Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4
MODUL 2.0
PRODUKSI GRAFIK
(24 jam)
Standard Kandungan
2.1 Asas Reka Bentuk Grafik (24 jam)
Standard Pembelajaran
2.1.1 Menyatakan prinsip reka bentuk dan elemen seni.
2.1.2 Mengenal pasti maksud tipografi dan logo.
2.1.3 Menerangkan jenis tipografi dan logo.
3 Jam
Objektif Pembelajaran
Pada akhir pembelajaran murid boleh:
I. Menyebut prinsip reka bentuk.
II. Menyebut elemen seni.
III. Menyatakan maksud tipografi dan logo.
IV. Mengelaskan jenis tipografi dan logo.
63
Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4
Nota
Asas Reka Bentuk Grafik
Kemajuan teknologi berlaku dengan begitu cepat dan ciptaan baharu
dihasilkan pada setiap tahun. Sektor industri seperti pembuatan, kejuruteraan
dan reka bentuk menggunakan kemajuan teknologi bagi menghasilkan produk
yang berkualiti, berinovatif dan berdaya saing. Dalam mereka bentuk sesuatu
produk, pereka bentuk perlu mengenal pasti ciri-ciri yang diperlukan bagi
menyelesai masalah pengguna.Kreativiti dan inovasi adalah antara faktor yang
boleh menjana sesuatu idea tentang penghasilan sesuatu reka bentuk.
Prinsip Reka Bentuk dan Elemen Seni
Prinsip Reka Bentuk
Definisi Prinsip Reka Bentuk ialah teknik susunan atau pengolahan untuk menimbulkan
gambaran tertentu yang dikehendaki dalam sesuatu gubahan seni visual. Terdapat tujuh
prinsip seni iaitu harmoni, kontras, imbangan, irama dan pergerakan, kepelbagaian,
kesatuan dan keringkasan.
Harmoni Kontras
Keringkasan Kepelbagaian Kesatuan
Irama dan Imbangan
Pergerakan
Rajah 2.1.1 Prinsip Reka Bentuk
64
Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4
Harmoni Susunan atau ulangan elemen-elemen seni mengikut cara yang
tertentu contohnya susunan tona warna yang hampir sama atau
susunan sesuatu objek dapat mewujudkan prinsip harmoni.
Gabungan atau ulangan garisan, rupa, bentuk, jalinan serta ruang
dalam gaya pada arah yang tertentu juga menghasilkan gubahan
yang harmoni.
Kontras Wujud apabila terdapat unsur-unsur seni yang
mempunyai ciri-ciri bertentangan atau perbezaan dalam
satu gubahan. Kesan kontra dapat ditimbulkan dalam
karya-karya visual melalui olahan, teknik dan gaya seni
yang berbeza-beza.
Imbangan Imbangan bermaksud keadaan yang berpadanan dari segi
berat, tarikan dan tumpuan perhatian. Terdapat dua jenis
imbangan iaitu Imbangan Simetri dan Imbangan Tidak
Simetri .
Irama Merujuk kepada elemen seni yang disusun berulang-
Dan ulang untuk menghasilkan pergerakan. Ia wujud dalam
alam semulajadi dan karya seni visual.
Pergerakan
Kepelbagaian Kepelbagaian ialah keadaan yang mempunyai penggabungan
pelbagai gaya, nilai, dan idea yang berbeza dalam suatu
gubahan. Aplikasi prinsip reka bentuk dapat memberi gaya,
variasi, tenaga dan daya tarikan bagi gubahan itu.
Kesatuan Kesatuan wujud pada sesuatu gubahan apabila semua
elemen-elemen di dalamnya mempunyai satu tema
atau idea dan menyeluruh. Penggunaan elemen seni,
pengolahan tema serta rekaan yang baik mewujudkan
kesatuan pada sesuatu gubahan seni menjadikan hasil
karya itu lebih lengkap, teratur dan sempurna.
Keringkasan Keringkasan merupakan prinsip reka bentuk yang jelas, teratur
dan mudah difahami melalui visual yang lebih ringkas. Idea
terlalu padat, tidak teratur menyebabkan rekaan itu
mengelirukan, menghilangkan tumpuan orang yang melihatnya
dan maklumat tidak dapat disampaikan dengan jelas.
Rajah 2.1.2 Prinsip Reka Bentuk
65
Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4
Elemen Seni
Definisi elemen seni ialah unsur asas untuk menghasilkan sebuah karya seni visual.
Terdapat enam elemen seni seperti garisan, rupa, bentuk, jalinan, ruang dan warna
Elemen Seni Garisan
Rupa
Bentuk
Jalinan
Ruang
Warna
Rajah 2.1.3 Elemen Seni
66
Garisan Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4
Garisan ialah satu susunan titik atau siri titik yang
bersambungan berterusan dalam satu ruang. Garisan boleh
menghasilkan rupa, jalinan, tona, corak, ruang dan pergerakan
melalui pelbagai media. Jenis garisan ialah:
Garisan Putus-putus Garisan Melintang
Garisan Beralun
Garisan Zig Zag Garisan Silang
Pangkah
Rajah 2.1.4 Jenis Garisan
Garisan boleh menghasilkan rupa, jalinan, tona, corak, ruang, pergerakan dan bentuk
melalui pelbagai media seperti contoh dibawah:
Rajah 2.1.5 Contoh Garisan Menghasilkan Rupa, Tona, Corak, Ruang Dan Pergerakan
Rajah 2.1.6 Jenis Garisan Boleh Menunjukkan Kesan Dua Dimensi (2D) Dan 3 Dimensi (3D)
67
Rupa Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4
Rupa adalah hasil pertemuan titik penghujung sesuatu garisan dengan
titik permulaan. Rupa adalah kawasan rata yang dilingkari oleh garisan
luar serta tidak mempunyai jisim. Rupa hanya mempunyai panjang dan
lebar (2 Dimensi)
Rupa Geometrik
Rupa yang bersudut
Bergaris lurus
Berbucu tajam
Rupa Organik
Rupa yang bebas
Dilukis secara spontan
Tidak bersudut
Rajah 2.1.7 Contoh Rupa Geometrik dan Organik
Rupa boleh dihasilkan dalam Imej Positif dan Imej Negatif
Imej Negatif
Imej Positif
Rajah 2.1.8 Rupa Dalam Imej Positif Dan Negatif
Elemen rupa yang telah diolah untuk dijadikan logo atau simbol
Rajah 2.1.9 Contoh Rupa Yang Dijadikan Logo Atau Simbol
68
Bentuk Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4
Bentuk ialah objek yang mempunyai struktur jisim dan isipadu. Bentuk
juga mempunyai lebih daripada satu permukaan dan boleh dilihat dari segi
ketinggian, isipadu serta kelebarannya.
Bentuk Konkrit Tinggi
Bersifat tiga dimensi (3D)
Boleh dilihat dan disentuh
Wujud pada objek fizikal
seperti bunga, ukiran
bunga,kerusi.
Panjang Lebar
Bentuk Ilusi
Bersifat dua dimensi (2D)
Hanya boleh dilihat tetapi
tidak dapat dirasa melalui
sentuhan seperti catan,
lukisan dan cetakan.
Rajah 2.1.10 Contoh Bentuk Konkrit Dan Bentuk Ilusi
Tips Guru
Boleh mencadangkan kepada murid untuk menggunakan botol air minuman sebagai objek
rujukan bentuk.
69
Jalinan Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4
Jalinan ialah kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda.
Jalinan pada objek alam atau benda buatan manusia menjadikan sesuatu
objek itu kelihatan lebih cantik dan menarik.
Jalinan Sentuh
Dapat dirasa melalui sentuhan
Diaplikasikan dalam penghasilan seni visual
seperti kolaj, arca, catan teknik impasto, hasil
kraf seperti anyaman, tenunan dan ukiran
Jalinan Tampak
Bentuk dua dimensi (2D)
Dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasa melalui
sentuhan
Diaplikasikan dalam seni visual seperti seperti
lukisan, ilustrasi dan catan
Sumber: Mimiazrin.MH Rajah 2.1.11 Contoh Jalinan Sentuh Dan Jalinan Tampak
Acrylic on canvas
Penggunaan jalinan boleh digunakan bagi aspek kehidupan seharian contoh seperti
keselamatan, estetika atau penyamaran.
Untuk berkenalan dengan artis Mimiazrin.MH Mimiazrin Art by Mimiazrin
boleh anda temui beliau di media sosial ini.
70
Ruang Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4
Ruang bermaksud kawasan kosong ataupun rongga antara sesuatu
objek.
Ruang Nyata Ruang nyata ialah ruang yang wujud pada keadaan sebenar
yang berbentuk tiga dimensi.
Ruang Ilusi Rajah 2.1.12 Ruang Nyata
Ruang ilusi ialah ruang tampak yang wujud dalam sesebuah
karya seni seperti lukisan, catan, cetakan dan sebagainya.
Ruang Ruang
Rajah 2.1.13 Ruang Ilusi
71
Warna Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4
Warna ialah tindakbalas cahaya ke atas sesuatu permukaan. Warna amat
penting dalam segala ciptaan hasil seni kerana dapat mempengaruhi
perasaan. Contohnya, warna yang terang dan cerah menimbulkan
perasaan riang dan gembira. Sebaliknya warna gelap dan kelam akan
menimbulkan perasaan suram dan sedih. Terdapat tiga kumpulan warna
iaitu Warna Asas, Warna Sekunder dan Warna Tertier.
Dikenali sebagai warna utama
Terdiri daripada warna merah, biru dan kuning
Tidak dihasilkan dengan campuran warna lain
Warna Kuning
Asas
Rajah 2.1.14 Warna Asas
Dihasilkan melalui dua campuran warna asas
Terdiri daripada warna jingga, hijau dan ungu
Tidak dihasilkan dengan campuran warna lain
Merah + Kuning = Jingga
MeMraehra+hK+uBniirnug==UJningguga
Biru + Kuning = Hijau
Warna
Sekunder
Rajah 2.1.15 Warna Sekunder
72
Kuning + Hijau= Kuning Hijau Modul Pembelajaran
Biru + Hijau=Biru Hijau KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4
Dihasilkan melalui campuran satu warna asas dengan
satu warna sekunder
Terdiri daripada warna kuning hijau, biru hijau, biru ungu,
kuning jingga, merah jingga, merah ungu
Kuning + Jingga=Kuning Jingga
Merah+ Jingga=Merah Jingga
Biru + Ungu= Biru Ungu Merah + Ungu= Merah Ungu
Rajah 2.1.16 Warna Tertier (tertiary)
Dikenali sebagai warna sekeluarga
Set warna yang terletak bersebelahan satu sama lain dalam
roda warna
Warna harmoni dapat menimbulkan suasana selesa, menarik
dan seimbang
Rajah 2.1.17 Warna Harmoni
Warna yang terletak bertentangan antara satu sama lain
dalam roda warna
Warna penggenap yang segar, dan bertenaga dapat
menimbulkan kesan kontra, getaran dan pergerakan
Rajah 2.1.18 Warna Penggenap
73
Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4
Dikenali sebagai monokrom.
Merupakan suatu warna yang dihasilkan dalam pelbagai tona
Nilai warna lebih rendah akan bertambah putih. Nilai warna
akan meningkat jika dicampurkan dengan warna hitam
Rajah 2.1.19 Warna Sewarna
Warna kelabu yang tonanya adalah antara putih dan hitam
Merujuk kepada campuran dua warna penggenap dengan
nisbah yang menghasilkan warna baru yang telah hilang
kedua-dua warna asalnya
Digunakan bersama-sama warna asas, kombinasi warna
penggenap, warna kontra yang lebih lembut dan tidak
menyakitkan mata dengan warna hitam
Rajah 2.1.20 Warna Neutral
Terdapat dua jenis warna panas dan warna sejuk
Warna panas memiliki intensiti warna yang tinggi
Warna sejuk memiliki intensiti warna yang rendah
Warna Panas Warna Sejuk
Rajah 2.1.21 Warna Panas Dan Warna Sejuk
74
Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4
Tipografi Dan Logo
Tipografi Tipografi atau Bahasa Inggeris Typography berasal daripada perkataan Greek
Typos= bentuk dan graphein=menulis merupakan teknik dan seni mengatur
huruf cetak, saiz huruf, ketebalan garis, garis pandu (line leading), jarak aksara
dan ruang huruf untuk menghasilkan seni aturan huruf dalam bentuk fizikal
atau digital.
Rajah 2.1.22 Contoh Tipografi
Logo Perkataan logo ialah singkatan daripada perkataan . Logo
merupakan rekaan grafik yang telah diringkaskan dengan tujuan untuk
memperkenalkan imej sesuatu pertubuhan, syarikat atau organisasi. Bagi
sesebuah syarikat perniagaan, logo merupakan tanda perniagaan (trademark)
dan membantu mempromosi jenama berkenaan (brand-conscious promotion).
Rajah 2.1.23 Contoh Reka Bentuk Logo
75
Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4
Jenis Tipografi dan Logo
Logo yang baik hendaklah mematuhi ciri-ciri berikut:
Ringkas
Berdaftar Asli dan Unik
Hak Milik Sah Beridentiti
Warna Berkesan
Jenis Tipografi
Serif Ad Serif : huruf yang mempunyai
serif (ekor) pada penghujungnya
AdSan Serif San Serif : huruf yang tidak
mempunyai serif (ekor) pada
penghujungnya
Jenis-jenis Text Text : huruf yang
Tipografi merupakan tulisan
zaman lama Inggeris
(Old English)
Skrip Skrip : huruf tulisan
gaya bebas
Dekoratif Dekoratif: Penghurufan yang
bercorak fancy dan
memberikan hiasan pada huruf
76
Jenis-jenis Logo Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4
Logo Huruf
Logo huruf digubah dari huruf atau muka taip untuk
menghasilkan imej logo. Ada yang digubah dari
perkataan dan juga singkatan perkataan (initial).
Logo Representasi
Dalam bahasa Inggeris logo ini dikenali sebagai pictorid
logos atau pictogram. Reka bentuk ini berdasarkan objek
benda atau objek alam semula jadi dengan tujuan untuk
menghasilkan satu logo syarikat atau organisasi yang
kukuh.
Logo Huruf dan Representasi
Logo yang dibuat secara gabungan iaitu logo huruf dan
logo representasi. Kedua-dua bentuk ini digabungkan
menjadi satu logo.
Logo Simbol
Logo ini menggunakan simbol imej untuk menerangkan
sesuatu kumpulan atau tanda sukan, amaran dan
maklumat am.
77
Penjarakan Huruf Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4
Penjarakan Mekanikal
Penjarakan Visual
Penjarakan mekanikal dihasilkan
melalui sistem penjarakan daripada Penjarakan dihasilkan melalui
komputer penjarakan secara manual
Saiz ruang antara huruf adalah Saiz ruang antara huruf adalah
sama berbeza
Penjarakan mekanikal sesuai untuk Kedudukan huruf boleh diubah suai
kerja-kerja penulisan. mengikut kehendak pereka.
Tidak mengambil kira bentuk dan Mengambil kira bentuk dan ruang
ruang huruf huruf
Menimbulkan kesan tidak seimbang Menimbulkan kesan yang seimbang
antara ruang negatif dan huruf antara ruang negatif dan huruf
Menimbulkan kesan tidak seimbang
antara ruang negatif dan huruf
Komposisi Penghurufan
Flush Right Huruf Serif ialah huruf yang Justified Huruf Serif ialah huruf
mempunyai serif (ekor) Centered yang mempunyai serif
pada penghujungnya (ekor) pada penghujungnya
Flush Left Huruf Serif ialah huruf yang Huruf Serif ialah huruf yang
mempunyai serif (ekor) mempunyai serif (ekor)
pada penghujungnya pada penghujungnya
Memelar huruf (extended) Ketinggian huruf dikekalkan, lebar ditambah 60% daripada saiz
asal
.
Saiz asal huruf Saiz huruf yang telah dimelarkan
78
Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4
Memadat huruf (condensed) - Ketinggian huruf dikekalkan, lebar dikurangkan 60%
daripada saiz asal
.
Saiz asal huruf Saiz huruf yang telah dipadatkan
Huruf Tegak dan Huruf Italik
.
Huruf Tegak- Huruf Italik-
huruf tidak disendengkan huruf yang disendengkan
Rajah 2.1.24 Contoh Komposisi Tipografi Dalam Rekaan Poster
Rujukan: https: //material.io/design/typography/understanding-typography.html#
https://bigdot82.wordpress.com/2015/03/10/74/
https//ms.m.wikipedia.org@1Julai 2019
79
Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4
Aktiviti
LANGKAH 1
1. Kumpulkan objek atau bahan yang mengandungi mana-mana unsur dan prinsip seni di ruang yang
telah disediakan. Labelkan nama objek dan unsur seni yang dimilikinya.
LANGKAH 2
2. Potong dan tampal contoh-contoh penghurufan yang terdiri daripada Huruf Serif, San Serif, Text,
Skrip dan Dekoratif. Anda boleh menggunakan sumber rujukan daripada majalah, suratkhabar,
poster, pamphlet dan lain-lain bahan bercetak.
80
Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4
Latihan
Jawab semua soalan.
1. Elemen seni amat penting dalam bidang seni reka tanda. Pilih dan tandakan (/) pada tiga
pernyataan yang betul tentang GARISAN dan (X) dua pada yang tidak berkaitan. Tandakan di ruang
yang disediakan.
Susunan atau cantuman antara titik dengan titik atau satu siri titik.
Sesuatu objek yang mengandungi tinggi, lebar dan dalam.
Garisan boleh menghasilkan jalinan, tona dan rupa.
Kesan yang terdapat di atas sesuatu permukaan.
Satu kawasan antara dua objek fizikal atau visual
Pertemuan titik pertama dan titik akhir dalam garisan menghasilkan rupa
Sesuatu objek yang mengandungi tinggi, lebar dan dalam.
Garisan hanya menghasilkan bentuk bersifat 2 dimensi sahaja
2. Nyatakan mana-mana tiga jenis tipografi yang anda ketahui dan tampalkan contoh hurufnya.
3. Terangkan maksud logo.
4. Suai padankan gambar logo dengan jenisnya.
Logo Simbol Logo Representasi Logo Huruf Logo Huruf &
Representasi
81
Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4
5. Lukiskan dua rupa geometrik dan dua rupa organik yang melibatkan papar tanda jalanraya.
6. Warnakan rajah dibawah dengan menggunakan warna yang boleh menunjukkan kesan kontras.
7. Tipografi atau Bahasa Inggeris Typography berasal daripada perkataan Greek iaitu ___________
bermaksud bentuk dan ________________ bermaksud menulis.
82