The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nnurinjiha, 2022-09-25 07:07:52

MPU23072 PELANCONGAN HOSPITALITI DALAM ISLAM (lin)

MPU23072 PELANCONGAN HOSPITALITI DALAM ISLAM

MPU23072 PELANCONGAN HOSPITALITI DALAM ISLAM.
E-FOLIO

TOPIK:SUMBER KAEDAH FIQH
NAMA PENSYARAH:MD SHUKRI B ABD RAHMAN

KELAS:DHM2A

NAMA NO MATRIK

NORAZLIN AZUWAH BT RAZALI 14DHM21F2011

NUR ERNATASHA BT SAMSUL 14DHM21F2028

WAN NOOR HIDAYU SHAFIQAH BT 14DHM21F2026
WAN SHAFIE

ISSA NORSYAFIQAH BT TAJUDDIN 14DHM21F2031

ISI KANDUNGAN

PENGERTIAN DAN PEMBAHAGIAN KAEDAH FIQH
SENARAI KANDUNGAN
ISI KANDUNGAN
PENDAHULUAN
PENGERTIAN KAEDAH FIQH
PEMBAHAGIAN KAEDAH FIQH
i. AL-Umar Bi Maqasidiha
ii. AL-Yaqin La Yuzalu Bi al-Shakk
iii. AL-Mashaqqah Tajlibu al-taysir
iv. AL-Darar Yuzalu
v. Al-Adah Muhakkamah

RUMUSAN
RUJUKAN

PENDAHULUAN

Manusia mempunyai berbagai-bagai tabiat semulajadi. Allah s.w.t
mencipta dan memberikan kepada kita dua kekuatan iaitu kekuatan sama
ada mahu melakukan kebaikan atau melakukan kejahatan. Jiwa manusia
juga seringkali terlalai daripada mengingati roh syariat lalu mereka
melakukan kerosakan di muka bumi kerana keegoan dan mementingkan
diri sendiri dengan melanggar hak-hak orang lain. Jika jiwa manusia ini
dibiarkan begitu sahaja, tanpa ada penghalang yang menyekat mereka
daripada melakukan kerosakan kepada masyarakat, nescaya perasaan
takut, permusuhan dan persengketaan akan berleluasa dan
menyebabkan institusi kemasyarakatan akan musnah dan longgar.
Kertas kerja ini akan membincangkan mengenai betapa syariat Islam
mengambil berat tentang perkara yang mendatangkan manfaat kepada
manusia secara keseluruhannya dan menghalang mereka daripada
kemudaratan melalui kaedah “la dharar wa la dhirar.(‫) ﻻﻭ ﺭﺍﺭﻀ ﻻﺭ ﺭﻀ‬.

PENGERTIAN KAEDAH FIQH

Kaedah ini merupakan penafsiran kepada hukum-hukum yang
mengambil kira keringanan dan keanjalan ia bermaksud,keseluruhan itu
menarik adanya kemudahan .Antara lain bermaksud,apabila terdapat
sesuatu kesusahan atau kesulitan dalam menunaikan dan melaksanakan
perintah ALLAH,perintah itu diringankan tidak seperti
asalnya.Berdasarkan kaedah tersebut terbentuknya semua hukum
rukhsah atau keringanan dalam syariat islam.

MAKSUDNYA:Sesungguhnya semua perkara suruhan
apabila ia membebankan terhadap hamba atau manusia
mengerjakannya,gugur suruhan terhadapnya.dan segala perkara
tegahan membebankan hamba menjauhinya ,gugur tegahan
menganainya.

Konteks lain,ia membawa maksud supaya syariat islam itu dapat
dilaksanakan oleh mukallaf bila dan dimana sahaja.Iaitu dengan
memberi kelonggaran dan keringanan di saat dan ketika seseorang itu
terjebak dengan kesempitan dan kesukaran .

PEMBAHAGIAN KAEDAH FIQH

Berdasarkan kaedah fiqh ,terdapat lima kaedah asas yang terkenal dan
digunakan secara meluas dalam kebaynkan permasalahan fiqh dan
disepakati penerimaanya oleh jumhur ulama’dari perlbagai mazhab fiqh
iaitu(as-suyuti,1983):

1. AL-Umur bi Maqasidiha Kaedah pertama ini membawa maksud
bahawa sesuatu perbuatan tidak dikira selagimana tidak disertakan
dengan niat .Niat sesorang itu akan menentukan sama ada sesuatu
perakara yang dilakukan itu halal atau haram,sah atau batal.Terdapat
tiga peranan niat yang utama ialah:

i. Membezakan ibadat dan adat.
ii. Membezakan peringkat-peringkat ibadat fardhu dan sunat .
iii. Membezakan perbuatan ikhlas atau riya’.

2.Al-Yaqin La Yuzalu Bi al-shakk

keyakinan tidak boleh dihalangkan dengan wujudnya
keraguan iaitu perbincangan tentang
yakin,kepercayaan yang sungguh-sungguh,kepastian
,kesungguhan dan ketentuan.Syak pula dedifinisikan
sebagai rasa kurang yakin,curiga,sangsi,dan was-
was.Pengertian yakin menurut kamus bahasa
Melayu ialah betul-betul percaya(tentang
kebenaran,kemampuan sesuatu atau sesorang)tidak
ragu-ragu(syak)lagi,pasti benar(kamus Dewan
Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat)

3.Al-Mashaqqah Tajlibu al-Taysir

Kaedah ini secara umumnya membawa pengertian hukum
hakam yang mendatangkan kesukaran untuk dilaksanakan oleh
mukallaf(orang yang dipertanggungjawab kan dengan
kewajipan dan perintah untuk menjalankan :hukum tuntutan
agama islam serta menjauhi larangan-Nya)akan diringankan
cara perlaksanaanya oleh syarak.Tidaksemua kesukaran
diberikan keringinan,hanya ada beberapa kesukaran sahaja
yang dibenarkan iaitu:

i. Kesukaran yang tidak dapat dielakkan dalam menjalani
ibadat.

ii. kesukaran yang biasanya dapat dielakkan dalam menjalani
ibadat seperti kesukaran besar(melibatkan kehilangan
nyawa,agama,akal,keturanan dan harta),kesukaran kecil
dan kesukaran sederhana.

4.Al-Darar Yuzalu

Kaedah keempat ini adalah bahaya mesti dihapuskan.Ia diaplikasikan dalam pelbagai isu
fiqh,dengan kata lain ia berkait rapat dengan maqasid syariah al-khomsah dengan
memelihara agama,nyawa,akal,keturunan dan harta.Kaedah ini menjelaskan tentang
bahaya yang umum dan khusus.Secara asasnya kaedah fiqh dalam kategori ini
berpandukan pelbagai nas syarak yang menegah daripada berlaku kemudaratan dalam
sebarang tindakan.Kaedah ini berasaskan kepada hadis Rasuluallah SAW yang
bermaksud:”Tidak ada mudrat dan tidak dibenarkan membalas dengan
kemudaratan.”(Riwayat al-Bayhaqi,1994no hadis 11384).

Terdapat beberapa kategori bahaya atau kemudaratan yang dibincangkan iaitu:
i. Al-Darar Yuzal:Kemudaratan itu hendaklah dihilangkan.
ii. Al-Darar Yudfa bi qadr al-Imkan:Mudarat itu ditolak dengan kadar yang boleh.
iii. Al-Darar la Yuzali bi al-Darar:Mudarat itu tidak boleh dihilangkan dengan mudarat

umpamanya.

5.Al-muhakkamah

Kaedahkelima dan juga terakhir ini adalah adat dijadikan hukum.Adat ialah peraturanyang sudah
diamalkan turun temurun dalam sesuatu masyarakat sehingga mnejadi hukum dan peraturan
yang harus dipatuhi.Kaedah ini bermaksud bahawa adat sesuatu masyarakat yang tidak
bertentangan dengan nas syarak boleh diambil kira dalam menentukan hukum syarak(al-
Ghazi,1997).Akan tetapi terdapat beberapa syarat dan kriteria yang perlu difahami untuk
menerima adat sebagai penentu hukum iaitu(as-Sayuti 1983):

i. Adat tersebut perlu konsisten dan deterima oleh majoriti masyarakat.Contoh lafaz ijab dan
qabul dalam transaksi jual beli dan perkataan daging yang merujuk daging lembu.

ii. Tidak bertentangan dengan al-quran dan as-sunnah jika berlawanan dengan nas al-quran dan
as-sunnah maka ia ditolak.sebagai contoh adat masyarakat berkahwin wajib memakai
inai,meminum arak,berzina dan seumpamanya.

iii. Ia diterima pakai selagi tidak dipersetujui sebaliknya.

RUMUSAN

Dalam kehidupan manusia,ilmu merupakan satu perkara yang terpenting dan perkara tersebut bukan lagi
satu rahsia .Sebegitu pentingnya ilmu terhadap manusia sehingga mereka menjadi tidak gemar jika
dikatakan tidak mempunyai ilmu atau jahil.Ilmu juga menjadikan seseorang itu mulai dan dihormati
.Alhamdulillah segala puji bagi ALLAH akhirnya e-folio ini sampai ke penghujungnya.Diharapkan semoga
dengan perkongsian yang diberikan sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang mempunyai
persoalan tentang kaedah fiqh ini.

RUJUKAN

• https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-usul-fiqh/1403-irsyad-usul-fiqh-siri-ke-6-perbezaan-di-antara-
usul-feqh-dan-kaedah-fe

• http://ustazwanzul.blogspot.com/2013/08/kaedah-fiqh-dan-kedudukannya-dalam_5703.html
• http://www.ijafb.com/PDF/IJAFB-2021-34-06-07.pdf


Click to View FlipBook Version