EDUP2132
PROFESIONALISME
KEGURUAN
RAHAYU BINTI JANTAN SITI MARIAM BINTI HARUN
Peranan Guru Dalam
Pembangunan Tadbir Urus
Insan Dan Kewarganegaraan
Aspek Etika dan
Kerohanian
Falsafah Pendidikan Guru (FPG) telah
menggubal dan mendokumentasikan Falsafah
Pendidikan Guru pada tahun 1982 untuk menjadi
rujukan, panduan, amalan dan wawasan kepada
semua institusi perguruan di Malaysia.
FPG bertujuan untuk melahirkan guru yg
berpekerti mulia, berpandangan progresif dan
saintifik dan memelihara sesuatu masyarakat
yang progresif dan berdisiplin.
Ciri guru yang berkualiti seperti tawadhu,
berakhlak, insan berilmu, memiliki taraf akademik
yang baik dan mempunyai hubungan yang baik
dengan masyarakat amatlah penting.
Kerohanian dikaitkan dengan konsep keredhaan,
rasa bertanggungjawab kepada pencipta dan
menghayati nilai -nilai agama dalam menghadapi
masalah kehidupan seharian.
Kerohanian juga merupakan salah satu aspek yang
membentuk kecerdasan emosi manusia
PERANAN GURU
1. MEMPERSIAPKAN MURID UNTUK BERANI
HADAPI CABARAN MASA HADAPAN
Guru berperanan dalam mempersiapkan murid supaya berani
menghadapi cabaran masa depan, menyelesaikan konflik secara
aman, membuat keputusan yang wajar dalam situasi kritikal
dan mempunyai keberanian melakukan yang betul.
guru perlu memberi penekanan kpd setiap murid dengan
mewujudkan satu set prinsip termasuklah nilai bersama yang
kukuh yang didukung oleh semua rakyat Malaysia.
dalam aspek kerohanian, murid perlu mempunyai pegangan
agama yang kuat dan mengamalkannya sbg asas hidup.
2. AGEN PEMBENTUKAN AKHLAK DAN MORAL
Guru bertindak sebagai agen pembentukan akhlak dan moral pelajar.
Sekolah memainkan peranan yang penting selepas keluarga di dalam
pembentukan akhlak dan ini jelastermaktub di dalam Falsafah Pendidikan
Negara.
Pengawasan dan teguran sememangnya perlu dilaksanakan di sekolah
untuk mengawal tingkah laku murid.
Dengan adanya, pengawasan dan teguran yang dilakukan oleh guru, murid
akan bertindak untuk tidak melakukan sesuatu perkara yang dilarang
oleh pihak sekolah dan secara tidak langsung dapat membentuk akhlak
murid.
3.MELAHIRKAN MURID YANG BIJAK
MEMBUAT PERTIMBANGAN
Guru berperanan dalam melahirkan murid yang bijak dalam membuat sebarang
keputusan dan pertimbangan yang waras.
Dalam aspek perkembangan moral, Santrock (2008) menyatakan bahawa
perkembangan moral melibatkan perkembangan pertimbangan moral
memfokuskan secara khusus kepada darjah kebetulan/ kebaikan ‘rightness’ dan
kesalahan/ keburukan ‘wrongness’ dalam tingkah laku manusia dan keupayaan
ini diperlukan untuk memperbaiki kemoralan ‘morality’ seseorang.
Faktor situasi banyak mempengaruhi perwatakan dan tingkahlaku
seseorang individu. Seseorang yang mempunyai etika dan tingkah laku yang
baik boleh bertindak bertentangan dengan kelakuan yang baik disebabkan
oleh faktor situasi. Sebagai contohnya, apabila seorang kanak-kanak tidak
menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru, dia akan cuba menafikan
perbuatannya kerana takut dimarahi oleh guru.
4. MEMBENTUK WATAK, SAHSIAH &
PERIBADI MURID
Guru memberi tunjuk ajar, didikan , pedoman, nasihat dalam
membentuk watak dah sahsiah yang terpuji supaya murid memiliki
kualiti amanah dan amal yang tinggi.
contohnya, murid diberi asuhan, tunjuk ajar mengenai
tanggungjawab, amanah sebagai seorang pelajar dari awal hingga
tahap menengah . ini akan membantu pembentukan akhlak yang baik,
dan mengamalkan displin dan nilai-nilai murni dalam kehidupan.
selain itu, guru unit bimbingan dan kaunseling juga turut memainkan
peranan dalam membentuk sahsiah dan peribadi murid.
5. BERUPAYA MELAKSANAKAN NILAI-NILAI
BAIK DALAM AMALAN DAN PERBUATAN
-Kekuatan kerohanian menjadikan seseorang mampu melihat serta mengawal
tingkahlaku seterusnya merasai kehidupan yang bermakna
- Murid yang mempunyai kekuatan kerohanian akan dapat mendorong murid ke
arah melaksanakan perkara kebaikan dan amalan murni dan perbuatan.
-Guru yang mempunyai kerohanian yang tinggi akan sentiasa
menyempurnakan amal ibadatnya dengan sempurna, menjaga dan memperbaiki
kesilapannya, sentiasa menilai kekurangan dan kelemahan dan menerima apa
jua pandangan dan juga kritikan demi meningkatkan lagi tahap profesionalisme
diri
- guru yang baik akan sentiasa menerapakan nilai kerohanian dan amalan
murni dalam diri murid dan menjadi 'role model' kepada pelajar dengan
menunjukkan sifat dan peribadi guru yang baik
KESIMPULAN
-setiap murid yang menamatkan alam persekolahan
perlu bersedia menjadi pemimpin bagi diri, keluarga,
organisasi serta negara
-Kepelbagaian tugas dan peranan serta
tanggungjawab inilah memberi cabaran pada guru bagi
meningkatkan segala kualiti, sifat mahupun akauntabiliti
kepada bidang profesionalisme ini dan dapat mendukung
hasrat negara menaikkan mutu pendidikan negara
setaraf antarabangsa.
- nilai etika dan kerohanian amatlah penting dalam
membentuk insan yang bukan sahaja cemerlang dari
aspek pendidikan malah mempunyai akhlak dan nilai murni
yang tinggi dalam diri dalam membentuk jati diri yang
kuat.