakan-rakan. e. Membentuk insan yang soleh, pintar, rabbani dan murabbi. f. Mencapai matlamat persekolahan yang tertinggi di kalangan murid-murid dalam bidang akademik dan kokurikukum. PENGUATKUASAAN DISIPLIN a. Guru Besar b. Jawatan kuasa disiplin dan kaunseling c. Guru-guru d. Pengawas-pengawas sekolah
9 1.0 MASA PERSEKOLAHAN Isnin hingga Jumaat : 8.00 pagi - 5.00 petang 2.0 PERHIMPUNAN KHAS/HARIAN 2.1 Semua murid diwajibkan hadir. 2.2 Semua murid mesti berbaris mengikut kelas masing-masing. 2.3 Semua murid mesti berpakaian lengkap dan kemas. 2.4 Selepas perhimpunan semua murid mesti beredar ke kelas masing-masing dengan teratur dan senyap. 3.0 ΕΤΙΚΑ PAKAIAN Semua murid wajib memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap, kemas, berlencana dan bertanda nama bermula sesi persekolahan sehingga pulang ke rumah Pakaian tersebut perlu dipakai pada hari-hari persekolahan, menghadiri upacara rasmi sekolah dan lawatan rasmi sekolah. JADUAL PEMAKAIAN BAJU SERAGAM SRITI PAKAIAN HARI ISNIN UNIFORM SEKOLAH SELASA UNIFORM SEKOLAH RABU BAJU KOKURIKULUM KHAMIS UNIFORM SEKOLAH JUMAAT JUBAH SEKOLAH 3.1 PAKAIAN SERAGAM MURID LELAKI 3.1.1 SELUAR Seluar bagi murid-murid lelaki ialah seluar panjang berwarna hitam. 3.1.2 BAJU KEMEJA Baju kemeja adalah berlengan pendek dan berwarna cream. Baju tidak boleh dikeluarkan sepanjang masa sama ada di dalam atau di laur sekolah.
10 3.1.3 KASUT DAN STOKING Kasut kanvas berwarna hitam dan stoking berwarna hitam. 3.1.4 KOPIAH Kopiah berlogo SRITI. 3.1.5 RAMBUT Murid lelaki sama sekali tidak dibenarkan berambut panjang. Murid lelaki mestilah menjaga rambut supaya sentiasa pendek, kemas dan tidak berfesyen. SYARAT-SYARAT UKURAN DAN POTONGAN RAMBUT Di belakang Rambut tidak melebihi garis di bawah cuping dua telinga. Rambut tidak menutup garis dahi Di depan Rambut tidak menutup garis dahi Di sebelah Rambut tidak menyentuh telinga dan sideburn tidak melebihi garis tengah hidung Di atas Rambut tidak melebihi 4 cm 3.2 PAKAIAN SERAGAM MURID PEREMPUAN 3.2.1 BAJU KURUNG DAN KAIN SARUNG Murid perempuan diwajibkan memakai baju kurung berwarna kuning cair dan berjalur merah dan kain sarung berwarna hitam. 3.2.2 TUDUNG Semua murid perempuan diwajibkan memakai tudung sekolah berwarna kuning cair pada setiap hari. Labuh tudung perlu berukuran melebihi siku murid yang memakainya. Tudung ini juga perlu ada lencana sekolah dan tanda nama murid. Pemakaian purdah oleh murid perempuan adalah dibenarkan melainkan di dalam bilik darjah, dewan peperiksaan dan dalam keadaan yang tertentu. 3.2.3 KASUT DAN STOKING Kasut kanvas berwarna hitam dan stoking berwarna hitam.
11 3.3 JUBAH RASMI SRITI Semua murid dikehendaki untuk memakai jubah berwama merah hati pada setiap hari Jumaat. 3.4 PAKAIAN SUKAN KO-KURIKULUM / PENDIDIKAN JASMANI 3.4.1 Semua murid mesti memakai “T-shirt" sekolah dan seluar panjang (Track Bottom) berwana hitam atau biru kehitaman. Murid perempuan tidak dibenarkan memakai t-shit pendek atau seluar yang pendek. 3.4.2 Murid perempuan perlu memakai tudung dan anak tudung berwarna hitam 3.4.3 Kasut kanvas hitam atau kasut sukan yang bersesuaian dan stoking berwama hitam 3.5 PAKAIAN SERAGAM PENGAWAS Pakaian Pengawas Lelaki dan perempuan adalah baju uniform sekolah beserta vest pengawas berwarna maroon. 3.6 KUKU Murid dilarang mewarnakan dan menginai kuku. Murid dilarang menyimpan kuku panjang. 3.7 BARANG-BARANG KEMAS Murid perempuan dilarang memakai barangan kemas seperti gelang, rantai leher, anting-anting, subang yang besar, cincin dan sebarang aksesori yang dilarang. 3.8 ALAT-ALAT SOLEK Murid-murid dilarang memakai sebarang alat solek (make-up, walaupun nipis).
12 4.0 KEDATANGAN 4.1 Semua diwajibkan hadir tepat pada waktunya : 4.1.1 Pada semua hari persekolahan. 4.1.2 Kelas-kelas bimbingan tambahan dan pemulihan. 4.1.3 Aktiviti kokurikulum. 4.1.4 Setiap murid adalah diwajibkan mematuhi arahan untuk hadir dan menyertai apa Jua kegiatan yang djalankan oleh pihak sekolah. 4.2 Murid tidak dibenarkan hadir lewat ke dalam kawasan sekolah melebihi jam 8.00 pagi. 4.2.1 Murid yang lewat sampai ke sekolah hendaklah melaporkan diri kepada pengawas bertugas di pintu masuk atau kepada guru bertugas sebelum masuk ke kelas. 4.2.2 Murid yang lewat hadir ke sekolah tanpa alasan yang munasabah boleh dikenakan denda oleh pengawas atau guru disiplin. 4.3 Murid yang tidak hadir mesti mengemukakan surat akuan doktor atau keterangan daripada ibu bapa/penjaga. Tanpa maklumat tersebut, murid dianggap ponteng. 4.4 Ibu bapa/penjaga perlu memaklumkan secara bertulis jika murid tidak hadir dan akan diminta memberi penjelasan. Sekiranya tiada surat dikemukakan, tindakan-tindakan berikut akan diambil 4.4.1 Tidak hadir tiga hari dalam tempoh sebulan akan dikeluarkan surat amaran pertama 4.4.2 Tidak hadir tujuh hari dalam tempoh sebulan seterusnya, surat amaran kedua akan dikeluarkan 4.4.3 Tidak hadir tujuh hari seterusnya, surat tindakan memotong nama murid berkenaan dihantar kepada ibubapa/ penjaga. Salinannya di hantar kepada Bahagian Pendaftaran Sekolah-Sekolah Negeri Selangor. Bahagian Hal Ehwal Murid dan Jabatan Agama Islam Selangor. 4.5. Dalam masa persekolahan, murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran Guru Besar, Guru-guru Penolong Kanan, Guru-guru bertugas. 4.6 Murid yang balik pada waktu persekolahan atau diambil oleh ibu bapa penjaga diwajibkan mengisi borang kebenaran keluar sekolah. Murid pulang awal tanpa alasan yang munasabah tidak akan dibenarkan pulang.
13 4.7 Murid yang kerap tidak hadir ke sekolah (dengan sengaja atau tanpa alasan yang munasabah boleh diambil tindakan disiplin. Dalam hal-hal tertentu ibu bapa penjaga boleh secara rasmi atau bertulis meminta kebenaran daripada Guru Besar. 5.0 UJIAN DAN PEPERIKSAAN 5.1 Murid hendaklah mematuhi peraturan-peraturan peperiksaan sekolah 5.2 Kehadiran dalam semua ujian peperiksaan adalah wajib. 5.3 Murid hendaklah menjawab semua soalan peperiksaan dengan serius dan tekun. 5.4 Murid tidak dibenarkan membuat bising, meminjam alat-alat daripada kawan atau tidur semasa peperiksaan. 5.5 Murid yang mempersendakan peperiksaan dalam apa bentuk sekalipun akan dikenakan tindakan disiplin. 5.6 Murid hendaklah menjauhkan diri daripada sebarang penyelewengan atau ketidakjujuran sewaktu peperiksaan berlangsung. 5.7 Murid dilarang meniru atau berbincang semasa peperiksaan sedang berlangsung. 5.8 Memalsukan tandatangan atau markah dalam Buku Rekod Perkembangan dan Pencapaian Murid adalah kesalahan serius 5.9 Buku Rekod Perkembangan dan Pencapaian Murid harus disemak dan ditandatangani oleh ibu bapa atau penjaga 5.10 Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah walaupun waktu peperiksaan berakhir lebih awal dari waktu persekolahan kecuali dengan kebenaran guru.
14 6.0 KEBERSIHAN DAN KECERIAAN SEKOLAH 6.1 Bilik Darjah 6.1.1 Tanggungjawab semua murid untuk menjaga kebersihan bilik darjah. 6.1.2 Setiap kelas mesti mempunyai sudut pembelajaran dan menghias kelas dengan bahan-bahan akademik. 6.1.3 Sebelum meninggalkan kelas, kerusi dan meja mesti disusun dengan teratur. Lampu dan kipas hendaklah ditutup suisnya. 6.1.4 Semua murid tidak dibenarkan memindahkan kerusi meja perabot antara kelas. 6.1.5 Sampah hendaklah dibuang sebelum murid pulang ke rumah. 6.1.6 Murid tidak dibenarkan merosakkan atau menghilangkan harta sekolah dan bilik darjah. 6.1.7 Para murid di dalam sebuah kelas bertanggungjawab tentang kesempurnaan bilik darjah dari segi lantai, siling, dinding, tingkap, lampu, kerusi, meja dan sebagainya. Bilik darjah hendaklah sentiasa dalam keadaan bersih, kemas dan ceria. 6.2 Kawasan sekolah 6.2.1 Semua murid mesti menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah 6.2.2 Sampah yang dijumpai hendaklah dipungut dan dimasukkan ke dalam tong sampah yang disediakan. 6.2.3 Semua murid dilarang meludah di merata-rata tempat. 6.2.4 Semua murid dilarang menconteng dinding dengan sebarang bahan. 6.2.5 Semua murid dilarang mengotori kawasan sekolah. 6.2.6 Semua murid dilarang merosakkan harta benda sekolah. 6.3 Tandas Sekolah 6.3.1 Semua murid mesti menggunakan tandas dengan betul, menjaga kebersihan serta dilarang membuang sebarang sampah ke dalam lubang tandas. 6.3.2 Semua murid dilarang menconteng pintu. dinding atau peralatan yang berada di dalam tandas dengan sebarang bahan
15 6.3.3 Semua murid hendaklah berjimat ketika menggunakan air dan menutup pili air setelah digunakan. 6.4 Harta benda sekolah 6.4.1 Adalah menjadi tanggungjawab semua murid menjaga harta benda sekolah yang terdapat di dalam kelas, tandas, bengkel. kantin, pusat sumber dan di mana-mana sahaja dalam kawasan sekolah. 6.4.2 Sebarang kerosakan hendaklah dilaporkan dengan segera kepada guru. 6.4.3 Kerosakan dan kecacatan yang dilakukan oleh murid hendaklah diganti oleh murid sendiri. 6.4.4 Semua bentuk harta benda yang dipinjam hendaklah dipulangkan atau diletakkan ke tempat asalnya dalam keadaan yang baik. 7.0 KAWASAN LARANGAN 7.1 Kawasan - kawasan berikut adalah kawasan larangan : Bilik guru, pejabat, tandas guru, meja guru, stor, kedai berhampiran, tempat letak motosikal dan kereta serta bengkel. 8.0 KANTIN 8.1 Setiap murid mesti berada di kantin sekolah semasa rehat. 8.2 Semua murid diwajibkan berbaris semasa hendak mengambil makanan. 8.3 Sisa makanan yang jatuh di lantai perlu dikutip dan dibuang ke dalam tong sampah. 9.0 TATATERTIB DAN KESOPANAN 9.1 Setiap murid wajib mengenal semua guru dan kakitangan sekolah. 9.2 Setiap murid wajib menghormati guru-guru/ kakitangan sekolah/pelawat dan sesama murid. 9.3 Ucapan salam hendaklah diberikan apabila berjumpa sesama murid-murid, guru-guru, kakitangan dan pelawat.
16 9.4 Semua murid mestilah menunjukkan sikap dan tingkahlaku yang baik dan sopan sepanjang persekolahan dan menjaga nama baik sekolah. 9.5 Semua murid mesti menjaga tutur kata dan budi bahasa yang baik dengan sesiapa sahaja. 9.6 Murid-murid hendaklah sentiasa mengamalkan ajaran Islam, nilai-nilai baik yang dipelajari apabila berada di luar kawasan sekolah. 9.7 Sentiasa menjaga nama baik murid, ibu bapa dan penjaga, guru, sekolah, agama, bangsa dan negara apabila berada di luar kawasan sekolah. 10.0 TATATERTIB DAN DISIPLIN DI BILIK DARJAH 10.1 Setiap murid hendaklah bangun ketika guru besar, guru atau pelawat rasmi masuk/keluar kelas. 10.2 Bilik darjah hendaklah dibersihkan sebelum pembelajaran dimulakan (waktu pertama) dan sebelum balik. Ketua kelas dikehendaki memastikan kebersihan kelas pada setiap masa. 10.3 Semasa ketiadaan guru, ketua dan penolong kelas atau pengawas wajib bertanggungjawab menjaga ketenteraman kelas dan jika ada masalah hendaklah dirujuk kepada guru kelas. 10.4 Murid-murid dilarang keras : a. Menconteng meja, kerusi, dinding, dan semua alatan bilik darjah. b. Berbual-bual dan membuat bising serta merayau-rayau. c. Menggunakan meja atau kerusi tanpa kebenaran serta duduk di atas meja. d. Meninggalkan kelas tanpa kebenaran. e. Menggunakan kerusi dengan dua kaki. f. Mengganggu ketenteraman sepanjang proses pembelajaran. g. Bersikap kasar dan tidak berakhlak mulia terhadap guru. h. Bersikap kasar dan tidak berakhlak mulia terhadap rakan. i. Murid-murid tidak boleh terkecuali dari mana-mana waktu pengajaran dan pembelajaran kecuali dengan alasan yang munasabah.
17 10.5 Kedudukan kerusi meja hendaklah sentiasa tersusun. 10.6 Papan putih hendaklah sentiasa bersih dan papan kenyataan hendaklah dihiaskan dengan bahan- bahan yang berkaitan pelajaran. 10.7 Semua murid hendaklah memastikan semua lampu dan alatan elektrik ditutup (jika tidak digunakan sebelum meninggalkan kelas). 10.8 Murid-murid yang hendak meninggalkan kelas mestilah terlebih dahulu mendapatkan kad kebenaran keluar dari guru atau ketua kelas/ penolong ketua kelas. 10.9 Semasa ketiadaan guru dalam bilik darjah, ketua kelas, penolong dan pengawas kelas berkenaan bertanggungjawab menjaga ketenteraman bilik darjah dan hendaklah mencari guru yang sepatutnya mengajar pada waktu tersebut. 10.10 Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kelas semasa pertukaran waktu umpamanya ke tandas atau lainnya. Setiap ketua dan penolong kelas bertanggungjawab mengawal kelas sehingga guru tiba untuk mengajar. 10.11 Murid-murid tidak dibenarkan belajar atau menggunakan kelas lain diluar waktu sekolah tanpa kebenaran guru besar. 10.12 Murid di dalam sesebuah kelas bertanggungjawab akan keselamatan harta benda sekolah di dalam bilik darjah masing-masing. Sebarang kerosakan yang disebabkan oleh murid samada disengajakan atau tidak, murid kelas berkenaan wajib bertaggungjawab. 11.0 DEWAN SOLAT / KELAS / TEMPAT MAKAN 11.1 Para murid hendaklah beratur dan berjalan dalam keadaan tenang ketika ke dewan solat, tempat makan dan sebagainya. Tidak dibenarkan singgah dimana-mana ketika dalam perjalanan itu.
18 11.2 Murid adalah bertanggungjawab akan keselamatan harta benda sekolah di dewan solat, tempat makan dan kelas. Sebarang kerosakan yang disebabkan oleh murid samada disengajakan atau tidak, murid kelas berkenaan wajib bertaggungjawab. 11.3 Murid wajib memastikan kantin/dewan makan sentiasa berada dalam keadaan bersih sebelum dan selepas digunakan. 11.4 Murid yang ingkar dalam mengikuti peraturan dan tidak menjaga kebersihan sekitar kawasan kantin/ dewan makan akan dikenakan tindakan disiplin. 12.0 HUBUNGAN LELAKI DAN PEREMPUAN 12.1 Murid-murid dilarang keras mengadakan perjumpaan antara lelaki dan perempuan yang boleh menimbulkan keraguan di dalam atau di luar sekolah. 12.2 Murid-murid dilarang menulis surat cinta kepada rakan lain. 13.0 KOKURIKULUM Semua murid Tahap 2 diwajibkan mengambil bahagian dalam 3 aktiviti kokurikulum berikut:- a) Kelab/persatuan akademik. b) Pasukan beruniform/pakaian seragam. c) Sukan/permainan. 13.1 Kedatangan adalah wajib dan setiap murid dikehendaki hadir dan menyertai kegiatan yang diambil. 13.2 Murid-murid mestilah memakai pakaian mengikut aktiviti yang disertai iaitu pakaian unit beruniform/pakaian sekolah/pakaian sukan. 13.3 Semua murid tidak dibenarkan menjalankan kegiatan tanpa guru penasihat. 13.4 Murid-murid adalah DILARANG KERAS memasuki sebarang pertubuhan haram atau kongsi gelap.
19 14.0 KESELAMATAN MURID 14.1 Keselamatan diri adalah tanggungjawab sendiri. 14.2 Murid mestilah sentiasa menjaga keselamatan diri semasa menjalankan aktiviti persatuan/kelab dan aktiviti di dalam bilik darjah/bengkel. 14.3 Kemalangan akibat kelalaian sendiri bukan tanggungjawab sekolah. 15.0 PERTUKARAN SEKOLAH 15.1 Hanya dengan kebenaran/kehendak ibu bapa atau penjaga. 15.2 Sekiranya murid dari kelas peperiksaan (UPSR), ibu bapa hendaklah memastikan pertukaran Pusat Peperiksaan telah dibuat. 16.0 YURAN 16.1 PEMBAYARAN YURAN 16.1.1 Yuran sekolah dan tempoh masa adalah seperti yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan sekolah. 16.1.2 Tempoh bayaran yuran adalah sebelum atau pada 26 hari bulan bagi setiap bulan. 16.1.3 Ibu bapa perlu membuat pembayaran melalui portal ASIS (bayaran secara online) sahaja. Sebarang pembayaran secara tunai dan transfer ke akaun sekolah tidak akan diterima. 16.1.4 Resit akan dihantar secara auto ke emel ibu bapa/penjaga setelah pembayaran dibuat . 16.1.5 Sebarang ketetapan tertakluk kepada surat akur janji yang telah di tandatangani oleh ibubapa/penjaga. 16.2 TINDAKAN/HUKUMAN YURAN TERTUGGAK 16.2.1 Murid yang mempunyai sebulan tunggakan akan mendapat surat amaran. 16.2.2 Selepas bulan kedua jika yuran masih tertunggak, murid akan digantung persekolahan dengan serta-merta. 16.2.3 Murid yang mempunyai tunggakan selama 3 bulan berturut-turut akan mendapat surat dari pihak sekolah untuk menarik semula tawaran bersekolah di Sriti As-Syafie, Kapar.
20 17.0 LAWATAN DAN PELAWAT 17.1 Sesuatu lawatan keluar kawasan sekolah yang mengandungi lebih daripada lima orang dianggap sebagai satu rombongan. Semua rombongan sekolah hendaklah mendapat kebenaran daripada Guru Besar. 17.2 Pelawat atau orang luar tidak dibenarkan berjumpa dengan murid kecuali setelah mendapat kebenaran daripada Guru Besar atau guru-guru yang telah dipertugaskan. 17.3 Murid-murid tidak dibenarkan membawa orang luar ke kawasan bilik darjah atau ke dalam bilik darjah. 17.4 Jika pelawat atau ibubapa/penjaga yang datang berhajat membawa keluar murid berkenaan kerana sesuatu sebab darurat, maka perlu mendapatkan kebenaran daripada Guru Besar terlebih dahulu. 18.0 SURAU/DEWAN SOLAT 18.1 Surau adalah tempat ibadah, majlis ilmu, latihan amali solat serta pembelajaran dan pengajaran yang berkaitan. 18.2 Murid-murid dikehendaki senyap, menjaga tertib dan kebersihan semasa di surau. 18.3 Semua aktiviti, amali solat serta pembelajaran dan pengajaran di surau mestilah di bawah pengawasan guru. 18.4 Semua suis kipas, lampu, tingkap dan pintu hendaklah ditutup sebelum meninggalkan surau. 18.5 Murid-murid dilarang membawa makanan dan minuman serta makan di dalam atau di kawasan surau. 18.6 Murid-murid hendaklah menanggalkan dan menyusun kasut di tempat yang disediakan. 18.7 Tempat wuduk hendaklah sentiasa bersih. 19.0 HAL-HAL LAIN 19.1 Semua murid tidak dibenarkan membawa sebarang bentuk alat permainan ke sekolah. 19.2 Semua murid dilarang membawa/menggunakan benda-benda tajam di kawasan sekolah. 19.3 Harta benda sekolah ialah segala benda kepunyaan sekolah. Jika sesuatu harta benda dirosakkan sama ada sengaja/tidak sengaja, murid yang terlibat akan dikenakan hukuman setimpal/membayar ganti rugi.
21 20.0 SALAHLAKU DAN TATATERTIB 20.1 SENARAI SALAHLAKU YANG RINGAN DI PERINGKAT SEKOLAH 20.1.1 Tidak berpakaian kemas 20.1.2 Berkuku panjang 20.1.3 Rambut panjang/bergaya 20.1.4 Tiada lencana/tanda nama 20.1.5 Tidak bawa buku ke sekolah. 20.1.6 Lewat hadir ke sekolah 20.1.7 Bermain dalam bilik darjah/koridor/kawasan yang dilarang. 20.1.8 Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran Guru Besar, atau Guru-guru Penolong Kanan atau guru yang bertugas di dalam bilik darjah pada ketika itu. 20.1.9 Memakai barang kemas atau perhiasan alat solek kecuali jam. 20.1.10 Melakukan pembaziran air atau elektrik. 20.1.11 Tidak memakai pakaian sekolah yang lengkap. 20.1.12 Semua kesalahan yang bersabit dengan pembelajaran (tidak membawa buku, tidak membuat kerja rumah, tidak memberi perhatian dan lain-lain). 20.1.13 Lewat ke sekolah. 20.1.14 Bising dalam kelas sehingga menganggu kelas lain. 20.1.15 Tidak membuat tugasan yang diarahkan. 20.1.16 Mengganggu kawan. 20.1.17 Mengganggu guru. 20.1.18 Lewat masuk kelas. 20.1.19 Mengotorkan kelas. 20.1.20 Berada dalam kawasan larangan.
22 20.1.21 Berada di kawasan yang tersembunyi pada sebarang waktu. 20.1.22 Membuang sampah merata-rata. 20.1.23 Meludah atau membuang barang-barang dari atas bangunan. 20.1.24 Menjalankan perniagaan sendiri atau menjadi agen perniagaan tanpa kebenaran pihak sekolah. 20.1.25 Memakai cermin mata berfesyen. 20.1.26 Membawa telefon bimbit dan MP3 atau apa-apa alat elektronik. 20.1.27 Kesalahan lain yang ditentukan oleh Guru Besar. 20.2 SENARAI SALAHLAKU YANG SEDERHANA DI PERINGKAT SEKOLAH 20.2.1 Tidak hadir ke sekolah berturut-turut tanpa sebab. 20.2.2 Lalai dan cuai terhadap pelajaran. 20.2.3 Bercakap bohong. 20.2.4 Berbahasa tidak sopan. 20.2.5 Biadap kepada guru. 20.2.6 Tidak hormat kepada pengawas. 20.2.7 Menganggu pembelajaran guru di dalam kelas. 20.2.8 Tidak menyiapkan tugasan. 20.2.9 Membuat bising di kawasan sekolah. 20.2.10 Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi tiga kali. 20.2.11 Ponteng sebarang acara rasmi sekolah. 20.2.12 Tidak menghormati lagu/ bendera / jata sekolah, negeri dan kebangsaan. 20.2.13 Menconteng pada harta benda sekolah. 20.2.14 Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Jawatankuasa Disiplin Sekolah
23 20.3 SENARAI SALAHLAKU YANG BERAT DI PERINGKAT SEKOLAH 20.3.1 Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga. 20.3.2 Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau terbabit dalam kegiatan dadah/rokok/rokok elektronik. 20.3.3 Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar minuman keras atau sebarang benda yang memabukkan / menghayalkan. 20.3.4 Membawa, menyimpan, menghisap atau mengedar bahan tembakau. 20.3.5 Menyebabkan / melakukan pergaduhan atau kekerasan. 20.3.6 Melayan, mengancam, memukul atau mengugut / mencederakan guru / pengawas / murid. 20.3.7 Biadap terhadap guru / pengawas / murid. 20.3.8 Memeras ugut guru / pengawas / murid. 20.3.9 Membawa / menggunakan senjata atau alat berbahaya. 20.3.10 Melakukan buli, penderaan atau paksaan terhadap murid lain. 20.3.11 Mencuri, merompak, memecah masuk dan menceroboh kawasan larangan. 20.3.12 Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan. 20.3.13 Mencabul kehormatan guru / murid. 20.3.14 Bersekududukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral. 20.3.15 Mengintai murid lelaki / perempuan. 20.3.16 Merosakkan harta benda sekolah / guru / murid. 20.3.17 Menulis / melukis / menyebut perkataan atau gambar lucah atau melakukan perbuatan lucah. 20.3.18 Membawa atau menggunakan alat yang menyebabkan kecederaan atau mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran / ujian. 20.3.19 Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-turut) selama 30 hari atau berkala (tidak berturut-turut) selama 60 hari / selama 1 tahun sesi persekolahan.
24 20.3.20 Mengganggu / menjejaskan kuasa Guru Besar atau guru yang menjalankan tugas. 20.3.21 Membawa masuk tetamu dari luar ke kawasan sekolah tanpa kebenaran Guru Besar atau wakilnya. 20.3.22 Mengedar, memiliki, membawa, melukis dan mempamerkan bahan lucah. 20.3.23 Mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat. 20.3.24 Melakukan hubungan yang dicurigai. 20.3.25 Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Jawatankuasa Disiplin Sekolah. 21.0 BARANG LARANGAN Antara barang yang tidak boleh dibawa oleh murid: 21.1 Bahan bacaan tidak ilmiah seperti komik dan lain-lain. 21.2 Pisau / pensil mekanikal / pen marker. 21.3 Dadah, rokok, bahan mudah terbakar dan seumpamanya. 21.4 Alat permainan yang tidak berkaitan dengan PdPc. 21.5 Permainan berunsur judi (contoh: Kad poker). 21.6 Alatan gajet: Telefon/kamera/radio/game/jam pintar/teropong. 21.7 Gambar / majalah atau komik berunsur humor, lucah dan lain-lain. 21.8 Alatan perakam: Videocam/ vcd/ dvd/ mp3/ mp4. 21.9 Alatan tajam seperti pisau/ gunting dan sebarang alat yang membahayakan (kecuali dengan izin guru). 21.10 Tidak membawa pemadam cecair dan pemetik api. 21.11 Dilarang memakai alat solek dan barang kemas. 21.12 Cermin mata berfesyen. 21.13 Keychain
25 22.0 TINDAKAN TATATERTIB 22.1 Nasihat/KaunselingAmaran 22.2 Denda/Rotan 22.3 Penggantungan daripada aktiviti 22.4 Hubungi ibu bapa/penjaga 22.5 Digantung sekolah 22.6 Dibuang sekolah 22.7 Serah kepada pihak berkuasa Mana-mana murid yang tidak berpuas hati dengan mana-mana hukuman atau perintah yang telah ditetap oleh Unit Disiplin Sekolah atau Lembaga Disiplin Sekolah hendaklah mengemukakan rayuan kepada Lembaga Disiplin Sekolah tidak lewat daripada 14 hari. 23.0 PERATURAN LAIN ATAU BARU 23.1 Selain wajib mematuhi peraturan-peraturan di dalam buku ini muridmurid juga wajib akur kepada peraturan lain yang digubal oleh pihak sekolah yang tidak tercatat di dalam buku ini. 23.2 Pihak sekolah juga akan mengeluarkan peraturan-peraturan baru dari semasa ke semasa dan setiap murid wajib mematuhinya. 23.3 Murid juga dikehendaki mematuhi arahan-arahan / peraturanperaturan dari semasa ke semasa yang dikeluarkan oleh pihak sekolah.
26 24.0 SISTEM MERIT DAN DEMERIT 24.1 SISTEM MERIT Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa sekolah ini telah melaksanakan sistem “MERIT” di samping sistem “DEMERIT”. Ini adalah salah satu usaha untuk menggalakkan perkembangan sahsiah di samping mempertingkatkan disiplin dan menyelaraskan tindakan/hukuman yang dikenakan oleh pihak sekolah terhadap muridmurid yang tidak berdisiplin. Garis panduan pemberian markah MERIT adalah seperti berikut : PERKARA MARKAH MERIT Memulangkan barang yang dijumpai 5 hingga 10 (mengikut Memberitahu pihak sekolah tentang keadaan) kerosakan pada mana-mana bahagian sekolah terutama jika ianya boleh membahayakan harta benda , nyawa dan lain-lain. Mengharumkan nama sekolah dengan memenangi pertandingan di peringkat zon, negeri dan kebangsaan. Mengharumkan nama sekolah kerana pencapaian akademik. Diberi pengiktirafan atau pujian oleh badanbadan luar kerana membuat sesuatu yang terpuji seperti memberi bantuan kepada mangsa banjir, kebakaran, rompakan dan lain-lain. Mempunyai pekerti yang terpuji seperti memberi bantuan kepada mangsa banjir, kebakaran, rompakan dan lain-lain. Mempunyai pekerti yang terpuji seperti sentiasa hadir ke sekolah (98%-100%), selalu menolong warga sekolah dan lain-lain. Penyertaan ibu bapa dalam aktiviti sekolah seperti hadir pada ihtifal, mesyuarat agung JIBG dan lain-lain. 3 hingga 8
27 24.2 SALAH LAKU, TINDAKAN DAN MARKAH DEMERIT TINGKAHLAKU LUCAH 201 Bercumbu-cumbuan 40 Rotan/Gantung/buang sekolah 202 Berkhalwat Rotan/Gantung/buang sekolah 203 Bawa bahan lucah ke sekolah Rotan/Amaran,panggil ibu bapa 204 Mengintai murid perempuan / lelaki Rotan/Amaran,panggil ibu bapa 205 Menggunakan kata-kata lucah dan perbuatan keji Rotan/Amaran,panggil ibu bapa 206 Melukis gambar-gambar / menulis kata-kata lucah Rotan/Amaran,panggil ibu bapa 207 Bercumbu-cumbuan Rotan/Gantung/Buang Sekolah KOD KESALAHAN/PERLAKUAN DEMERIT Tindakan Disiplin Termasuk TINGKAHLAKU JENAYAH 101 Berjudi 40 Rotan/Gantung/Buang Sekolah 102 Mencuri, memecah masuk kawasan larangan sekolah 103 Melawan / mengancam / membuli / mencederakan guru 104 Melawan / mengancam / membuli / mencederakan pengawas 105 Memeras ugut 106 Membuli 107 Menganggotai kumpulan haram / kongsi gelap 108 Menyalahgunakan dadah 109 Membawa alat senjata merbahaya 110 Mencabul kehormatan 111 Mengancam/memukul/mencederakan pelajar lain 112 Menceroboh bilik khas, kedai koperasi / pejabat sekolah 113 Mengedar dadah 114 Menunjuk perasaan / berpiket/ mengganggu ketenteraman sekolah 115 Bertaruh secara besar-besaran/ Berjudi 116 Membawa masuk orang luar ke kawasan sekolah 117 Membakar 118 Memusnah/merosakkan dokumen rasmi
28 TINGKAHLAKU KEKEMASAN DIRI 301 Berambut panjang untuk lelaki / fesyen rambut keterlaluan 3 Amaran, panggil ibu bapa 302 Berkuku Panjang 2 Potong terus 303 Memakai pakaian tidak mengikut peraturan sekolah : 304 Tidak memakai lencana dan tanda nama 2 Amaran 305 Baju kurung tidak berkancing Amaran 306 Seluar yang berfesyen Amaran 307 Tidak memakai tali leher Amaran 308 Memakai T-shirt bercorak dan bergambar dalam baju Amaran 309 Tidak memasukkan kemeja ke dalam seluar Amaran 310 Memakai barang perhiasan ke sekolah: 311 Memakai rantai leher 2 Dirampas (barang dituntut oleh 312 Memakai cincin ibu/bapa 312 Memakai subang (selain jenis ‘stud’) 313 Memakai rantai tangan / gelang 314 Membawa barang-barang yang tidak dibenarkan : 315 Semua jenis alatan tajam 2 Dirampas 316 Pemotong kuku Dirampas 317 Kamera / radio / walkman / MP3 / pager Dirampas (barang dituntut oleh ibu bapa) 318 Telefon bimbit (rujuk surat pekeliling Ikhtisas Bil. 2 / 2009) 319 Gambar diri berfokus keterlaluan / tidak sopan Dirampas 320 Gambar / poster artis atau model Dirampas 321 Liquid paper / marker pen / highlighter Dirampas 322 Cermin mata hitam / topeng Dirampas 323 Kosmetik / cermin / minyak wangi Dirampas 324 Majalah hiburan / komik / novel Dirampas 325 Pita video / VCD / Kaset Dirampas 326 Kad poker / barang untuk berjudi Dirampas 327 Tanda-tanda / lencana-lencana berunsur politik Dirampas 328 Kad magic/ kad pokemon / yoyo Dirampas 329 Memakai selipar bukan pada masa berwuduk 2 Dirampas / Dirotan jika 3 kali 330 Tidak memakai stoking 2 Amaran / Dirotan jika 3 kali 331 Tidak memakai kasut kanvas putih 2 Amaran 332 Mewarna kuku / berinai 2 Amaran 333 Mewarnakan rambut 15 Ibu bapa diminta membawa anak pulang sehingga rambut dihitamkan 334 Mencabut bulu kening 2 Amaran 335 Bersolek 2 Amaran
29 TINGKAHLAKU YANG TIDAK MEMENTINGKAN MASA 401 Berkeliaran / merayau di kawasan sekolah 2 Amaran / Dirotan jika 3 kali 402 Datang lewat ke sekolah 2 Denda , surat amaran jika lebih 3 kali 403 Lewat ke perhimpunan 2 Amaran / Dirotan jika 3 kali 404 Tidur dalam kelas 2 Panggil ibu bapa jika lebih 3 kali 405 Bermain dalam bilik darjah 2 Amaran/denda 406 Keluar tanpa pas / borang kebenaran 2 Amaran/dirotan jika 3 kali 407 Keluar dari Kawasan sekolah tanpa kebenaran 10 Hubungi ibu bapa 408 Masuk ke Kawasan sekolah tanpa urusan/kebenaran 10 Halau keluar 409 Tidak membuat kerja rumah 2 Amaran 410 Berada di Kawasan larangan tanpa kebenaran 5 Amaran 411 Lewat solat tanpa sebab 10 Amaran/rotan TINGKAHLAKU YANG KURANG SOPAN DAN BIADAB 501 Berkelakuan kasar terhadap guru 20 Amaran/Rotan 502 Berkelakuan kasar terhadap pengawas 15 503 Berbahasa kasar terhadap murid 10 504 Berbahasa kasar terhadap murid 10 505 Mengedar/menyimpan rokok 15 506 Menghisap rokok • Rujuk surat pekeliling Ikhtisas Bil 4/1997 40 setiap kali 507 Mengganggu pengajaran dan pembelajaran 10 Amaran,rotan 508 Tidak menghormati guru/melawan guru 10 Amaran, panggil ibu bapa 509 Tidak menghormati pengawas 5 Amaran/rotan 510 Simpan/minum/edar minuman keras/sebarang minuman yang memabukkan 40 Kali pertama : rampas,rotan,amaran,panggil ibu bapa Kali kedua : gantung Kali ketiga : buang sekolah
30 511 Bercinta 40 Rotan di perhimpunan, panggil ibu bapa, amaran 512 Menyimpan pemetik api/mancis 10 Rampas,amaran 513 Terlibat dalam aktiviti mencemarkan nama 40 Kali pertama 514 Makan dalam kelas 5 Amaran, denda 515 Makan/minum di luar kawasan kantin 2 Amaran 516 Bermain-main Ketika solat/wudhuk 10 Rotan/amaran/hubungi ibu bapa TINGKAHLAKU MUSNAH 601 Merosakkan harta benda sekolah 10 Amaran, ganti rugi 602 Merosakkan harta benda Guru Besar/ guru-guru 20 Amaran, ganti rugi 603 Merosakkan harta benda kantin sekolah 10 Amaran, ganti rugi 604 Merosakkan harta benda pelajar 10 Amaran, ganti rugi 605 Melakukan pembaziran air dan elektrik 2 Amaran 606 Menyalahgunakan peralatan elektrik 10 Amaran 607 Menconteng/ mengotorkan Kawasan / bangunan sekolah 10 Amaran, denda 608 Mengotorkan kelas 5 Amaran, denda TINGKAHLAKU TIDAK JUJUR/MENIPU 701 Menipu yang melibatkan wang 15 Amaran, hubungi ibu bapa, ganti rugi 702 Menipu yang melibatkan kepercayaan 15 Amaran, hubungi ibu bapa 703 Menipu semasa ujian/peperiksaan 15 Markah 0, hubungi ibu bapa 704 Memalsukan keterangan/rekod sekolah 15 Amaran, hubungi ibu bapa PONTENG 801 Ponteng kelas 5 Amaran/dirotan 802 Ponteng sekolah 803 3 hari berturut-turut/ 10 hari tidak berturut-turut 10 Amaran 1 bertulis 804 10 hari berturut-turut/ 20 hari tidak berturut-turut 30 Amaran 2 bertulis 805 17 hari berturut-turut/ 40 hari tidak berturut-turut 50 Amaran terakhir bertulis
31 806 31 hari berturut-turut / 60 hari tidak berturut-turut 100 Buang sekolah 807 Ponteng perhimpunan 10 Amaran/Dirotan jika 3 kali 808 Ponteng aktiviti luar bilik darjah / kokurikulum 5 Denda, amaran 809 Ponteng ujian 5 Denda, amaran 810 Ponteng peperiksaan 10 Denda, amaran 811 Ponteng untuk ‘private study’ 5 Hubungi ibu bapa PERHATIAN 1. Tindakan tidak semestinya mengikut turutan 2. Sekiranya murid tidak mengubah sikap setelah beberapa kali tindakan diambil, murid tersebut boleh digantung atau dibuang sekolah. 3. Pihak sekolah akan menggunakan budi bicara dalam melaksanakan hukuman lain bagi menggantikan hukuman yang dicatatkan. Contoh : Murid boleh digantung dari sesuatu jawatan tertentu di sekolah untuk sesuatu di sekolah untuk sesuatu tempoh sebagai mengganti hukuman gantung sekolah. Markah terkumpul Tindakan Tindakan Susulan 20-40 Kaunseling 45-60 Amaran pertama • Surat kepada ibu bapa • Ibu bapa dipanggil • Kaunseling 60-95 Amaran kedua Digantung sekolah Melebihi 100 Amaran terakhir Tukar/Dibuang sekolah 25.0 PENUTUP 25.1 Guru Besar menggunakan budi bicaranya jika terdapat perkara yang tidak tercatat pada mana- mana bahagian di atas. 25.2 Peraturan-peraturan sekolah tertakluk pada perubahan Lembaga pengurusan sekolah, Guru Besar dan Lembaga Disiplin Sekolah. Mereka juga boleh melakukan pindaan mengikut kesesuaian pada bila-bila masa.