The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-13226261, 2020-04-18 12:30:58

Modul 3 Reka Letak Berbantukan Komputer

3.1 Komposisi Reka Letak Grafik

Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4

MODUL 3.0
REKA LETAK
BERBANTUKAN KOMPUTER

(48 jam)

Standard Kandungan UNIT

3.1 Komposisi Reka Letak Grafik (48 jam) 1
Standard Pembelajaran 4 jam

3.1.1 Menyatakan maksud visual dan vektor grafik
3.1.2 Memilih imej visual menggunakan pelbagai sumber media
Objektif Pembelajaran

Pada akhir pembelajaran murid boleh:
I. Menyebut maksud imej visual dan imej vektor
II. Menyediakan imej daripada pelbagai sumber media

107

Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4

Nota



DEFINASI
Gambar vektor grafik adalah berdasarkan ekspresi matematik yang terdiri dari
titik (point), garis (line), dan bentuk (shape). Gambar vektor grafik juga
mempunyai istilah yang biasa disebut dengan point. Maksudnya point adalah
setiap titik (node) yang saling dihubungkan untuk membuat bentuk-bentuk
tertentu. Point tersebut boleh ditambahkan, dihapus, atau dipindahkan jalur
garisnya untuk membuat bentuk-bentuk tertentu mengikut keinginan anda.

Gambar vektor grafik tidak akan kabur atau pecah apabila diperbesarkan.
Ukuran aslinya akan tetap terjaga tanpa ada penurunan kualiti sedikitpun.

Rajah 3.1 Contoh Imej Vektor Grafik





 





NOTA GURU : Imej Vektor grafik yang dihasilkan melalui beberapa perisian illustrasi seperti Adobe

Illustrator, Corel Draw dan Macromedia Freehand.Imej vektor grafik memiliki bentuk fail dengan format
.eps, .ai, .cdr dan .wmf.

108

Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4

.eps Fail .eps digunakan dalam imej
berasaskan vektor dalam Adobe
Illustrator. EPS bermaksud
PostScript Encapsulated. Ia juga
biasanya mengandungi versi peta

sedikit imej untuk tontonan lebih
mudah daripada arahan vektor
untuk menarik imej.

.ai Fail berformat AI adalah hasil
kerja yang dibuat menggunakan
perisian Adobe Illustrator. Fail AI
biasanya, sesuai digunakan

untuk membuat reka bentuk
seperti logo dan poster.

 CDR adalah lanjutan untuk fail
 grafik vektor yang digunakan
 dalam perisian reka bentuk
grafik seperti Corel Draw dan
.cdr Corel Paint Shop.

.wmf Format imej ini direka oleh
Microsoft pada tahun 1990-an
untuk Sistem Operasi Windows
mereka. Fail WMF mengandungi
kedua-dua grafik vektor dan data
raster pada masa yang sama.

Rajah 3.2 Huraian Fail Imej Vektor Grafik

109

Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4



Imej Visual atau Bitmap terbina berdasarkan Resolusi Tinggi
titikan (dots) yang dikenali sebagai pixels.
Kualiti visualnya bergantung kepada
kepadatan bilangan dots yang dikenali
dengan nama resolusi. Semakin tinggi
resolusi semakin jelas imej tersebut dan
kekal walaupun dibesarkan saiznya. Jika
resolusi imej semakin rendah maka imej
akan menjadi kabur

Resolusi Sederhana

PIXELS

Resolusi Rendah
Rajah 3.3 Contoh Imej Visual

110

Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4



Ada beberapa perkara yang perlu diambil kira untuk memilih format fail antaranya jenis
perisian yang akan gunakan, ruang penstoran, penggunaan imej dalam pasca produksi
(post production), atau percetakan.

 Bermaksud Tagged Image JPEG bermaksud Joint 
Format File.Boleh dibuka Photographic Experts Group,
 oleh hampir kesemua perisian 
imej. Boleh menyimpan yang memperkembangkan
  compressed atau pemampatan jenis JPEG 
uncompressed fail. Boleh adalah pilihan pengguna
menampung layer sama dalam perisian had jarak
seperti PSD). daripada 2:1 hingga 40:1.

 Bermaksud Portable Bermaksud Portable
Network Graphic. Format Document Format.
 compression yang pada Digunakan untuk menukar
asalnya untuk menggantikan dokumen digital kepada
 Graphics Interchange Format format 2 dimensi dan tidak
boleh diubah.
(GIF).Seperti GIF, PNG 
adalah dipadatkan
(compressed) 

  

 Saiz yang padat.

Mengandungi maklumat
termasuk raster dan vektor.

Window Bitmap Image. Merupakan format asli yang 
mampu menyimpan 
 Format paling popular satu informasi layer dan alfa
channel yang terdapat
masa dahulu kerana disebuah gambar sehingga
hamper digunakan disemua suatu saat dapat dibuka
dan diedit kembali.
 imej komputer kerana
failnya yg kurang kompleks.

Rajah 3.4 Huraian Fail Grafik
111

Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4




Terdapat pelbagai sumber media untuk mendapatkan imej seperti daripada bahan
bercetak, internet, pengimbasan, stok gambar (footages), klip art, pendrive, memory
card, CD, DVD, kamera DSLR dan kamera digital

Bil Sumber Nama Sumber

Capaian Internet

1 Image Google Internet
Imej dimuat turun melalui aplikasi sedia ada.

Pengimbas
2

Digunakan untuk mengimbas imej bercetak dan disimpan
distoran komputer/peranti storan tambahan.

Pendrive dan External hardisk
Peranti storan tambahan dan mudah untuk dibawa
3 kemana-mana. Kapasiti memori pendrive adalah
sederhana manakala kapasiti memori untuk external
hardisk adalah besar. Data boleh diubahsuai pada bila-bila
masa.

Kamera DSLR atau kamera digital
4

Alat yang digunakan untuk merakam imej visual sebagai
sumber media.

Cakera Padat
5 Peranti storan tambahan dan mudah untuk dibawa

kemana-mana. Kapasiti memori sederhana. Data yang
disimpan tidak boleh diubahsuai.

Jadual 3.2 Contoh Alatan Sumber Media

112

Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4



Bagi anda yang selalu menghadapi masalah untuk mendapatkan gambar-gambar yang menarik
untuk digunakan di dalam artikel di dalam blog, terdapat beberapa laman web yang menyediakan
servis mencari imej-imej menarik ini khas untuk anda.

Gambar-gambar yang akan dipaparkan pada laman web ini adalah percuma dan anda perlu

berikan kredit (dalam bentuk pautan) kepada si pemilik foto sebagai tanda menghormati karya
mereka. Berikut merupakan 3 laman web royalty free stock photo yang boleh anda perolehi.

Adalah menjadi satu perkara yang mesti dipatuhi iaitu setiap imej yang diperolehi dan hendaklah
dihormati dan tidak disalahgunakan untuk tujuan kepentingan diri atau mengaut keuntungan
dengan memanipulasi sumber tersebut. Sebaiknya setiap gambar yang diperolehi diberikan sedikit
kredit dengan meletakkan pautan kredit kepada si pemilik imej-imej ini sebagai tanda hormat kita
kepada empunya hak milik dan hak cipta gambar tersebut

Terdapat beberapa cara untuk memperolehi sumber imej; antaranya sumber atas talian,
pengimbasan, kamera digital dan lakaran bebas.



Guru boleh
menggunakan gajet
untuk membantu
pemahaman pelajar
dalam memperolehi
sumber imej

113

Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4

Photopin
Hasil carian akan memaparkan foto-foto menarik daripada
halaman perkongsian foto popular seperti Flickr. Anda boleh
lihat terlebih dahulu foto-foto ini melalui fungsi pralihat yang
tersedia dan muat turun imej tersebut secara terus melalui
pilihan muat turun yang disediakan

Brand of the world
Melalui brand of the world, anda juga akan mendapat imej-
imej yang menarik. Terdapat juga imej dalam bentuk vektor.
Perbezaan gambar-gambar yang ada di dalam Photopin
adalah, setiap gambar mempunyai imej vektor yang boleh
dimuat turun dan sedia digunakan untuk dicetak atau diplot.

Free Digital Photos
Melalui Free Digital Photos, anda akan memperoleh imej
yang cantik dan profesional. Namun, kekurangan padanya
adalah fail imej yang tersedia sedikit kecil daripada biasa.
Foto-foto di sini sesuai untuk gunakan sebagai thumbnail
image kepada artikel di blog anda.

Rajah 3.5 : Contoh Website Carian Imej & Vektor

114

Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4



Cara menggunakan Peranti Pengimbas (Scanner)

Membuka Seimbangkan
perisian kedudukan
untuk lakaran pada
mengimbas pengimbas

Mengangkat Pastikan
penutup pengimbas
pengimbas dihidupkan
sebelum
Meletakkan arahan
lakaran di mengimbas
atas cermin
pengimbas Klik butang
pengimbas
untuk
mengimbas
lakaran

Rajah 3.6 Langkah Kerja Menggunakan Pengimbas

Antara tatacara yang lebih lengkap untuk mengimbas boleh dirujuk pada penyataan

dibawah :
1. Menghidupkan komputer dan peranti pengimbas.
2. Meletakkan imej yang hendak diimbas pada permukaan cermin pengimbas.
3. Membuka perisian untuk mengimbas.
4. Pilih arahan MULA untuk mengaktifkan peranti pengimbas.
5. Pilih arahan IMBAS untuk memulakan pengimbasan.
6. Imej yang telah diimbas hendaklah disimpan di dalam storan yang dikehendaki.

115

Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4



Jenis Kamera
a) Kamera Saku / Kamera Poket / Kamera Kompak (Point and Shoot Camera)
Kamera Saku / Kamera Poket / Kamera Kompak paling banyak digunakan kerana mudah
digunakan dan harga yang murah. Pengambilan gambar secara automatik dan cepat. Imejnya
adalah standart dan tidak boleh diubahsuai.
b) Kamera Digital Semi Profesional
Kamera Digital Semi Profesional jenis ini memiliki banyak versi antara lain prosumer camera
dan advance digital camera. Kamera ini boleh dikendalikan secara semi automatik atau automatik
sepenuhnya. Lensanya boleh difokuskan dan mempunyai kualiti gambar yang baik. Lensanya
boleh ditukar daripada yang standart 35mm kepada pelbagai variasi seperti lensa macro atau
lensa fish eye.

KAMERA KOMPAK

KAMERA DSLR

Rajah 3.7 Contoh Kamera Saku dan Kamera Semi Profesional

Kesemua gambar yang telah diambil menggunakan kamera digital boleh disimpan dalam kad
memori atau storan lain dengan menggunakan kabel pemindah imej atau card reader.

116

Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4



Lakaran bebas dikenali sebagai freehand sketches. Dihasilkan oleh pelukis yang berkemahiran
tinggi dalam menggunakan segala elemen dan prinsip seni di dalam karyanya. Lakaran bebas
diperlukan apabila sesuatu imej itu tidak dapat ditemukan melalui sumber-sumber lain dan ianya
terpaksa dihasilkan mengikut kreativiti sendiri. Melalui lakaran itu barulah diimbas dan dijadikan
imej digital bagi sesuatu keperluan kerja itu.

JOM BUAT

Buat lakaran pada
buku lakaran setiap
hari untuk
mengasah skill
anda

Rajah 3.8 : Contoh Lakaran Bebas Sesebuah Logo

Jangan lupa abadikan hasil lakaran menggunakan
kamera telefon dan simpan dalam google drive

117

Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4

LATIHAN

Jawab semua soalan .
1. Apakah yang dimaksudkan dengan imej vektor dan imej bitmap?

i. Imej vektor

ii. Imej bitmap

2. Nyatakan tiga contoh sumber untuk memperolehi imej dan penghurufan dengan
menggunakan perkakasan komputer.
CONTOH-CONTOH SUMBER
1.

2.

3.

3. Tandakan no. 1 hingga 4, peranti storan manakah yang mengikut keutamaan dalam
menyimpan imej dan penghurufan.

i. Bahan bercetak

ii. Google drive

iii. Email
iv. Peranti digital

119


Click to View FlipBook Version